Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN NO: JA-A72NCC-1256-07/ 2024 ANTARA A.T. TAXATION SDN BHD [Co. No.: 200801005730] PLAINTIF DAN PERUNDING JURU JASA SDN BHD [Co. No. 200001029964]
JA-A72NCC-1256-07/2024
Magistrates Court of Malaysia7 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“rmohonan untuk sesuatu Penghakiman Terus mestilah dibuktikan melalui keterangan dan pembuktian afidavit. [40] Seterusnya, di dalam kes Shah Alam City Centre Sdn. Bhd. v. Pentadbir Tanah Daerah Klang [2022] CLJU 2943, Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut: “[19] The court observes the Respondent has not objec”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN NO: JA-A72NCC-1256-07/ 2024 ANTARA A.T. TAXATION SDN BHD [Co. No.: 200801005730] PLAINTIF DAN PERUNDING JURU JASA SDN BHD [Co. No. 200001029964]
1
Plaintif telah memfailkan satu Notis Permohonan bertarikh pada 4 Oktober 2024 memohon untuk satu penghakiman terus dimasukkan terhadap Defendan menurut Aturan 14 Kaedah (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) (selepas ini dirujuk sebagai “Lampiran 11”).
2
Pada 7 Januari 2025, Mahkamah telah membenarkan permohonan Plaintif sebagaimana di Lampiran 11 tersebut dengan kos sebanyak RM1500.00.
3
Defendan, yang tidak berpuas hati dengan Keputusan Mahkamah ini telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi dan ini adalah alasan Mahkamah kepada Keputusan tersebut. TUNTUTAN PLAINTIF [4] Plaintif adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat di Malaysia dan mempunyai alamat tempat perniagaan di No. 24, Jalan Bendahara 12, Taman Ungku Tun Aminah, 81300, Skudai, Johor.
5
Defendan adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat dan mempunyai alamat tempat perniagaan di No. 34-02, Jalan Puteri 7/7, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor dan mempunyai alamat pejabat berdaftar di Suite B, 24- A, Jalan Bendahara 12, Taman Ungku Tun Aminah, 81300, Skudai, Johor.
6
Tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah untuk wang sebanyak RM38, 700 yang merupakan fi penilaian cukai pendapatan bagi perkhidmatan yang telah disedia dan diberikan oleh PlaintIf kepada Defendan sebagai Ejen Cukai Syarikat Defendan.
7
Tuntutan ini adalah berdasarkan invois-invois bertarikh 5.6.2009 sehingga 6.6.2023.
8
Walaupun telah diminta berulang kali oleh Plaintif, Defendan telah gagal dan/ atau enggan untuk membayar kepada Plaintif jumlah tuntutan tersebut atau mana-mana bahagian daripada jumlah tersebut sehingga sekarang.
9
Plaintif telah menghantar satu Notis Tuntutan bertarikh 17 Julai 2024 kepada Defendan namun Defendan masih gagal untuk membuat apa-apa bayaran sehinggalah tarikh pemfailan Writ Saman ini.
10
Defendan di dalam Pembelaannya menyatakan bahawa Defendan mengesyaki Plaintif melakukan penyelewengan apabila menyimpan dokumen-dokumen kepunyaan Defendan tanpa memberi salinan dokumen-dokumen yang difailkan di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.
11
Plaintif tidak berhak untuk menuntut bayaran bagi bil-bil yang telah dikeluarkan di luar had masa 6 tahun dalam tindakan ini.
12
Plaintif sedia maklum bahawa cek-cek Defendan disimpan oleh Pengarah dan pemegang saham Plaintif iaitu Tiong Kim Yok yang menggunakan cek-cek tersebut untuk membuat bayaran kepada beliau sendiri sedangkan cek-cek Defendan tersebut cukup untuk membuat bayaran kepada syarikat Plaintif.
