Content
Page 1 of 13 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-24-06/2022
JA-12B-24-06/2022
High Court of Malaysia4 Oct 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
Page 1 of 13 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-24-06/2022
1
ZAINAL ABIDIN BIN SAID
2
ZAINAL ENGINEERING (NO. SYARIKAT: JM0382812-H) …PERAYU-PERAYU DAN ANUAR BIN AZIZ (NO. K/P: 770221-01-5945) …RESPONDEN (DALAM PERKARA MENGENAI MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU GUAMAN NO: JA-A53KJ-874-11/2019 ANTARA ANUAR BIN AZIZ (NO. K/P: 770221-01-5945) …PLAINTIF
1
ZAINAL ABIDIN BIN SAID
2
ZAINAL ENGINEERING (NO. SYARIKAT: JM0382812-H) …DEFENDAN-DEFENDAN) Page 2 of 13 ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini adalah rayuan Perayu/Defendan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen atas isu liability dan kuantum yang membenarkan tuntutan Plaintif/Responden pada jumlah yang tertentu, yang difailkan pada 10.11.2019. Plaintif/Responden adalah penunggang motorsikal nombor pendaftaran AFV 1135 membuat tuntutan terhadap Defendan (1) yang merupakan pemandu kenderaan motorlori nombor pendaftaran JET 6404 manakala Defendan (2) adalah pemilik motorlori tersebut terhadap satu kemalangan yang berlaku pada 7.3.2019 jam lebih kurang 1.30 petang di Jalan Masai Lama menuju ke Taman Scientex. Isu liability dan kuantum: 2 versi kejadian dan dapatan Hakim bicara [2] Liabiliti dalam kes ini telah diputuskan oleh Hakim bicara sebanyak 90% di pihak Perayu/Defendan dan 10% di pihak Plaintif/Responden atas sumbang cuai. Kemalangan berlaku menurut versi Plaintif, semasa Plaintif yang berada di atas motorsikal melalui Jalan Masai Lama dari Masai menuju ke Taman Scientex, apabila Defendan yang datang dari arah bertentangan telah membelok ke kanan secara mengejut ke premis hardware yang terletak di kiri Plaintif. Plaintif terus membrek dan mengelak tetapi oleh kerana jarak yang terlalu dekat telah berlanggar juga dengan motorlori Defendan. [3] Versi Defendan pula ialah apabila tiba di Jalan Masai Lama dengan memberi isyarat untuk ke kanan dan berhenti dan setelah kenderaan dari arah bertentangan memberi isyarat untuk Defendan membelok, Defendan membelok ke kanan apabila tiba-tiba motorsikal Plaintif dari arah kiri (dari Page 3 of 13 jalan bertentangan) terus melanggar motorlori Defendan di bahagian tepi sebelah kiri. [4] Dapatan Hakim bicara yang penting ialah ‘apabila sampai di tempat kejadian, Defendan memberi isyarat, berhenti dan membelok ke kanan untuk ke premis kedai hardware yang terletak di sebelah kiri jalan yang dilalui Plaintif. Setelah defendan membelok ke kanan, kemalangan berlaku di mana plaintif telah melanggar di bahagian kiri motorlori defendan’. [5] Liabiliti 90:10% atas Defendan: Plaintif atas dapatan Hakim bicara ialah kerana Plaintif mempunyai ‘right of way’ dengan bersandarkan kepada peraturan 3(2)(b) L.N 166/59 seperti berikut: “Rule 3. Keeping to the left
1
Every vehicle shall ordinarily be driven on the left hand side of the road, that is to say that part of the road which lies between the centre thereof and the left hand edge of the road, and shall allow all traffic which is proceeding in the opposite direction to pass on the right hand side.
