Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-29-10/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
KA-45A-29-10/2024
High Court of Malaysia9 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“17. Perkara ini telah acap kali diulas oleh mahkamah-mahkamah duluan. Memadai bagi mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Tia Ah Leng v. Public Prosecutor [2004] CLJU 252; [2004] 1 LNS 252; [2004] 4 MLJ 249 di mana keseriusan kes-kes melibatkan jenayah dadah telah diulas seperti berikut: "..”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-29-10/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
ZULKIFLEE BIN MAT ISA [NO. KP: 720304-07-5059]
2
HASNAH BINTI ABU HASSAN [NO. KP: 740913-02-5282]
1
Kes ini melibatkan satu pertuduhan ke atas tertuduh-tertuduh yang pada asalnya di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234). Namun pada 9/7/2025, pihak Pendakwa Raya (PR) telah menawarkan Pertuduhan Pilihan di bawah seksyen 12(2) Akta 234 kepada tertuduh pertama.
2
Pertuduhan Pilihan ke atas tertuduh pertama adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 7/4/2024, jam lebih kurang 8.30 malam, di tepi jalan Kawasan Jalan Persiaran Bandar Baru Mergong Alor Setar, di dalam daerah Kota Setar di dalam Negeri Kedah, telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 218.5 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan sesuatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama.”
3
Pertuduhan pilihan telah dibacakan kepada tertuduh pertama dan tertuduh pertama telah mengaku memahami pertuduhan pilihan tersebut serta telah faham sebab serta akibat ke atas pengakuan salahnya. Mahkamah ini selanjutnya telah mensabitkan tertuduh pertama dan telah menjatuhi hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkap. Manakala pertuduhan ke atas tertuduh kedua ditarik balik dan tertuduh kedua dilepaskan dan dibebaskan.
4
Tertuduh pertama tidak berpuas hati ke atas hukuman tersebut dan kini merayu ke atas hukuman. Fakta kes
5
Berdasarkan kepada Fakta Kes (P4) yang diakui oleh tertuduh pertama, pada 7/4/2024 jam lebih kurang 10.30 malam, Inspektor Mohd Amin Shukery bin Khamis bersama-sama anggota pasukan telah membuat rondaan di kawasan Jalan Persiaran Bandar Baru Mergong, Alor Setar dan telah nampak sebuah kenderaan Perodua Myvi warna merah dengan nombor pendaftaran RAB 5191 yang berada di tepi jalan.
6
Inspektor Mohd Amin Shukery bersama-sama anggota serbuan telah menghampiri kenderaan tersebut dan menahan tertuduh pertama yang sedang duduk di kerusi pemandu dan tertuduh kedua yang sedang duduk di kerusi penumpang. Inspektor Mohd Amin Shukery telah memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis kepada kedua-dua tertuduh.
7
Kedua-dua tertuduh diarahkan untuk keluar dari kenderaan bagi pemeriksaan lanjut. Pemeriksaan tubuh ke atas kedua-dua tertuduh tidak menjumpai apa-apa barang salah.
8
Kemudian dengan disaksikan oleh kedua-dua tertuduh, Inspektor Mohd Amin Shukery telah menjalankan pemeriksaan di dalam kenderaan dan menjumpai sebuah beg galas berwarna hitam bertulis SKY TRAVELLER yang berada di bawah tempat duduk bahagian pemandu. Inspektor Mohd Amin Shukery kemudiannya membuat pemeriksaan lanjut di dalam beg tersebut dan menjumpai 3 peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah dan sekeping kad rekod pesakit atas nama tertuduh pertama.
9
Barang-barang kes iaitu 3 peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah yang ditemui serta dirampas dari tertuduh pertama telah dianalisis oleh Ahli Kimia, Puan Siti Humairah binti Salmi dan disahkan mengandungi Methamphethamine seberat 218.5 gram. Hujahan pihak-pihak
10
Peguam tertuduh pertama dalam hujahan mitigasinya telah menekankan bahawa ini adalah merupakan satu pengakuan salah tertuduh pertama setelah ditawarkan dengan pertuduhan pilihan dan ini merupakan kesalahan kali pertama tertuduh. Oleh yang demikian, mahkamah ini sewajarnya memberikan pertimbangan ke atas perkara tersebut.
11
Peguam juga menegaskan bahawa tertuduh pertama telah berumur 53 tahun dan memohon agar hukuman penjara yang paling minima sesuai dengan umur tertuduh pertama.