Lampiran
LAMPIRAN 11 – PERMOHONAN PLAINTIF DIBAWAH ATURAN 14 KKM 2012 PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG [13] Di dalam permohonan ini, Mahkamah telah merujuk kepada Aturan 14 Kaedah 1 Kedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) yang memperuntukkan seperti berikut: 1. “Application by plaintiff for summary judgment (O. 14, r. 1) (1) Where in an action to which this rule applies a statement of claim has been served on a defendant and that defendant has entered an appearance in the action, the plaintiff may, on the ground that the defendant has no defence to a claim included in the writ, or to a particular part of such a claim, or has no defence to such a claim or part thereof except as to the amount of any damages claimed, apply to the Court for judgment against that defendant.” [14] Permohonan di bawah Aturan 14 Kaedah 1 KKM 2012 merupakan prosedur yang membolehkan tuntutan Plaintif diputuskan dan dibenarkan tanpa melalui perbicaraan penuh. Permohonan Plaintif di bawah Aturan ini akan dibenarkan dalam keadaan di mana Plaintif mempunyai satu tuntutan yang jelas dan terang. Defendan, sebaliknya bertanggungan untuk menunjukkan isu yang perlu dibicarakan atau Pembelaan bermerit bagi menghalang permohonan Plaintif. Pembuktian di dalam permohonan sebegini perlu dilakukan melalui keterangan afidavit selari dengan perincian yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes National Company for Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn. Bhd. [1984] 2 CLJ 220; [1984] 1 CLJ (Rep) 283; [1984] 2 MLJ 300. Mahkamah Persekutuan di muka surat 285 telah memutuskan seperti berikut: “We think it is appropriate to remind ourselves once again hat in every application under O.14 the first consideration is (a) whether the case comes within the Order and (b) whether the Plaintiff has satisfied the preliminary requirements for proceeding under O.14. For the purpose of an application under O.14 the preliminary requirements are: i.The Defendant must have entered an appearance; ii.The statement of claim must have been served on the Defendant; and iii.The affidavit in support of the application must comply with the requirements of r.2 of the O.14. It is to be observed that a case is not within O.14: (a) where no statement of claim has been served on the Defendant; where the indorsement on the writ includes a claim or claims outside the scope of O.14 as coming within r.1(2); (c) where the affidavit in support of the application is defective, eg. In omitting to state the deponent’s belief that the application is made in an action against the Government (O.73 r.5(1)). If the Plaintiff fails to satisfy either of these considerations, summons may be dismissed. If however these considerations are satisfied, the Plaintiff will have established a prima facie case and he comes entitled to judgment. The burden then shift to the Defendant to satisfy the Court why judgment should not be given against him (see O. 14 r.3 and 4(1)).” [15] Aturan 14 Kaedah 3(1) KKM 2012 memperuntukkan seperti berikut: 3. Judgment for plaintiff (O. 14, r. 3) (1) Unless on the hearing of an application under rule 1 either the Court dismisses the application or the defendant satisfies the Court with respect to the claim, or the part of a claim, to which the application relates that there is an issue or question in dispute which ought to be tried or that there ought for some other reason to be a trial of that claim or part, the Court may give such judgment for the plaintiff against that defendant on that claim or part as may be just having regard to the nature of the remedy or relief claimed. [16] Defendan hanya perlu menunjukkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya satu isu yang boleh dibicarakan bagi membantah permohonan Plaintif ini. Prinsip