Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: NA-22NCvC-56-11 / 2021
NA-22NCvC-56-11/2021
High Court of Malaysia28 Dec 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“utuskan seperti berikut: Held 1 (c) …Her failure to testify on her own behalf and tender any evidence at trial to rebut the allegations against her had led to an inference pursuant to S 114(g) of the Evidence Act 1950 being drawn against her in that her evidence would adversely and unfavourably affect the defendant’s c”
“ahawa proviso yang terdapat di bawah Seksyen 16(1)(b) Sale of Goods Act 1957 tersebut adalah tidak terpakai kepada fakta dalam kes ini. [32] Sebaliknya, menurut peruntukkan Seksyen 16(1)(b) Sales of Good Act 1957 tersebut, terdapat syarat tersirat (“implied condition”) bahawa Defendan-Defendan di dalam tindakan ini mem”
“al untuk respons atau pun telah gagal untuk memberikan sebarang maklum balas terhadap Notis Tuntutan yang telah dikeluarkan oleh pihak Plaintif. Isu Kedua: Sama ada peruntukkan Seksyen 16(1) Sale of Goods Act 1957 terpakai di dalam kes ini [28] Merujuk kepada Seksyen 16(1)(a) dan (b) Sale of Goods Act 1957, ianya mempe”
“g, peruncit, pengimport, pengeksport dan pengilang semua jenis sarung tangan, produk getah dan mempunyai Lesen No: N/05/16240 bagi mengeksport sarung tangan di bawah Akta Lembaga Getah Malaysia 1996 (Malaysian Rubber Board Act 1966). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFI”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: NA-22NCvC-56-11 / 2021
1
GOODHOPE HEALTHCARE SDN. BHD.
2
DATO’ LEE SON HONG (NO. K/P: 570226-08-5145) …PERAYU-PERAYU DAN A1 GLOBE SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 1291926-U) …RESPONDEN 23/04/2024 09:53:51 NA-22NCvC-56-11/2021 Kand. 42 ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 2 [DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: NA-22NCVC-56-11/2021 ANTARA A1 GLOBE SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 1291926-U) …PLAINTIF
1
GOODHOPE HEALTHCARE SDN. BHD.
2
DATO’ LEE SON HONG (NO. K/P: 570226-08-5145) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 3 ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Kes Guaman Sivil No: NA-22NCvC-56-11/2021 ini dan Kes Guaman Sivil No: NA-22NCvC-53-11-2021 telah digabungkan dan dibicarakan bersama-sama dalam satu perbicaraan penuh memandangkan pihak-pihak yang terlibat (Plaintif dan Defendan-Defendan) dan saksi-saksi yang terlibat di dalam kedua-dua kes adalah merupakan pihak-pihak dan juga saksi-saksi yang sama. [2] Di dalam Kes Guaman Sivil No: NA-22NCvC-56-11/2021, Defendan-Defendan (Perayu-Perayu) telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 24/01/2024 (Lampiran - 38) terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini di mana Mahkamah telah memutuskan keseluruhan tuntutan Plaintif (Responden) terhadap Defendan-Defendan (Perayu-Perayu) dibenarkan dengan kos. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 4 [3] Manakala, di dalam Kes Guaman Sivil No: NA-22NCvC-53- 11/2021, Defendan-Defendan (Perayu-Perayu) telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 24/01/2024 (Lampiran - 41) terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini pada 28/12/2023 di mana Mahkamah telah memutuskan keseluruhan tuntutan Plaintif (Responden) terhadap Defendan-Defendan (Perayu-Perayu) dibenarkan. Seterusnya, Mahkamah juga memutuskan keseluruhan tuntutan balas Defendan-Defendan (Perayu-Perayu) terhadap Plaintif (Responden) ditolak dengan kos. [4] Selanjutnya, di dalam Kes Guaman Sivil No: NA-22NCvC-56- 11/2021, Mahkamah telah menetapkan kos sebanyak RM15,000.00 dan di dalam Kes Guaman Sivil No: NA-22NCvC-53- 11/2021, Mahkamah juga telah menetapkan kos sebanyak RM15,000.00 dan kos-kos ini mesti dibayar oleh Defendan-Defendan (Perayu-Perayu) kepada Plaintif (Responden) tertakluk kepada bayaran fi alokatur. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 5 [5] Oleh itu, Notis Rayuan-Notis Rayuan (Lampiran - 38 dan Lampiran - 41) yang telah difailkan oleh Defendan-Defendan (Perayu-Perayu) di dalam kedua-dua kes (Kes Guaman Sivil No: NA- 22NCvC-56-11/2021 dan Kes Guaman SivilNo: NA-22NCvC-53- 11/2021 adalah terhadap keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah di dalam kedua-dua tindakan ini. [6] Seterusnya, bagi tujuan penyediaan Alasan Penghakiman ini, Mahkamah akan merujuk Perayu-Perayu sebagai Defendan-Defendan. Manakala, Responden pula akan dirujuk sebagai Plaintif. Latar Belakang dan Fakta Kes [7] Plaintif menjalankan perniagaan (antara lain), pemborong, peruncit, pengimport, pengeksport dan pengilang semua jenis sarung tangan, produk getah dan mempunyai Lesen No: N/05/16240 bagi mengeksport sarung tangan di bawah Akta Lembaga Getah Malaysia 1996 (Malaysian Rubber Board Act 1966). ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 6 [8] Defendan Pertama menjalankan perniagaan (antara lain) pengeluaran, pengilang, impot, ekspot dan penjualan sarung tangan pakai buang (disposable gloves), sarung tangan pembedahan, pelitup muka, produk huluan (upstream products), NR dan NBR getah sintetik, (polyisobyne) dan semua jenis produk kesihatan dan produk pensterilan. [9] Plaintif pada awal 2021 telah memperolehi beberapa pesanan untuk Sarung Tangan Bebas Serbuk Nitril (“Sarung Tangan”) daripada pembeli di Luar Negara di Korea iaitu A1 Korea Co. Ltd. (“Pembeli Luar Negara Korea”) dan memenuhi keperluan Sarung Tangan Pembeli Luar Negara Korea tersebut, Pengarah Plaintif, Lim Soon Hee (“Pengarah Plaintif”) telah menghubungi Defendan Kedua (yang sebelum ini telah menghubungi Pengarah Plaintif tentang perolehan Sarung Tangan Bebas Serbuk Nitril). Defendan Kedua telah memberitahu Pengarah Plaintif bahawa dia adalah sekarang bekerjasama dengan Defendan Pertama dalam urusan perniagaan Sarung Tangan dan Defendan Pertama boleh memenuhi pesanan-pesanan Plaintif bagi Sarung Tangan tersebut yang berkualiti dagangan untuk tujuan kegunaan yang ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 7 dimaksudkan (“for Gloves of merchantable quality fit for the intended purpose of usage”) oleh Pembeli Luar Negara (“Representasi tersebut”). [10] Berdasarkan perbincangan dengan Defendan Kedua dan Representasi tersebut yang dibuat oleh Defendan Kedua, Plaintif telah memasuki Kontrak dengan Defendan Pertama bagi Empat (4) Pesanan Pembelian (“PO’s) pada pertengahan Februari 2021/ awal Mac 2021 untuk penghantaran Sarung Tangan pada Mac/April 2021 dilaksanakan terus dari kilang Defendan Pertama didalam kontena bertutup (“Sealed Containers”) ke Pelabuhan Kelang untuk perkapalan seterusnya kepada Pembeli Luar Negara Korea Plaintif tersebut (“Ex-Factory”). [11] Terma pembayaran di bawah PO’s tersebut adalah 40% Pendahuluan deposit / Pembayaran Sebahagian (“Bayaran Pendahuluan”) dan baki 60% pada waktu kutipan konsainmen Sarung Tangan tersebut (“Kontrak tersebut”). ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 8 [12] Berdasarkan kepada pembayaran penuh oleh Plaintif kepada Defendan Pertama di bawah Kontrak kepada Empat (4) PO’s tersebut, Sarung Tangan telah dibungkus oleh Defengan Pertama ke dalam Kontena Bertutup yang diterima oleh penghantar barang Plaintif (“Plaintiff’s freight forwarder”) di alamat perniagaan Kilang Defendan Pertama yang kemudian dimuatkan ke lori penghantar barang Plaintif dan dihantar terus ke Pelabuhan Kelang untuk perkapalan seterusnya kepada Pembeli Luar Negara Korea di Korea. [13] Butir kepada Empat (4) PO’s di bawah Kontrak tersebut adalah seperti berikut: Tarikh PO No.PO Amaun PO Amaun dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama Tarikh Pesanan Penghantaran (Delivery Order)
1
1.
