Content
ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 1 | P a g e DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA PILAH DALAM NEGERI NEGERI SEMBILAN GUAMAN SIVIL NO NB-A53KJ-110-04/2024 ANTARA 5 1.MUHAMMAD IZZUDIN BIN SAPIAN
NB-A53KJ-110-04/2024
Sessions Court of Malaysia24 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“[13] Defendan pula menghujahkan awad sebanyak RM15,000.00 adalah memadai dengan merujuk kepada kes Normiza Nordinn & 20 Yang Lain lwn Chen Kong Meng & satu Lagi; Mohd Fariz Azlan Eshak (Pihak Ketiga) [2024] PILRU 25 di mana Mahkamah telah membenarkan awad sebanyak RM30,000.00 bagi kecederaan mild traumatic brain injury”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 1 | P a g e DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA PILAH DALAM NEGERI NEGERI SEMBILAN GUAMAN SIVIL NO NB-A53KJ-110-04/2024 ANTARA 5 1.MUHAMMAD IZZUDIN BIN SAPIAN
2
2.
3
MUHAMMAD RAIF RUKDUDIN BIN ABDULLAH SAPIAN BIN IDRIS 10 (BAPA DAN WAKIL LITIGASI YANG SAH KEPADA PLAINTIF PERTAMA)
2
DAN 1.SARAVAN A/L PONNUSAMY GANESAN A/L PONNUSAMY ..DEFENDAN-DEFENDAN 15 ALASAN PENGHAKIMAN Rayuan ini difailkan oleh Plaintif Pertama dan Kedua yang telah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini pada 24.2.2025. Rayuan 20 ini adalah terhadap isu kuantum gantirugi khas dan am sahaja. ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 2 | P a g e Latarbelakang kes [2] Tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan terakru daripada satu kemalangan jalan raya pada tarikh 8.7.2023 jam lebih kurang 10.35 malam di KM 2 Jalan Bahau – Batu Kikir yang 5 melibatkan motokar No. NAT 8876 yang dipandu oleh Defendan Pertama dengan motosikal No. WMR 7876 yang ditunggang oleh Plaintif Pertama dan dibonceng oleh Plaintif Kedua. [3] Pihak-pihak telah bersetuju merekodkan bahawa Defendan- 10 Defendan bertanggungan cuai sebanyak 90% dan Plaintif-Plaintif menyumbang cuai sebanyak 10%. Laporan perubatan awalan dan laporan pakar Plaintif-Plaintif telah juga dipersetujui tertakluk kepada hujahan. 15 Penemuan Mahkamah Gantirugi Am [5] Berdasarkan jumlah yang dihujahkan oleh pihak-pihak serta 20 berpandu kepada Compendium of Personal Injury Awards Revised setakat 16 Oktober 2018 serta kes-kes yang telah diputuskan, Mahkamah ini berpendapat kuantum yang diberikan dalam kes ini adalah berpatutan dan mengikut trend semasa. 25 ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 3 | P a g e [6] Mahkamah juga mengambil kira prinsip yang dinyatakan dalam kes Ku Jia Shiuen (an infant suing through her mother and next friend, Tay Pei Hoon) & Anor v Government of Malaysia & Ors [2013] 4 MLJ 108 di mana Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: 5 “It is settled law that damages in tort are not meant to be punitive; neither a reward. Damages are meant to be a form of compensation that will give the injured party reparation for the wrongful act so far as money can compensate. It is not meant 10 to enrich the injured party. Therefore, the compensation must by fair, reasonable and adequate but not excessive (Yang Salbiah & Anor v Jamil bin Harun [1981] 1 MLJ 292) The aim is to put the injured party back as it were, as far as possible to his original position prior to the tortuous act which caused the 15 damage (Shanmugam a/l Gopal v Zinal Abidin bin Nazim & Anor [2003] 3 MLJ 76; Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] 2 MLJ 324 (FC)). Laporan Perubatan 20 [7] Pihak-pihak telah merujuk kepada Laporan-laporan Perubatan yang berikut untuk gantirugi am Plaintif Pertama:
a
Laporan perubatan dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah 25 (HTAN) (ETD) bertarikh 4.5.2024 di ms 1-3 Ikatan Dokumen Tambahan Plaintif; ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 4 | P a g e
b
Laporan perubatan dari HTAN (Ortopedik) Kuala Pilah bertarikh 3.11.2023 di ms 4-6 Ikatan Dokumen Tambahan
c
