Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-17-06/2024
DA-12B-17-06/2024
High Court of Malaysia27 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-17-06/2024
1
NURUL NADIA NATASHA BINTI MOHD HASMIZA (NO K/P:070521-01-1754) (Seorang dibawah umur serta membawa tindakan ini melalui ibu yang sah dan serta wakil litigasinya laitu Plaintif Kedua)
2
AZIZAH BINΤΙ ΟΤΗΜΑΝ (NO K/P: 850101-06-7070) … PERAYU-PERAYU
1
AB WAHAB BIN OSMAN
2
EASTERN ENGINEERING & SERVICES (NO ID: KT0084462-T) … RESPONDEN-RESPONDEN Dalam Mahkamah Sesyen Di Kota Bharu Dalam Negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia
1
Nurul Nadia Natasha Binti Mohd Hasmiza (No. K/P:070521-01-1754) (Seorang dibawah umur serta membawa tindakan ini melalui ibu yang sah dan serta wakil litigasinya laitu Plaintif Kedua)
2
Azizah binti Othman (No K/P: 850101-06-7070) …
1
Ab Wahab Bin Osman (No K/P: 640610-11-5047)
2
Eastern Engineering & Services (No. ID: KT0084462-T) … Defendan-Defendan ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Ini adalah rayuan perayu-perayu (plaintif-plaintif) terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) yang bijaksana berkenaan kuantum sahaja bagi satu tuntutan gantirugi kemalangan jalan raya. Bagi maksud alasan penghakiman ini, pihak-pihak akan dirujuk sebagai plaintif dan defendan sebagaimana kedudukan mereka dalam prosiding di Mahkamah Sesyen. Latar Belakang [2] Satu kemalangan jalan raya telah berlaku pada 17.10.2021 di Jalan Kg. Sador, Jalan Kg. Tok Dosah, Bachok, Kelantan di antara plaintif pertama yang menunggang motosikal No. DBH 1814 dan plaintif kedua sebagai pemboncengnya dengan defendan pertama yang memandu motokar CBA 1665 yang dimiliki oleh defendan kedua. [3] Semasa kemalangan, plaintif pertama adalah seorang kanak-kanak yang berusia 14 tahun. [4] Di akhir perbicaraan di Mahkamah Sesyen, HMS yang bijaksana telah memutuskan bahawa defendan-defendan bertanggungan 100% dalam kemalangan tersebut dan membenarkan gantirugi kepada plaintif-plaintif seperti berikut: Gantirugi am untuk plaintif pertama:
i
RM45,000.00 bagi kecederaan “closed fracture midshaft left femur” dengan komplikasi “pulmonary embolism syndrome with shortening 1.42 cm”;
II
(ii) RM5,000.00 bagi kecederaan “fracture right 3rd. rib”;
III
(iii) RM8,000.00 bagi kecederaan “abrassion wound, laceration wound and swelling and soft tissue”;
IV
(iv) RM18,000.00 bagi “scars”;
v
RM5,000.00 bagi “muscle wasting”. Gantirugi khas untuk plaintif pertama:
i
RM1,750.00 bagi kos perbelanjaan keluarga melawat Plaintif;
II
(ii) RM100.00 sebagai kos rawatan pesakit luar;
III
(iii) RM100.00 kerosakan pakaian dan kasut;
IV
(iv) RM2,917.00 kos rawatan perubatan hospital;
v
RM166,400.00 kos peralatan orthosis (insole shoe raise);
VI
(vi) RM1,200.00 kos fisioterapi;
VII
(vii) RM5,000.00 kos pembedahan masa depan (mengeluarkan besi);
VIII
(viii) RM3,334.00 kos pembedahan plastik bagi scars; Gantirugi am untuk plaintif kedua:
i
RM5,000.00 bagi kecederaan “soft tissue injury”. Gantirugi khas untuk plaintif kedua:
i
RM54.00 sebagai kos perubatan hospital. [5] Tuntutan-tuntutan lain tidak dibenarkan oleh HMS yang bijaksana. [6] Tidak berpuas hati dengan keputusan HMS yang bijaksana tersebut, plaintif-plaintif telah merayu ke Mahkamah ini berkenaan sebahagian kuantum. [7] Mahkamah ini, setelah meneliti rekod-rekod rayuan, hujahan-hujahan serta autoriti-autoriti kedua-dua pihak telah memutuskan untuk membenarkan sebahagian sahaja rayuan plaintif-plaintif iaitu berkenaan gantirugi khas khususnya kos pembelian peralatan orthosis. [8] Berkenaan dengan gantirugi khas kos peralatan orthosis ini, plaintif pertama telah menuntut kos keseluruhan sebanyak RM467,200.00 seperti berikut:
i
“Left Custom Made Total Contact Foot Orthosis (insole) with
1
1.42 cm height raise” dengan kos sebanyak RM166,400.00;
II
