Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN NO: DA-12A-8-06/2022
DA-12B-12-06/2022
High Court of Malaysia6 Mar 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“merujuk kepada kes Kwek Seow Kee (supra) yang menyatakan; “Further, O. 48 of the RHC is pari materia with O. 37 of the Subordinate Court Rules 1980 but whilst O. 37 applies to proceedings under the Debtors Act, the relevant Order in the RHC which applies to proceedings under the Debtors Act is O. 74. However there is n”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN NO: DA-12A-8-06/2022
1
1.
2
2.
3
(NO. PENDAFTARAN MAIK. D231/A/647/4-3) …PERAYU-PERAYU
1
(seorang di bawah umur dan kurang upaya serta membawa tindakan ini melalui ibu yang sah serta sahabat wakilnya melalui Plaintif Kedua)
2
…RESPONDEN-RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM GUAMAN NO: DA-A53KJ-208-04/2018
1
(seorang di bawah umur dan kurang upaya serta membawa tindakan ini melalui ibu yang sah serta sahabat wakilnya melalui Plaintif Kedua)
2
…PLAINTIF-PLAINTIF/
1
1.
2
2.
3
3.
4
(NO. PENDAFTARAN MAIK. D231/A/647/4-3) …DEFENDAN-DEFENDAN/ PENGHUTANG Yang diputuskan oleh Tuan Mohd Zul Zakiquddin bin Zulkifli pada 31 Mei 2022] DIDENGAR BERSAMA DENGAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN NO: DA-12B-12-06/2022 ANTARA 1. (seorang di bawah umur dan kurang upaya serta membawa tindakan ini melalui ibu yang sah serta sahabat wakilnya melalui Plaintif Kedua)
2
(I/C NO: 720212-03-5690) …PERAYU-PERAYU
1
1.
2
2.
3
3.
4
(NO. PENDAFTARAN MAIK. D231/A/647/4-3) …RESPONDEN-RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM GUAMAN NO: DA-A53KJ-208-04/2018 NO. PELAKSANAAN: DA-A53KJ-208-04/2018
1
(seorang di bawah umur dan kurang upaya serta membawa tindakan ini melalui ibu yang sah serta sahabat wakilnya melalui Plaintif Kedua)
2
… PLAINTIF-PLAINTIF/
1
1.
2
2.
3
3.
4
(NO. PENDAFTARAN MAIK. D231/A/647/4-3) …DEFENDAN-DEFENDAN/ PENGHUTANG ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Kes ini melibatkan 2 rayuan iaitu bagi kes DA-12A-8-06/2022 oleh Penghutang Penghakiman (JD) (Rayuan 1) dan bagi kes DA-12B- 12-06/2022 oleh Pemiutang Penghakiman (JC) (Rayuan 2). Kedua-dua rayuan adalah ke atas keputusan Tuan HMS bagi satu permohonan oleh JC di bawah Aturan 45 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012). Fakta Kes [2] JC telah pada 23/9/2018 memperolehi satu Penghakiman ke atas JD dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu. Rayuan JD di Mahkamah Tinggi telah ditolak pada 27/5/2019 manakala rayuan di Mahkamah Rayuan telah ditolak pada 2/9/2020. Permohonan JD untuk mendapat kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan pula telah ditolak pada 18/3/2021. [3] Beberapa permohonan oleh JC agar JD membuat bayaran telah tidak berjaya. Ini mendorong JC memfailkan satu Notis Permohonan (NP) secara exparte di bawah Kaedah 48 KKM 2012. [4] Berdasarkan NP ex parte tersebut, pada 15/10/2021, Tuan HMS telah membenarkan perintah seperti berikut; “Maka adalah diperintahkan bahawa Defendan-defendan/Penghutang Penghakiman hadir dan diperiksa secara lisan untuk menentukan: sama ada apa-apa hutang dan apakah hutang yang terhutang kepadanya, dan sama ada Penghutang Penghakiman tersebut ada apa-apa dan apakah harta lain atau keupayaan untuk menjelaskan Penghakiman yang ditandatangani di dalam Perintah bertarikh 23.09.2018 di hadapan Hakim, dan bahawa Penghutang Penghakiman tersebut mengemukakan apa-apa buku atau dokumen yang ada dalam milikan atau kuasanya berhubungan dengannya itu di hadapan Pendaftar pada masa pemeriksaan itu dan bahawa kos permohonan ini dan pemeriksaan di bawahnya itu menurut budi bicara Pendaftar yang membuat perintah itu”. [5] Pada 6/4/2022, satu sesi pemeriksaan JD di bawah Aturan 48 KKM 2012 telah dijalankan di mana Encik Syazwan bin Adnan telah hadir bagi pihak JD. Tuan HMS selanjutnya telah memerintahkan JD perlu membayar jumlah bayaran sebanyak RM 20,000.00 sebulan yang perlu dibayar mulai 1hb. Julai 2022 dan seterusnya pada setiap 1hb. setiap bulan berikutnya sehingga selesai pembayaran. Prinsip berkenaan Aturan 48 KKM 2012 [6] Aturan 48 KKM 2012 memperuntukkan seperti berikut; Aturan 48 kaedah 1
1
Perintah bagi pemeriksaan Penghutang Penghakiman;
1
Dalam Aturan ini, "Pendaftar" ertinya Pendaftar Mahkamah Tinggi atau Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret.
