Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN NO. JA-B53KJ-49-03/2024
JA-B53KJ-49-03/2024
Sessions Court of Malaysia18 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“12. Manakala dalam kes UN PANDEY V. HOTEL MARCO POLO PTE LTD [1978] CLJU 223 di mana Hakim T.S. Sinnathuray telah memutuskan seperti berikut:- "It is not often realised that in civil cases, as much as in criminal cases, a party must prove his case before the burden of proof”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN NO. JA-B53KJ-49-03/2024
1
YONG LEE YOONG IBU PENANGGUNGAN KEPADA GIGGS TAN KA QING SIMATI UNTUK DIRI SENDIRI (No.K/P: 791001015428)
2
YONG LEE YOONG SEBAGAI WAKIL DIRI DAN/ATAU PENTADBIR KEPADA HARTA PUSAKA GIGGS TAN KA QING SIMATI DI BAWAH SEKSYEN 8 AKTA UNDANG-UNDANG (PINDAAN) SIBIL, 1984 (No.K/P: 791001015428)
3
ONG CHUN WEI BAPA PENANGGUNGAN KEPADA ONG WAN LING SIMATI UNTUK DIRI SENDIRI (No.K/P: 790724025369)
4
OOI CHIOK PENG IBU PENANGGUNGAN KEPADA ONG WAN LING UNTUK DIRI SENDIRI (No.K/P: 751214025666)
1
GAN TENG HUI (No.K/P: 930301016155)
2
LT HAIR & BEAUTY SDN BHD (No.Pendaftaran: 545340-A) ... DEFENDAN PENGHAKIMAN
1
Ini adalah rayuan Defendan-Defendan keputusan bicara penuh untuk isu liabiliti dan kuantum yang telah diberikan oleh Mahkamah pada 18.11.2025 yang membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif dengan kos mengikut skala.
2
Plaintif memanggil 6 orang saksi Defendan telah memanggil 1 orang saksi untuk memberikan keterangan. a) SP1 INSP NORHAKIMIE BIN MOHAMAD b) SP2 BO SENG KUN c) SP3 MISS THORNTHAN RATANAJINGJAI d) SP4 YONG LEE YOONG e) SP5 ONG CHUN WEI f) SP6 KANG CHOON HIONG g) SD1 GAN TENG HUI
1
Plaintif pertama dan Plaintif kedua adalah ibu dan bapa si Mati GIGGS TAN KA QING (Simati Pertama) . Plaintif Pertama dan Kedua menuntut di bawah seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1984. GIGGS TAN KA QING, simati pertama tersebut adalah pemandu motokar No. JUY 6861 yang terlibat di dalam kemalangan jalan raya tersebut.
2
Plaintif Ketiga dan Plaintif Keempat adalah ibu bapa dan penanggungan-penanggungan kepada ONG WAN LING, simati ("Simati Kedua''), membawa tindakan ini di bawah Seksyen 7, Akta Undang-Undang Sivil (Pindaan) 1984.. ONG WAN LING, Simati Kkedua tersebut adalah penumpang motokar No. JUY 6861 dalam kemalangan jalan raya tersebut.
3
Defendan Pertama adalah pemandu motokar No. JQH 999 sebagai pekerja dan/atau pengkhidmat dan/atau ejen dan/atau memandu motokar tersebut dengan kebenaran Defendan Kedua. Defendan Kedua adalah pemilik berdaftar motokar No. JQH 999 yang terlibat di dalam kemalangan jalan raya tersebut.
4
Pada 5.10.2023, jam lebih kurang 4.15 pagi atau pada sekitar waktu itu, Simati Pertama sedang memandu motokar No. JUY 6861 bersama dengan Simati Kedua sebagai penumpang motokarnya dari arah Johor Bahru menuju ke arah Kota Iskandar dan apablla sampai berhampiran KM 6.5 Lebuh Ismail Sultan, Iskandar Puteri, motokar Simati pertama tersebut telah terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya dengan sebuah motokar No. JQH 999 yang dipandu oleh Defendan Pertama dari arah hadapan bertentangan secara menyongsang dan tidak sah.
