Schedule
Jadual Taksiran Ganti rugi. Alasan peguam cara terpelajar Defendan ialah keterangan dokumen yang ada di hadapan Mahkamah ini semata-mata invois dan tiada bukti secara langsung menunjukkan bayaran melalui invois MIG Pictures Sdn Bhd itu dibuat kepada Plaintif. [16] Jawapan kepada persoalan itu diperoleh melalui penjelasan saksi Plaintif (SP-1) di mana “konsep” atau “kaedah” set-off digunapakai bagi pembayaran invois-invois tersebut. Ini dinyatakan seperti berikut: “This is because MIG Pictures Sdn Bhd and the Plaintiff are subsidiary companies with various business dealings between them. Accordingly, income and expenses are settled through a set-off method between MIG Pictures Sdn Bhd through Plaintiff’s other subsidiary companies such as MIG Beats Sdn Bhd and the Plaintiff, and this also applies to the invoices issued for promotional costs. This was confirmed by the Plaintiff’s representative witness, PW1 when questioned during trial. He further explained that this was part of their internal arrangement. In addition, the expenses incurred by the Plaintiff were also verified by the Plaintiff’s expert witness, PW3 who stated that such arrangements are common business practice, particularly among related or group companies and are valid as long as they are properly documented and recorded. In this case, the transactions were indeed properly recorded and supported by documents, allowing PW3 to carry out his verification through his report, as detailed in Exhibit SA-2 of his affidavit marked as Enclosure 109/P13(A).”. [17] Sebagaimana peruntukan seksyen 101 Akta Keterangan 1950 mengenai “Burden of proof”, Mahkamah ini mendapati tuntutan ganti rugi khas bagi kos-kos perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Plaintif bagi tujuan mempromosikan dan membina Defendan sebagai artis Plaintif telah dilunaskan melaui pengemukaan invois, keterangan saksi dan kemunasabahan caj-caj yang dikenakan. [18] Peguam cara terpelajar Defendan membangkitkan isu bahawa dokumen yang ditunjukkan dan dikemukakan dalam perbicaraan taksiran ini ditambahbaik dan ditingkatkan oleh Plaintif demi mendapatkan ganti rugi khas tersebut. Mahkamah ini tidak bersetuju. Ini kerana jumlah keseluruhan ganti rugi khas yang dituntut ialah sebanyak RM613,950.00 dan tiada apa-apa peningkatan jumlah tersebut. Dokumen-dokumen yang disediakan bagi perbicaraan ini bukanlah suatu dokumen palsu atau rekaan oleh Plaintif. Dokumen-dokumen tersebut diperincikan dan dijelaskan oleh setiap saksi Plaintif khususnya SP-1. [19] Penafian oleh Defendan kepada semua kos yang ditanggung oleh Plaintif seperti dalam Jadual Taksiran Ganti rugi perlulah dan hendaklah dibuktikan oleh Defendan dan saksi-saksinya yang disokong dengan dokumen Defendan. Di sini, tiada apa-apa dokumen Defendan disediakan, ditunjukkan dan dikemukakan untuk mengakas dokumen Plaintif. Tiada saksi lain dipanggil untuk merekodkan bahawa tiada apa-apa kos dibelanjakan untuk Defendan. Mahkamah hanya mendengar keterangan Defendan sendiri yang mana jawapan Defendan sama sekali gagal menangkis keterangan pihak Plaintif. Pihak Defendan gagal untuk membuktikan butiran fakta di bawah seksyen 103 Akta Keterangan 1950 dan seksyen 106 Akta yang sama untuk membuktikan fakta yang dalam pengetahuan khusus Defendan. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam cara terpelajar Plaintif iaitu − “Since the Defendant alleges that the charges are unreasonable, he bears the responsibility to substantiate this claim. Yet, his argument remains a bare denial, unsupported by any documents or evidence. His failure to present any independent assessment or market comparison renders his allegation speculative and without probative value.”