Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SELAYANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO.: BD-A73KJ-241-07/2024
BD-A73KJ-241-07/2024
Magistrates Court of Malaysia28 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“arikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh dan kos mengikut skala seperti yang diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Jumlah faedah ini adalah dibenarkan berdasarkan kepada seksyen 11 Civil Law Act 1956 yang memperuntukkan bahawa – “In any proceeding tried in and court for the recovery of any debt or da”
“kanan. [25] Mahkamah merujuk kepada kes Gurisha Taranjeet Kaur (an infant suing by her father and litigation representative, Taranjeet Singh s/o Bhagwan Singh) & Anor v. Dr Premitah Damodaran & Anor [2020] MLJU 519 apabila Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: “[127] It is clear from these aforementioned cases th”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SELAYANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO.: BD-A73KJ-241-07/2024
1
MUHAMMAD IRFAN IMAN BIN MOHD IDRIS (Seorang kanak-kanak bawah umur dan menuntut melalui bapa dan sahabat wakilnya, Plaintif Kedua)
2
MOHD IDRIS BIN MOKHTAR … PLAINTIF-PLAINTIF DAN NURHALINA BINTI ABDUL GHANI …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini merupakan rayuan oleh pihak Defendan terhadap isu liabiliti dan isu kuantum. [2] Pihak Plaintif-Plaintif telah memanggil dua (2) orang saksi manakala pihak Defendan memanggil seorang saksi. [3] Tarikh-tarikh untuk serahan Hujahan Bertulis kemudian ditetapkan kepada kedua-dua pihak. Keputusan kes telah dibacakan pada 28.01.2025 iaitu Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan dalam menyebabkan kemalangan iaitu Defendan bertanggungan sebanyak 50% dan Plaintif-Plaintif menyumbang cuai sebanyak 50%. Oleh itu tuntutan Plaintif-Plaintif dibenarkan dengan kos mengikut skala. [4] Semasa perbicaraan, Mahkamah telah menandakan kertas-kertas kausa berikut: a) Ikatan Pliding – Ikatan A di Kandungan 6; b) Ikatan Dokumen-Dokumen Yang Dipersetujui (Bahagian I & III) – Ikatan B di Kandungan 7; c) Ikatan Dokumen Defendan – Ikatan C di Kandungan 8; dan d) Ikatan Dokumen Tambahan Plaintif – Ikatan D di Kandungan 31. [5] Seramai dua (2) orang saksi Plaintif-Plaintif yang telah memberikan keterangan iaitu – SP1 – Sarjan Mazlan Bin Mohammad Arifin (Pegawai Penyiasat); dan SP2 – Muhammad Irfan bin Mohd Idris (Plaintif Pertama). [6] SP1 dan SP2 memberikan keterangan dengan mengemukakan pernyataan saksi masing-masing dan telah ditandakan PSP1 dan PSP2. [7] Defendan pula memanggil seorang saksi sahaja iaitu Nurhalina binti Abdul Ghani (SD1) yang merupakan Defendan dalam kes ini dan pernyataan saksi SD1 ditandakan sebagai PSD1. [8] Semasa perbicaraan, Mahkamah telah menandakan Ikatan Dokumen-Dokumen yang dikemukakan sebagai eksibit seperti berikut: P1 muka surat 38 Ikatan B (Laporan Polis Plaintif Pertama) D2 muka surat 39 Ikatan B (Laporan Polis Defendan) P3 muka surat 40 Ikatan B (Rajah Kasar dan Kunci) ID4(a) hingga
b
