a
(a) Hakim bicara telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal untuk mematuhi peruntukan seksyen 178 (2) Kanun Tatacara Jenayah (‘KTJ’) sebelum menerima pengakuan salah Perayu dan seterusnya mensabitkan Perayu; dan
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2019/1577ce64-e3d0-4990-a80c-7e4bb17fad97
Court of Appeal of Malaysia30 Apr 2019P-05(M)-134-02/2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“derstood the charge which had been read and explained to him. I am also satisfied that the accused understood the nature and consequences of his plea of guilty to the charge under section 302 of the Penal Code. I am satisfied that the accused’s plea of guilty is unequivocal. [31] I have examined the post-mortem report”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANG KUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: P-05(M)-134-02/2018 ANTARA ABD KHALID BIN MD ISA … PERAYU (NO. K/P: 710903-07-5705) DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang Perbicaraan Jenayah No. 45B-35-10/2015 Antara Pendakwa Raya Lawan Abd Khalid bin Md Isa] KORAM: KAMARDIN HASHIM, HMR YAACOB HAJI MD SAM, HMR LAU BEE LAN, HMR Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 2 PENGHAKIMAN MAHKAMAH [1] Perayu telah dituduh dan disabitkan dengan satu pertuduhan pindaan bagi kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan (‘KK’). Pertuduhan pindaan terhadap Perayu dibaca seperti berikut: “Bahawa kamu, antara 29 September 2014, jam lebih kurang 3.00 petang hingga 1 Oktober 2014, jam lebih kurang 6.40 petang di rumah No. 4183, Jalan Pengkalan Datok Keramat, Bukit Tengah, 12000 Bukit Mertajam, di dalam daerah Seberang Perai Tengah, di dalam Negeri Pulau Pinang telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Rohani Bt Hashim (No. K/P 841218-07-5344) dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun yang sama.” [2] Perayu telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan dan selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi (“hakim bicara”) berpuas hati bahawa pengakuan bersalah Perayu dibuat dengan tanpa bersyarat serta berpuas hati bahawa Perayu memahami akan sifat dan akibat dari pengakuan bersalahnya apabila mengakui kepada fakta kes (P6) yang dibacakan dan diterangkan kepadanya, hakim bicara telah menerima pengakuan bersalah Perayu. Hakim bicara telah mensabitkan Perayu dengan pertuduhan atas pengakuan bersalahnya. Perayu telah dijatuhi dengan hukuman mati di tali gantung. Pada masa pengakuan bersalahnya, Perayu diwakili oleh seorang peguam bela iaitu mengikut rekod, En. Thangesvaran a/l M. Krishnasamy dari Tetuan K. Thanges & Associates. Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 3 [3] Terkilan dengan keputusan hakim bicara tersebut, Perayu telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah ini. Kami telah mendengar rayuan Perayu pada 30.4.2019. Setelah membaca dan meneliti rekod rayuan, dan setelah mendengar pihak-pihak, kami dengan sebulat suara dan sepakat menolak rayuan Perayu. Kami perincikan alasan penolakan rayuan Perayu seperti berikut. Fakta kes pendakwaan [4] Fakta kes pihak pendakwaan telah dibentangkan di hadapan hakim bicara sebagai P6 seperti di muka surat 21 – 26, Rekod Rayuan Jilid 3. Kami perturunkan fakta kes dengan sepenuhnya, seperti berikut: “1. Pada 29/9/2014, jam lebih kurang 3.00 petang, Azmi Bin Long Ali - abang ipar OKT, sedang berehat di hadapan rumahnya di alamat No. 4183, Jalan Pengkalan Datok Keramat, Bukit Tengah, 12000, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Beliau nampak mangsa, Rohani Bt Hashim sampai ke hadapan rumah OKT, dengan menaiki motorsikal Honda EX-5 berwarna biru berseorangan dan terus masuk ke rumah OKT.
section
2. Rumah OKT adalah bersebelahan dengan rumah Azmi berjarak lebih kurang 10 meter sahaja. Ianya merupakan rumah pusaka tinggalan mak OKT. Kehadiran mangsa juga dilihat Syed Taha Hussain Bin Syed Shahid Hussain – anak saudara OKT. Beliau tidak mempedulikan kehadiran mangsa kerana beliau telah diberi amaran oleh OKT untuk tidak masuk campur tentang urusan OKT dengan kekasihnya. Beliau tahu bahawa OKT dan juga mangsa, yang dipanggil sebagai “Mak Andak” adalah pasangan kekasih.
