Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR RAYUAN JENAYAH NO: WA-42H-18-11/2024 AB KADIR ZAILANI BIN ABDUL HUKOM …PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN A. Latar belakang
WA-42H-18-11/2024
High Court of Malaysia15 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“haustive. Courts have even taken judicial notice that streets in London are crowded and dangerous – (Dennis v White [1916] 2 KB 1 at p 6); and of world-wide economic depression – (Ram Tarak v Selgram [1944] AC 153)”.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR RAYUAN JENAYAH NO: WA-42H-18-11/2024 AB KADIR ZAILANI BIN ABDUL HUKOM …PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN A. Latar belakang
1
Perayu telah disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 15
1
(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan atas 3 rekod kesalahan lampau di bawah seksyen 15(1)(a) Akta yang sama, telah dihukum di bawah seksyen 39C(1) Akta yang sama. Di akhir bicara, Hakim Bicara menjatuhkan hukuman 7 tahun penjara dari tarikh tangkap 15.11.2023 dan 3 tahun pengawasan polis.
2
Pertuduhan ke atas Perayu adalah seperti berikut: PERTUDUHAN: Bahawa kamu pada 15/11/2023, jam lebih kurang 12.55 tengah hari, bertempat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Brickfields, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah didapati kamu menggunakan atau memasukkan dadah berbahaya jenis MORPHINE ke dalam badan kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah S/N okwKqMaEVkicX2yxN0RXfg Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kamu juga didapati telah mempunyai 3 rekod kesalahan dahulu di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu:
i
Sabitan pada 07.03.2013 oleh Mahkamah Magte.2 K. Lumpur, (No kes 83D-164-13)- Pantai Rpt: 204/13.
II
(ii) Sabitan pada 29.04.2014 oleh Mahkamah Magte.5 K. Lumpur (No kes 83D-1873-4/14) -Petaling Rpt: 2025/14.
III
(iii) Sabitan pada 06.09.2016 oleh Mahkamah Magte.3 K. Lumpur (No kes 83D-6557-07/16) -Pantai Rpt: 7508/16.
3
3 sabitan lampau Perayu di atas telah dikemukakan sebagai P7 dan butir-butir sabitan lampau telah diperturunkan dalam alasan penghakiman Hakim Bicara, membentuk dapatan Hakim iaitu pertuduhan memenuhi kehendak seksyen 39C iaitu Perayu mempunyai 2 sabitan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta dan adalah seperti berikut: Tarikh Sabitan Kesalahan Mahkamah 7.3.2013 s.15(1)(a) Majistret (2) Kuala Lumpur 29.4.2014 s.15(1)(a) Majistret (5) Kuala Lumpur 6.9.2016 s.15(1)(a) Majistret (3) Kuala Lumpur S/N okwKqMaEVkicX2yxN0RXfg
4
Bagi kesalahan ini, hukuman yang dijatuhkan adalah sebagaimana diperuntukkan oleh seksyen 39C(1) dihukum penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih 7 tahun serta hendaklah disebat tidak lebih 3 sebatan. Menurut kertas pertuduhan, Perayu berusia 60 tahun semasa ditangkap pada 15.11.2023. Semasa jatuh hukum pada 20.11.2024, berusia 61 tahun. Oleh itu menurut seksyen 289 Kanun Tatacara Jenayah, Perayu dikecualikan daripada hukuman sebat ini.
5
Seksyen 38B Akta yang sama turut memperuntukkan perintah pengawasan bagi tempoh tidak kurang 2 tahun dan tidak melebihi 3 tahun, ke atas mana-mana orang yang disabitkan dengan kesalahan seksyen 15 Akta. Perintah pengawasan yang diberikan Hakim Bicara selari dengan peruntukan seksyen 38B Akta.
6
Satu isu yang menarik perhatian Mahkamah ini ialah Perayu meskipun tidak diwakili, telah membangkitkan 2 alasan rayuan seperti berikut: a) kekhilafan Hakim Bicara dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal menitik beratkan factor-faktor mitigasi yang berpihak kepada perayu dan telah sabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara yang maksimum; S/N okwKqMaEVkicX2yxN0RXfg b) kekhilafan Hakim Bicara dari sudut fakta dan/atau undang-undang apabila gagal mengambil kira dan/atau mempertimbangkan kecenderungan hukuman “trend sentencing” ketika menjatuhkan hukuman terhadap Perayu menurut Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234).