muka surat 41 Ikatan B (2 keping gambar kenderaan No. VN 7917) P5 muka surat 1 Ikatan D (Keputusan Kes) FAKTA KES [9] Plaintif Pertama ialah penunggang motorsikal nombor pendaftaran VGU 795 yang merupakan seorang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dan membawa tindakan melalui bapanya yang sah. Plaintif Kedua ialah bapa kepada Plaintif Pertama. [10] Defendan ialah pemandu dan pemilik berdaftar yang sah bagi motokar nombor pendaftaran VN 7917. [11] Pada 17.03.2023 jam lebih kurang pukul 1.25 tengah hari, Plaintif Pertama sedang menunggang motorsikal No. VGU 795 melalui Jalan 3 Bandar Tasik Puteri. Apabila Plaintif Pertama sampai di Simpang 3 dan telah membelok ke kanan untuk memasuki simpang tersebut, Defendan yang datang dari arah hadapan dengan secara tiba-tiba telah melanggar motorsikal yang ditunggang oleh Plaintif Pertama pada bahagian kiri. [12] Plaintif-Plaintif memplid telah menanggung kerugian dan kecederaan. [13] Plaintif-Plaintif membawa tindakan ini untuk menuntut ganti rugi am dan ganti rugi khas berserta faedah. [14] Defendan mengakui berlaku pelanggaran antara motorsikal No. VGU 795 yang ditunggang oleh Plaintif Pertama dengan moktokar No. VN 7917 yang dipandu oleh Defendan. Walau bagaimanapun, Defendan menafikan pelanggaran berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian Defendan. DAPATAN MAHKAMAH BERKENAAN ISU LIABILITI [15] Dalam menentukan liabiliti, Mahkamah merujuk semula kepada saksi-saksi yang telah memberikan keterangan iaitu keterangan dua (2) orang saksi Plaintif-Plaintif iaitu SP1 sebagai pegawai penyiasat, SP2 iaitu Plaintif Pertama dan SD1 iaitu Defendan. a) Keterangan Pegawai Penyiasat Sarjan Mazlan bin Mohd Arifin (SP1) [16] Berdasarkan keterangan oleh Pegawai Penyiasat Sarjan Mazlan bin Mohd Arifin (SP1), SP1 telah mengesahkan rajah kasar di muka surat 40 Ikatan B (Eksibit P3) dan SP1 juga mengesahkan bahawa tiada sebarang lampu isyarat di lokasi tempat kejadian. SP1 juga memberikan keterangan bahawa setiap pengguna jalan raya mempunyai tanggungjawab di kawasan yang tiada lampu isyarat. SP1 juga mengesahkan bahawa tiada saksi bebas dan tiada rakaman CCTV di tempat kejadian. SP1 juga mengesahkan bahawa Plaintif Pertama telah disaman di bawah Kaedah 3(2)(B) LN166/59 atas alasan Plaintif Pertama keluar masuk ke simpang. [17] Mahkamah mendapati bahawa SP1 telah menjalankan tugas seorang pegawai penyiasat dengan mengumpul maklumat bagi menunjukkan kewujudan pelanggaran seperti yang dituntut oleh Plaintif Pertama dalam kes ini. Tambahan lagi, Defendan juga dalam Pembelaan telah mengakui pelanggaran memang berlaku antara motorsikal Plaintif Pertama dan motokar Defendan. [18] SP1 juga mengesahkan rakaman percakapan Plaintif Pertama dan Defendan di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah adalah konsisten dengan laporan polis masing-masing. b) Keterangan Plaintif Pertama Muhammad Irfan Iman bin Mohd Idris (SP2) [19] Mahkamah juga merujuk kepada keterangan Plaintif Pertama Muhammad Irfan Iman bin Mohd Idris (SP2) yang berumur tujuh belas
17
tahun semasa memberikan keterangan di Mahkamah pada 17.12.2024. Memandangkan SP2 merupakan seorang kanak-kanak di bawah umur lapan belas (18) tahun, selaras dengan seksyen 118 Akta Keterangan 1950, sebelum Mahkamah membenarkan SP2 memberikan keterangan secara bersumpah, Mahkamah telah memeriksa SP2 dengan bertanyakan beberapa soalan kepada SP2 untuk menentukan sama ada kanak-kanak memahami sifat sumpah dan kewajipan untuk bercakap benar. SP2 telah memberikan jawapan yang rasional kepada soalan-soalan yang diajukan dan Mahkamah memutuskan bahawa SP2 merupakan seorang saksi yang kompeten dan boleh memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. [20] SP2 memberikan keterangan bahawa