2
Jika seseorang telah mendapatkan suatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang oleh seorang lain (yang disebut "Penghutang Penghakiman" dalam Aturan ini), Mahkamah boleh, atas permohonan yang dibuat secara ex parte melalui suatu notis permohonan yang disokong dengan afidavit dalam Borang 95 oleh orang yang berhak menguatkuasakan penghakiman atau perintah, memerintahkan Penghutang Penghakiman, atau, sekiranya Penghutang Penghakiman itu suatu pertubuhan perbadanan, seorang pegawainya, untuk hadir di hadapan Pendaftar, dan diperiksa secara lisan mengenai persoalan- [(2) Pembetulan. PU(A) 226/2012]
a
sama ada apa-apa dan, sekiranya sedemikian, apakah hutang yang terhutang kepada Penghutang Penghakiman; dan
b
sama ada Penghutang Penghakiman mempunyai apa-apa dan, sekiranya sedemikian, apakah harta atau cara lain bagi menunaikan penghakiman atau perintah itu, dan Mahkamah boleh juga memerintahkan Penghutang Penghakiman atau pegawai itu mengemukakan apa-apa buku atau dokumen dalam milikan Penghutang Penghakiman itu yang relevan kepada persoalan yang disebut terdahulu pada masa dan di tempat yang ditetapkan bagi pemeriksaan.
3
Suatu perintah di bawah kaedah ini hendaklah dalam Borang 96 dan mestilah disampaikan sendiri kepada Penghutang Penghakiman dan kepada mana-mana pegawai suatu pertubuhan perbadanan yang diperintahkan untuk menghadiri pemeriksaan.
4
Apa-apa kesulitan yang berbangkit semasa menjalankan pemeriksaan di bawah kaedah ini di hadapan Pendaftar, termasuk apa-apa pertikaian mengenai obligasi orang yang sedang diperiksa itu untuk menjawab apa-apa persoalan yang dikemukakan kepadanya, bolehlah dirujuk kepada Mahkamah dan Mahkamah boleh menentukan atau memberi apa-apa arahan bagi penentuannya sebagaimana yang difikirkannya patut. Aturan 48 kaedah 2
2
Pemeriksaan ke atas pihak yang kena menunaikan penghakiman Jika apa-apa kesulitan berbangkit mengenai atau berkaitan dengan penguatkuasaan apa-apa penghakiman atau perintah, selain penghakiman atau perintah sebagaimana yang disebut dalam kaedah 1, Mahkamah boleh membuat suatu perintah di bawah kaedah itu bagi kehadiran pihak yang kena menunaikan penghakiman atau perintah itu dan bagi pemeriksaannya mengenai persoalan yang dinyatakan dalam perintah itu, dan kaedah itu hendaklah terpakai dengan sewajarnya dengan ubah suaian yang perlu. Aturan 48 kaedah 3
3
Pendaftar hendaklah membuat rekod pernyataan penghutang Pendaftar yang menjalankan pemeriksaan hendaklah mencatatkan, atau menyebabkan dicatatkan secara bertulis pernyataan yang dibuat oleh Penghutang Penghakiman atau orang lain di pemeriksaan itu, membacakan pernyataan itu kepadanya dan memintanya menandatangani pernyataan itu, dan jika dia enggan, Pendaftar hendaklah menandatangani pernyataan itu. [7] Berkenaan prinsip berkaitan Aturan 48 ini, Hakim Malik Ishak (HMT pada ketika itu) di dalam kes Kwek Seow Kee & anor v. KT Packaging Sdn Bhd (No. 2) [1998] 3 CLJ supp 244 telah menjelaskan seperti berikut; “The sting of O. 48 of the RHC is to provide a process for the examination of the judgment debtor so as to gather information as to his means of paying the judgment and flowing from it the judgment creditor will be able to determine the appropriate mode of enforcement. The process of examination would certainly come in handy as it would confirm and supplement any existing information which the judgment creditor might have by allowing him to obtain additional or new information which may be available for the sole purpose of enforcement. It is a matter of