Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: NA-22NCvC-53-11 / 2021
NA-22NCvC-53-11/2021
High Court of Malaysia28 Dec 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“pursuant to S 114(g) of the Evidence Act 1950 being drawn against her in that her evidence would adversely and unfavourably affect the defendant’s case. [31] Begitu juga, Mahkamah ingin merujuk kepada Aturan 35 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2”
“g, peruncit, pengimport, pengeksport dan pengilang semua jenis sarung tangan, produk getah dan mempunyai Lesen No: N/05/16240 bagi mengeksport sarung tangan di bawah Akta Lembaga Getah Malaysia 1996 (Malaysian Rubber Board Act 1966). [8] Defendan Pertama menjalankan perniagaan (antara lain) pengeluaran, pengilang, impo”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: NA-22NCvC-53-11 / 2021
1
GOODHOPE HEALTHCARE SDN. BHD.
2
DATO’ LEE SON HONG (NO. K/P: 570226-08-5145) …PERAYU-PERAYU DAN A1 GLOBE SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 1291926-U) …RESPONDEN 22/04/2024 12:40:23 NA-22NCvC-53-11/2021 Kand. 44 ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 2 [DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: NA-22NCVC-53-11/2021 ANTARA A1 GLOBE SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 1291926-U) …PLAINTIF
1
GOODHOPE HEALTHCARE SDN. BHD.
2
DATO’ LEE SON HONG (NO. K/P: 570226-08-5145) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 3 ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Kes Guaman Sivil No: NA-22NCvC-53-11/2021 ini dan Kes Guaman Sivil No: NA-22NCvC-56-11/2021 telah digabungkan dan dibicarakan bersama-sama dalam satu perbicaraan penuh memandangkan pihak-pihak yang terlibat (Plaintif dan Defendan-Defendan) dan saksi-saksi yang terlibat di dalam kedua-dua kes ini adalah merupakan pihak-pihak dan juga saksi-saksi yang sama. [2] Di dalam Kes Guaman Sivil No: NA-22NCvC-53-11/2021, Defendan-Defendan (Perayu-Perayu) telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 24/01/2024 (Lampiran - 41) terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini pada 28/12/2023 di mana Mahkamah ini telah memutuskan bahawa keseluruhan tuntutan Plaintif (Responden) terhadap Defendan-Defendan (Perayu-Perayu) dibenarkan dengan kos. Manakala, keseluruhan tuntutan balas yang dikemukakan oleh Defendan-Defendan (Perayu-Perayu) terhadap Plaintif (Responden) adalah ditolak dengan kos. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 4 [3] Seterusnya, di dalam Kes Guaman Sivil No: NA-22NCvC-56- 11/2021 pula, Defendan-Defendan (Perayu-Perayu) telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 24/01/2024 (Lampiran - 38) terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini pada 28.12.2023 di mana Mahkamah ini telah memutuskan bahawa keseluruhan tuntutan Plaintif (Responden) terhadap Defendan-Defendan (Perayu-Perayu) adalah dibenarkan dengan kos. [4] Selanjutnya, di dalam Kes Guaman Sivil No: NA-22NCvC-53- 11/2021, Mahkamah telah menetapkan kos sebanyak RM15,000.00 dan di dalam Kes Guaman Sivil No: NA-22NCvC-56- 11/2021, Mahkamah juga telah menetapkan kos sebanyak RM15,000.00 dan kos-kos ini mesti dibayar oleh Defendan-Defendan (Perayu-Perayu) kepada Plaintif (Responden) tertakluk kepada bayaran fi alokatur. [5] Oleh itu, Notis Rayuan-Notis Rayuan (Lampiran - 41 dan Lampiran - 38) yang telah difailkan oleh Defendan-Defendan (Perayu-Perayu) di dalam kedua-dua kes (Kes Guaman Sivil No: NA- 22NCvC-53-11/2021 dan No: NA-22NCvC-56-11/2021 ini adalah ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 5 terhadap keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah di dalam kedua-dua tindakan tersebut. [6] Seterusnya, bagi tujuan penyediaan Alasan Penghakiman ini, Mahkamah akan merujuk Perayu-Perayu sebagai Defendan-Defendan. Manakala, Responden pula akan dirujuk sebagai Plaintif. Latar Belakang dan Fakta Kes [7] Plaintif menjalankan perniagaan (antara lain), pemborong, peruncit, pengimport, pengeksport