7
Mahkamah mentafsirkan kedua-dua alasan ini sebagai Perayu dijatuhkan hukuman maksimum di bawah seksyen 39C bagi sabitan lampau kesalahan yang sama sedangkan lazimnya sabitan lampau akan dirujuk oleh pihak Pendakwaan semasa menghujahkan pemberatan hukuman bagi setiap kesalahan yang akan diputuskan untuk hukuman oleh Hakim Bicara.
8
Dalam erti kata lain, terdapat kemungkinan sabitan lampau kesalahan awal Perayu telahpun dirujuk oleh pihak Pendakwaan semasa menghujahkan untuk hukuman dalam bentuk tempoh pemenjaraan yang lebih lama, semasa hujahan kesalahan berikutnya dibentangkan oleh pihak Pendakwaan.
9
Kesalahan bagi seksyen 15(1)(a) Akta memperuntukkan: “Section 15. Self administration.
1
Any person who—
a
consumes, administers to himself or suffers any other person, contrary to section 14 to administer to him any dangerous drug specified in Parts III and IV of the First Schedule; or S/N okwKqMaEVkicX2yxN0RXfg
b
is found in any premises kept or used for any of the purposes specified in section 13 in order that any such dangerous drug may be administered to or smoked or otherwise consumed by him, shall be guilty of an offence against this Act and shall be liable on conviction to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years”.
10
P7 sabitan lampau Perayu (lihat: Rekod Rayuan Jilid 3 lampiran 7 muka surat 10 pdf) mencerminkan bentuk hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret bagi ketiga-tiga pertuduhan ini seperti berikut: Tarikh Sabitan Kesalahan Mahkamah Hukuman 7.3.2013 s.15(1)(a)
2
Lumpur Kuala Denda RM500 kalau tidak dibayar; 4 bulan penjara dan 2 tahun Perintah Seliaan.
29
29.4.2014 s.15(1)(a)
5
Lumpur Kuala 3 bulan penjara dari tarikh tangkap dan 2 tahun pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
6
6.9.2016 s.15(1)(a)
3
Lumpur Kuala 2 bulan penjara dari tarikh tangkap dan 2 tahun Perintah Seliaan. S/N okwKqMaEVkicX2yxN0RXfg
11
Melihat kepada hukuman yang dijatuhkan, tidak menggambarkan sabitan lampau diambil kira oleh Mahkamah bicara kemungkinan atas beberapa faktor seperti Perayu tertuduh membuat pengakuan salah dan menjimatkan masa pihak-pihak Mahkamah dan pendakwaan atau rekod sabitan lampau tidak ada di hadapan Mahkamah semasa jatuh hukum.
12
Hakim Bicara juga telah merujuk kepada nas otoriti duluan yang menjatuhkan hukuman maksima bagi sabitan 2 kesalahan seksyen 15(1)(a). Dalam kes di hadapan Mahkamah pada hari ini, Perayu tertuduh mempunyai 3 sabitan lampau, melebihi 2 sabitan yang diperuntukkan di bawah seksyen 39C.
13
Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat tiada apa-apa keterangan untuk menyokong alasan Perayu bahawa dia dijatuhkan hukuman maksima dengan mengatakan Perayu tertuduh dihukum 2 kali atas sabitan lampau yang telahpun diambil kira oleh Mahkamah Bicara terdahulu.
