Lampiran
Lampiran 8 dengan kos sebanyak RM3,000.00.”. (b) Permohonan Responden/Plaintif di bawah Aturan 18 kaedah 19 (1)(b), (c) dan (d) KKM 2012 (Kandungan 10) “DAPATAN DAN PERINTAH МАНКАМАН [14] Mahkamah setelah meneliti Lampiran 10 dan kesemua dokumen yang berkaitan mendapati bahawa Defendan tidak mempunyai kausa tindakan yang sah, remeh dan mengaibkan. Mahkamah berpendapat bahawa tuntutan balas Defendan adalah tidak bermerit dan adalah wajar untuk dibatalkan tanpa didengar secara penuh. [15] Berkenaan isu pelaksanaan spesifik, untuk pihak-pihak berjaya memohon dekri tersebut, perlulah ada satu perjanjian yang masih lagi berkuat kuasa dan mengikat pihak-pihak. Di dalam kes di hadapan Mahkamah, perjanjian penyewaan tersebut telahpun tamat pada Disember 2023. Justeru, selepas tamatnya perjanjian penyewaan tersebut, tiada lagi apa-apa perjanjian yang boleh mengikat pihak-pihak. Seksyen 20 (1)(c) Akta Relif Spesifik 1950 dengan jelas memperuntukkan bahawa tiada perintah untuk pelaksanaan spesifik jika terma-terma kontrak tidak jelas dan tiada kepastian yang munasabah seperti mana di dalam kes di hadapan Mahkamah ini. [16] Berkenaan isu pembayaran kos RM500,000.00 termasuk lantikan konsultan, tiada sebarang pembuktian yang diberikan di dalam Lampiran 13 untuk menunjukkan bahawa jumlah tersebut adalah merupakan kos yang telah dibelanjakan oleh Defendan. Jika ada pun pembuktian tersebut, Plaintif tidak bertanggungan kepada kos tersebut kerana ianya adalah merupakan kos operasi perniagaan Defendan. [17] Justeru, adalah jelas bahawa Defendan tiada isu-isu yang perlu dibicarakan secara penuh. Adalah jelas bahawa tuntutan balas ini adalah satu tindakan yang remeh dan mengaibkan. Defendan dengan jelas tiada mempunyai apa-apa kausa tindakan terhadap Plaintif. Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa keputusan yang wajar dibuat di dalam kes ini adalah untuk membenarkan permohonan Plaintif dengan kos sebanyak RM3,000.00.”. 7. Perayu/Defendan yang tidak berpuas hati dengan keputusan HMS tersebut telah memfailkan rayuan terhadap keputusan-keputusan tersebut melalui – (a) Rayuan Sivil No: WA-12ANCvC-186-10/2024, iaitu rayuan terhadap keputusan HMS yang membenarkan permohonan penghakiman terus Responden/Plaintif di bawah Aturan 14 kaedah 1 KKM 2012; dan (b) Rayuan Sivil No: WA-12ANCvC-184-10/2024, iaitu rayuan terhadap keputusan HMS yang membenarkan permohonan Responden/Plaintif untuk membatalkan Pembelaan dan Tuntutan Balas Defendan di bawah Aturan 18 kaedah 19 (1)(b), (c) dan (d) KKM 2012. 8. Setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan segala Rekod Rayuan, Alasan Penghakiman HMS serta penghujahan dan nas-nas undang-undang yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak Perayu/Defendan dan Responden/Plaintif, Mahkamah ini telah menolak rayuan-rayuan Perayu/Defendan tersebut dan mengekalkan kedua-dua keputusan HMS tersebut dengan kos sebanyak RM3,000.00 bagi setiap rayuan. 9. Ini kerana, berdasarkan kesemua fakta kes, pliding, kertas kausa dan keterangan dalam tindakan ini, Mahkamah ini mendapati bahawa tiada apa-apa appealable error dalam dapatan dan keputusan HMS yang telah membenarkan permohonan Responden/Plaintif untuk penghakiman terus di bawah Aturan 14 kaedah 1 KKM 2012 dan untuk membatalkan Pembelaan dan Tuntutan Balas Defendan di bawah Aturan 18 kaedah 19 (1)(b), (c) dan (d) KKM 2012. 10. Keputusan Mahkamah ini adalah berdasarkan alasan berikut: (a) Pertama, Mahkamah ini mendapati bahawa Perjanjian Penyewaan tersebut telahpun tamat pada 31.12.2022 dan penyewaan secara bulan ke bulan juga telahpun tamat pada bulan Disember 2023. Tiada perjanjian penyewaan baru dimasuki oleh kedua-dua pihak selepas penyewaan tersebut tamat pada bulan Disember 2023. Memandangkan penyewaan premis tersebut telah tamat dan tidak diperbaharui, maka Perayu/Defendan tiada lagi hak untuk menduduki premis tersebut dan hendaklah mengosongkan dan menyerahkan milikan kosong premis tersebut kepada Responden/Plaintif, selaku pemegang pajak tanah tersebut, mulai 1.1.2024. Oleh itu, pada pendapat Mahkamah ini, tiada apa-apa isu yang perlu dibicarakan mengenai penamatan penyewaan tersebut dan keperluan untuk Perayu/Defendan menyerahkan milikan kosong premis tersebut kepada Responden/Plaintif; (b) Kedua, Mahkamah ini mendapati tiada apa-apa isu yang perlu dibicarakan mengenai tindakan Perayu/Defendan mengemukakan cek-cek tarikh hadapan (post-dated