Content
Page 1 of 19 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI ALOR SETAR 1 DALAM NEGERI KEDAH 2 GUAMAN NO: KA-A72NCvC—178-08/2025 3
/akn/my/judgment/magistrates-court/2026/916a2fbc-2c08-4edb-a1d0-197080b3e60a
Magistrates Court of Malaysia28 Apr 2026KA-A72NCvC-178-08/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“fy the originality of this document via eFILING portal Page 16 of 19 Estate Of Wan Abdullah Bin Wan Ahmad) [2017] 1 LNS 1941; [2018] 3 MLJ 363 89 diputuskan: 364 365 "It is clear from S. 10 of the Contracts Act 1950 that a contract need not be in 366 writing and can be entered into orally. A valid and legally binding c”
“, signified by the expression burden of proof such as referred to in 242 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Page 11 of 19 s.101 of the Evidence Act is the burden of establishing a case and this rests 243 throughout the trial on the party who asserts the aff”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
Page 1 of 19 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI ALOR SETAR 1 DALAM NEGERI KEDAH 2 GUAMAN NO: KA-A72NCvC—178-08/2025 3
1
ANTARA 4 YEO SIEW HONG 5 [NO. K/P: 740711-10-5145] 6 7
2
ONG PHAIK LEAN 8 [NO. K/P: 850317-02-5320] 9 10
3
OOI AH MEI 11 [NO. K/P: 690703-02-5310] 12 13
4
LEE SHIN LING 14 [NO. K/P: 970423-02-5574] …PLAINTIF-PLAINTIF 15 16 DAN 17 WALKER CAPITAL BERHAD 18 [NO. SYARIKAT: 202101002589] …DEFENDAN 19 20 ___________________________________________________________________ 21 ALASAN PENGHAKIMAN 22 A. PENGENALAN 23 24 09/07/2026 15:13:01 KA-A72NCvC-178-08/2025 Kand. 31 Page 2 of 19 [1] Rayuan ini adalah rayuan ke atas keputusan Mahkamah ini selepas 25 perbicaraan penuh. Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan Plaintif- 26 plaintif sepertimana dalam Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan dengan 27 kos sebagaimana skala kos dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 28 29 [2] Pihak Defendan tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah ini dan 30 telah memfailkan rayuan terhadap keseluruhan keputusan tersebut. 31 32 B. LATAR BELAKANG FAKTA KES 33 34 [3] Tuntutan Plaintif-plaintif adalah rentetan daripada satu perjanjian yang 35 ditandatangani oleh pihak-pihak yang dikenali sebagai Share Subscription 36 Agreement. 37 38 [4] Plaintif-plaintif dalam kes ini adalah individu perseorangan yang kesemuanya 39 mempunyai alamat di sekitar Pokok Sena, Kedah. 40 41 [5] Manakala Defendan pula adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di 42 bawah Akta Syarikat dan mempunyai alamat berdaftar dan alamat perniagaan 43 di NO. 3408, 1st Floor, Jalan Kulim. Taman Bukit Mas, 14000 Bukit Mertajam, 44 Pulau Pinang. 45 46 [6] Pihak-pihak telah menandatangani Share Subscription Agreement bertarikh 47 25/11/2024 yang mana melalui perjanjian ini, Defendan bersetuju untuk 48 Page 3 of 19 memperuntukkan (allot) kepada Plaintif-plaintif 20,000 unit saham biasa pada 49 kadar RM 1.00 setiap unit saham untuk setiap seorang. 50 51 [7] Plaintif-plaintif dikehendaki membayar kepada Defendan RM 20,000 setiap 52 seorang untuk saham-saham tersebut dan Plaintif-plaintif seterusnya telah 53 membuat bayaran sepertimana yang dikehendaki oleh Defendan. 54 55 [8] Berdasarkan Share Subscription Agreement tersebut, berikut adalah antara 56 terma-terma dan syarat-syarat yang mana pihak-pihak telah bersetuju: 57 58
