Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B-05(H)-311-06/2024
B-05(H)-311-06/2024
Court of Appeal of Malaysia3 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B-05(H)-311-06/2024
1
1.
2
2.
3
3.
4
MOHD YUSOF BIN HUSIN - PERAYU DAN PENDAKWA RAYA - RESPONDEN [Dalam Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam,
1
Adi Bastian Bustami S/N 7akpMVzDEmW4HoRkgbByw
2
Tengku Mohd Bashah Bin Tengku Husin
3
Zali Bin Saad
4
Mohd Yusof Bin Husin] KORAM: SEE MEE CHUN, HMR AZMAN BIN ABDULLAH, HMR AZMI BIN ARIFFIN, HMR PENGHAKIMAN Mukadimah [1] Pendakwaan terhadap keempat-empat perayu bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor Darul Ehsan terhadap pertuduhan seperti yang berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 21.6.2023 jam lebih kurang 10.30 malam di atas sebuah bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran, di kedudukan garis lintang 02 darjah 35.349’ minit utara dan garis bujur 101 darjah 35.222’ minit timur dalam perairan Malaysia pada jarak 3.4 batu nautika dengan daratan berhampiran Tanjung Rhu, Sepang Selangor telah melakukan penyeludupan migran iaitu (29) warga asing sepertimana di lampiran A. Oleh itu, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti S/N 7akpMVzDEmW4HoRkgbByw Penyeludupan Migran 2007 [Akta 670] yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan [Akta 574]”. Hukuman: Hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau kedua-duanya. [2] Pada 11 Jun 2024, pertuduhan tersebut telah dibacakan dan diterangkan kepada keempat-empat perayu di dalam Bahasa Malaysia. Keempat-empat perayu mengaku salah, memahami sifat dan akibat pengakuan salah mereka. [3] Keempat-empat perayu telah dijatuhi hukuman pemenjaraan selama lapan (8) tahun bermula dari tarikh tangkap (21 Jun 2023) dan bot serta segala peralatan lain dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia. [4] Terkilan dengan hukuman yang dikenakan, keempat-empat perayu telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman sahaja. Fakta Kes (Ekshibit P3) [5] Pada 26 Januari 2023 jam lebih kurang 10.30 malam, pengadu Bintara Kanan Maritim Ahmad Salleh Bin Mohd Arif dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ketika melaksanakan Operasi Murni di perairan Selat Melaka dan Negeri Sembilan menggunakan sebuah bot PETIR 84 bersama 4 anggotanya, telah menerima maklumat satu kontak curiga daripada SWASLA Lumut. S/N 7akpMVzDEmW4HoRkgbByw [6] Pada 26 Januari 2023 jam lebih kurang 10.30 pagi pengadu bersama empat (4) anggotanya telah memeriksa sebuah bot gentian kaca tiada nombor Pendaftaran di Garis Lintang 02 35.349' Utara dan Garis Bujur 101° 35.222' Timur iaitu lebih kurang 3.4 batu nautika daratan terhampir Tanjung Rhu, Sepang, Selangor di dalam perairan Malaysia. [7] Hasil pemeriksaan awal mendapati sebuah bot gentian kaca tiada nombor pendaftaran didapati membawa penumpang seramai 33 warga asing terdiri daripada tiga (3) warganegara Myanmar dan tiga puluh (30) warganegara Indonesia cuba memasuki Malaysia melalui jalan yang tidak sah. Bot ditahan dan kesemua tangkapan diiringi ke Jeti Maritim Negeri Melaka Dan Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya. [8] Pemeriksaan lanjut mendapati bot gentian kaca tersebut dalam perjalanan masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan. Kesemua mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] dan Aktalmigresen 1959/63 [Akta 155] termasuk bot gentian kaca tiada nombor pendaftaran yang digunakan. Laporan polis berkaitan tangkapan dan rampasan dibuat sepertimana Report SG PELEK/000272/23. [9] Siasatan dijalankan dan mendapati empat (4) daripada kesemua tangkapan iaitu Zali Bin Saad (tertuduh Pertama) merupakan tekong bot manakala Tengku Mohd Bashah Bin Tengku Husin (tertuduh ke dua), Adi Bastian Bustami (tertuduh ke tiga) dan Mohd Yusof Bin Husin (tertuduh ke empat) telah menyeludup dua puluh sembilan (29) orang migran warga Indonesia dan Myanmar (tiada dokumen) masuk ke Malaysia iaitu: S/N 7akpMVzDEmW4HoRkgbByw
1
1.
2
2.
3
3.
4
4.
5
5.
6
6.
7
7.
8
8.
9
9.
10
10.
11
11.
12
12.
13
13.