SP2 telah membelok ke kanan dan telah memasuki simpang tersebut dan tiba-tiba motokar Defendan dari arah hadapan telah melanggar SP2 di bahagian kiri motorsikal SP2. Motorsikal SP2 telah mengalami kerosakan pada bahagian cover set, tempat kunci enjin, cermin sisi sebelah kanan, brek lever, tempat pemijak kiri dan kanan sebelah hadapan dan belakang, handle mptor, tayar, rim belakang dan body motor seperti yang dinyatakan dalam Jawapan Soalan 7 Pernyataan Saksi PSP2. SP2 juga mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri patah tulang kaki kiri, jari kaki kiri dan bahagian tangan dan luka-luka. Semasa Pemeriksaan Utama, SP2 menyatakan bahawa SP2 nampak motokar Defendan dalam jarak yang jauh semasa SP2 membelok ke kanan untuk memasuki simpang. b) Keterangan Defendan Nurhalina binti Abdul Ghani (SD1) [21] SD1 telah memberikan keterangan bahawa apabila sampai di simpang menuju ke Blok 2, Jalan Puteri 3, Tasik Puteri, tiba-tiba sebuah motorsikal yang dipandu oleh Plaintif Pertama telah membelok terus ke Jalan Puteri 3 dan SD1 tidak sempat membrek dan telah melanggar motorsikal Plaintif Pertama. SD1 juga mengesahkan tempat kejadian adalah tandaan X oleh Plaintif dan Y oleh Defendan di Rajah Kasar dan Kunci (Eksibit P4). SD1 juga mengakui telah melihat kali pertama motorsikal Plaintif Pertama hanya selepas pelanggaran berlaku iaitu apabila motorsikal di depan motokar Defendan. Semasa Pemeriksaan Balas, SD1 tidak setuju dengan cadangan peguam Plaintif-Plaintif bahawa tandaan Y pada Rajah Kasar dan Kunci oleh SD1 adalah kedudukan yang sudah hampir untuk memasuki simpang ke kanan. Walau bagaimanapun, SD1 juga kemudian mengesahkan semasa Pemeriksaan Balas bahawa jarak Plaintif memasuki simpang di sebelah kanan adalah sejauh jarak dari kandang saksi ke meja peguam iaitu jarak yang terlalu dekat untuk Plaintif memasuki simpang di sebelah kanan. SD1 juga memberikan keterangan tidak nampak Plaintif Pertama ingin memasuki ke simpang walaupun SD1 hanya memandu dengan kelajuan 40km/j. SD1 memberikan keterangan beliau tidak memandu dengan laju kerana baru melepasi bumper jalan sebelum pelanggaran berlaku. [22] Berdasarkan keterangan ketiga-tiga saksi yang dipanggil, Mahkamah mendapati bahawa Defendan hanya melihat motorsikal Plaintif Pertama bagi kali pertama hanya selepas kemalangan berlaku. Defendan juga mengesahkan bahawa tiada sebarang halangan di hadapan Defendan dan arah perjalanan Defendan juga merupakan laluan yang luas. Defendan juga memberikan keterangan beliau tidak pasti kewujudan mana-mana kenderaan lain di hadapan atau di belakang. Memandangkan Defendan memandu dengan kelajuan 40km/j sahaja dan baru melepasi bumper jalan, Defendan sepatutnya sempat membrek untuk mengelakkan kemalangan kerana kedudukan motorsikal Plaintif Pertama di X atau Y telah menghampiri untuk memasuki simpang ke kanan Plaintif Pertama. Keterangan Defendan sendiri jelas menunjukkan bahawa Defendan tidak memberikan tumpuan yang sewajarnya bagi pengguna-pengguna di jalan raya kerana lokasi kejadian tidak mempunyai lampu isyarat. [23] Mahkamah seterusnya merujuk semula kepada laporan polis Defendan yang menunjukkan pengakuan Defendan bahawa beliau tidak sempat membrek sebelum kemalangan berlaku. Pengakuan Defendan tersebut jelas menunjukkan terdapat kecuaian di pihak Defendan dalam menyebabkan kemalangan berlaku. SUMBANG CUAI OLEH PLAINTIF PERTAMA [24] Mahkamah juga merujuk kepada laporan-laporan polis yang dibuat bagi kes kemalangan ini yang menunjukkan bahawa kemalangan berlaku pada waktu tengah hari 17.03.2023. Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan oleh pihak Plaintif-Plaintif, pelanggaran antara motorsikal Plaintif Pertama dan motokar Defendan berlaku apabila motorsikal Plaintif Pertama telah memasuki laluan sah Defendan dan hampir memasuki ke simpang kanan Plaintif Pertama. Rajah Kasar dan Kunci menunjukkan terdapat 2 laluan dari bawah ke atas iaitu A2-A1 dan A1-A sebelum Plaintif Pertama boleh melepasi untuk memasuki simpang ke kanan. Memandangkan lokasi kejadian tidak mempunyai lampu isyarat, Plaintif Pertama sepatutnya lebih berhati-hati sebelum membelok ke kanan untuk memastikan Plaintif Pertama melepasi kedua-dua laluan A2-A1 dan A1- A. Sebaliknya pelanggaran berlaku kerana Plaintif Pertama telah gagal untuk memastikan pergerakan Plaintif Pertama di laluan A1-A adalah selamat sebelum membelok untuk memasuki simpang ke kanan. [25] Mahkamah merujuk kepada kes Gurisha Taranjeet Kaur (an infant suing by her father and litigation representative, Taranjeet Singh s/o Bhagwan Singh) & Anor v. Dr Premitah Damodaran & Anor [2020] MLJU 519 apabila Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: “[127] It is clear from these aforementioned cases that contributory negligence is not based on the claimant’s duty of care to the negligent defendant, it is dependant on whether the claimant ought to have reasonably foreseen the harm to himself if he failed to take reasonable care of himself. A person is contributory negligent for the harm caused to himself if he ought reasonably to have foreseen the injury and he did not take reasonable care of himself.” [26] Berdasarkan kes-kes di atas dan keterangan saksi-saksi Plaintif-Plaintif, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan. Oleh itu, di bawah imbangan kebarangkalian, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan di mana Defendan adalah bertanggungan sebanyak 50% dalam menyebabkan kemalangan ini dan Plaintif Pertama menyumbang cuai sebanyak 50% dalam menyebabkan kemalangan ini. DAPATAN MAHKAMAH BERKENAAN ISU KUANTUM [27] Bagi menentukan isu kuantum, laporan-laporan perubatan dan laporan-laporan Pakar telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak tertakluk kepada Hujahan. Laporan-laporan yang dirujuk adalah seperti berikut: a) Laporan Perubatan (Ortho) bertarikh 17.08.2023 dari Hospital Sungai Buloh di muka surat 13 hingga 16, Ikatan B; b) Laporan Perubatan (Kecemasan) bertarikh 17.08.2023 dari Hospital Sungai Buloh di muka surat 17 hingga 20, Ikatan B; c) Laporan Perubatan Pakar bertarikh 16.07.2024 dari Putra Medical Centre di muka surat 27 hingga 37, Ikatan B; dan d) Laporan Perubatan Pakar bertarikh 07.09.2024 oleh Dr. Dinesh Noel Gomez dari Lifecare Diagnostic Medical Centre. [28] Di dalam memberikan award ini juga, Mahkamah telah menjadikan kes duluan dan juga Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 sebagai panduan. Setelah meneliti Hujahan Bertulis kedua-dua pihak dan otoriti-otoriti yang dikemukakan, Mahkamah membuat keputusan award bagi ganti rugi (atas dasar 100% liabiliti) seperti berikut: KUANTUM
1
A) GANTI RUGI AM ATAS DASAR 100% LIABILITI – RM46,000.00 Open comminuted fracture distal third of tibia dan fibula –
2
RM30,000.00 Open fracture distal phalanx left 5th toe with nail bed injury –
3
3.
