i
(i) 3 paket plastik lutsinar yang setiap satu paket berisi serbuk dan ketulan kejernihan disyaki syabu;
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2018/0f577844-e7d4-41a7-b412-9607f6b483e4
Court of Appeal of Malaysia20 Sept 2018C-05(M)-172-04/2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Text
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN JENAYAH) RAYUAN NO. C-05(M)-172-04/2017 DIDENGAR BERSAMA RAYUAN NO. C-05(M)-176-04/2017 ANTARA A SARPIAN BIN AZMI … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN [Dalam Perkara Mengenai Mahkamah Tinggi Kuantan Perbicaraan Jenayah No. 45A-10-06/2015 dan 45A-7-08/2016 Antara Pendakwa Raya Dan A Sarpian Bin Azmi] KORAM AHMADI HAJI ASNAWI, HMR ABDUL RAHMAN SEBLI, HMR KAMARDIN HASHIM, HMR PENGHAKIMAN MAHKAMAH [1] Di Mahkamah Tinggi Kuantan perayu telah dituduh atas dua kesalahan mengedar dadah sepertimana pertuduhan-pertuduhan berikut: Kes No.45A-10-06/2015 “Bahawa kamu pada 3 November 2014, jam lebih kurang 10.15 malam, dirumah no.16, Jalan KS 2/7, Kota Sultan Ahmad Shah, di dalam Daerah Kuantan, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, telah mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 152.62 gram, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.” Kes No.45A-7-08/2016 “Bahawa kamu pada 3 November 2014, jam lebih kurang 9.30 malam, di tepi jalan berhampiran Restoran Kemaman Kopitiam beralamat di B-276, Jalan Air Putih, di dalam Daerah Kuantan, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, telah mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 153.18 gram, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Beliau di dapati bersalah atas kedua-dua pertuduhan dan telah dijatuhi hukuman mati. Ini adalah rayuan beliau terhadap sabitan dan hukuman. Setelah mendengar hujah kedua belah pihak, kami sebulat suara menolak rayuan perayu dan mengekalkan sabitan dan hukuman bagi kedua-dua kes dan ini adalah alasan-alasan kami. [3] Fakta ringkas kes sebagaimana dibentangkan oleh hakim bicara yang bijaksana adalah seperti berikut, dengan pengubahsuaian yang perlu. Pada 3.11.2014 jam lebih kurang 9.30 malam, DSP Wan Zulkifly bin Sahabaludin (SP3) bersama pasukannya telah menangkap perayu di tepi jalan berhampiran Restoran Kopitiam Kemaman di B-276, Jalan Air Putih, Kuantan, ketika dia sedang menuju ke keretanya jenis Viva No. pendaftaran CDA8657. Keterangan saksi kelima (SP5) ialah kereta ini telah dijual olehnya kepada perayu pada bulan Oktober 2014. [4] Sebelum penangkapan perayu, iaitu pada jam lebih kurang 8.45 pada malam yang sama, Inspektor Izwan Hafees bin Mukhtar (SP13) yang telah berada di dalam restoran itu melihat perayu menuju ke kereta tersebut dan meletakkannya di kawasan tempat letak kereta. Kemudian perayu keluar dari kereta, menguncikannya dan terus menuju ke restoran. 