Preamble
Mengikut keterangan SP3 dan SP5, tertuduh 1 dan tertuduh 2 telah kelihatan takut dan meronta-ronta semasa hendak dilakukan tangkapan. Keterangan juga menunjukkan bahawa tertuduh 1 adalah merupakan seorang anggota polis pada masa tangkapan. Tertuduh 2 memang tahu tentang kewujudan dadah tersebut yang dibawa oleh tertuduh 1 kerana di tempat kejadian pertama beliau telah berbincang dengan SP3 untuk mendapatkan dan menjual dadah berbahaya kepada SP3”. [17] Begitu juga dalam kes Yong Yee Sze v Pendakwa Raya [2011] MLJU 747, [2011] LNS 1618, di mana Mahkamah Tinggi memutuskan – “… Jadi keadaan Perayu memegang beg tangan (P2) mengandungi dadah-dadah berbahaya itu jelas menunjukkan beliau mempunyai kawalan dan jagaan fizikal ke atas (P2) yang mengandungi tiga jenis dadah berbahaya di atas. Mengikut prinsip undang-undang dalam keputusan kes Ho Seng Seng v Rex (1951) MLJ 225: "the element of knowledge is implicit in the word 'custody' and in the word 'control'". [18] Dalam keterangan, menurut SP3, beliau telah meminta Tertuduh keluar dari dalam kereta untuk pemeriksaan. SP3 melihat kedudukan P5 pertama kali di sebelah kanan pemandu. Jadi apabila Tertuduh keluar daripada kereta, P5 dibawa bersamanya dan Tertuduh cuba melarikan diri. Dalam PSP3 disalinkan keterangan SP3 – “Perenggan 4 - …Setelah beberapa saat, keluar 1 lelaki berbangsa Portuguese (B1) dari tempat pemandu dengan memegang 1 beg kertas warna putih bertulis Dunkin-Dunkin di tangan sebelah kanannya. Setelah keluar dari tempat duduk kereta, B1 terus cuba melarikan diri, tetapi B1 telah terjatuh di atas jalan dan berlaku pergelutan semasa hendak menahannya. Akibat dari pergelutan tersebut B1 telah lebam sedikit di pipi sebelah kiri serta luka sedikit di lutut sebelah kanan disebabkan jatuh di atas jalan bertar. Perenggan 5 – Seterusnya di hadapan B1 serta anggota serbuan yang hadir, saya telah ambil dan peirksa beg kertas warna putih bertulis Dunkin-Dunkin yang dilepeaskan B1 semasa pergelutan, dari atas jalan, saya dapati di dalamnya mengandungi 1 paket plastik lutsinar berisi 7 paket plastic lutsinar berisi ketulan-ketulan mampat dedaun kering disyakki dadah jenis ganja…” [19] Semasa pemeriksaan balas, SP3 tidak setuju lebam di muka Tertuduh adalah disebabkan dipukul polis semasa tangkapan. Lebam itu adalah kecederaan selepas pergelutan. Kenyataan ini selari dengan keterangan SP5 di mana dalam PSP5 Perenggan 5 menurut SP5 – “Saya periksa semua barang kes dan dapati ianya adalah sama seperti dalam akuan serah menyerah yang disediakan pengadu. Setelah itu, saya dan pengadu telah menandatangani akuan serah terima. Saya telah menerima 1 OKT lelaki dan 1 OKT perempuan melayu seperti terlibat dalam repot sek.6 Rpt:9/2022. Saya periksa OKT dan mendapati dalam keadaan baik dan saya telah meminta anggota eskot menghantar OKT ke lokap Shah Alam”. [20] Ketika ditanya TPR tentang maksud “OKT dalam keadaan baik” SP5 mengatakan Tertuduh mengalami sedikit lebam yang mana konsisten dengan kecederaan selepas pergelutan. : Rujuk para 5. Apa maksud “OKT dalam keadaan baik”? : OKT dalam keadaan baik tapi ada sedikit lebam di muka yang tak begitu serius. Mengikut Laporan polis oleh pengadu, ada sedikit pergelutan semasa tangkapan. Saya telah periksa OKT dan tanyakan khabarnya, dia jawab baik. : Adakah kecederaan konsisten dengan punca pergelutan? : Konsisten : Jelaskan. : Luka dan lebam kerana pergelutan di atas jalan raya, oleh itu saya sahkan pergelutan itu boleh menyebabkan kesan bengkak berlaku [21] Keterangan SP6 juga menyokong keterangan SP3 dan SP5. Menurut SP6 ketika pihak polis datang ke keretanya, ketika SP6 masih di dalam kereta, Tertuduh telah keluar dan menghilangkan diri. Menurut SP6 kepada TPR – : Macam mana polis datang ke kereta? : Tiba-tiba Aaron keluar dari kereta, polis datang ke kereta, datang ke sebelah