(ii) “A Pair of Extra Depth Orthopaedic Shoes” dengan kos sebanyak RM156,800.00; dan
III
(iii) “A Pair of Extra Depth Orthopaedic Sandals” dengan kos sebanyak RM144,000.00. [9] HMS yang bijaksana hanya telah membenarkan gantirugi khas bagi “Left Custom Made Total Contact Foot Orthosis (insole) with 1.42 cm height raise” dengan kos sebanyak RM166,400.00 sahaja namun tidak membenarkan kos bagi “A Pair of Extra Depth Orthopaedic Shoes” dan “A Pair of Extra Depth Orthopaedic Sandals”. [10] Mahkamah ini telah mengenepikan award HMS sebanyak RM166,400.00 tersebut dan telah menggantikannya dengan award sebanyak RM311,466.70 bagi ketiga-tiga peralatan orthosis tersebut yang dikira seperti berikut: RM467,200.00 X 2/3 = RM311,466.70 (potongan sebanyak 1/3). [11] Defendan pula yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan telah merayu ke Mahkamah Rayuan. Hujahan Plaintif [12] Peguam plaintif yang bijaksana menghujahkan bahawa laporan dan keterangan SP1 selaku pakar dalam bidang prosthetik dan orthotik yang telah terlebih dahulu memeriksa dan menganalisis plaintif pertama secara fizikal sebelum mencadangan ketiga-tiga peralatan orthosis tersebut yang disediakan secara “custom made” lebih layak diterima oleh mahkamah berbanding dengan sebutharga yang disediakan oleh Nusa Prosthetic & Orthotic Centre Sdn Bhd. [13] Peguam plaintif juga menghujahkan bahawa plaintif pertama sememangnya berhak kepada rawatan terbaik yang dia layak perolehi atas kecuaian defendan dan berhak kepada suatu pampasan bagi meletakkan dirinya dalam keadaan asal seolah-olah kemalangan tersebut tidak pernah berlaku ke atasnya sebagaimana prinsip yang dinyatakan dalam kes Appalasamy A/L Bodoyah v. Lee Mon Seng [1996] 3 CLJ 71. Hujahan Defendan [14] Peguam defendan yang bijaksana pula menghujahkan bahawa kuantum RM166,400.00 yang diberikan oleh HMS adalah munasabah dan tidak keterlaluan rendah atau tinggi tetapi setimpal dengan keperluan sebenar plaintif pertama berdasarkan bukti yang dikemukakan. [15] HMS yang bijaksana dalam alasan penghakimannya mengatakan bahawa beliau bersetuju dengan pakar defendan yang mengatakan “there is 1 cm shortening and this will be permanent. The use of insole shoe raise will be beneficial to correct the lower limb discrepancies”. HMS yang bijaksana berpendapat bahawa kependekan hanya 1 cm dan memadai untuk plaintif pertama menggunakan insole sahaja tanpa extra depth shoes dan extra depth sandals. Oleh itu hanya kos “insole shoe raise” sahaja yang dibenarkan. Analisis dan Dapatan Mahkamah [16] Pertamanya, Mahkamah ini mengambil ingatan daripada prinsip yang dinyatakan dalam kes-kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator Of The Estates Of Tan Ewe Kwang, Deceased & Ors [2020] 10 CLJ 1; [2020] 12 MLJ 67 (FC); [2020] 8 AMR 22 dan Lee Hock Lai v. Yeoh Wah Pein [1998] 5 MLRH 207; [1999] 5 MLJ 172 bahawa mahkamah yang mendengar suatu rayuan tidak sepatutnya terlalu cepat untuk mencampuri keputusan mahkamah perbicaraan melainkan terdapat kesilapan yang nyata (plainly wrong) di pihak hakim perbicaraan dalam mencapai keputusannya. [17] Begitu juga berkenaan taksiran gantirugi bagi kes-kes kecederaan diri, Mahkamah ini mengambil panduan daripada prinsip undang-undang yang telah digariskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Rasidin bin Partorjo lwn Prederick Kiat [1976] 2 MLJ 214 di mana mahkamah yang mendengar rayuan hanya patut mengubah atau mengganggu award yang dibuat oleh mahkamah perbicaraan apabila terbukti bahawa hakim perbicaraan telah bertindak di atas prinsip undang-undang yang salah atau telah terkhilaf dari segi fakta atau tersalah dalam membuat anggaran gantirugi yang yang dialami. [18] Dalam kes United Plywood & Sawmill v. Lock Ngan Loi [1970] 1 LNS 164, Mahkamah Persekutuan mengatakan seperti berikut: “The general principle is that an appellate court can only interfere with an assessment if it is considered so inordinately low or inordinately high as to make the court exclaim.