Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO RA-B53KJ-2-05/2022
RA-B53KJ-2-05/2022
Sessions Court of Malaysia8 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“membuat tolakan 1/3. Pendapat Mahkamah berkenaan isu inflasi dan kenaikan kos ini adalah selaras dengan prinsip undang-undang yang dinyatakan dalam kes Raji Transport Sdn Bhd & Anor v Idayu Zulkafli [2004] AMEJ 0087; [2004] 5 CLJ 479, HC di mana YA Low Hop Bing, telah menyatakan bahawa:- **Note : Serial number will be”
“994] 2 MLJ 497, Phuah Jee Suan v Nila Vasu Pillai [1973] 1 MLJ 186, Abdul Ghani Bin Hamid v Abdul Nasir Bin Abdul Jabbar & Anor [1995] 4 CLJ 317, Raji Transport Sdn bhd & Anor v Idayu Binti Zulkafli [2004] MLJU 36 dan dalam kes yang di putuskan di England iaitu Fletcher v Autocar and Transporter Ltd [1968]1 ALL ER 726”
“proposed by the Claimant is reasonable having regard to those needs. (Massey v Tameside and Glossop Acute Services NHS Trust [2007] EWHC 317 (QB), per Teare J. at para. 59; Taylor v Chesworth and MIB [2007] EWHC 1001 (QB), per Ramsay J. at para 84.)" Jelas daripada kesemua kes-kes yang dinyatakan bahawa Mahkamah tidak”
“10. A very helpful restatement of the proper approach to be taken is to be found at paragraph 94 in the judgment of Lloyd Jones, J as he then was, in A v. Powys Health Board [2007] EWHC 2996: "The basis of assessment is the test of reasonableness as stated in Rialis v Mitchell, (Court of Appeal, 6th July 1984) and Sowd”
“re and extent of the Claimant's needs and then to consider whether what is proposed by the Claimant is reasonable having regard to those needs. (Massey v Tameside and Glossop Acute Services NHS Trust [2007] EWHC 317 (QB), per Teare J. at para. 59; Taylor v Chesworth and MIB [2007] EWHC 1001 (QB), per Ramsay J. at para”
“he plaintiff was awarded the sum of $132,000.00 as the cost of acquiring and maintaining an electronic artificial arm.” Seterusnya di dalam kes MARION MILLER v. IMPERIAL COLLEGE HEALTHCARE NHS TRUST [2014] EWHC 3772 (QB) telah diputuskan seperti berikut:-”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO RA-B53KJ-2-05/2022
2
NABIL AKHBAR BIN AFIZAN [mendakwa sebagai wakil diri harta pusaka dan sebagai anak yang sah/tanggungan kepada
3
Afizan bin Ahmad, si mati] NURUL SALSABILA BINTI AFIZAN [mendakwa sebagai wakil diri harta pusaka dan sebagai anak yang sah/tanggungan kepada
4
Afizan bin Ahmad, si mati] IBNI SYABIL BIN AFIZAN [mendakwa sebagai wakil diri harta pusaka dan sebagai anak yang sah/tanggungan kepada Afizan bin Ahmad, si mati] ... PLAINTIF-PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
THIRAWUT A/L BOON KLEN BOON KLEN A/L EPAT … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Plaintif pertama membawa tuntutan ini terhadap defendan-defendan bagi menuntut gantirugi am dan khas, faedah dan kos akibat satu kemalangan jalan raya pada 26 Mei 2019 semasa menunggang m/sikal No: KCB 4139 dengan defendan pertama dan kedua yang menunggang motosikal No: RY 8453 dan m/sikal No: KY 8181 di Jalan Behor Pulai. Tuntutan plaintif kedua, ketiga dan keempat telah diselesaikan melalui penghakiman persetujuan. Plaintif pertama telah merayu terhadap isu liabiliti manakala defendan pertama merayu terhadap isu kuantum dan defendan kedua dan ketiga merayu atas isu liabiliti dan kuantum. LIABILITI Isu utama yang perlu diputuskan oleh mahkamah ini adalah arah perjalanan plaintif samada plaintif menunggang motosikal KCB 4139 dari arah atas ke bawah rajah