5
Akibat dari kemalangan tersebut, GIGGS TAN KA QING, simati pertama tersebut telah meninggal dunia maka Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua telah mengalami kesusahan dan perbelanjaan. ONG WAN LING, simati kedua juga telah meninggal dunia maka Plaintif Ketiga dan Plaintif Keempat telah mengalami kesusahan dan perbelanjaan.
6
Kemalangan tersebut adalah berpunca dari kecuaian atau kecuaian Defendan Pertama dalam memandu dan/atau mengawal motokar No.
7
GIGGS TAN KA QING, simati pertama tersebut berusia 19 tahun dan belum berkahwin sebelum kematiannya. Simati tersebut sebelum kematiannya bekerja sebagai "Executive-Customer Service" di Aegis BPO Malaysia Sdn Bhd dengan pendapatan pada kadar RM 3,000-00 sebulan. Simati pertama tersebut memberikan RM 2,500-00 sebulan kepada Plaintif Pertama untuk perbelanjaan keluarga mereka. Plaintif Pertama juga menuntut gantirugi kesedihan (bereavement) sebanyak
8
ONG WAN LING, simati kedua tersebut berusia 18 tahun dan belum berkahwin sebelum kematiannya. Simati kedua tersebut sebelum kematiannya bekerja sebagai "SGJCR-OS-Crew" di MX Caterers (Asia) Pte. Ltd. dengan pendapatan pada kadar SGD 2,740-14 (RM 9,645-29) sebulan termasuk kerja lebih masa dan elaun. Simati kedua tersebut memberikan sebanyak RM 8,500-00 sebulan kepada Plaintif Ketiga dan Plaintif Keempat untuk perbelanjaan keluarga. Plaintif Ketiga dan Plaintif Keempat juga menuntut gantirugi kesedihan (bereavement) sebanyak RM 30,000-00.
9
Kemalangan tersebut adalah disebabkan pada keseluruhannya dan/atau disumbangkan secara besar mataannya oleh kecuaian pemandu motorkar No.JUY 6861 iaitu Giggs Tan Ka Qing simati Pertama dengan memandu dengan kelajuan yang keterlaluan sehingga gagal untuk membrek atau tidak sempat membrek untuk menghentikan motorkar No.JUY 6861 yang dipandunya, dipandu secara cuai, lalai dan merbahaya dan seterusnya mengakibatkan kemalangan tersebut.
10
Mahkamah berpandangan bahawa beban pembuktian untuk tuntutan Plaintif adalah terletak di atas bahu Plaintif sebelum beban bukti tersebut berpindah kepada Defendan.
11
Beban pembuktian dalam sesuatu kes sivil, Mahkamah merujuk kepada otoriti Mahkamah Persekutuan dalam kes LETCHUMANAN CHETTIAR ALAGAPPAN (AS EXECUTOR TO SL ALAMELOO ACHI (DECEASED) & ANOR v. SECURE PLANTATION SDN BHD [2017] 5 CLJ 418 di mana Mahkamah Persekutuan telah meneliti dan menganalisa seksyen 101, 102 dan 103 Akta Keterangan 1950 (Akta 56) dan menyimpulkan seperti berikut:- “Thus , a plaintif has both the burden of proof as well as the initial onus of proof.”
12
Manakala dalam kes UN PANDEY V. HOTEL MARCO POLO PTE LTD [1978] CLJU 223 di mana Hakim T.S. Sinnathuray telah memutuskan seperti berikut:- "It is not often realised that in civil cases, as much as in criminal cases, a party must prove his case before the burden of proof shifts to the other side." DAPATAN MAHKAMAH
13
Berdasarkan video dashcamera P1 daripada kereta JUY 6891, Mahkamah mendapati bahawa motokar JQH999 yang dipandu oleh Defendan pertama Gan Teng Hui telah dipandu bertentangan aliran trafik dan bergerak secara zig-zag di lorong motokar JUY6861 yang dipandu oleh Si Mati pertama Giggs Tan Ka.