14
Dari segi mitigasi Perayu bahawa dia telah insaf, ia tidak memadamkan rekod sabitan lampau Perayu. Ini mengambil kira kesalahan dadah boleh menerbitkan satu kesalahan lain seperti mencuri atau kesalahan serius yang lain seperti membunuh. Mahkamah dibenarkan oleh penghakiman Mahkamah untuk mengambil notis Kehakiman “judicial notice”. S/N okwKqMaEVkicX2yxN0RXfg
15
Di dalam kes Lee Chow Meng v Public Prosecutor [1976] 1 MLJ 287 di muka surat 288, Mahkamah di dalam kes tersebut telah mempertimbangkan dan menggunapakai doktrin “judicial notice”. Mahkamah di dalam kes itu telah memutuskan bahawa tidak salah untuk bergantung kepada statistik yang dilaporkan dalam akhbar apabila memutuskan: “In the court below the prosecuting officer submitted that there were 677 robberies within a period of four months in Kuala Lumpur alone and half of them were armed robberies. The learned president evidently took this fact into account. It is true that the learned president was somewhat influenced by this fact. To my mind it is a matter of common knowledge and a notorious fact that there have been of late an increase in armed robberies. The learned president, I think, acted correctly when she took this fact into account and there is therefore absolutely no valid ground to say that she had erred in law. What matters constitute common and general knowledge may be gathered from Sarkar on Evidence, 12th edition, where the learned author, speaking of common knowledge, at page 575, said– “The matter of which a court will take judicial notice must be a subject of common and general knowledge. In other words, judicial knowledge of facts is measured by general knowledge of the same facts. A fact is said to be generally recognised or known when its existence or operation is accepted by the public without qualification or contention. The test is whether sufficient notoriety attaches to the fact involved as to make it proper to assume its existence without proof.” In the light of the passage cited it is clear that the court may properly ask itself this question: is it not a fact well recognised that in Kuala Lumpur S/N okwKqMaEVkicX2yxN0RXfg there has been of late, an increase in the commission of offences involving firearms? We are not concerned with absolute acceptance of the existence of certain knowledge. The rule of evidence speaks of general recognition and not total recognition in the sense that there is a general acceptance without qualification or contention as opposed to total acceptance. Sarkar on the same page has something to say concerning the notorious facts– “Judicial notice is taken of various facts which are familiar to any judicial tribunal by their universal notoriety or regular recurrence in the ordinary course of nature or business. As judges must bring to the consideration of questions they have to decide their knowledge of the common affairs of life, it is not necessary on the trial of an action to give formal evidence of matters with which men of ordinary intelligence are acquainted….” Matters which the court may take judicial notice are far from exhaustive. Courts have even taken judicial notice that streets in London are crowded and dangerous – (Dennis v White [1916] 2 KB 1 at p 6); and of world-wide economic depression – (Ram Tarak v Selgram [1944] AC 153)”.
16
Atas sandaran ini, selain daripada hujahan pihak pendakwaan di hadapan Mahkamah berhubung peningkatan kesalahan bersabit dadah khususnya di Kuala Lumpur. Mahkamah ini turut membuat rujukan kepada laporan Agensi Antidadah Kebangsaan 2018 disediakan oleh Kementerian Dalam Negeri yang menunjukkan statistik seperti berikut di muka surat 14: S/N okwKqMaEVkicX2yxN0RXfg MAKLUMAT DADAH 2018 Carta 5 menunjukkan jumlah penyalah guna dan penagih dadah & bahan mengikut kategori pekerjaan bagi tahun 2018. Latar belakang bagi kategori pekerjaan menunjukkan 77,246 orang atau 35.6 peratus yang mempunyai pekerjaan. Manakala kategori penganggur adalah sejumlah 46,811 orang atau 35.7 peratus. Penganggur Buruh Swasta Rencam/ Sambilan Bekerja Sendiri Tiada Pekerjaan Kerajaan Penuntut Pesara Bilangan Penyalah Guna dan Penagih Dadah & Bahan 2018 46,811 31,498 23,433 14,602 6,752 6,227 961 481 23 Nota: Tiada pekerjaan merujuk kepada orang yang tidak berupaya bekerja, suri rumah dan tiada maklumat pekerjaan
17
Perayu juga merupakan seorang penganggur dan keupayaannya untuk mendapatkan bekalan dadah ini membimbangkan. Adalah fakta yang tidak dapat dinafikan dadah mempunyai nilai di pasaran dan jikapun Perayu berkongsi kegunaannya bersama rakan-rakan Perayu tanpa apa-apa bayaran, jelas Perayu berada dalam lingkungan berkawan dengan orang yang salah. S/N okwKqMaEVkicX2yxN0RXfg
18
Bersandarkan kepada latarbelakang ini, seksyen 39C ini bertujuan memberi panduan kepada pihak Pendakwaan ke arah pemberatan hukuman. Khususnya, panduan kepada Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman ke atas Perayu tertuduh perlulah dilaksanakan dengan lebih berhati-hati. Dalam erti kata lain, kepentingan masyarakat umum juga perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya selari dengan tujuan seksyen 39C ini diwujudkan.
