Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM SAMAN PEMULA NO.: JA-24F-257-07/2023
JA-24F-257-07/2023
High Court of Malaysia9 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM SAMAN PEMULA NO.: JA-24F-257-07/2023
2
2.
3
MENTERI DALAM NEGERI KERAJAAN MALAYSIA ...PERAYU
1
WONG THIAM HEE (No.K/P: 660125-10-7367)
2
SITI MARYAM (No.Pasport Republik Indonesia: C9585798) ...RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Responden-Responden telah melalui Saman Pemula (Lampiran 1), antara yang lain, memohon deklarasi dan perintah yang berikut:
a
perkahwinan antara Responden-Responden yang dilangsungkan oleh Kepala Dinas Kependudukan, Catatan Sipil dan Keluarga Berencana Kota Batam pada 06.06.2005 melalui sijil No. 18/PKWA-CS-BTM/2005 adalah sah;
b
perkahwinan antara Responden-Responden yang didaftarkan pada 14.06.2005 melalui Daftar Perkahwinan No. KC07 S/N gajqzV6gq0yqM6HBFHprGQ 060221 oleh Thelagavathy Naidu A/P Ramasamy, Pendaftar Perkahwinan Johor Bahru, Johor menurut seksyen 31 Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 [Akta 164] adalah sah dan berkesan; dan
c
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia mengemaskini rekod mengenai status perkahwinan Responden-Responden.
2
Setelah meneliti hujahan bertulis Perayu-Perayu dan Responden-Responden dan setelah mendengar hujahan lisan kedua-dua pihak, saya telah membenarkan Lampiran 1 dengan kos permohonan ditanggung oleh Responden-Responden.
3
Alasan-alasan saya berkenaan dengan keputusan tersebut adalah seperti yang berikut.
4
Fakta kes ini adalah berdasarkan kepada Lampiran 1, Afidavit-Afidavit dan hujahan bertulis yang telah difailkan oleh pihak-pihak.
5
Pada 10.10.2000, Responden-Responden telah berkahwin melalui upacara Buddha (perkahwinan adat) dan perkahwinan ini dilangsungkan di Indonesia. Perkahwinan ini tidak didaftarkan di 6. Pada 06.06.2005, lima (5) tahun selepas itu, Responden-Responden telah mendaftarkan perkahwinan mereka di Indonesia secara sivil di hadapan Kepala Dinas Kependudukan, Catatan Sipil dan Keluarga Berencana di Kota Batam, Indonesia. Kutipan Akta Perkawinan (Sijil S/N gajqzV6gq0yqM6HBFHprGQ Perkahwinan) No. 18/PKWA-CS-BTM/2005 telahpun dikeluarkan pada tarikh yang sama.
7
Sekembalinya ke Malaysia, pada 14.06.2005, Responden-Responden telahpun mendaftarkan perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara (“JPN”) di bawah seksyen 31 Akta 164.
8
Pendaftar Perkahwinan, JPN telah mencatatkan tarikh perkahwinan Responden-Responden bertarikh 10.10.2000 (tarikh perkahwinan adat) dalam Daftar Perkahwinan.
9
Hasil daripada perkahwinan tersebut, Responden-Responden telah dikurniakan dua (2) orang anak. Anak pertama Responden-Responden dilahirkan di Indonesia menerusi perkahwinan adat, manakala anak kedua Responden-Responden telah dilahirkan di Malaysia setelah pendaftaran perkahwinan dan mempunyai sijil kelahiran Malaysia serta berstatus warganegara.
10
Setelah bermastautin di Malaysia, Responden Kedua telah memperolehi status Pemastautin Tetap. Responden Kedua telah ke JPN untuk membuat permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan. Bagi tujuan permohonan tersebut, Responden Kedua telah mengemukakan beberapa dokumen termasuklah Daftar Perkahwinan Responden-Responden. Ketika ini usia perkahwinan mereka telahpun mencecah lapan belas
18
tahun.
11
JPN kemudiannya memaklumkan bahawa terdapat permasalahan dengan Daftar Perkahwinan dan mengarahkan Responden-S/N gajqzV6gq0yqM6HBFHprGQ Responden mendapatkan suatu deklarasi daripada Mahkamah untuk mengesahkan perkahwinan mereka.