dan pengilang semua jenis sarung tangan, produk getah dan mempunyai Lesen No: N/05/16240 bagi mengeksport sarung tangan di bawah Akta Lembaga Getah Malaysia 1996 (Malaysian Rubber Board Act 1966). [8] Defendan Pertama menjalankan perniagaan (antara lain) pengeluaran, pengilang, impot, ekspot dan penjualan sarung tangan pakai buang (disposable gloves), sarung tangan pembedahan, pelitup muka, produk huluan (upstream products), ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 6 NR dan NBR getah sintetik, (polyisobyne) dan semua jenis produk kesihatan dan produk pensterilan. [9] Defendan Kedua yang berhubung rapat kepada Dato’ Seri Tan Shie Khai iaitu Pengarah dan Pemegang Saham tunggal Syarikat Defendan Pertama yang juga merupakan wakil Defendan Pertama (“Wakil Defendan Pertama”) dan “alter ego” kepada Defendan Pertama, yang mana Defendan Pertama dalam keadaan urusan perniagaannya yang biasa bertindak kepada arahan-arahannya. [10] Plaintif pada awal tahun 2021 memperolehi beberapa pesanan untuk Sarung Tangan Bebas Serbuk Nitril (“Sarung Tangan tersebut”) daripada pembeli di Luar Negara dan untuk memenuhi keperluan Sarung Tangan oleh pembeli-pembeli Luar Negaranya, Pengarah Plaintif, Lim Soon Hee (“Pengarah Plaintif”) (“SP-1”) telah menghubungi Defendan Kedua (yang sebelum ini telah menghubungi Pengarah Plaintif) untuk memberitahu tentang perolehan Sarung Tangan Bebas Serbuk Nitril). Defendan Kedua telah memberitahu Pengarah Plaintif bahawa dia sekarang bekerjasama dengan Defendan Pertama dalam urusan perniagaan ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 7 Sarung Tangan dan oleh itu Defendan Pertama boleh memenuhi pesanan-pesanan Plaintif bagi Sarung Tangan tersebut (“Representasi tersebut”). [11] Berdasarkan perbincangan dengan Defendan Kedua dan Representasi tersebut, Plaintif telah memasuki Kontrak dengan Defendan Pertama di bawah pelbagai Pesanan Pembelian (“PO’s”) di mana terma pembayaran di bawah PO’s tersebut adalah 40% Pembayaran Deposit / Pembayaran Sebahagian (“Bayaran Pendahuluan”) dan baki 60% lagi pada waktu kutipan bekalan Sarung Tangan tersebut (“Kontrak tersebut”). [12] Butir-butir Tujuh (7) PO’s yang dikeluarkan oleh Plaintif dan jumlah yang setara 40% dalam Ringgit Malaysia dari Bayaran Pendahuluan yang dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama di bawah kontrak tersebut adalah seperti berikut:- Tarikh PO PO No. Amaun PO Bayaran Pendahuluan telah bayar Tarikh Pengutipan Sarung Tangan untuk penghantaran perkapalan ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 8 1 09.04.2021 A1 157/21GHH USD138,580.00 RM252,425.16 Hujung minggu April 2021 2 29.03.2021 A1 152/21 GHH USD8,500.00 RM141,000.00 Pertengahan April 2021 3 29.03.2021 A1 154/21GHH USD85,000.00 RM141,000.00 Minggu Ketiga April 2021 4 09.04.2021 A1 175/21GHH USD69,547.50 RM115,031.60 Hujung minggu April 2021 5 09.04.2021 A1 176/21GHH USD25,290.00 RM41,829.66 Hujung minggu April 2021 6 09.04.2021 A1 177/21GHH USD590,100.00 RM976,025.40 Minggu Pertama Mei 2021 7 22.03.2021 A1 147/21GHH USD335,400.00 RM551,665.92 Hujung minggu April 2021 Jumlah Pendahuluan yang telah dibayar RM2,092,087.74 [13] Majlis Perbandaran Manjung (“MPM”) pada 19.05.2021 telah menutupkan operasi Kilang Sarung Tangan Defendan Pertama kerana tidak mematuhi prosedur Operasi Piawai di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (“PKP”) Covid-19 untuk tempoh selama tiga
3