Laporan perubatan dari HTAN (Pembedahan) bertarikh 5 24.11.2023 di ms 7-9 Ikatan Dokumen Tambahan Plaintif;
d
Laporan Pakar oleh Dr Liau Kai Ming bertarikh 18.3.2024 di ms 11-15 Ikatan Dokumen Tambahan Plaintif; 10 [8] Pihak-pihak juga telah merujuk kepada laporan-laporan perubatan yang berikut bagi Plaintif Kedua:
a
Laporan perubatan dari HTAN bertarikh 30.10.2023 (ETD) di 15 ms 16-18 Ikatan Dokumen Tambahan Plaintif;
b
Laporan perubatan dari HTAN bertarikh 18.11.2023 (Ortopedik) di ms 19-21 Ikatan Dokumen Tambahan Plaintif; dan 20
c
Laporan Pakar oleh Dr. Liau Kai Ming bertarikh 18.3.2024 di ms 22-26 Ikatan Dokumen Tambahan Plaintif. [9]
Preamble
Menurut laporan-laporan perubatan tersebut di atas, Plaintif Pertama didapati telah mengalami kecederaan-kecederaan 25 sepertimana yang berikut:
1
1.Mild traumatic brain injury with loss of consciousness; ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 5 | P a g e
2
Closed comminuted fracture midshaft right femur;
3
Multiple laceration wound: left forehead and left chin;
4
Multiple abrasion wounds left forehead and posterior aspect of 5 calcaneus and right big toe;
5
5.Muscle wasting; dan
6
6.Scars 10 [10] Menurut laporan-laporan perubatan tersebut di atas, Plaintif Kedua pula didapati telah mengalami kecederaan-kecederaan sepertimana yang berikut:
1
1.Closed comminuted fracture right 3rd toe proximal phalanx; Closed right base of 4th proximal phalanx fracture and Closed fracture right 5th toe neck proximal phalanx; 20
2
Closed fracture head of right 4th metatarsal bone;
3
3.Multiple abrasion wounds; dan
4
4.Muscle wasting 25 [11] Atas dasar liabiliti 100%, Mahkamah ini memutuskan awad gantirugi am yang dibenarkan adalah sepertimana yang berikut: ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 6 | P a g e
1
1.Mild traumatic brain injury with loss of consciousness-RM40,000.00; 5 [12] Plaintif menghujahkan awad sebanyak RM60,000.00 dibenarkan memandangkan Plaintif Pertama mengalami loss of consciousness and retrograde amnesia serta acute subarachnoid haemorrhage left frontal region. Plaintif juga telah merujuk kepada kes Au Sew Fon v Jason Yeoh Jin Kheng & 6 Ors [2019] 1 PIR 10 [47] di mana Mahkamah telah membenarkan awad sebanyak RM50,000.00 bagi thin subdural bleed along the interhemispheric tissue with mild head injury. Plaintif juga telah merujuk kepada kes Mohd Shukri bin Yang v Mohd HAzwan bin Hamidan [2020] 1 PIR [36] di mana Mahkamah telah membenarkan awad sebanyak 15 RM60,000.00 bagi traumatic mild brain injury with cerebral concussion. [13] Defendan pula menghujahkan awad sebanyak RM15,000.00 adalah memadai dengan merujuk kepada kes Normiza Nordinn & 20 Yang Lain lwn Chen Kong Meng & satu Lagi; Mohd Fariz Azlan Eshak (Pihak Ketiga) [2024] PILRU 25 di mana Mahkamah telah membenarkan awad sebanyak RM30,000.00 bagi kecederaan mild traumatic brain injury, loss of consciousness, retrograde amnesia, left occipital scalp hematoma. Defendan 25 menghujahkan Plaintif di dalam kes Normiza telah dirujuk kepada Pakar Neuro, tetapi Plaintif di dalam kes di hadapan Mahkamah ini ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 7 | P a g e tidak dirujuk kepada mana-mana pakar Neuro.Oleh itu Defendan menghujahkan awad sebanyak RM15,000.00 adalah memadai. [14] Plaintif Pertama semasa kemalangan adalah seorang pelajar yang berumur 16 tahun dan masih muda. Mahkamah ini bersetuju 5 dengan hujahan Defendan yang mengatakan bahawa tiada sebarang rujukan kepada pakar neuro dibuat di dalam kes ini. Tambahan pula, tiada sebarang keilatan di alami oleh Plaintif akibat Mild traumatic brain injury with loss of consciousness. Oleh itu Mahkamah ini berpendapat awad RM60,000.00 sebagaimana 10 dihujahkan oleh Plaintif adalah terlalu tinggi. Menggunapakai kes rujukan Defendan serta setelah mengambil kira umur Plaintif, perubahan masa serta penurunan nilai mata wang, Mahkamah ini berpendapat awad sebanyak RM40,000.00 adalah wajar dan berpadanan.