17
17.02.2021 A1 076/21GHH USD372,000.00
01
01.03.2021 A1 092/21GHH USD149,600.00
01
01.03.2021 A1 093/21GHH USD352,000.00
01
01.03.2021 A1 094/21GHH USD149,600.00 RM606,702.80 22.04.2021 ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 9 Jumlah Pembayaran-Pembayaran bagi 4 POs tersebut RM4,149,587.60 [14] Dua Konsainmen pertama (“first two consignments”) berkenaan dengan PO’s A1 076/21GHH dan A1 092/21GHH (“dua konsainmen pertama”) telah dihantar masing-masing pada 27.03.2021 dan 19.04.2021 kepada Pembeli Korea tersebut. Manakala, konsainmen ke-3 dan ke-4 di bawah A1 093/21GHH dan A1 094/21GHH kedua-duanya di kapal pada 26.04.2021. Apabila ketibaan dua konsainmen pertama pada 11.4.2021 dan 25.04.2021, Pembeli Luar Negara Korea Plaintif telah menerima penghantaran Konsainmen Sarung Tangan di bawah dua konsainmen pertama tersebut dan terus menjual / menghantarnya kepada pembeli mereka sendiri iaitu LG Serveone di Korea (“Pembeli Akhir Pembeli Luar Negara Korea”). [15] Majlis Perbandaran Manjung (“MPM”) telah menutupkan operasi Kilang Sarung Tangan Defendan Pertama kerana tidak mematuhi peraturan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Kovid-19 selama tiga
3
bulan daripada 19.05.2021 sehingga 26.07.2021 ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 10 Tuntutan Plaintif di dalam Kes Guaman Sivil No: NA-22NCvC-56- 11/2021 [16] Pembeli Akhir Pembeli Luar Negara Korea setelah menerima Konsainmen Sarung Tangan tersebut di bawah dua Konsainmen Pertama tersebut telah memeriksa Sarung Tangan di dalam Kontena tersebut dan dengan segera menolak Konsainmen Sarung Tangan tersebut dan mengembalikannya kepada Pembeli Luar Negara Korea Plaintif iaitu A1 Korea Co. Ltd. di atas alasan yang diberikan seperti berikut :-
a
Keadaan pengeringan yang defektif (Defective drying condition);
b
Bau busuk;
c
Sudah ada lubang pada sarung tangan;
d
Pergelangan tangan longgar (the wrist is loose);
e
Fenomena pengapit getah (A phenomenon of rubber clamping);
f
jari-jari sarung tangan tersebut berengang dengan teruk. Koyak sebaik sahaja tangan dimasukkan ke dalam sarung tangan;(the fingers are severely stretched and as soon as the hand is placed in, the gloves rip); ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 11
g
Jika anda meniup angin dengan mulut anda, ia akan koyak; dan
h
Kualiti yang sangat teruk. [17] Disebabkan oleh kualiti Sarung Tangan yang sangat teruk bagi Dua Konsainmen Pertama tersebut, Pembeli Luar Negara Korea Plaintif tersebut telah menolak kesemua Konsainmen yang diperbuat oleh Defendan Pertama termasuk Konsainmen ke-3 dan ke-4 yang sedang dalam perjalananan ke Korea di atas Kapal dan mereka telah menuntut penggantian Sarung Tangan atau pemulangan semua pembayaran harga belian yang dibuat berkenaan dengan kesemua 4 PO’s tersebut. [18] Plaintif segera memberitahu Defendan Kedua tentang aduan Pembeli Luar Negara Korea Plaintif tersebut dan selepas beberapa kali susulan dan aduan untuk menyelesaikan perkara Sarung Tangan yang ditolak kualiti dagangannya, pada 01.06.2021, Defendan-Defendan telah melalui Surat bertarikh 01.06.2021 tersebut mengaku kepada Plaintif bahawa kerosakkan Sarung Tangan yang dihantar di bawah Empat (4) PO’s tersebut ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 12 disebabkan oleh kecacatan (“defects”) pada beberapa mesin di Kilang mereka dan juga disebabkan oleh tiada kawalan kualiti mereka (“due to an oversight by their quality control”). Defendan Kedua seterusnya memberi jaminan kepada Plaintif bahawa langkah langkah pembetulan sedang di ambil. [19] (a) Sementara itu, Plaintif terpaksa membuat pengaturan terhadap Konsainmen ke-3 dan ke-4 yang dihantar keluar dari Pelabuhan Kelang pada 26.04.2021 untuk dihantar balik kepada Pelabuhan Kelang (“Konsainmen Yang dipulangkan”). Oleh kerana penolakan Konsainmen Dikembalikan ini dan keengganan Pembeli Luar Negara Korea, untuk menerima kosainmen dari Pelabuhan di Korea ini telah menyebabkan kos pengendalian / penyimpanan dan pengangkutan tambahan kepada Plaintif.
