Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-B52NCvC-19-11/2024
TA-B52NCvC-19-11/2024
Sessions Court of Malaysia27 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“r 28 Rules of Supreme Court, a Judge has a discretion to allow leave to amend pleadings. Like any other discretion, it must of course be exercised judicially (see Kam Hoy Trading v. Kam Fatt Tin Mine [1963] MLJ 248. The general principle is that the court will allow such amendments as will cause no injustice to the oth”
“30. Dalam kes E & O Trading Sdn Bhd V. Americk Sllngh Sidhu & Ors & Another Appeal [2018] MLRAU 168 yang mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perkara yang perlu dilihat apabila bona fide permohonan dipersoalkan adalah sepertimana berilkut; "[29] .....When the bona tides of the application is bein”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-B52NCvC-19-11/2024
1
MUHAMMAD ALIFF HAIKAL BIN ILHAMSANI ISHAM (seorang budak membuat tuntutan melalui bapa dan sahabat wakilnya, ILHAMSANI ISHAM BIN BAHAROM
2
ILHAMSANI ISHAM BIN BAHAROM ...PLAINTIF KEDUA
1
1.
2
KLINIK RAHIM, HAMZAH, HALIM DAN RAZALI SDN BHD (NO. SYARIKAT: 308314-D) ...DEFENDAN KEDUA
1
Pihak Plaintif-Plaintif telah memfailkan Notis Permohonan [Lampiran 18] untuk meminda writ saman dan penyata tuntutan bertarikh 29.11.2024. 10/01/2026 19:48:16
2
Plaintif-Plaintif memohon di bawah Aturan 20 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidang kuasa yang sedia ada Mahkamah untuk suatu Perintah seperti berikut:
a
Plaintif-Plaintif yang dinamakan di atas diberi kebebasan untuk meminda Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan yang akan difailkan kelak bertarikh 29.11.2024 mengikut Cadangan Pindaan Writ Saman dan Cadangan Pindaan
b
Kos bagi permohonan ini dijadikan kos dalam kausa.
c
Dan atau lain-lain perintah yang Mahkamah Kehormat ini anggap adil, patut, sempurna dan manfaat;
3
Bagi permohonan ini, Mahkamah telah meneliti kertas kausa seperti yang berikut: a) Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan yang bertarikh 29.11.2024; b) Pembelaan Defendan Pertama bertarikh 03.02.2025 ("Pembelaan tersebut"); c) Pembelaan dan Tuntutan Balas Defendan kedua bertarikh 31.12.2024; d) Jawapan kepada Pembelaan Defendan Pertama bertarikh 14.02.2025; ("Jawapan Pembelaan dan Tuntutan Balas Defendan Pertama tersebut") e) Jawapan kepada Pembelaan dan Tuntutan Balas Defendan Kedua bertarikh 6.02.2025 ("Jawapan Pembelaan dan Tuntutan Balas Defendan Kedua tersebut"); f) Notis Permohonan di bawah Aturan 20 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ("Notis Permohonan tersebut"); g) Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh llhamsani Isham bin Baharom pada 20.8.2025; ("Afidavit Sokongan tersebut") h) Afidavit Jawapan Defendan Kedua yang diikrarkan pada 04.09.2025, ("Afidavit Jawapan Defendan Kedua tersebut"); dan i) Afidavit Balasan Plaintif-Plaintif yang diikrarkan pada 17.9.2025 ("Afidavit Balasan tersebut")
4
Mahkamah pada 27.11.2025 telah menolak permohonan Plaintif-Plaintif di Lampiran 18 ini dengan kos sebanyak RM 2500.00 diberikan kepada Defendan Kedua. Tidak berpuas hati dengan keputusan ini, Plaintif-Plaintif telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 10.12.2025 merayu terhadap keseluruhan keputusan tersebut ke Mahkamah Tinggi.
5
Plaintif-Plaintif menuntut ganti rugi am dan khas serta faedah atas kecuaian perubatan yang dikatakan dilakukan oleh pihak Defendan-Defendan pada 28 Februari 2022 bagi prosedur berkhatan.