saya. : Aaron keluar dulu polis datang atau polis datang baru Aaron keluar? : Saya tak ingat, tapi polis datang dan Aaron keluar. Masa itu saya masih dalam kereta. : Waktu polis datang itu apa reaksi Aaron? : Tiba-tiba dia keluar dari kereta dalam keadaan panik, lepas tu saya dah tak nampak dia di mana [22] SP6 juga menyatakan dia melihat Tertuduh membawa paket P5 itu bersamanya dan meletakkannya disebelahnya semasa memandu dan apabila keluar, Tertuduh membawa P5 bersamanya. : Puan tahu bagaimana dadah dijumpai pada Aaron? : Saya tak pasti : Puan ada dimaklumkan polis, dadah ada di mana? : Ya, selepas tu saya dimaklumkan, dadah ada dalam paket yang dia bawa : Maksudnya Aaron ada bawa paket? : Ya betul : Puan tahu macam mana paket tersebut Aaron bawa? : Dia letak dekat sebelah dia semasa memandu : Ketika polis datang apa jadi dengan paket tersebut? : Dia bawa bersama-sama dengan dia, keluar daripada kereta : Puan pernah lihat paket itu semasa dalam kereta? : Ya : Bila kali pertama nampak paket itu? : Ya, semasa bersama Aaron dalam kereta : Puan tahu apa ada dalam paket tersebut? : Saya tak tahu : Ada puan bertanyakan Aaron tentang paket tersebut? : Ya, saya ada tanya. : Apa jawapan dia? : Dia jawab “sampah”. : Sebelum Aaron naik kereta puan pada jam 11 malam, adakah paket itu berada dalam kereta Puan? : Tidak [23] Keterangan SP3 yang selari dengan SP5 dan SP6 ini menyimpulkan bahawa elemen fizikal bagi kawalan dan jagaan telah dibuktikan iaitu terdapat close physical proximity di antara Tertuduh dengan P5 yang menunjukkan Tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan fizikal terhadap P5 semasa serbuan. Oleh itu elemen pertama telah dibuktikan. Sama ada Tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap dadah dalam P5 yang berada dalam jagaan dan kawalannya. [24] Fakta kedudukan barang kes dadah berdekatan dengan Tertuduh boleh menimbulkan inferens bahawa Tertuduh memiliki dan mempunyai pengetahuan tentang kewujudan dadah tersebut, sebagaimana dalam kes Lim Kee Fu v Public Prosecutor (supra) dan seperti yang dijelaskan dalam kes Mahkamah Rayuan Tan Lay Hwa v. PP [2016] 1 LNS 507 – “… The facts showed that the appellant was so closely situated to the said drugs that it raised the sole inference that he had possession and the requisite knowledge of the said drugs in the sling bag slung over his shoulders within the four walls of the principles enunciated by the authority referred to above.” [25] Dalam kes Warner v. Metropolitan Police Commissioner [1969] 2 A.C. 256, Mahkamah telah menjelaskan elemen “pengetahuan” adalah perlu untuk dibuktikan oleh pendakwaan dalam kes dadah, iaitu bahawa Tertuduh mengetahui yang dia memiliki dadah berbahaya yang diharamkan, tetapi tidaklah perlu sampai ke tahap perlu membuktikan yang Tertuduh tahu apakah jenis dadah tersebut – “… The object of this legislation is to penalise possession of certain drugs. So if mens rea has not been excluded what would be required would be the knowledge of the accused that he had prohibited drugs in his possession. It would be no defence, though it would be a mitigation, that he did not intend that they should be used improperly. And it is commonplace that, if the accused had a suspicion but deliberately shut his eyes, the court or jury is well entitled to hold him guilty. Further, it would be pedantic to hold that it must be shown that the accused knew precisely which drug he had in his possession. Ignorance of the law is no defence and in fact virtually everyone knows that there are prohibited drugs. So it would be quite sufficient to prove facts from which it could properly be inferred that the accused knew that he had a prohibited drug in his possession. That would not lead to an unreasonable result …” [26] Dalam kes Mahkamah Persekutuan PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 