Dibuat tanpa niat jahat (malice). [ 22 ] Merujuk kepada kes Low Tuck Kwong v. Sukamto Sia [2014] 1 SLR 639: "The question whether the impugned words were in fact defamatory of the plaintiffs and the issues of qualified privilege, justification and fair comment were not raised in the interlocutory application nor argued before either the High Court or the Court of Appeal. Therefore, learned counsel contended it was improper and unjust for the Court of Appeal to deprive the defendant of his right to a proper trial of the remaining issues before the High Court. Such deprivation constitutes a fundamental breach of the rules of natural justice. The majority decision of the Court of Appeal in the instant case effectively usurped the function and jurisdiction of the High Court. In the circumstances, he prayed that the Court of Appeal’s decision be set aside." Berdasarkan kes di atas, Mahkamah menegaskan bahawa komen yang dibuat berdasarkan fakta benar dan pengalaman langsung dilindungi di bawah pembelaan komen berpatutan (fair comment). Jadi, Defendan dalam kes ini berhak kepada pembelaan di bawah komen berpatutan kerana ianya ulasan jujur daripada pengalaman peribadinya sendiri. [ 23 ] Maneliti komen yang dibuat di Google Reviews sama analoginya jika meninggalkan ulasan di aplikasi e-Dagang seperti Shopee atau Lazada, ia adalah bentuk komen berpatutan atau adil yang memberikan pandangan jujur untuk rujukan bakal pelanggan dan membantu peniaga menambah baik perkhidmatan mereka. Defendan memberikan ulasan bersandarkan kepada fakta yang benar-benar terjadi. Plaintif boleh mengambil komen tersebut secara profesional, jika ada kecacatan boleh diselesaikan, namun Plaintif dalam kes ini, memandang negatif kepada aduan pelanggan, yang hanya memberikan ulasan jujur dan kritikan yang membina berdasarkan khidmat yang kurang memuaskan, yang diberikan oleh Pihak Plaintif kepada pihak Defendan. Oleh itu, ia juga bermanfaat untuk kepentingan umum. Tiada niat jahat (malice) yang terdapat pada ulasan tersebut kerana ia berdasarkan perkara benar. [ 24 ] Mahkamah berpendapat bahawa ulasan-ulasan Defendan tersebut dibuat berdasarkan pengalaman sebenar dan bertujuan memberi maklum balas untuk penambahbaikan perkhidmatan. Oleh itu, ia memenuhi kesemua syarat pembelaan yang terpakai dalam Aturan 78 Kaedah 3(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Kenyataan yang diterbitkan oleh Defendan melalui akaun Facebook Defendan dengan nama “Adam Amar” terhadap Plaintif pada 26 November 2022 adalah bukan satu kenyataan fitnah (“Kenyataan Fitnah Kedua”). ISU KETIGA Sama ada kenyataan yang diterbitkan oleh Defendan melalui akaun Google Profile Defendan terhadap Plaintif pada Januari 2023 (“Kenyataan Fitnah Pertama”) telah menjatuhkan imej dan reputasi Plaintif dan telah menyebabkan kerugian kepada Plaintif. [ 25 ] Mahkamah dirujuk kepada kes Lim Guan Eng v. Raja Petra Raja Kamarudin [2021] 1 LNS 825: "The Court should consider the conduct of the Plaintiff, his or her position, and standing at the time the statements were made or uttered. The nature and gravity of the statements, how they were made, the mode and extent of publication, and whether the Defendant has offered to apologise or retract the alleged defamatory statements. Mental distress, hurt, and anxiety suffered by the Plaintiff arising out of or in relation to the defamatory statement should also be considered. However, this list is not exhaustive, and each case depends on its facts." Berdasarkan kes di atas, dapaat dilihat bahawa jika tiada bukti yang jelas mengenai reputasi yang tercemar atau kerugian nyata, dakwaan fitnah tersebut tidak boleh diteruskan. Dalam kes ini, Plaintif tidak dapat mengemukakan sebarang bukti yang menunjukkan kenyataan tersebut telah menyebabkan kemerosotan imej kepada syarikat Plaintif. Mahkamah ini mendapati tiada apa-apa yang dapat menyokong tuduhan pihak Plaintif yang tidak berasas. [ 26 ] Oleh itu, kenyataan yang diterbitkan oleh Defendan melalui akaun Google Profile Defendan terhadap Plaintif pada Januari 2023 (“Kenyataan Fitnah Pertama”) tidak menjatuhkan imej dan reputasi Plaintif dan tidak menyebabkan kerugian kepada