14
Mahkamah mendapati jalan di kawasan tempat kemalangan mempunyai 3 lorong untuk arah bawah ke atas dari johor bahru menghala ke iskandar puteri. (rajah kasar – m/s 49 Lampiran 49). Lorong tersebut dipisahkan dengan divider (gambar m/s 30, 37
Lampiran
Lampiran 49) untuk lorong bertentangan arah dari iskandar puteri ke johor. 15. Menurut keterangan daripada SP2 Bo Seng Kun, saksi bebas pemandu kereta Toyota yang nampak kejadian kemalangan tersebut. SP2 memandu dibelakang kenderaan Plaintif-Plaintif sempat mengelak daripada bertembung dengan kenderaan Defendan. Pertembungan kenderaan berlaku secara berhadapan (head on). Keterangan SP2 konsisten dengan kesan kemalangan pada kedua-dua kereta iaitu di bahagian hadapan. (rujuk gambar m/s 30-37 Lampiran 49). 16. Keterangan Pegawai Penyiasat SP1 Insp Norhakimie Bin Mohamad mengesahkan bahawa kemalangan berlaku dalam 3- 4 pagi. (m/s 13 Lampiran 60). Semasa sampai di tempat kejadian, kenderaan-kenderaan JQH 999 jenis Mercedez dan JUY 6861 jenis Honda masih belum dialihkan. Kedua-dua pemandu dan penumpang JUY 6891 telah meninggal dunia Defendan telah cuai apabila memandu di dalam keadaan menyongsang jalan. Keputusan bagi siasatan adalah pemandu motokar JQH999 yang bergerak menyonsang arus hingga mengakibatkan kemalangan dan kematian pemandu dan penumpang motokar JUY 6891.(m/s 24 Lampiran 49). SP1 menyatakan bahawa Defendan Pertama telah dituduh di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan raya 1987. (WSSP1 Lampiran 34) 17. Kematian Giggs Tan Ka dan On Wan Ling adalah akibat daripada kemalangan/pertembungan tersebut. (rujuk sijil mati m/s 9 Lampiran 49) 18. SD1, Gan Tei Hui mengaku bahawa arah perjalanan SD1 adalah menyonsang dari atas ke bawah. SD1 juga mengaku bahawa SD1 memandu secara zig zag di antara lorong tengah dan lorong kanan sebelum kemalangan (M/s 82-83 Lampiran 60). Defendan Kedua adalah syarikat di mana Defendan Pertama ada pengarah Defendan Kedua. Defendan Kedua bertanggungan secara vikarius memandangkan kenderaan didaftarkan di bawah nama syarikat.(m/s 11-12 Lampiran 49) 19. Mahkamah mendapati liabiliti adalah 100% terhadap Defendan-Defendan. KUANTUM 20. TUNTUTAN GANTI RUGI AM DAN KHAS Prinsip undang-undang mantap adalah gantirugi khas hendaklah diplidkan secara spesifik dan hendaklah dibuktikan secara spesifik. Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi iaitu kes DATO' MOHAMAD SALIM FATEH BIN FATEH DIN V NADESWARAN A/L RAJAH (NO 1) [2012] 10 MLJ 203 bagi perbezaan kedua - dua gantirugi ini: “[58] In this context, the court relies on the case of MGG Pillai v Tan Sri Vincent Tan where the Court of Appeal held as follows: Counsel for the respondent, in answer to the submission made on behalf of the appellants, relied on the following passage from Lachman v Pyarchand AIR 1959 Raj 169, at p 175 which, in my view correctly states the law: In the second place, the learned civil judge seems to have thought that the plaintiff had failed to prove the damages claimed by him and therefore he was not entitled to claim any. Now, so far as this aspect of the case goes, I desire to say, first that damages are of two kinds: general and special, and the learned civil judge does not appear to have appreciated the distinction between them, and second, that while special damages are required to be specifically pleaded and proved general damages are not. General damages are damages which the law presumes to flow from, and as if it were the natural and probable consequence of the defendants' act. Therefore general damages need not be pleaded specifically nor need any evidence be produced to prove them as such. I have no doubt that having regard to the pleadings of the plaintiff in the present case, what he really claimed for was general and not special damages.” 