Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: KA-22NCVC-87-11/2019
KA-22NCvC-87-11/2019
High Court of Malaysia5 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(as executor to SL Alameloo Achi alias Sona Lena Alamelo Acho, deceased) & Anor [2017] 4 MLJ 697; [2017] 3 MLRA 501 seperti yang berikut: “[49] The expression ‘onus of proof’ does not appear in the Evidence Act. Only the expression ‘burden of proof’ appears in ss 101-103 of the Evidence Act. But there is a difference b”
“1982 Guj 308, P Desai and S Majmudar thus illustrated the ‘burden of proof’ to establish the case which never shifts and the shifting burden to adduce evidence in the context of ss 101 and 102 of the Indian Evidence Act which are identical to ss 101 and 102 of the Evidence Act: It is also well to bear in mind that ther”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: KA-22NCVC-87-11/2019
1
YONG KOK WAH (No. K/P: 760511-02-5691)
2
FUXING ENTERPRISE (MALAYSIA) SDN BHD (No. Syarikat: 1190883-W)
3
OCEANPRO INDUSTRIES SDN BHD (No. Syarikat: 248143-K) ….. PLAINTIF-PLAINTIF DAN GOH GOO SWEE KIM (No. K/P: 570123-02-5692) ….. DEFENDAN SEOW SOONCON (No. K/P: 851012-07-5583) (Mewakili harta pusaka Goo Swee Kim, Si Mati) ….. DEFENDAN 02/03/2026 14:33:48 KA-22NCvC-87-11/2019 Kand. 155
1
Tuntutan Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga terhadap Defendan dalam tindakan ini adalah seperti yang berikut:
a
satu pengisytiharan bahawa perjanjian jual beli bertarikh 12.8.2018 antara Plaintif Kedua dengan Si Mati mengenai segala hartanah H.S(M) 1470, PT 2516, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis adalah satu perjanjian palsu (sham agreement) dan oleh itu adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan dan dibatalkan secara serta-merta;
b
satu pengisytiharan bahawa perjanjian jual beli bertarikh 12.8.2018 antara Plaintif Ketiga dengan Si Mati mengenai segala hartanah H.S(M) 1472, PT 2515, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis adalah satu perjanjian palsu (sham agreement) dan oleh itu tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan dan dibatalkan secara serta-merta;
c
satu pengisytiharan bahawa perjanjian pinjaman wang sebanyak RM1,500,000.00 secara lisan antara Plaintif Pertama dengan Si Mati adalah haram (illegal) dan oleh itu adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan;
d
satu injunksi kekal menahan Defendan dan/atau mana-mana wakil Si Mati sama ada dengan sendiri atau melalui pembantu, agen dan/atau pengkhidmatnya dari mengemukakan Borang Pindahmilik (Borang 14A) kepada Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Perlis untuk pendaftaran hartanah yang dikenali sebagai hartanah H.S(M) 1470, PT 2516, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis ke atas nama Defendan atau nomini
e
satu injunksi kekal menahan Defendan dan/atau mana-mana wakil Si Mati sama ada dengan sendiri atau melalui pembantu, agen dan/atau pengkhidmatnya dari mengemukakan Borang Pindahmilik (Borang 14A) kepada Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Perlis untuk pendaftaran hartanah yang dikenali sebagai hartanah H.S(M) 1472, PT 2515, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis ke atas nama Defendan atau nomini
f
satu perintah bahawa Defendan dan/atau wakil Si Mati hendaklah mengembalikan kepada Plaintif Kedua dokumen hakmilik keluaran (Issue Document of Title) hartanah segala tanah pajakan kosong dan hereditamen yang dikenali sebagai hartanah H.S(M) 1470, PT 2516, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis;
g
satu perintah bahawa Defendan dan/atau wakil Si Mati hendaklah mengembalikan kepada Plaintif Ketiga dokumen hakmilik keluaran (Issue Document of Title) hartanah segala tanah pajakan kosong dan hereditamen yang dikenali sebagai hartanah H.S(M) 1472, PT 2515, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis;
h
satu perintah bahawa kaveat persendirian No. Perserahan 1553/2019 yang dimasukkan oleh Defendan dan/atau Si mati pada 4.9.2018 atas Hartanah H.S(M) 1470, PT 2516, Tempat Kuala Perlis, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis dibatalkan;
i
satu perintah bahawa kaveat persendirian No. Perserahan 1552/2018 yang dimasukkan oleh Defendan dan/atau Si Mati pada 4.9.2018 atas Hartanah H.S(M) 1472, PT 2515, Tempat Kuala Perlis, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis dibatalkan;
j
kos; dan
k
sebarang perintah atau relif lain yang dianggap suaimanfaat oleh Mahkamah yang mulia ini.