course that the court will make an order for examination of a judgment debtor as it is the judgment creditor's right to enforce the judgment or order which he has obtained. The judgment creditor is entitled to enjoy the fruits of his labour. In Sturges v. Countess of Warwick [1914] 30 TLR 112 the court there remarked that in justifiable circumstances, a second examination of the judgment debtor would be allowed. Of course, at the hearing under O. 48 of the RHC, the judgment creditor must be fully prepared to cross-examine the judgment debtor on all matters under the sky, so to speak, concerning the debts owed and the assets owned ( Republic of Costa Rica v. Strousberg (supra )). Now, the judgment debtor too may be examined on the property which he owns in a foreign jurisdiction. This proposition was ventilated in two cases. Firstly, in Indian Overseas Bank v. Sarbjit Singh [1990] 3 MLJ XXX; and, secondly, in Interpool Ltd v. Galani [1988] 1 QB 738. The language employed in O. 48 of the RHC do not bar this court, if circumstances justify it, to embark on an inquiry as to the judgment debtor's foreign property to aid in its enforcement process particularly if there is a chance that the proceeds of that foreign property may be transferred to the judgment creditor's own jurisdiction in the future. The inquiry may even reveal juicy details, hitherto unknown, about the judgment debtor's property within the jurisdiction. In the context of this case, a link between a bank in Johor Bahru with a bank in Singapore, for instance. Thus, this court has the jurisdiction to restrain a judgment debtor from transferring or disposing of his assets within or outside the jurisdiction ( Babanaft International Co v. Bassatne [1989] 2 WLR 232 ). This court too has the inherent power to summarily order the judgment debtor to file and serve an affidavit disclosing all assets wherever situated or kept ( Maclaine Watson & Co Ltd v. International Tin Council (No. 2) [1988] 3 WLR 1190 ). In the examination conducted under O. 48 of the RHC, if the judgment debtor refuses to answer questions put to him, the judgment creditor has an option to apply for an order of committal against the judgment debtor. This would be a sure way of ensuring compliance by the judgment debtor.” Isu yang perlu diputuskan [8] Berdasarkan kepada hujahan-hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah merumuskan bahawa terdapat 3 isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini seperti berikut:
a
sama ada Tuan HMS mempunyai bidang kuasa untuk memerintahkan pembayaran oleh JD;
b
sama ada Tuan HMS sewajarnya mengarahkan satu pemeriksaan lanjut atau semula dijalankan; dan
c
sama ada jumlah bayaran sebanyak RM 20,000.00 yang diperintahkan oleh Tuan HMS adalah munasabah. Analisis dan dapatan Mahkamah Isu (a); sama ada Tuan HMS mempunyai bidang kuasa untuk memerintahkan pembayaran oleh JD [9] Isu ini dibangkitkan oleh JD melalui Rayuan 1. Peguam JD merujuk perhatian Mahkamah ini ke atas keputusan oleh Hakim Tengku Maimun Tuan Mat (kini KHN) di dalam kes Nistrans (M) Sdn Bhd v Golden Flower Farm Sdn Bhd [2011] 1 LNS 757 yang telah merujuk kepada kes Kwek Seow Kee (supra) yang menyatakan; “Further, O. 48 of the RHC is pari materia with O. 37 of the Subordinate Court Rules 1980 but whilst O. 37 applies to proceedings under the Debtors Act, the relevant Order in the RHC which applies to proceedings under the Debtors Act is O. 74. However there is no provision for the examination of judgment debtor under O. 74. It