12
Puan TPR sebaliknya menegaskan bahawa faktor kepentingan awam sewajarnya mengatasi faktor mitigasi tertuduh pertama walaupun ia satu pengakuan salah. Hal ini adalah kerana berat dadah dalam kes ini adalah sebanyak 218.5 gram Methamphetamine dan ini menunjukkan satu jumlah yang besar. Hukuman yang ringan berkemungkinan menyebabkan tertuduh pertama tidak akan insaf dan akan kembali melakukan kesalahan yang sama atau yang lebih serius selepas menjalani hukuman.
13
Selain itu hukuman yang ringan juga secara tidak langsung akan memberi mesej kepada orang awam bahawa kesalahan penyalahgunaan dadah tidak lagi dianggap serius kerana mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan.
14
Berdasarkan hujahan faktor pemberatan oleh pihak pendakwaan telah menujukkan kepada mahkamah trend hukuman yang telah diperintahkan oleh mahkamah terdahulu bagi kes-kes yang disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta 234 adalah hukuman penjara antara 9 hingga 13 tahun berserta sebatan sebanyak 3 hingga 10 sebatan. Analisis dan dapatan mahkamah
15
Dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah terpanggil untuk mengungkit apa yang telah diperingatkan berkaitan konsep penghukuman di dalam kes PP v. Jafa Bin Daud [1981] 1 MLJ 315 seperti berikut: “A "sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles. In assessing sentence, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. It is for this purpose that before passing sentence, a Magistrate is required to call for evidence or information regarding the background, antecedent and character of the accused. Where the convicted person has previous records and admits them as correct, the court must consider whether the offence or offences committed previously were of similar nature as the one with which he is presently charged. The court must then consider the sentences imposed in the previous convictions for similar offences to determine whether they have had any deterrent effect on him. Where he is found to be a persistent offender for a similar type of offences, then it is in the interest of justice that a deterrent sentence should be passed and, in such a case, unless there are exceptional circumstances, the quantity, nature or value of the subject-matter of the offence with which he is currently charged can very rarely constitute a mitigating factor.”
16
Faktor terpenting di dalam menjatuhkan hukuman adalah pastinya faktor kepentingan awam. Akta 234 adalah digubal dengan menetapkan hukuman yang tinggi bagi kesalahan seperti yang dipertuduhkan ke atas tertuduh pertama adalah bertujuan untuk menangani masalah dadah yang semakin meruncing di dalam negara kita.
17
Perkara ini telah acap kali diulas oleh mahkamah-mahkamah duluan. Memadai bagi mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Tia Ah Leng v. Public Prosecutor [2004] CLJU 252; [2004] 1 LNS 252; [2004] 4 MLJ 249 di mana keseriusan kes-kes melibatkan jenayah dadah telah diulas seperti berikut: "... The Government and the legislature have taken very serious views in the abuse of usage of dangerous drugs. Drug addictions are rampant and the Government as well as the legislature have tried to curb these addictions especially amongst youths but met with little success. Death sentences and heavy penalties have been introduced but we find drug addicts everywhere. The addiction to drugs have led to other offences such as thefts, burglary and snatch thefts. Some of these offences lead to serious consequences. The seriousness of the offences on drugs have been made known since the seventies. Eminent judges have expressed this in so many cases."
18
Namun persoalan yang timbul ialah apakah yang dimaksudkan dengan frasa “kepentingan awam”. Di dalam kamus The Random House Dictionary of the English Language: The Unabridged Edition (1994 edition) kepentingan awam (public interest) telah ditafsirkan sebagai kepentingan atau kesejahteraan masyarakat secara am (the welfare or well-being of the general public and society).
19
Dalam menjatuhkan hukuman, adalah penting bagi mahkamah menterjemahkan hasrat dan keperihatinan masyarakat. Kebencian serta kejelikan masyarakat ke atas jenayah dadah perlu diberi perhatian. Hukuman yang perlu dijatuhkan oleh mahkamah hendaklah menggambarkan keseriusan jenayah yang dilakukan oleh tertuduh.
20
Mahkamah Rayuan dalam kes PP v. Mohd Faiz Salleh [2016] 4 CLJ 92 telah menerangkan seperti berikut: “[21] In criminal cases, public interest is paramount. Although the sentencing court may legitimately consider factors favouring the convict in passing sentence, in the final analysis, the court is always faced with the question as to how the public interest can be best served in dealing with the convicted person. In a case such as the one immediately before us, clearly public interest will be best served by imposing a longish sentence of imprisonment on the respondent. In a case of this nature and given the circumstances of its commission, a deterrent sentence was very much in order. The public at large needed to be protected against offenders such as the respondent by putting him away in jail for a substantially longer period of time.”