2
The driver of each and every vehicle when driven on a road shall-
a
give right of way to traffic on or approaching from his right at any roundabout;
b
give right of way to traffic travelling straight ahead before turning across the path of such traffic.” [6] Atas sumbang cuai oleh Plaintif 10%, Hakim bicara mendapati Plaintif menunggang motorsikal pada kelajuan 80km/j iaitu melebihi had 60km/j yang dibenarkan. Mahkamah bicara memutuskan “jika Plaintif memandu pada kelajuan sepatutnya, Plaintif mungkin akan dapat Page 4 of 13 mengawal motorsikal beliau denga cuba memberhentikannya sebelum merempuh motorlori Defendan atau sekiranya rempuh juga impak adalah kurang daripada apa yang kini dialami oleh Plaintif’”. Analisa Mahkamah yang mendengar rayuan: atas isu liabiliti [7] Mahkamah yang mendengar rayuan mempunyai budibicara untuk membuat apa-apa dapatan daripada fakta-fakta yang telah dikemukakan mengikut keterangan. Di dalam kes Mohamed Abdullah v Chah Hea Sang (1980) 2 MLJ 282, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: ‘an appeal court at liberty to form an independent opinion on conclusion, which should be reasonably drawn from facts specifically found’. [Lihat juga: Perembun (M) Sdn. Bhd v Conlay Construction Sdn Bhd [2012] 4 MLJ 149 (Mahkamah Rayuan)] [8] Dalam kes Yong Sze Fatt v Pengkalan Securities Sdn Bhd [2010] 1 MLJ 85 (COA) di mukasurat 106-107, intervensi Mahkamah yang mendengar rayuan perlu dalam situasi berikut: “[64] Finally, I will now say something about the finding of facts by the High Court which has been alluded to by my learned brother Low Hop Bing JCA. An appellate court will not readily interfere with the finding of facts arrived at by the trial court. It is trite law that the primary task of evaluation of the evidence and the function of determining where the truth lies, on a balance of probabilities, is entrusted by law to the trial court. In this appeal it is to the High Court. And the appellate court is under a duty to intervene with the Page 5 of 13 finding of facts by the trial court where the trial court has so fundamentally misdirected itself that a reasonable man may safely say that no reasonable court which had properly directed itself and asked the right questions would have arrived at the same conclusion”. [9] Bersandarkan atas prinsip ini, Mahkamah ini berpandangan Hakim bicara telah khilaf apabila setelah membuat dapatan bahawa berlaku cuai sumbang di pihak Plaintif apabila memandu melebihi had limit yang dibenarkan, namun pada masa yang sama gagal memberi pertimbangan yang sewajarnya bagi mencapai satu justifikasi punca kemalangan ialah akibat pemanduan melebihi had laju oleh Plaintif sedangkan Defendan berada pada laluan dibenarkan memotong ke kanan kerana adanya garis putus-putus untuk membelok. [10] Ini ditambah dengan dapatan Hakim bicara bahawa terdapat kenderaan-kenderaan lain yang berada di laluan yang sama seperti Plaintif yang memberi laluan dengan membenarkan Defendan membelok ke kanan. Oleh itu, pada pandangan Mahkamah ini Hakim bicara telah khilaf apabila membuat dapatan seterusnya seperti berikut ‘Defendan pertama yang datang dari arah hadapan Plaintif telah membelok ke kanan ke premis kedai hardware secara mengejut’ bertentangan dengan dapatan awal Mahkamah bahawa Defendan telah memberi isyarat dan berhenti sebelum membelok ke kanan