2
Tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif-Plaintif pula adalah seperti yang berikut:
a
satu deklarasi bahawa Perjanjian-Perjanjian Pinjaman Persahabatan bertarikh 12.8.2018 yang mana adalah masih belum luput tempoh kuat kuasanya semasa tindakan sivil ini mula difailkan, adalah dibatalkan (rescinded);
b
satu perintah bahawa Plaintif Kedua secara bersesama dan/atau berasingan dengan Plaintif Pertama dikehendaki membayar balik kepada Defendan wang-wang berjumlah RM1,000,000-00 dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penghakiman ini diberikan; (bb) satu perintah bahawa Plaintif Ketiga secara bersesama dan/atau berasingan dengan Plaintif Pertama dikehendaki membayar balik kepada Defendan wang berjumlah RM500,000.00 dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penghakiman ini diberikan;
c
secara alternatif kepada perintah di perenggan 33(b) dan (bb) di atas, Mahkamah Yang Mulia ini menaksirkan jumlah wang-wang yang perlu dibayar balik oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan;
d
faedah ke atas jumlah wang-wang yang perlu dibayar balik oleh Plaintif-Plaintif seperti menurut perenggan 33(b) dan (bb) atau perenggan 33(c) (yang mana berkenaan) pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian sepenuhnya;
e
kos bagi tindakan ini; dan
f
perintah-perintah atau relif-relif lain yang difikirkan suaimanfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
3
Setelah suatu perbicaraan penuh dijalankan dengan tiga (3) orang saksi Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga dan dua (2) orang saksi Defendan dan setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan segala pliding, keterangan lisan dan dokumentar serta penghujahan kedua-dua pihak Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga dan Defendan, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga telah gagal membuktikan tuntutannya terhadap Defendan atas imbangan kebarangkalian, manakala Defendan pula telah berjaya membuktikan tuntutan balasnya terhadap Plaintif-Plaintif atas imbangan kebarangkalian. Oleh itu, Mahkamah ini telah menolak tuntutan Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga terhadap Defendan dan membenarkan tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif-Plaintif dengan kos sebanyak RM50,000.00 seperti yang berikut:
a
satu Deklarasi bahawa Perjanjian-Perjanjian Pinjaman Persahabatan bertarikh 12.8.2018 yang mana adalah masih belum luput tempoh kuat kuasanya semasa tindakan sivil ini mula difailkan, adalah tidak dibatalkan;
b
satu Perintah bahawa Plaintif Kedua secara bersesama dan/atau berasingan dengan Plaintif Pertama dikehendaki membayar balik kepada Defendan wang berjumlah RM1,000,000.00 dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penghakiman ini diberikan; (bb) satu Perintah bahawa Plaintif Ketiga secara bersesama dan/atau berasingan dengan Plaintif Pertama dikehendaki membayar balik kepada Defendan wang berjumlah RM500,000.00 dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penghakiman ini diberikan;
c
faedah ke atas jumlah wang-wang yang perlu dibayar balik oleh Plaintif-Plaintif seperti menurut perenggan (b) dan (bb) di atas pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian sepenuhnya; dan
d
kos sebanyak RM50,000.00 dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan untuk Tuntutan Asal Plaintif-Plaintif.
4
Alasan Mahkamah ini seperti di bawah. Ringkasan Kes Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga
5
Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga diperbadankan atas arahan dan permintaan 2 orang warganegara China, Wang JianXia (“Wang”) dan Lin HongSheng (“Lin”), yang mana kedua-dua mereka masing-masing adalah pengarah-pengarah Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga.
6
Plaintif Pertama telah menawarkan dirinya untuk menjadi seorang pengarah dan pemegang saham bagi Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga untuk membantu Wang dan Lin memperbadankan Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga. Plaintif Pertama berjanji tidak mengambil bahagian dalam apa-apa operasi perniagaan Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga melainkan diarahkan oleh Wang dan Lin.
7
Plaintif Kedua adalah pemilik hartanah H.S(M) 1470, PT 2516, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis (“Hartanah Plaintif Kedua”), manakala Plaintif Ketiga adalah pemilik hartanah H.S(M) 1472, PT 2515, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis (“Hartanah Plaintif Ketiga”).
8
Pada atau sekitar 2019, Wang dan Lin mendapati bahawa Plaintif Pertama telah memasuki dua perjanjian jual beli bertarikh 12.8.2018 tanpa kebenaran dan pengetahuan Wang dan Lin serta resolusi yang sah bagi Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga untuk menjual Hartanah Plaintif Kedua dan Hartanah Plaintif Ketiga kepada Goo Swee Kim (“Si Mati”).
9
Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga tidak pada bila-bila masa bersetuju untuk menjual Hartanah Plaintif Kedua dan Hartanah Plaintif Ketiga kepada Si Mati. Sehingga kini, Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga tidak menerima apa-apa harga jualan bagi Hartanah Plaintif Kedua dan Hartanah Plaintif Ketiga daripada Si Mati.
10
Apa-apa wang yang diterima oleh Plaintif Pertama, sekiranya ada, daripada Si Mati adalah bagi kepentingannya sendiri untuk peminjaman peribadinya yang bercanggah dengan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, tetapi bukan bagi pihak atau kepentingan Plaintif Kedua dan/atau Plaintif Ketiga.
11
Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga memplidkan bahawa perjanjian jual beli serta Borang Pindahmilik (Borang 14A) bagi Hartanah Plaintif Kedua dan Hartanah Plaintif Ketiga telah ditandatangani oleh Plaintif Pertama atas kehendaknya sendiri (on his own accord) tanpa pengetahuan dan kebenaran sah pengarah-pengarah dan/atau pemegang saham Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga pada waktu material itu.
12
Berdasarkan fakta di atas, Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga memohon terhadap Defendan dan/atau Si Mati, antara lainnya –
a
Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga bahawa perjanjian jual beli bertarikh 12.8.2018 yang dimasuki oleh Plaintif Pertama tanpa kebenaran sah Lembaga Pengarah Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga bagi penjualan Hartanah Plaintif Kedua dan Hartanah Plaintif Ketiga kepada Si Mati adalah satu perjanjian palsu (sham agreement), tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan dan dibatalkan secara serta-merta;
b
bahawa apa-apa perjanjian pinjaman antara Plaintif Pertama dengan Si Mati adalah haram, tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan;
c
bahawa satu injunksi kekal diberikan untuk menahan Defendan dan/atau mana-mana wakil Si Mati untuk memindah milik Hartanah Plaintif Kedua dan Hartanah Plaintif Ketiga;
d
bahawa kaveat-kaveat yang dimasukkan oleh Defendan dan/atau Si Mati ke atas Hartanah Plaintif Kedua dan Hartanah Plaintif Ketiga diketepikan dan/atau dibatalkan; dan
e
bahawa Defendan dan/atau wakil Si Mati mengembalikan kepada Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga dokumen hakmilik keluaran (issue document of title) Hartanah Plaintif Kedua dan Hartanah Plaintif Ketiga kepada Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga masing-masing.
