Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA NO. KES: NA-A53KJ-296-07/2020
NA-A53KJ-296-07/2020
Sessions Court of Malaysia31 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“15. Berkenaan dengaan kes yang dirujuk oleh Defendan iaitu kes LIM A/L DIN GEN V DAKRIM BIN DAUD [2025] CLJU 646 Hakim memutuskan seperti yang berikut: “Mengenai kos orthosis, saya telah mengekalkan keputusan HMS atas jumlah RM46,200.00. Walaupun dari laporan pakar mengesahkan bahawa tangan kanan Dakrim termas”
“19. Selanjutnya, menurut keputusan kes L/KPL NARAAYANAN NAIR A/L SUBRAMANIAM V ERAJAAN MALAYSIA [2025] CLJU 66, keputusan ini adalah untuk memastikan penyelesaian yang praktikal diseimbangkan dengan kefungsian dan keperluan Plaintif.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA NO. KES: NA-A53KJ-296-07/2020
1
DANAH KUMAR A/L PARAMASIVAN … PLAINTIF / (No. K/P: 071105-05-0433) RESPONDEN (Seorang bawah umur dan membawa tindakan melalui bapa yang sah serta
2
Sahabat wakilnya iaitu Plaintif Kedua) PARAMASIVAN A/L S NAPAYAN (No. K/P: 690806-05-5379)
1
LAI AH SENG … DEFENDAN (No. K/P: 631113-05-5499)
2
LAI WAH FOONG (No. K/P: 851121-14-5253)
1
Suatu notis rayuan yang bertarikh 7 Ogos 2025 telah difailkan oleh Defendan/Perayu berkaitan dengan isu kuantum yang diputuskan oleh Mahkamah ini pada 31 Julai 2025.
2
Defendan/Perayu tidak berpuas hati dengan sebahagian keputusan kuantum yang telah diberikan oleh Mahkamah ini pada 31 Julai 2025 iaitu mengenai Ganti Rugi Khas yang berikut:
a
Kos custom made shoe with rocker bottom with inner soft lining dengan gantian seumur hidup (outdoor use);
b
Serviceable items seumur hidup-Defiance OA Brace Straps, pads and linerl;
c
Kos Left transradial prosthesis dengan gantian seumur hidup;
d
Kos Serviceable item or prosthesisl; dan
e
Kos suntikan/injection right knee. FAKTA KES
3
Fakta kes ini ialah berkenaan dengan satu kemalangan pada 23 Disember 2019, yang melibatkan satu pelanggaran antara S/N 6Yp4jytnmkuBaQ3H/uEctQ motosikal No. Pendaftaran NS 5419 yang dibonceng oleh Plaintif dengan sebuah kereta No. Pendaftaran BGK 9182 yang dipandu oleh Defendan Pertama.
4
Kemalangan berlaku semasa motosikal yang dibonceng oleh Plaintif melalui Jalan Air Kuning-Linggi, Port Dickson, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus tiba-tiba dilanggar oleh kereta No. Pendaftaran BGK 9182 yang dipandu oleh Defendan Pertama dari arah bertentangan dan memasuki ke laluan sah motosikal No. Pendaftaran NS 5419.
5
Pada 1 Oktober 2024, Pihak Plaintif dan Defendan telah mencapai persetujuan untuk merekodkan liabiliti iaitu Plaintif sumbang cuai 10% manakala Defendan sumbang cuai 90% cuai.
6
Berdasarkan asas taksiran liabiliti 100%, amaun gantirugi am dan gantirugi khas yang dibenarkan dan ditaksirkan adalah seperti yang berikut: S/N 6Yp4jytnmkuBaQ3H/uEctQ Ganti Rugi Am
7
Ganti Rugi Am:
a
SCARS dibenarkan RM15,000;
b
Laceration wound (R) hand and over posterior (R) leg with bone deformity dibenarkan RM10,000;
c
Degloving wound over (R) leg dibenarkan RM10,000;
d
Closed segmental fracture (R) femur at midshaft and distal third dibenarkan RM25,000;
e
Open fracture distal third (R) tibia dibenarkan RM30,000;
f
Closed fracture proxilnal phalanx (R) thumb dibenarkan RM8,000;
g
Right anterior Cruciate Ligament (ACL), posterior Cruciate Ligament (PCL) medial Collateral Ligament (MCL) and (R) medial meniscus injury dibenarkan RM20,000;
h
Closed fracture distal third (L) radius and ulna with compartment syndrome and Volkmann ischaemic contracture (L) upper limb / Amputation dibenarkan RM65,000; S/N 6Yp4jytnmkuBaQ3H/uEctQ
i
Foot drop on Right foot dibenarkan RM20,000;
j
Split skin grafting of (R) forearm & (L) thigh dibenarkan RM10,000; dan
k
Muscle wasting (R) thigh by 1 cm, Muscle wasting (R) calf by 1 cm dibenarkan RM5,000. Ganti Rugi Khas:
a
Kos laporan perubatan awal RM80 (di bawah kos tindakan);
b
Kos laporan pakar Orthopedik RM3,000 (di bawah kos tindakan);
c
Kos laporan Prothetik dan Orthotik dari Pusat Anggota Tiruan RM3,000 (di bawah kos tindakan);
d