4
Multiple abrasion wound over bilateral upper limbs – RM5,000.00 Scars – RM5,000.00 B) GANTI RUGI KHAS ATAS DASAR 100% LIABILITI – RM30.00 1. Item (a) Kos laporan-laporan – RM80.00 (KOS TINDAKAN)
2
Item (b) Kos lawatan ke Hospital – DITOLAK
3
Item (c) Kos perjalanan ke Hospital – DITOLAK
4
Item (d) Kos Laporan Pakar – RM950.00 (KOS TINDAKAN)
5
Item (e) Kerosakan pakaian – DITOLAK
6
Item (f) Kos Rawatan Perubatan – DITOLAK
7
Item (g) Kos Pembedahan Masa Hadapan (fisioterapi di hospital kerajaan RM5.00 x 1 sesi x 6 minggu) – RM30.00 8. Item (h) Kos membaiki Motorsikal – DITOLAK
9
Item (i) Kehilangan penggunaan Motorsikal – DITOLAK
10
Item (j) Perbelanjaan Makanan dan Minuman – DITOLAK
11
Item (k) Bil-Bil Hospital – DITOLAK
12
Item (l) Kehilangan Pendapatan – DITOLAK
13
Item (m) Kehilangan Caruman KWSP – DITOLAK
14
Item (n) Kehilangan pendapatan sebenar, kehilangan pendapatan masa hadapan dan keupayaan mencari pendapatan - DITOLAK
15
Kos Membeli Kerusi Roda – DITOLAK
16
Kos Membeli Tongkat – DITOLAK
17
Kos Invois Pakar – DITOLAK
a
5% bagi ganti rugi am dikira dari tarikh penyerahan saman sehingga tarikh penghakiman;
b
2.5% bagi ganti rugi khas dikira dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman;
c
5% ke atas jumlah penghakiman dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh pembayaran penuh; dan
d
Tiada faedah bagi kos rawatan masa hadapan. GANTI RUGI AM
1
Open comminuted fracture distal third of tibia dan fibula – RM30,000.00 [29] Peguam Plaintif-Plaintif menghujahkan award sebanyak RM40,000.00 bagi kecederaan ‘Open comminuted fracture distal third of tibia dan fibula’ berdasarkan kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 yang menetapkan julat award antara RM21,500.00 hingga RM42,000.00 bagi kecederaan ‘tibia’ dan ‘fibula’. Peguam Defendan merujuk kepada kes Mahkamah Sesyen Lee Pek Wai v Sunny Heng & Anor [2023] 1 PIR [4] apabila Mahkamah mengawardkan RM22,000.00 bagi kecederaan ‘closed fracture midshaft of the left tibia and fibula’. [30] Mahkamah membenarkan award sebanyak RM30,000.00 kerana kedua-dua pakar telah menyatakan bahawa kecederaan Plaintif Pertama telah bercantum (united) dan tiada sebarang kependekan ditemui oleh kedua-dua pakar. Plaintif Pertama juga didapati boleh berjalan tanpa menggunakan sebarang bantuan. Plaintif Pertama juga mempunyai ‘range of movement’ yang penuh di pinggang, lutut dan pergelangan kaki. Tiada juga sebarang implant dikesan melalui imbasan radiologi. Walaupun Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 menetapkan julat award antara RM21,500.00 hingga RM42,000.00 bagi kecederaan tibia dan fibula, Mahkamah berpendapat RM30,000.00 adalah munasabah dengan merujuk kepada kes Mahkamah Sesyen Mohd Azhari bin Turmuzi v Radzuan bin Abidin & Anor [2024] 1 PIR [26] yang membenarkan award sebanyak RM30,000.00 bagi kecederaan ‘open fracture distal third of the right tibia dan fibula’.
