Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH KES NO: JA-45A-38-09/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
JA-45A-38-09/2024
High Court of Malaysia19 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ea of guilt is a mitigating factor as it not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses (see Sau Soo Kin v. PP [1975] CLJU 158 [1975] 2 MLJ 134). However, even if a custodial sentence is justifiable I do not think that the sentence”
“kesalahan yang sama. Kekerapan berlakunya kesalahan milikan dadah turut dipertimbangkan oleh Mahkamah. [39] Hakim Hashim Yeop A Sani (pada ketika itu) dalam kes Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1996] 2 MLJ 256 telah merujuk kepada kes Ball (supra) dan menyatakan: 'One of the main considerations in”
“n salah OKT Kedua dan Ketiga sememangnya telah menjimatkan masa Mahkamah daripada mendengar keterangan saksi-saksi dalam kes ini. [32] Dalam Mohamed Abdullah Ang Swee Kang lwn PP [1987] 2 CLJ 405; [1987] CLJ 209 (Rep); [1988] 1 MLJ 167, diputuskan bahawa pengakuan bersalah memberi ruang kepada OKT untuk mendapat diskau”
“be allowed in assessing sentence following a guilty plea. It is an accepted rule of practice that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty (see PP v. Ravindran & Ors. [1992] CLJU 47; [1993] 1 MLJ 45). It is important to remember that the credit or discount to be given in favour of the ac”
“Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27 [42] Sepertimana dapatan dalam kes Mahkamah Rayuan Norsharizan bin Junaidi v. PP [2016] 1 LNS 17; [2016] MLJU 465, Mahkamah ini perlu memilih hukuman yang bersesuaian dengan latarbelakang dan fakta kes ini. [43] Mahkamah”
“yang telah dikemukakan oleh OKT Kedua dan Ketiga. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 [29] Dalam kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864 Mahkamah Rayuan telah menyenaraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah sebelum menjatuhk”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH KES NO: JA-45A-38-09/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
WONG FOOK LOY
2
WIN MIN HLIANG
5
CHAI CHOON FOO (NO. K/P : 690410-01-6151) ALASAN PENGHAKIMAN LATAR BELAKANG [1] Pada 22.12.2025 Peguambela bagi Orang Kena Tuduh (OKT) Kedua dan Ketiga telah memfailkan rayuan terhadap hukuman untuk pertuduhan pilihan yang telah diberikan kepada mereka berdua pada 19.12.2025. Hukuman diberikan setelah pengakuan salah OKT Kedua dan Ketiga terhadap pertuduhan pilihan kepada Tuduhan Pindaan Pertama, Tuduhan Pindaan Kedua dan Tuduhan Pindaan Ketiga. PENGENALAN [2] Kelima-lima OKT disini telah dihadapkan ke Mahkamah dengan tiga (3) pertuduhan pindaan seperti berikut (ekshibit P-3A, P-3B dan P-3C): PERTUDUHAN PINDAAN PERTAMA: “Bahawa kamu pada 27/11/2023 jam lebih kurang 11.00 pagi bertempat di Lot tidak bernombor, Jalan Sagai 6, Taman Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Ta’zim, didapati telah mengedarkan dadah berbahaya, iaitu sejumlah berat bersih 7982.05 gram 3, 4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman: Hendaklah dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup, dan sekiranya tidak dihukum dengan hukuman gantung hendaklah dikenakan hukuman sebatan tidak kurang dari 12 sebatan.” PERTUDUHAN PINDAAN KEDUA: “Bahawa kamu pada 27/11/2023 jam lebih kurang 11.00 pagi bertempat di Lot tidak bernombor, Jalan Sagai 6, Taman Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Ta’zim, didapati telah memiliki dadah berbahaya, iaitu kesan 3, 4- Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman: hendaklah dikenakan hukuman denda tidak melebihi Ringgit Malaysia seratus ribu atau hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.” PERTUDUHAN PINDAAN KETIGA: “Bahawa kamu pada 27/11/2023 jam lebih kurang 11.00 pagi bertempat di Lot tidak bernombor, Jalan Sagai 6, Taman Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Ta’zim, didapati telah memiliki dadah berbahaya, iaitu sejumlah berat bersih 28.43 gram Ketamin dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman: hendaklah dikenakan hukuman denda tidak melebihi Ringgit Malaysia seratus ribu atau hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.” [3] Pada 19.12.2025 kelima-lima OKT telah diberikan Tuduhan