a
(a) Balasan untuk 20,000 unit saham tersebut adalah RM 20,000; 59 60
b
(b) Plaintif-plaintif berhak kepada 20,000 unit saham tersebut apabila 61 pembayaran dibuat; 62 63
c
(c) Plaintif-plaintif juga berhak kepada 100,000 unit saham tambahan tanpa 64 balasan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung 65 dalam share Share Subscription Agreement tersebut. 66 67 [9] Walaupun Plaintif-plaintif telah membuat bayaran keseluruhan sebanyak RM 68 20,000 bagi setiap seorang, namun Defendan telah enggan/gagal 69 memperuntukkan 20,000 unit saham tersebut dengan mendaftarkan 20,000 70 unit saham ke atas nama Plaintif-plaintif sepertimana yang dijanjikan dan 71 dipersetujui di dalam Share Subscription Agreement yang ditandatangani oleh 72 pihak-pihak bagi setiap Plaintif tersebut. 73 Page 4 of 19 [10] Plaintif-plaintif kemudiannya melalui peguam mereka, Tetuan Zamri, Zaini & 74 Nazliyah telah menghantar surat bertarikh 23/6/2025 untuk menamatkan 75 Share Subscription Agreement tersebut dan menuntut Defendan untuk 76 membayar balik wang RM 20,000 bagi setiap Plaintif. 77 78 [11] Namun, tiada sebarang bayaran diterima oleh Plaintif-plaintif daripada 79 Defendan. 80 81 [12] Selanjutnya, Plaintif-plaintif telah memfailkan kes ini dan menuntut daripada 82 Defendan sepertimana berikut bagi setiap Plaintif: 83 84
a
(a) Wang sebanyak RM 20,000; 85 86
b
(b) Faedah pada kadar 5% setahun atas jumlah RM 20,000 dari tarikh 87 penyampaian Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan sehingga 88 penyelesaian; 89 90
c
(c) Kos; 91 92
d
(d) Faedah atas kadar 5% setahun atas kos yang diberi dari tarikh penghakiman 93 sehingga penyelesaian; 94 95
e
(e) Apa-apa relif yang difikir wajar dan suaimanfaat oleh Mahkamah. 96 97 98 Page 5 of 19 C. SAKSI-SAKSI DAN EKSHIBIT-EKSHIBIT YANG TELAH DIKEMUKAKAN 99 100 [13] Dalam kes ini seramai 6 orang saksi telah memberikan keterangan yang 101 terdiri daripada 4 orang saksi Plaintif-plaintif dan 2 orang saksi Defendan. 102 103 [14] Saksi-saksi sepertimana berikut: 104 105
a
(a) Yeo Siew Hong iaitu Plaintif Pertama (selepas ini dirujuk sebagai 106 “SP1”); 107 108
b
(b) Ong Phaik Lean iaitu Plaintif Kedua (selepas ini dirujuk sebagai 109 “SP2”); 110 111
c
(c) Ooi Ah Mei iaitu Plaintif Ketiga (selepas ini dirujuk sebagai “SP3”); 112 113
d
(d) Lee Shin Ling iaitu Plaintif Keempat (selepas ini dirujuk sebagai 114 “SP4”); 115 116
e
(e) Yew Siew Siew iaitu Marketing Manager syarikat Defendan (selepas 117 ini dirujuk sebagai “SD1”); 118 119
f
(f) Ooi Yin Shen iaitu Setiausaha Syarikat yang dilantik oleh syarikat 120 Defendan (selepas ini dirujuk sebagai “SD2”); 121 122 123 Page 6 of 19 [15] Terdapat 2 ikatan dokumen yang telah difailkan dan dirujuk dalam kes ini, 124 iaitu: 125 126
a
(a) IKATAN PLIDING, LAMPIRAN 12 A 127
b
(b) IKATAN DOKUMEN BERSAMA, LAMPIRAN 11 B 128 129 [16] Berikut adalah dokumen-dokumen yang telah ditandakan sebagai ekshibit 130 sepanjang perbicaraan dijalankan: 131 132
a
(a) CARIAN MAKLUMAT SYARIKAT DEFENDAN BERTARIKH 28/4/2025 P1 133 134
b
(b) SHARE SUBCRIPTION AGREEMENT BERTARIKH 25/11/2024 135 (ms 8,13-23) P2 136 137
c
(c) STAMPING (ms 9-12) P3 138 139
d
(d) SLIP TRANSAKSI PINDAHAN WANG BERTARIKH 26/9/2024 140 RM 10,000 (ms72) P4 (a) 141 142
e
(e) SLIP TRANSAKSI PINDAHAN WANG BERTARIKH 25/9/2024 143 RM 10,000 (ms 73) P4 (b) 144 145
f
(f) SURAT TETUAN ZAMRI, ZAINI & NAZLIYAH BERTARIKH 23/6/2025 P5 146 147