is thus my view that there is much force in the submission of learned counsel for the defendant that there being no specific provision in the RHC to provide for the making of the said order, the said order is beyond the scope of O. 48 RHC and made outside the jurisdiction of the court and should be set aside. Insofar as O. 92 of the RHC is concerned, I am of the view that this case does not warrant the court to invoke the inherent powers under O. 92 as the rules contain provisions making available sufficient remedies (see Permodalan MBf Sdn Bhd & Ors v. Tan Sri Datuk Hamzah bin Abu Samah [1988] 1 CLJ 244 (Rep); [1988] 1 CLJ 31; [1990] 1 MLJ 446). Based on the foregoing, the defendant's appeal in encl 25 is allowed with costs.” [10] Peguam JC sebaliknya telah merujuk perhatian Mahkamah kepada keputusan oleh Hakim Lau Bee Lan HMT di dalam kes Bauer (M) Sdn Bhd v Embassy Court Sdn Bhd [2014] 9 CLJ 162 yang menyatakan sebaliknya seperti berikut; “[17] Although O. 48 r. 1 RC 2012 does not make provision for the court to make any order upon examination, in my humble judgment, the court is empowered to do by virtue of sub-s. 6 of s. 4 of the Debtors Act. Section 4(6) of RC 2012 reads:
6
Upon such examination or non-appearance as aforesaid the court may order the judgment debtor to pay the judgment debt either:
a
in one sum whether forthwith or within such period as the court may fix; or
b
by such instalments payable at such times as the court may fix. (emphasis added) [18] Pursuant to s. 4(6) of the Debtors Act, the court can upon examination of the judgment debtor as to its ability of satisfying the judgment, make an order that the judgment debtor pay the judgment debt in two modes provided under (a) or (b) above.” [11] Memandangkan kedua-dua kes adalah di peringkat Mahkamah Tinggi, keduanya tidak mengikat Mahkamah ini. Kedua-dua penghakiman tersebut telah merujuk kepada seksyen 4 Akta Penghutang 1957 (Akta 256) yang menyediakan bidangkuasa Mahkamah untuk menguatkuasakan penghakiman Mahkamah. Tertakluk kepada KKM 2012, Mahkamah boleh memanggil JD, untuk diperiksa secara lisan di hadapan Mahkamah berkenaan dengan keupayaan JD membayar atau menyelesaikan hutang penghakiman dan bagi mendapatkan harta yang boleh digunakan bagi pembayaran tersebut dan bagi pelupusan harta itu yang telah dibuat oleh JD tersebut. Manakala di bawah subseksyen (6) ia menyatakan; “(6) Upon such examination or non-appearance as aforesaid the court may order the judgment debtor to pay the judgment debt either -
a
in one sum whether forthwith or within such period as the court may fix; or
b
by such instalments payable at such times as the court may fix.” [12] Apabila dinyatakan tertakluk kepada KKM 2012, tatacara perlaksanaan Akta 256 ini, diperuntukkan secara spesifik di bawah Aturan 74 KKM 2012. [13] Mahkamah mendapati bahawa Aturan 74 KKM 2012 tidak menyediakan sebarang tatacara di mana seseorang JD boleh diperiksa oleh pemiutang penghakiman. Satu-satunya peruntukan berkaitan pemeriksaan Penghutang Penghakiman adalah diperuntukkan di bawah Aturan 48 KKM 2012. Namun Aturan 48 KKM 2012 tidak menyatakan bahawa ianya adalah berkaitan dengan Akta 256. [14] Oleh itu, Mahkamah ini berpandangan bahawa Aturan 48 KKM 2012 boleh digunapakai bagi maksud untuk memeriksa seseorang JD. Ia merupakan bidangkuasa Mahkamah di dalam memastikan sebahagian dari seksyen 4 Akta 256 sepertimana yang dinyatakan di dalam kes Kwek Seow Kee (supra) iaitu bagi tujuan untuk satu proses mendapatkan maklumat berkenaan keupayaan seseorang