Pilihan kepada Tuduhan Pindaan Pertama seperti berikut (ekshibit P-4):- PERTUDUHAN PILIHAN “Bahawa kamu pada 27/11/2023 jam lebih kurang 11.00 pagi bertempat di Lot tidak bernombor, Jalan Sagai 6, Taman Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Ta’zim, didapati telah memiliki dadah berbahaya, iaitu sejumlah berat bersih 7982.05 gram 3, 4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Hukuman: Hendaklah dihukum dengan penjara seumur hidup atau untuk tempoh yang tidak kurang daripada lima tahun dan juga hendaklah disebat tidak kurang daripada sepuluh sebatan. [4] Pertuduhan pindaan asal dan pertuduhan pilihan tersebut, pertuduhan pindaan kedua dan pertuduhan pindaan ketiga telah dibacakan dan diterangkan secara berasingan kepada OKT Pertama, Keempat dan Kelima dalam Bahasa Mandarin oleh jurubahasa Mandarin, Puan Leslie Caroline Jaimong. [5] OKT Pertama, Keempat dan Kelima memahami pertuduhan yang dibaca dan diterangkan dalam Bahasa Mandarin, dan mereka bertiga tidak mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan. [6] Pertuduhan asal dan pertuduhan pilihan tersebut, pertuduhan pindaan kedua dan pertuduhan pindaan ketiga telah dibacakan dan diterangkan secara berasingan kepada OKT Kedua dan Ketiga dalam Bahasa Myanmar oleh jurubahasa Myanmar, Puan Aa Sayma @ Yin Mar Oo. [7] OKT Kedua dan Ketiga memahami pertuduhan yang dibaca dan diterangkan secara berasingan dalam Bahasa Myanmar dan mereka berdua mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan, pertuduhan pindaan kedua dan pertuduhan pindaan ketiga. [8] Sifat, akibat dan hukuman bagi pengakuan bersalah turut dibacakan dan diterangkan kepada OKT Kedua dan Ketiga dalam Bahasa Myanmar. OKT Kedua dan Ketiga memahami sifat, akibat dan hukuman tersebut dan tetap mengekalkan pengakuan bersalah mereka. [9] Saya berpuas hati bahawa pengakuan tersebut adalah jelas dan tidak ragu-ragu serta OKT Kedua dan Ketiga memahami sifat dan akibat pengakuan bersalah mereka. Oleh itu, saya menerima pengakuan bersalah OKT Kedua dan Ketiga bagi Pertuduhan Pilihan kepada Pertuduhan Pertama, Pertuduhan pindaan Kedua dan Pertuduhan pindaan Ketiga. KES PIHAK PENDAKWAAN [10] Pihak pendakwaan mengemukakan fakta kes yang dibaca dan diterangkan kepada OKT Kedua dan Ketiga dalam Bahasa Myanmar. Fakta kes yang ditandakan sebagai ekshibit P-5 adalah seperti berikut — a) Bersabit Laporan Polis Pasir Putih 2944–2946/23 dan Laporan Polis Pasir Putih 2947/23, bertindak atas maklumat awam, pada 27/11/2023 jam lebih kurang 11.00 pagi, Insp Shahrul Syawal bin Abdul Rahman, iaitu pengadu bersama anggota polis telah membuat pemerhatian di alamat Lot tidak bernombor, Jalan Sagai 6, Taman Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, Johor. b) Semasa pemerhatian, pengadu telah melihat Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga berada di hadapan sebuah pondok di bahagian sebelah kanan premis dalam keadaan mencurigakan dan seterusnya pengadu bersama anggota telah menahan Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga. Pemeriksaan fizikal ke atas Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga tidak menjumpai apa-apa barang salah. c) Selanjutnya pengadu telah membawa Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga ke kabin bersebelahan tempat Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga ditangkap dan didapati kabin dalam keadaan pintu bertutup dan berkunci. Pengadu telah bertanya Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga di mana kunci pintu kabin tersebut tetapi Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga gagal memberi keterangan. d) Pengadu telah mengarahkan L/Kpl Mohd Azminuddin bin Mohamad Iskandar untuk memecahkan kunci pintu kabin tersebut. Dengan disaksikan oleh Tertuduh Kedua dan Tertuduh Ketiga, pengadu telah membuat pemeriksaan di dalam kabin tersebut dan telah menjumpai:
1
8 tong putih berisi cecair kimia anggaran 132.9 liter (ditanda T1 hingga T8)
2
1 tong putih berpenutup berwarna biru di dalam berisi 1 plastik lutsinar (ditanda TL1.1) mengandungi serbuk putih disyaki dadah Ekstasi seberat 22.5 kg (ditanda TL1)
3
2 tong biru berisi cecair anggaran 47 liter (ditanda TLB1 hingga TLB2)
4
1 balang kaca yang telah diubahsuai, berisi cecair disyaki bahan kimia anggaran 9 liter untuk memproses dadah (ditanda TA)