6
Plaintif Pertama merupakan kanak-kanak yang menjalani prosedur berkhatan tersebut manakala Plaintif Kedua merupakan bapa kepada Plaintif Pertama.
7
Pihak Defendan Pertama merupakan doktor yang terlibat manakala Defendan Kedua merupakan klinik yang dikatakan bertanggungan secara vikariuos terhadap Defendan Pertama .
8
Plaintif Pertama telah mengalami kecederaan “bleeding and hematoma post circumsion” selepas sehari daripada prosedur berkhatan tersebut dilakukan.
9
Plaintif Pertama juga telah didiagnosis sebagai “ Exposed Penile Shaft Post Examination Under Anesthesia for bleeding post circumcision ” dan “Post Traumatic Stress Disorder with anxiety symptom ” dan ini adalah dikatakan berpunca daripada kecuaian Defendan Pertama dan/atau kakitangan dan/atau ejen dan/atau orang yang dibenarkan Defendan Kedua.
10
Pembelaan pihak Defendan-Defendan ialah Defendan Pertama telah memberikan Plaintif-Plaintif maklumat dan nasihat yang bersesuaian dan mencukupi tentang keadaan Plaintif Pertama. Pilihan Prosedur tersebut termasuk kelebihan, risiko dan komplikasi setiap satu pilihan-pilihan tersebut.
11
Pihak Plaintif telah menjalani prosedur berkhatan tersebut dengan kebenaran yang sepatutnya.
12
Defendan Pertama telah menjalankan penjagaan dan kemahiran yang munasabah dalam jagaan, rawatan dan pengurusan Plaintif Pertama dalam cara yang dijangkakan oleh seorang pengamal perubatan yang kompeten dalam kapasiti Defendan Pertama, dan menurut amalan yang diterima sebagai wajar oleh badan yang bertanggungjawab dalam memberikan pendapat perubatan.
13
Sebarang pendarahan yang berlaku adalah berpunca daripada kecuaian dan/atau sumbang cuai Plaintif Pertama sendiri dan Plaintif Kedua selaku bapa dan/atau penjaga Plaintif Pertama selepas pulang dari Klinik Defendan Kedua pada 28.02.2022 tersebut.
14
Secara ringkasnya, tujuan Plaintif-Plaintif memohon untuk meminda Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut adalah bagi menambah relif-relif sepertimana berikut:- a) Ganti rugi Teruk ("Aggravated damages"); b) Ganti rugi Teladan; dan c) Kos atas dasar peguam cara anak guam.
15
Pindaan yang dicadangkan di sini selaras dengan peruntukkan Aturan 20 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan tidak memprejudiskan hak-hak Defendan-Defendan daripada segi kos dan masa dan dibuat demi kepentingan keadilan melihatkan tindakan ini masih di tahap peringkat awal prosiding.
16
Pihak Plaintif perlu menyenaraikan satu persatu dengan lebih terperinci berkenaan “ prayer” atau tuntutan Plaintif-Plaintif kepada Defendan-Defendan di dalam Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan agar butiran tuntutan Plaintif-Plaintif lebih jelas memandangkan Plaintif-Plaintif melalui perenggan 10 hingga perenggan 18 di dalam Pernyataan Tuntutan jelas menyatakan “mengalami trauma serta kesakitan dan penderitaan akibat kecuaian Defendan Pertama tersebut dan telah dirujuk di Jabatan Pakar Psikiatri dan Kesihatan Mental” dan “mengalami kecelaruan stres pasca trauma atau gangguan stress pasca trauma dengan simptom-simptom anxiety” akibat daripada prosedur berkhatan tersebut.