g
(g) RESIT PENGEPOSAN P5 (a) 148 Page 7 of 19
h
(h) SHARE SUBCRIPTION AGREEMENT BERTARIKH 25/11/2024 149 (ms 24, 29-39) P6 150 151
i
(i) STAMPING (ms 25-28) P7 152 153
j
(j) SLIP TRANSAKSI PINDAHAN WANG BERTARIKH 25/9/2024 154 RM 10,000 (ms 70) P8 (a) 155 156
k
(k) SLIP TRANSAKSI PINDAHAN WANG BERTARIKH 26/9/2024 157 RM 10,000 (ms 71) P8 (b) 158 159
l
(l) SURAT TETUAN ZAMRI, ZAINI & NAZLIYAH BERTARIKH 23/6/2025 P9 160 161
m
(m) RESIT PENGEPOSAN P9 (a) 162 163
n
(n)SHARE SUBCRIPTION AGREEMENT BERTARIKH 25/11/2024 164 (ms 40, 45-54) P10 165 166
o
(o)STAMPING (ms 41-44) P11 167 168
p
(p) BORANG PERMOHONAN KIRIMAN WANG BERTARIKH RM 40,000 P12 169 170
q
(q) SURAT TETUAN ZAMRI, ZAINI & NAZLIYAH BERTARIKH 23/6/2025 P13 171 172
r
(r) RESIT PENGEPOSAN P13(a) 173 Page 8 of 19 174
s
(s) SHARE SUBCRIPTION AGREEMENT BERTARIKH 25/11/2024 175 (ms 55, 60-69) P14 176 177
t
(t) STAMPING (ms 56-59) P15 178 179
u
(u) SURAT TETUAN ZAMRI, ZAINI & NAZLIYAH BERTARIKH 23/6/2025 P16 180 181
v
(v) RESIT PENGEPOSAN P16 (a) 182 183
w
(w) REGISTER OF MEMBERS OF WALKER CAPITAL D17 184 185 D. PRINSIP UNDANG-UNDANG SIVIL: BEBAN PEMBUKTIAN 186 187 [17] Sebelum mahkamah mempertimbangkan isu-isu yang dipertikaikan, 188 Mahkamah terlebih dahulu meneliti beban pembuktian pihak-pihak dalam 189 membuktikan tuntutan. 190 191 [18] Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk membuat penilaian di atas 192 imbangan kebarangkalian keseluruhan keterangan saksi-saksi dan 193 keterangan dokumen samada Plaintif-plaintif telah berjaya dalam 194 membuktikan tuntutan sebelum beban pembuktian berpindah kepada 195 Defendan dalam membuktikan pembelaannya. 196 197 Page 9 of 19 [19] Mahkamah merujuk seksyen 101 Akta Keterangan 1950 di mana 198 diperuntukkan bahawa: 199 200 “101. (1) Barang siapa berkehendakkan mahkamah memberi penghakiman 201 tentang apa-apa hak atau liabiliti di sisi undang-undang dengan 202 bergantung pada adanya fakta-fakta yang ditegaskan olehnya, 203 mestilah bahawa faktafakta itu ada. 204 205
Subsection
(2) Apabila seseorang terikat untuk membuktikan adanya sesuatu 206 fakta, maka adalah dikatakan bahawa beban bukti terletak pada 207 orang itu.” 208 209 [20] Mahkamah juga merujuk kepada seksyen 102 Akta Keterangan 1950 yang 210 memperuntukan bahawa: 211 212 “Beban bukti di dalam sesuatu guaman atau prosiding terletak pada orang 213 yang mungkin gagal sekiranya tidak ada langsung keterangan diberi oleh 214 mana-mana pihak.” 215 216 [21] Begitu juga dengan seksyen 103 Akta Keterangan 1950 di mana dinyatakan 217 bahawa: 218 219 “Beban bukti mengenai sesuatu fakta tertentu terletak pada orang yang - 220 berkehendakkan mahkamah mempercayai tentang adanya fakta itu, 221 Page 10 of 19 melainkan jika ada diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang bahawa 222 bukti mengenai fakta itu terletak pada mana-mana orang tertentu.” 223 224 [22] Selanjutnya prinsip undang-undang ini juga telah dijelaskan melalui 225 kes Mohd Ridzwan bin Abdul Razak v. Asmah bt Hj Mohd Nor [2016] 4 MLJ 226 282 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan di perenggan 66 yang 227 berikut: 228 "[66]...We start by stating the obvious i.e. the standard of proof in civil cases 229 has traditionally been on a balance of probability, a standard that is certainly 230 lower than that of criminal cases; nowhere near that of proving a case 231 beyond reasonable doubt". 