kasar (P1) di laluan (A2-A3) atau membuat pusingan U turn di laluan defendan-defendan (A1-A2). Setelah mendengar keterangan saksi-saksi dan meneliti keterangan senyap, mahkamah ini membuat dapatan seperti berikut: a) Adalah tidak dipertikaikan arah perjalanan defendan-defendan dari bawah ke atas rajah kasar (P1) di laluan A1-A2. b) Versi plaintif membuat pusingan U dinyatakan oleh defendan pertama. Namun versi ini tidak disokong oleh mana-mana keterangan lain. Defendan kedua yang turut sama terlibat dalam kemalangan tersebut juga gagal mengesahkan dan menyokong versi defendan. c) Mahkamah ini telah meneliti keterangan senyap iaitu rajah kasar (P1) dan gambar kemalangan (P3) dan mendapati terdapat dua kemungkinan yang kedua-duanya adalah munasabah iaitu: i) Versi plaintif iaitu defendan-defendan telah memasuki laluan plaintif dan telah menyebabkan kemalangan tersebut. Versi ini juga adalah munasabah berdasarkan kesan geseran motosikal iaitu tanda F, F1, F3, F4 di laluan plaintif (A2-A3) serta kesan taburan pecahan komponen motosikal bertanda G di dalam rajah kasar. ii) Versi defendan iaitu plaintif telah membuat pusingan U di laluan defendan. Versi ini juga adalah munasabah berdasarkan kesan darah di tanda H dan H1 di laluan defendan di A1-A2. Adalah menjadi prinsip undang-undang beban pembuktian dalam kes sivil adalah atas imbangan kebarangkalian. Dalam kes ini setelah Mahkamah ini mendengar keterangan saksi-saksi yang telah memberi keterangan serta melihat kepada eksibit yang telah dikemukakan semasa bicara serta hujahan yang difailkan, mahkamah mendapati peguam plaintif dan defendan telah cuba sedaya upaya membantu mahkamah ini bagi mendapatkan versi sebenar kemalangan ini. Namun, Mahkamah ini gagal untuk memutuskan siapakah yang perlu dipersalahkan disebabkan kedua-dua versi yang dikemukakan adalah probable dan munasabah. Keterangan senyap (silent evidence) juga tidak dapat menjelaskan bagaimana kemalangan tersebut berlaku . Mahkamah ini telah meneliti prinsip undang-undang berkenaan keadaan di mana Hakim tidak dapat membuat penentuan liabiliti berikutan terdapat dua versi yang adalah probable sepertimana di dalam kes Ng Aik Kian & Anor vs Sia Loh Sia 218 (1997) 2 CLJ Supp, Abdul Malik Ishak J menyatakan “In my judgment, it is impossible to say, on the balance of probabilities, in what proportion the blame should be allocated between the first plaintiff and the defendant. The only course available would be to hold both the first plaintiff and the defendant blameworthy in equal proportion.” Oleh yang demikian, Mahkamah ini memutuskan atas imbangan kebarangkalian, liabiliti dibahagikan antara plaintif dan defendan sama rata. KUANTUM Dalam menentukan isu kuantum, Mahkamah juga telah meneliti laporan-laporan perubatan, laporan-laporan pakar, gambar-gambar dan hujahan-hujahan bertulis pihak-pihak sebelum memutuskan award bagi gantirugi am dan khas kepada Plaintif. Mahkamah juga merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards sebagai garis panduan dalam menentukan award yang bersesuaian. Mahkamah juga dalam membenarkan award bagi keseluruhan gantirugi telah mengambil kira kenaikan harga barang, kos sara hidup yang tinggi, kadar inflasi, GST dan kedudukan nilai matawang. Mahkamah ini juga telah meneliti prinsip undang-undang dalam menentukan kadar kuantum sebagaimana yang dinyatakan dalam kes kes seperti INAS FAIQAH MOHD HELMI (A CHILD SUING THROUGH HER FATHER AND NEXT FRIEND; MOHD HELMI ABDUL