bulan iaitu bermula daripada 19.05.2021 sehingga 26.07.2021. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 9 Tuntutan Plaintif Kes Guaman Sivil No: NA-22NCvC-53-11/2021 [14] Walaupun 40% Bayaran Pendahuluan tersebut telah dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama berdasarkan terma-terma PO’s tersebut, Defendan Pertama dengan memungkiri PO’s / Kontrak tersebut telah gagal menyiapkan pembekalan untuk pengutipan Sarung Tangan berkualiti dagangan tersebut pada jadual tarikh penghantaran dan kutipan yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak Plaintif dan Defendan-Defendan di bawah PO’s tersebut / Kontrak tersebut seperti tertera di dalam Tujuh (7) PO’s tersebut. [15] Walaupun, terdapat pelbagai tindakan susulan atau peringatan dihantar oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan, Defendan-Defendan telah gagal untuk memenuhi pesanan pembekalan Sarung Tangan tersebut di dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk pengutipan / penghantaran perkapalan bekalan Sarung Tangan tersebut kepada Pembeli Luar Negara Plaintif tersebut. [16] Disebabkan kelewatan tersebut di atas, pembeli-pembeli Plaintif di Luar Negara telah membatalkan pesanan-pesanan belian mereka. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 10 [17] Pembatalan pesanan belian tersebut oleh pembeli-pembeli Plaintif di Luar Negara telah menyebabkan Plaintif pada 28.06.2021 terpaksa membatalkan ketujuh-tujuh (7) PO’s mereka tersebut disebabkan kemungkiran Kontrak oleh Defendan-Defendan tersebut seperti yang dinyatakan di perenggan 8 hingga 10 di atas. [18] Plaintif telah menghantar e-mail kepada Defendan Pertama bertarikh 28.06.2021 untuk membatalkan kesemua Tujuh (7) PO’s tersebut disebabkan kemungkiran kontrak yang telah dilakukan oleh Defendan Pertama oleh kerana gagal menyiapkan dan menghantar serah konsainmen sarung tangan yang telah dipesan tersebut pada jadual tarikh penghantaran dan kutipan yang telah dipersetujui dan yang ternyata di dalam Tujuh (7) PO’s tersebut. [19] Surat Defendan Pertama bertarikh 27.07.2021 kepada Plaintif untuk mengutip konsainmen Sarung Tangan tersebut adalah sudah terlalu lewat memandangkan Plaintif telah melalui e-Mail Plaintif bertarikh 28.06.2021 telah membatalkan pesanan-pesanan Sarung Tangan bagi Tujuh (7) PO’s tersebut. Tambahan pula, kelewatan tersebut ditambah (“to compound the delay”) apabila kilang Sarung ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 11 Tangan Defendan Pertama ditutup oleh Majlis Perbandaran Manjung (“MPM”) selama tempoh tiga (3) bulan iaitu bermula dari 19.05.2021 hingga 26.07.2021 oleh kerana tidak mematuhi prosedur Operasi Perintah Kawalan Pergerakan (“PKP”) Covid-19. [20] Sampel-sampel Sarung Tangan Defendan-Defendan juga telah ditolak kualitinya oleh pelanggan-pelanggan Luar Negara Plaintif. [21] Ekoran pembatalan ketujuh-tujuh (7) PO’s tersebut disebabkan salah representasi dan / atau kemungkiran Kontrak dan / atau kejiapan fudisiari oleh Defendan-Defendan, maka Plaintif telah mengalami kerugian dan kehilangan dan Plaintif telah menuntut daripada Defendan-Defendan untuk pengembalian semula kesemua wang Bayaran Pendahuluan tersebut yang berjumlah RM2,092,087.74, gantirugi am, ganturugi teladan, faedah dan kos. [22] Notis Tuntutan bayaran balik Wang Deposit tersebut telah dikeluarkan oleh Peguamcara Plaintif, Tetuan Fahrol, Pretam & Co. terhadap Defendan-Defendan bertarikh pada 30.09.2021. Walaubagaimanapun, Defendan-Defendan telah gagal, enggan, ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 12 ingkar dan / atau abai untuk mengembalikan wang Bayaran Pendahuluan tersebut atau untuk menyelesaikan tuntutan Plaintif tersebut iaitu kerugian yang berjumlah sebanyak RM2,092,087.74. Analisis Mahkamah Isu Pertama: Defendan-Defendan tidak membalas Notis Tuntutan Plaintif [23] Di dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa Defendan-Defendan tidak ada memberikan sebarang respons atau pun maklum balas kepada Notis Tuntutan Plaintif bertarikh 30.09.2021 tersebut. Oleh itu, Defendan-Defendan dianggap telah mengakui tuntutan yang dikemukakan oleh Plaintif di dalam tindakan ini. [24] Merujuk kepada kes Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia berhad v Millenium Crest Sdn Bhd & Ors (2021) LNS 696, di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut: [44] Such non-payment and no reply to the Notices issued would amount to the 1st Defendant’s breach of the terms of Agreement. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 13 Applying the principles in David Wong Hon Leong v. Noorazman bin Adnan [1995] 4 CLJ 155; the Court of Appeal had stated as follows:- “During argument, we registered our surprise at the learned Judge’s reluctance to enter judgement for this sum of RM100,000.00. After all, the appellant had failed to respond to the letter of 17 December. If there had never been an agreement as alleged, it is reasonable to expect a prompt and vigorous denial. But, as we have pointed out, there was no response whatsoever from the appellant.” Isu Kedua: Sama ada Defendan-Defendan telah memungkiri terma-terma dalam Tujuh (7) PO’s / Kontrak tersebut [25] Di dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa Defendan-Defendan telah melakukan kemungkiran kontrak oleh kerana gagal menyiapkan, membekalkan dan menghantar serah konsainmen Sarung Tangan yang telah dipesan tersebut pada jadual tarikh penghantaran dan juga kutipan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak Plaintif dan Defendan-Defendan seperti yang tertera serta yang tercatat di dalam ketujuh-tujuh (7) PO’s tersebut. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 14 [26] Menurut Seksyen 56 Akta Kontrak 1950, ianya memperuntukkan seperti berikut: Effect of failure to perform at fixed time, in contract which time is essential. 56 (1) When a party to a contract promises to do a certain thing at or before a specified time, or certain things at or before specified times and fails to do any such thing at or before the specified time, the contract, or so much of it as has not been performed, becomes voidable at the option of the promisee, if the intention of the parties was that time should be of the essence of the contract. [27] Oleh itu, berdasarkan kepada Seksyen 56 tersebut Plaintif berhak untuk menamatkan kontrak tersebut dan untuk menuntut kembali Wang Pendahuluan tersebut berjumlah sebanyak RM2,092,087.74. Isu Ketiga: Sama ada Ketidakhadiran Defendan Kedua telah memudaratkan pembelaan Defendan-Defendan [28] Di dalam kes ini, Defendan Kedua tidak hadir di Mahkamah untuk memberikan keterangan di dalam tindakan ini. Saksi Defendan Pertama iaitu Low Siew Ngee (SD-1) tidak ada diberi otoriti atau kuasa oleh Defendan Kedua untuk memberi keterangan bagi pihak ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 15 Defendan Kedua. Oleh itu, tiada keterangan langsung yang telah diberikan atau yang telah dikemukakan oleh Defendan Kedua untuk membela Tuntutan Plaintif ini. Justeru itu, adverse inference (anggapan yang bertentangan) atau pun anggapan yang tidak memihak boleh dibuat terhadap Defendan-Defendan dalam kes ini. [29] Merujuk Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 ianya memperuntukkan seperti berikut:
114
Court may presume existence of certain fact The Court may presume the existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to the common course of natural events, human conduct and public and private business in their relation to the facts of the particular case.
g
that evidence which could be and is not produced would if produced be unfavourable to the person who withholds it. [30] Di dalam kes WRP Asia Pacific Sdn Bhd v Lee Son Hong & Anor (2023) 5 AMR 218, Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut: Held 1 (c) …Her failure to testify on her own behalf and tender any evidence at trial to rebut the allegations against her had led to an inference ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 16
Preamble
pursuant to S 114(g) of the Evidence Act 1950 being drawn against her in that her evidence would adversely and unfavourably affect the defendant’s case. [31] Begitu juga, Mahkamah ingin merujuk kepada Aturan 35 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 di mana ianya jelas memperuntukkan seperti berikut: Order 35 Proceedings At Trial Failure to appear by both parties or one of them (O. 35 r. 1)
1
1.