2
2.Closed comminuted fracture midshaft right femur-RM25,000.00; [15] Plaintif menghujahkan bahawa awad sebanyak RM55,000.00 adalah adil dan munasabah dengan mengambil kira faktor inflasi 20 dan nilai wang masa kini. Plaintif telah merujuk kepada kes Hoo Tian Rong v Koit Kai Siang [2022] 1 PIR [28] di mana Mahkamah telah membenarkan awad sebanyak RM50,000.00 bagi fracture midshaft of the right femur. Plaintif juga telah merujuk kepada kes Razin Syafi bin Rozren Saad v Wakil Pentadbir 25 Harta Pusaka Kepada Ismail bin Abdullah (si mati) [2021] 2 PIR [11] di mana bagi open comminuted supracondylar fracture of ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 8 | P a g e the left femur with intra-articular fragments, Mahkamah telah membenarkan awad sebanyak RM60,000.00. [16] Sebaliknya Defendan menghujahkan bahawa awad sebanyak RM22,000.00 adalah wajar dan memadai. Defendan telah merujuk 5 kepada kes Muhammad Afiah bin Jamaludin v Shairul Nizam bin Md Isa [2020] 2 PIR [11] di mana Mahkamah telah membenarkan awad sebanyak RM25,000.00 bagi closed fracture midshaft of the right femur. 10 [17] Mahkamah ini merujuk kepada Kompendium 2018 dan telah digariskan bahawa bagi kecederaan femur awad dicadangkan adalah dari RM21,500.00 sehingga RM48,500.00. Plaintif Pertama telah mengalami keilatan iaitu tidak lagi boleh berdiri lama dan mengalami kelemahan pada kakinya, namun tiada sebarang 15 kependekan. Memandangkan Plaintif Pertama masih muda dan perlu menanggung kesakitan serta keilatan ini dalam masa yang lama, maka Mahkamah ini berpendapat awad sebanyak RM25,000.00 adalah wajar dan berpadanan. Awad ini juga adalah masih di dalam lingkungan awad yang digariskan di dalam 20 Kompendium 2018. Mahkamah ini juga telah menggunapakai kes rujukan Defendan iaitu kes Muhammad Afiah di atas. 25 ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 9 | P a g e
3
3.Multiple laceration wound: left forehead and left chin-RM5,000.00; [18] Plaintif telah menghujahkan awad yang berasingan bagi laceration wound over left forehead dan left chin iaitu sebanyak RM6,000.00 bagi setiap laceration tersebut. Defendan pula menghujahkan satu 5 awad global bagi laceration wound over left frontal region and eft chin. Defendan menghujahkan awad sebanyak RM4,000.00 adalah memadai bagi laceration wound pada bahagian left fronta region dan left chin. Mahkamah ini berpendapat satu awad global adalah wajar diberikan. Mahkamah ini merujuk kepada 10 Kompendium 2018 yang menggariskan awad bagi lacerations (single to multiple) adalah di antara RM2500.00 hingga RM9500.00. Oleh itu memandangkan hanya ada dua bahagian badan iaitu forehead dan chin, maka Mahkamah ini berpendapat awad sebanyak RM5,000.00 adalah wajar dan berpadanan. 15 Tambahan pula kedua-dua laceration adalah di bahagian muka.