b
Berkenaan dengan Sarung Tangan di bawah Dua Konsainmen Pertama tersebut, Plaintif memaklumkan kepada Defendan-Defendan untuk membuat pengaturan untuk menghantar semua Sarung Tangan yang ditolak kembali kepada mereka yang mana Defendan Kedua telah bersetuju, tetapi sehingga kini, Defendan- ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 13 Defendan tidak mengambil sebarang tindakan kepada perkara ini (“Defendan have not attended to the matter”). [20] Langkah-langkah pembetulan yang seperti dinyatakan oleh Defendan-Defendan di dalam surat mereka pada 01.06.2021 (Ekshibit-P-1) kepada Plaintif untuk pengeluaran Sarung Tangan gantian tidak juga dipenuhi oleh Defendan-Defendan dalam kes ini. [21] Walaupun pembayaran penuh telah dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama di bawah Kontrak Empat (4) PO’s tersebut dan pelbagai jaminan yang diberikan oleh Defendan-Defendan untuk memperbaiki atau menggantikan Sarung Tangan yang rosak dan ditolak, Defendan-Defendan telah memungkiri Kontrak Empat (4) PO’s tersebut dengan gagal menyediakan dan membekalkan Sarung Tangan gantian yang berkualiti dagang dibawah 4 PO’s tersebut. MPM juga telah menutup operasi Kilang Defendan Pertama kerana tidak patuhi SOP PKP Covid-19 selama tiga (3) bulan daripada 19.05.2021 hingga 26.07.2021. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 14 [22] Berbangkit daripada salah nyata / kemungkiran kontrak (“misrepresentation/ breach of contract”) oleh Defendan-Defendan, Plaintif telah meminta bayaran balik pembayaran harga belian yang dibuat di bawah Empat (4) PO’s tersebut termasuk kos pengendalian untuk penghantaran semula Sarung Tangan dari Korea ke Pelabuhan Kelang dan untuk caj penyimpanan di gudang Pelabuhan Kelang yang mengakru. [23] Walaupun Notis Tuntutan Peguam telah dikeluarkan oleh Peguamcara Plaintif Tetuan Fahrol Pretam & Co pada 29.09.2021, Defendan-Defendan telah gagal dan enggan untuk membuat apa-apa pembayaran bagi kerugian Plaintif atau memulangkan wang harga belian yang Plaintif telah bayar kepada Defendan Kedua. [24] Oleh itu, tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan di dalam tindakan ini adalah untuk pemulangan semula kesemua pembayaran-pembayaran (“refund the payments”) di bawah Empat
4
PO’s tersebut yang berjumlah sebanyak RM4,149,587.60, kos pengangkutan, penyimpanan, kos pengendalian dan caj pemeriksaan bagi Konsainmen Yang Dipulangkan oleh pihak A1 ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 15 Korea Co. Ltd. berjumlah sebanyak RM40,281.03, gantirugi am dan teladan yang akan ditaksir oleh Mahkamah, faedah serta kos. Analisis Mahkamah Isu Pertama: Defendan-Defendan tidak membalas Notis Tuntutan Plaintif [25] Di dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa Defendan-Defendan tidak ada memberikan sebarang respons atau pun maklum balas kepada Notis Tuntutan Plaintif bertarikh 29.09.2021 tersebut. Oleh itu, Defendan-Defendan dianggap telah mengakui tuntutan yang dikemukakan oleh Plaintif di dalam tindakan ini. [26] Merujuk kepada kes Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia berhad v Millenium Crest Sdn Bhd & Ors (2021) LNS 696, di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut: [44] Such non-payment and no reply to the Notices issued would amount to the 1st Defendant’s breach of the terms of Agreement. Applying the principles in David Wong Hon Leong v. Noorazman bin Adnan [1995] 4 CLJ 155; the Court of Appeal had stated as follows:- ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 