17
Permohonan ini perlu dibuat kerana keadaan terkini Plaintif Pertama. Plaintif-Plaintif terutamanya Plaintif Pertama masih lagi mengalami trauma dan anxiety yang berterusan dan masih di bawah keadaan yang pasca trauma dan kesakitan dan penderitaan Plaintif Pertama yang di bawah tanggungan serta jagaan Plaintif Kedua serta ibunya dan adalah suatu yang memerlukan pertimbangan Mahkamah untuk memberi award bagi Ganti rugi Teruk setelah meneliti perkembangan Plaintif Pertama dari semasa ke semasa dan sehingga ke hari ini dengan disokong oleh laporan-laporan perubatan Pakar Psikiatri dan Kesihatan Mental serta laporan perubatan sokongan lain yang dikemukakan sehingga ke hari ini dan kesemuanya telah pun difailkan di Mahkamah Yang Mulia ini dan beliau masih di bawah penilaian oleh Pakar Psikiatri Dr. Subash Kumar Pillai dimana terdapat satu tarikh temu janji pada 28.8.2025.
18
Pindaan yang dibuat oleh Plaintif-Plaintif hanya dengan menambah “prayer” atau tuntutan Plaintif-Plaintif sahaja di dalam Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tanpa melibatkan fakta yang berbeza dan/atau pengubahan fakta tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan malahan ianya telah dinyatakan di dalam Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan iaitu di dalam perenggan 10 tetapi tidak disenaraikan di dalam para tuntutan-tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan secara terperinci di mana pindaan kepada prayer ini adalah perlu bagi menuntut Ganti rugi Teruk dan Ganti rugi Teladan.
19
Pihak Plaintif juga memohon untuk meminda perenggan 16 dan 23 di mana perkataan kemalangan dipinda kepada kecederaan bagi penggunaan perkataan yang lebih tepat dan sempurna.
20
Pihak Defendan Pertama tidak mempunyai bantahan terhadap pindaan yang ingin dibuat oleh pihak Plaintif-Plaintif melalui permohonan di Lampiran 18 ini.
21
Namun begitu, Defendan Kedua tidak bersetuju dengan cadangan pindaan yang dibuat. Atasan bantahan pihak Defendan Kedua adalah sebagaimana berikut: a) Pindaan yang ingin dibuat tidak melibatkan fakta baru, tetapi apa yang telah diplidkan dan telah berada dalam pengetahuan Plaintif sebelum ini. Fakta mengenai trauma dan anxiety bukanlah satu perkara yang baru dan dokumen berkenaan telah ada dalam pengetahuan dan kawalan pihak Plaintif sebelum tuntutan difailkan. b) Plaintif-Plaintif sepatutnya telah memohon/ memplidkan prayer yang ingin ditambah dalam pindaan ini sebelum ini lagi. c) Kegagalan untuk memohon prayer berkenaan merupakan kegagalan dan kecuaian pihak Plaintif-Plaintif sedangkan fakta dan dokumen berkenaan telah berada dalam pengetahuan mereka sejak sekian lama. d) Ini memprejudiskan pihak Defendan Kedua kerana membuang masa semua pihak dan melengah-lengahkan prosiding. Pindaan ini adalah untuk menutup kekurangan tuntutan dan memberi ruang kepada Plaintif-Plaintif untuk membaiki tuntutan Plaintif-Plaintif sedangkan pada awalnya Plaintif-Plaintif sepatutnya telah memasukkan prayer berkenaan memandangkan fakta tersebut telah diketahui sejak awal.
22
Aturan 20 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan pindaan kepada writ atau pliding dengan kebenaran iaitu:
5
“Amendment of writ or pleading with leave (O. 20, r. 5)
1
Subject to Order 15, rules 6, 6a, 7 and 8 and the following provisions of this rule, the Court may at any stage of the proceedings allow the plaintiff to amend his writ, or any party to amend his pleading, on such terms as to costs or otherwise as may be just and in such a manner, if any, as it may direct.
2
Where an application to the Court for leave to make the amendment mentioned in paragraph (3), (4) or (5) is made after any relevant period of limitation current at the date of the issue of the writ has expired, the Court may nevertheless grant such leave in the circumstances mentioned in that paragraph if it thinks it just to do so.
3
An amendment to correct the name of a party may be allowed under paragraph (2) notwithstanding that it is alleged that the effect of the amendment will be to substitute a new party if the Court is satisfied that the mistake sought to be corrected was a genuine mistake and was not misleading or such as to cause any reasonable doubt as to the identity of the person intending to sue or, as the case may be, intended to be sued.