19
Sebagai melengkapkan alasan penghakiman ini, Mahkamah ini memetik Hansard yang dirujuk oleh Hakim Bicara di dalam penghakimannya seperti berikut: “Memandangkan masalah penagih dadah tegar semakin meningkat, Fasal 8 (Note: “Fasal 8” of the Bill is the new s.39C) adalah untuk memasukkan seksyen baru dalam Akta Dadah Berbahaya untuk mengenakan hukuman penjara yang lebih panjang serta sebatan ke atas penagih tegar. Ada negara seperti Singapura di mana penagih yang ditangkap menagih bagi kali ketiga akan dipenjara dari lima hingga tujuh tahun beserta rotan tiga hingga lapan kali. Bagi kesalahan yang berikutnya mereka akan dipenjara dari tujuh hingga tiga belas tahun berserta rotan enam hingga dua belas sebatan. Tindakan yang diambil ini didapati memberi kesan yang baik dalam menangani masalah dadah di negara berkenaan. Di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 sekarang, penagih dadah terutama yang tegar boleh dipenjarakan sehingga dua tahun setiap kali kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 10 dan seksyen 15, oleh itu tindakan untuk meletakkan penagih-S/N okwKqMaEVkicX2yxN0RXfg penagih yang tegar di penjara atau kurungan bukanlah perkara baru. Dalam pindaan yang dicadangkan, mereka yang pernah menjalani rawatan di pusat pemulihan untuk dua kali atau lebih, atau pernah disabit kesalahan mengguna dadah berbahaya di bawah seksyen 10 atau seksyen 15 sebanyak dua kali atau lebih, atau gagal memberi air kencing untuk ujian yang diperuntukkan di bawah seksyen 31A, sebanyak dua kali atau lebih dan di samping itu pernah menjalani rawatan pemulihan atau disabitkan kesalahan menggunakan dadah berbahaya akan dikenakan hukuman penjara lima hingga tujuh tahun dan sebatan tidak melebihi tiga kali, sekiranya disabit lagi kesalahan di bawah seksyen 10, seksyen 15 atau seksyen 31A. Mereka yang mengulangi lagi kesalahankesalahan tersebut, akan dikenakan hukuman penjara tujuh hingga tiga belas tahun dan sebatan tiga hingga enam kali. (Hansard (House of Representatives) 4th Session, Second Meeting, DR 19/6/2002, Column 16)”.
20
Hukuman di bawah seksyen 15(1)(a) Akta tidak diubah tetapi seksyen 39C diwujudkan kerana ia sesuai untuk menjawab hujahan Perayu tertuduh bersabit status yang lazimnya dihujahkan bahawa dia telah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahannya. Seksyen 39C juga tidak memakai prinsip penghukuman bahawa sabitan terdahulu adalah bagi kesalahan yang dilakukan dalam jarak tempoh masa lebih awal dibandingkan dengan kesalahan di hadapan Mahkamah kini. Mahkamah mengambil pendekatan bahawa seksyen 39C berdiri dengan sendirinya, dengan mengambil kira pemakaian universal dalam bidangkuasa lain bersabit kesalahan berulang sebagaimana dipetik dalam Hansard. S/N okwKqMaEVkicX2yxN0RXfg
21
Atas alasan ini, Mahkamah menolak rayuan Perayu dan mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Bicara. Tempoh pemenjaraan yang lebih lama dijangka akan dapat memulihkan Perayu sepenuhnya sebagaimana yang ditemui Perayu setakat ini apabila dinyatakan Perayu dalam Petsiyen Rayuan yang difailkan melalui Penjara seperti berikut: “…semenjak menjalani kehidupan di penjara, saya telah mengikuti pelbagai program penuh disiplin yang dianjurkan oleh pihak penjara seperti ‘Program Pembangunan Insan’, kawad kaki, kelas motivasi, kaunseling, sukan dan program keagamaan Semua perkara ini menjadikan saya bersifat lebih matang dalam berfikir sebelum membuat keputusan dan membina jati diri…” Bertarikh 16 Februari 2026 -t.t.- (NURULHUDA NURAINI BTE MOHAMAD NOR) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah 1 Perayu hadir sendiri d/a Pengarah Penjara Penjara Kajang 43000 Kajang Selangor Bagi pihak Responden Timbalan Pendakwa Raya Joshua Tee S/N okwKqMaEVkicX2yxN0RXfg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.