12
Sebelum perkahwinan Responden-Responden didaftarkan, Responden Pertama pernah berkahwin dengan isteri pertama bernama Loh Ah Mua pada 16.08.1990. Walau bagaimanapun, kedua-duanya telahpun melalui prosedur perceraian di bawah Petisyen Perceraian No. 44-386-2004(3) di Mahkamah Tinggi Johor Bahru. Dekri Nisi telah dikeluarkan pada 04.08.2004, manakala Sijil Menjadikan Dekri Nisi Mutlak telahpun dikeluarkan pada 04.11.2004.
13
Oleh kerana tarikh perkahwinan yang dicatitkan dalam Daftar Perkahwinan Responden-Responden adalah merujuk kepada tarikh perkahwinan adat pada 10.10.2000, maka JPN telah mempertikaikan keesahan perkahwinan Responden-Responden kerana pada tarikh perkahwinan tersebut, perceraian antara Responden Pertama dan isteri pertama masih belum dimuktamadkan.
14
Secara ringkasnya, Responden-Responden berhujah bahawa—
a
perkahwinan Responden Pertama dan Kedua pada 06.06.2005 adalah dibenarkan oleh undang-undang Indonesia apabila Pihak Berkuasa Indonesia telahpun mengeluarkan Kutipan Akta Perkahwinan No. 18/PKWA-CS-BTM/2005 (Sijil
b
Responden Pertama dan Kedua mempunyai kapasiti untuk berkahwin pada masa yang material kerana Responden Pertama dan isteri pertamanya telah bercerai dan perceraian S/N gajqzV6gq0yqM6HBFHprGQ telahpun dimuktamadkan melalui Sijil Menjadikan Dekri Nisi Mutlak bertarikh 04.11.2004;
c
perkahwinan luar negara oleh warganegara Malaysia perlu didaftarkan di bawah seksyen 31 Akta 164. Bagi tujuan tersebut Daftar Perkahwinan yang sah perlu dikemukakan kepada Pendaftar Perkahwinan, JPN di mana hal ini telahpun dipenuhi oleh Responden-Responden;
d
setelah memenuhi keperluan pendaftaran di bawah seksyen 31 Akta 164, Pendaftar Perkahwinan telahpun mengeluarkan Daftar Perkahwinan No. KC07 060221 bertarikh 14.06.2005;
e
adalah tidak adil and saksama apabila pihak JPN menyatakan Daftar Perkahwinan Responden-Responden boleh disenaraihitamkan sekiranya suatu Perintah Deklarasi tidak diperolehi daripada Mahkamah ini setelah lapan belas (18) tahun Daftar Perkahwinan dikeluarkan oleh Perayu-Perayu; dan
f
Responden-Responden telah bergantung kepada keesahan Daftar Perkahwinan dalam menjalankan kehidupan dan hal ehwal mereka atas kepercayaan bahawa perkahwinan mereka adalah sah. Pembatalan perkahwinan mereka akan memberikan kesan kepada keluarga dan anak-anak Responden-Responden terutamanya anak kedua yang lahir setelah perkahwinan Responden-Responden didaftarkan di Malaysia.