4
An amendment to alter the capacity in which a party sues (whether as plaintiff or as defendant by counterclaim) may be allowed under paragraph (2) if the capacity in which, if the amendment is made, the party will sue is one in which at the date of issue of the writ or the making of the counterclaim, as the case may be, he might have sued.
5
An amendment may be allowed under paragraph (2) notwithstanding that the effect of the amendment will be to add or substitute a new cause of action if the new cause of action arises out of the same facts or substantially the same facts as a cause of action in respect of which relief has already been claimed in the action by the party applying for leave to make the amendment.”
23
Dalam kes Yamaha Motor Co Ltd v. Yamaha Malaysia Sdn. Bhd. & Ors [1983] 1 CLJ 191 at p. 192; [1983] 2 CLJ 428 di mana Mohd Azmi FJ telah berkata: "Under Order 20 of the Rules of the High Court 1980, which is equivalent to Order 28 Rules of Supreme Court, a Judge has a discretion to allow leave to amend pleadings. Like any other discretion, it must of course be exercised judicially (see Kam Hoy Trading v. Kam Fatt Tin Mine [1963] MLJ 248. The general principle is that the court will allow such amendments as will cause no injustice to the other parties. Three basic questions should be considered to determine whether injustice would or would not result, (1) whether the application is bona fide;
2
whether the prejudice caused to the other side can be compensated by costs and (3) whether the amendments would not in effect turn the suit from one character into a suit of another and inconsistent character. (See Mallal's Supreme Court Practice page 342). If the answers are in the affirmative, an application for amendment should be allowed at any stage of the proceedings particularly before trial, even if the effect of the amendment would be to add or substitute a new cause of action, provided the new cause of action arises out of the same facts or substantially the same facts as a cause of action in respect of which relief has already been claimed in the original statement of claim. In anywhere in the appeal records the factor or factors which he had taken into consideration in the exercise of his discretion to dismiss the appellants' application. We must therefore review the application afresh.”
24
Berdasarkan kes Yamaha Motor di atas, terdapat tiga (3) persoalan yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah sebelum membenarkan permohonan pindaan seperti berikut:- a) Sama ada permohonan tersebut dilakukan secara bona fide; b) Sama ada prejudis yang diakibatkan oleh permohonan pindaan tersebut terhadap pihak satu lagi boleh dipampas dengan kos; dan c) Sama ada pindaan yang dicadangkan tersebut tidak akan menukar saman daripada satu karakter kepada satu karakter yang lain dan ia tidak konsisten dengan Saman yang asal.
25
Mahkamah berpendapat bahawa permohonan untuk meminda Pernyataan Pembelaan Defendan Pertama tidak memenuhi prinsip undang-undang dan syarat-syarat di dalam kes Yamaha Motors.
26
Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan Kedua bahawa pindaan yang dibuat adalah tidak bersifat bona fide kerana ia pindaan ini dibuat atas alasan kegagalan, kecuaian dan/atau ketinggalan Plaintif-Plaintif untuk memasukkan butir-butir sepertimana dalam cadangan pindaan Plaintif-Plaintif ("Cadangan Pindaan tersebut.") pada peringkat awal pliding walhal fakta tersebut sudah pun diketahui oleh Plaintif-Plaintif.
27
Perkara ini diakui sendiri oleh pihak Plaintif-Plaintif di mana Plaintif-Plaintif mengakui bahawa tiada fakta baru yang ingin dimasukkan tetapi pindaan hanya di bahagian prayers iaitu pihak Plaintif ingin memasukkan tuntutan berkaitan ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta kos atas dasar peguam cara dan anak guam.
28
Fakta mengenai trauma dan anxiety merupakan satu fakta yang dalam pengetahuan pihak Plaintif sendiri dan telah dinyatakan dalam pliding. Oleh yang demikian, Mahkamah bersetuju bahawa prayer berkaitan ganti rugi teladan dan teruk sepatutnya dimasukkan lebih awal dan bukannya di peringkat ini di mana permohonan untuk pindaan ini dibuat setalah hampir 8 bulan berlalu.