5
1 corong penapis berwarna merah (ditanda TA1)
6
1 bekas plastik (ditanda TA2)
7
1 mesin berwarna kuning disyaki mesin untuk memproses dadah (ditanda TB)
8
1 mesin punch berwarna silver disyaki mesin untuk memproses dadah (ditanda TC)
9
1 alat blender jenama Panasonic disyaki mesin memproses dadah (ditanda TD)
10
1 bekas besi aluminium (ditanda TE)
11
1 botol berisi cecair pewarna merah anggaran 0.9 liter (ditanda TF1)
12
1 botol disyaki berisi cecair kimia anggaran 1 liter (ditanda TF2)
13
1 botol disyaki berisi cecair kimia anggaran 2 liter (ditanda TF3)
14
1 alat penimbang digital berjenama Naikesi (ditanda TG1)
15
1 alat penimbang digital berjenama Tanita (ditanda TG2)
16
1 alat sealer berjenama JS berwarna biru (ditanda TG3)
17
1 penapis aluminium (ditanda TH)
18
1 periuk aluminium (ditanda TH1)
19
1 corong aluminium (ditanda TH2)
20
1 balang kaca (ditanda TL)
21
1 balang jug kaca (ditanda TL1)
22
1 bekas plastik putih (ditanda TJ)
23
1 bungkusan plastik lutsinar di dalamnya berisi pil berwarna putih/merah disyaki dadah jenis pil ekstasi berat 368 gram (ditanda TJ1)
24
1 bungkusan plastik berwarna perak berisi serbuk berwarna merah jambu serta pil berwarna merah jambu/hijau/putih disyaki dadah jenis ekstasi berat 328 gram (ditanda TJ2)
25
1 bungkusan plastik berwarna perak berisi serbuk berwarna merah disyaki dadah jenis serbuk ekstasi berat 345 gram (ditanda TJ3) e) Pengadu telah membuat tangkapan keatas kesemua OKT dan rampasan barang kes serta mengeluarkan sesalinan Borang Senarai Geledah yang ditandatangani oleh kesemua OKT. Kemudian pengadu membawa balik kesemua OKT bersama barang kes ke IPD Seri Alam untuk tindakan lanjut. f) Pada 30/11/2023 jam 12.12 tengah hari, pegawai penyiasat ASP G/18337 Tan Lim Boon telah menghantar barang kes ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisa. g) Pada 21/5/2024, Puan Norashidah binti Omar, Ahli Kimia, Jabatan Kimia Malaysia telah mengeluarkan dua (2) laporan di bawah Seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah dengan No. Makmal: 23-FR-J-07364 dan No. Makmal: 23-FR-J-07308 yang mengesahkan bahawa barang kes yang dirampas oleh pengadu mengandungi dadah berbahaya seberat bersih 7982.05 gram 3, 4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA), bahan mengandungi kesan 3, Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) serta dadah berbahaya sejumlah berat bersih 28.43 gram Ketamin. h) 3, 4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan Ketamin adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. i) Hasil siasatan mendapati bahawa OKT Kedua dan Ketiga mempunyai jagaan dan kawalan serta mempunyai pengetahuan mengenai dadah berbahaya tersebut yang dijumpai di dalam kabin atas Lot tidak bernombor, Jalan Sagai 6, Taman Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, Johor. [11] Oleh yang demikian, OKT Kedua dan Ketiga telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan bagi memiliki dadah berbahaya 7982.05 gram 3, 4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). [12] OKT Kedua dan Ketiga juga telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan bagi memiliki dadah berbahaya iaitu bahan yang mengandungi kesan 3, 4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) serta dadah berbahaya 28.43 gram Ketamin. [13] OKT Kedua dan OKT Ketiga faham sifat dan akibat pengakuan dan mengaku salah ke atas pertuduhan-pertuduhan tersebut. [14] Fakta kes dibacakan dan diterangkan dalam Bahasa Myanmar kepada OKT Kedua dan Ketiga. OKT Kedua dan Ketiga memahaminya dan mengakui fakta-fakta tersebut adalah benar. [15] Pihak pendakwaan kemudian mengemukakan ekshibit-ekshibit berikut, yang diterima dan ditandakan:- a) P-6 Laporan polis Pasir Putih 2944-2946/23 b) P-7 Laporan polis Pasir Putih 2947/23 c) P-8 Laporan kimia 23-FR-J-07364 - diakui OKT d) P-9 Laporan kimia 23-FR-J-07308 - diakui OKT e) P-10 Gambar (1-26) - diakui OKT f) P-11 Gambar (1-28) - diakui OKT g) P-12 Plastik tanda AJ1 - 20.24g ketamine dan 11.72g MDMA - diakui OKT h) P-13 Plastik tanda AJ-2 - MDMA dan ketamine - diakui OKT i) P-14 Plastik tanda AJ-3 - Kesan MDMA dan ketamine - diakui OKT [16] Semua ekshibit ditunjukkan dan diterangkan kepada OKT Kedua dan Ketiga juga dalam bahasa Myanmar dan OKT Kedua dan