ini telah diputuskan di dalam kes Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail Ali Johor & Ors [1992] 1 CLJ 627; [1992] 1 CLJ (Rep) 14; [1992] 1 MLJ 400 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: “In an application under 0.14, the Court has to be satisfied on affidavit evidence that the Defence has not only raised an issue, but also that the said issue is triable, the determination of whether an issue is or not triable depends on the facts or the law arising from each case as disclosed in the affidavit evidence before the Court. A complete defence need not be shown. The Defence set up need only show that there is a triable issue.” [penekanan ditambah] HUJAHAN PLAINTIF [17] Peguamcara Plaintif menghujahkan bahawa kesemua elemen yang diperlukan di dalam kes National Company for Foreign Trade (supra) telah dipenuhi. Afidavit Sokongan Plaintif juga telah memenuhi elemen ketiga, di mana Afidavit tersebut mengesahkan fakta dan asas tuntutan serta melampirkan bukti dokumentari yang relevan yang menyatakan bahawa Defendan masih berhutang sebanyak RM38, 700.00 kepada Plaintif, yang merupakan yuran bagi perkhidmatan penilaian cukai pendapatan yang telah diberikan oleh Plaintif sebagai Ejen Cukai syarikat Defendan. Bukti Invois telah dikemukakan di dalam Afidavit Sokongan Plaintif sebagai Eksibit “TKY-1”. [18] Peguamcara Plaintif menghujahkan bahawa pihak Defendan telah gagal menimbulkan apa-apa Pembelaan terhadap tuntutan Plaintif. Pihak Defendan turut gagal memfailkan Afidavit Jawapan bagi permohonan Plaintif ini. [19] Seterusnya, Peguamcara Plaintif menghujahkan bahawa Pembelaan Defendan adalah naya penafian semata-semata tanpa sebarang bukti yang dikemukakan oleh pihak Defendan. Pihak Plaintif telah memberikan perkhidmatan tersebut kepada Defendan sejak tahun 2008 iaitu lebih kurang 15 tahun. Namun, Defendan tidak pernah menimbulkan isu mengenai penyelewengan oleh Plaintif. Ini secara jelasnya merupakan satu pemikiran terkemudian. [20] Peguamcara Plaintif turut menghujahkan bahawa tiada Afidavit Jawapan telah difailkan oleh Defendan dan Defendan berada di luar tempoh masa untuk berbuat demikian. Maka, segala pengataan dalam Afidavit Sokongan Plaintif adalah dianggap di akui oleh Defendan. [21] Ketiadaan penafian atau bantahan daripada pihak Defendan memperkukuhkan kesahihan fakta-fakta yang dinyatakan di dalam Afidavit Sokongan Plaintif. [22] Oleh itu, Plaintif menghujahkan bahawa kes ini layak diselesaikan secara penghakiman terus kerana tiada Pembelaan yang kukuh dan tiada juga pemfailan Afidavit Jawapan daripada Defendan. HUJAHAN DEFENDAN [23] Setakat tarikh Keputusan pada 7 Januari 2025, pihak Defendan telah gagal memfailkan sebarang hujahan sebagaimana yang telah diarahkan oleh Mahkamah. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [24] Adalah satu prinsip undang-undang yang mantap bahawa permohonan untuk merekodkan satu penghakiman terus akan dibenarkan dalam keadaan tuntutan Plaintif adalah jelas, nyata dan terang. Berdasarkan Aturan 14 Kaedah 1 KKM 2012, Plaintif perlu memenuhi segala keperluan yang telah digariskan. [25] Tuntutan Plaintif merupakan satu tuntutan yang terbit daripada kemungkiran Defendan untuk membuat bayaran bagi perkhidmatan yang telah disedia dan diberikan oleh PlaintIf kepada Defendan sebagai Ejen Cukai Syarikat Defendan. [26] Bagi satu permohonan untuk penghakiman terus, Mahkamah ini telah berpandukan kepada prinsip undang-undang yang telah digariskan dalam kes Kayu Raya (supra) sebagaimana yang telah dinyatakan di atas di mana terdapat 3 prasyarat yang perlu dipenuhi bagi permohonan di bawah Aturan 14 KKM 2012 iaitu sebagaimana berikut: i. Defendan telah memasukkan kehadiran; ii. Penyataan Tuntutan telah diserahkan kepada Defendan; dan iii. Afidavit Sokongan bagi permohonan di bawah