29
Ini menunjukkan pindaan yang dipohon tidak bona fide dan menunjukkan kecuaian pihak Plaintif-Plaintif atau pun pihak peguam Plaintif-Plaintif sendiri yang tidak membuat tuntutan yang sewajarnya pada peringkat awal.
30
Dalam kes E & O Trading Sdn Bhd V. Americk Sllngh Sidhu & Ors & Another Appeal [2018] MLRAU 168 yang mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perkara yang perlu dilihat apabila bona fide permohonan dipersoalkan adalah sepertimana berilkut; "[29] .....When the bona tides of the application is being reasonably questioned by the appellants, it i1s incumbent upon the respondents to be truthful and candid in providing an explanation for the need to amend their pleadings"
31
Di dalam kes E & O Trading di atas, Mahkamah Rayuan memutuskan pihak yang ingin membuat pindaan terhadap suatu kertas kausa haruslah memberikan penjelasan yang tulus dan tidak berselindung mengenai sebab pindaan itu dibuat.
32
Fakta mengenai keadaan Plaintif yang trauma dan anxiety telah diketahui sejak awal. Apa yang menyebabkan ganti rugi teruk dan teladan tidak diplidkan sejak awal? Mahkamah berpendapat bahawa tindakan untuk menambah prayers merupakan satu pemikiran terkemudian. Ia seolah-olah pihak-pihak baru terfikir sedangkan ganti rugi tersebut merupakan satu ganti rugi biasa yang sepatutnya difikirkan dan diplidkan sejak awal kes.
33
Kegagalan, kecuaian dan/atau ketinggalan (omission) Plaintif-Plaintif dalam memplidkan relif-relif tersebut pada kesempatan pertama menunjukkan bahawa permohonan pindaan ini adalah tidak bersifat bona fide kerana pada setiap masa yang material, Plaintif-Plaintif adalah dalam pengetahuan terhadap keadaan Plaintif Pertama tersebut dari awal tindakan ini difailkan lagi.
34
Pada masa yang sama, kelewatan yang dibuat dalam permohonan pindaan ini juga menunjukkan bahawa permohonan ini adalah tidak bona fide.
35
Dalam kes Everise Hectares Sdn Bhd V Citibank Bhd [2011] 2 CLJ 25, di mana Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan seperti berikut:- [30] The learned High Court judge was correct when he held that the amendment application was not made bona fide. [31] The delay of 7 months 27 days before the ap1pellant filed the amendment application on 5 July 2005 showed that there was no due diligince on the part of the appellant.
36
Merujuk kepad kes Everise di atas, disimpulkan bahawa Mahkamah Rayuan mengambil pendekatan dengan mengesahkan tindakan Mahkamah Bicara memutuskan bahawa permohonan pemohon tersebut adalah dibuat tanpa bona fide kerana terdapat kelewatan sealma 7 bulan 27 hari dalam membuat permohonan tersebut dan ini menunjukkan bahawa pihak pemohon tidak mengamalkan due diligence dalam tindak tanduk mereka.
37
Permohonan pindaan ini dibuat selepas dari tempoh masa pemfailan pliding telahpun ditutup. Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah difailkan oleh Plaintif-Plaintif pada 29.11.2024. Oleh yang dekimkian, terdapat kelewatan melebihi tempoh lapan
8
bulan bagi Plaintif-Pllaintif memfailkan permohonan pindaan ini.
38
Mahkamah bersetuju bahawa pihak Plaintif-Plaintif tidak mengamalkan due diligence yang sewajarnya kerana fakta-fakta tersebut telahpun berada dalam pengetahuan Plaintif-Plaintif sewaktu pemfailan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut lagi dan pindaan ini dibuat setelah 8 bulan berlalu.