Penghutang Penghakiman untuk membayar hutangnya. [15] Selepas Mahkamah membuat sesuatu pemeriksaan dan menentukan keupayaan seseorang JD untuk membayar hutang, maka JC boleh menimbang tindakan selanjutnya di dalam mendapat kembali jumlah yang terhutang tersebut. Ia turut boleh dilaksanakan melalui satu perintah Mahkamah di bawah Akta 256 iaitu memerintahkan JD itu membayar hutang penghakiman. [16] Dengan kata yang lain, Mahkamah ini berpandangan bahawa JC mempunyai hak untuk mendapatkan perintah Mahkamah sama ada di bawah Akta 256 melalui Aturan 78 KKM 2012 atau apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh JC setelah mendapat maklumat berkaitan keupayaan JD untuk membayar hutang. JC tidak terikat dengan sesuatu metod sahaja dan Tuan HMS atau mana-mana peringkat Mahkamah boleh memberi apa-apa perintah berkaitan mendapatkan kembali hutang penghakiman daripada JD kepada JC. [17] Sehubungan dengan itu, berkaitan keputusan Tuan HMS di dalam kes ini, adalah penting bagi Mahkamah untuk meneliti apakah relif yang diminta oleh JC di dalam permohonan mereka kepada Mahkamah. Ini membawa penelitian Mahkamah ke atas NP secara ex parte yang telah di failkan bagi kes ini. Penelitian Mahkamah mendapati bahawa relif yang diminta hanyalah menyatakan;
a
Defendan-defendan/Penghutang Penghakiman hadir di hadapan Pendaftar untuk diperiksa secara lisan atas;
i
sama ada apa-apa dan, sekiranya demikian, apakah hutang yang terhutang kepada Defendan/Penghutang Penghakiman; dan
II
(ii) sama ada Defendan/Penghutang Penghakiman mempunyai apa-apa dan, sekiranya demikian, apakah harta atau cara lain bagi menjelaskan Penghakiman yang dicatatkan pada 23.9.2018 di Mahkamah Sesyen Kota Bharu Guaman No: DA-A53KJ-208-04/2018.
b
Defendan/Penghutang Penghakiman mengemukakan di Mahkamah semua buku-buku atau dokumen-dokumen yang ada dalam milikannya atau kuasanya yang relevan kepada persoalan-persoalan yang disebut terdahulu pada masa dan di tempat yang ditetapkan bagi pemeriksaan. [18] Mahkamah mendapati bahawa NP tersebut hanya merujuk kepada Aturan 48 KKM 2012 tanpa pada bila-bila masa menyatakan Aturan 78 KKM 2012 maupun Akta 256. Kandungan relif yang diminta juga hanyalah bagi maksud Mahkamah untuk memeriksa JD dan tiada sebarang relif yang diminta untuk Mahkamah membuat apa-apa perintah berkaitan sebarang pembayaran oleh JD kepada JC. Oleh itu, Mahkamah merumuskan bahawa NP tersebut hanyalah bagi maksud sepertimana yang diperuntukkan di bawah Aturan 48 kaedah 2 KKM 2012 iaitu untuk diperiksa secara lisan mengenai persoalan-
a
sama ada apa-apa terdapat hutang kepada JD;
b
sama ada JD mempunyai apa-apa harta atau cara lain bagi menunaikan penghakiman atau perintah itu; dan
c
Mahkamah boleh juga memerintahkan JD atau pegawai itu mengemukakan apa-apa buku atau dokumen dalam milikan JD itu yang relevan kepada persoalan yang disebut terdahulu pada masa dan di tempat yang ditetapkan bagi pemeriksaan. [19] Oleh itu, Mahkamah bersetuju dengan pandangan di dalam kes Nistrans (supra) bahawa di dalam permohonan di bawah Aturan 48 KKM 2012, Tuan HMS tidak mempunyai bidangkuasa untuk membuat apa-apa perintah berkaitan perintah membayar hutang penghakiman itu sama ada sekaligus dengan serta-merta atau dalam suatu tempoh yang ditetapkan oleh Mahkamah atau dengan apa-apa ansuran yang kena dibayar pada sesuatu masa yang ditetapkan oleh Mahkamah. [20] Oleh itu, Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam JD bahawa Tuan HMS terkhilaf apabila membuat perintah berkaitan pembayaran iaitu apabila