“Good gracious, is that the sum which has been awarded - that sum must be altered”, or if it is so much out of line with the discernible trend or pattern of awards in reasonably comparable cases that it must be regarded as a wholly erroneous estimates…” [19] Laporan pakar tulang bagi pihak defendan iaitu Dr. Muhd Ruzaimi Bin Abd Razak dari Klinik Dr. Azhar telah memeriksa plaintif pertama dan telah mengeluarkan laporan pakar perubatan bertarikh 8.10.2022 menyatakan bahawa tiada perbezaan panjang kaki plaintif pertama. Kedua-dua belah kaki plaintif pertama berukuran 83 cm. [20] Terdapat satu lagi laporan pakar perubatan bagi pihak defendan bertarikh 12.11.2023 yang dikeluarkan oleh Dr. Zairuddin bin Abdullah Zawawi dari Klinik Tegoh yang telah memeriksa plaintif pertama menyatakan bahawa terdapat kependekan kaki kiri plaintif pertama sebanyak 1 cm. Kaki kanan plaintif pertama sepanjang 79 cm manakala kaki kiri plaintif pertama sepanjang 78 cm. Ukuran dibuat dari ASIS ke medial malleolus. Laporan pakar perubatan ini juga mengatakan seperti berikut: “4. The 1 cm shortening of left lower limb will be permanent. The use of insole shoe raise will be beneficial to correct the lower limb length discrepancy.
8
She should be able to perform activity of daily living normally once she is confident enough to walk without support. However, she may not be able tu perform activity that requires full and normal lower limb function.”’ [21] Menurut laporan pakar perubatan bagi pihak plaintif pula iaitu laporan oleh Dr. Shahran Yahaya dari Hospital Universiti Sains Malaysia bertarikh 20.2.2023 mengatakan seperti berikut: “4. She has lower limb length discrepancy, which is 1.48 cm shorter on the left side as the consquences of the fracture. Uncompensated 1.48 cm limb length discrepancy can alter the stance and gait and lead to ipsilateral hip and lower back pain in the future. a. Limb length discrepancy (LLD) has been implicated in affecting gait, standing posture as well as increased incidence of lower back pain (LBP), osteoarthritis of the hip and spine and lower extremity stress fractures. LLD of 6mm or more was associated with higher intensity of LBP and number of days with LBP. … “ b. Please refer to a certified Orthotist for a quotation of custom made shoe raise to compensate for 1.48 cm shortening of the left lower limb.” [22] Kedua-dua pakar tulang bagi pihak plaintif dan defendan telah mencadangkan agar plaintif pertama menggunakan “insole shoe raise” bagi membetulkan perbezaan ukuran kaki plaintif pertama. [23] Atas kecederaan yang dialami dan atas cadangan doktor-doktor pakar tulang tersebut, plaintif pertama telah dirujuk kepada Perunding Prosthetist dan Orthotist yang berkelayakan, iaitu Ashutosh Gawande (SP1) yang telah menyediakan laporan penilaian orthotis (P2) ke atas plaintif pertama. [24] SP1 dalam penyata saksinya (PSP-1) menyatakan seperti berikut: “I have quoted the Orthotics equipment after examining and evaluating the patient. The items quoted are deemed the most suitable for the patient. Items which I had quoted and items quoted by Nusa P&O are not the same, I had quoted Custom made total contact foot orthosis (insole) with raise along with a Pair of custom made shoes and sandal. Whereas they had quoted shoes and sandal with raise which means that the rise will be externally applied on the shoes and sandals and which will be visible to public. Where else 1.42 cm raise on insole in my shoes and sandal is inside shoes and not externally applied. My prescription for Shoes and Sandal compensates the shortening without interfering cosmesis (Patients body image) by concealing heel raise within the shoes and sandal so that other people around patients will not know that the