39
Plaintif-Pllaintif sepatutnya telah membuat permohonan ini dengan lebih awal memandangkan keadaan Plaintif Pertama tersebut adalah satu keadaan yang bersifat berterusan namun Plaintif-Plaintif hanya mengambil keputusan untuk memfailkan permohonan ini di peringkat ini yang mana tempoh pliding telahpun ditutup.
40
Kelewatan yang sengaja ini menunjukkan bahawa permohonan yang dibuat oleh Plaintif-Plaintif ini adalah tidak bersifat bona fide.
41
Penambahan tuntutan gantirugi teladan dan juga gantirugi teruk tersebut secara tidak langsung menambah tuntutan pihak Plaintif-Plaintif.
42
Dalam kes Sambaga Valli A/P KR Ponnusamy V Datuk Bandar Kuala Lumpur & Ors And Another Appeal [2018] 1 MLJ 784 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut:- "[32] Now, aggravated damages are classified as a species of compensatory damages, which are awarded as additional compensation where there has been intangible injury to the interest of personality of the plaintiff, and where this injury has been caused or exacerbated by the exceptional conduct of the defendant. [33] The exemplary damages or punitive damages-the two terms now regarded as interchangeable-are additional damages awarded with reference to the conduct of the defendant, to signify disapproval,, condemnation or denunciat ion of the defendant's tortious act, and to punish the defendant. Exemplary damages may be awarded where the defendant has acted with vindictiveness or malice. or where he has acted with a ‘contumelious disregard’ for the right to the plaintiff. The primary purpose of an award of exemplary damages may be deterrent, or punitive and retributory, and the award may also have an important function in vindicating the rights of the plaintiff (see Rookes v Barnard [1964] 1 All ER 347; ... Broome v Cassell & Co [1971] 2 QB 354 ...)"
43
Kes di atas secara jelas menerangkan mengenai keadaan mahupun situasi di mana kedua-dua gantirugi teruk dan juga giantirugi teladan boleh dianugerahkan oleh Mahkamah yang mana bagi gantirugi teruk, ia akan diberikan oleh Mahkamah jika terdapat 'disebabkan atau diperburuk oleh kelakuan luar biasa pihak defendan'. Manakala untuk gantirugi teladan, bentuk gantirugi tersebut hanya akan diberikan oleh Mahkamah jika Mahkamah mendapati bahawa pihak defendan telah bertindak dengan sifat dendam atau niat jahat , atau telah bertindak dengan suatu "contumelious disregard" terhadap hak pihak plaintif.
44
Defendan Kedua berhujah bahawa Plaintif-Plaintif dalam tuntutan asalnya telah mengemukakan tuntutan berasaskan kepada kecuaian biasa (ordinary negligence) terhadap Defendan-Defendan berhubung dengan rawatan perubatan yang diberikan ke atas Plaintif Pertama di mana tindakan ini berpaksikan kepada kewujudan tanggungan pelanggaran kewajipan tersebut, serta kerugian yang dialami oleh Plaintif akibat pelanggaran tersebut.
45
Melalui permohonan pindaan ini, Plaintif-Plaintif berhasrat untuk memasukkan tuntutan bagi gantirugi teruk dan gantirugi teladan di mana secara prinsip undang-undangnya, kedua-dua bentuk ganti rugi ini memerlukan kepada penyataan fakta yang melebihi daripada tuntutan kecuaian yang biasa dan tertakluk kepada fakta-fakta yang menunjukkan Defendan-Defendan telah bertindak, antara lain, dengan berniat jahat serta kecederaan tersebut berlaku atas dasar tindakan luar biasa Defendan-Defendan.
46
Elemen-elemen tersebut adalah berbeza dan lebih berat daripada elemen yang diperlukan bagi menegakkan tuntutan berasaskan kecuaian biasa kerana gantirugi teladan hanya boleh diberikan dalam keadaan yang luar biasa dan hendaklah disokong oleh fakta yang jelas menunjukkan kecuaian melampau serta mempunyai niat jahat.