AZIZ) v. KERAJAAN MALAYSIA & ORS [ 2016] 2 CLJ 885 , Wong Li Fatt William (an infant) v Haidawati bt Bolhen & Anor [1994] 2 MLJ 497, Phuah Jee Suan v Nila Vasu Pillai [1973] 1 MLJ 186, Abdul Ghani Bin Hamid v Abdul Nasir Bin Abdul Jabbar & Anor [1995] 4 CLJ 317, Raji Transport Sdn bhd & Anor v Idayu Binti Zulkafli [2004] MLJU 36 dan dalam kes yang di putuskan di England iaitu Fletcher v Autocar and Transporter Ltd [1968]1 ALL ER 726 GANTIRUGI AM (atas 100% liabiliti) 1) Below knee amputation Mahkamah setelah meneliti hujahan serta autoriti–autoriti yang dikemukakan oleh pihak-pihak dan dengan mengambil kira trend pemberian award semasa, Mahkamah juga telah merujuk kepada Revised Compendium Of Personal Injury Awards bertarikh 6 Julai 2018 yang menetapkan award sebanyak RM66,500 – RM79,000 untuk kecederaan ini dan juga kes Mohd Fazli bin Sulaiman v Seeni Ibrahim Naina Mohamed & Anor [2016] 2 PIR 60 yang telah diputuskan oleh saya sendiri dan telah dikekalkan jumlah awad bagi below knee amputation sebanyak RM70,000 oleh Mahkamah Rayuan. Mahkamah setelah meneliti kompendium dan kes tersebut memutuskan bahawa jumlah yang wajar dan memadai bagi kecederaan ini adalah sebanyak RM70,000. 2) Surgical scars 18 cm and 1 cm abrasion scar Mahkamah setelah meneliti hujahan dan autoriti-autoriti yang dikemukakan oleh pihak-pihak dan mengambil kira trend pemberian award semasa, memutuskan bahawa jumlah yang wajar dan memadai bagi kecederaan ini adalah sebanyak RM5,000. 3) 3 cm wasting Mahkamah setelah meneliti hujahan dan autoriti–autoriti yang dikemukakan oleh pihak memutuskan bahawa jumlah yang wajar dan memadai bagi kecederaan ini adalah sebanyak RM5,000. GANTIRUGI KHAS (atas 100% liabiliti) 1) Loss of earning ditolak kerana gagal dibuktikan. 2) Prosthetic Isu utama yang menjadi rayuan pihak defendan adalah berkenaan award sebanyak RM368,456.00 yang telah dibenarkan oleh Mahkamah ini iaitu bagi kos pembelian dan penyelenggaraan prosthesis. Plaintif dalam kes ini mengalami below knee amputation. Oleh yang demikian, adalah tidak dipertikaikan bahawa Plaintif berhak untuk mendapatkan kaki palsu (prosthetic leg). Pihak plaintif dan defendan telah mengemukakan laporan prostetik dan sebut harga masing-masing sebagaimana berikut:- i. Laporan prostetik plaintif bertarikh 14.10.2020 dari Endolite Asia Sdn Bhd sebanyak RM368,456.00, dan ii. Laporan prostetik defendan bertarikh 25.5.2021 dari D Rahmat Supplies dengan jumlah sebanyak RM90,200.00 Berdasarkan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah ini seterusnya merumuskan spesifikasi kedua-dua sebut harga prosthesis tersebut sebagai perbandingan seperti berikut:- Aspek Sebut harga Plaintif Sebut harga Defendan Sebut harga Endolite Asia Sdn Bhd bertarikh 14.10.2020 D Rahmat Supplies. bertarikh 25.5.2021 Disediakan oleh Joel Prabu (SP3) Chong Yuen Hui (SD2) Kelayakan Ahli prostetik bertauliah Ahli prostetik bertauliah Jenis kaki palsu Endolite Elan 1C30 trias foot Komponen dan ciri-ciri 1) SUSPENSION SYSTEM ICEROSS synergy locking liner with wave Shuttle lock 2) SOCKET carbon reinforced plastic socket with a PE socket Rt PTSSS SOCLET 3) FOOT Endolite Elan Foot Trias foot Harga RM368,456.00 RM90,200.00 Prinsip undang-undang dalam penentuan award gantirugi (prosthesis) Dalam menentukan prosthesis manakah yang lebih wajar dibenarkan Mahkamah telah meneliti prinsip undang-undang berkenaan penentuan award gantirugi. Persoalannya adakah tinggi atau rendah award gantirugi