3 Setelah ke hulu ke hilir seolah-olah mencari seseorang di dalam restoran tersebut, perayu keluar menuju ke arah keretanya dan terus ditahan oleh SP13 dan seorang lagi anggota polis. [5] Apabila SP3 memperkenalkan dirinya sebagai polis, perayu menjadi agresif dan cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap. SP3 melakukan pemeriksaan fizikal ke atas perayu dan menjumpai satu anak kunci kereta beserta alat kawalan jauh dari genggaman tangan kanannya dan sebelas rangkai anak kunci dari dalam poket sebelah kanan seluar pendek yang di pakai oleh perayu. [6] Perayu kemudiannya memandu arah SP3 ke keretanya. Dengan menggunakan kunci yang di rampas dari perayu, SP3 membuka pintu kereta tersebut. Di dalam kereta, SP3 menjumpai satu beg plastik berwarna oren di atas tempat alas kaki bahagian tempat duduk pemandu. Hasil pemeriksaan, beg plastik itu didapati mengandungi 2 balutan pelekat berwarna kekuningan dibaluti plastik lutsinar. [7] Di dalam setiap balutan plastik lutsinar tersebut pula terdapat 3 paket plastik lutsinar dimana setiap paket mengandungi 10 paket plastik berwarna biru, manakala setiap paket berwarna biru berisi 198 biji pil berwarna kemerahan bertanda “WY” dan 2 biji pil berwarna kehijauan, juga bertanda “WY”. Jumlah keseluruhan pil-pil dalam 2 balutan pita pelekat tersebut ialah 12000 biji pil. [8] SP3 turut merampas 1 dompet duit mengandungi kad pengenalan perayu, 3 telefon bimbit serta resit deposit rumah sewa perayu bertarikh 20.10.2014. 4 [9] Setelah kata-kata amaran di bawah seksyen 37A(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) dibacakan oleh SP3 kepada perayu, SP3 menjalankan soal siasat ke atas perayu di tempat kejadian. Hasil soal siasat tersebut, perayu memaklumkan kepada SP3 bahawa ada lagi dadah, iaitu pil kuda dan syabu yang disimpan di rumah sewa beliau. [10] Pada jam 10.15 malam pada tarikh yang sama, SP3 dan pasukannya dengan dipandu arah oleh perayu pergi ke rumah No.16, Jalan KS 2/7, Kota Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Dengan menggunakan kunci yang dirampas dari perayu, SP3 membuka kunci mangga pintu gril dan pintu rumah tersebut. Seterusnya, perayu telah memandu arah SP3 dan pasukannya ke bilik tidur bahagian belakang rumah dan menunjukkan 1 beg plastik jenama FILA di atas lantai. [11] Hasil pemeriksaan, SP3 mendapati beg itu mengandungi:
i
(i) 3 paket plastik lutsinar yang setiap satu paket berisi serbuk dan ketulan kejernihan disyaki syabu;
subparagraph
(ii) 1 paket plastik lutsinar berikat gelung getah yang mengandungi 10 paket plastik berwarna biru dan setiap paket plastik mengandungi 198 biji pil berwarna kemerahan bertanda “WY” dan 2 biji pil berwarna kehijauan juga bertanda “WY” disyaki dadah berjumlah 2000 biji.
subparagraph
(iii) 1 paket plastik lutsinar berikat gelung getah yang mengandungi 7 paket plastik berwarna biru dan setiap paket plastik biru berisi 198 biji pil berwarna kemerahan bertanda “WY” dan 2 biji pil 5 berwarna kehijauan bertanda “WY” disyaki dadah berjumlah 1400 biji pil; dan
subparagraph
(iv) 1 paket plastik berwarna biru berisi 148 biji pil berwarna kemerahan bertanda “WY” dan 2 biji pil berwarna kehijauan juga bertanda “WY” disyaki dadah berbahaya berjumlah 150 biji. [12] Selain itu, SP3 juga menjumpai 1 alat penimbang digital dan 1 baju T jenama Camel Active di dalam bilik belakang tersebut dan wang berbagai nilai sejumlah RM3,075.00 di dalam bilik tidur bahagian tengah rumah (bilik kedua). [13] SP9 mengesahkan bahawa rumah tersebut disewa kepada perayu.