21. Mahkamah juga merujuk kepada kes SUM KUM V DEVAKI NAIR & ANOR [1964] 1 MLJ 74 “In an action for damages, it is for the Plaintiff to prove his damages, it is not enough to write down the particulars, and “throw them at the head of Court, saying : “This is what I have lost; I ask you to give me the damages” 22. Di dalam kes ONG AH LONG V DR. S. UNDERWOOD [1983] 2 MLJ 324 “It is well established principle that special damages in contrast to general damages have to be specifically pleaded and strictly proved.” GANTI RUGI TERUK / TAULADAN 23. Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa tuntutan ganti teruk hendaklah diplidkan. 24. Menurut Aturan 18 Kaedah 15(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, sesuatu tuntutan itu hendaklah diplidkan di dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif sepertimana berikut: "15. Pernyataan tuntutan (A. 18 k. 15) (1) Suatu pernyataan tuntutan hendaklah menyatakan dengan khususnya relief atau remedi yang dituntut oleh plaintif; tetapi kos tidak perlu dituntut dengan khususnya. (2) Suatu pernyataan tuntutan tidak boleh mengandungi apa-apa pengataan atau tuntutan berkenaan dengan kausa tindakan melainkan jika kausa tindakan itu ada dinyatakan dalam writ atau berbangkit daripada fakta yang sama seperti, atau termasuk atau menjadi sebahagian daripada, fakta yang menyebabkan berbangkitnya kausa tindakan yang dinyatakan sedemikian; tetapi, tertakluk kepada itu, plaintif boleh dalam pernyataan tuntutannya mengubah, mengubah suai atau memperluaskan mana-mana tuntutan yang dibuat olehnya dalam pengendorsan writ itu tanpa meminda pengendorsan itu." 25. Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif tidak memplidkan tuntutan ganti rugi teruk di dalam pliding. 26. Mahkamah merujuk kepada otoriti yang dikemukakan oleh peguamcara Defendan iaitu BAHARUL AZMAN BIN OMAR (AS LITIGATION REPRESENTATIVE FOR THE DECEASED, KHADIJAH BT HJ PUTEH) & ORS V ZULHASMI BIN ZAKARIA & ANOR (2023] 10 MLJ 13 . Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: "[110] Exemplary damages are damages that would be ordered against D102 to punish them, to deter them, or to show the court's displeasure towards their behaviour. It is an exceptional remedy, and are only awarded under 'very exceptional circumstances' - see Khaw Cheng Poon & Ors v Khaw Cheng Bok & Ors And Another Appeal [2005] 6 MLJ 540; [2005] 5 AMR 185; [2005] 3 CLJ 753 (CA). [111] I go back to Big Junkyard for an apt enunciation of the principles governing the award of exemplary damages: [43] The next issue is whether a case for exemplary damages has been made out. The purpose of exemplary damages is to show the court's abhorrence to 'outrageous' conduct which conduct or behaviour is punishable. The purpose is to punish the defendant. There are two parts in granting exemplary damages. The first part is to clear the threshold. The plaintiff has to first show that he falls within one of the three categories enunciated in Rookes v Barnard (recently reiterated by the Federal Court in Kopera/ Zainal bin Mohd Ali & Ors v Se/vi alp Narayan (joint administrator and dependant