. [20] Mahkamah Rayuan dalam kes Sambaga Valli a/p K.R Ponnusamy v. Datuk Bandar Kuala Lumpur & 2 Ors and Datuk Bandar Kuala Lumpur & 2 Ors v. Sambaga Valli a/p K.R Ponnusamy [2017] 1 LNS 500, YA Dato’ Zawawi Salleh, dirujuk untuk memandu Mahkamah dalam memutuskan mengenai taksiran ganti rugi. Beberapa perenggan yang berkaitan adalah dirujuk − “[10] Secondly, it is fundamental and trite that a plaintiff claiming damages must prove his damage. A plaintiff cannot simply make a claim without placing before the Court sufficient evidence of the loss it has suffered even if it is otherwise entitled in principle to recover damages. The law, however, does not demand that the plaintiff prove with complete certainty the exact amount of damage that he has suffered. Thus, the learned author of McGregor on Damages states as follows (at para 8-002): “[W]here it is clear that some substantial loss has been incurred, the fact that an assessment is difficult because of the nature of the damage is no reason for awarding no damages or merely nominal damages. As Vaughan William L.J put in in Chaplin v. Hick [[1911] 2 KB 786], the leading case on the issue of certainty: “The fact that damages cannot be assessed with certainty does not relieve the wrongdoer of the necessity of paying damages.”. Indeed, if absolute certainty were required as to the precise amount of loss that the claimant had suffered no damages would be recovered at all in the great number of cases. This is particularly true since so much of damages claimed are in respect of prospective, and therefore necessarily contingent, loss.”. (emphasis added). [11] Thirdly, the assessment of damages in action in this nature does not admit of fixed rules and mathematical precision, but is a matter left to the sound discretion to the judges. The courts refuse to lay down any rules or mathematical formula by which such damages are to be assessed by judges. The fairness and reasonableness of the award cannot be subjected to any recognised test or measure by any certain standard. If the award is manifestly inadequate or excessive, or there are indications that the award was influenced by improper considerations or the mistake was too plain, the appellate court should not hesitate to remedy the trial court’s error. All the courts should do are to award sums which is reasonable, moderate and conventional. Special Damages [18] Special damages, according Lord Macnaghten in the oft-cited case of Storms v. Hutchison [1905] AC 515 at 525-526, HL(SC): “... are such as the law will not infer from the nature of the act. They do not follow in ordinary cause. They are exceptional in character and therefore they must be claimed specially and proved strictly.”. [19] Indeed, because of their peculiar nature, the law required a plaintiff to give warning in his pleadings of the items constituting his claim for special damages with sufficient specificity in order that there may be no surprise at the trial. (See Ong Ah Long v. Dr. S Underwood [1983] 2 MLJ 324).”. [21] Dalam kes Chang Hang Guan & Ors. V. Perumahan Falim (Penang) Sdn Bhd [1994] 1 CLJ 19, Edgar Joseph Jr held− “When a plaintiff claims damages from a defendant, he has to show that the loss in respect of which he claims damages was caused by the defendant’s wrong and also that the damages are not too remote to be recoverable. Where precise evidence is obtainable, the court naturally expects to have it, where it is not, the court must do the best it can. General difficulty of proof does not dispense with the necessity for proof.”