47
Fakta-fakta sedemikian tidak pernah dinyatakan atau dihuraikan dalam Pernyataan Tuntutan sebelum ini. Segala pernyataan dalam pliding asal hanya merujuk kepada kecuaian biasa di pihak Defendan-Defendan, tanpa sebarang dakwaan bahawa Defendan-Defendan bertindak dengan niat jahat, secara menindas atau dengan cara yang melampau.
48
Menurut pihak Defendan Kedua, pindaan yang dicadangkan oleh Plaintif-Plaintif bukan sekadar rnenambah bentuk remedi atau relief, tetapi secara nyata mengubah sifat dan karakter tuntutan asal daripada satu dakwaan kecuaian biasa kepada dakwaan salah laku yang kecuaian melampau disertakan dengan 'malice'.
49
Hal ini akan mengakibatkan Defendan-Defendan perlu menyediakan pembelaan baharu bagi menjawab tuduhan yang lebih serius daripada dakwaan asal.
50
Defendan Kedua juga menyatakan bahawa pindaan ini akan menyebabkan prejudis kepada pihak Defendan Kedua yang tidak boleh dipampas melalui kos.
51
Dalam kes Dato' Tan Heng Chew V. Tan Kim Hor & Ors [2008] 7 CLJ 776 di mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyatakan seperti berikut:- "[16] But, not all amendments are allowed by the court. The court will refuse leave to allow an amendment if it results in prejudice or injury to the other party which cannot be properly compensated for by costs. The court too will have regard, in considering any amendment , as to any undue delay or whether the application is made mala fide or whether such an amendment will in any way unfairly prejudice the other party."
52
Ini kerana Pindaan yang dicadangkan tersebut akan membawa kepada perubahan terhadap sifat pembelaan Defendan-Defendan sebelum ini di mana ianya perlu menjawab dakwaan baharu berkaitan niat jahat atau kecuaian melampau yang sebelum iini tidak pernah menjadi isu dalam tindakan asal sekiranyan tuntutan gantirugi teladan dan juga gantirugi teruk ingin dimasukkan.
53
Perubahan tersebut juga akan membawa kepada keperluan untuk penyediaan keterangan tambahan sama ada berbentuk saksi fakta mahupun pakar, sekaligus melambatkan prosiding.
54
Dalam kes Chuah Eng Chang V. Paya Trubong Estate Son Bhd & Anor [2024] 4 CLJ 919 di mana Mahkamah Tinggi Malaya Pulau Pinang memutuskan sepertimana berikut: [75] Thus, the plaintiff has deviated from its claim. The court agrees with the second defendant's submission that the amendment would cause a new cause of actions. Hence, there have been changes in the plaintiff's position whatsoever, and the defendant has been prejudiced. 55 Kes Chuah Eng Huang di atas jelas menunjukkan bahawa jika berlaku sebarang penyimpangan (deviation) terhadap tuntutan asal melalui sesuatu pindaan tersebut, maka perubahan kedudukan oleh plaintif tersebut akan memprejudiskan defendan.
56
Pindaan yang dipohon pada keadaan sepintas lalu bukanlah sesuatu yang banyak. Ia melibatkan tuntutan pada prayer. Oleh sebab itu, pada pendapat Mahkamah pihak Defendan Pertama tidak mempunyai bantahan.
57
Mahkamah walaubagaimana pun melihat bahawa bantahan pihak Defendan Kedua yang turut mempunyai asasnya. Mahkamah berpendapat tuntutan pihak Plaintif melibatkan kecuaian perubatan. Plaintif sepatutnya membuat penyediaan sewajarnya semasa memfailkan penyata tuntutan dan bersedia dengan apa yang Plaintif-Plaintif ingin tuntut. Plaintif-Plantif tidak sepatutnya sekejap ingin menuntut A, kemudian ingin menuntut B dan kemudiannya C.
58
Tambahan pula, tuntutan ganti rugi merupakan perkara asas dalam tindakan tort. Ganti rugi am, khas dan jenis-jenis ganti rugi lain biasanya adalah satu rangkaian ganti rugi yang akan di pohon oleh pihak-pihak.