memerintahkan JD perlu membayar jumlah bayaran sebanyak RM 20,000.00 sebulan mulai 1hb. Julai 2022 dan seterusnya pada setiap 1hb. setiap bulan berikutnya sehingga selesai pembayaran. Isu (b); sama ada Tuan HMS sewajarnya mengarahkan satu pemeriksaan lanjut atau semula dijalankan [21] Bagi melengkapkan rayuan ini, Mahkamah meneruskan pertimbangan bagi isu yang kedua. Bagi isu ini ia adalah berkaitan hujahan peguam JC di dalam Rayuan 2 iaitu Tuan HMS dihujahkan telah melakukan kesilapan di dalam keputusannya meneruskan pemeriksaan ke atas JD sedangkan tidak terdapat full and frank disclosure oleh saksi yang hadir mewakili JD. [22] Ini menyebabkan perintah Tuan HMS memerintahkan pembayaran sebanyak RM 20,000.00 adalah tidak munasabah kerana ia akan mengambil masa selama 20 tahun bagi penyelesaian. Mahkamah juga diperlihatkan tindak tanduk semasa pemeriksaan ke atas saksi JD tersebut dan peguam JC mendesak Mahkamah ini untuk menggunapakai kaedah sepertimana di dalam kes Sturges v Countess of Warwick [1914] 30 T.L.R 112 yang dirujuk di dalam kes Kwek Seow Kee (supra) yang mengarahkan supaya pemeriksaan kedua dijalankan. [23] Perkara berkenaan perkara ini telah disentuh oleh Tuan HMS di dalam penghakimannya apabila Tuan HMS menyatakan; “Saya berpandangan dokumen-dokumen yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini adalah memadai untuk Mahkamah memutuskan jumlah bayaran bulanan yang sesuai dan Mahkamah tidak perlu menangguhkan pemeriksaan ini ke tarikh lain sepertimana hujahan peguamcara JC atas alasan dokumen yang dikemukakan oleh JD tidak lengkap. Semasa perbicaraan kes ini berlangsung, peguamcara JC tidak pernah memohon penangguhan bagi bicara kes ini untuk membolehkan JD membawa dokumen-dokumen lain yang tidak mencukupi itu, walaupun selepas selesai JD 2 memberi keterangan. Sedangkan, peguamcara JC sendiri telah menerima ikatan dokumen bagi tujuan perbicaraan kes ini 10 hari lebih awal dari tarikh bicara JDS ini pada 23.3.2022 iaitu pada 13.3.2022 dan sepatutnya peguamcara JC memohon pertimbangan Mahkamah dari awal lagi, jika merasakan perlu ditangguhkan bicara kes ini ke tarikh yang lain untuk saksi JD membawa dokumen-dokumen yang lengkap ini hanya ditimbulkan di peringkat hujahan peguamcara JC sahaja”. [24] Mahkamah mendapati bahawa isu berkaitan dokumen yang dikatakan tidak lengkap hanya berbangkit semasa hujahan di hadapan Tuan HMS sedangkan dokumen-dokumen telah diserahkan kepada JC sejak 14/3/2022 iaitu 10 hari sebelum pemeriksaan dijalankan. [25] Jika peguam JC merasakan bahawa dokumen-dokumen adalah tidak lengkap atau perintah Tuan HMS tidak dipatuhi, sepatutnya permohonan boleh dibuat oleh JC untuk Mahkamah memerintahkan dokumen tambahan dikemukakan. Apatah lagi jika dilihat dari aspek pemeriksaan yang dijalankan, soalan-soalan kepada saksi adalah secara spesifik kepada dokumen-dokumen yang berada di dalam pengetahuan JC. [26] Mahkamah mendapati bahawa peguam JC mempunyai ruang dan peluang yang luas untuk memeriksa saksi tersebut dan sepatutnya mengambil setiap peluang yang ada untuk menguatkuasakan haknya termasuk untuk memohon perintah komital sekiranya JD enggan atau abai mematuhi perintah Mahkamah. Ini sejajar dengan apa yang dinyatakan di dalam kes Kwek Seow Kee (supra) seperti berikut; “In the examination conducted under O. 48 of the RHC, if the judgment debtor refuses to answer questions put to him, the judgment creditor has an option to apply for an order of committal against the judgment debtor. This would be a sure way of ensuring compliance