13
Defendan memplidkan bahawa pada setiap masa yang matan, Plaintif Pertama telah memberi representasi bahawa beliau mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga yang mana representasi tersebut dipercayai oleh Si Mati dan Si Mati bergantung terhadapnya.
14
Defendan juga memplidkan bahawa Defendan tidak mempunyai sebarang pengetahuan berkenaan dengan hal-hal dalaman (internal matters) dan/atau pengurusan dalaman (internal management) Plaintif-Plaintif dan bergantung kepada representasi Plaintif Pertama sebagai pengarah dan pemegang saham bagi Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga.
15
Si Mati telah memasuki dua Perjanjian Pinjaman Persahabatan (Friendly Loan Agreement) pada 12.8.2018 masing-masing dalam nilai RM1,000,000.00 dan RM500,000.00 tanpa sebarang faedah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang telah dipersetujui (“Perjanjian-Perjanjian tersebut”).
16
Plaintif Pertama sebagai alter ego dan pengarah Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga telah menandatangani kedua-dua Perjanjian Pinjaman Persahabatan tersebut untuk dan bagi pihak Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga mengikut resolusi-resolusi syarikat yang telah dikeluarkan oleh Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga.
17
Selaras dengan Perjanjian-Perjanjian Pinjaman Persahabatan tersebut, Plaintif-Plaintif telah memasuki Perjanjian-Perjanjian Jual Beli bagi Hartanah Plaintif Kedua dan Hartanah Plaintif Ketiga tersebut dan telahpun memeterai Perjanjian-Perjanjian Jual Beli tersebut dengan meterai syarikat Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga (“Perjanjian-Perjanjian Jual Beli tersebut”).
18
Si Mati telah memasukkan kaveat persendirian No. Perserahan 1553/2018 ke atas Hartanah Plaintif Kedua dan kaveat persendirian No. Perserahan 1552/2018 ke atas Hartanah Plaintif Ketiga selaras dengan klausa 11.1 Perjanjian-Perjanjian Jual Beli 12.8.2021 tersebut.
19
Lanjutan daripada itu, Defendan juga telah memenuhi obligasinya menurut Perjanjian-Perjanjian tersebut seperti berikut:
a
Plaintif Kedua telah mengeluarkan resit-resit no. 126893 dan 126894 bertarikh 12.8.2018 berjumlah RM500,000.00 masing masing kepada Si Mati sebagai penerimaan pinjaman berjumlah RM1,000,000.00; dan
b
Plaintif Ketiga telah mengeluarkan resit no. 126896 bertarikh 12.8.2018 berjumlah RM500,000.00 kepada Si Mati sebagai bukti penerimaan pinjaman berjumlah RM500,000.00.
20
Namun, pada setiap masa yang matan, Plaintif-Plaintif telah gagal memenuhi obligasinya menurut Perjanjian-Perjanjian tersebut dan tidak membuat sebarang bayaran balik kepada Si Mati.
21
Walaupun Plaintif-Plaintif yang telah memungkiri Perjanjian-Perjanjian tersebut dan Perjanjian-Perjanjian Jual Beli tersebut adalah sah di sisi undang-undang, Plaintif-Plaintif telah memfailkan tindakan sivil ini secara pra-matang. Analisis dan Dapatan Mahkamah
22
Isu-isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini adalah seperti yang berikut:
a
sama ada perjanjian jual beli bertarikh 12.8.2018 antara Plaintif Kedua dengan Si Mati mengenai segala hartanah H.S(M) 1470, PT 2516, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis adalah satu perjanjian palsu, tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan dan oleh itu, hendaklah dibatalkan secara serta-merta;
b
sama ada perjanjian jual beli bertarikh 12.8.2018 antara Plaintif Ketiga dengan Si Mati mengenai segala hartanah H.S(M) 1472, PT 2515, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis adalah satu perjanjian palsu, tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan dan oleh itu, hendaklah dibatalkan secara serta-merta;
c
sama ada perjanjian pinjaman wang sebanyak RM1,500,000.00 secara lisan antara Plaintif Pertama dengan Si Mati adalah haram (illegal), tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan;
d
sama ada satu injunksi kekal menahan Defendan dan/atau mana-mana wakil Si Mati mengemukakan Borang Pindahmilik (Borang 14A) kepada Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Perlis untuk pendaftaran hartanah yang dikenali sebagai hartanah H.S(M) 1470, PT 2516, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis ke atas nama Defendan atau nomini Defendan wajar dibenarkan;
e
sama ada satu injunksi kekal menahan Defendan dan/atau mana-mana wakil Si Mati mengemukakan Borang Pindahmilik (Borang 14A) kepada Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Perlis untuk pendaftaran hartanah yang dikenali sebagai hartanah H.S(M) 1472, PT 2515, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis ke atas nama Defendan atau nomini Defendan wajar dibenarkan;
f
sama ada permohonan Plaintif-Plaintif supaya Defendan dan/atau wakil Si Mati mengembalikan kepada Plaintif Kedua dokumen hakmilik keluaran (Issue Document of Title) hartanah segala tanah pajakan kosong dan hereditamen yang dikenali sebagai hartanah H.S(M) 1470, PT 2516, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis wajar dibenarkan;
g
sama ada permohonan Plaintif-Plaintif supaya Defendan dan/atau wakil Si Mati mengembalikan kepada Plaintif Ketiga dokumen hakmilik keluaran (Issue Document of Title) hartanah segala tanah pajakan kosong dan hereditamen yang dikenali sebagai hartanah H.S(M) 1472, PT 2515, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis wajar dibenarkan;
h
sama ada wajar kaveat persendirian No. Perserahan 1553/2019 yang dimasukkan oleh Defendan dan/atau Si mati pada 4.9.2018 atas Hartanah H.S(M) 1470, PT 2516, Tempat Kuala Perlis, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis dibatalkan; dan
i
sama ada wajar kaveat persendirian No. Perserahan 1552/2018 yang dimasukkan oleh Defendan dan/atau Si Mati pada 4.9.2018 atas Hartanah H.S(M) 1472, PT 2515, Tempat Kuala Perlis, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis dibatalkan.