section
3. Lebih kurang jam 4.30 petang hari yang sama, ketika Azmi Bin Long Ali sedang meratakan tanah berhampiran dengan rumahnya, beliau Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 4 terdengar suara orang perempuan meminta tolong daripada rumah tersebut. Beliau mendekati rumah tersebut dan juga terdengar bunyi seperti sesuatu objek telah dihentak dengan kuat sebanyak tiga kali. Beliau juga mendengar suara menyebut perkataan “Allah” sayup-sayup seperti berada di dalam kesakitan. Jarak beliau semasa mendengar suara tersebut lebih kurang lima meter sahaja.
section
4. Pada jam 6.00 petang, saksi Syed Murtaza Shah Hussain Bin Syed Hussain telah balik dari sekolah agama di Pendang, Kedah sempena cuti raya haji dan hendak masuk ke rumah OKT. Beliau selalu pulang ke rumah OKT kerana rumah tersebut adalah rumah pusaka nenek beliau dan rumah bapanya adalah kecil serta tidak selesa didiami kerana saksi mempunyai ramai adik beradik. Sampai di rumah OKT tersebut, saksi cuba masuk ke rumah tersebut melalui pintu belakang, dan kemudiannya dihalang oleh OKT supaya tidak masuk ke ruang tamu rumah tersebut. Kemudian OKT memberikan saksi sehelai tuala dan saksi terus mandi di rumah tersebut. Selesai mandi, saksi keluar ke rumah ibunya (rumah Azmi Bin Long Ali) yang bersebelahan dengan rumah OKT.
section
5. Kira-kira jam 10.00 malam, saksi hendak masuk semula ke rumah OKT tersebut dan OKT membuka pintu belakang rumah tersebut untuknya dan menyuruh saksi tidur di atas sofa di ruang tamu rumah tersebut. Keadaan ruang tamu adalah gelap kecuali terdapat cahaya daripada televisyen di ruang tamu tersebut. Saksi nampak mangsa dalam keadaan berbaring di ruang tamu tersebut dalam keadaan berselimut dan tidak bergerak. Ketika itu, OKT dalam keadaan cemas dan kemudiannya saksi melihat OKT berbaring di sebelah mangsa.
section
6. Keesokan harinya, pada 30/9/2014 jam lebih kurang 6.45 pagi OKT dalam keadaan bertuala, seperti baru selesai mandi dan tangan Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 5 terketar-ketar meminta tembakau rokok daun daripada Azmi Bin Long Ali.
section
7. Pada jam 7.00 pagi, saksi (Syed Murtaza) bangun daripada tidur dan mendapati mangsa tidak ada di ruang tamu tersebut. Apabila beliau bertanyakan tentang mangsa, OKT memberitahu bahawa Mak Andak sudah balik bersama kawannya. Pada masa itu, OKT hanya bertuala sahaja. Saksi berasa pelik kerana mangsa tidak pernah datang rumah tersebut dengan kawannya, mangsa tidak pernah tidur di rumah tersebut, motorsikal mangsa masih berada di rumah tersebut dan kasut mangsa juga ada di rumah tersebut. Saksi kemudiannya, pergi ke rumah ibu bapanya untuk bersarapan pagi.
section
8. Kira-kira jam 7.30 pagi, saksi seterusnya, Khairul Nisah Binti Mat Isa – Kakak OKT ketika hendak pergi berniaga dan sedang mengundurkan keretanya, telah mendengar sensor kereta berbunyi beliau turun keluar dari kereta dan mendapati sehelai baju t-shirt berkolar berjalur warna kuning hitam dan terdapat kesan darah di baju tersebut. Saksi seterusnya menjerit, memanggil anak-anaknya yang sedang tidur di rumah OKT. Kemudiannya, OKT keluar daripada rumah tersebut dan mengambil baju tersebut daripada tangan saksi. Kemudian saksi bertanya, apakah yang berlaku kepada mangsa dan beliau memberitahu mangsa balik bersama kawannya. Syed Murtaza berada di sebelah ibunya dan mendengar semua perbualan ibunya dan OKT. Kemudiannya setelah ditenangkan oleh OKT bahawa tiada apa-apa yang berlaku, saksi Khairul Nisah pergi bekerja.
