Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: BA-16-59-08/2025 ANTARA A E MARKINGS MANUFACTURING SDN. BHD. …PERAYU DAN CHAN WAN MEI …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
BA-16-59-08/2025
High Court of Malaysia8 Jul 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“17. Mahkamah ambil maklum dalam kes Maritime Intelligence Sdn Bhd v. Tan Ah Gek [2021] MLJU 2189, Nallini Pathmanathan HMP memutuskan di [para 104] – “In relation to domestic inquiries, the general principles of good industrial practice and natural justice require that an employer ought to hold”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: BA-16-59-08/2025 ANTARA A E MARKINGS MANUFACTURING SDN. BHD. …PERAYU DAN CHAN WAN MEI …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
1
Ini adalah rayuan Perayu terhadap keputusan Ketua Pengarah Tenaga Kerja (KPTK) bertarikh 22.7.2025 yang mengarahkan Perayu membayar Responden gaji ganti notis dan faedah penamatan dalam jumlah RM33,067.94.
2
Setelah meneliti kesemua suratcara rayuan ini dan hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah memutuskan untuk S/N jmu2CkLDe0kOvC1ztZHqg membenarkan rayuan tersebut dengan kos. Berikut adalah alasan keputusan tersebut. Latar belakang
3
Responden mula bekerja dengan Perayu sebagai Artwork Assistant mulai 19.11.2010 dengan gaji pokok terakhir sebanyak RM2,900.00. Responden dihentikan kerja dengan serta-merta pada 27.3.2025 berikutan pergaduhannya dengan rakan sekerja.
4
Suatu perbincangan diadakan di kalangan majikan, Responden dan pekerja tersebut di mana mereka meneliti rakaman CCTV kejadian tersebut. Walaupun Responden menyatakan pergaduhan itu bermula kerana pekerja tersebut menolak pintu pejabat ke arahnya, Responden mengakui menendang pekerja tersebut.
5
Responden membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja Subang Jaya dan aduannya didaftarkan sebagai KBR 11001/2025/0593. Prosiding di hadapan KPTR
6
Kedua pihak memberi keterangan berkenaan kejadian yang membawa kepada pergaduhan di antara Responden dan rakan sekerjanya. Responden mengakui menendang rakan sekerjanya. Responden juga pernah diberikan amaran S/N jmu2CkLDe0kOvC1ztZHqg terdahulu lanjutan pergaduhan dengan pekerja yang sama pada tahun 2022.
7
Dalam memutuskan isu sama ada penamatan Responden mengikut prosedur yang sah di sisi-sisi undang-undang, KPTK merujuk kepada seksyen 14(1) Akta Kerja 1955 (Akta 265) yang memperuntukkan seseorang pekerja boleh dihentikan atas alasan salahlaku selepas siasatan yang sepatutnya.
8
Beliau mendapati Perayu gagal mengadakan siasatan dalaman dan Responden tidak diberikan peluang untuk mempertahankan diri.
9
Dalam keadaan ini, KPTK memutuskan penamatan kerja Responden tidak sah dan Responden layak menerima gaji tanpa notis mengikut kontrak pekerjaannya dan faedah penamatan dengan kiraan mengikut Akta 265.
10
Secara ringkas Perayu menyatakan KPTK terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang kerana beliau gagal menimbang bahawa Responden melakukan salahlaku terhadap rakan sekerja dan juga kegagalan Perayu mengadakan siasatan dalaman tidak memudaratkan keputusan Perayu. S/N jmu2CkLDe0kOvC1ztZHqg Prinsip undang-undang
11
Seksyen 77 Akta 265 memperuntukkan prosidur yang terpakai untuk rayuan terhadap keputusan KPTR di bawah seksyen 69 Akta adalah sama dengan prosidur untuk rayuan dari keputusan Mahkamah Sesyen.
12
Oleh yang demikian, Mahkamah berpandukan prinsip undang-undang umum berkaitan bidangkuasa rayuan Mahkamah Tinggi dalam mendengar rayuan dari Mahkamah Rendah yang dinyatakan dalam kes China Airlines Ltd v. Maltran Air Corp Sdn Bhd (formerly known as Maltran Air Services Corp Sdn Bhd and another appeal [1996] 2 MLJ 517 di 527 dan UMW Motor Sdn Bhd & Anor v. Allan Chong Teck Hin [2021] 3 MLJ 107 di 117. Analisa dan dapatan Mahkamah Adakah penamatan kerja Responden sah di sisi undang-undang
13
Seksyen 14(1) Akta 265 memperuntukkan – “An employer may, on the grounds of misconduct inconsistent with the fulfilment of the express or implied conditions of service after due inquiry –
a
dismiss without notice the employee;
b
downgrade the employee; or S/N jmu2CkLDe0kOvC1ztZHqg
c
Impose any other lesser punishment as he deems just and fit, and where a punishment of suspension without wages is imposed, it shall not exceed a period of two weeks.”
14
Adalah menjadi prinsip undang-undang mantap yang beban pembuktian penamatan kerja seseorang pekerja adalah wajar terletak sepenuhnya pada majikan.