2
Open fracture distal phalanx left 5th toe with nail bed injury – RM6,000.00 [31] Peguam Plaintif-Plaintif menghujahkan award sebanyak RM7,000.00 bagi kecederaan ‘Open fracture distal phalanx left 5th toe with nail bed injury’ berdasarkan kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 yang menetapkan julat award antara RM4,000.00 hingga RM7,000.00 bagi kecederaan ‘phalange’. [32] Mahkamah membenarkan award sebanyak RM6,000.00 dengan merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Thirukumaran a/l Shanmugam v Nyana Prakash a/l Sepiah [2023] 2 PIR [4] yang membenarkan award sebanyak RM6,000.00 bagi kecederaan ‘open fracture proximal phalanx of the right 2nd toe’.
3
Multiple abrasion wound over bilateral upper limbs – RM5,000.00 [33] Peguam Plaintif-Plaintif menghujahkan award sebanyak RM5,000.00 bagi kecederaan ‘multiple abrasion wound over bilateral upper limbs’ berdasarkan kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 yang menetapkan julat award antara RM1,300.00 hingga RM5,000.00 bagi kecederaan ‘abrasions (single to multiple)’. [34] Mahkamah membenarkan award sebanyak RM5,000.00 yang merupakan award yang munasabah dan masih dalam julat yang diperuntukkan oleh Revised Compendium of Personal Injury Awards
2018
Tambahan lagi, Plaintif Pertama mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan iaitu ‘multiple abrasions wounds over the bilateral upper limbs and left medial thigh’.
4
Scars – RM5,000.00 [35] Peguam Plaintif-Plaintif menghujahkan award sebanyak RM8,000.00 bagi kecederaan ‘operation scars’ berdasarkan kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 yang menetapkan julat award antara RM2,750.00 hingga RM12,000.00 bagi ‘operation scars’. Mahkamah membenarkan award sebanyak RM5,000.00 dengan merujuk kepada Laporan Pakar Defendan yang terkini dan menunjukkan Plaintif Pertama hanya mempunyai dua (2) parut iaitu ‘9 healed scars over left leg measuring between 1 cm to 2 cm in length (external fixator pin site)’ dan ‘healed scar over posteriomedial aspect of left distal leg measuring 7cm x 3cm’.
1
Item (a) Kos laporan-laporan – RM80.00 (KOS TINDAKAN)
2
Item (b) Kos lawatan ke Hospital – DITOLAK
3
Item (c) Kos perjalanan ke Hospital – DITOLAK
4
Item (d) Kos Laporan Pakar – RM950.00 (KOS TINDAKAN)
5
Item (e) Kerosakan pakaian – DITOLAK
6
Item (f) Kos Rawatan Perubatan – DITOLAK
7
Item (g) Kos Pembedahan Masa Hadapan (fisioterapi di hospital kerajaan RM5.00 x 1 sesi x 6 minggu) – RM30.00 8. Item (h) Kos membaiki Motorsikal – DITOLAK
9
9.