menjadi ukuran atau, adakah sekiranya award yang dibenarkan tinggi ianya adalah satu bentuk enrichment? Di dalam kes Ong Ah Long v. Dr. S Underwood [1983] 2 MLJ 324 Mahkamah telah menyatakan seperti berikut:- “It has to be borne in mind that damages for personal injuries are not punitive and still less a reward. They are simply compensation that will give the injured party reparation for the wrongful act and for all the natural and direct consequences of the wrongful act, so far as money can compensate.” Berdasarkan kes ini award yang dibenarkan adalah bertujuan untuk meletakkan injured party di dalam status quo beliau, seperti sebelum kemalangan. Prinsip ini juga telah dinyatakan di dalam kes Ramachandran a/l Mayandy v. Abdul Rahman b. Ambok [1996] 1 LNS 109 di mana Mahkamah telah menyatakan bahawa:- “The plaintiff is entitled to the best as the purpose of compensation is to put the plaintiff as the victim, as far as money can do the trick, in as near a position he was before the tort was committed.” Di dalam kes Appalasamy a/l Bodoyah v. Lee Mon Seng [1996] 3 CLJ 71 Mahkamah menyatakan bahawa:- “The victim of the tortious act is entitled to seek the best medical opinion in order to put him back in his original position as though the tort had not been committed. Thus, the plaintiff was awarded the sum of $132,000.00 as the cost of acquiring and maintaining an electronic artificial arm.” Seterusnya di dalam kes MARION MILLER v. IMPERIAL COLLEGE HEALTHCARE NHS TRUST [2014] EWHC 3772 (QB) telah diputuskan seperti berikut:-
10
A very helpful restatement of the proper approach to be taken is to be found at paragraph 94 in the judgment of Lloyd Jones, J as he then was, in A v. Powys Health Board [2007] EWHC 2996: "The basis of assessment is the test of reasonableness as stated in Rialis v Mitchell, (Court of Appeal, 6th July 1984) and Sowden v Lodge [2005] 1 WLR 2129. The Claimant is entitled to damages to meet her reasonable requirements and reasonable needs arising from her injuries. In deciding what is reasonable it is necessary to consider first whether the provision chosen and claimed is reasonable and not whether, objectively, it is reasonable or whether other provision would be reasonable. Accordingly, if the treatment claimed by the Claimant is reasonable it is no answer for the defendant to point to cheaper treatment which is also reasonable. Rialis and Sowden were concerned with the appropriate care regime. However, the principles stated in those cases apply equally to the assessment of damages in respect of aids and equipment. In determining what is required to meet the Claimant's reasonable needs it is necessary to make findings as to the nature and extent of the Claimant's needs and then to consider whether what is proposed by the Claimant is reasonable having regard to those needs. (Massey v Tameside and Glossop Acute Services NHS Trust [2007] EWHC 317 (QB), per Teare J. at para. 59; Taylor v Chesworth and MIB [2007] EWHC 1001 (QB), per Ramsay J. at para 84.)" Jelas daripada kesemua kes-kes yang dinyatakan bahawa Mahkamah tidak melihat kepada tinggi atau rendah awad yang diberikan tetapi melihat kepada awad manakah yang lebih sesuai dan terbaik untuk meletakkan plaintif kembali sedekat mungkin kepada keadaan yang asal sebelum kemalangan. Prosthesis manakah yang lebih sesuai untuk plaintif? Adalah jelas sebagaimana prinsip dalam kes-kes dinyatakan award gantirugi kepada injured party bukanlah