Kos laporan polis, rajah kasar dan kunci dibenarkan tuntutan (di bawah kos tindakan);
e
Kos penjagaan Plaintif Pertama pra bicara telah dipersetujui dan dibenarkan RM54,000; S/N 6Yp4jytnmkuBaQ3H/uEctQ
f
Custom Made Shoe with Rocker bottom with with inner soft lining (outdoor use) (to be change every 1 year) RM1,450 x 1 x 62 times RM89,900;
g
Serviceable items: Defiance OA Brace Strap, pads and liner (to be change every 1 year) RM1,050 x 1 x 48 times RM50,400;
h
Left Transradial Prosthesis BB hand S LH FLEX B Bebionic hand BBGSML / E2 Cosmetic Glove for Bebionic 10S17 Electric Wrist Rotator 13E202 MyoRotronic 13E129 G600 Elect - cable w. straight plug & 13E121(2),10s1 = 50 lamination Ring 99B 13=21 Pill in Tube BBI-2200S Split cell battery, BBCBI Battery Charger, OC 1560=TH Donning Sheath Easy-Proth (to be change every 5 years) RM255,000 x 13 times) dibenarkan RM3,315,000;
i
Serviceable items:
1
OCI 569=TH Donning Sheath Easy Prosthesis (to be change every 2 years) RM420 x 24 times) dibenarkan
2
RM10,080 BB1-2200S split cell battery (to be change every 2 years) RM2,950 x 24 times dibenarkan RM70,800; S/N 6Yp4jytnmkuBaQ3H/uEctQ
j
Anatomical laminated Suction Socket (to be change every 3 years) RM4,500 x 24 times dibenarkan RM108,000
3
Cost of future caretaker ditolak;
k
Physiotherapy (RM100 x 3 sessions p/week x 12 months) dibenarkan RM3,600;
l
Removal of implant dibenarkan RM6,000;
m
Injection for right knee (RM2,000 x 41 years) dibenarkan RM82,000;
n
Plaintiff's family travelling to hospital dibenarkan RM2,000; dan
o
Damage to clothes and belongings dibenarkan RM200.
8
Mahkamah juga membenarkan tuntutan faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh pemfailan writ sehingga penghakiman, faedah terhadap ganti rugi khas pada kadar 2.5% setahun dari tarikh kemalangan sehingga penghakiman, faedah di atas ganti rugi am dan khas pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh jumlah penghakiman dan juga kos mengikut skala. S/N 6Yp4jytnmkuBaQ3H/uEctQ ALASAN KEPUTUSAN Kuantum
9
Saya merujuk beberapa keputusan kes sebagai panduan untuk membuat keputusan mengenai Gantirugi Khas yang berikut:
a
Kos custom made shoe with rocker bottom with inner soft lining dengan gantian seumur hidup (outdoor use);
b
Serviceable items seumur hidup - Defiance OA Brace Straps, pads and linerl;
c
Kos Left transradial prosthesis dengan gantian seumur hidup;
d
Kos Serviceable item or prosthesisl; dan
e
Kos suntikan/injection right knee.
10
Bagi menentukan awad Left transradial prosthesis dengan gantian seumur hidup, saya merujuk prinsip “Informed consent” dalam kes FOO FIO NA v DR. SOO FOOK MUN & ANOR [2001] 8 CLJ 208, yang memutuskan seperti yang berikut: “The practitioner is duty bound by law to inform his patient who is capable of understanding and appreciating such S/N 6Yp4jytnmkuBaQ3H/uEctQ information of the risks involved in any proposed treatment so as to enable the patient to make an election of whether to proceed with the proposed treatment with knowledge of the risks involved or decline to be subjected to such treatment.”.
11
Dalam kes Plaintif ini, berdasarkan keterangan Plaintif, saya mendapati Plaintif telah memahami dan memberi persetujuan termaklum untuk tangannya dipotong.
12
Saya turut merujuk keputusan kes CHEW SWEE CHAI v BRITISH AMERICAN INSURANCE CO. (M) SDN. BHD. [1987] 1 MLJ 53 yang memutuskan bahawa “The Medical authority advised a complete amputation of the said limb. The insured declined to have an amputation.”. Walau bagaimanapun, dalam kes ini Plaintif bersetuju untuk tangannya dipotong bagi membolehkan awad Left transradial prosthesis dengan gantian seumur hidup diberikan.
13
Selanjutnya berkenaan dengan asas awad saya merujuk keputusan kes MOHD SIDIK BIN MUHAMAD KETAR V AND ZAINAL HAZRIL BIN ZAINAL MOKHTAR & ORS [2022] 1 LNS 1248 yang memutuskan seperti yang berikut: “4.…the salient principle when awarding compensatory award that the plaintiff is entitled to the best as the purpose of S/N 6Yp4jytnmkuBaQ3H/uEctQ compensation is to put the plaintiff as victim, in a near position he was before the tort was committed.