by the judgment debtor.” [27] Di dalam kes Ang Teck Wang v Big Sdn Bhd [2020] 1 LNS 793 Mahkamah Rayuan berhadapan dengan rayuan ke atas perintah Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Perayu diperiksa semula di bawah Akta 256. Mahkamah Rayuan melalui penghakiman Hakim Mary Lim Thiam Suan HMR (pada ketika itu) memutuskan; “[7] We find the orders made are erroneous. The order for a re-trial is without merit, erroneous in law and on the facts. A re-trial is exceptionally ordered; say for where there is miscarriage of justice.” [28] Menggunapakai pendekatan yang sama, Mahkamah ini memutuskan bahawa tiada sesuatu yang istimewa atau berlaku sebarang kesilapan keadilan bagi Mahkamah ini memerintahkan satu pemeriksaan semula dijalankan. Sehubungan dengan itu, tiada alasan bagi Mahkamah untuk bersetuju dengan JC dan mengarahkan satu pemeriksaan semula dijalankan. Isu (c); sama ada jumlah bayaran sebanyak RM 20,000.00 yang diperintahkan oleh Tuan HMS adalah munasabah [29] Isu yang terakhir adalah dibangkitkan oleh peguam JD di dalam Rayuan 1. Asas kepada hujahan peguam JD adalah saksi telah mengemukakan beberapa dokumen seperti berikut:
a
senarai kenderaan-kenderaan yang dimiliki oleh Perayu
b
laporan kewangan syarikat Perayu Pertama bagi tahun berakhir pada 30.06.2020;
c
penyata bank terkini Perayu Pertama bagi tempoh Ogos 2021 sehingga Januari 2022; dan
d
Perjanjian Jual Beli bertarikh 12.06.2008 yang dimiliki oleh salah seorang pengarah syarikat Perayu Pertama iaitu Adnan bin Hashim. [30] Asas bantahan peguam adalah pihaknya dinafikan peluang oleh Tuan HMS untuk membuat pemeriksaan ke atas JD dan ini bertentangan dengan roh Aturan 48 KKM 2012 iaitu untuk menilai dan memeriksa kedudukan kewangan sebenar JD. [31] Peguam JD seterusnya menghujahkan bahawa berdasarkan kepada dokumen-dokumen yang dikemukakan, ia menunjukkan bahawa JD tidak mempunyai kemampuan kewangan dari segi tunai untuk melunaskan jumlah penghakiman dan oleh itu dihujahkan keputusan HMS untuk memerintahkan JD membayar sebanyak RM 20,000.00 sebulan jelas tidak bersandarkan kepada dokumen-dokumen yang disediakan. [32] Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh peguam JD telah diulas oleh Tuan HMS di dalam alasan penghakimannya yang menyatakan; “Peguamcara JD memaklumkan bahawa jumlah yang masih terhutang oleh JD adalah sebanyak RM 5,366,571.03 setakat 20.4.2022. Semasa pemeriksaan saksi, saya menerima keterangan JD 2 bahawa JD 2 mempunyai masalah kewangan dan tidak mampu untuk membayar keseluruhan jumlah penghakiman berkenaan. Penyata akaun tungal JD 2 iaitu akaun cashline Bank Islam menunjukkan had kemudahan sejumlah RM 400,000.00 telah habis digunakan untuk tujuan perniagaan. Baki yang tinggal hanyalah RM 14,395.78. Salinan geran kenderaan yang dikemukakan juga menunjukkan kenderaan milik JD 2 tidak pernah dijual atau dilupuskan. Aset yang belum dicairkan ini tidak boleh diambilkira bagi tujuan pemeriksaan penghutang penghakiman bagi kes ini. Bagi akaun untuk JD 4, wakil JD iaitu pemilik kepada Pusat Tahfiz tersebut tidak mempunyai akses kepada akaun bank JD 4, kerana ianya berada di bawah amanah pengetua sekolah tahfiz tersebut. Sepertimana diketahui, Pusat Tahfiz tersebut berada di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Kelantan. Saya berpuas hati bahawa dokumen yang dikemukakan oleh pihak JD sudah mencukupi untuk saya memutuskan amaun bayaran yang paling munasabah untuk pihak JD.” [33] Mahkamah telah meneliti Nota Keterangan serta hujahan-hujahan yang dikemukakan di akhir