Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH, 5 DALAM NEGERI PERAK PERBICARAAN JENAYAH NO: AA-45A-7-09/2020 PENDAKWA RAYA LAWAN 10 1) YAGAMBARAM CHETTIAR A/L KAPAROOM [NO. K/P: 670622-08-5735] 2) MUTHUBAL LATHA [NO. K/P: 690304-75-5068] 15 3) LOGESWARAN A/L YAGAMBARAM CHETTIAR [NO. K/P: 960807-08-6393] ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan 20 [1]. Penghakiman ini berkisar kepada pertuduhan berat yang dihadapi oleh Tertuduh: Yagambaram Chettiar a/l Kaparoom, Muthubal Latha, dan Logeswaran a/l Yagambaram Chettiar, atas dakwaan mengedar dadah berbahaya di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun 25 Keseksaan. Pada 18 Februari 2020, sekitar jam 4:30 pagi, di sebuah rumah di no. 249, Jalan Manggis, Chemor, Perak, Tertuduh-Tertuduh telah didakwa memiliki 303.4 gram methamphetamine. Pertuduhan ini membawa implikasi serius, dan Alasan Penghakiman ini akan meneliti sama ada pihak Pendakwaan pada 30 akhir kes Pendakwaan telah memenuhi beban pembuktian yang tinggi untuk membukti kes mereka pada dasar prima facie bagi elemen jagaan atau kawalan, pengetahuan, pengedaran, dan niat bersama oleh Tertuduh-Tertuduh sebagaimana yang disyaratkan oleh undang-undang di bawah seksyen 180(1) Kanun Acara 35 Jenayah. Pertuduhan ke atas OKT-OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 18/2/2020, jam lebih kurang 4.30 pagi, bertempat di rumah alamat no. 249, Jalan Manggis Chemor, 31200 Chemor, dalam Daerah Kinta di dalam Negeri 40 Perak, di dalam mencapai niat bersama telah mengedar dadah berbahaya iaitu sejumlah berat 303.4 gram Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama 45 seksyen 34 Kanun Keseksaan." Beban Pembuktian [2]. Beban pembuktian dalam kes jenayah sentiasa terletak pada pihak Pendakwaan untuk membuktikan kesalahan tertuduh melampaui keraguan munasabah. Prinsip ini ditegaskan dalam kes 50 Woolmington v. DPP [1935] AC 462, di mana Lord Sankey menyatakan bahawa beban pembuktian sentiasa berada di atas pihak Pendakwaan sepanjang perbicaraan dan tidak pernah beralih kepada Tertuduh. Di Malaysia, prinsip ini disahkan di dalam kes Mat v. PP [1963] 1 MLJ 263, di mana Mahkamah Persekutuan 55 menekankan bahawa pihak Pendakwaan perlu membuktikan setiap elemen pertuduhan tanpa sebarang keraguan yang munasabah. [3]. Namun, pada akhir peringkat kes Pendakwaan tugas hakim yang menghakimi perbicaraan, adalah untuk menentukan, sebagai pencuba fakta, sama ada pihak Pendakwaan telah mewujudkan 60 satu kes prima facie, rujukan dibuat pada kes Looi Kow Chai v. PP [2003] 1 CLJ 734 (CA). Dalam proses ini, bukti Pendakwaan mesti dinilai secara maksimum di akhir kes Pendakwaan untuk menentukan sama ada bukti tersebut cukup kuat untuk mensabitkan Tertuduh sekiranya Tertuduh memilih untuk berdiam 65 apabila dipanggil untuk membela diri. [4]. Di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 (FC), Mahkamah Persekutuan menegaskan bahawa kes prima facie hanya wujud apabila bukti yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan adalah mencukupi untuk meyakinkan bahawa 70 tertuduh mungkin bersalah jika tidak disanggah. [5]. Oleh itu, dalam kes jenayah seperti ini, pihak Pendakwaan mestilah mengemukakan bukti yang kukuh dan meyakinkan untuk memenuhi beban pembuktian yang ditetapkan oleh undang-undang dan memastikan bahawa setiap elemen pertuduhan dibuktikan tanpa 75 keraguan yang munasabah. A. Elemen Pengetahuan [6]. Berhubung dengan elemen ini, pihak Pendakwaan bergantung kepada anggapan di bawah seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang menyatakan bahawa: 80 “any person who is found to have had in his custody or under his control anything whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is proved, be deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such 85 drug;” [7]. Di sini, Mahkamah merujuk kepada kes Public Prosecutor v Tan Tatt Eek & Other Appeals [2005] 2 MLJ 685; [2005] 2 AMR 353; [2005] 1 CLJ 713, di mana YA Siti Norma Yaakob HMP (ketika itu) 90 menjelaskan bahawa menurut seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952, apabila seseorang terbukti mempunyai kawalan dan jagaan ke atas dadah, mereka secara automatik dianggap memiliki serta mengetahui sifat dadah tersebut sehingga dibuktikan sebaliknya. Tanpa bukti kawalan dan jagaan, anggapan milikan dan 95 pengetahuan tidak boleh dikenakan terhadap tertuduh. [8]. Oleh yang demikian, elemen ini akan terjawab melalui penghuraian alasan Mahkamah melalui perenggan-perenggan selanjutnya. B. Elemen milikan dan kawalan [9]. Pihak Pendakwaan berhujah bahawa kawalan dan jagaan ke atas 100 barang kes dadah berbahaya dibuktikan melalui keterangan-keterangan berikut: a) SP4 dan pasukan melakukan pemantauan selama 10 minit di luar rumah dan mendapati tiada pergerakan keluar masuk, menunjukkan kawalan eksklusif oleh OKT-OKT; 105 b) Pintu pagar rumah tertutup tetapi tidak berkunci, manakala pintu grill rumah berkunci. OKT Yagambaram enggan membuka pintu walaupun setelah diperkenalkan diri sebagai anggota polis; c) SP4 terpaksa memotong mangga pintu grill untuk memasuki 110 rumah, membuktikan rumah tersebut dikawal sepenuhnya oleh OKT-OKT; d) Dadah ditemui di bilik kedua sebelah kanan di atas meja komputer bersama dengan alat penimbang digital dan peket-peket plastik kosong. Ini menunjukkan bilik tersebut 115 digunakan sebagai tempat penyediaan dan pembungkusan dadah di dalam peket-peket plastik kosong yang dijumpai bagi tujuan pengedaran dadah; e) Tiga pasport milik ketiga-tiga OKT dijumpai di dalam almari kecil di bilik kedua, membuktikan akses dan kawalan OKT- 120 OKT terhadap bilik tersebut; f) Alat penimbang digital dan peket-peket plastik kosong yang ditemui bersama dadah menunjukkan niat OKT-OKT untuk menimbang dan membungkus dadah bagi tujuan pengedaran; 125 g) SP4 dan SP7 mengesahkan bahawa hanya OKT-OKT yang berada di dalam rumah ketika serbuan, menunjukkan kawalan mereka terhadap dadah yang dijumpai tersebut; dan h) Rumah dalam keadaan berkunci sebelum serbuan, memaksa SP4 memotong grill pintu, membuktikan kawalan eksklusif 130 OKT-OKT terhadap rumah dan dadah di dalamnya. [10]. Serbuan telah dilakukan pada awal pukul 4.30 pagi. Secara umumnya, waktu sebegini, kebanyakan orang masih tidur lena. Pihak Pendakwaan berhujah bahawa sebelum serbuan dilakukan, 135 pemantauan telah dijalankan selama 10 minit untuk memastikan tiada pergerakan keluar masuk orang dari rumah tersebut. Ini adalah untuk membuktikan bahawa kehadiran seseorang di dalam rumah tanpa orang lain masuk atau keluar adalah petunjuk bahawa orang tersebut boleh dianggap sebagai memiliki dan mengawal 140 dadah berbahaya. Mahkamah ini mendapati bahawa kesimpulan tersebut adalah terlalu umum kerana secara lazimnya, kebanyakan orang masih tidur pada waktu tersebut. Oleh itu, adalah tidak wajar untuk mengatakan bahawa sememangnya OKT-OKT mempunyai kawalan dan pengetahuan ke atas dadah-dadah yang dijumpai 145 berdasarkan alasan ini. [11]. Apabila pasukan serbuan tiba di pintu rumah tempat kejadian, keterangan SP4 adalah bahawa pihak polis terpaksa memotong