ketika kenderaan lain pada laluan bersebelahan juga berhenti untuk membenarkan Defendan berbuat demikian. Lebih-lebih lagi keterangan saksi Plaintif pegawai penyiasat SP3 sendiri mengesahkan versi Defendan ini konsisten di antara laporan polisnya ID6 dan rakaman kenyataan Defendan. Page 6 of 13 [11] Akibat kegagalan mengarahkan mindanya kepada penemuan ini maka timbul kekhilafan di pihak Hakim bicara (a non-direction amounting to a misdirection). Mahkamah ini berpandangan Hakim bicara telah khilaf seterusnya untuk mengajukan soalan ataupun memberi pertimbangan kepada fakta bahawa berlaku kegagalan di pihak Plaintif untuk mengenalpasti situasi bahawa terdapat kenderaan dalam keadaan berhenti di laluannya yang mewajarkan Plaintif mengamalkan sikap lebih berhemah atau lebih berhati-hati dengan memperlahankan kenderaan motorsikalnya. Ini, walau bagaimanapun tidak berlaku. [12] Penemuan Hakim bicara bahawa Plaintif seorang saksi yang kredibel tanpa mengarahkan minda kepada perbezaan keterangan di antara keterangan Plaintif dan saksi Plaintif iatu pegawai penyiasat SP3 berhubung kewujudan garis putus-putus di jalan membawa kepada Mahkamah ini meneliti keterangan Plaintif dengan lebih berhati-hati. [13] Kewujudan garis putus-putus ini adalah penting kerana ia boleh membawa kepada implikasi liability yang berbeza. Plaintif di dalam keterangannya menyatakan gambar google map yang dirujuk oleh Defendan adalah gambar terbaru dan menyatakan semasa kemalangan tiada garis putus-putus ini. Ia nyata berbeza dengan keterangan SP3 yang mengesahkan melalui gambar yang diambilnya pada hari kejadian dan rajah kasar yang dibetulkan P7, jelas menunjukkan wujudnya garis putus-putus ini. SP3 turut mengesahkan keterangan dokumentar ini menunjukkan tempat yang sama. Hakim bicara tidak ada menyentuh mengenai perbezaan material keterangan Plaintif berbanding SP3 yang disokong oleh keterangan dokumentar lain. Page 7 of 13 [14] Ini ditambah dengan keterangan SP3 juga yang menyatakan kemalangan berlaku di laluan A-A1 dan bukan di tempat bertanda ‘X’ seperti yang ditanda Plaintif di A1-A2. Malahan, Plaintif juga dalam keterangannya yang sering berubah-ubah semasa soal-balas, pada awalnya menyatakan dia hendak membelok ke kanan di lampu isyarat di hadapan dan ini menjelaskan kenapa dia berada di atas jalan di bahagian laluan kanan jalan. Plaintif kemudian menukar versinya menyatakan di laluan kiri terdapat banyak kereta maka dia mengambil laluan di kanan jalan tetapi dia sebenarnya hendak menghala terus dan bukan membelok ke kiri di lampu isyarat. [15] Atas analisa ini, Mahkamah ini berpendapat Hakim bicara sekiranya telah meneliti keseluruhan fakta dengan lebih menyeluruh akan mencapai satu keputusan yang berbeza bahawa Plaintif turut cuai dalam pemanduannya yang mewajarkan satu penemuan liability yang lebih seimbang 50:50 di pihak plaintif: defendan. Oleh itu, atas isu liability Mahkamah ini memutuskan keputusan Hakim bicara wajar diganggu dan diubah daripada 90:10 kepada 50:50 di pihak plaintif: defendan. Analisa Mahkamah atas isu kuantum [16] Bagi rayuan atas kuantum, Perayu/Defendan di dalam memorandum rayuan telah membangkitkan isu-isu sperti berikut: i. khilaf apabila membenarkan award RM20,000.00 untuk ‘posterior cruciare ligament (PCL) sedangkan kecederaan ini tidak berkaitan dengan kemalangan dan tidak dinyatakan dalam