section
9. Pada jam 4.30 petang hari yang sama, Khairul Nisah kembali ke rumah tersebut bersama Syed Murtaza dan mendapati OKT tiada di rumah tersebut. Motorsikal mangsa juga tidak berada di rumah tersebut. Khairul Nisah dan Syed Murtaza memeriksa kawasan Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 6 ruang tamu rumah dan mendapati kesan darah di bawah tikar ruang tamu dan sofa rumah tersebut.
section
10. Pada kira-kira 6.00 petang hari yang sama, Khairul Nisah dan Syed Murtaza memeriksa ke hutan berhampiran rumah mereka dan mendapati ada unggun api yang masih bernyala dan memeriksa unggun tersebut. Mereka mendapati terdapat ketulan daging gigi dan tulang berada dekat dengan unggun tersebut. Khairul Nisah kembali ke rumah dan memberitahu perkara tersebut kepada suaminya, Azmi Bin Long Ali. Beliau memeriksa sekali lagi kawasan unggun api tersebut dan kembali ke rumah dan setelah berbincang dengan jirannya, mereka menasihatkan Syed Murtaza membuat laporan polis.
section
11. Hasil maklumat, pada 1/10/2014 pihak polis telah menangkap OKT di alamat No. 26, Jalan Cahaya Nilam 3, Taman Cahaya Nilam, Jalan Raya Parit Nibong, Bandar Bahru, Kedah bersama beberapa barang rampasan termasuk barang kemas mangsa, telefon bimbit mangsa dan motorsikal yang ditunggang oleh mangsa semasa pergi ke rumah OKT.
section
12. Hasil siasatan, polis telah pergi ke kawasan hutan paya bakau Kg Pengkalan Tok Keramat dan menjumpai tempat unggun api (yang ditemui oleh Khairul Nisah dan Syed Murtaza terdahulu) dan satu beg plastik sampah berwarna hitam yang tertanam di bawah perdu pohon nipah, yang mengandungi cebisan tulang dan tengkorak manusia. Rampasan tersebut dibawa untuk dianalisa oleh pakar patologi Forensik Hospital Seberang Jaya. Pasukan siasatan juga membuat beberapa rampasan lain berkaitan dengan kejadian tersebut.
section
13. Hasil siasatan, polis mendapati bahawa OKT berasa tertipu dengan mangsa dan berasa marah. OKT telah memukul mangsa dengan Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 7 besi pembuka tayar kereta berbentuk L di kepala mangsa dan menghantukkan kepala mangsa di tiang rumah tamu tersebut. Akibat daripada pukulan dan hantukan tersebut, ianya mengakibatkan kematian kepada mangsa.
section
14. Hasil siasatan polis, OKT telah membakar mayat mangsa di dalam hutan paya bakau di belakang rumah OKT. Setelah mendapati mayat mangsa tidak terbakar sepenuhnya, OKT telah menggunakan cangkul, memotong kepala, kaki dan badan mangsa dan memasukkan kepala, kaki dan badan mangsa ke dalam plastik sampah berwarna hitam dan menanamnya di bawah perdu pohon nipah.
section
15. Pegawai penyiasat juga menghantar sampel berkaitan untuk tujuan analisa oleh Jabatan Kimia. Analisa DNA menunjukkan bahawa mangsa yang dibakar tersebut ialah Rohani Binti Hashim.