mangga pada pintu grill untuk memasuki rumah itu. Manakala semasa pemeriksaan balas, pihak Pembelaan mencadangkan 150 kepada SP4 bahawa OKT1 telah memberikan kunci kepada polis untuk membuka pintu grill. Namun, SP4 menyangkal dan menegaskan bahawa mangga di grill dipotong kerana OKT1 pada awalnya enggan membuka pintu walaupun telah dimaklumkan bahawa mereka adalah pegawai polis. Ini menimbulkan kekeliruan 155 mengenai mangga mana yang sebenarnya dipotong, sama ada mangga pintu grill atau mangga di pintu pagar seperti yang dicadangkan oleh pihak Pembelaan. [12]. Berhubung dengan siasatan terhadap kenderaan pula, SP4 mengakui bahawa terdapat kenderaan di dalam kawasan rumah 160 semasa serbuan dijalankan, termasuk dua buah kereta dan dua buah motosikal. Namun, tiada rampasan kenderaan dilakukan oleh pasukan serbuan. SP4 dalam keterangannya menjelaskan bahawa lazimnya pihak FOP (Forfeiture of Property) yang akan membuat lawatan susulan untuk merampas kenderaan dalam kes yang 165 melibatkan seksyen 39B. Pihak Pembelaan mencadangkan bahawa pegawai serbuan yang sepatutnya membuat rampasan kenderaan dan menyerahkannya kepada pihak FOP, namun SP4 menyatakan tidak menjumpai kunci kenderaan, justeru tidak membuat sebarang rampasan pada masa itu. Dalam keadaan ini 170 isu akses kepada rumah tersebut menjadi persoalan yang ketara. [13]. Seterusnya, ketika memberi keterangan semasa pemeriksaan balas, pihak Pembelaan telah mengajukan beberapa soalan kepada SP4. Daripada keterangan beliau, dapat dilihat bahawa jawapan SP4 sering kali menunjukkan bahawa beliau tiada pengetahuan 175 mengenai beberapa perkara penting yang berkaitan dengan siasatan. Antaranya, SP4 mengakui bahawa beliau tidak tahu siapa yang mempunyai kunci kenderaan yang berada di dalam kawasan rumah dan tidak tahu siapa selain OKT-OKT yang mempunyai akses ke rumah tersebut memandangkan terdapat beberapa 180 kenderaan di premis tersebut. Ini menimbulkan persoalan yang penting tentang siapa yang sebenarnya ada akses terhadap premis berkenaan dan seterusnya meletakkan dadah yang dijumpai di dalam rumah tersebut. [14]. SP4 juga tidak dapat memberikan keterangan konkrit berkenaan 185 dengan siapa yang meletakkan dadah di dalam bilik tersebut dan sejak bila dadah itu berada di sana. Jawapan beliau yang mengatakan bahawa penangkapan ketiga-tiga OKT hanya dilakukan semata-mata kerana mereka berada di dalam rumah pada masa serbuan dijalankan menunjukkan bahawa asas 190 penangkapan mereka bergantung sepenuhnya kepada kehadiran mereka di premis tersebut, tanpa adanya bukti konkrit yang mengaitkan mereka secara langsung dengan dadah yang dijumpai. [15]. Oleh itu, hujahan pihak Pembelaan mengenai kemungkinan terdapatnya orang lain yang mempunyai akses ke rumah tersebut 195 adalah relevan dan wajar dipertimbangkan oleh Mahkamah. SP4 telah gagal mengesahkan atau menolak kemungkinan ini, dan jawapan beliau yang kerap kali "tidak tahu" menambahkan keraguan bahawa ketiga-tiga OKT mempunyai kawalan dan jagaan eksklusif terhadap dadah yang dijumpai. Berikut adalah keterangan 200 SP4 semasa pemeriksaan balas: Jadi kamu telah membuat pemeriksaan keseluruhan rumah tidak jumpa kunci-kunci kenderaan-kenderaan ini? Saya tidak jumpa. Jadi kalau kita tidak jumpa kunci-kunci kenderaan-kenderaan 205 ini di dalam rumah, setuju dengan saya kunci ada dengan orang yang menggunakan kenderaan-kenderaan ini? Itu saya tidak tahu ada dengan siapa. Orang-orang yang meletakkan kenderaan ini sudah pasti ada akses kepada rumah? 