4
4.Multiple abrasion wounds left forehead and posterior aspect of calcaneus and right big toe-RM5,000.00; 20 [19] Plaintif di dalam hujahan mereka menghujahkan awad yang berasingan bagi abrasion di mana bagi abrasion wound left forehead, Plaintif menghujahkan awad sebanyak RM3,000.00. Manakala bagi multiple abrasion wound posterior aspect of calcaneus and right big toe pula, Plaintif menghujahkan awad 25 sebanyak RM10,000.00 adalah wajar diberikan. Defendan pula menghujahkan bagi multiple abrasion wound over left calf, left ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 10 | P a g e forehead and posterior aspect of calcaneus and right big toe awad sebanyak RM3000.00 adalah wajar dan munasabah. [20] Mahkamah ini telah merujuk kepada Kompendium 2018 di mana telah digariskan awad bagi abrasions (single to multiple) adalah di 5 antara RM1,300.00 sehingga RM5,000.00. Bagi multiple abrasions yang dialami oleh Plaintif di left calf, left forehead dan posterior aspect of calcaneus and right big toe, Mahkamah ini berpendapat awad sebanyak RM5,000.00 adalah wajar dan berpadanan, terutamanya selepas mengambil kira perubahan masa dan 10 penurunan nilai mata wang.
5
5.Muscle wasting-RM5,000.00; [21] Kedua-dua pihak tidak mempertikaikan muscle wasting yang 15 dialami oleh Plaintif. Mahkamah ini telah merujuk kepada Kompendium 2018 dan telah membenarkan awad sebanyak RM5,000.00 setelah mengambil kira perubahan masa dan penurunan nilai mata wang. Mahkamah ini juga berpendapat awad ini adalah wajar dan berpadanan.
6
6.Scars-RM5,000.00; [22] Plaintif menghujahkan bahawa awad sebanyak RM15,000.00 wajar dibenarkan bagi 5cm permanent disfiguring scar over right 25 hip, 2 cm permanent disfiguring scar over proximal right thigh, 2 ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 11 | P a g e cm permanent disfiguring surgical scar over distal right thigh dan 5 cm x 3 cm abrasion scar over left knee. Sebaliknya Defendan menghujahkan awad sebanyak RM5,000.00 adalah wajar dan berpadanan kerana melibatkan kawasan kecederaan yang sama. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan dan 5 membenarkan awad sebanyak RM5,000.00 setelah turut mengambil kira faktor overlapping.
7
7.Kesakitan dan penderitaan pembedahan masa hadapan-RM5,000.00; 10 [23] Plaintif telah berhujah bahawa awad sebanyak RM5,000.00 adalah wajar dan berpadanan bagi kesakitan dan pembedahan masa hadapan, di mana Pakar Plaintif mengatakan bahawa Plaintif perlu menjalani pembedahan removal of implant. Defendan pula tidak 15 menafikan keperluan pembedahan pengeluaran implan tetapi menghujahkan awad sebanyak RM3,000.00 adalah memadai. Defendan telah merujuk kepada kes Lim Sil Hao v Selvarajah a/l Perumal [2022] 8 MLJ 479 di mana Mahkamah telah membenarkan awad sebanyak RM5,000.00 bagi dua pembedahan 20 akan datang. Mahkamah ini menerimapakai kes rujukan Defendan tetapi setelah mengambil kira perubahan masa dan penurunan nilai mata wang Mahkamah ini berpendapat awad sebanyak RM5,000.00 adalah wajar dan berpadanan walaupun hanya melibatkan satu pembedahan. 25 ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 12 | P a g e
8