14
14.
15
15.
16
16.
17
17.
18
18.
19
19.
20
20.
21
HANDAYANI GUSTI KESUMA BINTI AGUS SUDARYATNO /
22
22.
23
23.
24
24.
25
YUNITARAHMAWATI / PEREMPUAN / 30 TAHUN / INDONESIA S/N 7akpMVzDEmW4HoRkgbByw
26
26.
27
27.
28
28.
29
WATI BINTI SARIP / PEREMPUAN / 44 TAHUN / INDONESIA [10] Siasatan dijalankan berkaitan pengesahan koordinat kawasan tempat kejadian oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan laporan menunjukkan semasa tangkapan di tempat kejadian, telah disahkan berada di perairan Malaysia. [11] Deposisi 29 orang migran yang dituduh dan disabitkan di bawah seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 juga telah direkodkan pada 15 Ogos 2022 dan telah mengecam Zali Bin Saad (tertuduh pertama) sebagai pengemudi bot tersebut atau tekong manakala pembantu tekong adalah Tengku Mohd Bashah Bin Tengku Husin (tertuduh kedua), Adi Bastian Bustami (tertuduh ketiga) dan Mohd Yusof Bin Husin (tertuduh keempat). Mereka juga mengecam bot yang dinaiki untuk datang ke Malaysia sebelum ditahan oleh pihak Maritim Malaysia. [12] Berdasarkan keterangan yang ada, adalah jelas bahawa keempat-empat tertuduh bersama-sama berperanan mengatur untuk menyeludup
29
orang migran warganegara Indonesia dan Myanmar untuk masuk ke Malaysia secara menyalahi undang-undang. Kesemua tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] dan dihukum dibawah seksyen yang sama kerana mereka adalah tekong dan pembantu tekong yang mengangkut 29 orang migran untuk diseludup S/N 7akpMVzDEmW4HoRkgbByw masuk ke Malaysia menggunakan bot gentian kaca tiada nombor pendaftaran sebagai pengangkut. Dapatan Hakim Mahkamah Tinggi [13] Di dalam alasan penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana di antara lainnya mengatakan seperti yang berikut: [20] Di dalam kes sekarang, tertuduh telah mengaku salah dan ini menjimatkan masa Mahkamah dan mengurangkan perbelanjaan Kerajaan sekiranya perbicaraan diteruskan. [21] Mahkamah ini menimbangkan ini merupakan kesalahan pertama tertuduh. [29] One further matter that I should touch upon is that very recently, on the 25 June 2024, it was reported in the media that Malaysia has been upgraded to Tier 2 in the latest Trafficking in Persons Report by the State Department of the United States of America. Therefore, the courts have to play its role in ensuring that Malaysia progresses to Tier 1 and not slip to Tier 2 watchlist or worse still, Tier 3. If that happens there can be dire consequences for the country. Therefore, courts should be ever vigilant and make sure that the offences under ATIPSOM are not taken lightly but are dealt with strictly in accordance with the principles of law especially on sentencing. The court's pace should keep up with mankind's march against human trafficking which is a form of modern-day slavery. S/N 7akpMVzDEmW4HoRkgbByw Petisyen Perayu-Perayu [14] Di dalam petisyen rayuan bertarikh 20 Ogos 2024 (Kandungan 7), perayu-perayu mengemukakan alasan-alasan yang di antara lainnya adalah seperti yang berikut:
a
Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana telah terkhilaf apabila mempertimbangkan Laporan Pemerdagangan Manusia bertarikh 25 Jun 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat serta nas-nas berkaitan dengan isu pemerdagangan manusia dalam menentukan dan / atau menilai keseriusan kesalahan penyeludupan migran di Malaysia;
b
Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana telah tersalah arah apabila mempertimbangkan fakta yang tidak relevan kepada kesalahan yakni suatu laporan media pada 25 Jun 2024 bahawa Malaysia disenaraikan dalam kedudukan Tier 2 dalam Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) Amerika Syarikat 2024 ("Laporan TIP”) dalam mengenakan hukuman kepada perayu-perayu; dan
c
Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana gagal mengambil kira trend hukuman secara menyeluruh bagi kesalahan di bawah seksyen 26A ATIPSOM. Keputusan Kami [15] Sebelum kami memutuskan tempoh hukuman yang setimpal dan bersesuaian dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh perayu-perayu adalah penting bagi kami menyentuh berkaitan Trafficking in Persons S/N 7akpMVzDEmW4HoRkgbByw Report by the United States of America 2024 (“Laporan TIP”) yang telah diambilkira oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana di dalam mengenakan hukuman terhadap perayu-perayu. [16] Sewajarnya dijelaskan bahawa “Laporan TIP” tersebut adalah berkaitan pemerdagangan orang sedangkan rayuan di hadapan kami ini adalah