210 Saya tidak tahu. Jadi dalam kes ini, nampaknya ada ramai orang mempunyai akses kepada rumah, setuju? Saya tidak tahu. Jadi dengan nada yang sama, kamu tidak tahu sejak bila dadah 215 yang kamu rampas dari bilik sebelah kanan berada di dalam bilik tersebut? Setuju. Dan kamu tidak tahu siapa yang meletakkan dadah tersebut di dalam bilik tersebut? 220 Setuju. Kamu hanya membuat tangkapan ke atas 3 orang ini hanya kerana mereka berada di dalam rumah tersebut semasa serbuan dibuat? Setuju. 225 [16]. Tindakan menahan ketiga-tiga OKT semata-mata kerana kehadiran mereka di rumah tersebut tanpa bukti yang kukuh bahawa mereka terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah, pada pandangan Mahkamah, tidak mencukupi untuk membuktikan kes prima facie di 230 peringkat Pendakwaan. [17]. SP4 selanjutnya tidak dapat membuktikan, bahawa sememangnya tiada sesiapa yang mempunyai akses kepada rumah tersebut selain daripada OKT-OKT yang ditangkap di dalam rumah semasa serbuan. Di dalam keadaan dimana terdapatnya kenderaan- 235 kenderaan lain yang berada di dalam kawasan rumah tersebut, tidak diketahui pemilik dan kunci kenderaan tersebut yang menimbulkan persoalan sama ada, adakah terdapat individu-individu lain yang turut mempunyai akses terhadap rumah tersebut. Di dalam situasi ini, cadangan pihak Pembelaan bahawa terdapat 240 kemungkinan ada individu-individu lain yang mempunyai akses terhadap rumah tersebut berdasarkan kewujudan kenderaan-kenderaan tersebut adalah wajar diberi perhatian kerana ianya membawa kepada ketidakpastian mengenai pemilikan dan kawalan oleh OKT-OKT ke atas dadah yang dijumpai di dalam rumah. 245 [18]. Mahkamah selanjutnya ingin mengulas dengan lebih lanjut terhadap watak SP4 berkaitan penyiasatan beliau, terutamanya mengenai kenderaan-kenderaan yang dijumpai di premis/tempat kejadian. SP4 pada mulanya memberi keterangan pada 24.7.2023 dan kemudiannya dipanggil semula untuk memberikan keterangan 250 pada 27.2.2024. Semasa SP4 diperiksa balas pada 24.7.2023, berhubung dengan kenderaan-kenderaan tersebut, SP4 dengan jelas menyatakan bahawa beliau tidak membuat sebarang sitaan ke atas kenderaan-kenderaan yang berada di dalam kawasan rumah semasa serbuan. Ketika ditanya oleh pihak Pembelaan mengenai 255 alasan tidak melakukan sitaan, SP4 memberikan jawapan bahawa dalam kes di bawah seksyen 39B, adalah menjadi amalan pada kebiasaannya bahawa pihak FOP (Forfeiture of Property) akan kembali ke tempat kejadian untuk merampas kenderaan-kenderaan tersebut. Keterangan oleh SP4 pada 24.7.2023 dikemukakan 260 semula untuk rujukan mudah: “S: Di dalam rumah tersebut, di dalam kawasan rumah tersebut, terdapat beberapa kenderaan, adakah kamu membuat rampasan terhadap kenderaan-kenderaan tersebut? Tidak. 265 Boleh beritahu Mahkamah, kenapa kamu tidak membuat rampasan terhadap kenderaan-kenderaan tersebut? Selalu untuk kes 39B, pihak FOP akan ke tempat kejadian semula untuk merampas kenderaan-kenderaan untuk disita. Saya katakan kepada kamu bahawa pada setiap masa apabila 270 pegawai serbuan membuat tangkapan dan rampasan dadah dan mendapati terdapat kenderaan di dalam kawasan tersebut, pegawai serbuan tersebut akan membuat sitaan ke atas harta-harta tersebut termasuk jika ada wang tunai ataupun emas dan serahkan kepada bahagian FOP untuk tindakan lanjut? 275 Untuk makluman YA, jikalau kenderaan-kenderaan tersebut mempunyai kunci ia betul pihak RO atau team serbuan akan sita terus tapi memandangkan hari itu saya tidak menjumpai kunci kereta, jadi tidak menjadi masalah pada kemudian hari pihak FOP IPK, untuk membuat sitaan. 