Ketiga mengakui semuanya adalah benar. DAPATAN [17] Mahkamah menerima pengakuan bersalah OKT Kedua dan Ketiga, mensabitkan mereka dan mendapati OKT Kedua dan Ketiga bersalah atas pertuduhan pilihan, pertuduhan pindaan kedua dan pertuduhan pindaan ketiga tersebut. [18] Rayuan mitigasi oleh peguam OKT Kedua dan Ketiga, Puan Nur Zafirah Norizan, dibacakan— WIN MIN HLIANG (OKT Kedua) a) Berusia 31 tahun b) Berkahwin pada 2023 c) Bekerja sebagai pembantu gudang dengan pendapatan RM1500 sebulan d) Menanggung isteri, ibu dan 2 orang adik KAUNG MYAT PHYOE (OKT Ketiga) a) Berusia 30 tahun b) Masih bujang c) Bekerja sebagai pembantu gudang dengan pendapatan RM1500 d) Menanggung ibubapa dan 3 orang adik i) OKT Kedua dan Ketiga adalah pesalah pertama; ii) Pengakuan salah telah menjimatkan masa Mahkamah dan pendakwaan; iii) OKT Kedua dan Ketiga berasa kesal dan insaf dan telah 2 tahun ditahan di penjara; iv) OKT Kedua dan Ketiga berjanji untuk tidak ulangi perbuatan salah; v) Rujukan dibuat kepada kes OZOEGO CHINEDU CHRISTIAN 2016 1 LNS 1623, TAY THONG KENG 2024 MLJU 2166 dan LIM LU PING 2004 2 CLJ; vi) OKT Kedua dan Ketiga memohon penjara dan sebatan paling minima; vii) OKT Kedua dan Ketiga memohon hukuman serentak dari tarikh tangkapan 27-11-2023. [19] Jawapan oleh TPR adalah seperti berikut— a) Faktor kepentingan awam perlu diambilkira dan Mahkamah harus menghantar mesej kepada masyarakat umum; b) Memiliki dadah adalah suatu kesalahan yang serius; c) Dadah boleh menjurus ke arah jenayah lain seperti mencuri dan merompak; d) Kesalahan kes dadah yang berleluasan dan memakan perbelanjaan besar kerajaan; e) Dadah seberat 7,982.05g MDMA terlibat, iaitu suatu jumlah yang besar - 160 kali ganda batasan 39(A)(2); f) Perlu untuk imbangkan mitigasi dengan kepentingan awam; g) Faktor peribadi tidak boleh mengatasi kepentingan awam; h) Rujukan dibuat kepada kes LOW SEE LEONG 2025 CLJU 823, MOHD ZULHAIMY MOHD JANI 2025 CLJU 827 dan kes MTJB JA-45A-23-02/2022 (melibatkan 3569g methamphetamine - hukuman 13 tahun) i) Hukuman yang diberikan perlu berbentuk pencegahan. HUKUMAN [20] Setelah mengambilkira mitigasi dan pemberatan, Mahkamah telah menjatuhkan terhadap OKT Kedua dan Ketiga hukuman seperti berikut: a) Tuduhan pilihan - hukuman penjara selama 12 tahun dari tarikh ditangkap, iaitu 27-11-2023 dan di sebat sebanyak 10 kali sebatan; b) Tuduhan pindaan kedua - hukuman penjara selama 3 tahun dari tarikh ditangkap, iaitu 27-11-2023; c) Tuduhan pindaan ketiga - hukuman penjara selama 3 tahun dari tarikh ditangkap, iaitu 27-11-2023; dan kesemua hukuman berjalan serentak. [21] Berikutan dari pengakuan salah OKT Kedua dan Ketiga dan hukuman yang dijatuhkan, pihak Pendakwaan telah memaklumkan Mahkamah bahawa kesemua pertuduhan terhadap OKT Pertama, Keempat dan Kelima ditarik balik. Mahkamah mengambil maklum tentang perkara tersebut dan seterusnya melepaskan dan membebaskan OKT Pertama, Keempat dan Kelima dari kesemua pertuduhan terhadap mereka. ALASAN HUKUMAN [22] Prinsip umum penjatuhan hukuman bukanlah suatu formula yang tetap. Ianya adalah sesuatu yang dinamik yang mengambil kira keadaan pesalah, kesalahan dan impaknya kepada masyarakat. Dalam sistem keadilan kita, mahkamah perbicaraan adalah pihak yang diberikan kuasa untuk menentukan hukuman berdasarkan fakta dan latarbelakang kes. [23] Seksyen 39A(2) menentukan skop statutori berkenaan hukuman yang boleh di jatuhkan oleh Mahkamah di dalam kes ini. Ia memperuntukkan hukuman penjara mandatori seumur hidup atau tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan hukuman sebat mandatori tidak kurang daripada sepuluh kali sebatan. Oleh itu, hukuman yang dikenakan mestilah dalam skop seksyen ini dan penilaian tempoh penjara mestilah dijalankan mengikut prinsip kehakiman yang ditetapkan. [24] Prinsip utama atau yang paling penting yang perlu diambil kira oleh mahkamah semasa membuat penilaian mengenai hukuman yang sesuai ialah kepentingan awam. Seperti yang dinyatakan dalam locus classicus mengenai perkara ini, R v. Kenneth John Ball 35 Cr App 164: "...In deciding the appropriate sentence a Court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to the honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe...." [25] Walau bagaimanapun, konsep kepentingan awam bukanlah suatu