15
Manakala, Perayu-Perayu pula menghujahkan seperti yang berikut: S/N gajqzV6gq0yqM6HBFHprGQ
a
ketika Responden Pertama berkahwin dengan Responden Kedua pada 10.10.2000 tersebut, Responden Pertama masih dalam ikatan perkahwinan dengan Loh Ah Mua. Perceraian melalui dekri nisi antara Pemohon Pertama dan Loh Ah Mua hanya dimuktamadkan pada 04.11.2004;
b
maka berdasarkan kepada seksyen 104 Akta 164, Responden Pertama tidak mempunyai kapasiti untuk berkahwin pada 10.10.2000 tersebut;
c
bagi menyokong hujahannya, Perayu-Perayu merujuk kepada kes Isabela Madeline Roy & Ors v. Sarimah Low Abdullah & Ors [2004] 8 CLJ 302 di mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa simati dan Defendan Pertama masing-masing tidak mempunyai kapasiti untuk berkahwin dengan pasangan baru masing-masing kerana masih di dalam ikatan perkahwinan dan tiada sebarang rekod penceraian didaftarkan;
d
pada 10.10.2000 iaitu tarikh perkahwinan adat, Responden Pertama masih belum memuktamadkan penceraian beliau dengan isteri pertamanya ketika mengahwini Responden Kedua. Oleh itu, Responden Pertama tidak mempunyai kapasiti untuk berkahwin pada waktu material;
e
subseksyen 5(3) Akta 164 memperuntukkan bahawa selagi perkahwinan Responden Pertama dengan Loh Ah Mua masih berkuat kuasa, Responden Pertama tidak boleh mengahwini orang lain sama ada perkahwinan tersebut dijalankan di Malaysia ataupun luar daripada Malaysia. Manakala subseksyen 6(1) telah dengan jelasnya menyatakan bahawa S/N gajqzV6gq0yqM6HBFHprGQ mana-mana perkahwinan bertentangan dengan seksyen 5 adalah terbatal;
f
maka, perkahwinan secara adat antara Responden Pertama dan Kedua pada 10.10.2000 adalah tidak sah dan terbatal; dan
g
oleh kerana tarikh perkahwinan 10.10.2000 adalah dirujuk ketika pendaftaran Daftar Perkahwinan di bawah seksyen 31 Akta 164 oleh Pendaftar Perkahwinan, JPN, maka pendaftaran perkahwinan tersebut juga turut tidak sah dan seksyen 34 Akta 164 adalah terpakai.
16
ISU-ISU YANG PERLU DITENTUKAN Isu yang perlu ditentukan oleh Mahkamah ini adalah—
a
sama ada Responden Pertama mempunyai kapasiti untuk berkahwin dengan Responden Kedua bagi membolehkan perkahwinan luar negara kedua-duanya diiktiraf di bawah di bawah seksyen 104 Akta 164 pada 14.06.2005; dan
b
sama ada ia adalah adil dan saksama bagi Perayu-Perayu untuk mempersoalkan dan membangkitkan bantahan terhadap perkahwinan antara Responden-Responden selepas pendaftaran perkahwinan mereka selama lapan belas (18) tahun. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH
a
sama ada Responden Pertama mempunyai kapasiti untuk berkahwin dengan Responden Kedua bagi membolehkan perkahwinan luar S/N gajqzV6gq0yqM6HBFHprGQ negara kedua-duanya diiktiraf di bawah seksyen 104 Akta 164 pada 14.06.2005
17
Permasalahan timbul apabila ketika pendaftaran Daftar Perkahwinan di bawah seksyen 31 Akta 164 di JPN, tarikh perkahwinan luar negara yang dicatitkan dalam Daftar Perkahwinan adalah tarikh perkahwinan adat Responden-Responden iaitu pada 10.10.2000.
18
Walaupun Responden-Responden telah berkahwin di Indonesia melalui upacara Buddha (secara adat) pada 10.10.2000, ianya tidak mendaftarkan perkahwinan mereka secara sivil di Indonesia sehingga 06.06.2005. Apabila Akta 164 berkuat kuasa pada 01.03.1982, perkahwinan secara adat pada 10.10.2000 adalah tidak diiktirafkan oleh Akta 164. Namun, perkahwinan antara Responden-Responden yang didaftarkan pada 06.06.2005 menurut undang-undang Indonesia boleh diiktirafkan di bawah seksyen 104 Akta 164 dan bagi tujuan itu, perkahwinan mereka telah didaftarkan dibawah sekesyen 31 Akta 164.