1
If, when the trial of an action is called on, neither party appears, the Judge may dismiss the action or make any other order as he thinks fit.
2
If, when the trial of an action is called on, one party does not appear, the Judge may proceed with the trial of the action or any counterclaim in the absence of that party, or without trial give judgement or dismiss the action, or make any other order as he thinks fit. [32] Oleh itu, memandangkan Defendan Kedua tidak hadir pada tarikh perbicaraan kes ini dijalankan dan SD-1 pula tiada otoriti atau tiada kuasa untuk memberikan keterangan bagi pihak Defendan Kedua, ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 17 maka Mahkamah ini mendapati bahawa tiada keterangan atau versi pembelaan yang telah diberikan atau yang telah dikemukakan oleh Defendan Kedua di dalam kes ini. Penemuan Mahkamah [33] Di dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa Defendan-Defendan telah gagal untuk mengemukakan sebarang pembelaan yang bermerit. Mahkamah juga mendapati bahawa tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah merupakan suatu tuntutan yang jelas, terang dan nyata berdasarkan kepada Pesanan Pembelian-Pesanan Pembelian (“PO’s”) yang telah dimasuki di antara Plaintif dengan Defendan Pertama di mana Defendan Pertama telah bersetuju untuk menyiapkan dan membekalkan Sarung Tangan tersebut kepada Plaintif. [34] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah disebabkan kemungkiran dan pemecahan kontrak oleh Defendan-Defendan di mana Defendan-Defendan telah gagal untuk menyiapkan dan membekalkan Sarung Tangan tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah Pesanan-Pesanan Pembelian tersebut ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 18 (“PO’s”). Oleh itu itu, Plaintif telah menuntut daripada Defendan-Defendan untuk pengembalian semula wang Bayaran Pendahuluan berjumlah sebanyak RM2,092,087.74 yang telah dibayar oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan di bawah ketujuh-tujuh (7) PO’s tersebut bagi tujuan penyiapan, pembekalan serta penghantaran Sarung Tangan tersebut. [35] Dalam lain perkataan, Defendan-Defendan telah gagal, enggan, mungkir dan / atau abai untuk menyiapkan, membekalkan dan menghantar Sarung Tangan tersebut kepada Plaintif dalam tempoh masa yang ditetapkan sebagaimana yang telah dipersetujui di bawah Po’s tersebut. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan di dalam kes ini adalah merupakan suatu tuntutan yang bonafide, berasas, bermerit dan munasabah. Sebaliknya, Defendan-Defendan telah gagal untuk mengemukakan sebarang pembelaan yang bermerit, berasas dan munasabah dalam tindakan ini. [36] Tambahan juga, Mahkamah mendapati bahawa segala keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh saksi-saksi ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 19 Plaintif di dalam tindakan ini iaitu Lim Soon Hee (SP-1) selaku Pengarah Urusan Plaintif dan juga Seong Ho Choi (SP-2) sebagai CEO of A1 Korea Co. Ltd. & President yang mempunyai hubungan kontrak dengan Plaintif untuk pembelian dan penjualan semula “Globes” kepada “end buyer” di Korea (LG Serveone) telah gagal untuk dicabar, disangkal dan dinafikan oleh Defendan-Defendan. Mahkamah mendapati bahawa pada setiap masa sewaktu perbicaraan kes ini dijalankan, Peguamcara Defendan-Defendan telah gagal untuk mempertikaikan dan / atau mencabar dan / atau menyangkal kebenaran (“challenge the veracity”) keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh SP-1 dan SP2 di dalam kes ini. [37] Justeru itu, Mahkamah mendapati bahawa kesemua keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh SP-1 dan SP-2 di dalam Pernyataan Saksi-Pernyataan Saksi mereka (WS-SP1 