Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO. KES: BA-83-71-01/2022 ANTARA
BA-83-71-01/2022
Magistrates Court of Malaysia27 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO. KES: BA-83-71-01/2022 ANTARA
1
LAWAN YUVAN RAJ A/L VIJAYAKUMAR …ORANG KENA TUDUH (NO K/P: 950323-06-5773)
2
SARAWAN RAJ A/L ARJUNAN (NO K/P: 930526-10-5941) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Kedua-dua OKT dalam kes ini telah dituduh di bawah seksyen 403 Kanun Keseksaan. Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan telah melepas dan membebaskan tertuduh di akhir kes pendakwaan. Terkilan dengan keputusan, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini.
2
Pertuduhan terhadap kedua-dua OKT adalah seperti berikut: Pertuduhan Bahawa kamu pada 6 Oktober 2021 di No 9 Jalan U10/100, Seksyen U10, 40170 Shah Alam, dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dengan curangnya telah menyalahgunakan suatu harta milik Syarikat DKSH Malaysia Sdn Bhd iaitu 276 kotak pampers pelbagai jenis yang berjumlah anggaran RM50,000.00 milik DKSH Malaysia Sdn Bhd oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun dan dengan sebat dan bolehlah juga dikenakan denda
3
Fakta kes berdasarkan naratif pihak pendakwaan adalah seperti berikut:
3
3.1 Pada 05/10/2021 jam lebih kurang 1.30 tengah hari, di Gudang DKSH Malaysia Sdn. Bhd. di No 9 Jalan U10/100, Seksyen U10, 40170 Shah Alam, SP1 telah dimaklumkan oleh SP2 bahawa seorang pekerja iaitu OKT1 telah mengambil lebihan empat belas (14) pallet lampin bayi pelbagai jenis berjenama MamyPoko dan OKT1 bekerjasama dengan OKT2.
3
3.2 Kejadian ini pada mulanya telah disaksikan oleh SP3 yang melihat OKT1 membawa power pallet truck keluar dari lokasi “K’’ di dalam Gudang tersebut dan mengeluarkan barang sedangkan lokasi itu secara lazimnya tidak dimasuki dan tidak boleh dimasuki oleh OKT1.
3
3.3 SP3 kemudiannya telah memaklumkan perkara ini kepada SP6. SP6 telah menyemak barangan tersebut yang dikeluarkan oleh OKT1 dan mendapati bahawa barang tersebut adalah bukan barang untuk sebarang pesanan. Selepas itu, SP6 telah memaklumkan perkara ini kepada SP2 dalam jam lebih kurang 11.30 pagi.
3
3.4 Selanjutnya, SP2 telah melihat barang tersebut dan mendapati ia memang barang yang berlebihan. SP2 telah mengarahkan SP6 untuk memerhatikan barang tersebut. Dalam jam lebih kurang 12.00 tengah hari, SP2 mendapati barang itu telah dilabel untuk pesanan syarikat Uni K.P. Sdn. Bhd. SP2 telah menyuruh SP6 mengira semula barang dan mendapati ada lebihan 14 pallet yang mana barang itu tidak ada dalam picking list order (ekshibit P4). SP2 kemudiannya telah memaklumkan perkara ini kepada SP1.
3
3.5 SP1 telah menghubungi security manager bernama “Parthiban” dan penama tersebut telah menyuruh SP1 untuk membiarkan perkara tersebut dan membuat seolah-olah tidak ada apa-apa dan kemudian baru tahan lori apabila akan membawa keluar barang lebihan tersebut.
3
3.6 Antara tugas OKT2 di gudang adalah supervisor checker iaitu untuk memastikan barang yang dipesan adalah mencukupi sebelum dimuatkan ke dalam lori. SP5 yang merupakan checker terhadap barang yang telah dipesan oleh syarikat Uni K.P. Sdn. Bhd. telah memeriksa barang yang dipesan dan mendapati terdapat barang lebihan. Namun, apabila SP5 memaklumkan perkara ini kepada OKT2, OKT2 tetap menyuruh SP5 untuk masukkan barang tersebut ke dalam lori dan untuk tidak memberitahu orang lain berkenaan perkara ini.
3
3.7 Apabila merujuk kepada dokumentasi, khususnya ekshibit P3 hingga P8, saksi-saksi khususnya SP1 dan SP2 menyatakan bahawa tiada apa-apa yang salah, barang adalah seperti dipesan. Namun apabila pengiraan dibuat terhadap barang secara fizikal, mendapati bahawa terdapat lebihan 14 pallet atau bersamaan dengan 276 kotak lampin bayi MamyPoko pelbagai jenis (barang kes) yang telah dimuatkan ke dalam dua buah lori.
