If there is no prosecution with regard to any relevant vehicle seized under subsection (1), such vehicle shall be released at the expiration of one calendar month from the date of seizure unless it has sooner been released. [9] Berdasarkan fakta yang dibentangkan, mahkamah mendapati lori tersebut telah disita di bawah Seksyen 80(1) Akta yang sama. Demi keadilan, mahkamah melakukan semakan dalam sistem CMS Mahkamah yang mana mendapati bahawa Saman pendakwaan terhadap Pemohon telah didaftarkan pada 31.1.2024 di Mahkamah Majistret Kuala Selangor di bawah no. kes BJ-87-53-01/2024. Tarikh sebutan pertama,saman telah ditetapkan Mahkamah ini pada 20.3.2024 yang mana wakil syarikat Pemohon telah hadir, maka pertuduhan dapat dibacakan terhadap Pemohon pada hari sebutan pertama tersebut. Mahkamah ini juga merujuk kepada eksibit BMY-1 dalam Afidavit Jawapan Responden yang mana menunjukkan izin pendakwaan telah dikeluarkan pada 30.1.2024 manakala pertuduhan didaftarkan pada 31.1.2024. [10] Berdasarkan dapatan-dapatan di perenggan [9] Mahkamah berpendapat tatacara yang telah dilakukan oleh Responden selepas proses sitaan pada 18.1.2024 adalah tidak bertentangan dengan peruntukan Seksyen 80(5) Akta yang sama. Sehubungan itu, pendakwaan telah dilakukan dalam tempoh sebulan dari tarikh sitaan, maka lori tersebut masih boleh ditahan oleh Responden. Dalam hal ini, mahkamah merujuk kepada kes REZA KIANMEHR V PP [2013] 7 CLJ 265 yang memutuskan seperti berikut: [18] Under Chapter XVI and ss. 136 and 137 of the CPC provides provisions regarding commencement of proceedings before a Magistrate Court. In respect of proceedings by summons, under s. 136(1) of the CPC the proceedings for indictment of the person summoned of starts after the Magistrate take cognizance of the offence complained of and there is sufficient ground for summons to be issued to the person and thereby summons issued for the appearance of the person named in the summons. When the summons is issued and if it S/N 9cZidxHfIk6JogzKtbE/iQ is so required, the sanction, consent or requisition of the PP is issued, then the proceedings for the prosecution of the person so summoned starts to commence (see PP v. Leonard [1959] CLJU 75; [1959] 1 LNS 75). In the present case, the consent dated 6 April 2012 shows serious intention by the prosecution to prosecute the appellant. The summons was issued by the Magistrates' Court on 17 April 2012 which is well within one month after the said vehicle had been seized. Therefore the Magistrate has the power to order for the forfeiture of the said vehicle. I hold that the issue raised by learned counsel for the appellant is without merits. [11] Selanjutnya, pada hemat mahkamah ini sandaran permohonan ini dibuat di bawah Seksyen 80 (3) Akta yang sama adalah tidak boleh dipertahankan. Adalah perlu difahami bahawa Seksyen 80 tersebut adalah suatu peruntukan khas berkaitan dengan penyitaan dan perlucuthakkan kenderaan bagi kesalahan yang diperuntukkan dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Melalui pembacaan dan pentafsiran mahkamah ini, mahkamah bependapat tiada kesamaran pada peruntukan Seksyen 80(3) dan Seksyen 80(4) Akta Pengakutan Awam Darat 2010 di mana Seksyen 80(3) adalah perlu dibaca bersama dengan Seksyen 80(4) Akta yang sama. Mahkamah ini berpegang kepada undang-undang mantap iaitu apabila peruntukan suatu akta adalah jelas tanpa sebarang kesamaran, maka mahkamah hendaklah memberi kesan kepada bahasa yang jelas dan tersurat daripada perkataan penggubal akta tersebut. [12] Rentetan itu, mahkamah ini berpendapat peruntukan Seksyen 80(4) adalah perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum apa-apa perintah di bawah Seksyen 80(3) diberikan oleh mahkamah ini. Hal ini bermaksud, peruntukan Seksyen 80(3) tidak boleh digunapakai oleh mahkamah ini secara bersendirian. Malahan itu, pembacaan mahkamah ini ke atas Seksyen 80 (3) adalah mahkamah