8.Kos rawatan masa hadapan: [24] Plaintif di dalam hujahan mereka mengatakan bahawa Pakar Plaintif mengatakan bahawa Plaintif memerlukan ubatan bagi residual pain over right thigh. Plaintif juga menghujahkan Pakar 5 Plantif mengatakan kos ubatan tersebut adalah di antara RM1200.00 sehingga RM3600.00. Mengambil pendekatan median sum, Plaintif menghujahkan bahawa bagi kos NSAID awad yang wajar dibenarkan adalah sebanyak RM2,700.00. Selanjutnya Plaintif menghujahkan bahawa Plaintif memerlukan fisioterapi dan 10 kos adalah sebanyak RM3,600.00 (RM100.00 bagi setiap sesi). Bagi pembedahan untuk mengeluarkan implant pula, Plaintif menghujahkan bahawa Pakar Plaintif mengatakan kos di pusat perubatan swasta adalah sebanyak RM15,000.00. Sehubungan dengan itu Plaintif menghujahkan kos sebanyak RM15,000.00 bagi 15 pembedahan masa hadapan wajar dibenarkan. [25] Defendan pula menghujahkan kos sebanyak RM900.00 wajar dibenarkan kerana Pakar Plaintif mencadangkan Plaintif mengambil ubatan NSAID tersebut selama 6-12 bulan. Plaintif 20 menghujahkan kos yang wajar dibenarkan adalah setakat 9 bulan dan hanya 1/3 daripada RM2700 tersebut dibenarkan (1/3 x RM300 x 9 bulan). Selanjutnya bagi kos fisioterapi pula, Defendan menghujahkan hanya 1/3 daripada RM3600 (kos cadangan Pakar Plaintif) di benarkan iaitu sebanyak RM1200.00. Begitu juga 25 dengan kos pembedahan pengeluaran implant iaitu hanya 1/3 ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 13 | P a g e daripada RM15,000.00 dibenarkan memandangkan ianya dibuat di Hospital Swasta. [26] Mahkamah ini menggunapakai hujahan Defendan dan berpendapat sungguhpun Defendan berhak untuk mendapatkan 5 rawatan yang terbaik untuk dirinya, tetapi Defendan juga haruslah memitigasikan kerugiannya.Tambahan pula fisoterapi dan ubatan serta pembedahan tersebut boleh didapati di Hospital Kerajaan. Sehubungan dengan itu Mahkamah ini berpendapat awad-awad yang berikut adalah wajar dan berpadanan:
a
NSAIDs-RM900.00 (1/3 x RM300.00 x 9 bulan)
b
(b)Fisioterapi-RM1,200.00 (1/3 x RM3600.00) 15
b
(b)Removal of implant – RM5,000.00 (1/3 x RM15,000.00) B.Gantirugi Khas Plaintif Pertama: [27] Mahkamah ini telah membenarkan awad-awad bagi gantirugi khas 20 sepertimana yang berikut bagi Plaintif Pertama:
a
Kos dokumen polis-RM63.00 di bawah kos;
b
Kos carian JPJ-RM10.00 di bawah kos; ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 14 | P a g e
c
Kos laporan perubatan-RM193.00 di bawah kos;
d
Kos laporan perubatan pakar-RM1600.00 di bawah kos;
e
Kos perjalanan dan makan minum keluarga di HTAN-RM300.00 secara global memandangkan tidak dapat dinafikan bahawa Plaintif ada dimasukkan ke wad selama 5 hari. Oleh itu 5 Mahkamah ini berpendapat awad sebanyak RM300.00 secara global adalah berasas dan munasabah bagi kos perjalanan dan perbelanjaan keluarga melawat Plaintif di Hospital. C.Gantirugi Am Plaintif Kedua: 10 [28] Bagi Plaintif Kedua pula, atas dasar liabiliti 100% Mahkamah ini telah membenarkan awad-awad sepertimana yang berikut:
1
1.Closed comminuted fracture right 3rd toe proximal phalanx; 15 Closed right base of 4th proximal phalanx fracture and Closed fracture right 5th toe neck proximal phalanx-RM15,000.00; [29] Plaintif telah menghujahkan awad yang berasingan diberikan bagi kecederaan closed comminuted fracture rigt 3rd toe proximal 20 phalanx, closed right base of 4th proximal phalanx fracture dan closed fracture right 5th toe neck proximal phalanx. Plaintif telah merujuk kepada kes Mohd Shukri bin Yang v Mohd Hazwan bin Hamidan [2020] 1 PIR [36] di mana Mahkamah telah membenarkan RM6,000.00 bagi united fracture middle phalanx of 25 ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 15 | P a g e the left 3rd toe. Mengambil kira faktor inflasi dan nilai mata wang terkini, Plaintif menghujahkan awad sebanyak RM10,000.00 adalah wajar bagi closed comminuted fracture right 3rd toe proximal phalanx yang dialami oleh Plaintif. 