10
Item (i) Kehilangan penggunaan Motorsikal – DITOLAK
11
Item (j) Perbelanjaan Makanan dan Minuman – DITOLAK
12
Item (k) Bil-Bil Hospital – DITOLAK
13
Item (l) Kehilangan Pendapatan – DITOLAK
14
Item (m) Kehilangan Caruman KWSP – DITOLAK Item (n) Kehilangan pendapatan sebenar, kehilangan pendapatan masa hadapan dan keupayaan mencari pendapatan - DITOLAK
15
Kos Membeli Kerusi Roda – DITOLAK
16
Kos Membeli Tongkat – DITOLAK
17
Kos Invois Pakar – DITOLAK [36] Mahkamah membenarkan Item (a) Kos laporan-laporan sebanyak RM80.00 dimasukkan dalam kos tindakan dan Item (d) kos laporan perubatan pakar sebanyak RM950.00 dimasukkan dalam kos tindakan sebagaimana yang dipersetujui okeh kedua-dua pihak. Mahkamah juga membenarkan Item (g) kos pembedahan masa hadapan iaitu fisioterapi di hospital kerajaan (RM5.00 x 1 sesi x 6 minggu) yang menjadikan jumlah sebanyak RM30.00 sahaja. Peguam Plaintif-Plaintif menghujahkan supaya Plaintif Pertama menjalani rawatan fisioterapi di hospital swasta. Walau bagaimanapun, Mahkamah bersetuju dengan huhajan peguam Defendan bahawa Plaintif Pertama boleh menerima rawatan fisioterapi di hospital kerajaan dengan caj bayaran yang lebih murah. Tambahan lagi, peguam Plaintif-Plaintif telah gagal mengemukakan sebarang soalan kepada Plaintif Pertama untuk membuktikan sama ada Plaintif Pertama ada menjalani atau berniat untuk menjalani rawatan fisioterapi seperti yang dicadangkan oleh kedua-dua pakar Plaintif dan Defendan. [37] Item-Item lain yang dituntut oleh Plainrtif-Plaintif di perenggan 7 Pernyataan Tuntutan adalah ditolak kerana tiada keterangan dikemukakan berkaitan dengan item-item tersebut semasa perbicaraan dan tiada dokumen yang dikemukakan sebagai eksibit untuk membuktikan kos-kos bagi item-item tersebut telah dibelanjakan oleh Plaintif Pertama. [38] Mahkamah juga telah membenarkan faedah pada kadar 5% setahun bagi ganti rugi am dari tarikh penyerahan saman sehingga tarikh penghakiman dan 2.5% bagi ganti rugi khas dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman serta faedah 5% setahun atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh dan kos mengikut skala seperti yang diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Jumlah faedah ini adalah dibenarkan berdasarkan kepada seksyen 11 Civil Law Act 1956 yang memperuntukkan bahawa – “In any proceeding tried in and court for the recovery of any debt or damages, the court may if it thinks fit, order that there shall be included in the sum for which judgment is given, interest as such rate as it thinks fit on the whole or any part of the debt or damages…” [39] Dalam kes Mahkamah Persekutuan Murtadza bin Mohd Hassan v Chong Swee Pian [1980] 1 MLJ 214, Mahkamah menyatakan bahawa prinsip mengenakan faedah dalam kes kecederaan diri (personal injury) boleh dijumpai dalam Mallal’s Supreme Court Practice 2nd Edition pada muka surat 26 seperti berikut: “(1) The governing principle is that interest should be awarded to the plaintiff not as compensation for the damage done but for being kept out of money which ought to have been paid to him; London, Chatham and Dover Rly Co v South Eastern Ry Co
1893
AC 429, per Lord Herschell LC at p. 437, followed in Wong Chong Chow v Pan Malaysian Cement Works Bhd (1980) 2 MLJ 75, FC.
2
…
3
On special damages, the interest should be half of the rate of interest on general damages…” [40] Oleh itu, Mahkamah berpendapat kadar faedah yang diawardkan adalah sesuai dan berpatutan. (NOR RAJIAH BINTI MAT ZIN) Hakim Mahkamah Sesyen 2 Selayang Bertarikh: 08.04.2025 Peguam cara Plaintif-Plaintif: Encik Kanagarajah a/l A. David Tetuan Kanagarajah & Co. Peguam bela dan peguam cara No. 75-2B, Jalan Bandar Rawang Satu Bandar Baru Rawang 48000 Rawang SELANGOR Peguam cara Defendan: Cik Nor Adibah binti Mohd Sith Tetuan Azim Tunku Farik & Wong Peguam bela dan peguam cara Unit 5-03, Tingkat 5 Wisma Badan Peguam Malaysia No 2 Lebuh Pasar Besar 50050 KUALA LUMPUR
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.