16 “During argument, we registered our surprise at the learned Judge’s reluctance to enter judgement for this sum of RM100,000.00. After all, the appellant had failed to respond to the letter of 17 December. If there had never been an agreement as alleged, it is reasonable to expect a prompt and vigorous denial. But, as we have pointed out, there was no response whatsoever from the appellant.” [27] Oleh itu, bersandarkan kepada otoriti kes Small Medium Enterprise yang tersebut di atas, Defendan-Defendan adalah dianggap telah mengakui tuntutan Plaintif di dalam tindakan ini, memandangkan Defendan-Defendan telah gagal untuk respons atau pun telah gagal untuk memberikan sebarang maklum balas terhadap Notis Tuntutan yang telah dikeluarkan oleh pihak Plaintif. Isu Kedua: Sama ada peruntukkan Seksyen 16(1) Sale of Goods Act 1957 terpakai di dalam kes ini [28] Merujuk kepada Seksyen 16(1)(a) dan (b) Sale of Goods Act 1957, ianya memperuntukkan seperti berikut:
16
Implied condition as to quality as fitness
1
Subject to this Act and of any other law for the time being in force, there is no implied warranty or condition as ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 17 to the quality or fitness for any particular purpose of goods supplied under a contract of sale except as follows:
a
Where the buyer, expressly or by implication makes known to the seller the particular purpose for which the goods are required so as to show that the buyer relies on the seller’s skill of judgement and the goods are of a description which it is in the course of the seller’s business to supply (whether he is the manufacturer or producer or not) there is an implied condition that the goods shall be reasonablly fit for such purpose; Provided that in the case of a contract for the sale of a specified article under its patent or other trade name there is no implied condition as to its fitness for any particular purpose.
b
Where goods are bought by description from a seller who deals in goods of that description (whether he is the manufacturer or producer or not) there is an implied condition that the goods shall be of merchantable quality; Provided that if the buyer has examined the goods there shall be no implied condition as regard ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 18 defects which such examined ought to have revealed. [29] Di dalam kes ini, berdasarkan kepada keterangan yang telah diberikan Pengarah Urusan Plaintif iaitu Lim Soon Hee (“SP-1”) berkaitan dengan pemeriksaan Konsainmen-Konsainmen Sarung Tangan tersebut sebelum ianya dihantar ke Pelabuhan Klang untuk di kapalkan ke Korea, di mana SP-1 telah menegaskan dan mengesahkan bahawa Plaintif tidak dapat atau pun tidak akan mempunyai peluang dan kesempatan untuk memeriksa kandungan Kontena-Kontena tersebut. Ini kerana transaksi adalah secara Ex-Factory di mana Konsainmen-Konsainmen tersebut akan terus dibungkus dan dimasukkan oleh Defendan Pertama ke dalam Kontena-Kontena semasa Konsainmen-Konsainmen tersebut berada di premis perniagaan Defendan Pertama dan terus di Seal. [30] Selepas itu, lori-lori freight forwarders Plaintif akan mengangkut Kontena-Kontena tersebut dan membawanya terus ke Pelabuhan Klang dan di kapalkan ke Korea. Fakta dan keterangan ini telah ditunjukkan dan dibuktikan melalui keterangan SP-1 semasa di ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 19 peringkat pemeriksaan utama (WS-SP1 Soalan dan Jawapan No. 57) dan dalam Jawapan SP-1 semasa pada pemeriksaan semula.