berkaitan penyeludupan migran. Di antara kandungan penting di dalam “Laporan TIP” tersebut adalah mengenai perkara-perkara yang berikut: “Prioritized Recommendations-...Increase efforts to investigate and prosecute trafficking cases-as distinct from migrant smuggling including those involving complicit officials and forced labour crimes." "Prosecution-Law enforcement officers continued to conflate human trafficking and migrant smuggling, which impeded overall anti-trafficking law enforcement and victim identification efforts.” [17] Sesungguhnya kami amat menyedari tentang perbezaan di antara kesalahan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Namun begitu pada hemat kami, rujukan yang dibuat kepada “Laporan TIP” tersebut oleh Hakim Mahkanmah Tinggi yang bijaksana dalam menentukan hukuman yang berpatutuan tidak sama sekali memprejudiskan atau mengundang apa-apa ketidakadilan kepada perayu-perayu ini. [18] Sebelum kami memutuskan tempoh hukuman yang berpatutan dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh perayu-perayu ini adalah S/N 7akpMVzDEmW4HoRkgbByw penting bagi kami merujuk kepada trend-trend hukuman duluan sebagai panduan yang amat bernilai meski pun diakui ianya tidak mengikat keputusan yang bakal dibuat oleh Hakim Bicara. Di antaranya adalah seperti yang berikut:
1
7 Disember 2022 Di dalam kes Muhammad Anas bin Abdul Mutalib MRRJ No: J-05(SH)- 159-04/2022, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 kerana melakukan kesalahan penyeludupan 21 orang migran dan dikenakan hukuman pemenjaraan selama 10 tahun dari tarikh tangkap (8 Jun 2020). Perayu / tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu dibenarkan dan hukuman pemenjaraan dikurangkan dari 10 tahun kepada 7 tahun dari tarikh tangkap (8 Jun 2020).
2
7 Disember 2022 Di dalam kes Mohd Fairuz Bin Mohd Noh MRRJ No: J-05(SH)-160- 04/2022, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 kerana melakukan kesalahan penyeludupan 21 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 10 tahun dari tarikh tangkap (8 Jun 2020). S/N 7akpMVzDEmW4HoRkgbByw Perayu / tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu dibenarkan dan hukuman pemenjaraan dikurangkan dari 10 tahun kepada 7 tahun dari tarikh tangkap (8 Jun 2020).
3
7 Disember 2022 Di dalam kes Mohd Nurhafidz bin Abu Bakar MRRJ No: J-05(SH)-161- 04/2022, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 kerana melakukan kesalahan penyeludupan 21 orang migran dan dikenakan hukuman pemenjaraan selama 10 tahun dari tarikh tangkap (8 Jun 2020). Perayu / tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu dibenarkan dan hukuman pemenjaraan dikurangkan dari 10 tahun kepada 7 tahun dari tarikh tangkap (8 Jun 2020).
4
7 Disember 2022 Di dalam kes Saiful Izuan Bin Mohd Shareff MRRJ No: J-05(SH)-162- 04/2022, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 kerana melakukan kesalahan penyeludupan 21 orang migran dan dikenakan hukuman pemenjaraan selama 10 tahun dari tarikh tangkap (8 Jun 2020). S/N 7akpMVzDEmW4HoRkgbByw Perayu / tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu dibenarkan dan hukuman pemenjaraan dikurangkan dari 10 tahun kepada 7 tahun dari tarikh tangkap (8 Jun 2020).
5
7 Disember 2022 Di dalam kes Noor Azmi bin Adum MRRJ No: J-05(SH)-163-04/2022, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 kerana melakukan kesalahan penyeludupan 21 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 10 tahun dari tarikh tangkap (8 Jun 2020). Perayu-perayu / tertuduh-tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu-perayu dibenarkan dan hukuman pemenjaraan dikurangkan dari 10 tahun kepada 7 tahun dari tarikh tangkap (8 Jun 2020).
6
9 November 2022 Di dalam kes Zulkifli Bin Muhammad v. Pendakwa Raya MRRJ No: J- 05-155-04/2022, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 kerana melakukan kesalahan penyeludupan 24 orang migran dan dikenakan hukuman pemenjaraan selama 10 tahun dari tarikh tangkap. S/N 7akpMVzDEmW4HoRkgbByw Perayu / tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap hukuman dikekalkan.
7
16 Jun 2023 Di dalam kes Muhammad Syafiq Bin Salleh@Hasan v. Pendakwa Raya MRRJ No: D-05(H)-418-11/2021, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi di Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 bagi penyeludupan seorang migran dan dikenakan hukuman pemenjaraan selama 8 tahun dari tarikh tangkap (22 September 2019). Perayu/tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap hukuman dikekalkan.