5 [30] Plaintif kemudiannya berhujah bahawa berpandukan kepada kes Mohd Shukri (supra) awad sebanyak RM22,000.00 wajar dibenarkan bagi closed right base of 4th proximal phalanx fracture dan closed fracture head of right 4th metatarsal bone. Plaintif selanjutnya menghujahkan berpandukan kepada kes yang sama 10 tersebut bahawa awad sebanyak RM10,000.00 adalah adil dan munasabah bagi closed fracture right 5th toe neck proximal phalanx yang dialami oleh Plaintif. [31] Defendan pula sebaliknya menghujahkan satu awad global 15 dibenarkan bagi closed comminuted fracture right 3rd toe proximal phalanx, closed right base of 4th proximal phalanx fracture and closed undisplaced fracture of right neck of 5th proximal phalanx with closed fracture head of right metatarsal bone. Plaintif telah merujuk kepada Kompendium 2018 di mana telah dinyatakan 20 awad bagi metatarsal adalah antara RM7,000.00 hingga RM12,000.00 manakala bagi kecederaaan phalange pula awad yang digariskan adalah di antara RM4,000.00 hingga RM7,000.00. Plaintif juga menghujahkan bahawa berdasarkan laporan pakar Plaintif, keilatan yang dialami adalah hanya reduced range of 25 motion dan Plaintif juga hanya dirawat secara konservatif sahaja, tanpa sebarang pembedahan. Oleh itu Plaintif menghujahkan ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 16 | P a g e bahawa awad sebanyak RM15,000.00 bagi kepatahan metatarsal dan phalanges pada kaki dan tangan yang sama adalah wajar dan munasabah setelah mengambil kira juga faktor overlapping. [32] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan. 5 Memandangkan kecederaan adalah pada bahagian badan yang sama dan menimbulkan keilatan yang sama, maka satu awad secara global harus diberikan. Namun Mahkamah ini memutuskan awad berasingan bagi kecederaan phalanx dan metatarsal sebagaimana di gariskan di dalam Kompendium 2018. Merujuk 10 kepada Kompendium 2018 dan setelah mengambil kira faktor pertindihan, Mahkamah ini berpendapat bahawa awad secara global sebanyak RM15,000.00 adalah berpadanan bagi closed comminuted fracture right 3rd toe proximal phalanx, closed right base of 4th proximal phalanx fracture and closed undisplaced 15 fracture of right neck of 5th proximal phalanx.
2
Closed fracture head of right 4th metatarsal bone-RM10,000.00 [33] Mahkamah ini juga telah mengawadkan RM10,000.00 bagi closed 20 fracture head of right metatarsal bone yang dialami oleh Plaintif setelah merujuk kepada Kompendium 2018 yang telah menggariskan awad bagi kecederaan metatarsal adalah di antara RM7,000.00 hingga RM12,000.00. Oleh itu awad sebanyak RM10,000.00 adalah wajar dan berpadanan setelah mengambil 25 ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 17 | P a g e kira kecederaan Plaintif, perubahan masa serta penurunan nilai mata wang.
3
3.Multiple abrasion wounds-RM5,000.00 5 [34] Mahkamah ini telah membenarkan awad sebanyak RM5,000.00 bagi multiple abrasions yang dialami oleh Plaintif di bahagian bilateral knees, right ankle dan right foot. Kompendium 2018 telah menggariskan awad sebanyak RM1,300.00 hingga RM5,000.00 bagi abrasions (single to multiple). Mengambil kira perubahan 10 masa dan perubahan nilai mata wang, Mahkamah ini berpendapat awad sebanyak RM5,000.00 ini adalah wajar dan berpadanan.
