Lampiran
Lampiran 2; (iv) satu Perintah bahawa Responden Ketiga mengeluarkan Pelan Akui Strata [PA(B)] baru menggantikan Pelan Akui Strata [PA(B)] yang salah kepada Responden Kedua berdasarkan Cadangan Pelan Strata yang diluluskan oleh Responden Ketiga yang berketerangan di Lampiran 2; S/N Cn4CZpw3r0e4J3UAhn2n5g (v) satu Perintah bahawa Pemohon menyerahkan kembali kesemua 308 hakmilik strata yang sedia ada yang berketerangan di Lampiran 3 kepada Responden Kedua untuk pembetulan oleh Responden Kedua; (vi) satu Perintah bahawa pembetulan hakmilik-hakmilik strata yang akan dibuat akan menyebabkan pindaan yang bersesuaian dibuat kepada Pendaftaran hakmilik strata dan dokumen-dokumen hakmilik strata, iaitu Borang 2e, Borang 4e dan Pelan-Pelan Akui Bangunan mengikut mana-mana yang berkenaan dan suaimanfaat; dan (vii) satu Perintah bahawa Responden Kedua mengeluarkan hakmilik-hakmilik strata yang baru menggantikan hakmilik-hakmilik strata yang telah dibuat pembetulan kepada Pemohon, berdasarkan Pelan Akui Strata [PA(B)] baru yang dikeluarkan oleh Responden Ketiga dan mengikut Jadual Pindaan hakmilik-hakmilik strata yang berketerangan di Lampiran 4 menurut Unit Syer Jadual Strata Baru yang berketerangan di Lampiran 5; dan (b) Notis Permohonan (untuk meminda Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 16.12.2021 menurut Aturan 20 kaedah 11 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012) bertarikh 20.4.2023 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, untuk mendapatkan S/N Cn4CZpw3r0e4J3UAhn2n5g perintah-perintah, inter alia, seperti di bawah (rujuk Ekshibit “JH-3”, Afidavit Jawapan Defendan Pertama (Kandungan 9)) – (i) bahawa Pemohon diberi kebenaran untuk meminda perincian-perincian dalam Lampiran 4 (Jadual Pindaan) yang asal dan Lampiran 5 (Jadual Strata Baru) yang asal yang dilampirkan kepada Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 16.12.2021 (“Perintah tersebut”) berdasarkan Ringkasan Pindaan yang diperincikan di Lampiran A yang dilampirkan kepada Notis Permohonan ini; (ii) bahawa Pemohon diberi kebenaran untuk menukarkan Lampiran 4 yang asal dan Lampiran 5 yang asal yang dilampirkan kepada Perintah tersebut yang mengandungi kesilapan perkeranian yang tidak sengaja dengan Jadual Pindaan dan Jadual Strata Baru yang baru dan/atau dipinda yang dilampirkan dan dirujuk sebagai Lampiran B dan Lampiran C kepada Notis Permohonan ini; dan (iii) bahawa Pemohon diberi kebenaran untuk menukar sebahagian daripada Lampiran 2 yang asal (Cadangan Pelan Strata Muka Surat No.: SP12, SP33, SP34, SP35, SP36, SP37, SP38, SP39, SP40, SP41, SP44, SP48) yang dilampirkan kepada Perintah tersebut yang mengandungi Cadangan S/N Cn4CZpw3r0e4J3UAhn2n5g Pelan Strata yang terdapat kesilapan perkeranian yang tidak sengaja dengan Cadangan Pelan Strata yang baru dan/atau yang dipinda dilampirkan sebagai Lampiran D kepada Notis Permohonan ini. 10. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan – (a) permohonan Saman Pemula Defendan Pertama tersebut pada 16.12.2021 (rujuk Ekshibit “JH-2”, Afidavit Jawapan Defendan Pertama (Kandungan 9)), dan (b) Notis Permohonan Defendan Pertama untuk meminda Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 16.12.2021 tersebut pada 18.5.2023 (rujuk Ekshibit “JH-4”, Afidavit Jawapan Defendan Pertama (Kandungan 9)). 