prinsip yang kaku. Ia bergantung kepada sifat, kelaziman serta impak sesuatu kesalahan, di samping faktor masa, tempat dan keadaan khusus sesuatu kes. Dalam konteks kesalahan pemilikan dan penyalahgunaan dadah berbahaya, penentu utama kepentingan awam ialah tahap ancaman jenayah tersebut terhadap keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. [26] Kesalahan berkaitan dadah telah lama menjadi fenomena yang berleluasa, serius sifatnya dan sukar dikawal. Laporan media saban hari mengenai penyeludupan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah menggambarkan bahawa ia merupakan ancaman yang berterusan, yang masih gagal ditangani meskipun penggubal undang-undang telah memperkenalkan hukuman yang semakin berat sebagai langkah membanteras masalah nasional ini. [27] Oleh itu, kepentingan awam dalam konteks ini terletak pada keperluan untuk mengekang peningkatan dan penularan berterusan jenayah dadah. Mahkamah, dalam menjalankan fungsi kehakimannya, berperanan menzahirkan ketegasan terhadap kesalahan sedemikian melalui pengenaan hukuman yang mampu memberi kesan pencegahan, baik dari segi mengekang pesalah mahupun memberikan isyarat jelas kepada masyarakat bahawa jenayah ini tidak akan dipandang ringan. Re Ang Chai Seng lwn PP [2000] 1 CLJ 213; [2000] 2 MLJ 35 FAKTOR-FAKTOR YANG TELAH DIPERTIMBANGKAN DALAM KES INI [28] Faktor-faktor yang wujud untuk pertimbangan hukuman dalam kes ini adalah seperti yang dinyatakan oleh pendakwaan dalam fakta kes yang dikemukakan dan telah diakui oleh OKT Kedua dan Ketiga serta mitigasi untuk meringankan hukuman yang telah dikemukakan oleh OKT Kedua dan Ketiga. [29] Dalam kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864 Mahkamah Rayuan telah menyenaraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman bagi sesuatu kesalahan: "[5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or severity of the facts constituting the offence;
b
the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender's previous record;
e
the offender's contribution and support to his family members; (f) the offenders means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence;
j
whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused;
m
whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc."; [Lihat juga: Public Prosecutor v. Mohd. Nooh Yusof & Ors. [1993] 4 CLJ 275 dan Mohd. Abdullah Ang Swee Kang v. Public Prosecutor [1987] CLJ (Rep) 209], Kesalahan Pertama [30] Dari fakta yang dikemukakan adalah jelas bahawa OKT Kedua dan Ketiga adalah pesalah pertama. Pengakuan Salah [31] OKT Kedua dan Ketiga telah mengaku salah bagi pertuduhan sebaik sahaja pertuduhan pilihan dan pindaan ditawarkan sebelum perbicaraan dimulakan. Mahkamah telah mempertimbangkan pengakuan salah mereka pada peringkat sebelum bermulanya perbicaraan dalam menjatuhkan hukuman. Pengakuan salah OKT Kedua dan Ketiga telah menjimatkan masa dan perbelanjaan semua pihak. Sekiranya kes dibicarakan bagi kesalahan ini, ia akan mengambil sekurang-kurangnya 1 bulan untuk diselesaikan. Oleh itu, pengakuan salah OKT Kedua dan Ketiga sememangnya telah menjimatkan masa Mahkamah daripada mendengar keterangan saksi-saksi dalam kes ini. [32] Dalam Mohamed Abdullah Ang Swee Kang lwn PP [1987] 2 CLJ 405; [1987] CLJ 209 (Rep); [1988] 1 MLJ 167, diputuskan bahawa pengakuan bersalah memberi ruang kepada OKT untuk mendapat diskaun satu pertiga hingga satu perempat daripada hukuman. Hakim Augustine Paul J berpendapat bahawa kegagalan hakim perbicaraan mengambil kira pengakuan salah boleh menyebabkan campur tangan mahkamah rayuan dalam penjatuhan hukuman kerana kegagalan tersebut boleh disimpulkan melalui alasan penghakiman hakim perbicaraan apabila tiada petunjuk bahawa pertimbangan tersebut telah diberikan dalam penjatuhan hukuman dan beliau gagal menjelaskan sebab mengapa ia tidak dipertimbangkan. Ini merupakan satu salah arah. (lihat Soosainathan v. PP [2001] 6 CLJ 44; [2001] 2 MLJ 377). Ini diikuti dalam PP lwn Ravindran & Ors. [1992] 1 LNS 47; [1993] 1 MLJ 45, di mana Visu Sinnadurai J. menegaskan bahawa kredit atau diskaun yang diberikan kepada tertuduh bukan berdasarkan hukuman maksimum yang ditetapkan oleh undang-undang tetapi berdasarkan hukuman yang mungkin telah dijatuhkan jika OKT memilih untuk