21
Faktor pertama yang dipertimbangkan oleh mahkamah adalah berat dadah di dalam kes ini yang mencecah 218.5 gram Methamphethamine. Ia mencapai 7 kali ganda dari berat minimum dan ini adalah satu jumlah yang besar sekaligus menarik hukuman yang lebih tinggi.
22
Selanjutnya faktor kedua yang dipertimbangkan oleh mahkamah adalah pengakuan salah tertuduh pertama sebaik pertuduhan pilihan ditawarkan kepadanya. Mahkamah sedar dengan berpandukan kes-kes duluan, pengakuan salah boleh menjadi salah satu faktor mitigasi yang penting.
23
Namun jika berlaku pertembungan di antara kepentingan awam dan hak tertuduh pertama, kepentingan awam hendaklah mengatasi segalanya. Ini kerana kepentingan awam perlu diberikan perhatian agar hukuman yang dijatuhkan dapat menjadi pedoman dan peringatan kepada tertuduh dan juga masyarakat umum. Perkara ini bagi memastikan jenayah penyalahgunaan dadah ini dapat dibendung di negara kita.
24
Mahkamah berpegang kepada penghakiman Hakim Hashim Yeop Sani dalam kes Raja Izzuddin Shah v PP [1979] 1 MLJ 70 yang menyatakan seperti berikut: “No plea in mitigation should be thrown aside lightly but must be examined and considered equally with the facts presented by the prosecution. Both aspects of the case must be considered in their true perspective so as to strike if possible, a true balance in the scale of justice.”
25
Mahkamah selanjutnya mengambil kira umur tertuduh pertama yang telah melebihi 50 tahun dan berdasarkan seksyen 289 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) hukuman sebatan tidak boleh dikenakan kepada pesalah yang berumur lebih daripada 50 tahun. Oleh yang demikian, tiada hukuman sebat boleh dikenakan ke atas tertuduh pertama dalam kes ini.
26
Mahkamah turut mengambil kira pekerjaan tertuduh pertama sebagai pegawai sekuriti yang sepatutnya bertugas menjaga keselamatan orang awam. Namun tertuduh pertama sebaliknya melakukan jenayah yang serius. Ia umpama harapkan pagar, pagar makan padi. Tertuduh pertama sepatutnya menujukkan contoh yang baik dalam memastikan keselamatan masyarakat umum bukan melakukan jenayah.
27
Faktor keluarga tertuduh pertama turut menjadi perhatian mahkamah. Tertuduh pertama adalah seorang bapa ke atas 5 orang anak yang telah dewasa dan sepatutnya menjadi teladan kepada anak-anaknya. Kesalahan tertuduh pertama ini bukan sahaja melibatkan dirinya sendiri sahaja malah menyebabkan tertuduh kedua iaitu isteri tertuduh pertama turut terpalit dengan kesalahan ini dan teraniaya di atas perbuatan tertuduh pertama. Kecenderungan (trend) hukuman
28
Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. Mohd Faiz Salleh [2016] 4 CLJ 92 telah menjelaskan kepentingan mahkamah yang menjatuhkan hukuman untuk mempertimbang kecenderungan hukuman oleh mahkamah-mahkamah duluan apabila menegaskan: “[16] However looking at the grounds of judgment of the learned judge we could not see that he had sufficiently considered the sentencing trend in cases with similar circumstances. Granted that a judge may come out with his own sentence, given that sentencing is essentially a matter of an exercise of a court’s discretion, still, it is our view that the discretion ought not to be exercised in isolation. We noted that the offence involved was a drug possession case and it can be judicially noticed that the law reports are repleted with decisions of our courts which can be readily used as a guide by the sentencing courts when considering sentence to be imposed. In this regard, the amount of the drugs involved is always a safe guide to use as an immediate comparison.”
29
Puan TPR telah mengemukakan beberapa kes duluan yang meilbatkan dadah yang sama bagi menunjukkan kecenderungan hukuman yang diberikan oleh mahkamah-mahkamah sebelum ini. Perhatian mahkamah telah dibawa kepada kes-kes berikut: BIL KES JENIS & BERAT DADAH
1
KA-45A-40-11/ 2021 PP v Mohd Syamil bin Yahya 20.1 gram (17.5 gram Heroin dan 2.6 gram Monoacetylmorphines). Penjara 9 tahun dari tarikh tangkap, 10 sebatan.