23
Undang-undang adalah mantap bahawa di bawah seksyen 101 dan seksyen 102 Akta Keterangan 1950 [Akta 56], beban pembuktian dalam sesuatu kes sivil adalah terletak pada pihak yang menghendaki Mahkamah untuk memberikan penghakiman kepadanya, iaitu seperti yang berikut: “Burden of proof
101
(1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. On whom burden of proof lies
102
The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.”. [Penekanan ditambah]
24
Prinsip undang-undang ini telahpun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Jeffrey Tan FCJ dalam kes Letchumanan Chettiar Alagappan @ L Allagappan (as executor to SL Alameloo Achi alias Sona Lena Alamelo Acho, deceased) & Anor [2017] 4 MLJ 697; [2017] 3 MLRA 501 seperti yang berikut: “[49] The expression ‘onus of proof’ does not appear in the Evidence Act. Only the expression ‘burden of proof’ appears in ss 101-103 of the Evidence Act. But there is a difference between the sense of the expression ‘burden of proof’ in s 101 and the sense of that same expression in s 102. [50] In International Times & Ors v Leong Ho Yuen [1980] 2 MLJ 86, Salleh Abas FCJ (as he then was), delivering the judgment of the court, said that the first sense of the expression ‘burden of proof’ in s 101 is the burden to establish the case which rests throughout on the party who asserts the affirmative of the issue, while the second sense of the expression ‘burden of proof’ in s 102 is the burden to adduce evidence: For the purpose of this appeal it is necessary to bear in mind the distinction between the two senses in which the expressions burden of proof and onus of proof are used (Nanji & Co v Jatashankar Dossa & Ors AIR 1961 SC 1474 1748 and Raghavamma v Chenchamma AIR 1964 SC 136-143). The first sense, signified by the expression burden of proof such as referred to in s 101 of the Evidence Act is the burden of establishing a case and this rests throughout the trial on the party who asserts the affirmative of the issue. The appellants in the present appeal relied on justification and fair comment. Therefore, the burden of proving these defences rests entirely upon them (Gatley on Libel and Slander 7th Ed, paras 351 and 354). The second sense referred to as onus of proof, on the other hand, relates to the responsibility of adducing evidence in order to discharge the burden of proof. The onus as opposed to burden is not stable and constantly shifts during the trial from one side to the other according to the scale of evidence and other preponderates. Such shifting is one continuous process in the evaluation of evidence. According to ss 102 and 103 of the Evidence Act, if the party with whom this onus lies whether initially or subsequently as a result of its shifting does not give any or further evidence or gives evidence which is not sufficient, such party must fail. It is this onus that we are concerned with in the present appeal. [51] ‘There is an essential distinction between burden of proof and onus of proof, burden of proof lies upon the person who has to prove a fact and it never shifts, but the onus of proof shifts’ (Addagada Raghavamma And Anr v Addagada Chenchamma And Anr 1964 SCR (2) 933). [52] The ‘burden of proof’ in s 101 is the burden to establish a case which rests throughout on the party who asserts the affirmative of the issue. The ‘burden of proof’ in s 102 is the burden to adduce evidence, to make out or rebut the claim. The ‘burden of proof’ in s 102 shifts from one side to the other according to the weight of the evidence. To differentiate the sense used, the ‘burden of proof’ in s 101 is ‘burden of proof’, while the ‘burden of proof’ in ss 102 and 103 is dubbed ‘onus of proof’. In some jurisdictions, the s 101 ‘burden of proof’ is labelled ‘legal burden’ while the s 102 burden of proof’ is referred to as ‘evidential burden’. [53] In Ranchhodbhai Somabhai And Anr v Babubhai Bhailalbhai And Ors AIR 1982 Guj 308, P Desai and S Majmudar thus illustrated the ‘burden of proof’ to establish the case which never shifts and the shifting burden to adduce evidence in the context of ss 101 and 102 of the Indian Evidence Act which are identical to ss 101 and 102 of the Evidence Act: It is also well to bear in mind that there is an essential distinction between ‘burden of proof’ and ‘onus of proof’; burden of proof lies upon the person who has to prove a fact and it never shifts, but the onus of proof shifts. Such a shifting of onus is a continuous process in the evaluation of evidence (see Raghavamma v Chenchamma AIR 1964 SC 136). Burden of proof has two distinct meanings, namely, (i) the burden of proof as a matter of law and pleadings, and (ii) the burden of proof as a matter of adducing evidence. Section 101 of the Evidence Act deals with the former and Section 102 of the Evidence Act with the latter. The first remains constant but the second shifts. In a claim application, therefore, the burden of proof, in the first sense, certainly lies on the claimant. If he examines himself and his witness, if any, and if the evidence, tested in the light of the principles set out above, is found to be acceptable, the onus shifts on the tortfeasor to prove those circumstances, if any, which dislodge the assertions of the claimants. If the tortfeasor fails to prove before the Court any fact or circumstance which tends to affect the evidence led by the claimant, the