280 Ada dalam kes ini pihak FOP membuat sitaan kenderaan-kenderaan yang ada di dalam kawasan rumah tersebut? Saya tidak pasti. “ [19]. Namun, apabila SP4 dipanggil semula untuk sambung pemeriksaan 285 balas pada 27.2.2024, beliau mengakui bahawa beliau telah menyita motosikal pada tarikh serbuan dibuat dan membuat satu laporan polis berkenaan perkara tersebut. Namun, keterangan ini bertentangan dengan kenyataan awalnya semasa memberi keterangan sebelum ini pada 24.7.2023, di mana SP4 menyatakan 290 bahawa beliau tidak membuat sitaan terhadap mana-mana kenderaan yang ditemui di tempat kejadian. Perubahan dalam keterangannya ini menimbulkan persoalan mengenai konsistensi dan kredibiliti keterangan SP4. Semasa keterangan pada 24.7.2023, beliau mengatakan bahawa disebabkan dadah dijumpai 295 di dalam rumah, siasatan ke atas kenderaan adalah tidak perlu. Namun pada 27.2.2024, ianya terbongkar semasa pemeriksaan balas, SP4 sebenarnya telah merampas sebuah motosikal. Perubahan ini menunjukkan percanggahan dan penilaian yang tidak tepat oleh SP4 di dalam pengendalian barang sitaan, khususnya 300 mengenai kenderaan, dan perlu diberi perhatian oleh Mahkamah di dalam menilai kredibiliti keseluruhan keterangan SP4. [20]. Keterangan SP4 juga terdapat percanggahan yang jelas dan sekali gus menimbulkan keraguan kepada Mahkamah untuk mempercayai keterangan beliau. SP4 pada mulanya menyatakan bahawa adalah 305 tidak relevan untuk menyita kenderaan di tempat kejadian kerana dadah ditemui di dalam rumah. Namun, apabila dipanggi semula untuk disoal balas, beliau mengakui bahawa beliau telah menyita sebuah motosikal dan gagal untuk memberikan sebarang maklumat hasil siasatan kepada mahkamah mengenai kenderaan tersebut. 310 [21]. Percanggahan ini membuktikan bahawa keterangan SP4 adalah tidak konsisten dan oleh itu, meragukan. Tindakan beliau untuk menyita motosikal selepas menyatakan bahawa kenderaan tidak relevan untuk disiasat menimbulkan persoalan yang besar mengenai integriti penyiasatan yang dijalankan. Lebih-lebih lagi, 315 ketiadaan maklumat lanjut mengenai motosikal tersebut mewujudkan kelompangan dalam kes pihak Pendakwaan. [22]. Keterangan SP4 yang bercanggah mengenai sitaan kenderaan tidak disoal semula oleh pihak Pendakwaan semasa pemeriksaan semula. Kegagalan pihak Pendakwaan untuk meminta penjelasan 320 terhadap percanggahan ini menimbulkan keraguan serius mengenai kebolehpercayaan SP4. [23]. Mahkamah ini mendapati, pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan dengan jelas elemen “milikan dan kawalan” berdasarkan beberapa aspek penting yang timbul daripada 325 keterangan SP4, seperti yang telah dihuraikan dalam perenggan sebelum ini. Ketiga-tiga kes yang dirujuk oleh pihak Pendakwaan, iaitu di dalam kes Lim Son Heng v Public Prosecutor [2014] 6 MLJ 109, Chan Pean Leon v PP (1956) 22 MLJ 237, dan Nagalingam P. Vellupillay v Public Prosecutor [2015] 1 CLJ 330 1086, kesemuanya menekankan aspek jagaan dan kawalan serta bagaimana elemen-elemen ini boleh dibuktikan melalui bukti akses dan kawalan eksklusif ke atas premis atau barang kes. Namun, dalam kes ini, keterangan yang diberikan oleh SP4 tidak mencukupi untuk menepati prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh kes-kes 335 tersebut. [24]. Di dalam kes Lim Son Heng v Public Prosecutor (supra), milikan boleh dibuktikan jika terdapat bukti bahawa tertuduh mempunyai kawalan eksklusif ke atas premis atau barang bukti. Namun, dalam kes ini, terdapat keraguan yang besar mengenai siapa