. [22] Mahkamah ini dalam perbicaraan tuntutan mendapati seorang saksi iaitu Puan Norhafizah binti Hamid, mantan public relation officer kepada Defendan adalah saksi yang paling rapat dengan Defendan khususnya mengenai pengaturan dan pengurusan aktiviti Defendan sebagai artis syarikat Plaintif. Namun bagi prosiding perbicaraan taksiran ganti rugi, Puan Norhafizah tidak dipanggil dan tiada saksi lain mahupun dokumen Defendan untuk membantu pihak Defendan menangkis keterangan pihak Plaintif. [23] Dalam kes Rohaniah bt Mohd Nor (sebagai wakil kepada harta pusaka Arwah Mohd Nor bin Hassan) dan satu lagi lwn Nazeri bin Mohd Nasir dan lain-lain [2023] MLJU 2031, dinyatakan bahawa − “[12] Apa yang jelas taksiran ganti rugi bukan sekadar hanya merupakan pengiraan jumlah atau angka yang perlu dijelaskan kepada Plaintif. Sebaliknya, ia perlu mengambil kira prinsip-prinsip yang telah digariskan untuk pengurangan ganti rugi dan keterpencilan kerugian. Ia membawa maksud Mahkamah perlu meneliti keterangan-keterangan yang membolehkan taksiran yang sewajarnya dilakukan. Oleh sebab itu Aturan 37 KKM 2012 memberi peluang kepada pihak-pihak untuk mengemukakan saksi-saksi semasa pendengaran taksiran gantirugi, hatta saksi saksi yang telah memberi keterangan semasa perbicaraan boleh dipanggil untuk tujuan taksiran ganti rugi. Ia bagi membolehkan Mahkamah diberi peluang meneliti keterangan-keterangan tersebut bagi menentukan jumlah ganti rugi. [13] Oleh itu, Mahkamah tidak wajar hanya menumpukan kepada jumlah ganti rugi yang ditunjukkan kepada angka-angka ganti rugi dengan mengetepikan prinsip-prinsip yang perlu dipertimbangkan semasa taksiran gantirugi. Mahkamah juga perlu mengambil kira bahawa Plaintif berkewajipan untuk membuktikan ganti rugi yang dituntut.”. Dalam kes ini, Defendan sendiri telah memilih untuk tidak menggunakan haknya di bawah Aturan 37 KKM 2012. [24] Selepas meneliti keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini, taksiran ganti rugi khas yang berikut sahaja dibenarkan: (a) kos bagi pengaturan, pengurusan drama dan projek untuk Defendan sebanyak RM5,360.00 dan RM23,850.00. (b) Mahkamah ini menolak tuntutan petty cash voucher MIG Pictures yang berjumlah RM21,440.00. (c) kos dalam pemasaran video Defendan yang berjumlah RM93,300.00 dan RM120,000.00, Mahkamah memutuskan 30% kos adalah ditanggung oleh Plaintif dan 70% lagi ditanggung oleh Defendan. Defendan hanya perlu membayar sebanyak RM149,310.00. (d) kos bagi pengaturan, pengurusan, penyuntingan dan pemasaran video “Lagenda Budak Kolej” di sosial media, Mahkamah memutuskan 30% kos adalah ditanggung oleh Plaintif dan 70% lagi ditanggung oleh Defendan. Defendan hanya perlu membayar sebanyak RM210,000.00. (e) kos sebanyak RM50,000.00 yang ditanggung bagi pelantikan peguam Plaintif untuk mengekalkan nama baik Defendan adalah ditolak. Maka, jumlah yang perlu dibayar oleh Defendan kepada Plaintif ialah RM388,520.00 sahaja. Faedah 5% setahun dari tarikh penghakiman ini hingga tarikh penyelesaian penuh. Rumusan [25] Berdasarkan penelitian Mahkamah ini selepas meneliti semua dokumen dan keterangan lisan dan dokumentar yang dibentangkan oleh pihak-pihak di hadapan Mahkamah ini, dan hujahan bertulis serta hujahan balasan pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati, atas imbangan kebarangkalian, Plaintif berjaya membuktikan tuntutan ganti rugi khas yang ditaksirkan sebanyak RM388,520.00 sahaja terhadap Defendan. Bertarikh: 9 Oktober 2025. ( Rozi Binti Bainon ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi pihak Plaintif: En Alex Gan Yi Yang bersama-samanya Puan Vilasiny Gannasen Tetuan Vilasiny Gannasen & Co., Petaling Jaya, Selangor Bagi pihak Defendan: En Nor Mohd Syazwan Hasim bersama-samanya En Azzan Aznan Tetuan Syazwan Hasim & Azeel Eskandar, Ampang, Selangor En Lau Yi Leong bersamanya Sukhraj menyebut bagi pihak Tetuan Syazwan Hasim & Azeel Eskandar, Ampang, Selangor