section
16. Pakar Patologi, Dato Dr Zahari Nor telah menyimpulkan bahawa sebab kematian mangsa adalah “kecederaan kepada kepala yang disebabkan oleh trauma tumpul”. Beliau juga merumuskan bahawa berdasarkan kepada keadaan mayat yang dijumpai tersebut, mangsa telah mati lebih kurang 2 hari sebelum ianya dijumpai. Bertarikh pada: 13/2/2018.” Rayuan Perayu [5] Ini adalah kali kedua rayuan Perayu dibicarakan di Mahkamah ini. Rayuan Perayu kali pertama didengar pada 9.12.2016 berikutan dari sabitan dan hukuman mati oleh seorang hakim Mahkamah Tinggi yang lain. Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Perayu dan telah memerintahkan sabitan dan hukuman diketepikan atas alasan sabitan Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 8 tidak selamat. Kes telah dihantar semula ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain. [6] Di hadapan kami, peguam bela Perayu telah menghujahkan dua alasan rayuan berikut untuk kami menimbangkan rayuan Perayu:
a
(a) Hakim bicara telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila gagal untuk mematuhi peruntukan seksyen 178 (2) Kanun Tatacara Jenayah (‘KTJ’) sebelum menerima pengakuan salah Perayu dan seterusnya mensabitkan Perayu; dan
b
(b) Hakim bicara terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam memastikan bahawa pengakuan salah Perayu dibuat secara sukarela, tidak bersyarat dan Perayu benar-benar faham bukan sahaja pertuduhan tetapi kesan dan akibatnya mengaku salah kepada pertuduhan yang dikemukakan ke atas Perayu di bawah seksyen 302 KK. [7] Peguam bela terpelajar telah menghujahkan kedua-dua isu alasan rayuan tersebut secara bersekali oleh kerana kedua-duanya saling berkait antara satu sama lain. Dihujahkan walaupun tidak ada peruntukan undang-undang yang menghalang seseorang tertuduh untuk mengaku salah terhadap pertuduhan yang boleh membawa hukuman mati namun hakim hendaklah memastikan dengan sebenarnya bahawa peruntukan di bawah seksyen 178 (2) KTJ telah dipatuhi dengan sepenuhnya. Hakim bicara juga hendaklah memastikan Perayu telah diberi penjelasan dan benar-benar memahami sifat dan akibat dari pengakuannya itu. Peguam Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 9 bela telah merujuk Mahkamah ini kepada keputusan kes terdahulu iaitu Heng Kim Khoon v. PP [1972] 1 MLJ 30, Lee Weng Tuck & Anor v. PP [1989] 1 CLJ (Rep) 75 dan Tang Hee Hing v. PP [1991] 1 CLJ (Rep) 447. [8] Peguam bela terpelajar telah menimbulkan bantahan-bantahan berikut dalam penghujahannya:
a
(a) hakim bicara telah bertanyakan beberapa soalan kepada Perayu sebelum menerima pengakuan salah Perayu. Namun soalan-soalan yang ditanya hanya berbentuk ‘superficial’ dan tidak menyeluruh tanpa soalan lanjut apa yang telah difahami oleh Perayu sebenarnya;
b
(b) soalan-soalan lanjut mengenai apa yang Perayu fahamkan akan akibat pengakuan salah oleh kerana pertuduhan akan membawa kepada hukuman mati;
c
(c) lebih teruk lagi, Perayu masih dalam keadaan memerlukan rawatan dan pemerhatian lanjut terhadap tahap dan keupayaan mental Perayu;
d
(d) peguam bela Perayu yang terdahulu juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan arahan lanjut dari Perayu; dan
e
(e) tiada sebarang prejudis kepada mana-mana pihak sekiranya hakim bicara mengambil langkah-langkah tambahan sebelum menerima pengakuan salah Perayu. Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 10 Dapatan dan keputusan kami [9] Kami telah berpeluang menyemak dan meneliti rekod rayuan termasuk catatan dan penghakiman bertulis hakim bicara. Kami mendapati bahawa bantahan yang ditimbulkan oleh peguam bela atas dua isu yang dihujahkan di hadapan kami tidak berasas dan tersasar. Kami mendapati bahawa hakim bicara telah mengarahkan mindanya dengan secukupnya terhadap peruntukan di bawah seksyen 178 (2) KTJ sebelum menerima pengakuan salah dari Perayu. [10] Seksyen 178 KTJ kami perturunkan untuk kemudahan rujukan seperti berikut:
section
178. “Commencement of trial
subsection
(1) When the Court is ready to commence the trial, the accused shall appear and be brought before it and the charge shall be read and explained to him and he shall be asked whether he is guilty of the offence charged or claims to be tried.
subsection
(2) If the accused pleads guilty the plea shall be recorded, and he may be convicted on it: Provided that before a plea of guilty is recorded the Court shall ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea and intends to admit, without qualification, the offence alleged against him.