Aturan 14 KKM 2012 telah mematuhi kehendak di bawah Aturan 14 Kaedah 2 KKM 2012. PRASYARAT 1: Defendan telah memasukkan kehadiran [27] Semakan Mahkamah mendapati Defendan telah memfailkan Memorandum Kehadiran bertarikh pada 14.8.2024 sebagaimana di Lampiran 4. Oleh itu, Prasyarat 1 telah dipenuhi. PRASYARAT 2: Penyataan Tuntutan telah diserahkan kepada Defendan [28] Mahkamah mendapati Writ Saman di Lampiran 1 dan Penyataan Tuntutan di Lampiran 2 telah diserahkan kepada Defendan pada 12.8.2024 berdasarkan Afidavit Penyampaian di Lampiran 6. Oleh itu, Prasyarat 2 juga telah dipenuhi. PRASYARAT 3: Afidavit Sokongan bagi permohonan di bawah Aturan 14 KKM 2012 memenuhi kehendak di bawah Aturan 14 Kaedah 2 KKM 2012 [29] Aturan 14 Kaedah 2 KKM 2012 memperuntukkan seperti berikut: 2. “Manner in which application under rule 1 shall be made (O. 14, r. 2) (1) An application under rule 1 must be supported by an affidavit in Form 13 verifying the facts on which the claim, or the part of a claim, to which the application relates is based and stating that in the deponent’s belief there is no defence to that claim or part, as the case may be, or no defence except as to the amount of damages claimed. (2) Unless the Court otherwise directs, an affidavit for the purposes of this rule may contain statements of information or belief with the sources and grounds thereof. (3) The notice of application, a copy of the affidavit in support and of any exhibits referred to therein must be served on the defendant within fourteen days from the date of receipt of the sealed notice of application by the applicant. (4) Order 32, rule 13(2) shall apply mutatis mutandis to all affidavits in respect of an application under this rule.” [30] Berkenaan dengan keperluan dibawah Aturan 14 Kaedah 2 (1) dan (2) KKM 2012, Mahkamah telah meneliti Afidavit Sokongan Plaintif bagi permohonan ini sebagaimana di Lampiran 12. Mahkamah mendapati berdasarkan Afidavit Sokongan di Lampiran 12 tersebut, Plaintif telah menentusahkan fakta yang menjadi asas kepada tuntutan ini dan menyatakan bahawa mengikut kepercayaan deponen, Defendan tidak mempunyai pembelaan terhadap tuntutan tersebut dan Pembelaan Defendan hanya mengandungi alegasi-alegasi yang tidak berasas. [31] Seterusnya, bagi kehendak di bawah Aturan 14 Kaedah 2 (3) KKM 2012, Mahkamah mendapati sesalinan Notis Permohonan dan Afidavit Sokongan beserta eksibit yang telah dimeterai masing-masing pada 4.10.2024 sebagaimana di Lampiran 11 dan Lampiran 12 telah diserahkan pada 11.10.2024 (rujuk minit prosiding bertarikh 23.10.2024) dan diakui terima oleh Defendan. [32] Oleh itu, Mahkamah mendapati Afidavit Sokongan Plaintif di Lampiran 11 telah memenuhi kesemua kehendak di bawah Aturan 14 Kaedah (2) KKM 2012 dan seterusnya memutuskan bahawa Plaintif telah turut mematuhi prasyarat-prasyarat yang telah digariskan di dalam kes Kayu Raya (supra) tersebut. [33] Beban pembuktian kini berpindah kepada Defendan untuk menunjukkan bahawa mengapa satu penghakiman terus tidak wajar dan tidak patut direkodkan terhadap Defendan. [34] Di dalam kes Bank Negara Malaysia (supra) ianya telah diputuskan bahawa Mahkamah dalam menentukan sama ada satu permohonan penghakiman terus perlu dibenarkan atau tidak, setelah prasyarat di bawah Aturan 14 KKM 2012 dipatuhi, perlu menentukan dan mengenalpasti sama ada isu-isu yang dibangkitkan oleh Defendan adalah merupakan isu-isu yang boleh dibicarakan (triable issue). SAMA ADA ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH DEFENDAN MERUPAKAN ISU-ISU YANG BOLEH DIBICARAKAN Tiada Afidavit Jawapan difailkan oleh Defendan sehingga tarikh Keputusan bagi Notis Permohonan Plaintif di Lampiran 11 diberikan [35] Semakan Mahkamah mendapati bahawa Defendan tidak memfailkan sebarang Afidavit Jawapan bagi menjawab kepada Notis