4
4.Muscle wasting-RM5,000.00 15 [35] Mahkamah ini telah merujuk kepada Kompendium 2018 yang menggariskan awad di antara RM3,000.00 hingga RM5,000.00 bagi muscle wasting. Mengambil kira perubahan masa dan penurunan nilai mata wang. Mahkamah ini berpendapat awad sebanyak RM5,000.00 adalah wajar dan berpadanan bagi 1 cm 20 muscle wasting over right calf yang dialami oleh Plaintif. ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 18 | P a g e
5
Kos rawatan masa depan: [36] Plaintif mengghujahkan bahawa Pakar Plaintif telah mengesahkan bahawa Plaintif memerlukan NSAID anti-inflamatory medication serta fisioterapi. Plaintif juga menghujahkan kos yang dinyatakan 5 oleh Pakar Plaintif adalah antara RM1800 hingga RM3600 sebulan bagi NSAID. Oleh itu Plaintif menghujahkan kos sebanyak RM2700.00 (mengambil median) adalah wajar dibenarkan. Manakala bagi fisioterapi pula Plaintif menghujahkan kos sebanyak RM3,600.00 wajar dibenarkan sebagaimana 10 dicadangkan oleh Pakar Plaintif. [37] Defendan pula menghujahkan kos sebanyak RM900.00 berpadanan bagi NSAID di mana Defendan menghujahkan Pakar Plaintif mencadangkan NSAID diambil selama 6-12 bulan. 15 Defendan menghujahkan pengiraan untuk 9 bulan sahaja. Oleh itu kos yang harus dibenarkan hanyalah RM900 (1/3 x RM2700.00). Bagi Fisioterapi pula, Defendan menghujahkan awad yang wajar adalah sebanyak RM1,200.00 iaitu 1/3 daripada kos RM3,600.00 yang dicadangkan oleh Pakar Plaintif. 20 [38] Mahkamah ini menerimapakai hujahan Defendan. Sungguhpun Defendan berhak untuk mendapatkan rawatan yang terbaik baginya, tetapi Defendan juga perlu memitigasikan kerugiannya. Tambahan pula ubatan atau fisioterapi ini juga ada disediakan di 25 Hospital Kerajaan. Sehubungan dengan itu Mahkamah ini ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 19 | P a g e membenarkan awad sebanyak RM900.00 (1/3 x RM2700) bagi NSAID dan RM1,200.00 (1/3 x RM3600.00) bagi fisioterapi kepada Plaintif. D.Gantirugi Khas Plaintif Kedua 5 [39] Mahkamah ini juga telah membenarkan awad-awad yang berikut bagi gantirugi khas untuk Plaintif Kedua:
a
Kos membeli laporan perubatan-RM80.00 di bawah kos;
b
Kos laporan pakar-RM1200.00 di bawah kos;
c
Kos perjalanan dan makan minum keluarga semasa di hospital-RM200.00 secara global di mana fakta bahawa Plaintif Kedua 15 telah dimasukan ke wad adalah tidak dapat dipertikaikan. Oleh itu atas dasar kemunasabahan, Mahkamah ini membenarkan RM200.00 sebagai kos perjalanan dan makan minum keluarga. Penutup 20 [40] Secara keseluruhannya Mahkamah ini berpendapat awad-awad yang telah dibenarkan adalah wajar dan berpadanan dengan kecederaan dan keilatan yang telah dialami oleh Plaintif-Plaintif dan adalah mengikuti trend semasa. Pada akhirnya Mahkamah ini 25 ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 20 | P a g e juga telah memutuskan bahawa Plaintif juga berhak kepada kos mengikut skala dan faedah sepertimana yang berikut:
a
5% setahun ke atas gantirugi am dari tarikh penyampaian saman sehingga ke tarikh penghakiman.
b
2.5% setahun ke atas gantirugi khas dari tarikh kemalangan sehingga ke tarikh penghakiman.
c
5% setahun ke atas keseluruhan jumlah penghakiman dari 10 tarikh penghakiman sehingga pembayaran penuh. Bertarikh 30.4.2025 Disediakan oleh: 15 t.t Norma binti Ismail Hakim Mahkamah Sesyen Mahkamah Sesyen Kuala Pilah 20 ALASAN PENGHAKIMAN: NB-A53KJ-110-04/2024 21 | P a g e Peguamcara Plaintif-Plaintif: Tetuan V Gobi & Asso. Peguambela dan Peguamcara 5 No 130A, 1st Floor, Jalan Gurney (Mewah) 72100 Bahau, Negeri Sembilan 10 Peguamcara Defendan-Defendan Tetuan Veni & Asso. Peguambela dan Peguamcara 15 B7-2, Jalan PKCAK 1 Pusat Komersil Cendana Ayer keroh, 75450 Melaka
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.