19
Dalam hal ini, saya merujuk kepada kes Tan Siew Sen & Ors v. Nick Abu Dusuki Hj Abu Hassan & Anor. [2016] 6 CLJ 18 yang menjelaskan tentang keperluan pendaftaran bagi perkahwinan adat di mana dalam kes ini Mahkamah Rayuan telah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Chai Siew Yin v Leong Wee Shing seperti berikut: “[37] Despite the brevity of the Federal Court judgment in Chai Siew Yin, the ratio decidendi of the case is unmistakably clear, that for any marriage to be valid after the appointed date, it must be registered under the LRA, for in the words of Pajan Singh Gill FCJ, "To do otherwise would defeat the purpose and intention of the Act which was enacted to 'provide for S/N gajqzV6gq0yqM6HBFHprGQ monogamous marriages and the solemnisation and registration of such marriages'. [38] The three cases of Joremi Kimin, Chong Sin Sen and Chai Siew Yin demonstrate how ambiguous the word "wife" in s. 7(2) of the CLA is in its application to s. 27 of the LRA, which requires for all non-Muslim marriages to be registered after the coming into force of the LRA. We do not think however that this presents undue difficulty. In construing the word, it must not be confined to the CLA or by simply giving the word its ordinary, popular or dictionary meaning.”. [Penekanan ditambah]
20
Saya seterusnya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Tan Kah Fatt & Anor. v Tan Ying [2023] 2 CLJ 16 yang memutuskan seperti yang berikut: “[5] Although Chinese customary marriages may still be contracted, such marriages must comply with the LRA in respect of solemnisation and registration. Hence, while s. 5(3) of the LRA permits the deceased and Lu Yan Liu to marry under any law, religion, custom or usage, s. 5(4) nevertheless requires such marriage to be solemnized in the manner as provided in Part III, namely ss. 22 to 26 of the LRA. There was no evidence that the marriage between the deceased and Lu Yan Liu was solemnized in accordance with Part III. What was instead led in evidence was a conduct of a customary marriage involving a traditional dinner with family and friends. Pursuant to s. 75 (2) read with s. 75(7) of the LRA, such a marriage which was in contravention of s. 6 was a void marriage. The issue of plurality of wives under the DA thus becomes irrelevant.” [Penekanan ditambah]
21
Selanjutnya, rujukan kepada kes of Nancy Kual v. Ho Thau On [1994] 1 CLJ 138 yang memutuskan bahawa— “[3] The present marriage has to be recognized as valid as it is consistent with the provisions of section 104 of the Act. The section in effect recognizes a marriage contracted outside Malaysia if such marriage was "contracted in a S/N gajqzV6gq0yqM6HBFHprGQ form required or permitted by the law of the country where it was contracted". The present marriage is a marriage that was contracted in a form permitted by the law of the country where it was contracted i.e. the Native Customary Law in Sabah and the fact that the marriage was contracted in Malaysia does not matter as it gives the court more reason to recognize the marriage as valid.”. [Penekanan ditambah]
22
Oleh itu, berdasarkan kepada kes-kes yang dirujuk di atas, adalah jelas bahawa perkahwinan secara adat perlu disusuli dengan pendaftaran di bawah seksyen 22 hingga 26 Akta 164 bagi mengiktiraf perkahwinan tersebut sebagai perkahwinan yang sah.
23
Berbalik kepada kes di sini, pendaftaran secara sivil dilakukan di Indonesia pada 06.06.2005 iaitu setelah penceraian antara Responden Pertama dengan isteri pertama, Loh Ah Mua dimuktamadkan. Undang-undang perkahwinan Indonesia melalui pendaftaran secara sipil juga menghendaki suatu perkahwinan melalui upacara keagamaan diikuti oleh pendaftaran di bawah Undang-Undang Nomor 1 Tahun 1974 melalui Kantor Catitan Sipil. Hanya perkahwinan yang telah didaftarkan melalui Catitan Sipil diiktiraf dari segi undang-undang Indonesia. Oleh itu, tarikh perkahwinan yang diiktiraf dari segi undang-undang adalah pada 06.06.2005.
24
Seksyen 104 Akta 164 mengiktiraf perkahwinan di luar Malaysia secara sah dengan syarat perkahwinan dibenarkan oleh undang-undang negara tersebut dan pihak-pihak mempunyai kapasiti untuk berkahwin di bawah undang-undang negara tersebut.