dan WS-SP2) hendaklah dianggap sebagai keterangan-keterangan yang benar dan telah gagal untuk dicabar dan disangkal di dalam perbicaraan ini. Sila rujuk kes Lin Kai Lam & Ors lwn Lin Kai ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 20 Wing & Anor (2014) 1 LNS 1769 dan kes Wong Swee Chin lwn PP (1980) 1 MLRA 125. [38] Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah diberikan tersebut di atas, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah dengan ini mendapati bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan di dalam kes ini. Justeru itu, Mahkamah memutuskan untuk membenarkan tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan seperti terdapat di dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif Perenggan 19 (a) hingga (d), Perenggan (g) dan (h) dengan kos sebanyak RM15,000.00. Sila rujuk kes Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd lwn Damai Setia Sdn Bhd
2015
5 MLRA 191, kes Gerald Jude Timothy Pareira lwn Kasi KL Palaniappan (2017) 1 LNS 889 dan Seksyen 101, Seksyen 102 dan juga Seksyen 103 Akta Keterangan 1950. Tuntutan Balas Defendan Pertama Tuntutan Balas Pertama Defendan Pertama [39] Di dalam kes ini, Tuntutan Balas Pertama Defendan Pertama adalah untuk sejumlah RM2,878,563.92 di mana Defendan ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 21 Pertama mendakwa telah mengalami kerugian oleh kerana Defendan Pertama terpaksa menjual Konsainmen Sarung Tangan tersebut yang telah siap yang tidak dikutip oleh Plaintif. Defendan Pertama hanya bersandarkan kepada dokumen Pernyataan “Sales Report” untuk menyokong Tuntutan Balas Pertama tersebut. [40] Walaubagaimanapun, Mahkamah mendapati bahawa Defendan Pertama melalui keterangan SD-1 WS-SD1(a) telah gagal untuk mengemukakan bukti-bukti dokumentasi seperti Purchase Orders, Proforma Invoice, Payment Transactions, Resit-Resit Jualan dan / atau Resit-Resit Belian berkaitan dengan jual beli Konsainmen Sarung Tangan yang didakwa telah siap tersebut di antara Defendan Pertama dan pembeli-pembeli Sarung Tangan tersebut. [41] Dalam lain perkataan, dokumen Defendan Pertama tersebut tidak disokong oleh keterangan berbentuk dokumentasi atau keterangan secara lisan yang diberikan oleh saksi-saksi Defendan Pertama untuk membuktikan kenyataan-kenyataan di dalam “Sales Report” tersebut. Ini adalah kerana Pernyataan “Sales Report” tersebut adalah hanya merupakan satu kenyataan am sahaja/semata-mata. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 22 [42] Tambahan juga, Tuntutan Balas yang dikemukakan oleh Defendan Pertama ini adalah tidak ada merit sama sekali memandangkan, Defendan Pertama sendiri yang telah memungkiri Kontrak asal yang telah dimasuki antara Plaintif dan Defendan-Defendan untuk pembekalan dan penghantaran Sarung Tangan tersebut di dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah Tujuh (7) PO’s tersebut. [43] Begitu juga, Mahkamah mendapati bahawa Tuntutan Balas Pertama Defendan Pertama tersebut adalah hanya merupakan satu pemikiran kemudian (“after thought”) oleh Defendan Pertama semata-mata demi untuk mengelakkan tanggungjawabnya untuk membayar semula wang Bayaran Pendahuluan (“deposit”) yang berjumlah RM2,092,087.74 yang telah dibayar oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan di bawah “PO’s” tersebut bagi pembelian dan pembekalan Sarung Tangan tersebut kepada Plaintif dalam kes ini. [44] Merujuk Seksyen 101, 102 dan 103 Akta Keterangan 1950, ianya memperuntukkan seperti berikut:
101
Burden of Proof
1
Whoever desires any court to give judgement as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person.
102
On whom burden of proof lies The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.