laporan perubatan awal; ii. khilaf apabila membenarkan award RM50,000.00 untuk ‘erectile dysfunction’ sedangkan kecederaan ini tidak Page 8 of 13 berkaitan dengan kemalangan dan tidak dinyatakan dalam laporan perubatan awal dengan fakta Plaintif mempunyai anak selepas kemalangan; iii. khilaf apabila membenarkan award RM50,000.00 untuk ‘medical treatment with PDE5 inhibitors’ sedangkan kecederaan tidak berkaitan dengan kemalangan dan tidak dinyatakan dalam laporan perubatan awal dengan Plaintif mempunyai anak selepas kemalangan; iv. khilaf apabila membenarkan Plaintif sejumlah RM144,000.00 untuk kehilangan pendapatan sedangkan ia tidak disokong oleh dokumen dan tidak dibuktikan dari keterangan wakil majikan; v. khilaf apabila membenarkan RM100,000.00 untuk kehilangan pendapatan kapasiti sedangkan tuntutan tersebut tidak dibuktikan secara sah melalui saksi; vi. khilaf apabila membenarkan RM34,560.00 bagi kos orthosis sedangkan kecederaan ini tidak dinyatakan dalam laporan perubatan awal. [17] Dalam mendengar rayuan ini, Mahkamah ini telah membenarkan rayuan Perayu/Defendan dengan mengetepikan 2 award sahaja iaitu: a) award RM50,000.00 untuk ‘erectile dysfunction’; b) award RM50,000.00 untuk ‘medical treatment with PDE5 inhibitors’. [18] Mengambil kira rayuan yang difailkan oleh Responden/Plaintif terhadap keputusan Mahkamah ini yang membenarkan rayuan atas isu kuantum ini (isu liability telah dibincangkan di atas), yang diketepikan oleh Page 9 of 13 Mahkamah ini bagi 2 award, maka alasan penghakiman ini disediakan untuk memberi alasan kenapa Mahkamah ini berpendapat 2 award atas kecederaan ini wajar diketepikan. Tiada rayuan dibuat oleh Perayu/Defendan terhadap keputusan Mahkamah ini berhubung award-award lain yang dikekalkan maka tiada alasan disediakan berhubung award lain. Penemuan Hakim bicara dan Analisa Mahkamah ini yang mendengar rayuan [19] Fakta yang tidak dinafikan ialah seorang bayi dengan nama yang disebut sendiri oleh Plaintif sebagai ‘Fatul Katiqah’ dengan berdasarkan buku Rekod Kesihatan bayi (dikemukakan sebagai P15 oleh Plaintif/Responden) semasa bicara. Fatul dilahirkan pada 7.9.2020 (tarikh kemalangan 7.3.2019). Ibu kepada bayi ini ialah Amelia Bte Mohd Salleh isteri kedua Plaintif beralamat di Port Dickson berdasarkan kad pengenalannya dan di Kota Tinggi, Johor berdasarkan laporan adjuster. [20] Plaintif semasa disoal oleh peguamnya menyatakan dia ada anak kecil, namun menafikan ‘Fatul’ adalah anaknya dengan berpandukan bahawa tiada butiran nama Plaintif direkodkan sebagai ‘bapa’ di P15. Alasan yang diberi semasa disoal oleh peguam Plaintif sendiri ialah kerana Plaintif dan Amelia (ibu kepada Fatul) tidak bersama. Ini bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Plaintif semasa disoal oleh peguam Defendan bahawa Plaintif tiada bukti dia (Plaintif) bukan bapa kepada ‘Fatul’. [21] Apa yang menjadi isu ialah sama ada dengan kelahiran ‘Fatul’, membawa maksud Plaintif tidak mengalami masalah ED. Jika dilihat kepada laporan ‘adjuster’ bertarikh 8.5.2020 yang membuat catatan Page 10 of 13 seperti berikut (lihat muka surat 16 Jilid 4), butir-butir berikut diperhatikan oleh Mahkamah ini yang timbul hasil siasatan latar belakang keluarga seperti berikut: Bersama isteri: Rubiah bte Abd Karim a. Anak: Syed Mohamad Helmi Hafzan lahir: 10.10.2000 Butiran bapa: tidak diperolehi Isteri