telah diterangkan “pengetahuan” atau “knowledge” iaitu kawalan fizikal dadah tersebut oleh Tertuduh sewaktu penangkapan dan tiada penjelasan munasabah oleh Tertuduh menyebabkan inferens kuat bahawa Tertuduh tahu kewudujan dadah tersebut dalam milikannya – [18] In Ramis a/l Muniandy v. Public Prosecutor [2001] 3 SLR 534, the Singapore Court Appeal again propounded on the question of knowledge necessary to establish possession and at p 541 states: Knowledge of drugs The starting point in the consideration of this issue was that we had already concluded that the drugs was already on Ramis's motorcycles when he entered the vicinity and that he had physical control of the drugs. In the absence of any reasonable explanation by Ramis, these facts were sufficient to lead to a strong inference that Ramis knew that the bag found on his motorcycle contained drugs…” [27] Mahkamah juga telah menyatakan bahawa elemen “mens rea milikan” sepertimana elemen “niat” dalam jenayah yang lain, adalah elemen mental yang tidak dapat dilihat dengan keterangan langsung atau dengan mata kasar melainkan jika Tertuduh sendiri yang mengakuinya. Ia biasanya akan ditentukan melalui keterangan circumstantial evidence. Dalam kes Teh Hock Leong v. PP [2008] 4 CLJ 764 di Mahkamah Rayuan menyatakan – [7] It is true that mens rea possession is an element of the offence of trafficking. But it is an element like the mental element in other crimes which cannot be established by direct evidence save in a case where an accused expressly admits the commission of the offence. It has, like the mens rea in other offences, to be established by circumstantial evidence. In other words, it is an ingredient that is to be inferred from the totality of the circumstances of a particular individual case. We can here do no better than to quote from the judgment of Lord Diplock in Ong Ah Chuan v. Public Prosecutor [1980] 1 LNS 181; [1981] 1 MLJ 64, at p. 69: [8] Turning to the facts of the present instance, we agree with the learned trial judge that the method employed to bring the drugs in question from Thailand into Malaysia was done in a most cunning fashion to escape detection by the authorities. The method employed to convey or transport a drug may sometimes furnish evidence of knowledge. For example, an attempt to carefully conceal a drug may indicate an intention to avoid detection and thereby point to knowledge. Of course, it all depends on the facts of each individual case.”. [28] Untuk mendapatkan inferens daripada circumstantial evidence ini, Mahkamah boleh melihatnya melalui respon Tertuduh semasa tangkapan, sebagaimana dijelaskan dalam kes Parlan Dadeh v. PP [2009] 1 CLJ 717 yang menyatakan – “[25] The law is clear and well settled. Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had the necessary knowledge… [38] In this case the reaction of the appellant in looking stunned or shocked upon being approached by the police is clearly admissible under s 8 since it has a direct bearing on the fact in issue as the drugs found were tucked away in the front of the jeans worn by him. The explanation for his reaction must therefore be offered by he himself as required by s 9. The court cannot, on its own, offer an explanation for his reaction. However, in his defence the appellant did not offer any explanation at all for his reaction upon being approached by the police. It can therefore be validly used as evidence against him. The inference to be drawn from the evidence of conduct of the appellant against the background of the other evidence is that he knew what he was carrying (see DPP v. Brooks [1974] 2 All ER 840). It follows that the stand taken by the appellant in relation to the evidence of conduct is not sustainable. Be that as it may, the evidence of conduct in this case is not very significant in