perlu mengeluarkan perintah pelepasan tanpa apa-apa cagaran, jaminan atau syarat untuk kenderaan dikembalikan apabila diminta. Oleh yang demikian, apa-apa pertimbangan mahkamah dalam mengeluarkan perintah di bawah Seksyen 80(3) bukan suatu perintah yang boleh dibuat melainkan sehingga selepas kes pendakwaan telah selesai dan pertimbangan sewajarnya dibuat oleh mahkamah. [13] Malah adalah tidak munasabah bagi sesuatu kenderaan yang menjadi sesuatu pekara (subject matter) bagi suatu kesalahan yang dipertuduhkan dilepaskan kekal walhal kes pendakwaan masih belum selesai yang mana pembuktian elemen-elemen pertuduhan adalah amat berkait rapat dengan kenderaan yang disita. Pekara yang dimaklumi semua pihak bahawa perbicaraan kes tersebut akan bermula pada bulan Januari 2025 nanti. Maka, perintah pelepasan mahupun perlucutanhak lori tersebut perlu diberikan oleh mahkamah ini selepas perbicaraan kes saman no. kes BJ-BJ-87-53-01/2024 dimuktamadkan atau diputuskan oleh mahkamah ini selaras dengan kehendak Seksyen 80(4) Akta yang sama. S/N 9cZidxHfIk6JogzKtbE/iQ [14] Dalam perbicangan hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes REZA KIANMEHR V PP (supra) yang memutuskan seperti berikut sebagai panduan: [21] Learned counsel for the appellant talks about the Magistrate's discretion in ordering the forfeiture of the said vehicle without due regard to the mitigating factors put forward by the appellant. On a bare reading of s. 80(4) of Act 715, this court has no hesitation in concluding that the Magistrate shall order the forfeiture if it is proved to the satisfaction of the court that an offence against specified subsection (1) has been committed and that the vehicle was the subject matter of the offence. There is no ambiguity in the said provision. In the present case, the appellant pleaded guilty to the charge of an offence under s. 16, which is listed under subsection (1) and was convicted for the same offence. This means that the offence under subsection (1) had been committed by the appellant. The facts presented by the prosecution and admitted by the appellant shows that the said vehicle had been used by the appellant in the commission of the same offence. The said vehicle had been proven as the subject matter of the offence. The conditions provided under subsection (4) of s. 80 had been fulfilled. Therefore, the Magistrate shall order forfeiture of the said vehicle. Once the conditions under that subsection (4) of s. 80 of Act 715 had been fulfilled, the forfeiture therefore becomes mandatory. There is no discretion given to the Magistrate because of the words "shall be made" in s. 80(4) of Act 715. When the provision of the statute is clear without any ambiguity, then the court must give effect to the clear and explicit language of the enacting words of the statute. The learned Magistrate was correct in making an order for the forfeiture of the said vehicle. [22] In Duning Jubin v. PP [1997] 5 CLJ 170 involving forfeiture of vehicle under s. 51(3) of the Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987 which is in pari materia with s. 80(4) of Act 715, Tee Ah Sing J (as His Lordship then was) decided that: Section 51(3) of the Act does not impose upon the court a discretion to call the owner and anyone else who may have legitimate interest in the vehicle, an opportunity to show cause why it shall not be forfeited. If Parliament had intended to give an opportunity to show cause why the vehicle shall not be forfeited then it would have enacted relevant provisions to provide for the same...the words of s. 51(3) of the Act are so clear that an order for forfeiture shall be made if it is proved to the satisfaction of the court that an offence against s. 33 or 34 has been committed and that the motor vehicle was the subject matter of the offence. [15] Sungguhpun begitu dalam situasi permohonan sebegini, mahkamah berpendapat tatacara