Content
WA-A53KJ-547-12/2023 DALAM MAHKAMAH SESYEN DIKUALA LUMPUR . DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUANMALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: WA-A53KJ-547-12/2023
WA-A53KJ-547-12/2023
Sessions Court of Malaysia6 May 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“an kelajuan kereta beliau dan boleh membrek kereta beliau supaya boleh mengelakkan kemungkinan kemalangan. [26] Seterusnya Mahkamah dirujuk kepada kes Naliny Saminathan v Nurul Nordiana Nordin & Ors [2024] PILRU 163, secara khusus perenggan 71 dan 72, Mahkamah menegaskan berikut:- "In our present case, at that material”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
WA-A53KJ-547-12/2023 DALAM MAHKAMAH SESYEN DIKUALA LUMPUR . DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUANMALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: WA-A53KJ-547-12/2023
1
NUR AIDA SHAKIRAH BINTI MUHAMAD SUHAIMI (NO. K/P: 060304-14-0892) [Seorang kanak-kanak dibawah umur menuntut melalui ibu kandung yang sah menurut hukum dan wakil litigasi, Maheran binti ABdul Hamid iaitu Plaintif Kedua]
2
MAHERAN BINTI ABDUL HAMID (NO. K/P:650822-08-5176) ... PLAINTIF-PLAINTIF DAN ZHEONG SEONG (NO. PASPORT: M83491737) ... DEFENDAN PENGHAKIMAN Latar belakang kes [1] Tuntutan ini melibatkan kes kemalangan jalan raya di mana Plaintif Pertama Nur Aida Shakirah Binti Muhamad Suhaimi, seorang penunggang motosikal No. KFF 1690 bersama pembonceng iaitu Nurazreena Binti Akhbar, dilanggar oleh sebuah m/kar No. YY 368 yang dipandu oleh Defendan Zheong Seong. [2] Kemalangan jalan raya ini berlaku pada jam lebih kurang 23:30 malam pada 26 November 2022 di susur masuk ke Jalan Pahang dari Jalan 9/48A. Akibat daripada kemalangan jalan raya tersebut, Plaintif Pertama telah mengalami kecederaan yang serius yang menyebabkan Plaintif Pertama dalam keadaan vegetatif (lumpuh dari leher ke bawah). Pembonceng tidak mengalami kecederaan yang serius. Plaintif Kedua iaitu Maheran Binti Abdul Hamid adalah ibu kandung dan wakil litigasi kepada Plaintif Pertama dan membawa tuntutan ini bagi kecederaan dan keadaan Plaintif Pertama dan menuntut gantirugi Am dan Khas. [3] Pihak Plaintif-Plaintif telah memanggil dua (2) saksi iaitu, Pegawai Penyiasat (SP1) dan pembonceng iaitu Nurazreena Binti Akhbar. Di pihak Defendan hanya seorang saksi sahaja memberikan keterangan iaiatu Defendan sendiri. [4] Di dalam kes ini, isu kuantum telahpun direkodkan pada jumlah RM1,100,000-00 tertakluk kepada pengagihan liabiliti. Maka, hanya isu LIABILITI sahaja yang dipertikaikan oleh pihak-pihak dan akan dihujahkan secara lanjut dalam Hujahan ini. [5] Setelah mendengar keterangan saksi dan hujahan kedua pihak, maka atas imbangan kebarangkalian Mahkamah mendapati pihak Defendan cuai dan Mahkamah memutuskan Defendan bertangungan 100%. Isu Liabiliti KETERANGAN PEGAWAI PENYIASAT (SP1) [6] Sarjan Mohamed Ibrahim Bin Hamazin RF/137518 (10) (SP1) ditugaskan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik untuk menyiasat kes kemalangan ini. Dalam keterangan SP1 menyatakan ada tiga (3) laporan polis yang telah dibuat. Laporan polis Trafik Kuala Lumpur 105302/22 ("ID1"), Laporan polis Trafik Kuala Lumpur 105275/22 ("ID2") dan Laporan polis Trafik Kuala Lumpur 104546/22 ("ID3"). [7] SP1 mengesahkan lokasi kemalangan di Jalan 9/48A susur masuk ke Jalan Pahang (selepas Bulatan Pahang menghala ke Setapak). Ada tiga (3) pihak yang terlibat dalam kemalangan ini iaitu Penunggang m/sikal No. KFF 1690, Pembonceng m/sikal KFF No. 1690 dan Pemandu m/kar No. YY 368. [8] SP1 menyatakan dalam laporan polis Versi pembonceng m/sikal KFF No. 1690 menyatakan bahawa dia membonceng m/sikal No. KFF 1690 menghala ke Danau Kota dan keluar simpang Jalan 9/48A dan memasuki Jalan Pahang apabila sebuah m/kar No. YY 368 langgar dari arah sebelah kanan. [9] Versi pemandu m/kar No. YY 368 pula menyatakan bahawa dia memandu m/kar No. YY 368 menghala ke Setapak, apabila sampai di Jalan Pahang, Ketika bergerak di laluannya, m/sikal