2
KA-45A-59-10/ 2022 PP v Fadzli bin Abdul Ghani Seksyen 12(2)/39A(2) ADB: Methamphetamine seberat 131.78 gram. Seksyen 12(2)/39A(1) ADB: Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 4.93 gram (Heroin seberat 4.04 gram dan Monoacetylmorphines seberat 0.89 gram). Penjara 10 tahun 6 bulan dari tarikh tangkap, 10 sebatan. Penjara 2 tahun dari tarikh tangkap dan 3 sebatan.
3
KA-45-12-04/21 PP v Mohd Hilmi Naim bin Zainol Rashid Methamphetamine seberat 53.62 gram. Penjara 9 tahun dari tarikh tangkap, 10 sebatan.
4
KA-45A-20- 04/2022 PP v Muhamad Yusoff bin Abdullah Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 20.6 gram. Penjara 10 tahun dari tarikh tangkap, 10 sebatan.
5
KA-45A-10- 05/2022 & KA- 45A-11-05/2020 PP v Nadia binti Idrus 18.5 gram (14.6 gram) Heroin dan 3.9 gram Monoacetylmorphines). Methamphetamine seberat 54.20 gram. Penjara 9 tahun dari tarikh tangkap. Penjara 9 tahun dari tarikh tangkap.
6
45A-20, 24-05/2017 PP v Hasbullah bin Hazemi & Ayu binti Mat Isa
62
62.7 gram (14.1 gram Heroin dan 48.6 gram Monoacetylmorphines). Methamphetamine seberat 32.51 gram. S12(3) ADB: Methamphetamine seberat 1.18 gram. Penjara 13 tahun dari tarikh tangkap dan 10 sebatan. Penjara 12 tahun dari tarikh tangkap dan 10 sebatan. Penjara 1 tahun dari tarikh tangkap.
7
KA-45A-62- 12/2017 PP v Idrus bin Mat
28
28.8 gram (12.6 gram Heroin dan 16.2 gram Monoacetylmorphines). S 39A(1) ADB: Methamphetamine seberat 7.51 gram. Penjara 8 tahun setengah dari tarikh tangkap dan 10 sebatan. Penjara 2 tahun dari tarikh tangkap dan 3 sebatan.
30
Berdasarkan kepada kes-kes duluan tersebut, mahkamah mendapati kecenderungan hukuman yang dijatuhkan adalah antara 9 hingga 13 tahun berserta sebatan sebanyak 3 hingga 10 sebatan bagi kes-kes yang disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta 234. Namun mahkamah menegaskan bahawa di dalam kes ini, mengambil kira faktor umur tertuduh pertama, tiada hukuman sebat boleh diberikan.
31
Setelah mengambil kira kesemua faktor-faktor dan prinsip undang-undang yang sedia ada, mahkamah ini berpendapat hukuman 15 tahun penjara bermula dari tarikh tangkap yang dijatuhkan ke atas tertuduh pertama adalah wajar dan adil. Bertarikh: 10hb. September, 2025 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Alor Setar, Kedah. Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya : Aisyah Al Humayrah binti Kamaruzaman Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Darul Aman Aras 4, Blok C, Wisma Darul Aman 05250 Alor Setar Kedah Darul Aman Bagi Pihak Tertuduh Pertama: Ai Cha Ran a/l Din Chee Ron Surachetth Jotsuwan a/l Ai Cha Ran Peguambela & Peguamcara Tetuan Ai Cha Ran & Co. No.75, Tmn. Sultan Abdul Halim Jalan Tanjung Bendahara 05300 Alor Setar Kedah Darul Aman Bagi Pihak Tertuduh Kedua: Ali Munawar bin Razak Peguambela & Peguamcara Tetuan Ali & Faiz Tingkat 2, Wisma Bandaran 8B, Jalan Ibrahim 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman Tarikh Keputusan : 9hb. Julai, 2025 Undang-Undang Yang Dirujuk: Akta Dadah Berbahaya 1952 Kanun Tatacara Jenayah Kes-Kes Yang Dirujuk: PP v. Jafa Bin Daud [1981] 1 MLJ 315 Tia Ah Leng v. Public Prosecutor [2004] CLJU 252; [2004] 1 LNS 252; [2004] 4 MLJ 249 PP v. Mohd Faiz Salleh [2016] 4 CLJ 92 Raja Izzuddin Shah v PP [1979] 1 MLJ 70 Buku yang dirujuk: The Random House Dictionary of the English Language: The Unabridged Edition (1994 edition)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.