25
Oleh itu, merujuk kepada kes Tan Siew Sen & Ors v. Nick Abu Dusuki Hj Abu Hassan & Anor. (supra), Tan Kah Fatt & Anor. v Tan S/N gajqzV6gq0yqM6HBFHprGQ Ying (supra) dan Nancy Kual v. Ho Thau On (supra) di atas, memandangkan perkahwinan antara Responden Pertama dengan Responden Kedua telah didaftarkan di Indonesia menurut Undang-Undang Nomor 1 Tahun 1974 melalui Kantor Catitan Sipil setelah perceraian antara Responden Pertama dengan isteri pertamanya dimuktamadkan pada 04.11.2004, maka pendaftaran perkahwinan mereka pada 06.06.2005 boleh diiktirafkan di bawah seksyen 104 Akta 164, saya mendapati bahawa Responden Pertama mempunyai kapasiti untuk berkahwin dengan Responden Kedua pada 06.06.2005. Susulan daripada itu, perkahwinan Responden-Responden yang didaftarkan dalam tempoh enam (6) bulan di bawah seksyen 31 Akta 164 pada 14.06.2025 adalah sah dan berkuat kuasa.
26
Seksyen 31 Akta 164 memperuntukkan bahawa— “(1) Where any person who is a citizen of or is domiciled in Malaysia has contracted a marriage abroad, not being a marriage registered under section 26, such person shall—
a
within six months after the date of such marriage, appear before the nearest or most conveniently available Registrar abroad; and
b
register such marriage.
1A
Where before the expiry of six months under paragraph (1)(a) either or both parties return to Malaysia and the marriage was not registered, such person shall—
a
within six months of arrival in Malaysia, appear before any Registrar; and
b
register such marriage….”. [Penekanan ditambah] S/N gajqzV6gq0yqM6HBFHprGQ
27
Saya berpendapat hujahan Perayu-Perayu bahawa Responden Pertama dihalang di bawah subseksyen 5(3) Akta 164 mengahwini orang lain semasa perkahwinan dengan isteri pertama adalah sah dan perkahwinan Responden-Responden pada 14.06.2005 boleh dibatalkan di bawah subseksyen 6(1) Akta 164 hanya terpakai jika semasa perkahwinan Responden-Responden didaftarkan menurut undang-undang Indonesia pada 06.06.2005, perkahwinan Responden pertama dengan isteri pertama masih berkuat kuasa. Namun, di dalam hal ini, perkahwinan Responden Pertama dengan isteri pertama telah dibubarkan pada 04.11.2004 apabila Dekri Nisi mereka menjadi mutlak pada hari tersebut.
28
Dalam hal ini, masalah timbul disebabkan tarikh perkahwinan antara Responden-Responden yang disebut dalam Daftar Perkahwinan 14.06.2005 adalah tarikh perkahwinan adat mereka pada 10.10.2000. Saya berpendapat kesilapan itu merupakan suatu kesilapan yang dibuat oleh Pendaftar Perkahwinan Johor Bahru pada masa material tersebut tanpa membuat pemeriksaan terperinci. Ini adalah kerana perkahwinan adat pada 10.10.2000 adalah tidak boleh diikitirafkan di bawah Akta 164 selepas Akta 164 berkuat kuasa pada 01.03.1982 dan perkara ini sepatutnya di dalam pengetahuan Pendaftar Perkahwinan Johor Bahru pada masa material itu. Maka tarikh yang patut dimasukkan dalam Daftar Perkahwinan harus merujuk kepada 06.06.2005.
29
Pendaftar Besar sepatutnya boleh memperbetulkan kesilapan tarikh perkahwinan dalam Daftar Perkahwinan menurut subseksyen 44(1) Akta 164 sekiranya terdapat akuan berkanun daripada Responden-Responden menyatakan suatu kesilapan telah berlaku tanpa merujuk kepada Mahkamah ini. S/N gajqzV6gq0yqM6HBFHprGQ
b
sama ada ia adalah adil dan saksama bagi Perayu-Perayu untuk mempersoalkan dan membangkitkan bantahan terhadap perkahwinan antara Responden-Responden selepas pendaftaran perkahwinan mereka selama lapan belas (18) tahun.
30
Berhubung dengan isu ini, saya bersetuju dengan hujahan Responden-Responden bahawa adalah tidak adil dan saksama untuk Perayu-Perayu yang telah mengiktirafkan dan mendaftarkan perkahwinan mereka selama lapan belas (18) tahun kini membangkitkan isu keesahan Daftar Perkahwinan Responden-Responden atas kesilapan yang dibuat oleh Perayu-Perayu sendiri.