yang 340 sebenarnya mempunyai akses kepada premis dan malangnya lagi, kegagalan untuk menyiasat kenderaan yang berada di dalam kawasan rumah menambahkan lagi kepada ketidakpastian ini. [25]. Di dalam kes Chan Pean Leon v PP (supra), elemen niat (animus possidendi) juga penting untuk membuktikan milikan, namun dalam 345 kes ini, tiada bukti yang menunjukkan niat jelas oleh OKT-OKT untuk mengawal atau memiliki dadah tersebut. Berikut dinyatakan dalam kes Chan Pean Leon v PP (supra): “…. there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The 350 accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other 355 words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances… If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear 360 that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that 365 I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shows such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found show such an intention.” 370 [26]. SP4 tidak dapat menunjukkan bukti konkrit bahawa OKT-OKT mempunyai niat untuk mengendalikan dadah yang dijumpai di dalam rumah. Ketika disoal balas, SP4 mengakui bahawa beliau tidak tahu siapa yang meletakkan dadah tersebut di dalam bilik, atau 375 berapa lama dadah itu berada di sana. Ini menimbulkan persoalan sama ada OKT-OKT benar-benar sedar akan kewujudan dadah tersebut dan mempunyai niat untuk mengawalnya. [27]. Dadah yang dijumpai dalam bilik kedua bersama alat penimbang tidak secara automatik membuktikan bahawa OKT-OKT 380 mempunyai kawalan eksklusif ke atasnya. Seperti yang dinyatakan dalam prinsip di atas tersebut, hanya kerana barang salah tersebut berada di lokasi yang sama dengan Tertuduh, ianya tidak bermakna Tertuduh berniat untuk mengendalikan atau memilikinya. Di dalam kes ini, SP4 tidak dapat membuktikan bahawa hanya OKT-OKT 385 yang mempunyai akses kepada bilik tersebut, atau bahawa mereka terlibat secara aktif dalam mengendalikan dadah tersebut. [28]. Keterangan SP4 menunjukkan bahawa penangkapan ketiga-tiga OKT hanya dilakukan semata-mata kerana mereka berada di dalam rumah ketika serbuan dijalankan. Walau bagaimanapun, kehadiran 390 fizikal mereka di rumah tidak mencukupi untuk membuktikan milikan atau kawalan, terutama apabila SP4 tidak dapat mengesahkan siapa yang mempunyai kunci kenderaan atau siapa yang mungkin meletakkan dadah di dalam rumah. Ini menunjukkan ketiadaan elemen mental yang diperlukan untuk membuktikan bahawa OKT 395 mempunyai niat untuk mengendalikan dadah tersebut sebagai milik mereka. [29]. Begitu juga di dalam kes Nagalingam P. Vellupillay v Public Prosecutor (supra), dimana akses bersama OKT-OKT tidak menggugurkan milikan, tetapi dalam kes ini, akses oleh orang lain 400 yang tidak dikenali (dari kewujudan kenderaan yang tidak disiasat sepenuhnya), menimbulkan keraguan terhadap kawalan eksklusif oleh OKT-OKT. C. Elemen Pengedaran (Trafficking) [30]. Pihak Pendakwaan berhujah bahawa dadah yang dirampas oleh 405 pihak polis dari atas meja komputer di dalam bilik kedua rumah tersebut telah disahkan oleh ahli kimia (SP6) sebagai dadah berbahaya dengan berat sejumlah 303.4 gram Methamphetamine. Perkara ini langsung tidak disangkal oleh pihak Pembelaan. Oleh itu, Pendakwaan menggunapakai anggapan di bawah seksyen 410 37(da)(xvi) ADB 1952 untuk membuktikan unsur pengedaran oleh OKT-OKT. Peruntukan seksyen 37(da)(xvi) ADB 1952 menyatakan bahawa: “37. Presumptions In all proceedings under this Act or any regulation made 415 thereunder— (da) any person who is found in possession of—