59
Keadaan Plaintif-Plaintif dalam pengetahuan Plaintif-Plaintif sejak awal. Laporan perubatan bertarikh 28.8.2025 merupakan satu laporan pakar dan pada pendapat Mahkamah, ia merupakan satu tindakan yang dirancang oleh pihak-pihak sejak awal memandangkan kejadian berlaku pada tahun 2022 dan kes ini difailkan pada tahun 2024. Adalah satu perkara biasa pihak-pihak akan mendapatkan laporan pakar bagi tuntutan tort. Oleh yang demikian, ketinggalan untuk memplidkan ganti rugi yang sewajarnya sepatutnya tidak berlaku memandangkan perkara ini boleh dijangka sejak awal lagi.
60
Pihak Plaintif-Plaintif tidak memberikan sebarang penjelasan yang sewajarnya bagaimana ketinggalan ini boleh berlaku dan tindakan hanya diambil selepas 8 bulan. Mahkamah bersetuju dengan pihak Defendan Kedua yang menyatakan tiadanya due deligence yang sewajarnya daripada pihak pasukan Plaintif-Plaintif dalam membuat persediaan, menderaf dan menyemak tuntutan ini sejak awal. Ia seolah-olah, fail dahulu, fikir kemudian, atau sebarang tambahan boleh dikemudiankan. Oleh sebab itu, pada pendapat Mahkamah, permohonan pindaan ini merupakan satu ‘aftertought’.
61
Mahkamah melihat secara keseluruhan kes ini. Kos melibatkan peguam cara dan anak guam pada kebiasaanya tidak akan diberikan oleh Mahkamah walaupun dituntut dalam penyata tuntutan. Berkaitan ganti rugi teladan dan teruk, fakta kes memainkan peranan penting. Kes-kes kecuaian perubatan akibat prosiding berkhatan merupakan kes yang biasa difailkan di Mahkamah Negeri Terangganu ini.
62
Ganti rugi teladan dan teruk yang dibenarkan sekiranya ada bukanlah melibatkan satu jumlah yang terlalu tinggi dan jumlah ini boleh lagi dimbangi dengan ganti rugi am yang boleh diberikan oleh pihak Mahkamah.
63
Mahkamah berpendapat, ketinggalan untuk memasukkan ganti rugi yang biasa dimasukkan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ini kerana perkara tersebut adalah sesuatu yang boleh dijangka daripada awal. Apabila Plaintif-Plaintif bertindak untuk meninggalkan ganti rugi tersebut (atau sebenarnya tertinggal) Mahkamah berpendapat biarlah keadaan tersebut dikekalkan sebagaimana asal kerana kesan ketinggalkan tersebut pada kebiasaanya tidak memberikan kesan yang terlalu serius dari segi kuantum ganti rugi yang akan diberikan berdasarkan pengalaman Mahkamah yang lepas.
64
KESIMPULAN Secara keseluruhannya, Mahkamah berpendapat bahawa tindakan Plaintif-Plaintif memfailkan permohonan ini bukanlah satu tindakan yang bona fide dan merupakan satu pemikiran terkemudian (aftertought). Ia adalah bertujuan untuk menambah nilaian tuntutan Plaintif-Plaintif. Mahkamah berpendapat bahawa kes ini sepatutnya difokuskan dengan persediaan untuk bicara.
65
Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan di atas, setelah Mahkamah menimbang dan mengambil kira kesemua kertas kausa berkaitan, serta hujahan pihak-pihak, Mahkamah atas imbangan kebarangkalian menolak Notis Permohonan Plaintif-Plaintif [Lampiran 18] dengan kos sebanyak RM 2500 diberikan kepada pihak Defendan Kedua. Bertarikh: 11.1.2026 Wan Nor Aklima binti Wan Salleh Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Terengganu Terengganu Peguam cara bagi pihak Plaintif-plaintif : Encik Saha Deva Arunaselam Tetuan Saha & Associates Peguam bagi pihak Defendan Pertama : Encik Ho Sze Yee Tetuan Chan Ban Eng & Co Peguam cara bagi pihak Defendan Kedua : Encik Muhammad Hamdi bin
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.