8
19 Jun 2023 Di dalam kes Pendakwa Raya v. Wong Hoe Liong MRRJ No: Q-05(H)- 303-07/2022, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 kerana melakukan kesalahan kesalahan penyeludupan sembilan (9) orang migran warganegara Indonesia dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 3 tahun dari tarikh tangkap (10 Mac 2021). Pendakwa Raya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan Pendakwa raya dibenarkan dan hukuman S/N 7akpMVzDEmW4HoRkgbByw pemenjaraan dinaikkan kepada 7 tahun dari tarikh tangkap (10 Mac 2021).
9
23 Mei 2024 Di dalam kes Pendakwa Raya v. Iswanto Bin Lagiman MRRJ No: J- 05(H)-520-11/2023, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi kerana melakukan kesalahan pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 kerana melakukan kesalahan penyeludupan enam (6) orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 5 tahun dari tarikh tangkap (21 Mac 2021). Pendakwa Raya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan Pendakwa raya dibenarkan dan hukuman pemenjaraan dinaikkan kepada 8 tahun dari tarikh tangkap (21 Mac 2021).
10
5 Julai 2024 Di dalam kes Zainal Bin Lampe v. Pendakwa Raya MRRJ No: B-05(H)- 474-10/2023, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 kerana melakukan kesalahan penyeludupan 21 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama lapan (8) tahun penjara bermula dari tarikh tangkap (1 Julai 2022). S/N 7akpMVzDEmW4HoRkgbByw Perayu / Tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap hukuman dikekalkan.
11
5 Julai 2024 Di dalam kes Rosli Bin Kitan v. Pendakwa Raya MRRJ No: B-05(H)- 475-10/2023, Tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 kerana melakukan kesalahan penyeludupan 21 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama lapan (8) tahun penjara bermula dari tarikh tangkap (1 Julai 2022). Perayu/tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap hukuman dikekalkan.
12
5 Julai 2024 Di dalam kes Rusli Bin Genep v. Pendakwa Raya MRRJ No: B-05(H)- 476-10/2023, Tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 kerana melakukan kesalahan penyeludupan 21 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama lapan (8) tahun penjara bermula dari tarikh tangkap (1 Julai 2022). Perayu / Tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap hukuman dikekalkan. S/N 7akpMVzDEmW4HoRkgbByw
13
5 Julai 2024 Di dalam kes Ajiman bin Rahman v. Pendakwa Raya MRRJ No: B- 05(H)-477-10/2023, tertuduh telah mengaku salah di Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 kerana melakukan kesalahan penyeludupan 21 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama lapan (8) tahun penjara bermula dari tarikh tangkap (1 Julai 2022). Perayu / Tertuduh telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan Perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap hukuman dikekalkan.
14
13 November 2024 Di dalam kes Pendakwa Raya v. Nur Banti Bin Abd Rahman & Herman MRRJ No: B-05(H)-85-02/2024, tertuduh mengaku salah di Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan di bawah seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 kerana melakukan kesalahan penyeludupan 25 orang migran dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 4 tahun dari tarikh tangkap (9 Oktober 2023). Pendakwa Raya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman. Rayuan Pendakwa raya dibenarkan dan hukuman pemenjaraan dinaikkan kepada 8 tahun dari tarikh tangkap (9 Oktober 2023). S/N 7akpMVzDEmW4HoRkgbByw Kesimpulan [19] Setelah mendengar penghujahan lisan kedua-dua pihak berkaitan hukuman dan setelah mengambil pertimbangan faktor kepentingan awam, keseriusan kesalahan dan mitigasi perayu-perayu, kami sebulat suara mendapati hukuman pemenjaraan selama lapan (8) dari tarikh tangkap (21 Jun 2023) yang dijatuhi oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana bukanlah sesuatu yang boleh disifatkan sebagai manifestly excessive bagi mewajarkan kami mengusik atau campurtangan terhadap hukuman tersebut. [20] Rayuan perayu-perayu ditolak. Keputusan Mahkamah Tinggi terhadap hukuman dikekalkan. Tarikh: 8 April 2025 - Sgd - Azmi bin Ariffin Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia S/N 7akpMVzDEmW4HoRkgbByw Kaunsel Bagi Perayu : Collin Arvind Andrew Shahlini Sree Kumar [Collin's Law Chambers (Kuala Lumpur)] Bagi Responden : Eyu Ghim Siang [Timbalan Pendakwa Raya] S/N 7akpMVzDEmW4HoRkgbByw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.