dibicarakan dan didapati bersalah. [33] Sebagai perbandingan, Mahkamah juga telah mengiktiraf bahawa bukan dalam setiap kes diskaun atau pengurangan layak diberikan. Apabila suatu kesalahan itu sangat serius, Mahkamah telah memutuskan bahawa kepentingan awam mengatasi rayuan pengakuan bersalah sebagai faktor peringanan, dalam keadaan tersebut ia tidak akan diambil kira. Sebagai contoh, dalam PP lwn Tia Ah Leng [2000] 5 CLJ 614; [2000] 5 MLJ 901, kuantiti dadah adalah sangat besar sehingga dianggap sebagai ancaman yang mencukupi untuk membolehkan kepentingan awam mengatasi pengakuan bersalah tertuduh. Oleh itu, mahkamah mengenakan hukuman penjara maksimum dan Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan ini. [34] Walau bagaimanapun, Mahkamah ini berpendapat bahawa pengakuan salah merupakan satu faktor mitigasi yang kuat kerana ia menjimatkan masa dan kos. Dalam Sau Soo Kim v PP (1975) CLJU 158 Mahkamah Persekutuan mengambil kira pengakuan salah OKT walaupun kesalahan cubaan membunuh serta pemilikan tanpa izin senjata api dan peluru merupakan kesalahan yang serius. Mahkamah telah memutuskan: "Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses."; [35] Perkara yang sama telah diterangkan oleh Augustine Paul PK(pada ketika itu) dalam kes Zaidon Shariff v. Public Prosecutor [1996] 4 CLJ 441 yang berkata: "I shall now consider whether the sentence imposed by the learned Magistrate is in line with established judicial principles. He had rightly taken into account the guilty plea of the appellant. A plea of guilt is a mitigating factor as it not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses (see Sau Soo Kin v. PP [1975] CLJU 158 [1975] 2 MLJ 134). However, even if a custodial sentence is justifiable I do not think that the sentence imposed on the appellant is in accordance with the reduction that can be allowed in assessing sentence following a guilty plea. It is an accepted rule of practice that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty (see PP v. Ravindran & Ors. [1992] CLJU 47; [1993] 1 MLJ 45). It is important to remember that the credit or discount to be given in favour of the accused person is not on the maximum imposed by law, which is five years' imprisonment in the appeal before me, but rather on a sentence which would have been imposed on the accused if he had claimed trial and had been found guilty. In this regard Mohamed Azmi SCJ said in Mohamad Abdullah Ang Swee Keng v. PP [1987] CLJ (Rep) 209; [1988] 1 MLJ 167 at p. 171, It is generally accepted that the extent of the reduction on account of a plea of guilty would be between one-quarter and one-third of what otherwise would have been the sentence. ...... I also took into account the plea in mitigation of the appellant which the learned Magistrate failed to consider. A mitigation plea should not be treated as a ritualistic step to be summarily rejected the moment it is made. It is a constituent element of the sentencing process. It merits due consideration in the light of the facts of each case, and more so when it is not contradicted by the prosecution as in this case.” Berat Dadah [36] Mahkamah dalam kes ini telah memberi perhatian kepada jumlah berat dadah yang terlibat iaitu 7,982g MDMA. Jumlah ini jauh melebihi jumlah minimum 30 gram yang ditetapkan di bawah s. 39A(2)(x) ADB 1952. Berat dadah merupakan faktor relevan yang tidak boleh diketepikan kerana hukuman kesalahan milikan dadah menurut ADB 1952 dikategorikan mengikut berat dan jenis dadah. Perhitungan mengenai pelbagai jenis dadah yang terlibat dalam setiap pertuduhan juga penting. [37] Mahkamah Rayuan dalam kes PP v. Mohd Faiz Salleh [2016] 4 CLJ 92 telah menerangkan bahawa: "[16] However looking at the grounds of judgment of the learned judge we could not see that he had sufficiently considered the sentencing trend in cases with similar circumstances. Granted that a judge may come out with his own sentence, given that sentencing is essentially a matter of an exercise of a court's discretion, still, it is our view that the discretion ought not to be exercised in isolation. We noted that the offence involved was a drug possession case and it can be judicially noticed that the law reports are repleted with decisions of our courts which can be readily