Bahawa kos bagi Permohonan ini ditanggung oleh Pempetisyen Suami. [5] Melalui Kandungan 10, pempetisyen suami secara ringkasnya memohon supaya hak jagaan, pemeliharaan dan kawalan ke atas Anak-anak tersebut yang sebelum ini diberikan kepada pempetisyen isteri sebagai mana di dalam DN diubah sepenuhnya kepada beliau dengan akses munasabah diberikan kepada pempetisyen isteri. [6] Di dalam Afidavit Sokongan (Kandungan 11), pempetisyen suami mendeposkan bahawa terdapat perubahan-perubahan keadaan material telah berlaku selepas DN direkodkan yang telah menjejaskan kedudukan Anak-anak tersebut. [7] Untuk itu, pempetisyen suami menyatakan bahawa pempetisyen isteri telah melahirkan seorang bayi beberapa bulan selepas mereka bercerai, dan pempetisyen isteri juga telah berkahwin dengan seorang lelaki lain yang tidak dikenali oleh pempetisyen suami. Dalam hal ini pempetisyen suami menyatakan beliau merasa S/N k7fBtL8uGkn7n2Y0kH/iQ tertipu kerana tidak tahu langsung bahawa pempetisyen isteri sedang mengandung pada tarikh DN direkodkan. [8] Berikutan itu, pempetisyen suami menyatakan Anak-anak tersebut kini menjadi tidak selesa untuk tinggal bersama-sama dengan pempetisyen isteri yang kini mempunyai seorang bayi dan suami yang baharu serta seorang lagi anak perempuan pempetisyen isteri dari perkahwinannya yang terdahulu. [9] Pempetisyen suami seterusnya mendakwa pempetisyen isteri banyak menghalang pempetisyen suami daripada berjumpa dengan Anak-anak tersebut dan meminta wang tambahan jika pempetisyen suami mahu berjumpa dan membawa keluar Anak-anak tersebut. [10] Untuk itu, pempetisyen suami mendakwa beliau telah membelanjakan sejumlah RM21,000.00 kepada pempetisyen isteri bagi tujuan membolehkan beliau berjumpa dan membawa keluar Anak-anak tersebut dari rumah pempetisyen isteri. [11] Akhir sekali, pempetisyen suami juga mengatakan bahawa dalam satu insiden pada 11.8.2022, pempetisyen suami mendapati Anak-anak tersebut berada di bawah jagaan kakak pempetisyen isteri di sebuah premis beralamat di No. 20, Jalan Permas 15/5, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai yang mana bukannya tempat tinggal pempetisyen isteri. Pempetisyen suami seterusnya mendakwa ketika itu keadaan Anak-anak tersebut adalah teruk, terdapat lebam-lebam di kaki anak perempuan sulungnya dan botol S/N k7fBtL8uGkn7n2Y0kH/iQ susu anak perempuan keduanya kotor tidak berbasuh. Pempetisyen suami seterusnya membuat laporan polis dan membawa anak perempuan sulungnya untuk berjumpa dengan doktor (eksibit WYK-9 Afidavit Balasan pempetisyen suami – Kandungan 25). [12] Manakala pempetisyen isteri pula mendeposkan dalam Afidavit Jawapan (Kandungan 23) bahawa beliau menafikan segala dakwaan pempetisyen suami dan menyatakan pempetisyen suamilah yang sebenarnya telah menyalahgunakan hak akses beliau apabila sering gagal untuk memulangkan kembali Anak-anak tersebut kepada pempetisyen isteri selepas mengambil mereka daripadanya. Kecenderungan suami yang tersebut menyebabkan pempetisyen isteri, dalam satu insiden, membuat laporan polis pada 24.4.2022 (eksibit “CPY-2” dalam Kandungan 23). [13] Selain itu, pempetisyen isteri juga menyatakan bahawa wang yang diminta oleh beliau adalah untuk faedah Anak-anak tersebut kerana pempetisyen suami telah menyalahgunakan DN yang tidak mewajibkan beliau memberikan nafkah kepada pempetisyen isteri dan Anak-anak tersebut apabila beliau langsung tidak membantu pempetisyen isteri sehingga memberikan tekanan yang tidak sewajarnya kepada pempetisyen isteri. Namun demikian, pempetisyen masih mampu menanggung semua anaknya termasuklah Anak-anak tersebut. [14] Mengenai kejadian pada 11.8.2022 di rumah kakak pempetisyen isteri, pempetisyen isteri mendakwa bahawa pempetisyen suami S/N k7fBtL8uGkn7n2Y0kH/iQ telah membuat dakwaan palsu terhadap kakaknya. Selain itu, pempetisyen isteri turut mengatakan bahawa beliau hanya tinggalkan Anak-anak tersebut selama satu minggu sahaja kerana ketika itu pempetisyen isteri berada di Kuala Lumpur atas urusan peribadi. [15] Akhir sekali, pempetisyen isteri memohon supaya Kandungan 10 ditolak kerana Anak-anak tersebut sememangnya tinggal dan dipelihara oleh pempetisyen isteri sejak kecil sehinggalah sekarang selepas bercerai dengan pempetisyen suami. C.