melihat kepada tinggi atau rendah award yang hendak diberikan, tetapi award tersebut adalah bertujuan untuk meletakkan injured party sedekat mungkin kepada keadaan asalnya (status quo) seolah-olah kecederaan itu tidak pernah berlaku. Setelah meneliti kedua-dua laporan pakar tersebut dan mendengar sendiri keterangan yang telah diberikan oleh kedua-dua pakar plaintif dan defendan dan setelah meneliti hujahan bertulis kedua-dua pihak berserta autoriti dan artikel-artikel relevan yang dikemukakan, serta mengambil kira keadaan plaintif (social standing) dan juga gaya hidup beliau sebelum kemalangan tersebut, Mahkamah dengan ini memutuskan atas imbangan kebarangkalian bahawa prosthesis yang wajar dan lebih bersesuaian (more appropriate) dan munasabah untuk kegunaan plaintif adalah prosthesis yang dicadangkan oleh pakar Plaintif. Alasan Mahkamah ini adalah sebagaimana berikut:-
1
Prosthetic yang dicadangkan oleh pakar plaintif adalah lebih canggih (sophisticated) dan terkini (advance) jika dibandingkan dengan apa yang dicadangkan oleh pakar defendan. Teknologi prosthesis yang disyorkan adalah menggunakan “microprocessor” yang akan mengawal dan menyelaras pergerakan lutut dan kaki manakala prosthesis yang dicadangkan oleh pakar Defendan adalah berfungsi secara manual dan ketinggalan zaman. Mahkamah berpendapat penggunaan microprocessor sebagaimana dicadangkan pakar plaintif adalah lebih sesuai disebabkan teknologi tersebut adalah lebih hampir dan menyerupai fungsi asal kaki manusia.
2
Mahkamah ini juga mendapati fungsi prosthesis cadangan pakar plaintif adalah lebih dekat kepada fungsi kaki asal manusia. Ini dapat dilihat daripada fungsi-fungsi split toe, yang menyerupai fungsi dan pergerakan kaki manusia. Mahkamah ini juga percaya bahawa pergerakan dan aktiviti seharian plaintif dapat dilakukan pada tahap yang lebih baik kerana ciri-ciri prosthesis ini adalah hampir sama dengan keadaan kaki asal plaintif berbanding prosthesis cadangan pihak defendan yang tidak mempunyai fungsi-fungsi asas tersebut.
3
Mahkamah mendapati fungsi prosthesis cadangan pakar plaintif adalah lebih dekat kepada fungsi kaki asal manusia. Ini dapat dilihat daripada fungsi-fungsi terrain response, dorsi-flexion and plantar-flexion yang lebih selamat di mana ianya mengurangkan risiko untuk terjatuh andainya digunakan di atas permukaan yang tidak rata dan lebih dekat dengan fungsi kaki asal manusia.
4
Dari segi kestabilan prosthetic yang disyorkan plaintif adalah lebih selamat dan stabil di mana prosthetic tersebut mempunyai kestabilan dalam keadaan menaik (ascend) atau menurun (descend). Ini terjadi bila mana microprocessor akan menyelaraskan (synchronise) pergerakan lutut dan kaki dengan mengambil kira bentuk muka bumi, kelajuan, ketinggian dan tekanan (force) yang wujud. Manakala prosthetic yang disyorkan pakar defendan hanya mempunyai fungsi geometric locking system. Sistem ini hanya berfungsi ketika kaki plaintif berada dalam keadaan tegak sahaja di mana ianya menggunakan keseimbangan badan dan daya graviti. Plaintif terpaksa bergantung lebih kepada kaki yang normal untuk menaiki dan menuruni tangga atau permukaan curam kerana lutut dan kaki tidak diselaraskan di antara satu sama lain. Akibatnya, pergerakan prosthesis ini akan menyebabkan suatu situasi kebergantungan yang tinggi terhadap otot-otot dan anggota badan yang lain yang mana boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti muscle pain, back pain dan osteoarthritis.