claimant would be entitled to ask the Court to hold that he has established the case and, on that basis, to make a just award it would thus appear, that though the legal burden — the burden as a matter of law and pleadings — remains constant on the claimant, the burden as a matter of adducing evidence changes often times as the trial of the claim petition progresses. [54] Section 101(1) provides that ‘Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist’. ‘Section 101 states that the initial burden of proving a prima facie case in his favour is cast on the plaintiff …’ (Woodroffe and Amir Ali, Law of Evidence (19th Ed Vol 3) at p 3194). Illustration (b) to s 101 puts it beyond doubt that the ‘burden of proof’ rests throughout on the plaintiff. Section 102 provides that ‘The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side’. ‘The initial onus of proving the case is always on the plaintiff’ (Sarkar Law of Evidence 16th Ed at p 1593). Illustration (a) to s 102 puts it beyond doubt that a plaintiff has the initial onus of proof. [55] But ‘when (the plaintiff) gives such evidence as will support a prima facie case, the onus shifts on to the defendant, to adduce rebutting evidence to meet the case made out by the plaintiff. As the case continues to develop, the onus may shift back again to the plaintiff. It is not easy to decide at what particular stage, in the course of the evidence, the onus shifts from one side to the other. When after the entire evidence has been adduced, the tribunal feels it cannot make up its mind as to which of the versions is true, it will hold that the party on whom the burden lies has not discharged the burden, but if it has, on the evidence, no difficulty arriving at a definite conclusion, then the burden of proof on the pleading recedes into the background’ (Woodroffe and Amir Ali, at p 3194; see also Abrath v The North Eastern Railway Company at p 452). ‘… the onus of proof may shift … but the question must ultimately arise whether the person who is bound to prove the affirmative of the issue … has discharged … that burden’ (Jane Wakelin v The London and South Western Railway Company (1886) 12 App Cas 41 per Lord Halsbury LC) or proved ‘his case sufficiently to justify a judgment in his favour’ (Stoney v Eastbourne Rural District Council [1927] 1 Ch 367 at p 397 per Lord Hanworth MR). [56] Thus, a plaintiff has both the burden of proof as well as the initial onus of proof. In Britestone Pte Ltd v Smith & Associates Far East, Ltd [2007] 4 SLR 855, the Singapore Court of Appeal per VK Rajah JCA, delivering the judgment of the court, explained that at the start of the plaintiff’s case the burden of proof and the onus of proof coincide: … at the start of the plaintiff’s case, the legal burden of proving the existence of any relevant fact that the plaintiff must prove and the evidential burden of some (not inherently incredible) evidence of the existence of such fact coincide. Upon adduction of that evidence, the evidential burden shifts to the defendant, as the case may be, to adduce some evidence in rebuttal. If no evidence in rebuttal is adduced, the court may conclude from the evidence of the defendant. If, on the other hand, evidence in rebuttal is adduced, the evidential burden shifts back to the plaintiff. If, ultimately, the evidential burden comes to rest on the defendant, the legal burden of proof of the relevant fact would have been discharged by the plaintiff. The legal burden of proof — a permanent and enduring burden — does not shift. A party who has the legal burden of proof on any issue must discharge it throughout. Sometimes, the legal burden is spoken of, inaccurately, as ‘shifting’; but what is truly meant is that another issue has been engaged, on which the opposite party hears the legal burden of proof. [57] The rule is that ‘the onus of proof of any particular fact lies on the party who alleges it, not on him who denies it; et incumbit probation qui decit, non qui negat, Actori incibit probation … The plaintiff is bound in the first instance, to show a prima facie case, and if he leaves it imperfect, the court will not assist him. Hence the maxim Potior est condition defendantis. A plaintiff cannot obviously advantage himself by the weakness of the defence. A plaintiff’s case must stand or fall upon the evidence adduced by him. When, however, the defendant, or either litigant party, instead of denying what is alleged against him, relies on some new matter which, if true, is an answer to it, the burden of proof changes sides; and he, in his turn, is bound to show a prima facie case at least and, if he leaves it imperfect, the court will not assist him.”. [Penekanan ditambah]
25
Prinsip yang sama turut diputuskan dalam kes Tenaga Nasional Bhd v. Perwaja Steel Sdn Bhd [1998] 2 CLJ 740; [1998] 1 MLRA 178, Keruntum Sdn Bhd v The Director of Forests & Ors [2017] 3 MLJ 281; [2017] 4 MLRA 277 dan Hong Yik Trading v Liziz Plantation Sdn Bhd [2017] 5 MLJ 398; [2017] 4 MLRA 89.
26
Berdasarkan nas-nas undang-undang di atas, beban pembuktian dalam sesuatu kes sivil sentiasa terletak pada bahu pihak plaintif atau pihak yang menuntut dan ia adalah atas imbangan kebarangkalian. Kegagalan plaintif atau pihak yang menuntut berbuat demikian akan menyebabkan tuntutan plaintif atau pihak yang menuntut terhadap defendan atau pihak yang dituntut ditolak oleh Mahkamah.