103
Burden of proof as to particular fact The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person. [45] Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa Defendan Pertama telah gagal membuktikan Tuntutan Balas Pertama tersebut dan menolak Tuntutan Balas Pertama Defendan Pertama tersebut dengan kos. Tuntutan Balas Kedua Defendan Pertama [46] Seterusnya, Tuntutan Balas Kedua Defendan Pertama di dalam tindakan ini adalah untuk sejumlah USD159,600.00 ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 24 (RM646,300.00) iaitu untuk pemulangan wang deposit Kontrak NBR Latex 140MT di bawah PO 2104/008 bertarikh 01.04.2021 di atas alasan kononnya Plaintif telah gagal untuk membekalkan 140MT NBR Latex tersebut kepada Defendan Pertama. [47] Mahkamah mendapati bahawa Tuntutan Balas Kedua Defendan Pertama tersebut adalah tidak bermerit dan tidak berasas serta tidak munasabah sama sekali oleh kerana Defendan Pertama sendiri yang telah memungkiri Kontrak PO 2104/008 tersebut memandangkan Defendan Pertama telah gagal untuk membayar baki 60% harga belian kepada Plaintif apabila Plaintif telah bersedia untuk membekalkan dan menghantar 140MT NBR Latex tersebut mengikut terma-terma Kontrak PO 2104/008 tersebut. [48] Cara bayaran yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak bagi PO 2104/008 140MT NBR Lates tersebut adalah jelas ternyata pada bahagian “Payment Term” di mana ianya jelas menyatakan bahawa 40% deposit dan 60% Fax B/L before arrival Port Klang. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 25 [49] Sebaliknya, Defendan Pertama melalui SD-1 menyatakan bahawa deposit sebanyak 40% mesti dibayar sebelum penghantaran dan baki sebanyak 60% tersebut perlu dibayar selepas penghantaran. [50] Mahkamah mendapati bahawa cara bayaran bagi PO 2104/008 140MT NBR Latex yang didakwa oleh Defendan Pertama seperti yang dinyatakan dalam Soalan dan Jawapan Defendan Pertama (SD-1) No. 19 SD-1 WSSD-1(a) dan di dalam Perenggan 27 Tuntutan Balas Defendan Pertama di Mukasurat 30 Ikatan Pliding (Lampiran - 28) adalah salah dan tidak mengikut terma bayaran Payment Term yang telah dipersetujui di bawah Kontrak PO 2104/008 tersebut (Mukasurat 109 Ikatan Dokumen Bersama - A). [51] Selanjutnya, SD-1, semasa di peringkat pemeriksaan balas, SD-1 telah bersetuju dengan cadangan peguamcara Plaintif bahawa mengikut PO 2104/008 tersebut, Defendan Pertama mesti membayar dahulu deposit sebanyak 40%. Manakala, baki 60% lagi perlu dibayar sebelum penghantaran di Port Klang. Oleh itu, adalah jelas terbukti di sini bahawa Defendan Pertama adalah pihak yang telah memungkiri terma bayaran di bawah PO 2104/008 tersebut. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 26 [52] Oleh itu, berdasarkan alasan di atas, Mahkamah mendapati bahawa Defendan Pertama telah gagal membuktikan Tuntutan Balas Kedua tersebut dan jelas terbukti Defendan Pertama adalah pihak yang telah memungkiri terma Kontrak PO 2104/008 tersebut. [53] Justeru itu, Mahkamah dengan ini memutuskan untuk menolak Tuntutan Balas Kedua Defendan Pertama tersebut dengan kos. Kesimpulan Oleh yang demikian, berdasarkan atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan. Selanjutnya, Mahkamah juga mendapati bahawa Defendan Pertama telah gagal untuk membuktikan tuntutan balasnya terhadap Plaintif di dalam kes ini. Secara kesimpulannya, berdasarkan kepada alasan-alasan yang tersebut di atas, Mahkamah berpendapat keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini pada 28.12.2023 di mana Mahkamah telah membenarkan tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan dengan kos dan menolak tuntutan balas Defendan Pertama terhadap Plaintif ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 27 dengan kos dan menetapkan keseluruhan kos tindakan ini sebanyak RM15,000.00 dan mesti dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif tertakluk kepada bayaran fi alokatur adalah wajar dan adil dibuat serta ianya bersesuaian dengan prinsip undang-undang. Disediakan oleh: t.t. (Mohamad Haldar bin Abdul Aziz) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 2 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. Bertarikh: 22 haribulan April 2024. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-53-11/2021 28 PEGUAMCARA PERAYU-PERAYU / DEFENDAN-DEFENDAN: TETUAN NGEH & CO No. 59, Main Road 32400 Ayer Tawar Perak. PEGUAMCARA RESPONDEN / PLAINTIF: TETUAN FAHROL, PRETAM & CO No. 19, 1st Floor Jalan Dato’ Abdul Malek 70000 Seremban Negeri Sembilan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.