preamble
Menurut SP9, pada 20.10.2014, dia telah berjumpa dengan perayu di rumah sewa tersebut dan menyerahkan kunci rumah kepadanya. Perjanjian sewa rumah ditandatangani di antara SP9 dan perayu berkuatkuasa pada 1.11.2014. Sepertimana dinyatakan awal tadi, resit deposit rumah yang dikeluarkan oleh SP9 dijumpai dari dompet milik perayu semasa beliau ditangkap berhampiran restoran Kemaman Kopitiam. [14] Ahli Kimia (SP2) mengesahkan bahawa dadah yang dijumpai di dalam beg plastik dalam kereta perayu mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 152.63 gram manakala yang dijumpai di bilik belakang rumah sewa perayu adalah dadah berbahaya jenis yang sama seberat 153.18 gram. Dadah jenis ini tersenarai sebagai dadah berbahaya dalam Jadual Pertama ADB. 6 [15] Di akhir kes pendakwaan, hakim yang bijaksana mendapati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap perayu bagi kedua-dua pertuduhan, lantas memanggilnya untuk membela diri. [16] Dalam memutuskan bahawa satu kes prima facie telah dibuktikan terhadap perayu, hakim bicara yang bijaksana menggunapakai anggapan pemilikan dan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) dan juga anggapan mengedar di bawah seksyen 37(da) ADB. [17] Seksyen 37(d) terpakai kerana dadah-dadah tersebut berada dalam kawalan dan jagaan perayu, dan seksyen 37(da) terpakai secara berasingan kerana:
subsection
(1) jumlah dadah yang dimiliki perayu melebihi jumlah minima yang ditetapkan di bawah subseksyen tersebut; dan
subsection
(2) mahkamah telah membuat dapatan fakta bahawa perayu mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut. Dengan lain perkataan perayu mempunyai “mens rea possession”, iaitu elemen yang perlu dibuktikan secara afirmatif oleh pihak pendakwaan untuk mengaktifkan anggapan mengedar di bawah seksyen 37(da). [18] Kami berpendapat bahawa dalam menggunapakai kedua-dua anggapan, hakim bicara tidak melanggar larangan terhadap penggunaan anggapan berganda sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Alma Nudo Atenza v Public Prosecutor [2019] 1 LNS 437. 7 [19] Ini kerana beliau tidak menggunakan anggapan pemilikan dan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) untuk seterusnya menganggap pengedaran di bawah seksyen 37(da), sesuatu yang dilarang oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Muhammed Hassan v Public Prosecutor [1998] 2 CLJ 170; [1998] 2 MLJ 273. [20] Adalah juga penting untuk diperhatikan bahawa hakim bicara tidak merujuk, apatah lagi mengguna pakai peruntukan seksyen 37A ADB untuk mengaktifkan anggapan mengedar di bawah seksyen 37(da) dengan menggunakan anggapan di bawah seksyen 37(d). Seksyen 37A telah diputuskan sebagai tidak berperlembagaan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Alma Nudo Atenza (supra). [21] Pada hakikatnya, hakim bicara yang bijaksana mengguna pakai kedua-dua subseksyen ini semata-mata atas fakta yang telah dibuktikan secara afirmatif oleh pihak pendakwaan, iaitu kawalan dan jagaan bagi anggapan di bawah seksyen 37(d) dan pemilikan dengan pengetahuan atau mens rea possession bagi anggapan di bawah seksyen 37(da). [22] Anggapan-anggapan di bawah seksyen 37(d) dan (da) hendaklah di digunapakai oleh mahkamah di mana fakta asas untuk mengaktifkannya telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan: Lihat Muhammed Hassan (supra) dimana Chong Siew Fai HB (Sabah & Sarawak) dalam menyampaikan penghakiman Mahkamah menyatakan: “The ‘deemed’ state of affairs in s. 37(d) (ie, deemed possession and deemed knowledge) is by operation of law and there is no necessity to prove how that particular state of affairs is arrived at. There need only to be established the basic or primary facts necessary to give rise to that state of affairs ie, the finding of custody or control. Such presumptions as under s. 37(d) (and for that matter, the one under s. 37(da)) are sometimes described as 8 “compelling presumptions” in that upon proof of certain facts by a party (in our present case, proof of custody or control in s. 37(d) by the prosecution), the court must in law draw a presumption in its favour (ie, presumptions of possession and knowledge) unless the other party proves the contrary. Such a presumption has the compelling force of law. It is a deduction which the law requires the