used as a guide by the sentencing courts when considering sentence to be imposed. In this regard, the amount of the drugs involved is always a safe guide to use as an immediate comparison. [21] In criminal cases, public interest is paramount. Although the sentencing court may legitimately consider factors favouring the convict in passing sentence, in the final analysis, the court is always faced with the question as to how the public interest can be best served in dealing with the convicted person. In a case such as the one immediately before us, clearly public interest will be best served by imposing a longish sentence of imprisonment on the respondent. In a case of this nature and given the circumstances of its commission, a deterrent sentence was very much in order. The public at large needed to be protected against offenders such as the respondent by putting him away in jail for a substantially longer period of time."; [penekanan ditambah] Kepentingan Awam [38] Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman dalam kes ini telah mengambil kira faktor kepentingan awam. Hukuman yang dikenakan harus memberi gambaran yang jelas kepada OKT Kedua dan Ketiga dan individu lain bahawa kesalahan berkenaan milikan dadah merupakan kesalahan yang serius dan tidak boleh dipandang ringan. la hendaklah mempunyai kesan yang boleh mencegah OKT Kedua dan Ketiga dan masyarakat umum daripada melakukan kesalahan berkaitan dengan dadah berbahaya. Hukuman tersebut mesti mempunyai impak untuk mencegah mana-mana individu lain yang berhasrat untuk melibatkan diri dalam kesalahan yang sama. Kekerapan berlakunya kesalahan milikan dadah turut dipertimbangkan oleh Mahkamah. [39] Hakim Hashim Yeop A Sani (pada ketika itu) dalam kes Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1996] 2 MLJ 256 telah merujuk kepada kes Ball (supra) dan menyatakan: 'One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v. Kenneth John Ball 35 Cr. App. R 164 (supra) [40] Mahkamah juga mengambilkira bahawa OKT Kedua dan Ketiga adalah warga asing dan bekerja di Malaysia. Adalah pengetahuan umum bahawa terdapat lambakan warga asing di Malaysia. Ada yang berada secara sah dan ramai yang tidak. Begitu juga dengan pekerja asing yang dianggarkan melebihi 2 juta orang, ada yang bekerja secara sah dan ada yang tidak. Dalam keadaan Malaysia menerima baik warga asing untuk mencari nafkah di negara ini, OKT Kedua dan Ketiga membalas layanan baik ini dengan melakukan onar dengan melanggar undang-undang negara dengan kesalahan yang serius. Dalam konteks ini Mahkamah harus menghantar isyarat yang jelas kepada warga asing yang bekerja dan menetap di Malaysia bahawa sebarang pelanggaran undang-undang di sini akan dihukum dengan tegas supaya keberadaan mereka di Malaysia tidak menimbulkan masalah dan menjadi beban kepada negara ini. Trend Hukuman [41] Sebelum menjatuhkan hukuman bagi pertuduhan pilihan Mahkamah telah meneliti trend hukuman bagi kesalahan yang sama dimana pembentangan trend hukuman oleh pihak pendakwaan dan pembelaan seperti berikut telah diteliti. Bagi kesalahan yang serupa Mahkamah telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan antara 6 hingga 17 tahun. Kes Fakta Berat & Jenis Dadah Hukuman Ozoego Chinedu Christian [2016] 1 LNS 1623 OKT mengaku salah terhadap pertuduhan pindaan di bawah Seksyen12(2) ADB 1952.
5603
5603.4g Methamphetamine 6 tahun penjara dari tarikh tangkap & 10 sebatan. Tay Thong Keng 2024 [MLJU] 2166 OKT mengaku salah terhadap pertuduhan pindaan di bawah Seksyen12(2) ADB 1952. 70kg MDMA 12 tahun penjara dari tarikh tangkap & 10 sebatan. Lim Lu Ping [2004]
101
101.48g methamphetamine 6 tahun penjara dari tarikh tangkap & 10 sebatan. Kes MTJB JA- 45A-23-02/2022 3569g methamphetamine 13 tahun penjara dari tarikh tangkap & 10 sebatan. Pek Heng Swee v. Pendakwa Raya, MRRJ No: B- 05(SH)-259- 07/2023, Mahkamah Rayuan pada 27 November 2024 OKT mengaku salah terhadap pertuduhan pindaan di bawah Seksyen12(2) ADB 1952.
1363
1363.5gram MDMA 15 tahun penjara dari tarikh tangkap. Tiada sebatan atas faktor umur. Mohamad Hafizul Bin Che Mohamad Zahid v. Pendakwa Raya, MRRJ No: D- 05(M)-347- 08/2022, Mahkamah Rayuan pada 1 Ogos 2023 OKT mengaku salah terhadap pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952.