subsection
(3) If the accused refuses to plead or does not plead, or if he claims to be tried, the Court shall proceed to try the case.” Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 11 [11] Prinsip penerimaan pengakuan salah oleh seseorang tertuduh telah diputuskan dalam banyak kes yang telah dilaporkan sebelum ini. Dalam kes Heng Kim Khoon v. PP [1972] 1 MLJ 30, Hakim Sharma (beliau pada masa itu) menyatakannya seperti berikut: “A plea of guilty may be accepted by the court and the accused convicted on it but the court is not bound to accept a plea of guilty in all cases. The court must carefully consider whether the accused has fully understood the nature of the charge to which he pleads guilty. The accused is not to be taken at his word when he pleads guilty unless the plea is expressed in unmistakeable terms with full appreciation of the essential ingredients of the offence. The rule of law is applied with all the greater stringency when the offence charged is complicated or serious.” [12] Mohd Azmi, HMA (beliau pada masa itu) dalam kes Lee Weng Tuck & Anor v. PP [1989] 1 CLJ Rep 77 telah dengan secara berhemah membentangkan prosedur berkaitan pengakuan bersalah dan penarikan balik pengakuan bersalah yang sama. Prosedur itu dapat diringkaskan seperti berikut: “(i) In the case of Reg v. Mc Nally relied upon the Judge there was obviously no grounds for the Court to allow the accused there to withdraw the plea – further the trial of the sole accused there claiming trial enabled the Judge to have all the relevant facts before him as the Judge there dealt with the withdrawal of plea after the trial of the said accused.
subparagraph
(ii) The Judge has a discretion to allow a plea of guilty to be withdrawn but must exercise the same judicially and on valid grounds, depending on the facts and circumstances of each case, for example, if there was a question of mistake or misunderstanding or that it would be desirable on any ground that the accused should be allowed to join issue. Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 12
subparagraph
(iii) The functus officio argument cannot have any application in considering a withdrawal of plea of guilty before sentence where the conviction and sentence are before the same Court.
subparagraph
(iv) Where the plea is equivocal, i.e. where it is not clear, or is doubtful or qualified, the plea must in law be treated as one of not guilty and the Court shall proceed to try the case.
v
(v) A Judge can accept a plea of guilty in capital cases.
subparagraph
(vi) The safeguards for ensuring that a plea of guilty is valid and unequivocal are:
a
(a) the Court must ensure that it is the accused himself who wishes to plead guilty;
b
(b) the Court must ascertain that accused understands the nature and consequences of his plea; and
c
(c) the Court must ascertain that the accused intends to admit without qualification the offence against him.
subparagraph
(vii) Even if the accused is represented by Counsel, in capital cases there must be something on record to show (vi)(b) above – it also cannot be presumed that the accused actually knew the consequences of his plea of guilty.
subparagraph
(viii) In capital cases, it is suggested that the Court read the statement of facts to ascertain whether the facts alleged amount to an offence as contained in the charge – if the accused admits the statement with qualification or his admission is not clear or doubtful, then the Court should proceed with trial. Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 13
subparagraph
(ix) The reasons given by the 1st appellant for wanting to withdraw his plea showed that he did not understand the nature and consequences of his plea – the records do not indicate that the appellants had been told or knew that the offence to which he pleaded guilty carried the death sentence although it was not mandatory and about the current sentencing policy on trafficking in drugs which imposes the death sentence in the absence of most exceptional circumstances – there was therefore a breach of proper safeguards rendering the plea invalid.
x
(x) The reasons by the 2nd defendant showed that he did not admit the statement of facts, and even if he did, the admission was with qualification.
subparagraph
(xi) The statement of facts here was defective as it was completely silent about the alleged commission of trafficking in furtherance of a common intention – it also did not disclose what the appellants were supposed to be doing at the shed.
subparagraph
(xii) The appellants were not given the opportunity to deny that they were involved in manufacture of heroin in the shed, a missing link added by the Judge in his written judgment.