Permohonan dan Afidavit Sokongan Plaintif di Lampiran 11 dan Lampiran 12 tersebut. Malahan, Defendan juga sehingga ke akhirnya tidak memfailkan sebarang hujahan bertulis untuk pertimbangan Mahkamah ini. [36] Di dalam kes Bank Negara Malaysia (supra), Mahkamah Persekutuan telah menjelaskan bahawa Mahkamah mestilah berpuas hati bahawa keterangan afidavit telah menunjukkan Pembelaan bukan sahaja telah membangkitkan isu, tetapi juga bahawa isu tersebut mestilah merupakan satu isu yang boleh dibicarakan. [37] Seterusnya, Mahkamah Persekutuan di dalam kes yang sama juga telah menjelaskan bahawa penentuan sama ada sesuatu isu adalah merupakan satu isu yang boleh dibicarakan adalah bergantung kepada fakta atau undang-undang yang dibangkitkan melalui pembuktian/ keterangan afidavit yang dikemukakan di hadapan Mahkamah. [38] Di dalam kes ini, memandangkan pihak Defendan tidak memfailkan apa-apa Afidavit Jawapan bagi membalas Afidavit Sokongan Plaintif di Lampiran 12, maka Mahkamah tidak boleh membuat satu dapatan bahawa sememangnya Defendan mempunyai isu-isu yang boleh dibicarakan. [39] Ini adalah kerana, pembuktian bagi Notis Permohonan untuk sesuatu Penghakiman Terus mestilah dibuktikan melalui keterangan dan pembuktian afidavit. [40] Seterusnya, di dalam kes Shah Alam City Centre Sdn. Bhd. v. Pentadbir Tanah Daerah Klang [2022] CLJU 2943, Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut: “[19] The court observes the Respondent has not objected to this application. There is before this court, no affidavit in reply filed by the Respondent nor any written submissions filed. In the case of non-filing of an affidavit to oppose Prasarana’s application, this would mean the Respondent admits the contents of Prasarana’s affidavit in support of this application to reinstate. See Abdul Razak Ahmad v. Majlis Bandaraya Johor Bahru [1995] 4 CLJ 339; [1995] 2 MLJ 287 and Ng Hee Thoong v. Public Bank Bhd. [1995] 1 CLJ 609”. [41] Berdasarkan kes Shah Alam City Centre Sdn. Bhd. (supra), adalah dapatan Mahkamah bahawa kegagalan Defendan memfailkan sebarang Afidavit Jawapan merupakan satu pengakuan kepada kandungan-kandungan di dalam Afidavit Sokongan Plaintif di Lampiran 12. [42] Selanjutnya, memandangkan Plaintif telah mengemukakan pembuktian/ keterangan melalui Afidavit Sokongan dan mengeksibitkan invois-invois berkaitan tuntutan ini sebagaimana di Eksibit “TKY-1” Lampiran 12, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah berjaya mengemukakan keterangan yang menunjukkan tiada kemungkinan yang munasabah bahawa Defendan mempunyai Pembelaan yang bersifat bona fide. [43] Adalah penting di sini untuk Mahkamah menekankan sekali lagi bahawa permohonan di bawah Aturan 14 KKM 2012 merupakan satu permohonan yang perlu diputuskan oleh Mahkamah melalui keterangan dan pembuktian Afidavit. [44] Memandangkan pihak Defendan telah gagal memfailkan Afidavit Jawapan kepada Notis Permohonan dan Afidavit Sokongan Plaintif di Lampiran 11 dan 12 tersebut, adalah dapatan Mahkamah bahawa pihak Defendan telah gagal untuk menunjukkan bahawa sememangnya terdapat isu yang boleh dibicarakan di dalam tuntutan ini. [45] Oleh itu, setelah meneliti keseluruhan keterangan afidavit, eksibit-eksibit, hujahan pihak Plaintif dan otoriti-otoriti yang dikemukakan serta alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpuas hati dan memutuskan untuk membenarkan permohonan Plaintif di Lampiran 11 dengan kos sebanyak RM1500.00. Bertarikh pada: 12 Februari 2025. t.t. NURMADIANA BINTI MAMAT Majistret, Mahkamah Majistret Sivil (2), Johor Bahru Pihak-Pihak: 1. Jeyakumar a/l C Sundralingam daripada Tetuan Alias, Kang, Ungku Mas & Associates – Peguamcara Plaintif 2. Periasamy a/l Karuppan daripada Tetuan Periasamy & Co. – Peguamcara Defendan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.