232 233 [23] Mahkamah merujuk kepada kes International Times & Ors v. Leong Ho 234 Yuen [1980] 1 LNS 31, mengenai beban pembuktian di mana Mahkamah 235 Persekutuan telah menyatakan seperti berikut (dengan izin); 236 237 “For the purpose of this appeal it is necessary to bear in mind the distinction 238 between the two senses in which the expressions burden of proof and onus 239 of proof are used (Nanji & Co. v. Jatashankar Dossa & Ors. AIR 1961 SC 1474, 240 1478 and Raghavamma v. Chenchamma AIR 1964 SC 136, 143). The first 241 sense, signified by the expression burden of proof such as referred to in 242 Page 11 of 19 s.101 of the Evidence Act is the burden of establishing a case and this rests 243 throughout the trial on the party who asserts the affirmative of the issue. 244 The appellants in the present appeal relied on justification and fair 245 comment. Therefore, the burden of proving these defences rests entirely 246 upon them (Gatley on Libel and Slander, 7th Edn. Paras. 351 and 354). The 247 second sense referred to as onus of proof, on the other hand, relates to the 248 responsibility of adducing evidence in order to discharge the burden of proof. 249 The onus as opposed to burden is not stableand constantly shifts during the 250 trial from one side to the other according to the scale of evidence and other 251 preponderates. Such shifting is one continuous process in the evaluation of 252 evidence. According to ss. 102 and 103 of the Evidence Act, if the party with 253 whom this onus lies whether initially or subsequently as a result of its 254 shifting does not give any or further evidence or gives evidence which is not 255 sufficient, such party must fail. It is this onus that we are concerned with in 256 the present appeal. 257 258 [25] Mahkamah juga merujuk kes Tam Kim Khuan v. Tan Kee Kiat (M) SB [1998] 259 1 MLJ 697, di mana diputuskan bahawa (dengan izin); 260 261 “It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the 262 party on whom the burden lies. Where a party on whom the burden of proof 263 lies has discharged it, then the evidential burden shifts to the other 264 party…what shifts is the responsibility of adducing evidence to discharged 265 by cross-examination of witnesses of the party on whom the burden of 266 Page 12 of 19 proof lies or by calling witness or by giving evidence himself or a 267 combination of the different methods. No adverse inference can be drawn 268 against that party for failure to give evidence himself. If he does not adduce 269 any evidence when the burden has shifted to him, he will fail. If the party 270 whom the burden lies fails to discharge it, the other party need not call any 271 evidence. In that event, it will not avail to him to turn around and say that 272 the respondent has not established his.” 273 274 [26] Berdasarkan faktor-faktor tersebut, Plaintif-palintif di dalam kes ini adalah 275 pihak yang perlu membuktikan tuntutan yang dibuat. Beban pembuktian 276 tidak teralih kepada pihak Defendan untuk membuktikan sebaliknya 277 sekiranya pihak Plaintif-palintif gagal membuktikan kesnya. 278 279 [27] Pihak yang menuntut di dalam kes ini adalah Plaintif-plaintif, maka beban 280 pembuktian adalah diletakkan diatas bahu mereka. Lanjutan daripada itu, 281 Plaintif-plaintif juga perlu mencapai standard pembuktian iaitu di atas 282 imbangan kebarangkalian untuk membuktikan tuntutan-tuntutan mereka. 283 284 E. DAPATAN MAHKAMAH 285 286 [28] Dalam kes ini tuntutan Plaintif-plaintif adalah rentetan daripada 287 kemungkiran Defendan memenuhi obligasi Share Subscription Agreement 288 yang telah ditandatangi oleh pihak-pihak. 289 290 Page 13 of 19 [29] Plaintif-plaintif dan Defendan telah menandatangi Share Subscription 291 Agreement dengan terma yang dipersetujui bahawa: 292 293