patient is suffering from a disability. So patients are confident to wear these type of footwear. Further, the Total Contact foot orthosis (Insole) will reduce forefoot weight bearing by evenly distributing weight on whole plantar foot. The 1.42cm raise on foot orthosis (insole) will compensate for limb length discrepancy (LLD) shortening. This Left foot orthosis will help in reducing unwanted forces from spine, ultimately reducing back pain. It distributes weight evenly so increases comfort unlike just shoe heel raise. It also will reduce stress on lateral calf muscle, ultimately reducing pain at calf. The extra depth orthopedic shoes have ample space as compared with normal shoes to accommodate foot orthosis (insoles) with 1.42cm height. This kind of shoes is for the purpose of outdoor usage and it is not similar to normal shoes that are not meant to accommodate shoe inserts or shoe lifts. Meanwhile, the extra depth orthopedic sandal also have ample space with normal sandals to accommodate foot orthosis (insoles) with 1.42cm height and it is for indoor usage. The Quotation by Nusa does not provide for extra depth features. Custom made footwear is to address specific needs of individuals with foot deformities and special mechanical deficiencies. Comfortable footwear demands detailed attention to fit. Research has shown that if footwear does not fit properly, it doesn't matter how well the materials and components are, the shoes will not be comfortable. All the above items are medical equipment and medical appliances which should only be prescribed upon proper assessment. I also find it highly unethical to prescribe without seeing the patient. It should be noted that the items are custom made orthopaedic shoes sandal and insole the price is very much justified. In fact the patient's mother is very concerned about her daughter's condition and had purchased and currently uses the shoes and sandals as prescribed in my report dated
28
28.6.2023. The patient's gait and walking has improved and she is no longer having pain at her back and hip.” [25] Mahkamah ini setelah meneliti laporan pakar-pakar tulang serta laporan penilaian orthotis dan keterangan saksi pakar orthotic plaintif (SP1), berpendapat bahawa kependikan kaki kiri plaintif pertama akibat daripada kemalangan tersebut sememangnya memerlukan alatan bantuan bagi memperbetulkan atau menyelaraskan perbezaan ukuran kaki plaintif pertama bagi memberi keselesaan pergerakan, mengelak kesakitan tulang pinggul dan tulang belakang dan lain-lain risiko kecederaan yang berkaitan dengannya serta bagi menyembunyikan kekurangan diri (kecacatan) plaintif pertama apabila berada di khalayak ramai dan di samping rakan-rakan sebayanya. [26] Daripada keterangan SP1, “Total contact insole” akan membolehkan beban berat badan plaintif pertama disokong dan ditampung oleh keseluruhan permukaan tapak kaki plaintif pertama di mana berat badan akan diagihkan secara sama rata ke seluruh tapak kaki. Ini akan mengurangkan sakit belakang dan otot kaki kiri plaintif pertama. [27] Perlu diingat bahawa plaintif pertama adalah seorang remaja yang baru berusia 14 tahun sewaktu kemalangan dan sudah tentu pada usia sepertinya dia akan melalui gaya hidup sosial yang aktif seperti rakan-rakan sebayanya yang lain. [28] Peralatan bantuan orthosis yang dicadangkan oleh pakar plaintif yang terdiri daripada kombinasi pelapik (insole), kasut dan sandal khas yang dibuat dengan mengikut ukuran khusus kaki plaintif pertama akan dapat membantu plaintif pertama bergerak dengan selesa dan tidak kelihatan cacat. Lebih utamanya ia dapat mengurangkan kecederaan pinggul dan tulang belakang plaintif pertama kesan dari kependekan kaki kirinya. [29] Insole yang direka khas oleh SP1 tersebut hendaklah digunakan secara bersama dengan kasut atau sandal khas tersebut. Insole khas ini