15
Dalam konteks rayuan ini, Mahkamah mendapati surat penamatan kerja Responden mengandungi alasan-alasan penamatan, yakni – “On March 27th 2025 around 11:53 am, you were founded and recorded by our Company Surveillance System that you’re attacking another colleague within our Company.”
16
Dakwaan ini disahkan semasa prosiding di hadapan KPTK oleh –
i
Responden sendiri yang menyatakan – “Saya nak keluar, Lau Poh Kim tolak pintu dan langar saya. Saya marah dan sepak dia disebab pintu itu tidak sepatutnya ditutup sebab ada orang selalu keluar masuk. Tetapi dia dengan sengaja tolak pintu dan langgar saya.”; dan S/N jmu2CkLDe0kOvC1ztZHqg
II
(ii) wakil Perayu, Suraiya binti Ahmad, yang menyatakan – “Semasa kejadian, satu company bising sebab pergaduhan tersebut dan bagi effect seluruh company bising. Pihak atas terpaksa ambil tindakan. Dia telah buat suasana jadi bising. Dia bergaduh dan bukti ada CCTV. Sebab dia yang mulakan gaduh. Kami telah buat perbincangan. Tanya adakah dia yang mulakan gaduh. Semasa sesi bincang hari itu, saksi kata dia bergaduh. Dia yang mulakan pergaduhan tersebut. Then, berdasarkan CCTV, dia yang tendang dulu dan mereka gaduh.”
17
Mahkamah ambil maklum dalam kes Maritime Intelligence Sdn Bhd v. Tan Ah Gek [2021] MLJU 2189, Nallini Pathmanathan HMP memutuskan di [para 104] – “In relation to domestic inquiries, the general principles of good industrial practice and natural justice require that an employer ought to hold a domestic inquiry prior to dismissing a workman for misconduct. However a failure to hold a domestic inquiry is not fatal. Otherwise an employer who had perfectly just cause or excuse on the substantive merits of a case to dismiss an employee, would be compelled to reinstate or pay compensation to a workman guilty of grave misconduct, simply because it had failed to comply with this procedural requirement. Therefore the position in law as enunciated in the leading case of Dreamland (above) is that where an employer S/N jmu2CkLDe0kOvC1ztZHqg fails to hold an inquiry, or an inquiry is found to be defective, it is open to the employer to establish afresh at the inquiry before the Industrial Court, that the dismissal was indeed with just cause or excuse. In other words, the employer is at liberty to establish the basis for the decision to terminate the workman.” (Lim Eye Thun v. Majlis Peguam Malaysia & Anor [2010] 2 MLJ 444 di 462; [2010] 2 CLJ 45; [2010] 4 AMR 125).”
18
Dalam keadaan di mana terdapat alasan yang munasabah untuk penamatan kerja, kegagalan untuk mengadakan siasatan dalaman (domestic inquiry) tidak menjejaskan kesalihan penamatan kerja itu. Siasatan sebegini hanya akan berupa suatu formaliti sia-sia sahaja kerana Responden telah mengakui salahlaku tersebut.
19
Mahkamah setuju dengan Perayu yang KPTK terkhilaf kerana beliau gagal menimbang salahlaku yang diakui oleh Responden sendiri yang mewajarkan penamatan kerjanya dengan serta-merta.
20
Pergaduhan di tempat kerja sememangnya suatu salahlaku serius kerana mengganggu kelancaran operasi harian serta meruntuhkan tahap disiplin dan keharmonian di kalangan pekerja. Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat, sihat, dan kondusif bagi semua pekerja mereka. Kegagalan majikan bertindak tegas terhadap salahlaku fizikal sesorang pekerja ini boleh dianggap sebagai satu pengabaian tanggungjawab ini. S/N jmu2CkLDe0kOvC1ztZHqg
21
Dalam konteks rayuan ini, fakta bahawa rakan sekerja Responden menutup pintu yang sepatutnya dibiarkan terbuka dan dalam proses tersebut melanggar tangan Responden, sama sekali tidak mewajarkan Responden menendangnya.
22
Tindakan Perayu menamatkan perkhidmatan Responden berkuat kuasa serta-merta adalah satu keputusan yang wajar dan munasabah. Keputusan ini tidak boleh dianggap sebagai keterlaluan atau melampau kerana ianya selari dengan tanggungjawab mereka terhadap pekerja-pekerja lain mereka.
23
Dalam kes Menon v. The Brookland Selangor Rubber Co Ltd [1968] 1 MLJ 15; [167] 1 LNS 100, Raja Azlan Shah J (as His Highness then was) held - “It is well-established law that wilful disobedience of a lawful and reasonable order of the employer will justify summary dismissal. It is also axiomatic that one act of disobedience or misconduct can justify instant dismissal if it is of a nature which goes to show that the servant is repudiating the contract or one of its essential conditions: see Laws v London Chronicle (Indicator Newspapers) Ltd [1959] 2 All ER 285 287 288.”
24
Mahkamah setuju dengan Perayu yang KPTK terkhilaf dalam mengabaikan fakta yang Responden mengakui salahlakunya dan tertumpu semata-mata kepada kegagalan Perayu mengadakan siasatan dalaman ke atas salahlaku tersebut. S/N jmu2CkLDe0kOvC1ztZHqg S/N jmu2CkLDe0kOvC1ztZHqg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.