Preamble
Mengikut keterangan SP-1 bahawa dokumen PO iaitu Empat (4) PO’s tersebut hanya di email oleh Defendan Pertama kepada pejabat Plaintif untuk tandatangan dan selepas itu ianya akan di emailkan semula oleh pihak Plaintif ke pejabat Defendan Pertama. [31] Fakta dan keterangan yang telah dikemukakan dan diberikan oleh SP-1 ini telah gagal untuk dicabar, disangkal dan dipertikaikan oleh Defendan-Defendan semasa SP-1 ini memberikan keterangannya kepada Mahkamah ini. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa proviso yang terdapat di bawah Seksyen 16(1)(b) Sale of Goods Act 1957 tersebut adalah tidak terpakai kepada fakta dalam kes ini. [32] Sebaliknya, menurut peruntukkan Seksyen 16(1)(b) Sales of Good Act 1957 tersebut, terdapat syarat tersirat (“implied condition”) bahawa Defendan-Defendan di dalam tindakan ini mempunyai obligasi atau pun tanggungjawab untuk memastikan Konsainmen-Konsainmen Sarung Tangan yang dikeluarkan, yang dibekalkan ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 20 serta yang dihantarserah oleh Defendan-Defendan tersebut perlu atau harus mempunyai kualiti dagangan (“merchantable quality”). Isu Ketiga: Sama ada Ketidakhadiran Defendan Kedua telah memudaratkan pembelaan Defendan-Defendan [33] Di dalam kes ini, Defendan Kedua tidak hadir di Mahkamah untuk memberikan keterangan di dalam tindakan ini. Saksi Defendan Pertama iaitu Low Siew Ngee (SD-1) tidak ada diberi otoriti atau kuasa oleh Defendan Kedua untuk memberi keterangan bagi pihak Defendan Kedua. Oleh itu, tiada keterangan langsung yang telah diberikan atau yang telah dikemukakan oleh Defendan Kedua untuk membela Tuntutan Plaintif ini. Justeru itu, adverse inference (anggapan yang bertentangan) atau pun anggapan yang tidak memihak boleh dibuat terhadap Defendan-Defendan dalam kes ini. [34] Merujuk Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 ianya memperuntukkan seperti berikut:
114
Court may presume existence of certain fact The Court may presume the existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to the common course of natural ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 21 events, human conduct and public and private business in their relation to the facts of the particular case.
g
that evidence which could be and is not produced would if produced be unfavourable to the person who withholds it. [35] Di dalam kes WRP Asia Pacific Sdn Bhd v Lee Son Hong & Anor (2023) 5 AMR 218, Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut: Held 1 (c) …Her failure to testify on her own behalf and tender any evidence at trial to rebut the allegations against her had led to an inference pursuant to S 114(g) of the Evidence Act 1950 being drawn against her in that her evidence would adversely and unfavourably affect the defendant’s case. [36] Begitu juga, Mahkamah ingin merujuk kepada Aturan 35 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 di mana ianya jelas memperuntukkan seperti berikut: Order 35 Proceedings At Trial Failure to appear by both parties or one of them (O. 35 r. 1) ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 22
1
1.
1
If, when the trial of an action is called on, neither party appears, the Judge may dismiss the action or make any other order as he thinks fit.
2
If, when the trial of an action is called on, one party does not appear, the Judge may proceed with the trial of the action or any counterclaim in the absence of that party, or without trial give judgement or dismiss the action, or make any other order as he thinks fit. [37] Oleh itu, memandangkan Defendan Kedua tidak hadir pada tarikh perbicaraan kes ini dijalankan dan SD-1 pula tiada otoriti atau tiada kuasa untuk memberikan keterangan bagi pihak Defendan Kedua, maka Mahkamah ini mendapati bahawa tiada keterangan atau versi pembelaan yang telah diberikan oleh Defendan Kedua dalam kes ini. Penemuan Mahkamah [38] Di dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa Defendan-Defendan telah gagal untuk mengemukakan sebarang pembelaan yang bermerit. Bersandarkan kepada keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh saksi-saksi, dokumentasi-dokumentasi yang terdapat dalam Ikatan Dokumen A, B, C dan D, keterangan Saksi ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 23 SP-1 (WS-SP1) dan SP-2 (WS-SP2) (bagi pihak pembeli A1 Korea Co. Ltd.) adalah jelas Konsainmen-Konsainmen Sarung Tangan bagi Empat (4) PO’s tersebut mengandungi bekalan Sarung Tangan-Sarung Tangan yang defektif, rosak dan tidak mempunyai nilai dagangan (“unmerchantable”). Defendan-Defendan juga dengan jelas, nyata dan terang telah mengakui akan fakta ini melalui surat Defendan-Defendan kepada