89
89.8gram methamphetamine 11 tahun penjara dari tarikh tangkap & 10 sebatan. Masih Perviaz v. Pendakwa Raya [2022] 3 CLJ 230, Mahkamah Rayuan pada 28 Januari 2022 Mahkamah Rayuan pada 28 Januari 2022 telah mengenepikan hukuman mati dan menggantikan dengan kesalahan pemilikan dadah di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 284.2gram methamphetamine 17 tahun penjara dari tarikh tangkap & 10 sebatan. Mohd Shazril Hafez bin Ibrahim v. Pendakwa Raya, MRRJ No: T-05(M)-13- 01/2021, Mahkamah Rayuan pada 7 Februari 2023 OKT mengaku salah terhadap pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 39A(2) ADB 1952.
75
75.06gram methamphetamine 12 tahun penjara dari tarikh tangkap & 10 sebatan. Amir Ariff bin Hassim v. Pendakwa Raya, Rayuan Jenayah No: B- 05(M)-501- 10/2022 & B- 05(SH)-502- 10/2022, Mahkamah Rayuan pada 30 April 2024 Mahkamah Rayuan pada 30 April 2024 telah mengenepikan hukuman mati terhadap Tertuduh setelah representasi Tertuduh diterima dan dipersetujui oleh Jabatan Peguam Negara Putrajaya dan satu pertuduhan pilihan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 73.91gram methamphetamine 10 tahun penjara dari tarikh tangkap & 10 sebatan. Mohamad Hafizul Bin Che Mohamad Zahid v. Pendakwa Raya, MRRJ No: D- 05(M)-347- 08/2022, Mahkamah Rayuan pada 1 Ogos 2023 Mahkamah Rayuan pada 1 Ogos 2023 telah mengenepikan hukuman mati terhadap Tertuduh setelah representasi Tertuduh diterima dan dipersetujui oleh Jabatan Peguam Negara Putrajaya dan satu pertuduhan pilihan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 89.8gram methamphetamine 11 tahun penjara dari tarikh tangkap & 10 sebatan Mohd Shazril Hafez bin Ibrahim v. Pendakwa Raya, MRRJ No: T-05(M)-13- 01/2021, Mahkamah Rayuan pada 7 Februari 2023 Mahkamah Rayuan pada 7 Februari 2023 telah mengenepikan hukuman mati terhadap Tertuduh satelah representasi Tertuduh diterima dan dipersetujui oleh Jabatan Peguam Negara Putrajaya dan satu pertuduhan pilihan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 75.06gram methamphetamine 12 tahun penjara dari tarikh tangkap & 10 sebatan [42] Sepertimana dapatan dalam kes Mahkamah Rayuan Norsharizan bin Junaidi v. PP [2016] 1 LNS 17; [2016] MLJU 465, Mahkamah ini perlu memilih hukuman yang bersesuaian dengan latarbelakang dan fakta kes ini. [43] Mahkamah juga telah mengambilkira mitigasi OKT Kedua dan Ketiga yang merupakan mitigasi biasa yang tidak mengemukakan sebarang faktor yang berbeza dari kebiasaan yang boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah untuk memberi konsesi yang lebih luas kepada hukuman yang akan dijatuhkan. [44] Akhirnya, adalah wajar untuk ditegaskan bahawa hukuman yang dijatuhkan ini turut mengambil kira dimensi pemulihan dan rehabilitasi. Mahkamah tetap berpegang kepada prinsip bahawa setiap pesalah mempunyai ruang untuk memperbaiki diri. Adalah menjadi harapan Mahkamah bahawa apabila OKT Kedua dan Ketiga selesai menjalani hukuman dan melangkah keluar dari tirai besi, mereka akan mampu membentuk jati diri yang baharu dan menjadi insan yang berguna. [45] Setelah meneliti secara menyeluruh keseluruhan keterangan, hujahan serta rayuan yang dikemukakan, trend hukuman dan setelah menimbang dengan saksama antara kepentingan awam dan kepentingan OKT, Mahkamah berpendapat dan berpuas hati bahawa hukuman yang dikenakan adalah adil, wajar dan sepadan dengan sifat serta keseriusan kesalahan yang dilakukan. Bertarikh : 26.12.2025 t.t. (ABDUL FAREED BIN ABDUL GAFOOR) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru KAUNSEL : PENDAKWAAN - Foo Fang Leong Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Aras 2, Bangunan Dato’ Ja’afar Muhammad, Kota Iskandar 79100 Nusajaya, Johor PEMBELAAN PEGUAM OKT - Nur Zafirah Bt Norizan Tetuan Zafirah Norizan Lot 2.8A, Tingkat 2, Bangunan Perbadanan Islam Johor, Jalan Rebana, Kebun Teh, 80250 Johor Bahru.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.