Rubiah berusia: 13 tahun b. Anak: Sharifah Shahirah lahir 27.3.2002 Butiran bapa: Anuar Bin Aziz Isteri Rubiah berusia: 17 tahun c. Mohamad Helmi Farhan lahir 31.8.2004 Butiran bapa: Anuar Bin Aziz Isteri Rubiah berusia: 19 tahun d. Anak: Nur Qameesa Hidayat Binti Abdullah lahir 11.8.2005 (Tiada sijil lahir dilampirkan) e. Muhammad Helmi Firdaus Bin Anuar lahir 19.5.2010 Butiran bapa: Anuar Bin Aziz Isteri Rubiah berusia: 25 tahun Bersama isteri: Amelia Bte Mohd Salleh f. Fatin Qaleysah Binti Mat Sani lahir 4.2.2015 Butiran ibu: Amelia Binti Mohd Salleh. Page 11 of 13 [22] Apa yang dapat dilihat daripada butiran di atas, menunjukkan anak-anak yang diakui oleh Plaintif di dalam keterangannya seramai 6 orang sebagai anaknya namun yang nyata ketara ialah ada 3 daripadanya yang tidak ber‘bin’ pada Plaintif. Tiada keterangan juga dikemukakan kenapa keadaan ini wujud namun Plaintif kekal mengakui mereka adalah anak-anaknya. [23] Begitu juga laporan perubatan oleh Dr. Jeyaratnam of Clinical Orthopaedics bertarikh 31.10.2019 menunjukkan Plaintif mempunyai 9 orang anak. Semasa soal balas, Plaintif menyatakan isteri ketiganya tidak bekerja kerana menjaga anak yang masih kecil. Plaintif juga menyatakan 3 lagi anaknya termasuk ‘Fatin Kalisha’ beribukan isteri kedua bernama Norhamisah dan mereka berada di Indonesia dan tidak dapat dibekalkan dokumen kelahiran mereka. Walau bagaimanapun, Plaintif kemudian menukar ceritanya dan menyatakan isteri kedua ialah Amelia Bte Mohd Salleh dan ‘Fatin Kalisha@Qalisha’ adalah anak Amelia. [24] Mahkamah ini berpendapat tindakan Plaintif yang kerap menukar cerita, jika versinya ingin dilihat sebagai logik dan munasabah, memerlukan keterangan sokongan lain untuk menjadikan versi keterangan Plaintif sebagai kredibel. Oleh itu, untuk Plaintif menyatakan anak yang lahir pada 7.9.2020 beribukan Amelia Bte Mohd Salleh bukan anak Plaintif memerlukan keterangan sokongan lain untuk menjadikan versi Plaintif sebagai kredibel. [25] Di dalam keadaan tiada apa-apa penjelasan yang munasabah yang ditawarkan oleh Plaintif, sama ada ujian DNA atau dokumen daftar kelahiran atau keterangan untuk menunjukkan isterinya Amelia tidak berada di alamat kediaman Plaintif, menjadikan versinya bahawa anak Page 12 of 13 yang lahir pada 7.9.2020 bukan anak Plaintif tidak wajar diterima oleh Mahkamah ini (lihat: Aziz Muhamad Din v PP [1997] 1 CLJ Supp 523). [26] Atas dapatan ini, Mahkamah ini memutuskan tuntutan Plaintif untuk kecederaan ED dan tuntutan yang berkait dengannya ‘medical treatment with PDE5 inhibitors’ telah gagal dibuktikan oleh Plaintif dan dengan itu, juga diketepikan oleh Mahkamah ini. Rayuan ini dibenarkan setakat liability dan kuantum seperti yang diputuskan dalam penghakiman ini. -Tandatangan- (NURULHUDA NUR’AINI BINTI MOHAMAD NOR) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Bertarikh: 28 Februari 2024 Page 13 of 13 KAUNSEL Bagi pihak Perayu/Defendan: Krishnaveni Subramaniam Tetuan S. Satheesan & Co Peguambela & Peguamcara No. 10-02, Jalan Adda 7 Taman Adda Heights 81100 Johor Bahru [SS/4049/19/PI/NR] Bagi pihak Responden/Plaintif: Kala Lakshmi Annamalai Tetuan Othman Hashim & Co Peguambela & Peguamcara LP Floor, Unit LP08-09, Menara TJB No. 9 Jln Syed Mohd Mufti 80000 Johor Bahru [LT/LIBERTY (JB)-425 (C)/TKH/AS/2019/SG/KL/az]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.