5
In the present case, the Myoelectric powered Orthosis and rechargeable battery would certainly help the plaintiff to lead a normal life and he certainly ought to be given a chance to use it.”.
14
Oleh itu, dalam kes ini, Plaintif wajarlah diberi peluang untuk menjalani kehidupan normal dengan bantuan custom made shoe with rocker bottom with inner soft lining dengan gantian seumur hidup (outdoor use) dan Left transradial prosthesis dengan gantian seumur hidup.
15
Berkenaan dengaan kes yang dirujuk oleh Defendan iaitu kes LIM A/L DIN GEN V DAKRIM BIN DAUD [2025] CLJU 646 Hakim memutuskan seperti yang berikut: “Mengenai kos orthosis, saya telah mengekalkan keputusan HMS atas jumlah RM46,200.00. Walaupun dari laporan pakar mengesahkan bahawa tangan kanan Dakrim termasuk jari-jarinya tidak lagi berfungsi dan lumpuh sepenuhnya, namun dari S/N 6Yp4jytnmkuBaQ3H/uEctQ keterangannya, yang mana diterima oleh HMS, bahawa beliau masih belum bersedia untuk tangan kanannya dipotong.”.
16
Sebaliknya dalam kes ini, Plaintif bersetuju tangan dipotong maka awad bagi Left transradial prosthesis dengan gantian seumur hidup yang diberikan wajar dan adil.
17
Oleh yang demikian itu, bagi mewajarkan awad bagi Left transradial prosthesis dengan gantian seumur hidup saya turut merujuk kes APPALASAMY A/L BODOYAH v. LEE MON SENG [1996] 3 CLJ 71 HIGH COURT MALAYA JOHOR BAHRU, DATO’ ABDUL MALIK ISHAK J yang memutuskan seperti yang berikut: “All said and done, the crucial issue for the determination of this Court was to consider whether the plaintiff was entitled to an electronic artificial hand or a mechanical artificial arm. I am acutely aware that in running down cases, the plaintiff would surely make an attempt to reap harvest out of his misfortune. Put differently an aggrieved plaintiff would usually make a fortune out of his own misfortune. But that is not the correct approach to adopt. No one likes to lose a dominant arm that would be of great use to oneself. Thus, one must not forget the general rule that the S/N 6Yp4jytnmkuBaQ3H/uEctQ function of damages in tort actions is purely to put the plaintiff in the position which he would have been in had the tort not been committed in the first place and this can only be done through a reasonable award of damages.”.
18
Berdasarkan keputusan kes APPALASAMY A/L BODOYAH v. LEE MON SENG, dakwaan Defendan yang menyatakan Plaintif mempunyai hasrat untuk mendapatkan keuntungan bagi diri sendiri disangkal sebab “No one likes to lose a dominant arm that would be of great use to oneself”. Malahan tujuan gantirugi dalam kes ini adalah semata-mata untuk meletakkan kembali Plaintif pada kedudukan yang sepatutnya dialami sekiranya kecuaian ini tidak terjadi.
19
Selanjutnya, menurut keputusan kes L/KPL NARAAYANAN NAIR A/L SUBRAMANIAM V ERAJAAN MALAYSIA [2025] CLJU 66, keputusan ini adalah untuk memastikan penyelesaian yang praktikal diseimbangkan dengan kefungsian dan keperluan Plaintif.
20
Berdasarkan rujukan kes yang disebut terdahulu dan mengambil kira informed consent Plaintif, Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif yang berikut: S/N 6Yp4jytnmkuBaQ3H/uEctQ
a
Kos custom made shoe with rocker bottom with inner soft lining dengan gantian seumur hidup (outdoor use);
b
Serviceable items seumur hidup - Defiance OA Brace Straps, pads and linerl;
c
Kos Left transradial prosthesis dengan gantian seumur hidup;
d
Kos Serviceable item or prosthesisl; dan
e
Kos suntikan/injection right knee. Faedah
21
Mahkamah juga membenarkan tuntutan faedah yang berikut: pada kadar 5% setahun dari tarikh tarikh pemfailan writ sehingga penghakiman, faedah terhadap ganti rugi khas pada kadar 2.5% setahun dari tarikh kemalangan sehingga penghakiman, faedah di atas ganti rugi am dan khas pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh jumlah penghakiman dan juga kos mengikut skala. S/N 6Yp4jytnmkuBaQ3H/uEctQ
22
Mahkamah berpendapat keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini pada 31 Julai 2025 yang memutuskan isu kuantum iaitu amaun ganti rugi am dan ganti rugi khas yang telah ditaksirkan oleh Mahkamah dalam kes ini wajar dan adil bersesuaian dengan prinsip undang-undang. Bertarikh 15hb Ogos 2025 (MAZNI BINTI NAWI) HAKIM MAHKAMAH SESYEN 4 KOMPLEKS MAHKAMAH SEREMBAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Peguam bagi pihak Plaintif : Kameswary a/p Ramasamy Tetuan Kames & Associates Peguam bagi pihak Defendan : Samreet Singh Sagoo Tetuan Lovelace & Hastings S/N 6Yp4jytnmkuBaQ3H/uEctQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.