5
Untuk soket antara material yang biasa digunakan ialah PP (polyproline plastic), PE (polyethylene plastic), carbon reinforced plastic dan glass reinforced plastic. PP dan PE akan berubah mengikut masa manakala carbon reinforced plastic dan glass reinforced plastic pula tidak akan mengalami perubahan yang signifikan dan adalah sesuai untuk penyesuaian soket. Berkenaan soket yang dicadangkan oleh pakar plaintif di mana soket yang dicadangkan adalah diperbuat daripada material jenis Carbon Reinforced Plastic socket. Mahkamah telah meneliti kelebihan soket yang diperbuat daripada fiber ini ianya adalah lebih ringan dan lebih tahan dan bilamana moulding dibuat ianya adalah tetap dan tidak akan berubah bentuk walaupun digunakan untuk masa yang lama. Mahkamah ini juga mendapati bahawa socket yang diperbuat daripada ‘carbon’ memiliki kekuatan dan utuh serta tidak mudah berubah saiz selepas proses ‘fabrication’.
6
Untuk bahagian foot pakar plaintif telah mencadangkan endolite Elan foot yang mempunyai ciri-ciri terdekat pergerakan kaki normal seperti dorsi, plantar flexion assist dan split toe. Ciri-ciri ini adalah bersifat energy responsif serta menjimatkan tenaga dan hampir menyamai fungsi normal pergerakan kaki manusia. Manakala pakar Defendan mencadangkan Trias foot atau Carbon Fiber dynamic Foot yang tidak mempunyai ciri-ciri split toe design. Ini akan mengakibatkan Plaintif akan menggunakan tenaga yang lebih dalam pergerakan dan kurang stabil. Mahkamah ini telah dikemukakan dengan dua sebut harga prosthesis oleh pihak Plaintif dan Defendan. Tugas Mahkamah ini adalah untuk membuat penilaian terhadap kedua-dua sebut harga tersebut melalui keterangan-keterangan bertulis dan lisan oleh saksi-saksi pakar bagi membolehkan Mahkamah ini menentukan prosthesis yang manakah adalah lebih munasabah dan bersesuaian dengan Plaintif. Oleh yang demikian, Mahkamah diletakkan dalam kedudukan untuk memilih salah satu daripada dua sebut harga tersebut. Jadi isu ‘unjust enrichment’ adalah tidak timbul di sini. Isu sama ada tolakan contingency perlu dibuat untuk prosthesis Mahkamah telah meneliti prinsip undang-undang sama ada tolakan bagi contingency perlu dibenarkan atau pun tidak. Mahkamah Rayuan dalam kes Noraini Omar & Anor v Rohaini Said (and Another Appeal) [2006] 3 AMR 185; [2006] 1 CLJ 895 telah memutuskan bahawa Mahkamah tidak seharusnya membuat sebarang penolakan atas faktor contingency dan/atau vicissitudes of life. Mahkamah Rayuan menyatakan dalam penghakiman:- “[26] Thus, based on the decisions of this court in Ibrahim b Ismail and in Cheng Bee Teik, discussed above, I am firmly of the view that no deduction ought to be made on account of contingencies, other vicissitudes of life and accelerated payment as was the practice under the common law.” Dalam kes Soton Bili & Anor v Khajijah Led & Ors [2008] 9 CLJ 303 di mana hakim Mahkamah Tinggi David Wong Dak Wah telah memutuskan seperti berikut:- “(1) In respect of the cost of prosthesis of RM108,730.00, it was alleged that the Sessions Court judge had erred in not reducing the amount of RM108,730.00 by 1/4 deduction for contingencies, vicissitudes of life and/or taking into account the accelerated payment. Whether or not a 1/4 deduction should be given is a matter of discretion on the part of the judge and the circumstance of each individual case. The Sessions Court judge's decision in not making the deduction could not be faulted as she had exercised her discretion judiciously. Hence, the appeal in respect of the costs of prosthesis was dismissed. (Paragraphs 6 and 7)” Berdasarkan kes-kes di atas jelas menunjukkan sama ada tolakan dibenarkan atau tidak adalah budi bicara (discretion) hakim bicara. Ianya tidak menyalahi sebarang peruntukan undang-undang atau prinsip undang-undang. Mahkamah berpendapat tolakan tidak perlu dibuat atas alasan:- 1) Pada pendapat Mahkamah ini, kos prosthesis akan meningkat pada masa hadapan kesan dari inflasi, kenaikan kos dan nilai matawang serta SST. Kenaikan harga kos ini bukanlah satu spekulasi tetapi adalah sesuatu yang pasti di mana Mahkamah ini perlu mengambil judicial notice. 