Plaintif. Tuduhan yang tidak berasas tersebut tidak dapat dibuktikan kesahihannya apabila tiada serahan bukti kepada pihak Mahkamah. ISU KE 4 Sama ada kenyataan yang diterbitkan oleh Defendan melalui akaun Facebook Defendan terhadap Plaintif pada 26.11.2022 (“Kenyataan Fitnah Kedua”) telah menjatuhkan imej dan reputasi Plaintif dan telah menyebabkan kerugian kepada Plaintif. [ 27 ] Mahkamah dirujuk kepada keputusan di dalam kes Lim Guan Eng v. Raja Petra Raja Kamarudin [2021] 1 LNS 825, di mana Mahkamah menjelaskan bahawa jika tiada bukti jelas mengenai reputasi yang tercemar atau kerugian nyata, dakwaan fitnah tidak boleh diteruskan. Pihak Plaintif didapati tidak mengemukakan sebarang bukti yang menunjukkan kenyataan tersebut telah menyebabkan kemerosotan imej kepada syarikat Plaintif. Plaintif hanya membuat tuduhan umum tanpa menyertakan bukti spesifik seperti pengurangan pendapatan atau kehilangan pelanggan. Komen tersebut sama sekali tidak memudaratkan secara serius. Ulasan tersebut hanya berdasarkan kepada pengalaman peribadi, bukan tuduhan palsu yang menjejaskan imej syarikat secara meluas. [ 28 ] Mahkamah bersetuju dengan hujahan defendan bahawa kenyataan yang diterbitkan oleh Defendan melalui akaun Facebook Defendan terhadap Plaintif pada 26.11.2022 (“Kenyataan Fitnah Kedua”) tidak menjatuhkan imej dan reputasi Plaintif dan tidak menyebabkan kerugian kepada Plaintif. ISU KE 5 Sama ada kenyataan yang diterbikan oleh Defendan melalui akaun Google Profile Defendan terhadap Plaintif pada Januari 2023 (“Kenyataan Fitnah Pertama”) adalah bersifat dalam makna biasa dan semula jadinya dan/atau melalui innuendo dan/atau berjustifikasi serta benar pada faktanya. [ 29 ] Di dalam kes Joshua Benjamin Jeyaretnam v. Lee Kuan Yew [1991] 2 MLJ 135 : "It is well established that truth is a complete defense to defamation. If the defendant can prove that the defamatory statements made were substantially true, the claim must fail. The underlying principle is that the law does not allow a person to recover damages for injury to a reputation he does not deserve." [ 30 ] Mahkamah berpendapat bahawa Defendan berhak kepada suatu pembelaan kerana ulasan yang dikeluarkan olehnya adalah ulasan jujur dari pengalaman sebenar. Defendan telah membuktikan bahawa terdapat kecacatan utama yang tidak diselesaikan walaupun banyak aduan dibuat. Gambar-gambar kecacatan yang dieksibitkan di dalam Mahkamah ini telah mengesahkan kerosakan yang dialami. Ulasan tersebut telah dibuat secara jelas dan langsung tanpa sindiran atau maksud terselindung yang boleh memburukkan reputasi. ISU KE 6 Sama ada kenyataan yang diterbitkan oleh Defendan melalui akaun Facebook oleh Defendan melalui akaun Google Profile Defendan terhadap Plaintif pada Januari 2023 (“Kenyataan Fitnah Pertama”) adalah bersifat dalam makna biasa dan semula / jadinya dan/atau melalui innuendo dan/atau berjustifikasi serta benar pada faktanya. [ 31 ] Dalam kes Defendan terhadap Plaintif pada 26 November 2022 (“Kenyataan Fitnah Kedua”) adalah bersifat dalam makna biasa dan semula Joshua Benjamin Jeyaretnam v. Lee Kuan Yew [1991] 2 MLJ 135: "It is well established that truth is a complete defense to defamation. If the defendant can prove that the defamatory statements made were substantially true, the claim must fail. The underlying principle is that the law does not allow a person to recover damages for injury to a reputation he does not deserve." [ 32 ] Berdasarkan kes di atas, kebenaran adalah pembelaan mutlak terhadap fitnah jika kenyataan disokong dengan bukti kukuh. Bukti kecacatan pada rumah dan perbualan dengan kakitangan Plaintif membuktikan kegagalan Plaintif menangani kecacatan utama, yang mana janji-janji yang diberi oleh staf pihak Plaintif, tidak dipenuhi secara sempurna, Plaintif hanya datang membaiki kerosakan yang kecil sahaja tanpa membaiki punca utama kerosakan atau kecacatan tersebut, dan tidak mengendahkan aduan-aduan Defendan dan isterinya, selepas daripada tamat tempoh liabiliti rumah tersebut, menunjukkan sikap tidak professional Plaintif. Plaintif boleh sahaja membantu membaiki kerosakan-kerosakan tersebut dan menuntut sejumlah bayaran untuk