27
Dalam kes ini, setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan segala pliding serta keterangan lisan dan dokumentar yang dikemukakan oleh Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga dan Defendan, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga telah gagal membuktikan tuntutan mereka terhadap Defendan. Oleh itu, beban pembuktian tersebut tidak berpindah kepada Defendan untuk menafikan dakwaan dan/atau tuntutan Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga tersebut.
28
Sebaliknya, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan telah berjaya membuktikan tuntutan balasnya terhadap Plaintif-Plaintif atas imbangan kebarangkalian.
29
Memandangkan Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga telah gagal membuktikan tuntutannya atas imbangan kebarangkalian terhadap Defendan dan Defendan telah berjaya membuktikan tuntutan balasnya terhadap Plaintif-Plaintif atas imbangan kebarangkalian, maka Mahkamah ini telah menolak keseluruhan tuntutan Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga terhadap Defendan dan membenarkan tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif-Plaintif dengan kos, iaitu seperti yang dinyatakan dalam perenggan 3 di atas.
30
Dalam menolak tuntutan Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga dan membenarkan tuntutan balas Defendan tersebut, Mahkamah ini bersetuju dan menerima sepenuhnya hujahan peguam cara Defendan dan tidak berhasrat untuk mengulanginya satu persatu di sini. Mahkamah ini hanya ingin menekankan beberapa isu seperti di bawah sahaja.
31
Pertama, atas permohonan peguam cara Defendan pada tarikh bicara pada 22.1.2024, memandangkan Plaintif Pertama tidak pernah hadir ke Mahkamah dan/atau diwakili oleh peguam cara termasuk pada tarikh bicara pada 22.1.2024 dan peguam cara Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga mengesahkan yang beliau hanya mewakili Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga sahaja dan tidak termasuk Plaintif Pertama, maka Mahkamah ini telah memerintahkan supaya tuntutan Plaintif Pertama terhadap Defendan dalam tindakan ini dibatalkan dengan kos sebanyak RM5,000.00.
32
Kedua, setelah tuntutan Plaintif Pertama terhadap Defendan tersebut dibatalkan oleh Mahkamah ini dan setelah SP1, iaitu pengarah Plaintif Kedua, selesai memberikan keterangannya pada 22.1.2024, peguam cara Defendan telah memohon kepada Mahkamah ini untuk memadam (expunge) perenggan 7 hingga 49 Pindaan Semula (2) Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif tersebut (selepas ini dirujuk sebagai “perenggan-perenggan tersebut”). Alasan peguam cara Defendan membuat permohonan tersebut adalah seperti yang berikut:
a
perenggan-perenggan tersebut tidak lagi relevan setelah tuntutan Plaintif Pertama terhadap Defendan tersebut dibatalkan oleh Mahkamah ini; dan
b
perenggan-perenggan tersebut adalah tidak relevan dan tidak berkaitan dengan Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga kerana dalam keterangan SP1, SP1 telah mengaku, mengesahkan dan menyatakan bahawa –
i
Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga tiada pengetahuan mengenai tindakan Writ ini dan pliding Plaintif-Plaintif kerana ia telah difailkan oleh Plaintif Pertama tanpa pengetahuan dan kebenaran Plaintif Kedua dan Plaintif
II
(ii) Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga tidak pernah mengenali Defendan;
III
(iii) Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga tiada apa-apa pengetahuan mengenai –
1
Perjanjian Jual Beli bertarikh 12.8.2018 bagi hartanah H.S(M) 1470, PT 2516, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis seperti di muka surat 11 hingga 22 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B);
2
Perjanjian Jual Beli bertarikh 12.8.2018 bagi hartanah H.S(M) 1472, PT 2515, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis seperti di muka surat 23 hingga 34 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B);
3
Perjanjian Pinjaman bertarikh 12.8.2018 seperti di muka surat 35 hingga 38 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B); dan
4
Perjanjian Pinjaman bertarikh 12.8.2018 seperti di muka surat 39 hingga 42 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B);
IV
(iv) semasa tindakan ini difailkan oleh Plaintif Pertama pada 8.11.2019, Plaintif Pertama bukan lagi pengarah Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga. Plaintif Pertama telah disingkirkan (removed) sebagai pengarah Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga pada 25.10.2019;
v
sejak SP1 membuat laporan polis terhadap Plaintif Pertama pada 12.11.2019 (rujuk muka surat 55 hingga 56 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B)), Plaintif Pertama tidak dapat lagi dihubungi (uncontactable) oleh Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga sehingga kini;
VI
(vi) pindaan-pindaan dalam Pindaan Semula (2) Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif tersebut telah dibuat oleh peguam cara Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga dan bukan oleh Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga kerana mereka tidak mengetahui apa-apa tentang tindakan ini; dan
VII
(vii) pindaan-pindaan dalam Pindaan Semula (2) Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif tersebut telah dibuat oleh peguam cara Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga tanpa persetujuan Plaintif Pertama.
33
Setelah mendengar hujahan peguam cara Defendan dan peguam cara Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga tersebut, Mahkamah ini bersetuju dengan semua alasan yang dinyatakan oleh peguam cara Defendan seperti di atas. Oleh itu, pada 23.1.2024, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan peguam cara Defendan tersebut dan memerintahkan supaya perenggan 7 hingga 49 Pindaan Semula (2) Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif tersebut dipadam.