of Chandran all Perumal, deceased) & Anor [2021] 3 MLJ 365 and Tenaga Nasional Bhd v Evergrowth Aquaculture Sdn Bhd & Other Appeals [2021] 9 CLJ 179). [44] The failure to cross this threshold is fatal for a claim for exemplary damages. The three categories are: (i) oppressive, arbitrary or unconstitutional action by the servant of the government; or (ii) where the defendant's conduct has been calculated by him to make a profit for himself which may well exceed the compensation payable to the plaintiff; or (iii) where exemplary damages is expressly authorised by statute. [45] Once the plaintiff has cleared this threshold the plaintiff must show 'outrageous' conduct. The principle is stated by Lord Devlin in Rookes v Barnard as follows: In a case in which exemplary damages are appropriate, a jury should be directed that if, but only if, the sum which they have in mind to award as compensation (which may, of course, be a sum aggravated by the way in which the defendant has behaved to the plaintiff) is inadequate to punish him for his outrageous conduct and to deter him from repeating it, then it can award some larger sum. (Emphasis added.) [46] The Court of Appeal in Sambaga Valli gave a description of what may amount to 'outrageous' punishable conduct: [33] The exemplary damages or punitive damages - the two terms now regarded as interchangeable-are additional damages awarded with reference to the conduct of the defendant, to signify disapproval, condemnation or denunciation of the defendant's tortious act, and to punish the defendant. Exemplary damages may be awarded where the defendant has acted with vindictiveness or malice, or where he has acted with a 'contumelious disregard' for the right to the plaintiff. The primary purpose of an award of exemplary damages may be deterrent, or punitive and retributory, and the award may aiso [sic] have an important function in vindicating the rights of the plaintiff. [47] If this part is cleared, only then the court goes into the question of assessing the measure of exemplary damages to be awarded ... (Emphasis added.)" 27. Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa Plaintif-Plaintif gagal untuk membuktikan bahawa tindakan Defendan adalah termasuk di dalam salah satu daripada 3 kategori itu. Oleh itu, Mahkamah menolak tuntutan untuk ganti rugi teruk terhadap Defendan-Defendan. GANTIRUGI AM KUANTUM PLAINTIF PERTAMA DAN KEDUA No. PERKARA ALASAN 1. Dependancy Claim (RM 2,000 X 12 X 16) RM 384,000.00 Ditolak @ RM153,600.00 RM384,000 Keterangan SP4, ibu Simati Yong Lee Yoong menyatakan bahawa memberikan wang sebanyak RM2000.Pemberian wang melalui cash. (m/s 48, 50, 54 Lampiran 60) Si mati bekerja di Syarikat Telepress dengan pendapatan RM3000 sebulan. Keterangan SP3, Miss Thornthan Taranajingjai, Pegawai Sumber Manusia di Syarikat Aegis PBO Malaysia mengesahkan SI Mati telah bekerja di Syarikat Aegis BPO Malaysia semenjak 16.8.2023. Gaji pokok adalah RM3000. (m/s 35 Lampiran 60.) Slip gaji m/s 30,31, 32 - Lampiran 50 Pihak pembelaan gagal mencabar keterangan SP4 oleh itu. Mahkamah menerima keterangan bahawa Simati telah memberikan RM2000 kepada keluarga semasa hidupnya. Multiplicant 16 tahun. Seksyen 7(3)(iv)(d) Akta Undang-Undang Sivil (Pindaan) 2019, multiplier RM2000 X 16 tahun X 12 bulan. 