digunakan dibahagian dalam kasut atau sandal tersebut. Ia tidak kelihatan dari luaran dan ini boleh menutup kecacatan plaintif pertama di mata orang ramai dan boleh mengurangkan rasa rendah diri plaintif pertama. Insole yang direka khas ini haruslah digunakan secara bersama kasut dan sandal khas tersebut. Ia tidak sesuai digunakan dengan kasut atau sandal biasa yang dijual di pasaran. [30] Keadaan ini bersesuaian dengan prinsip yang dinyatakan dalam kes Appalasamy A/L Bodoyah v. Lee Mon Seng [1996] 3 CLJ 71 di mana Abdul Malik Ishak J mengatakan seperti berikut di ms 78 para f-i: “ I am acutely aware that in running down cases, the plaintiff would surely make an attempt to reap harvest out of his misfortune. Put differently an aggrieved plaintiff would usually make a fortune out of his own misfortune. But that is not the correct approach to adopt. No one likes to lose a dominant arm that would be of great use to oneself. Thus, one must not forget the general rule that the function of damages in tort actions is purely to put the plaintiff in the position which he would have been in had the tort not been committed in the first place and this can only be done through a reasonable award of damages. Syed Agil Barakbah FJ in Ong Ah Long v. Dr. S. Underwood [1983] 2 MLJ 324 at page 334 compartmentalised the question of damages in its correct perspective when his Lordship said in erudite terms that: Damages for personal injuries are not punitive and still less a reward. They are simply compensatory that will give the injured party reparation for the wrongful act and for all the natural and direct consequences of the wrongful act, so far as the money can compensate.” [31] Selanjutnya dalam kes yang sama di ms 79 para i, Mahkamah mengatakan seperti berikut: “It must be emphasised that as a victim of that tortious act the plaintiff was entitled to seek the best medical facility and the best medical opinion in order to put him back to his original position as though he had not met with an accident. Surely this is the best approach to be adopted and such an approach be reflected in monetory terms that might compensate the plaintiff for the loss of his dominant right arm.” [32] Oleh itu Mahkamah ini berpendapat bahawa HMS yang bijaksana telah terkhilaf apabila hanya membenarkan kos untuk “insole shoe raise” semata-mata tanpa membenarkan kos bagi “extra depth shoes” dan “extra depth sandals” yang sepatutnya digunakan secara bersama dengan “insole shoe raise” tersebut. Membenarkan “Insole shoe raise” semata-mata tanpa “extra depth shoes” dan “extra depth sandals” tidak memberi sebarang manfaat kepada plaintif pertama. [33] Mahkamah ini juga telah memutuskan untuk menolak 1/3 daripada keseluruhan kos alat orthosis tersebut kerana mengambil kira faktor-faktor luar jangka serta berpendapat bahawa, plaintif pertama tidak akan memakai alat tersebut lagi selepas dia berumur 60 tahun lebih menurut jangka hayatnya. Oleh itu Mahkamah ini hanya membenarkan 2/3 sahaja daripada kos peralatan orthosis tersebut tanpa faedah. Kesimpulan [34] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini telah membenarkan sebahagian rayuan plaintif seperti yang dinyatakan di atas. Award-award lain yang telah dibenarkan oleh HMS yang bijaksana termasuk kos dan faedah dikekalkan dan Mahkamah ini juga tidak memerintahkan sebarang kos berkenaan rayuan ini. Alasan penghakiman ini bertarikh pada 19.06.2025. ……………………………………….. MOHD ROSLI BIN YUSOFF Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Peguam Perayu: Puan Kameswary A/P Ramasamy, Tetuan Kames & Associates, No. 80-1, Jalan Mahogani 1, Bandar Botanic, 41200 Klang, Selangor. Peguam Responden-Responden: En. Mohd Fais Hakeem Bin Mohamad, Tetuan Azilan Suhaila & Associates, PT 1096, (Belakang Petronas Pintu Geng), Kg. Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.