trial court to make.” [23] Apabila dipanggil untuk membela diri, perayu memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Pembelaan perayu pada dasarnya adalah seperti berikut. Beliau tidak pernah melihat bungkusan yang dijumpai di dalam kereta dan bungkusan tersebut hanya ditunjukkan kepadanya semasa berada di Ibu Pejabat Polis Kuantan. Menurutnya, kereta tersebut bukan kepunyaan beliau tetapi dipinjam dari kawannya dan beliau hanya memandu selama lebih kurang selama 15-20 minit sahaja sebelum ditangkap. [24] Berkenaan dadah yang dijumpai di dalam rumah sewa, perayu menyatakan bahawa dadah tersebut dijumpai sendiri oleh polis dari bilik belakang rumah sewa tersebut. Menurutnya, dia tidak pernah memberitahu polis terdapat dadah di dalam rumah tersebut. Perayu menafikan bahawa dadah yang dijumpai itu adalah milik beliau. [25] Setelah menimbang pembelaan perayu dengan teliti dan dengan mengambil kira keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, hakim yang bijaksana membuat kesimpulan berikut: “[88] Setelah meneliti pembelaan Tertuduh nyata bahawa pembelaan Tertuduh juga bersifat penafian semata-mata, D.A. Duncan v PP [1980] 2 MLJ 195, Lee Kwan Woh v PP [2008] 3 MLJ 674. Tertuduh menafikan dadah itu miliknya dan dia mengetahui mengenai kewujudan dadah-dadah tersebut. Mahkamah menerima keterangan SP13, SP3, SP14 SP5, SP9 dan kesemua saksi-saksi pendakwaan sebagai keterangan yang kredibel. Keterangan Tertuduh yang merupakan keterangan yang afterthought dan 9 penafian semata-mata telah gagal untuk mematahkan anggapan pemilikan di bawah seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pengedaran di bawah seksyen 37(da)(xvi) di atas imbangan kebarangkalian. Tertuduh juga telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pihak pendakwaan.” [26] Berdasar kepada keterangan yang ada di hadapan hakim bicara, kami tidak mendapati sebarang kesilapan yang nyata dalam kesimpulan yang beliau buat. Persoalan sama ada perayu mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut dan sama ada dadah-dadah tersebut adalah untuk tujuan pengedaran adalah merupakan persoalan fakta. [27] Dalam kes ini, dapatan-dapatan fakta yang dibuat oleh hakim bicara adalah jelas, iaitu perayu mempunyai pengetahuan tentang dadah-dadah tersebut dan pemilikannya adalah untuk tujuan pengedaran. [28] Dengan mengambil kira keseluruhan keadaan kes, terutamanya jumlah dadah yang terlibat dan cara dadah-dadah tersebut dibungkus rapi, hanya satu andaian yang boleh dibuat, iaitu dadah-dadah tersebut adalah untuk tujuan pengedaran, jika sekali pun anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) tidak terpakai dalam kes ini: Lihat Ong Ah Chuan v PP [1980] 1 LNS; [1981] 1 MLJ 64. [29] Oleh yang demikian, hakim bicara tidak khilaf apabila membuat dapatan-dapatan bahawa perayu gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. [30] Peguam perayu yang terpelajar mengemukakan 5 alasan untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi, seperti berikut: 10
subsection
(1) Hakim bicara terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila menyatakan bahawa perayu mempunyai milikan dan pengetahuan ke atas dadah-dadah yang dijumpai dalam kereta;
subsection
(2) Hakim bicara terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila menyatakan bahawa perayu mempunyai kawalan dan jagaan ke atas rumah sewa tersebut;
subsection
(3) Hakim bicara terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila menyatakan bahawa perayu mempunyai pemilikan dan pengetahuan ke atas dadah-dadah yang dijumpai di dalam rumah sewa tersebut;
subsection
(4) Hakim bicara terkhilaf apabila menyatakan bahawa perayu telah melakukan kesalahan mengedar merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB sedangkan perayu tidak melakukan apa-apa perbuatan untuk mengedar;
subsection
(5) Hakim bicara tersalah arah dari segi undang-undang dan fakta apabila bukan sahaja gagal menimbangkan pembelaan serta penjelasan perayu secara wajar menggunakan pendekatan bahawa perayu hanya perlu menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan atau menyangkal anggapan statutori bagi pemilikan di bawah seksyen 37(d) dan pengedaran di bawah seksyen 37(da)(xvi) ADB atas imbangan kebarangkalian. [31] Dengan hormat kepada peguam, kami mendapati bahawa tiada satu pun alasan-alasan yang dikemukakan itu mempunyai merit. Alasan 11
