versi pembelaan bahawa Tindakan Perayu itu sebagai satu respons bagi mempertahankan dirinya daripada serangan beberapa orang mangsa (self defence) dan juga berasaskan provokasi daripada mangsa-mangsa adalah ‘a mere afterthought’, rekaan semata-mata dan tidak berasas. [30] Oleh yang demikian, Hakim Sesyen telah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya hingga tiada keraguan yang munasabah. Justeru, Hakim Sesyen telah memutuskan Perayu disabitkan dengan pertuduhan-pertuduhan kesalahan tersebut. [31] Seterusnya, setelah mengambil kira faktor-faktor mitigasi dan pemberatan yang dikemukakan, Hakim Sesyen telah mengenakan hukuman pemenjaraan selama 12 tahun dan 1 sebatan ke atas setiap kesalahan tersebut. Hukuman pemenjaraa berjalan serentak dari tarikh keputusan 21.3.2022. Prinsip Undang-Undang Di Peringkat Rayuan [32] Mahkamah ini dalam mendengar rayuan ini berpandukan kepada prinsip undang-undang sedia ada di mana mahkamah di peringkat rayuan seharusnya mengambil pendirian untuk tidak mengganggu keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah perbicaraan melainkan ternyata keputusan tersebut mempunyai salah arah dan tidak menurut undang-undang ini. [33] Dalam kes Amri Ibrahim & Anor v. PP [2017] 1 CLJ 617, Mahkamah Persekutuan telah menyatakan yang berikut: S/N igkUclcsHkS961e7gaggvg “[51] It is trite law that the view of the trial judge as to the credibility of a witness must be given proper weight and consideration. An appellate court should be slow in disturbing such finding of fact arrived at by the trial judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there were substantial and compelling reasons for disagreeing.” (Penekanan ditambah) [34] Manakala berkenaan dengan hukuman pula, dalam kes Bhandulananda Jayatilake v. PP [1981] 1 MLJ 83 Raja Azlan Shah LP (menyampaikan keputusan Mahkamah Persekutuan) telah menjelaskan: “…Therefore sentences do vary in apparently similar circumstances with the habit of mind of the particular judge. It is for that reason also that this court has said it again and again that it will not normally interfere with sentences, and the possibility or even the probability, that another court would have imposed a different sentence is not sufficient, per se, to warrant this court’s interference. For a discretionary judgment of this kind to be reversed by this court, it must be shown to our satisfaction that the learned judge was embarking on some unauthorised or extraneous or irrelevant exercise of discretion…” (Penekanan ditambah) S/N igkUclcsHkS961e7gaggvg [35] Manakala berkaitan dengan hukuman pula, Mahkamah ini berpandukan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v. PP [2002] 3 CLJ 457, di mana Haidar Mohd Noor HMP (menyampaikan keputusan Mahkamah Persekutuan) telah menyatakan di muka surat 494: “It is of the upmost importance to stress here that the appellate court will not normally alter the sentence unless it is satisfied that the sentence passed by the lower court is manifestly inadequate or excessive or illegal or otherwise not a proper sentence having regard to all the facts disclosed or that the court has clearly erred in applying correct principles in the assessment of sentence.” (Penekanan ditambah) [36] Berpandukan kepada prinsip undang-undang mantap tersebut, Mahkamah ini telah meneliti dan mempertimbangkan alasan dan merit rayuan ini serta bukannya semata-mata atas alasan bahawa Mahkamah ini mempunyai pandangan dan dapatan yang berbeza. Analisis dan Dapatan Elemen mengenai tarikh dan masa dalam pertuduhan [37] Pihak Perayu telah menghujahkan isu mengenai tarikh dan masa dalam pertuduhan-pertuduhan tersebut yang merupakan salah satu elemen penting yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Pihak Perayu menghujahkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pihak S/N igkUclcsHkS961e7gaggvg pendakwaan untuk membuktikan semua elemen pertuduhan kesalahan bagi membuktikan suatu kes prima facie. [38] Menurut pertuduhan-pertuduhan yang dikemukakan, Perayu didakwa melakukan kesalahan-kesalahan tersebut pada 30.5.2018 jam lebih kurang 12.15 tengah malam. [39] Berdasarkan laporan polis yang dibuat pada 17.6.2018 oleh SP4 iaitu Dengkil Report No. 1811/18 [ekshibit P4], SP4 menyatakan bahawa beliau mendengar bunyi bising di luar rumahnya itu adalah pada 30.5.2018 jam lebih kurang 11.30 malam yang merupakan hampir 24 jam daripada masa yang tertera dalam pertuduhan iaitu 12.15 tengah malam pada 30.5.2018. [40] Selain itu, menurut laporan polis yang telah dibuat pada 5.6.2018 oleh SP7 iaitu Dengkil Report No. 1699/18 [ekshibit P11], SP7 juga menyatakan