11. Berdasarkan Perintah-Perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tersebut, Defendan Pertama telah memaklumkan Plaintif-Plaintif bahawa terdapat varian sebanyak 76.47 meter persegi dan/atau 823.17 kaki persegi bagi keluasan kawasan terbina Parcel tersebut (rujuk Ekshibit “D”, Afidavit Sokongan Plaintif-Plaintif (Kandungan 2)). 12. Memandangkan varian keluasan kawasan terbina Parcel tersebut adalah melebihi 5%, Defendan Pertama telah menuntut Plaintif-Plaintif untuk membayar jumlah bagi varian tersebut sebanyak RM469,206.90 (823.17 kaki persegi x RM570.00 setiap kaki persegi). Ini adalah selaras dengan perenggan 5.2.2 Perjanjian Utama tersebut (rujuk Ekshibit “G”, Afidavit Sokongan Plaintif-Plaintif (Kandungan 2)). S/N Cn4CZpw3r0e4J3UAhn2n5g 13. Plaintif-Plaintif walau bagaimanapun telah mempertikaikan keluasan kawasan terbina Parcel tersebut seperti dalam Hakmilik Strata tersebut serta menafikan varian tersebut dan menghujahkan bahawa keluasan kawasan terbina Parcel tersebut sepatutnya tidak termasuk AHU dan lavatory tersebut dan oleh itu, Hakmilik Strata tersebut adalah salah, tidak sah dan harus diketepikan. 14. Defendan-Defendan walau bagaimanapun menghujahkan bahawa keluasan kawasan terbina Parcel tersebut adalah termasuk AHU dan lavatory tersebut dan oleh itu, Hakmilik Strata tersebut adalah betul dan sah. 15. Selain itu, Plaintif-Plaintif menghujahkan bahawa Defendan Pertama tidak berhak untuk menuntut varian tersebut kerana ia dihalang oleh Akta Had Masa 1953 [Akta 254], namun Defendan Pertama menghujahkan sebaliknya. ISU YANG BERBANGKIT 16. Isu yang berbangkit dalam tindakan ini adalah seperti yang berikut: (a) sama ada AHU dan lavatory bersebelahan Parcel tersebut adalah sebahagian kawasan terbina Parcel tersebut atau merupakan “Harta Bersama” (Common Property) menurut Perjanjian Utama tersebut; S/N Cn4CZpw3r0e4J3UAhn2n5g (b) sama ada Hakmilik Strata yang dikenali sebagai “No. Hakmilik Geran 46226, No. Bangunan M1C, No. Tingkat 21, No. Petak 282, Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Daerah Kuala Lumpur, Bandar Kuala Lumpur, Lot 78 Seksyen 70” dan/atau Pelan Strata yang dikeluarkan untuk Parcel tersebut adalah tidak tepat, tidak sah dan/atau harus diketepikan; (c) sama ada Plaintif-Plaintif bertanggungjawab untuk membayar jumlah RM469,206.90 yang dituntut oleh Defendan Pertama bagi varian tersebut; dan (d) sama ada tuntutan Defendan Pertama bagi varian tersebut dihalang oleh Akta Had Masa 1953. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Sama ada AHU dan lavatory bersebelahan Parcel tersebut adalah sebahagian kawasan terbina Parcel tersebut atau merupakan Harta Bersama menurut Perjanjian Utama tersebut 17. Mengenai isu ini, Plaintif-Plaintif menghujahkan bahawa AHU dan lavatory tersebut merupakan Harta Bersama seperti yang ditafsirkan di bawah klausa 1.1 Perjanjian Utama tersebut dan bukannya sebahagian kawasan terbina Parcel tersebut. 18. Ini kerana, berdasarkan pengukuran yang dibuat oleh juruukur yang dilantik oleh Plaintif-Plaintif, keluasan kawasan terbina Parcel S/N Cn4CZpw3r0e4J3UAhn2n5g tersebut tanpa mengambil kira AHU dan lavatory tersebut ialah 8,014 kaki persegi dan/atau 744.52 meter persegi, iaitu sama seperti dalam Perjanjian Utama tersebut (rujuk Ekshibit “F”, Afidavit Sokongan Plaintif-Plaintif (Kandungan 2)), dan bukannya 8,897.17 kaki persegi dan/atau 821 meter persegi seperti dalam Hakmilik Strata tersebut. 