khidmat mereka, tetapi mereka mengambil keputusan tidak mengendahkan lagi pelanggan mereka setelah tamat tempoh liabiiti. [ 33 ] Ulasan atau Kenyataan dibuat oleh Defendan adalah secara jelas (ordinary meaning). Mahkamah mendapati tiada unsur sindiran atau innuendo yang boleh memburukkan Plaintif secara tersembunyi. Komen berkenaan hanya menyatakan pengalaman peribadi secara langsung. Oleh itu, Defendan berhak terhadap pembelaan justifikasi kerana ulasannya hanya meliputi perkara yang benar-benar terjadi kepada rumah yang didiami bersama isteri dan keluarga. Maka, sekali lagi Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa kenyataan yang diterbitkan oleh Defendan melalui akaun Facebook Defendan terhadap Plaintif pada 26 November 2022 (“Kenyataan Fitnah Kedua”) adalah bersifat dalam makna biasa dan semula jadinya dan/atau melalui innuendo dan/atau berjustifikasi serta benar pada faktanya. ISU KE 7 Sama ada Plaintif berhak dan/atau layak terhadap gantirugi-gantirugi yang dituntut terhadap Defendan daripada kenyataan-kenyataan fitnah yang diterbitkan oleh Defendan daripada akaun Google Profile dan Facebook Defendan tersebut. [ 34 ] Mahkamah ini juga mendapati bahawa pihak Plaintif tiada asas yang kukuh untuk menuntut gantirugi. Plaintif telah gagal membuktikan kepada Mahkamah kerugian nyata (actual loss). Semasa pemeriksaan balas, SP-1 (Puan Norhaslinda Binti Talip, Pengarah Syarikat Plaintif) mengakui bahawa tiada bukti kukuh mengenai kerugian atau kehilangan pelanggan akibat kenyataan Defendan di Google Review atau Facebook. Pemeriksaan balas oleh Peguam Defendan ke atas SP1 di Nota Keterangan pada muka surat 8: Peguam Defendan: Berdasarkan dokumen ini Puan tak dapat buktikan kepada Mahkamah, kekuatan syarikat sama ada untung ataupun rugi syarikat AK Residential Sdn Bhd. SP-1 : Setuju. Peguam Defendan: Dalam dokumen ini, Puan tak dapat buktikan bahawa selepas daripada tangkap layar tu yang dibuat oleh Adam Amar, kenyataan yang dikatakan buat oleh Adam Amar ni, Puan tak dapat buktikan kepada Mahkamah bahawa syarikat mengalami kerugian akibat daripada perbuatan tersebut dalam dokumen tersebut. SP-1 : Setuju, saya tidak nyatakan. [ 35 ] Mahkamah dirujuk kepada kes Low Tuck Kwong v. Sukamto Sia [2014] 1 SLR 639: "[98] We agree. The tort of defamation is not one which protects all kinds of interests and so not all kinds of losses are recoverable. By their nature, certain kinds of losses are, as a matter of policy, simply too remote to be recovered in an action for defamation. The tort of defamation primarily protects a person’s reputation (see Gatley at para 1.1) and so grants relief for damage to a plaintiff’s reputation, the injury to his feelings and also provides a vindicatory effect. Where therefore the loss resulting from the publication of the words complained of is not referable to such protected interests, such loss is not claimable even if the publication was factually causative of it; it therefore does not include all consequential pecuniary loss.” Berdasarkan kes di atas, Mahkamah telah menolak tuntutan fitnah kerana tiada bukti kukuh bahawa kenyataan tersebut telah menyebabkan kerugian atau kerosakan imej. Oleh itu, pihak Plaintif tidak berhak kepada apa-apa gantirugi kerana tiada bukti yang menyokong bahawa Kenyataan-Kenyataan Fitnah tersebut menyumbang kepada kemerosoton nama baik dan imej pihak Plaintif sebagai syarikat pembinaan rumah. Dalam erti kata lain, Plaintif tidak berhak dan/atau tidak layak terhadap gantirugi-gantirugi yang dituntut terhadap Defendan daripada kenyataankenyataan fitnah yang diterbitkan oleh Defendan daripada akaun Google Profile dan Facebook Defendan tersebut. KESIMPULAN [ 36 ] Setelah mendengar keterangan saksi-saksi dari kedua-dua belah pihak, Mahkamah berpendapat bahawa kesemua isu-isu yang dibicarakan telah dijawab melalui keterangan saksi-saksi kedua-dua pihak. Mahkamah berpuas hati bahawa Pihak Plaintif telah gagal memuaskan mahkamah terhadap tuntutan fitnah yang dikemukakan kepada Defendan. Mahkamah memutuskan untuk menolak tuntutan Plaintif dengan kos . Disediakan oleh : …………......……t.t...………….........……….. [HJ.EFFANDI NAZILA BIN HJ.ABDULLAH]