perkara yang sama bahawa beliau berserta 3 orang lagi kawannya itu berada di hadapan Rumah tersebut hingga terjadinya kejadian tersebut adalah pada 30.5.2018 jam lebih kurang 11.30 malam. [41] Malahan keterangan lisan SP4 juga selari dengan tarikh dan masa yang dinyatakan dalam pertuduhan. Mahkamah ini telah meneliti nota keterangan khususnya keterangan SP4 di muka surat 30 dan 31 Nota Keterangan Jilid 2. Apabila ditanya soalan tentang keberadaan beliau pada 30.5.2018 jam lebih kurang 11.30 malam, SP4 menjawab bahawa beliau berada di Rumah tersebut dan selanjutnya menceritakan seperti berikut: S/N igkUclcsHkS961e7gaggvg “Pada tarikh tersebut, lebih kurang jam 11.30 malam, saya sedang membuat proposal kerja untuk company saya dan saya ke dapur untuk minum air. Sedang saya minum air, saya terdengar bunyi bising dari arah luar rumah. Saya pun buka pintu utama rumah dan keluar dan saya nampak jiran saya Abdul Jalil berdiri dengan jarak 5 kaki dari saya dan saya bertanya kenapa? Dia terus datang dan menerkam saya.” [42] SP7 juga dalam keterangan lisannya menceritakan perkara yang sama apabila ditanya tentang apa yang berlaku pada 30.5.2018. Manakala keterangan mangsa-mangsa yang lain (SP9, SP11 dan SP13) pula tidak dapat menyatakan masa yang spesifik walaupun mereka sekadar menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku pada 30.5.2018. [43] Sekiranya untuk mengatakan sekadar suatu kesilapan tentang tarikh dan masa dalam kedua-dua laporan polis tersebut [ekshibit P4 dan P11], tidak pula didapati apa-apa laporan polis pembetulan perkara tersebut. [44] Begitu juga dengan keterangan lisan SP4 dan SP7, walaupun isu tersebut telah dibangkitkan dalam pemeriksaan balas, namun pihak pendakwaan gagal untuk menjelaskan perbezaan tarikh dan masa tersebut dalam pemeriksaan semula. [45] Suatu kes prima facie dikatakan berjaya dibuktikan hanyalah apabila pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan-keterangan yang kukuh bagi membuktikan setiap dan tiap-tiap intipati/elemen kesalahan yang dipertuduhkan yang mana sekiranya gagal dipatahkan S/N igkUclcsHkS961e7gaggvg akan membawa kepada sabitan, seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 173(h) para (iii) Kanun Tatacara Jenayah: “For the purpose of subparagraphs (i) and (ii), a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” (Penekanan ditambah) [46] Dalam kes PP v. Mohd Azam bin Basiron & Anor. [2011] 3 MLJ 741, Mahkamah Rayuan telah menyatakan tentang pentingnya pihak pendakwaan untuk membuktikan intipati di dalam pertuduhan: “It is trite that in every charge the offence with which an accused person is charged is specified, and in this case of murder under s 302 of the Penal Code. The criminal procedure code further demands that the charge shall contain such particulars as to the time and place of the alleged offence and the person against whom the thing in respect of which it was committed as are reasonably sufficient to give the accused person notice of the matter with which he is charged. For a prima facie case to be established successfully, in order for the defence to be called, the prosecution must prove the main ingredients of the charge. As at this stage, the prosecution only managed to establish the identity of the deceased person and his death.” (Penekanan ditambah) S/N igkUclcsHkS961e7gaggvg [47] Meneliti kepada rekod rayuan secara umumnya atau alasan penghakiman Hakim Sesyen secara khususnya, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak Perayu bahawa Hakim Sesyen telah gagal meneliti dan membuat analisa ke atas isu ini yang boleh mewujudkan salah laksana keadilan terhadap Perayu. [48] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati isu ini mempunyai merit dan Hakim Sesyen telah terkhilaf apabila tidak membuat penelitian dan membuat analisa secukupnya ke atas keterangan-keterangan lisan mahupun keterangan dokumentar berkenaan tarikh dan masa sebenar kejadian tersebut. Kegagalan membuktikan tentang tarikh dan masa yang tepat seperti mana didakwa dalam pertuduhan-pertuduhan yang merupakan salah satu elemen atau intipati pertuduhan kesalahan akan menyebabkan kegagalan pihak pendakwaan membuktikan suatu kes prima facie ke atas Perayu. Kecederaan parah (Grievous hurt) [49] Pertuduhan-pertuduhan kesalahan ke atas Perayu adalah menyebabkan kecederaan parah (grievous hurt) ke atas mangsa-mangsa dengan menggunakan senjata yang boleh menyebabkan kematian. [50] Seksyen 320 Kanun Keseksaan telah menyenaraikan jenis-jenis kecederaan parah seperti berikut: “The following kinds of hurt only are designated as “grievous’: S/N igkUclcsHkS961e7gaggvg