3
3.8 SP7 iaitu pegawai polis yang merampas barang dan menangkap tertuduh-tertuduh telah menahan lori keluar daripada gudang dan mengarahkan untuk mematah balik. Setelah melakukan pemeriksaan, SP7 mengesahkan memang terdapat barang yang berlebihan iaitu barang kes.
4
Berdasarkan seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), di akhir kes pendakwaan, Mahkamah perlu menimbang sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima face terhadap tertuduh atau tidak.
5
Walaupun prima facie tidak ditakrifkan di dalam KTJ, pengujian kes secara prima facie telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes BALACHANDRAN v PP [2005] 2 MLJ 316 seperti berikut: “The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie. As the accused can be convicted on the prima facie evidence it must have reached a standard which is capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt”.
6
Selanjutnya, Mahkamah ini juga telah merujuk kes LOOI KOW CHAI & ANOR V PP (2003) 1 CLJ 734, diputuskan bahawa: “A judge sitting alone must subject the prosecution evidence to the maximum evaluation and ask himself the question “if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contain in the prosecution case?” If the answer was in the negative, then no prima facie case had been made out and the accused would be entitled to an acquittal…
7
Mahkamah ini juga perlu membuat penilaian keterangan kes Pendakwaan secara maksimum berdasarkan kes PP lwn Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457.
8
Oleh itu, adalah jelas bahawa Mahkamah pada peringkat ini perlu membuat satu ‘maximum evaluation’’ terhadap keterangan saksi-saksi pendakwaan dan keterangan dokumen yang dikemukakan dengan menentukan kredibiliti dan kebolehpercayaan keterangan tersebut sebelum satu kes prima facie dikatakan telah berjaya dibuktikan oleh pendakwaan.
9
Bagi seksyen 403 Kanun Keseksaan, Mahkamah mendapati, pihak pendakwaan perlu membuktikan 4 elemen-elemen berikut: a. Harta tersebut mestilah suatu harta boleh alih; b. Harta tersebut adalah milik atau kepunyaan orang lain; c. Tertuduh telah menyalahgunakan harta tersebut atau menukarkan harta tersebut kepada kegunaannya sendiri atau menyebabkan mana-mana orang melupuskan harta tersebut; dan d. Tertuduh mempunyai niat curang. Elemen (a) dan (b) berikut dibincangkan secara bersama. a. Harta tersebut mestilah suatu harta boleh alih; b. Harta tersebut adalah milik atau kepunyaan orang lain;
10
Mahkamah ini mendapati kedua-dua elemen ini tidak menjadi pertikaian pihak-pihak ketika perbicaraan. Berdasarkan keterangan saksi-saksi ketika perbicaraan di Mahkamah, barang kes merupakan lampin bayi berjenama Mamypoko milik syarikat DKSH Sdn Bhd. Selain itu, adalah jelas bahawa Mamypoko termasuk dalam kategori harta boleh alih. Elemen C: Tertuduh telah menyalahgunakan harta tersebut atau menukarkan harta tersebut kepada kegunaannya sendiri atau menyebabkan mana-mana orang melupuskan harta tersebut; dan Elemen D: Tertuduh mempunyai niat curang.
11
Isu utama yang dibangkitkan oleh peguam bela adalah pada elemen ketiga dan keempat.
12
Setelah mendengar keterangan saksi pendakwaan terutamanya SP2 (Pengurus Gudang DKSH) dan pegawai penyiasat SP8, Mahkamah ini mendapati bagi lebihan 14 palet Mamypoko dalam kes ini, tidak direkodkan dalam mana-mana dokumen. Pemeriksaan Balas SP8 (pegawai penyiasat) dalam semua dokumen P2 hingga P8 tidak tunjuk kuantiti barang berlebihan. Barang diisi dalam lori dalam invois sahaja. Yang lebih memang tiada dalam invois setuju dalam kes ini isu penting barang yang lebih daripada invois dari dokumentasi sepatutnya diikuti. Tapi dalam dokumen tiada dinyatakan langsung betul
13
Mahkamah ini telah meneliti keterangan Rasel (SP5), muatan dalam lori tersebut dimasukkan oleh SP5 dibantu oleh 2 orang loader lain. Persoalan yang timbul adalah siapakah loader yang telah memuat naik Mamypoko lebihan tersebut?