34
Berikutan itu, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa –
a
memandangkan perenggan 7 hingga 49 Pindaan Semula (2) Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif tersebut, yang merupakan inti pati utama pliding dan kausa tindakan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan dalam tindakan ini, telah dipadam oleh Mahkamah ini;
b
memandangkan Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga –
i
tidak pernah mengetahui mengenai Writ yang difailkan oleh Plaintif Pertama dalam tindakan ini dan kandungan pliding Plaintif-Plaintif dalam tindakan ini;
II
(ii) tidak pernah memberi kebenaran kepada Plaintif Pertama untuk memfailkan tuntutan ini;
III
(iii) tidak pernah mengenali Defendan;
IV
(iv) tidak mempunyai pengetahuan mengenai Perjanjian-Perjanjian Jual Beli bertarikh 12.8.2018 dan Perjanjian-Perjanjian Pinjaman bertarikh 12.8.2018 tersebut;
v
telah menyingkirkan Plaintif Pertama sebagai pengarah Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga pada 25.10.2019, iaitu sebelum tindakan ini difailkan oleh Plaintif Pertama;
VI
(vi) tidak pernah lagi berhubung dengan Plaintif Pertama sejak 12.11.2019; dan
VII
(vii) tidak pernah membuat Pindaan Semula (2) Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif tersebut; dan
c
memandangkan peguam cara Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga telah membuat pindaan-pindaan dalam Pindaan Semula (2) Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif tersebut secara sendiri tanpa pengetahuan Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga dan tanpa persetujuan Plaintif Pertama yang turut terkait dalam pindaan-pindaan tersebut, maka, –
a
pindaan-pindaan yang dibuat oleh peguam cara Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga dalam Pindaan Semula (2) Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif tersebut adalah tidak sah dan tidak boleh digunakan oleh Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga dalam prosiding ini;
b
perenggan-perenggan yang telah dipadam dalam Pindaan Semula (2) Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif tersebut, iaitu perenggan 7 hingga 49, tidak boleh lagi dirujuk dan digunakan oleh Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga dalam prosiding ini; dan
c
baki perenggan-perenggan yang tidak dipadam dalam Pindaan Semula (2) Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif tersebut, iaitu perenggan 1 hingga 6 dan perenggan 50, tidak menimbulkan sebarang kausa tindakan yang sah terhadap Defendan dalam tindakan ini.
35
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga tidak mempunyai kausa tindakan yang sah terhadap Defendan dalam tindakan ini dan oleh itu, Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga telah gagal membuktikan tuntutannya terhadap Defendan atas imbangan kebarangkalian.
36
Ketiga, mengenai tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif-Plaintif, berdasarkan keterangan SD1 dan SD2 dan keterangan dokumentar yang dikemukakan oleh Defendan seperti Perjanjian-Perjanjian Jual Beli bertarikh 12.8.2018 (rujuk masing-masing di muka surat 11 hingga 22 dan di muka surat 23 hingga 34 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B)), Perjanjian-Perjanjian Pinjaman Persahabatan bertarikh 12.8.2018 (rujuk masing-masing di muka surat 35 hingga 38 dan di muka surat 39 hingga 42 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B)), Borang Pindahmilik (Borang 14A) antara Plaintif Kedua dengan Defendan bagi hartanah HS(M) 1470, PT 2516, Mukim Kuala Perlis, Daerah Perlis, Perlis (rujuk muka surat 5 hingga 8 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B)), Borang Pindahmilik (Borang 14A) antara Plaintif Ketiga dengan Defendan bagi hartanah HS(M) 1472, PT 2515, Mukim Kuala Perlis, Daerah Perlis, Perlis (rujuk muka surat 1 hingga 4 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B)), Resit-Resit No. 126893 dan 126894 masing-masing berjumlah RM500,000.00 daripada Plaintif Kedua kepada Defendan (rujuk muka surat 10 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B)) dan Resit No. 126896 berjumlah RM500,000.00 daripada Plaintif Ketiga kepada Defendan (rujuk muka surat 9 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B)), Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa Defendan telah berjaya membuktikan tuntutan balasnya terhadap Plaintif-Plaintif atas imbangan kebarangkalian, iaitu bahawa –
a
Perjanjian-Perjanjian Pinjaman bertarikh 12.8.2018 yang dimasuki antara Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga dengan Defendan adalah perjanjian persahabatan yang sah dan mengikat Plaintif-Plaintif. Ini dapat dilihat dalam Recitals No. 3 Perjanjian-Perjanjian Jual Beli bertarikh 12.8.2018 (rujuk muka surat 11 hingga 22 dan muka surat 23 hingga 34 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B)), Perjanjian-Perjanjian Pinjaman Persahabatan bertarikh 12.8.2018 (rujuk muka surat 35 hingga 38 dan muka surat 39 hingga 42 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B)) dan keterangan SD2, seorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya yang gagal dicabar dan disangkal oleh Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga, iaitu seperti bahagian keterangan yang berikut: “JK : And it was stated that on behalf of the Plaintiff, Mr. Yong had signed without authorisation. So it was suggested to you that the Friendly Loan Agreement and the Sale and Purchase Agreement is illegal and invalid. You disagree. Can you please tell the court why you disagree. LYK : My Lord, both agreements was done with the instructions from both parties even though I don’t really represent that Mr. Yong Kok Wah but the instruction is given as such and I prepared both agreements as per their instructions and also executed by both of them in front of me My Lord. Attestation was done properly and I believe this is a legal and legitimate agreement My Lord. YA : Ya. JK : Mr. Loo, there was also this argument that Mr. Yong was not authorised to sign the Sale and Purchase Agreement and also the Friendly Loan Agreement. You disagree. You used this answer, you said the authorisation came subsequently or it was subsequently given. Can you explain to the court what you meant by the