pemeriksaan dan mendapati bahawa Tuan HMS telah menilai keterangan JD 2 dan diperbandingkan dengan dokumen-dokumen yang dikemukakan. Walaupun Tuan HMS tidak membenarkan peguam JD untuk membuat pemeriksaan, namun Tuan HMS telah membenarkan peguam JD hadir walaupun ini merupakan satu prosiding secara ex parte dan membenarkan hujahan dikemukakan oleh peguam JD. [34] Sehubungan dengan itu, Mahkamah tidak mendapati sebarang kekhilafan yang dilakukan oleh Tuan HMS sepertimana yang dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Ang Teck Wang (supra) seperti berikut; “[17] On perusal of the notes of evidence and the grounds of the Sessions Court and upon submissions before us, we find that that is unfortunately an erroneous conclusion. The Sessions Court has clearly dealt with the evidence quite carefully, identified the income, expenditure, before concluding that it was reasonable for the appellant to have the expenses that he claimed to have, before finally ordering him to pay RM2,500.00 monthly. [18] In evaluating the evidence; the Sessions Court had rejected the respondent's claim that the appellant could pay the debt by way of a lump sum and had also rejected the appellant's claim that he could only pay RM1,000.00 per month; and had instead ordered the appellant to pay by way of monthly instalments of RM2,500.00.” [35] Sehubungan dengan itu, bagi isu ini Mahkamah tidak dapat bersetuju dengan peguam JD. Kesimpulan [36] Di atas pertimbangan-pertimbangan ini, Mahkamah memerintahkan:
a
rayuan JD di dalam Rayuan 1 adalah dibenarkan dan perintah Tuan HMS bahawa JD perlu membayar jumlah bayaran sebanyak RM 20,000.00 sebulan yang perlu dibayar mulai 1hb. Julai 2022 dan seterusnya pada setiap 1hb. setiap bulan berikutnya sehingga selesai pembayaran adalah diketepikan;
b
rayuan JC di dalam Rayuan 2 untuk Mahkamah memerintahkan satu pemeriksaan semula ke atas JD2 adalah ditolak;
c
perintah-perintah lain oleh Tuan HMS adalah dikekalkan; dan
d
pihak-pihak menanggung kos masing-masing. Bertarikh: 18hb Julai, 2023 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu Kelantan. Pihak-pihak: Kes DA-12A-8-06-2022 Bagi Pihak Perayu : Azzan Aznam bin Abdul Rahim Tetuan Syazwan Hasim & Azeel Eskandar Peguambela dan Peguamcara No. 2, Jalan Lengkong Zoo View 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Bagi Pihak Responden : KN Geetha Tetuan Kames & Associates Peguambela dan Peguamcara No. 80-1, 1st Floor, Jalan Mahogani 1 Bandar Botanic 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan. Kes DA-12B-12-06-2022 Bagi Pihak Perayu : KN Geetha Tetuan Kames & Associates Peguambela dan Peguamcara No. 80-1, 1st Floor, Jalan Mahogani 1 Bandar Botanic 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan. Bagi Pihak Responden : Azzan Aznam bin Abdul Rahim Tetuan Syazwan Hasim & Azeel Eskandar Peguambela dan Peguamcara No. 2, Jalan Lengkong Zoo View 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Tarikh Bicara : 06hb. Februari, 2023 Tarikh Keputusan : 06hb. Mac, 2023 Undang-Undang Yang Dirujuk: ➢ Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 ➢ Akta Penghutang 1957 Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Kwek Seow Kee & anor v. KT Packaging Sdn Bhd (No. 2) [1998] 3 CLJ supp 244 ➢ Nistrans (M) Sdn Bhd v Golden Flower Farm Sdn Bhd [2011] 1 LNS 757 ➢ Bauer (M) Sdn Bhd v Embassy Court Sdn Bhd [2014] 9 CLJ 162 ➢ Sturges v Countess of Warwick [1914] 30 T.L.R 112 ➢ Ang Teck Wang v Big Sdn Bhd [2020] 1 LNS 793
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.