yang sepatutnya dituruti oleh Pemohon adalah mengemukakan permohonan secara terus kepada Responden selaras dengan kehendak peruntukan Seksyen 80 (2) Akta yang sama di mana apabila motorlori telah disita di bawah subseksyen (1), maka Repsonden boleh mengikut budi bicaranya, mengembalikan motorlori tersebut secara sementara kepada S/N 9cZidxHfIk6JogzKtbE/iQ Pemohon. Malah Responden boleh mengenakan apa-apa syarat dan/ atau jaminan kepada Pemohon atas tujuan tersebut bagi memastikan motorlori tersebut diserahkan semula kepada Responden apabila diminta. [16] Dalam membincangkan hal ini, berdasarkan Afidavit Sokongan Pemohon, mahkamah mendapati sememangnya suatu permohonan bertulis bertarikh 29.4.2024 (rujuk eksibit SHRSB-2) telah dibuat oleh Pemohon kepada Responden untuk lori tersebut dilepaskan kepada mereka. Akan tetapi surat permohonan tersebut menurut Pemohon masih tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Responden sehingga kini. Manakala Responden menyatakan bahawa surat permohonan Pemohon tersebut adalah di luar pengetahuan dan tidak dapat disahkannya. Maka, selanjutnya permohonan notis usul difailkan oleh Pemohon di mahkamah ini. [17] Selanjutnya mahkamah mendapati surat permohonan bertarikh 29.4.2024 tersebut setelah diamati telah memohon kepada Responden untuk lori dilepaskan dan bukan dilepaskan sementara. Mahkamah tidak pasti mengapa Peguambela Pemohon menulis sedemikian walaupun mahkamah ini yakin pihak-pihak dalam kes ini memahami sebaiknya keseluruhan peruntukan Seksyen 80 (2) tersebut. Mahkamah berpendapat surat tersebut adalah cacat kerana bertentangan dengan kehendak subsekyen (2). Sekiranya diamati peruntukan Seksyen 80 secara keseluruhannya, ianya adalah suatu peruntukan yang jelas lagi teratur untuk dipatuhi oleh semua pihak di samping menyediakan ruang bagi pihak yang terkilan bagi mendapatkan sementara kenderaan dengan jaminan, dipohon secara terus daripada pihak penguatkuasaan. [18] Pada hemat mahkamah, sekiranya permohonan sebegitu telah dibuat kepada Responden akan tetapi Responden gagal mengambil sebarang tindakan lanjut mahupun menolak permohonan tersebut maka dicadangkan Pemohon memfailkan tindakan sivil melalui permohonan semakan kehakiman terhadap Responden (Jabatan Pengangkutan Jalan). Pilihan cadangan ini adalah berpandukan keputusan kes NURUL NATASHA NORDIN V. PP [2022] CLJU 214 seperti berikut: [17] Berbalik kepada kes Perayu, sebaik pihak polis enggan untuk merujuk kepada Majistret, Perayu mempunyai pilihan untuk memfailkan Permohonan Semakan Kehakiman di bawah A. 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi mendapatkan Perintah Mandamus terhadap polis untuk merujuk permohonannya kepada Majistret selaras dengan peruntukan s. 413(1) KTJ. Perayu juga boleh memfailkan Guaman Sivil bagi maksud untuk memperolehi kenderaan tersebut sementara Perbicaraan Jenayah No.: JA-45A-37-04/2021 di bicarakan. [19] Akhir kata, bersandarkan pertimbangan-pertimbangan ke atas fakta dan undang-undang sepertimana di atas secara keseluruhannya, mahkamah ini menjawab kepada S/N 9cZidxHfIk6JogzKtbE/iQ persoalan utama permohonan notis usul ini dengan jawapan negatif iaitu Mahkamah ini tidak mempunyai bidangkuasa untuk mengeluarkan PERINTAH PELEPASAN lori tersebut di bawah Seksyen 80 (3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 tanpa terlebih dahulu Pemohon disabitkan atau dilepas bebas terlebih dahulu di bawah Seksyen 57(3) Akta yang sama bagi kes Saman Jabatan BJ-87-53-01/2024. KESIMPULAN [20] Berdasarkan alasan-alasan yang diperincikan di atas, mahkamah ini menolak permohonan notis usul ini. Akhir kata, setakat alasan penghakiman ini disempurnakan tiada notis rayuan difailkan oleh mana-mana pihak terhadap keputusan Majistret yang telah diberikan pada 2.12.2024. Bertarikh 16 Disember 2024 Disediakan oleh, (SITI HAJAR BINTI ALI) Majistret Mahkamah Majistret Kuala Selangor S/N 9cZidxHfIk6JogzKtbE/iQ