Plaintif yang bertarikh pada 01.06.2021 (Ekshibit-P-1) yang terdapat di dalam Ikatan Dokumen C Mukasurat 211-214. Di samping itu, Laporan Analisis terhadap Konsainmen-Konsainmen Sarung Tangan tersebut yang dikeluarkan oleh Interlek Inspection Report No. MALHQ-0352-21 (ID-2) iaitu “Not Conformed” menguatkan lagi fakta bahawa ianya adalah defektif, rosak dan tidak mempunyai / berkualiti dagang. [39] Mahkamah juga mendapati bahawa tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah merupakan suatu tuntutan yang jelas, berasas, bonafide, kukuh dan mempunyai merit berdasarkan kepada Empat (4) Pesanan Pembelian (“PO’s”) yang telah dimasuki di antara Plaintif dengan Defendan-Defendan di mana Defendan-Defendan adalah bertanggungan dari segi kontrak untuk ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 24 menyiapkan dan membekalkan Konsainmen-Konsainmen Sarung Tangan tersebut di dalam keadaan yang berkualiti baik, sempurna dan berkualiti dagang serta ianya sesuai untuk tujuan ianya digunakan (“fit for its purpose”). [40] Seterusnya, Mahkamah juga mendapati bahawa segala keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh saksi-saksi Plaintif di dalam tindakan ini iaitu Lim Soon Hee (SP-1) selaku Pengarah Urusan Plaintif dan juga Seong Ho Choi (SP-2) sebagai CEO of A1 Korea Co. Ltd. & President yang mempunyai hubungan kontrak dengan Plaintif untuk pembelian dan penjualan semula “Globes” kepada “end buyer” di Korea (LG Serveone) telah gagal untuk dicabar, disangkal dan dinafikan oleh Defendan-Defendan di dalam kes ini. Mahkamah mendapati bahawa pada sepanjang masa perbicaraan kes ini dijalankan, Peguamcara Defendan-Defendan telah gagal untuk mempertikaikan dan / atau mencabar dan / atau untuk menyangkal kebenaran (“challenge the veracity”) keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh SP-1 dan SP-2 tersebut di dalam tindakan ini. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 25 [41] Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa kesemua keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh SP-1 dan SP-2 di dalam Pernyataan Saksi-Pernyataan Saksi mereka (WS-SP1 dan WS-SP2) hendaklah dianggap sebagai keterangan-keterangan yang benar dan telah gagal untuk dicabar, disangkal dan dipertikaikan oleh Defendan-Defendan. Sebaliknya, keterangan yang telah diberikan oleh Defendan Pertama melalui Pengurus Perniagaan Defendan Pertama, Low Siew Ngee (SP-1) (WS-SD1(B) adalah tidak kredible, tidak berasas, tidak bermerit dan telah gagal untuk mematahkan keterangan yang diberikan oleh Plaintif di dalam tindakan ini. Sila rujuk kes Lin Kai Lam & Ors lwn Lin Kai Wing & Anor (2014) 1 LNS 1769 dan kes Wong Swee Chin lwn PP (1980) 1 MLRA 125. [42] Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah diberikan tersebut di atas, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah dengan ini mendapati bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan di dalam kes ini. Justeru itu, Mahkamah memutuskan untuk membenarkan tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan seperti terdapat di ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 26 dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif Perenggan (a) hingga (e), Perenggan (h) dan (i) dengan kos sebanyak RM15,000.00. Sila rujuk kes Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd lwn Damai Setia Sdn Bhd
2015
5 MLRA 191, kes Gerald Jude Timothy Pareira lwn Kasi KL Palaniappan (2017) 1 LNS 889 dan Seksyen 101, Seksyen 102 dan juga Seksyen 103 Akta Keterangan 1950. Kesimpulan Secara kesimpulannya, berdasarkan kepada alasan-alasan yang tersebut di atas, Mahkamah berpendapat keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini pada 28/12/2023 di mana Mahkamah telah membenarkan tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan dengan kos dan selanjutnya telah menetapkan kos untuk tindakan ini sebanyak RM15,000.00 dan ianya mesti dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif tertakluk kepada bayaran fi alokatur adalah wajar dan adil dibuat serta ianya adalah bersesuaian dengan prinsip undang-undang. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 27 Disediakan oleh: t.t. (Mohamad Haldar bin Abdul Aziz) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 2 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. Bertarikh: 22 haribulan April 2024. ALASAN PENGHAKIMAN NA-22NCVC-56-11/2021 28 PEGUAMCARA PERAYU-PERAYU / DEFENDAN-DEFENDAN: TETUAN NGEH & CO No. 59, Main Road 32400 Ayer Tawar Perak. PEGUAMCARA RESPONDEN / PLAINTIF: TETUAN FAHROL, PRETAM & CO No. 19, 1st Floor Jalan Dato’ Abdul Malek 70000 Seremban Negeri Sembilan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.