view of the manner in which the appellant carried the drugs on his person from which it can reasonably be inferred that he had knowledge of the drugs in his possession (see the cases referred to earlier, and, in particular, Tunde Apatira & Ors v. PP [2000] 1 MLRA 800; [2001] 1 MLJ 259; [2001] 1 CLJ 381; [2001] 1 AMR 577 and PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 1 MLRA 568; [2007] 5 MLJ 1; [2007] 4 CLJ 337).” [29] Keterangan SP3 tentang respon Tertuduh apabila dihampirinya, iaitu panik dan terus melarikan diri telah menyebabkan inferens bahawa Tertuduh berada dalam ketakutan kerana memiliki dadah yang ia ketahui suatu kesalahan di sisi undang-undang. Menurut SP3 kepada soalan TPR – : Rujuk para 4 PSP3. B1 keluar memegang plastik “Dunkin Dunkin”. Dia ambil daripada mana? : Daripada sebelah kiri, dekat tempat letak kaki pemandu. : B1 telah keluar daripada kereta dan cuba melarikan diri, jadi apa tindakan Inspektor? : Semua anggota kejar B1 kecuali Lans Kop. Ruby sebab dalam kereta ada 1 perempuan Melayu. Lans Kop. Ruby jaga perempuan yang ada dalam seat pemandu. : B1 cuba lari tapi terjatuh atas jalan, masih ingat macam mana dia boleh jatuh? : Masa saya minta dia keluar dari kenderaan, he was agitated, risau. So he was nervous, bila kita tanya soalan, dia jawab, tambah lagi syak. Selepas dia keluar, terus melarikan diri, tapi dia hilang control lalu jatuh. : Selepas tertuduh jatuh, berlaku pergelutan untuk menahannya. Pergelutan antara siapa dengan siapa? : Antara Sarjan Amin dengan tertuduh : Berapa jarak antara kereta dengan tertuduh cuba lari dan jatuh? : Dalam 15-20 meter : Pergelutan antara Sarjan Amin dan tertuduh, dan tertuduh cedera. Bagaimana dengan Sarjan Amin? : Saya tak pasti dia cedera ke tidak. Tertuduh cedera sebab dengan full force dia melarikan diri bila hilang kawalan dia jatuh atas jalan tar, that’s why dia cedera. : Para 5. Inspektor ambil beg kertas. Berapa jarak beg kertas dengan tertuduh? : Bila tertuduh jatuh, benda tu di sebelah tangan kanan tertuduh. Barang kes tu bukan berjauhan. Hanya dalam kawalan dia, within the place he fell off. : Macam mana Inspektor tahu beg kertas jatuh berdekatan tangan kanan tertuduh? : Sebab kita nampak, daripada dia lari sampai jatuh, bukan jauh sangat [30] Reaksi Tertuduh yang kelihatan agitated and nervous ketika pemeriksaan pihak polis jelas menunjukkan Tertuduh mengetahui kewujudan dadah dalam milikannya. Ditambah pula dengan tindakan melarikan diri sambil membawa P5, adalah tindakan Tertuduh yang terdesak mahu menyelamatkan diri daripada ditangkap oleh pihak polis. Perilaku Tertuduh ini adalah relevan sebagaimana S. Akta Keterangan – Motif, persediaan dan kelakuan yang dahulu atau yang kemudian 8 (2). Kelakuan mana-mana pihak atau kelakuan mana-mana ejen kepada mana mana pihak dalam apa-apa guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding itu, atau berkenaan dengan mana-mana fakta persoalan dalamnya tau yang berkaitan dengannya, dan kelakuan mana-mana orang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara apa-apa prosiding, adalah berkaitan jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh mana-mana fakta persoalan tau fakta berkaitan, dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu atau kemudian daripadanya." MISALAN (i) A dituduh melakukan suatu jenayah. Fakta bahawa sejurus berlakunya jenayah yang dikatakan itu dia telah melarikan diri, atau memiliki harta atau hasil harta yang telah diperoleh melalui jenayah itu, atau cuba menyembunyikan benda yang telah atau mungkin telah digunakan dalam melakukan jenayah itu adalah berkaitan. [31] Berdasarkan dapatan di atas, pihak pendakwaan telah membuktikan Tertuduh bukan sahaja mempunyai milikan fizikal terhadap P5 malah mempunyai pengetahuan bahawa P5 adalah dadah, tanpa perlu menggunapakai anggapan dalam S.37(d) ADB