subsection
(1), (2) dan (3) semata-mata berkaitan dengan dapatan-dapatan fakta yang dibuat oleh hakim bicara. Prinsip undang-undang adalah jelas bahawa sesuatu mahkamah rayuan tidak boleh sewenang-wenangnya mengganggu dapatan-dapatan fakta yang dibuat oleh hakim bicara, melainkan dapatan-dapatan itu jelas salah atau perverse. Dalam kes ini, ke semua dapatan-dapatan fakta yang dibangkitkan oleh peguam itu disokong sepenuhnya oleh keterangan yang ada di hadapan hakim bicara. [32] Bagi alasan (4), peguam berhujah bahawa pengedaran tidak dibuktikan kerana tiada wang dijumpai bersama perayu semasa beliau ditangkap. Kami tidak menerima hujah ini. Sepertimana kami telah nyatakan awal tadi, fakta kes menjurus kepada satu andaian sahaja, iaitu dadah-dadah tersebut adalah untuk tujuan pengedaran. [33] Akhirnya alasan (5), yang kami juga dapati tidak mempunyai asas kerana hakim bicara yang bijaksana telahpun memberi pertimbangan secukupnya terhadap penjelasan yang diberikan oleh perayu, dan pada akhirnya beliau mendapati bahawa perayu gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Petikan-petikan berikut dalam alasan penghakiman hakim bicara adalah penting: “[70] Mahkamah telah meneliti pembelaan Tertuduh. Mahkamah dapati pihak pembelaan hanya mengemukakan suatu keterangan yang bertentangan dengan kes pihak pendakwaan. Diantara keterangan yang bertentangan itu ialah: a) Didalam keadaan dimana saksi-saksi polis mengatakan dadah dijumpai ditempat alas kaki yang terletak dibahagain pemandu, Tertuduh menafikan dadah-dadah tersebut dijumpai disitu; b) Begitu juga Tertuduh menafikan dadah-dadah dijumpai dibahagian bilik belakang rumah itu; 12 c) SP5 mengatakan Tertuduh membeli kereta tersebut daripadanya tetapi Tertuduh mengatakan Salmi yang membeli kereta tersebut daripada SP5; d) SP3 mengatakan dia menjumpai serangkai anak kunci daripada poket seluar Tertuduh tetapi Tertuduh mengatakan anak kunci itu diambil dari atas tanah setelah kunci itu terjatuh dari tangannya akibat dipukul oleh pihak polis; e) Pihak polis menjumpai satu dompet duit milik Tertuduh yang mengandungi kad pengenalannya di dalam kereta tetapi dia menafikannya; f) SP3 mengatakan Tertuduh telah memberikan maklumat kepadanya berkait dengan rumah sewa dan dadah-dadah yang dijumpai dirumah sewa tersebut tetapi Tertuduh mengatakan dia tidak memberikan apa-apa maklumat kepada polis di bawah seksyen 27 AK. [71] Mahkamah telah melihat saksi-saksi pendakwaan memberikan keterangan dan Mahkamah dapati saksi-saksi ini adalah saksi-saksi yang kredibel dan boleh dipercayai. Tidak ada sebab yang munasabah untuk Mahkamah menolak keterangan saksi-saksi ini. Keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan adalah konsisten dengan laporan polis yang dibuat oleh pengadu dan disokong oleh keterangan yang lain seperti senarai bongkar dan laporan kimia. Tidak ada sebab untuk saksi-saksi polis mereka-reka cerita untuk memerangkap Tertuduh kerana polis tidak ada apa-apa dendam dan memusuhi Tertuduh. Bahkan pihak pembelaan sendiri dari peringkat pendakwaan lagi sehinggalah keperingkat pembelaan tidak pernah mencabar sedemikian, Yusri Pialmi v PP [2010] 6 CLJ 878. Keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi polis juga bukan yang merupakan sesuatu yang inherently incredible untuk Mahkamah menolaknya, Wong Swee Chin v PP [1980] 1 LNS 138. [72] Sebaliknya Mahkamah merasa sangsi terhadap keterangan Tertuduh kerana pihak pembelaan gagal untuk mengajukan kesnya kepada saksi-saksi penting pendakwaan yang dengan seriousnya menjejaskan kredibiliti Tertuduh dan penekanan yang boleh diberikan kepada keterangannya.” [34] Atas alasan-alasan di atas lah kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk mensabitkan perayu atas kedua-dua kesalahan. Kami berpuas hati bahawa sabitan dan hukuman adalah selamat. 13 t.t. ABDUL RAHMAN SEBLI Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Bertarikh: 11 Jun 2019. Bagi pihak Perayu: Ibrahim Bin Kamaruddin dan Noor Zakilah Binti Mohamad Isa dari Tetuan Ibrahim Kamaruddin & Associates. Bagi pihak Responden: Dhiya Syazwani Izyan Binti Mohd Akhir, Timbalan Pendakwa Raya dari Kamar Peguam Negara.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.