No. KFF 1690 keluar dari susur kiri dan melanggar sisi kiri depan keretanya. [10] SP1 tidak dapat merekodkan keterangan Plaintif Pertama kerana Plaintif Pertama tidak boleh memberi keterangan disebabkan kecederaan yang parah dan tidak mampu bercakap. [11] SP1 telah melukis rajah kasar (P4). Arah perjalanan m/sikal KFF 1690 adalah dari lorong 'A' ingin belok ke kiri dan masuk ke Lorong 'B' Arah perjalanan m/kar YY 368 adalah dari bawah menuju ke atas dan memandu dan memandu di Lorong [12] Terdapat 11 keping gambar-gambar kenderaan yang terlibat (P6 (A-K))). SP1 mengesahkan kedudukan m/sikal No. KFF 1690 berada di Lorong A-B. SP1 menyatakan pembonceng jatuh atas jalan raya. SP1 juga mengesahkan beg udara keselamatan (airbag) kereta Defendan terbuka (deployed). SP1 juga mengesahkan had kelajuan jalan raya di lokasi kemalangan tersebut adalah enam puluh (60) kilometer sejam. [13] SP1 telah mengklasifikasikan kes ini sebagai 'RTM' kerana terdapat versi bercanggah dari segi pertembungan antara kedua-dua kenderaan dan tiada saksi bebas. Tiada rakaman CCTV kerana kamera litar CCTV KL Jabatan Pengangkutan Bandar tidak menghala ke lokasi kemalangan. KETERANGAN PEMBONCENG (SP2) [14] Nurazreena Binti Akhbar adalah Pembonceng m/sikal No KFF 1690. SP2 telah Keluar dengan Plaintif Pertama untuk makan di Danau Kota. SP2 mengesahkan lokasi kemalangan adalah di Jalan Pahang. Mengesahkan ada empat (4) Lorong. Paling hujung kanan ada lorong pusingan u. SP2 dalam keterangan menyatakan bahawa m/kar No YY 368 datang dari arah belakang kanan. [15] SP2 Mengalami kecederaan ringan di kaki kanan, pinggang, siku kanan dan tangan kanan. SP2 mengesahkan Plaintif Pertama jatuh atas m/kar No. YY 368 dan dibawa ke depan dan dia jatuh di lorong kanan. M/kar No. YY 368 berhenti di lorong paling kanan. [16] Di dalam keterangan yang diberikan SP2 mengesahkan Plaintif Pertama memakai topi keledar. SP2 juga menyatakan bahawa Plaintif Pertama adalah seorang yang jenis lembut dan tidak membawa m/sikal dengan agresif. [17] SP2 juga turut mengesahkan Plaintif Pertama telah berhenti untuk memastikan laulintas adalah selamat untuk jalan sebelum keluar dari simpang. [18] SP2 hanaya perasan kali pertama m/kar YY 368 bila keluar dari simpang dan menunggang di lorong kiri kerana m/kar YY 368 datang sangat laju. SP2 Mengesahkan kereta Defendan melanggar dia dan Plaintif Pertama selepas keluar simpang. DAPATAN [19] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa Defendan telah memandu kereta beliau dengan keadaan laju. Dalam keadaan ini, adalah kemungkinan Defendan tidak diberikan peluang untuk bertindak balas dalam masa yang cukup untuk mengelak kemalangan. Sekiranya Defendan memandu kereta dengan kelajuan rendah, beliau boleh bertindak balas secukupnya untuk membrek kereta beliau supaya boleh mengelak kemalangan tersebut. [20] Pegawai Penyiasat (SP1) mengesahkan had laju adalah 60 km di lokasi kemalangan. Pegawai Penyiasat (SP1) mengesahkan Defendan berada di lorong D iaitu lorong laju (fast lane). Adalah tidak mungkin Defendan memandu kereta beliau pada kelajuan 20 km di lorong laju tetapi adalah kemungkinan tinggi beliau memandu dengan kelajuan tinggi. [21] Mahkamah dirujuk kepada kes Tham Yew Heng & Anor. V. Chong Toh Cheng [1984] 1 MLRH, Mahkamah dalam kes ini telah menegaskan bahawa Pihak Defendan telah memandu kereta beliau dengan kelajuan tinggi dan akibat daripada kelajuan kereta Pihak Defendan, beliau tidak boleh sentiasa berjaga-jaga (keep a proper look out) dengan betul semasa memandu kereta. Adalah diputuskan dalam kes ini:- "On the evidence I find that the defendant was negligent; he was driving his car too fast in the circumstances; he failed to keep a proper look out and failed to see the 1st Plaintiff at the side of the road of just as he was about to cross the road". [22] Mahkamah juga dirujuk kepada kes Abraham V Choo Jit Fung & Anor [1965] 1 MLRA, Mahkamah dalam kes ini telah berkongsi prinsip yang sama seperti di dalam kes Tham Yew Heng & Anor. V. Chong Toh Cheng [1984] 1 MLRH. :- "The learned trial Judge on all that evidence came to the conclusion that the defendant had failed to keep a proper look-out as had he done so he would have seen the children when they were on the road. Now it seems to me on the facts that I have just related an absolutely clear case of negligence on the part of a driver of a motor vehicle by reason of failure to keep a proper lookout and there is no substance whatsoever in the argument put forward before us that there was no evidence or no sufficient evidence of negligence on the part of the defendant. In my view the contrary was the case. There was overwhelming evidence that this appellant was negligent in that he failed to keep a proper look-out". [23] Mahkamah berpendapat sekiranya Defendan memandu kereta beliau dengan kelajuan normal ataupun munasabah, ada kemungkinan bahawa Defendan boleh bertindak balas untuk memberhentikan kereta beliau supaya beliau boleh mengelak kemalangan. Pemandu kereta tidak boleh sentiasa berjaga-jaga dengan betul jika pemandu kereta memandu kereta dengan kelajuan yang sangat tinggi. [24] SP1 dalam keterangannya mengesahkan jalan raya di lokasi kemalangan tidak mempunyai sebarang halangan pandangan. Dalam kes Tham Yew Heng & Anor. V. Chong Toh Cheng (1984), telah diputuskan:- "I find the defendant's evidence that he did not see the 1st plaintiff until the time of the impact very surprising. The stretch of road is straight, and there was at that time nothing on the left side of the road which would obstruct his vision". [25] Mahkamah juga mendapati Defendan memang biasa dengan lokasi kemalanagn. Sekiranya seseorang adalah biasa dengan sebuah jalan raya, beliau harus tahu jalan raya dan simpang-simpang yang ada di jalan raya tersebut dan harus memperlahankan kenderaan beliau apabila diperlukan. Defendan sepatutnya mengurangkan kelajuan kereta beliau dan boleh membrek kereta beliau supaya boleh mengelakkan kemungkinan kemalangan. [26] Seterusnya Mahkamah dirujuk kepada kes Naliny Saminathan v Nurul Nordiana Nordin & Ors [2024] PILRU 163, secara khusus perenggan 71 dan 72, Mahkamah menegaskan berikut:- "In our present case, at that material time, the Third Defendant was riding his motorcycle near a junction. During the trial, the Third Defendant admitted that he was familiar with the road as he had repeatedly used the road. After considering that the traffic conditions in that area were very familiar to the Third Defendant, it is safe to conclude that he knows or ought to know that he was riding near a junction and must slow down when approaching a road near a junction. If he had slowed down whilst approaching the junction, he would have been able to avoid the collision. Since he was not careful and did not give his full attention to the area or the possibilities that could happen at the junction while he was riding the motorcycle, he was not able to avoid the collision." [27] Mahkamah juga mendapati berdasarkan keterangan, Pegawai Penyiasat (SP1) mengesahkan motosikal KFF 1690 yang ditunggang oleh Plaintif Pertama bersama pembonceng (SP2) adalah berada di kedudukan di lorong A-B sebelum kemalangan berlaku. Dalam penyata saksi SP2, ia menyatakan bila mereka telah keluar dari simpang, kereta yang dipandu oleh Defendan telah melanggar SP2 dan Plaintif Pertama. SP2 mengesahkan Defendan datang dari arah belakang kanan iaitu lorong B-C, dan Mahkamah bersetuju bahawa Defendan telah hilang kawalan kereta beliau akibat daripada memandu kereta dengan kelajuan tinggi. Kesimpulan [28] Mahkamah berpendapat Plaintif telah berjaya membuktikan kesnya dan atas imbangan kebarangkalian (on a balance of probabilities) segala keterangan saksi dan dokumen yang dikemukakan secara kolektif menyokong tuntutan Plaintif terhadap Defendan. Oleh yang demikian, Mahkamah ini memberikan perintah bahawa Defendan bertangungan 100%. Sekian. Terima kasih. Bertarikh pada 2/7/2026 王
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.