19. Defendan-Defendan walau bagaimanapun tidak bersetuju dengan hujahan Plaintif-Plaintif tersebut dan menghujahkan bahawa AHU dan lavatory tersebut merupakan sebahagian kawasan terbina Parcel tersebut. 20. Setelah menimbangkan hujahan kedua-dua pihak dan keterangan yang ada, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa AHU dan lavatory tersebut adalah sebahagian kawasan terbina Parcel tersebut dan bukan Harta Bersama menurut Perjanjian Utama tersebut. Dapatan Mahkamah ini adalah berdasarkan alasan-alasan di bawah – (a) AHU dan lavatory tersebut terletak dalam kawasan Parcel tersebut dan adalah untuk kegunaan Parcel tersebut sahaja; (b) AHU dan lavatory tersebut tidak boleh diakses oleh pemilik-pemilik parcel yang lain di Plaza Sentral tersebut; (c) melalui kedua-dua Perintah bertarikh 16.12.2021 dan 18.5.2023 tersebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan permohonan Defendan Pertama, inter alia, untuk membetulkan dan menyelaraskan Pelan Bangunan S/N Cn4CZpw3r0e4J3UAhn2n5g yang dipinda dengan Cadangan Pelan Strata bagi tingkat-tingkat yang berkenaan dan untuk membetulkan dan menyelaraskan pengeluaran hakmilik strata yang dipinda dengan Cadangan Pelan Strata bagi tingkat-tingkat yang berkenaan di Plaza Sentral tersebut termasuk pelan bagi Parcel tersebut, yang mana selepas penyelarasan dibuat, AHU dan lavatory tersebut adalah termasuk dalam kawasan terbina Parcel tersebut; (d) berdasarkan pengukuran sempadan secara fizikal dan Pelan Akui Strata PA(B) 125681-123 yang dibuat dan disediakan oleh Defendan Ketiga bagi Parcel tersebut dan dikepilkan pada Hakmilik Strata tersebut (rujuk Ekshibit “E” dan Ekshibit “I”, Afidavit Sokongan Plaintif-Plaintif (Kandungan 2)) didapati – (i) keluasan kawasan terbina Parcel tersebut ialah 8,897.17 kaki persegi dan/atau 821 meter persegi, iaitu sama seperti yang dicatatkan dalam Hakmilik Strata tersebut; dan (ii) AHU dan lavatory tersebut bukan Harta Bersama seperti yang ditafsirkan di bawah Perjanjian Utama tersebut tetapi adalah sebahagian daripada Parcel tersebut kerana laluan ke AHU dan lavatory tersebut terdapat secara eksklusif dalam Parcel tersebut dan ia tidak boleh diakses oleh pemilik-pemilik parcel yang lain; S/N Cn4CZpw3r0e4J3UAhn2n5g (e) dalam membuat pengukuran sempadan secara fizikal ke atas Parcel tersebut dan pengeluaran Hakmilik Strata tersebut, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah mengikut dan mematuhi segala prosedur dan proses yang ditetapkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 dan Kanun Tanah Negara 1965 dan tidak terikat dengan Perjanjian Utama tersebut kerana mereka bukan pihak kepada Perjanjian Utama tersebut; (f) berdasarkan klausa 5.3 Perjanjian Utama tersebut, pengukuran yang dibuat oleh juruukur berlesen Defendan Pertama seperti yang dinyatakan dalam Hakmilik Strata tersebut adalah muktamad; dan (g) Plaintif-Plaintif telah gagal mengemukakan sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa proses pendaftaran dan perakuan oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga bagi Hakmilik Strata Parcel tersebut, setelah dibuat pembetulan dan penyelarasan berdasarkan kedua-dua Perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tersebut, telah dibuat secara fraud, salah nyata dan/atau ketidakaturan prosedur, yang mewajarkan Hakmilik Strata tersebut dibatalkan, diketepikan atau dipinda menurut Akta Hakmilik Strata 1985 dan Kanun Tanah Negara 1965. Sama ada Hakmilik Strata tersebut dan/atau Pelan Strata yang dikeluarkan untuk Parcel tersebut adalah tidak tepat, tidak sah dan/atau harus diketepikan S/N Cn4CZpw3r0e4J3UAhn2n5g 21. Mengenai isu ini, berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan dalam perenggan 20 di atas, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa Hakmilik Strata tersebut dan Pelan Strata yang dikeluarkan untuk Parcel tersebut adalah tepat, sah dan tidak harus diketepikan. Sama ada Plaintif-Plaintif bertanggungjawab untuk membayar jumlah RM469,206.90 yang dituntut oleh Defendan Pertama bagi varian tersebut 22. Mengenai isu ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa memandangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui kedua-dua Perintah tersebut telah membenarkan permohonan Defendan Pertama untuk membuat pembetulan dan penyelarasan pada Pelan Bangunan yang dipinda dengan Cadangan Pelan Strata tersebut, yang mana adalah termasuk varian sebanyak 76.47 meter persegi dan/atau 823.17 kaki persegi bagi Parcel tersebut, dan varian tersebut adalah melebihi 5%, maka selaras dengan perenggan 5.2.2 Perjanjian Utama tersebut, Defendan Pertama berhak untuk menuntut bayaran sebanyak RM469,206.90 (823.17 kaki persegi x RM570.00 setiap kaki persegi) bagi varian tersebut daripada Plaintif-Plaintif dan Plaintif-Plaintif adalah bertanggungjawab untuk membayar jumlah varian tersebut kepada Defendan Pertama (rujuk Ekshibit “G”, Afidavit Sokongan Plaintif-Plaintif (Kandungan 2)). 23. Dalam hal ini, Mahkamah ini mendapati Plaintif-Plaintif telahpun diberitahu oleh Defendan Pertama mengenai varian tersebut dan tuntutan bayaran bagi varian tersebut melalui surat bertarikh 15.5.2024 (rujuk Ekshibit “D”, Afidavit Sokongan Plaintif-Plaintif (Kandungan 2)). S/N Cn4CZpw3r0e4J3UAhn2n5g Sama ada tuntutan Defendan Pertama bagi varian tersebut dihalang oleh Akta Had Masa 1953 24. Mengenai isu ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa tuntutan Defendan Pertama bagi varian tersebut tidak dihalang oleh Akta Had Masa 1953 kerana isu mengenai varian tersebut hanya berbangkit pada tahun 2023, iaitu berdasarkan fakta dan keterangan berikut: (a) pembetulan dan penyelarasan pada Pelan-Pelan Bangunan dan Cadangan Pelan-Pelan Strata tersebut, termasuk bagi Parcel tersebut, telah dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Perintah-Perintah Mahkamah bertarikh 16.12.2021 dan 18.5.2023 (rujuk Ekshibit “JH-2” dan Ekshibit “JH-4”, Afidavit Jawapan Defendan Pertama (Kandungan 9)); (b) Perintah-Perintah Mahkamah tersebut telah diserahkan oleh Juruukur Defendan Pertama kepada Defendan Kedua pada 31.5.2023 untuk dibuat pembetulan dan penyelarasan pada semua hakmilik strata tersebut, termasuk bagi Parcel tersebut (rujuk Ekshibit “JH-5”, Afidavit Jawapan Defendan Pertama (Kandungan 9)); (c) Perintah-Perintah Mahkamah tersebut berserta Cadangan Pelan-Pelan Strata yang telah dibetulkan dan diselaraskan telah diserahkan oleh Juruukur Defendan Pertama kepada Defendan Ketiga pada 2.6.2023 untuk dibuat