a
(a) Balasan untuk 20,000 unit saham tersebut adalah RM 20,000; 294 295
b
(b) Plaintif-plaintif berhak kepada 20,000 unit saham tersebut apabila 296 pembayaran dibuat; 297 298
c
(c) Plaintif-plaintif juga berhak kepada 100,000 unit saham tambahan 299 tanpa balasan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang 300 terkandung dalam share Share Subscription Agreement tersebut. 301 302 [30] Dalam hal keadaan kes ini, Mahkamah ini berpandangan Plaintif-plaintif 303 bersetuju untuk menandatangani Share Subscription Agreement tersebut 304 setelah percaya apa yang dijanjikan oleh Defendan kepada mereka. 305 306 [31] Plaintif-plaintif semasa memberikan keterangan di Mahkamah telah 307 mengemukakan kesemua bukti dokumen yang menunjukkan mereka telah 308 menandatangani Share Subscription Agreement dan telah membuat bayaran 309 sebanyak RM 20,000 setiap seorang sepertimana klausa dalam Share 310 Subscription Agreement tersebut. 311 312 [32] Mahkamah ini percaya setelah Plaintif-plaintif membuat bayaran 313 sepertimana yang dipersetujui di dalam Share Subscription Agreement 314 Page 14 of 19 tersebut, Defendan adalah wajar untuk memenuhi obligasi sepertimana 315 dalam Share Subscription Agreement tersebut. 316 317 [33] Balasan untuk bayaran sebanyak RM 20,000 bagi setiap Plaintif adalah 318 bahawa Plaintif-plaintif adalah berhak ke atas 20,000 unit saham bagi setiap 319 Plaintif setelah bayaran dibuat. Ini merujuk kepada klausa 2.1 dan 2.2 Share 320 Subscription Agreement. 321 322 [34] Berdasarkan klausa 5.1, apabila bayaran dibuat bagi saham tersebut, secara 323 serentak (simultaneously) pelaksanaan perjanjian ini, Defendan hendaklah 324 melaksanakan sijil saham tersebut kepada Plaintif-plaintif. 325 326 [35] Plaintif-plaintif telah membuat kesemua bayaran RM 20,000 setiap seorang 327 pada sekitar 26/9/2024. 328 329 [36] Namun begitu, pada 28/4/2025 apabila carian syarikat Defendan dibuat di 330 Suruhanjaya Syarikat Malaysia, tiada nama Plaintif-plaintif didaftarkan 331 sebagai pemegang saham. 332 333 [37] Disebabkan itu, Plaintif-plaintif telah menamatkan Share Subscription 334 Agreement tersebut pada 23/6/2025 dengan menghantar surat melalui 335 peguam kepada Defendan. 336 337 Page 15 of 19 [38] Selanjutnya, Plaintif-plaintif telah memfailkan tuntutan/kes ini menuntut 338 daripada Defendan untuk kembalikan RM 20,000 serta faedah dan kos 339 sepertimana dalam pernyataan tuntutan. 340 341 [39] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa suatu perjanjian atau 342 kontrak adalah sah dan berkuatkuasa apabila memenuhi elemen-elemen 343 kontrak iaitu tawaran (offer), penerimaan (acceptance), balasan 344 (consideration), kesahihan pihak-pihak (certainty of parties), kesahihan 345 harga (certainty of price) dan kesahihan hartanah (certainty of property) 346 sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 10(1) Akta Kontrak 347 1950 seperti berikut: 348 349 “Section 10.