14
Soalan tersebut boleh dijawab sekiranya CCTV yang berfungsi di kawasan syarikat tersebut dikemukakan di Mahkamah. Rakaman cctv merupakan bukti bebas yang sangat penting dalam kes ini. Namun, pihak syarikat enggan menyerahkan rakaman cctv kepada pegawai penyiasat setelah diminta. Soalan pemeriksaan balas terhadap SP5 cctv berfungsi ya kalau lihat cctv boleh tau siapa masukkan barang lebih ya …… kamu cakap dah minta rakaman cctv. Security tak bagi, pengadu juga tidak bagi. Ada kemungkinan mereka takut bagi betul ….. ada juga kemungkinan jika saya cadangkan pengurus, Fadilah, Partiben tidak kemukakan cctv pada kamu setuju ada pohon dengan syarikat. saya mohon by verbal
15
Mahkamah ini mendapati pihak pegawai penyiasat iaitu SP8 juga mengaku siasatan tidak lengkap. Mahkamah telah merujuk kepada pemeriksaan balas SP8(pegawai penyiasat). SP8 tidak pernah hadir ke tempat kejadian. Soalan pemeriksaan balas terhadap SP8 (pegawai penyiasat) secara keseluruhan ada banyak kelemahan siasatan khususnya bila kamu tak pergi tempat kejadian dan tidak cuba rampas cctv tempat kejadian. Itu perkara paling penting kamu tak lakukan. setuju di mana kedua-dua okt ini kerja ada 2 orang lain kerja sama mereka berjawatan sama setuju bila ada 3 orang diamanahkan kerja jenis sama. Ia perlukan siasatan terperinci untuk pastikan siapa yang lakukan atau terlibat kejadian ini betul
16
Mahkamah ini juga mendapati Mamypoko yang dikatakan dirampas daripada dalam lori tidak berada dalam kawalan kedua-dua OKT. Gambar lori di mana Mamypoko ditahan juga tidak pernah dikemukakan di Mahkamah. Pegawai penyiasat SP8 juga dalam keterangan menyatakan tiada sebarang barang dirampas daripada kedua-dua okt. Barang kes tersebut dirampas daripada pemandu lori.
17
Berdasarkan siasatan SP8 (pegawai penyiasat), OKT2, Sarawan dituduh hanya disebabkan satu perkara iaitu ada tandatangan OKT2, Sarawan pada gatepass pada eksibit P7. Pemeriksaan balas peguam bela terhadap SP8(pegawai penyiasat) dalam kes ini Sarawan dituduh sebab satu perkara sahaja, ada tandatangan Sarawan dalam gatepass (eksibit P7) betul tiada bukti lain kaitkan Sarawan selain dengan gatepass (eksibit P7) setuju
18
Dalam kes ini, OKT1 (Yuvan) tidak tandatangan sebarang dokumen. OKT1 hanya dikatakan berkomplot berdasarkan keterangan saksi sahaja. Soalan pemeriksaan utama SP8 SP8 dirujuk kepada P7(a-b) dicamkan ada tandatangan Yuvan tiada. Hanya Sarawan sahaja ….. di gatepas (eksbit P7) ada Sarawan tandatangan. Bagaimana Yuvan terlibat Yuvan berkomplot. Yuvan adalah storekeeper. Sepatutnya Rasel juga maklum pada Yuvan berkenaan lebihan barang.
19
Selanjutnya, SP8 (pegawai penyiasat) juga bersetuju dengan ketika pemeriksaan balas peguam bela berkenaan soalan gate pass tersebut iaitu tandatangan Sarawan pada gatepass hanya melibatkan barang dimuatnaik dalam lori. Tiada kaitan dengan barang berlebihan. Pemeriksaan balas SP8 (pegawai penyiasat) ini Sarawan tandatangan gatepass untuk muatan barang yang ada dalam invois betul tandatangan ini tak libatkan barang berlebihan selain invois hantar pada customer betul
20
Memandangkan terdapat beberapa isu yang timbul dalam kes ini yang telah dinyatakan pada perenggan di atas, Mahkamah ini mendapati adalah tidak selamat untuk Mahkamah ini memerintahkan tertuduh dipanggil untuk membela diri untuk kes ini.
21
Mahkamah ini telah meneliti kesemua keterangan saksi-saksi pendakwaan, eksibit yang telah dikemukakan dan hujahan pihak pendakwaan dan peguam bela secara maksima. Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua OKT bagi pertuduhan dibawah seksyen 403 Kanun Keseksaan.
22
Oleh yang demikian, kedua-dua OKT dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan seksyen 403 Kanun Keseksaan tanpa dipanggil untuk membela diri. Wang jamin dikembalikan kepada penjamin. Bertarikh 8 Januari 2026 (MUHAMMAD SYAFIQ BIN SULAIMAN) Majistret Mahkamah Majistret Shah Alam Selangor Pihak pendakwaan: Muaz Khawarizmi bin Azfar Timbalan Pendakwa Raya Selangor. Pihak peguam bela: K. Pari dan Farah Idayu
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.