authorisation was subsequently given? LYK : Ya, at the material time My Lord, when both parties came to me and given instructions for me to prepare the agreement, I informed Mr. Yong that we need the board resolution to authorise him to execute both agreements and at that point in time he agreed to secure the resolution and at that time only instruction given to Mr. Yong but they already signed. They signed in front of me, executed in front of me and subsequently 2 days after if you go by the date of the resolution it was given, the authorisation was given to me My Lord. That is my explanation. JK : Mr. Loo, the Form 14A if at all you could see, there seem to be, you have witnessed all these. Now you look at the signature of the Pengarah, the director and there appears to be a seal there. If you were to look at the Friendly Loan Agreement and also the Sale and Purchase Agreement, this was all witnessed by you correct? LYK : Ya, My Lord. JK : Now my learned friend had suggested that the authorisation was never given by the company to Mr. Yong. On what basis did you witness these signatures? LYK : Mr. Yong has actually sign and also affixed the company seal in the both agreements. (Rujuk muka surat 242 hingga 244 Kandungan 114) … JK : Mr. Loo, my learned friend also referred you to the receipts. My learned friend had said that the receipts does not state for what payment and so on and so forth ya and also went on to state that there is no evidence that these receipts proved that money was received by the 2nd or 3rd Plaintiff when the Friendly Loan Agreement was prepared. Now Mr. Loo, can you please explain on what basis did you received these receipts for preparing the Friendly Loan Agreement and also the Sale and Purchase Agreement. How was this even prove of the fact that the 2nd or 3rd Defendant, sorry 2nd or 3rd Plaintiff whether they received the money or not? LYK : So this is, My Lord, these receipts were given by my client, Madam Goo, after the agreement was signed and is actually the money paid is purportedly for the friendly loan, is for the friendly loan itself My Lord.”. (Rujuk muka surat 246 Kandungan 114) [Penekanan ditambah]
b
Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga telahpun menerima jumlah wang pinjaman persahabatan sebanyak RM1,500,000.00 tersebut daripada Defendan pada 12.8.2018; dan
c
Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga telah gagal membayar balik jumlah keseluruhan wang pinjaman persahabatan sebanyak RM1,500,000.00 tersebut kepada Defendan.
37
Oleh itu, Plaintif-Plaintif adalah bertanggungan bersesama dan/atau berasingan terhadap perintah deklarasi dan ganti rugi yang dituntut oleh Defendan tersebut, iaitu seperti yang berikut:
a
Perjanjian-Perjanjian Pinjaman Persahabatan bertarikh 12.8.2018 di muka surat 35 hingga 38 dan di muka surat 39 hingga 42 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian B) tersebut adalah sah dan tidak terbatal;
b
Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga hendaklah mengembalikan wang-wang pinjaman persahabatan yang keseluruhannya berjumlah sebanyak RM1,500,000.00 kepada Defendan; dan
c
faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian penuhnya.
38
Berdasarkan klausa 4(e) kedua-dua Perjanjian Pinjaman Persahabatan bertarikh 12.8.2018 tersebut, sekiranya Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga gagal membayar balik jumlah keseluruhan pinjaman persahabatan sebanyak RM1,500,000.00 tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan, Defendan hendaklah menerima hartanah-hartanah di bawah HS(M) 1470, PT 2516, Mukim Kuala Perlis, Daerah Perlis, Perlis dan HS(M) 1472, PT 2515, Mukim Kuala Perlis, Daerah Perlis, Perlis sebagai penyelesaian penuh ke atas pinjaman-pinjaman persahabatan oleh Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga terhadap Defendan tersebut. Klausa 4(e) kedua-dua Perjanjian Pinjaman Persahabatan bertarikh 12.8.2018 tersebut masing-masing adalah seperti yang berikut: “4. The Lender hereby agrees and covenants that:-
e
She shall accept the property held under H.S.(M) 1470, PT 2516, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis as full and final settlement of the said loan in the event the Borrower is unable to repay the said interest-free friendly loan before expiry of the period states and undertake to settle the differential sum between the friendly loan and the market value of the property, if any.”; dan
4
The Lender hereby agrees and covenants that:-
e
She shall accept the property held under H.S.(M) 1472, PT 2515, Mukim Kuala Perlis, Daerah Kuala Perlis, Negeri Perlis as full and final settlement of the said loan in the event the Borrower is unable to repay the said interest-free friendly loan before expiry of the period states and undertake to settle the differential sum between the friendly loan and the market value of the property, if any.”.
39
Berdasarkan alasan-alasan di atas, –
a
memandangkan Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga telah gagal membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian terhadap Defendan, maka adalah wajar segala tuntutan Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga terhadap Defendan ditolak; dan
b
memandangkan Defendan telah berjaya membuktikan tuntutan balasnya atas imbangan kebarangkalian terhadap Plaintif-Plaintif, maka adalah wajar tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif-Plaintif dibenarkan dengan kos sebanyak RM50,000.00, iaitu seperti mana Penghakiman bertarikh 5.2.2025 di Kandungan 131. Bertarikh : 26 FEBRUARI 2026 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA, ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN (KEDAH DARUL AMAN) Peguam bagi Plaintif Kedua dan Ketiga: Encik Andy Yeoh Tze Hwa (bersama Encik Nick Lee) Tetuan Yeoh Shim Siow & Lay Kuan Peguam Bela dan Peguam cara 13A-3 & 4, Floor 13A Tower 1, Faber Tower Jalan Desa Bahagia, Taman Desa 58100 Kuala Lumpur. Peguam bagi Pihak Defendan: Dato’ Joshua Kevin (bersama Encik Reuben Ong dan Cik Leng Wie Mun) Tetuan Kevin & Co. Peguam Bela dan Peguam Cara 16 -6 &16-3A, Menara 1 Mon’t Kiara No.1, Jalan Kiara, Mon’t Kiara 50480 Kuala Lumpur.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.