Subsection
(1) All agreements are contracts if they are made by the free consent of 351 parties competent to contract, for a lawful consideration and with a 352 lawful object, and are not hereby expressly declared to be void. 353 354
Subsection
(2) Nothing herein contained shall affect any law by which any contract is 355 required to be made in writing or in the presence of witnesses, or any law 356 relating to the registration of documents.” 357 358 [40] Mahkamah ini selanjutnya mengambil pendekatan dan prinsip undang- 359 undang di dalam kes di Mahkamah Rayuan, Mohd Shukri Bin Mat 360 (Administrator To The Estate Of Wan Mek Bt Wan Abdullah @ Wan Eshah 361 Bin Wan Abdullah) v. Wan Rahmah Bt Wan Abdullah (Administrator To The 362 Page 16 of 19 Estate Of Wan Abdullah Bin Wan Ahmad) [2017] 1 LNS 1941; [2018] 3 MLJ 363 89 diputuskan: 364 365 "It is clear from S. 10 of the Contracts Act 1950 that a contract need not be in 366 writing and can be entered into orally. A valid and legally binding contract 367 comes into being between two parties if the three elements forming a 368 contract, namely, offer, acceptance and consideration are present." 369 370 [41] Mahkamah ini berpandangan dalam kes di hadapan Mahkamah Yang Mulia 371 ini, kesemua eleman di bawah seksyen 10 Akta Kontrak 1950 telah dipenuhi 372 rentetan daripada Share Subscription Agreement yang telah ditandatangani 373 oleh pihak-pihak. 374 375 [42] Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpandangan Plaintif-plaintif dan 376 Defendan adalah terikat dengan kesemua klausa di dalam Share Subscription 377 Agreement tersebut. 378 379 [43] Undang-undang berkaitan pihak-pihak yang menandatangani apa-apa 380 dokumen adalah jelas dan mantap iaitu pihak-pihak adalah terikat dengan 381 apa yang mereka telah tandatangan walaupun tidak membaca dan 382 memahami kandungannya kecuali dokumen itu telah dicemari dengan 383 pengaruh tidak wajar (undue influence), salahnyataan (misrepresentation, 384 frod). 385 [44] Merujuk kes Polygram Records Sdn Bhd v. The Search [1994] 3 CLJ 806, 386 Visu Sinnadurai J telah menggunapakai prinsip yang digariskan di dalam kes 387 Page 17 of 19 L’estrange v. F.Graucon, Ltd [1934] 2 KB 394 seperti berikut (dengan 388 izin); 389 390 “When a document containing contractual term is signed, then in the 391 absence of fraud or I will add misrepresentation; the party signing it is 392 bound and it is wholly immaterial whether he had read the document or 393 not.” 394 [45] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, sepanjang perbicaraan dijalankan 395 tidak pernah sekalipun dibangkitkan bahawa Share Subscription Agreement 396 tersebut yang ditandatangani oleh pihak-pihak adalah dicemari dengan 397 pengaruh tidak wajar (undue influence), salahnyataan (misrepresentation), 398 frod. 399 400 [46] Justeru, Mahkamah ini berpandangan pihak-pihak adalah terikat dengan 401 kesemua terma di dalam Share Subscription Agreement. 402 403 [47] Apabila pihak-pihak adalah terikat dengan Share Subscription Agreement 404 tersebut, makanya kesemua terma adalah perlu dipatuhi. 405 406 [48] Dalam kes ini, Defendan tidak mendaftarkan nama Plaintif-plaintif sebagai 407 pemegang syer saham sepertimana yang dijanjikan dan sepertimana dalam 408 klausa Share Subscription Agreement tersebut walaupun Plaintif-plaintif 409 telah menjelaskan keseluruhan bayaran kepada Defendan. 410 411 Page 18 of 19 [49] Di sini, Mahkamah ini berpandangan telah berlaku 412 kemungkiran/perlanggaran terma Share Subscription Agreement tersebut. 413 414 [50] Tindakan Plaintif-plaintif menamatkan Share Subscription Agreement adalah 415 selaras dengan klausa 12 Share Subscription Agreement. 416 417 [51] Justeru, Mahkamah ini berpendapat Plaintif-plaintif dalam membawa 418 tuntutan ini terhadap Defendan adalah untuk mendapatkan hak mereka 419 semula berdasarkan Share Subscription Agreement tersebut sahaja. 420 421 [52] Plaintif-plaintif berjaya membuktikan kes mereka di atas imbangan 422 kebarangkalian dan Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan mereka. 423 424 F. KESIMPULAN 425 426 [53] Oleh yang demikian, Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan Plaintif- 427 plaintif sepertimana dalam Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan dengan 428 kos sebagaimana skala kos dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 429 430 (SITI NOR HASLIZA BINTI MD ALI) 431 Majistret 432 Mahkamah Majistret Alor Setar 433 Kedah 434 435 Page 19 of 19 436 Pihak-pihak: 437 438 Bagi pihak Plaintif : Tetuan Zamri Zaini & Nazliyah 439 440 Bagi pihak Defendan : Tetuan Chambers of Cheong & 441 Law 442 443
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.