2) Selain itu, pada dapatan Mahkamah, tiada bukti yang menunjukkan bahawa kecederaan yang dialami oleh plaintif adalah dikategorikan sebagai ‘life threatening’ yang akan memendekkan jangka hayat plaintif. Maka tiada sebab untuk Mahkamah ini membuat tolakan 1/3. Pendapat Mahkamah berkenaan isu inflasi dan kenaikan kos ini adalah selaras dengan prinsip undang-undang yang dinyatakan dalam kes Raji Transport Sdn Bhd & Anor v Idayu Zulkafli [2004] AMEJ 0087; [2004] 5 CLJ 479, HC di mana YA Low Hop Bing, telah menyatakan bahawa:- “The considerations of inflation and enhanced cost of living over a period of more than two decades since the decision in Lau Ee Ee v. Tan King Kwong [1986] 1 MLJ 308 should be given proper weight in the assessment of quantum of damages in personal injury litigation. Indeed, it is instructive to note that our courts have also moved ahead with the times in these areas. Chan Shick Chin, a very senior member of the Bar, in his concise and well-researched book on Personal Injury, Law, Practice and Precedents (Malaysia: Malayan Law Journal 2001), p 47 wrote: Fall in value of money, The fall in the value of money must be taken into account in the use of comparable so that an award which is eventually given would be reflective of the current value of money: Abdul Ghani Hamid v. Abdul Nasir Abdul Jabbar & Anor [1995] 4 CLJ 317. The judgment of Abdul Malik Ishak J in Abdul Ghani, supra, is in line with the trend in Singapore where Choor Singh J in delivering the judgment of the Court of Appeal also considered changes in the value of money, the decrease in the purchasing power of dollar there or the increase in the cost of living over the years, as relevant factors in the assessment of damages. A similar approach was adopted by Yusoff J in Wong Tin Vui v. Patrick Midok & Anor [1975] 2 MLJ 260.” Isu ini juga telah dinyatakan dalam kes Mahkamah Persekutuan Multar v. Lim Kim Chet [1982] 1 MLJ 184 yang mana dinyatakan:- “With inflation, it should be accepted that money nowadays cannot be regarded as having the same value in 1976.” Oleh yang demikian, berdasarkan otoriti yang telah dirujuk oleh Mahkamah dan alasan yang dinyatakan di atas jelas menunjukkan bahawa keputusan Mahkamah tidak membuat tolakan untuk contigency adalah tidak menyalahi prinsip undang-undang di mana ianya telah menggunakan judicial discretion yang dibenarkan mengikut undang-undang. Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat award yang dibenarkan adalah wajar dan adil mengikut undang-undang. KOS DAN FAEDAH i) Kos mengikut skala. ii) Faedah 5% bagi gantirugi am dan 2.5% untuk gantirugi khas dari tarikh serahan saman sehingga tarikh penghakiman. iii) Faedah 5% untuk kesemua jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh. iv) Kos dokumen dalam kos tindakan Disediakan oleh: Dato’ Nu’aman bin Mahmud Zuhudi Hakim Mahkamah Sesyen Kangar Bertarikh: 20 Julai 2025 Peguam En. Mohd Hamdi bin Zainol (N. M. Tiong & Co.) bp Plaintif Pn. Shaarmila a/p Rajendran (Gan Ho & Razlan Hadri) bp Defendan Pertama En. Rajakumaran Muthusamy [Ram Yogan Sivam) bp Defendan Kedua dan Ketiga
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.