cheques) berjumlah sebanyak RM60,000.00 tersebut kepada Responden/Plaintif, yang kononnya sebagai bayaran sewaan premis tersebut untuk tahun 2024. Ini kerana, penyewaan secara bulan ke bulan ke atas premis tersebut telahpun tamat pada bulan Disember 2023 dan tiada perjanjian penyewaan baru dimasuki oleh kedua-dua pihak tersebut. Justeru, tiada keperluan sebenarnya untuk Perayu/Defendan membuat bayaran sebanyak RM60,000.00 tersebut kepada Responden/Plaintif. Atas sebab itu, Responden/Plaintif telah memulangkan cek-cek tersebut kepada Perayu/Defendan; (c) Ketiga, mengenai dakwaan Perayu/Defendan bahawa notis penamatan yang diberikan oleh Responden/Plaintif kepada Perayu/Defendan pada bulan April 2024 adalah tidak teratur kerana tidak mengikut kehendak klausa 15 Perjanjian Penyewaan tersebut, Mahkamah ini berpendapat bahawa dakwaan Perayu/Defendan tersebut adalah tidak berasas. Ini kerana, setelah Perjanjian Penyewaan tersebut tamat pada 31.12.2022, pihak-pihak tidak lagi tertakluk dan terikat kepada Perjanjian Penyewaan tersebut termasuk berkaitan dengan pemberian notis penamatan dalam tempoh 60 hari di bawah klausa 15 Perjanjian Penyewaan tersebut. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa pemberian notis penamatan tersebut adalah sah dan teratur dari segi undang-undang dan tiada apa-apa isu yang perlu dibicarakan mengenai kesahan dan keteraturan notis penamatan tersebut; (d) Keempat, mengenai permohonan Perayu/Defendan dalam Pembelaan dan Tuntutan Balas bagi perintah pelaksanaan spesifik untuk Perayu/Defendan meneruskan Perjanjian Penyewaan tersebut, Mahkamah ini mendapati bahawa permohonan tersebut adalah tidak bermerit dan tidak mendedahkan kausa tindakan yang sah terhadap Responden/Plaintif kerana Perjanjian Penyewaan tersebut telahpun tamat pada 31.12.2022 dan tidak lagi mengikat pihak-pihak selepas itu. Ini adalah selaras dengan perenggan 20 (1)(c) Akta Relief Spesifik 1950 [Akta 137]; dan (e) Kelima, mengenai permohonan Perayu/Defendan dalam Pembelaan dan Tuntutan Balas supaya Responden/Plaintif membayar kos sebanyak RM500,000.00 yang kononnya telah ditanggung oleh Perayu/Defendan, Mahkamah ini mendapati bahawa permohonan tersebut adalah tidak bermerit dan tidak mendedahkan kausa tindakan yang sah terhadap Responden/Plaintif. Ini kerana, kos sebanyak RM500,000.00 tersebut telah gagal dibuktikan oleh Perayu/Defendan. 11. Oleh itu, berdasarkan alasan-alasan di atas dan prinsip undang-undang yang mantap (lihat kes National Company For Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn. Bhd. [1984] 1 CLJ (Rep) 283; Bank Negara Malaysia v. Mohd Ismail Ali Johor & Ors [1992] 1 CLJ 627; [1992] 1 CLJ (Rep) 14; Antah Schindler Sdn Bhd v. Ssangyong Engineering & Construction Co Ltd [2008] 3 CLJ 641; Sim Kie Chon v. Superintendent of Pudu Prison & Ors. [1985] 2 MLJ 385; Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v. United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 3 MLJ 36; Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor [2016] 3 CLJ 1), Mahkamah ini berpendapat bahawa memandangkan – (a) Responden/Plaintif telah berjaya menunjukkan bahawa tiada isu-isu yang perlu dibicarakan dalam tindakan ini; dan (b) Pembelaan dan Tuntutan Balas Perayu/Defendan tidak mendedahkan kausa tindakan yang sah terhadap Responden/Plaintif serta adalah remeh dan mengaibkan, maka ini adalah kes yang sesuai untuk membenarkan permohonan penghakiman terus Responden/Plaintif di bawah Aturan 14 kaedah 1 KKM 2012 dan kes yang jelas dan nyata (plain and obvious case) untuk membatalkan Pembelaan dan Tuntutan Balas Perayu/Defendan di bawah Aturan 18 kaedah 19 (1)(b), (c) dan (d) KKM 2012. 12. Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini telah menolak kedua-dua rayuan Perayu/Defendan terhadap keputusan HMS tersebut dengan kos sebanyak RM5,000.00 bagi kedua-dua rayuan tersebut. Bertarikh : 15 DISEMBER 2025 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (KUALA LUMPUR) Peguam bagi pihak Perayu: Encik Roshamsul Roslan Tetuan Roshamsul & Zulfikar No. 7-1B Jalan Pandan Indah 4/34 Pandan Indah 55100 Kuala Lumpur Tel : 03-42931010 Faks : 03-42930909 e-mel : randzkl2012@gmail.com Ruj : R&Z/KL/mrd/amg2/rayuan Peguam bagi pihak Responden: Cik Che Al Mahera binti Che Ibrahim Tetuan Al Mahera & Co. A-06-02, Plaza Glomac Jalan SS7/19 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-78876506 e-mel : almaheraandco@gmail.com Ruj : ANC/LIT/0100/2024/E)