2. Kehilangan caruman KWSP daripada majikan Simati Pertama pada kadar RM390.00 sebulan dari tarikh kemalangan untuk 16 tahun RM 74,880.00 ditolak RM74,880.00 Dibenarkan-purata pada kadar RM390.00 sebulan dari tarikh kemalangan untuk 16 tahun Rujuk m/s 7-12 Lampiran 52 m/s 36 Lampiran 50 Mahkamah bersetuju dengan hujahan Otoriti yang dirujuk oleh Peguam Plaintif Zainor Hisham Bin Ahmad ( sebagai bapa yang sah dan penanggungan kepada Mohamad Zazwan Shah Bin Zainor Hisham, Si mati untuk diri sendiri) & Anor v. Norhafizah Binti Samad & Anor [2020] 2 PIR [56] 561 Mahkamah benarkan tuntutan ini. 3. Kehilangan caruman KWSP daripada Simati Pertama pada kadar RM330.00 sebulan dari tarikh kemalangan untuk 16 tahun RM 63,360.00 ditolak RM63,360.00 Dibenarkan-purata pada kadar RM330.00 sebulan dari tarikh kemalangan untuk 16 tahun Rujuk m/s 7-12 Lampiran 52 m/s 36 Lampiran 50 Mahkamah bersetuju dengan hujahan Otoriti yang dirujuk oleh Peguam Plaintif ZAINOR HISHAM BIN AHMAD ( BAPA YANG SAH DAN PENANGGUNGAN KEPADA MOHAMAD ZAZWAN SHAH BIN ZAINOR HISHAM, SI MATI UNTUK DIRI SENDIRI) & ANOR V. NORHAFIZAH BINTI SAMAD & ANOR [2020] 2 PIR [56] 561 Mahkamah benarkan tuntutan ini. 4. Bereavement RM 30,000.00 Dipersetujui dipersetujui oleh pihak-pihak dan dibenarkan 5. Gantirugi Teruk RM 500,000.00 ditolak Ditolak tidak diplidkan. Prinsip ganti rugi khas termasuk ganti rugi teruk hendaklah diplidkan. Otoriti : SUM KUM dan ONG AH LONG (supra) Mahkamah menolak tuntutan ini. GANTI RUGI KHAS NO. PERKARA 1. Perbelanjaan Pengebumian RM 56,828.55 Dipersetujui RM 56,828.55 dipersetujui oleh pihak-pihak dan dibenarkan 2. Dokumen-Dokumen Polis dan JPJ dipersetujui dipersetujui oleh pihak-pihak dan dibenarkan 3. Laporan Post Mortem RM 400.00 dipersetujui RM 400.00 dipersetujui oleh pihak-pihak dan dibenarkan 4. Kos saksi-saksi sepina (IO, Pengurus Keranda dan Majikan simati pertama) RM 600.00 Dipersetujui sebanyak RM200.00 dipersetujui oleh pihak-pihak dan dibenarkan 5. Kos Nota Keterangan (dibahagi dengan DefendanDefendan) RM 875.00 dipersetujui RM 875.00 Dibenarkandipersetujui oleh pihak-pihak dan dibenarkan 6. Kos penterjemahan resit-RM 1,000 ditolak Ditolak kerana tiada resit resit cina 7. Kos terjemahan resit-resit cina RM380.00 ditolak Ditolak kerana tiada resit 8. Kos-kos pengeposan Dipersetuji Dibenarkan 9. Jumlah RM 1,112,523.55 PLAINTIF KETIGA DAN KEEMPAT NO. GANTI RUGI AM Alasan 1. Dependancy Claim (RM 7,000 X 12 X 16) RM1,344,000.00 Ditolak @ Kehilangan tanggungan Plaintif Ketiga adalah RM500-00 sebulan x 192 bulan = RM 96,000-00 RM1,344,000.00 Plaintif bersetuju dengan Defendan , mata pertukaran RMSGD1 = RM3.50 Plaintif juga bersetuju Defendan dengan pengiraan multiplicand Kehilangan tanggungan Plaintif Keempat adalah RM500-00 sebulan x 192 bulan = RM 96,000-00 Jumlah RM192,000.00 Atau SGD 2,371.48- (2/3 daripada SGD2371.48) + SGD790.50 SGD790.50 X (16 tahun X 12 tahun) = SGD151,776.00 X 3.5 exchange= RM531,216.00 Multiplicand = Jumlah pendapatan Simati – Perbelanjaan harian. Si mati bekerja di Singapura sebagai krew Yakiniku Like di syarikat MX Caterer (Asia) Pte Ltd. SP6, Kang Choon Hiong Eugene pengurus Sumber Manusia di syarikat di mana Si Mati bekerja mengesahkan pendapatan purata Si mati SGD 2,833.25 sebulan. (WSSP6 Q& 24) Bukti dokumen adalah: Slip gaji di m/s 30-35, Lampiran 42 Surat Pengesahan pekerjaan – m/s 30 Lampiran 27 Borang IR21 Simati : m/s 31- 33 Lampiran 27) Keterangan SP6 tidak dicabar oleh Defendan. SP5, Ong Chun Wei, bapa Simati, memberi keterangan bahawa Si mati tinggal bersama makcik di Singapura dan menaiki bas awam dan LRT untuk pergi balik kerja dan Malaysia. SP5 menyatakan bahawa Si mati memberikan RM7000 setiap bulan kepada SP5 dan isteri secara tunai. SI mati tiada sumbangan CPF. Makciknya tidak mahu terima apa-apa wang daripada Simati. Keterangan SP5 gagal dicabar oleh pihak pendakwaan. Berdasarkan keterangan SP6 dan SP5, mengambil kira purata gaji sebulan adalah SGD 2833.25 (RM9,916.37). Adalah munasabah Si mati memberikan wang kepada keluarga sebanyak RM7000. Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif seperti berikut: Pengiraan: 16 X 12 X RM7000 (SGD2000) = RM1,344,000.00 Dibenarkan 2. Bereavement Dipersetujui Dibenarkan – dipersetujui oleh pihak-pihak dan dibenarkan Dokumen perbelanjaan pengkebumian – M/s 1-28 Lampiran 42./ 1-20 Lampiran 27 (terjemahan) 3. Gantirugi Teruk RM1,000,000.00 ditolak Ditolak-tidak tidak diplidkan. diplidkan Prinsip ganti rugi khas termasuk ganti rugi teruk hendaklah diplidkan. Otoriti : SUM KUM dan ONG AH LONG (supra) Mahkamah menolak tuntutan ini. GANTI RUGI KHAS NO. PERKARA 1. Perbelanjaan Pengebumian RM36,785.65 dipersetujui RM36, 785.65 dipersetujui oleh pihak-pihak dan dibenarkan 2. Dokumen-Dokumen Polis dan JPJ dipersetujui dipersetujui oleh pihak-pihak dan dibenarkan 3. Laporan Post Mortem RM400 dipersetujui RM400 dipersetujui oleh pihak-pihak dan dibenarkan 4. Laporan kimia RM300 dipersetujui RM300 dipersetujui oleh pihak-pihak dan dibenarkan 5. Laporan JPJ RM10 dipersetujui RM10 dipersetujui oleh pihak-pihak dan dibenarkan 6. Bayaran untuk carian maklumat syarikat ACRA RM19.25 dipersetujui RM19.25 dipersetujui oleh pihak-pihak dan dibenarkan 7. Perbelanjaan perjalanan dan pos untuk mendapatkan dokumen-dokumen dipersetujui dipersetujui oleh pihak-pihak dan dibenarkan 8. Kos Insp Norhakimie RM1000 dipersetujui RM1000 dipersetujui oleh pihak-pihak dan dibenarkan 9. Kos kehadiran jurubahasa cina RM1700 dipersetujui RM1700 dipersetujui oleh pihak-pihak dan dibenarkan 10. Kos kehadiran SP6 RM338.76 dipersetujui RM338.76 dipersetujui oleh pihak-pihak dan dibenarkan 11. Kos kehadiran saksi pengebumian dipersetujui dipersetujui oleh pihak-pihak dan dibenarkan 12. Kos Nota Keterangan (dibahagi dengan Defendan-Defendan) RM1500.00 dipersetujui RM1500 dipersetujui oleh pihak-pihak dan dibenarkan Jumlah RM PENUTUP DAN KEPUTUSAN 27. Berdasarkan analisis yang dibentangkan di atas, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah membenarkan tuntutan sebahagian daripada tuntutan Plaintif-Plaintif sebagaimana di atas dengan kos mengikut skala. Memandangkan tuntutan Plaintif-Plaintif dibenarkan maka faedah-faedah juga dibenarkan seperti berikut:. (a) Kos pemfailan dokumen adalah kos di bawah prosiding. (b) Faedah ke atas Gantirugi Am dalam kadar 5% setahun dari tarikh penyampaian Saman sehingga tarikh Penghakiman (c) Faedah ke atas Gantirugi Khas dalam kadar 2.5% setahun dari tarikh kemalangan sehingga tarikh Penghakiman. (d) Faedah ke atas jumlah penghakiman dalam kadar 5% setahun; dari tarikh penghakiman sehingga tarikh pembayaran penuh. Bertarikh pada 16 Januari 2026 ..tt.. (MADIHAH BINTI ZAINOL) Hakim Mahkamah Sesyen Mahkamah Negeri Johor Kaunsel: Bagi pihak Plaintif-Plaintif Pertama – TETUAN THE CHAMBERS OF WARAN (KAJANG) Peguambela & Peguamcara Bagi pihak Plaintif-Plaintif Kedua – TETUAN TEO & ASSOCIATES (JOHOR BAHRU) Peguambela & Peguamcara Bagi Pihak Defendan - TETUAN RADZI SHEIKH AHMAD & SACHPAL Peguambela & Peguamcara
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.