31
Responden-Responden telah bergantung kepada keesahan Daftar Perkahwinan berkenaan untuk menjalankan kehidupan dan hal ehwal mereka atas kepercayaan bahawa perkahwinan mereka adalah sah. Sekiranya Perayu-Perayu membatalkan Daftar Kahwin mereka selepas lapan belas (18) tahun akan memberikan kesan kepada keluarga dan anak-anak Responden-Responden terutamanya kewarganegaraan anak kedua yang lahir setelah perkahwinan Responden-Responden didaftarkan di Malaysia.
32
Saya merujuk kepada seksyen 34 Akta 164 yang memperuntukkan bahawa— “34. Nothing in this Act or the rules made thereunder shall be construed to render valid or invalid any marriage which otherwise is invalid or valid merely by reason of its having been or not having been registered.”. [Penekanan ditambah]
33
Maka berdasarkan seksyen 34 Akta 164, perkahwinan Responden-S/N gajqzV6gq0yqM6HBFHprGQ Responden yang telah didaftarkan pada 14.06.2005 adalah sah dan tidak terbatal semata-mata disebabkan kesilapan rujukan tarikh perkahwinan adat mereka pada 10.10.2000.
34
Oleh itu, Perayu-Perayu adalah dihalang (estopped) membangkitkan isu Daftar Kahwin Responden-Respoden selepas lapan belas (18) tahun dan kemudian membatalkan daftar perkahwinan mereka.
35
Saya merujuk kepada kes Boustead Trading (1985) Sdn. Bhd. v. Arab Malaysian Merchant Bank Berhad [1995] 4 CLJ 283 berkaitan doktrin estoppel di muka surat 294 dan 295 seperti yang berikut: “The time has come for this Court to recognize that the doctrine of estoppel is a flexible principle by which justice is done according to the circumstances of the case. It is a doctrine of widely utility and has been resorted to in varying fact patterns to achieve justice. Indeed, the circumstance in which the doctrine may operate are endless. ….. The width of the doctrine has been summed up by Lord Denning in the Amalgamated Investment case (at page 122) as follows: The doctrine of estoppel is one of the most flexible and useful in the armoury of the law. But it has become overloaded with cases. That is why I have not gone through them all in this judgment. It has evolved during last 150 years in sequence of separate developments: proprietary estoppel, estoppel by representation of fact, estoppel by acquiescence, and promissory estoppel. At the same time it has sought to be limited by a series of maxims: estoppel is only a rule of evidence, estoppel cannot give rise to a cause of action, estoppel cannot do away with the need for consideration and so forth. All these can now be seen to merge into one general principle shorn of limitations. When the parties to a transaction proceed on the basis of an underlying assumption either of fact or law – whether due to misrepresentation or mistakes makes no difference – on which they have conducted the dealing between them – neither of them will be allowed to go S/N gajqzV6gq0yqM6HBFHprGQ back on that assumption when it would be unfair or unjust to allow him to do so. If one of them does seek to go back on it, the Courts will give the other such remedy as the equity of the case demands.”. [Penekanan ditambah]
36
KESIMPULAN Oleh yang demikian, berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, saya membenarkan Lampiran 1, iaitu—
a
perkahwinan antara Responden-Responden yang dilangsungkan oleh Kepala Dinas Kependudukan, Catatan Sipil dan Keluarga Berencana Kota Batam pada 06.06.2005 melalui sijil No. 18/PKWA-CS-BTM/2005 adalah sah;
b
perkahwinan antara Responden-Responden yang didaftarkan pada 14.06.2005 melalui Daftar Perkahwinan No. KC07 060221 oleh Thelagavathy Naidu A/P Ramasamy, Pendaftar Perkahwinan Johor Bahru, Johor menurut seksyen 31 Akta 164 adalah sah dan berkesan;
c
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia mengemaskini rekod mengenai status perkahwinan Responden-Responden; dan
d
Kos ditanggung oleh Responden-Responden. Bertarikh 30 September 2025. ………………………………… Wong Mee Ling Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Johor Darul Takzim S/N gajqzV6gq0yqM6HBFHprGQ Peguam bagi pihak Perayu : Peguam Kanan Persekutuan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Peguam bagi pihak Responden : Ms. Ranee Sreedharan Tetuan Ranee Sree & Associates S/N gajqzV6gq0yqM6HBFHprGQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.