pembetulan dan penyelarasan pada semua hakmilik strata tersebut, S/N Cn4CZpw3r0e4J3UAhn2n5g termasuk bagi Parcel tersebut (rujuk Ekshibit “JH-5”, Afidavit Jawapan Defendan Pertama (Kandungan 9)); (d) Defendan Kedua telah mengemukakan pendaftaran semua hakmilik strata yang telah dibetulkan dan diselaraskan berdasarkan Perintah-Perintah Mahkamah tersebut, termasuk bagi Parcel tersebut, kepada Juruukur Defendan Pertama melalui surat bertarikh 28.8.2023 (rujuk Ekshibit “JH-5”, Afidavit Jawapan Defendan Pertama (Kandungan 9)); (e) semua hakmilik strata yang telah dibetulkan dan diselaraskan berdasarkan Perintah-Perintah Mahkamah tersebut, termasuk bagi Parcel tersebut, telah diserahkan oleh Defendan Pertama kepada Plaintif-Plaintif melalui surat bertarikh 26.12.2023 (rujuk Ekshibit “JH-6”, Afidavit Jawapan Defendan Pertama (Kandungan 9)); dan (f) Pemberitahuan mengenai varian Parcel tersebut dan bayaran bagi varian tersebut telah diserahkan oleh Defendan Pertama kepada Plaintif-Plaintif melalui surat bertarikh 15.5.2024 (rujuk Ekshibit “JH-6”, Afidavit Jawapan Defendan Pertama (Kandungan 9)). 25. Berdasarkan fakta dan keterangan tersebut, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa memandangkan Defendan Kedua telah mendaftarkan semua Hakmilik Strata yang telah dibetulkan dan diselaraskan, termasuk bagi Parcel tersebut, pada 28.8.2023, maka S/N Cn4CZpw3r0e4J3UAhn2n5g apa-apa tuntutan berkaitan dengan varian tersebut hendaklah bermula pada tarikh 28.8.2023 tersebut dan bukannya mengikut tarikh Hakmilik Strata yang asal, iaitu pada 19.4.2016, seperti mana yang dihujahkan oleh Plaintif-Plaintif. 26. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa tuntutan Defendan Pertama bagi varian tersebut tidak dihalang oleh Akta Had Masa 1953. KEPUTUSAN 27. Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini telah menolak permohonan Saman Pemula Plaintif-Plaintif tersebut dengan kos sebanyak RM8,000.00 kepada Defendan Pertama dan RM3,000.00 kepada Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tertakluk kepada fi alokatur. Bertarikh : 4 JUN 2026 (ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR S/N Cn4CZpw3r0e4J3UAhn2n5g (KUALA LUMPUR) Peguam bagi pihak Plaintif-Plaintif: Encik Justin Voon Tiam Yu (bersama Cik Cheryl Leong) Tetuan Justin Voon Chooi & Wing Peguam Bela dan Peguam Cara D6-5-13A, Bangunan Perdagangan D6, 801, Jalan Sentul 50100 KUALA LUMPUR Tel: 03-2785 1015/23, 03-2701 4451 Faks: 03-2701 4452 Ruj: JCW/L1361/09/24(YWM)(A)- JV/CL/css E-mel: jcwefiling@gmail.com / chew@jcw.com.my Peguam bagi pihak Defendan Pertama: Cik Deyvinah a/p Ganesalingam (bersama Encik Lai Chee Hoe dan Encik Chris Low Yen Hau) Tetuan Chee Hoe & Associates Peguam Bela dan Peguam Cara Level 1, Conservatory 7, Lorong Travers S/N Cn4CZpw3r0e4J3UAhn2n5g Bukit Persekutuan 50480 KUALA LUMPUR Tel: 017-777 3224 / 017-790 0259 Faks: 03-2201 1280 Ruj: LCH/L/1986/2019/CL E-mel: info@cheehoe.com Peguam bagi pihak Defendan Kedua dan Defendan Ketiga: Encik Muhammad Izzhar Aiman bin Hamdan Jabatan Peguam Negara (Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) Tingkat 5 (Sayap Kiri), Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, Damansara Heights 50512 KUALA LUMPUR Ruj: PN/WKL/KA/15A/1674/2025 E-mel: nurul.atikah@agc.gov.my S/N Cn4CZpw3r0e4J3UAhn2n5g