subparagraph
(xiii) There was therefore a breach of proper safeguards and the appeal is allowed.”. [12] Kembali kepada kes rayuan Perayu di hadapan kami, rekod rayuan menunjukkan bahawa kes terhadap Perayu telah pertama kali ditetapkan untuk perbicaraan pada 19.7.2016 di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain. Pertuduhan telah dibacakan dan diterangkan kepada Perayu. Perayu telah mengaku bersalah dan telah dijatuhkan dengan hukuman mati. Perayu telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan juga hukuman. Pada 9.12.2016, panel Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Perayu dan telah mengetepikan sabitan dan Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 14 hukuman terhadap Perayu atas alasan sabitan tidak selamat. Perayu telah diperintahkan untuk dibicarakan semula di hadapan seorang hakim Mahkamah Tinggi yang lain. [13] Perbicaraan semula telah ditetapkan pada 16.8.2017 di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, YA Dato’ Ahmad Shahrir bin Mohd Salleh. Pertuduhan (P2) telah dibaca dan diterangkan semula kepada Perayu. Perayu mengakui faham terhadap pertuduhan yang dibacakan dan diterangkan kepadanya dan telah mengaku bersalah. Sebelum fakta kes dapat dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk diterangkan kepada Perayu, peguam bela terpelajar memberitahu Mahkamah bahawa Laporan Psikatri bertarikh 23.3.2016 (P3) yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan telah terlalu lama dan tidak mencerminkan keadaan mental Perayu terkini. Peguam bela mencadangkan kepada Mahkamah untuk Perayu dirujuk sekali lagi untuk pemerhatian psikatri di bawah seksyen 342 KTJ. Tindakan peguam bela ini berdasarkan kepada fakta bahawa Perayu pernah menerima rawatan psikatri di Hospital Kepala Batas (D4). Ini bercanggah dengan kenyataan atas P3. Peguam bela turut menyatakan fakta bahawa peguam bela mengalami kesukaran untuk mendapatkan arahan daripada anak guamannya, Perayu. [14] Hakim bicara telah membenarkan permohonan peguam bela dan telah mengeluarkan perintah supaya Perayu dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor untuk pemerhatian psikatri di bawah seksyen 342 KTJ. Ini adalah kali kedua Perayu diperintahkan untuk menjalani pemerhatian psikatri di hospital mental. Kali pertama, perintah telah dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Tinggi yang terdahulu dan satu laporan perubatan ke atas Perayu telah disediakan oleh Dr. Johari bin Khamis dari Hospital Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 15 Bahagia, Tg. Rambutan. Perak (P3). P3 telah diterima masuk oleh hakim Mahkamah Tinggi terdahulu bahawa Perayu berada dalam keadaan stabil dan layak untuk membela diri dan dibicarakan. Dr. Johari bin Khamis telah membuat kesimpulan seperti berikut dalam Laporan Perubatan yang disediakan olehnya (muka surat 6, Rekod Rayuan Jilid 3): “KESIMPULAN Setelah meneliti segala maklumat termasuk pemeriksaan dan pemerhatian oleh kami, saya berpendapat bahawa:
section
1. Encik Abdul Khalid Md Isa mengalami masalah penyalahgunaan dan kebergantungan kepada pelbagai jenis dadah (Polysubstance Abuse and Dependence).
section
2. Saya juga berpendapat bahawa semasa melakukan perbuatan yang dituduh, beliau berada dalam keadaan mental yang waras dan sedar akan akibat daripada perbuatannya.
section
3. Keadaan mental beliau adalah stabil dan beliau layak untuk dihadapkan ke mahkamah untuk membela diri dan dibicarakan.” [15] Perayu telah menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai, Tampoi selama 3 bulan mulai 16.8.2017 sehingga November 2017. Satu laporan perubatan telah disediakan oleh Dr. Badi’ah binti Yahya, Pengarah Hospital Permai bertarikh 27.11.2017 (P5) telah menyatakan bahawa ketika kejadian pembunuhan berlaku, Perayu dalam keadaan fikiran yang siuman dan berupaya untuk mengetahui keadaan perbuatan atau apa yang dia lakukan itu satu kesalahan di sisi undang-undang. Keadaan mental Perayu juga stabil dan layak untuk dibicarakan dan layak untuk membela Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 16 diri. Dr. Badi’ah binti Yahya telah merumuskan seperti berikut (muka surat 18 – 19 Rekod Rayuan Jilid 3): “H. RUMUSAN
section
1. Hasil daripada pemerhatian rapi 24 jam dan pemeriksaan mental berkala yang dilakukan sepanjang penama berada di hospital ini serta meneliti laporan-laporan terdahulu, tiada gejala-gejala yang menunjukkan penama menghidap sebarang penyakit mental yang serius.
section
2. Penama cuma mengalami “Polysubstance Use Disorder (methamphetamine, opiod and cannabis)”. Ini merupakan masalah penyalahgunaan pelbagai jenis dadah terlarang yang digelajai oleh tanda-tanda intosikasi, pengunduran dan kebergantungan kepada dadah-dadah terlarang seperti opiod, methamphetamine dan cannabis. Penyalahgunaan dadah terlarang ini boleh memudaratkan kesihatan fizikal dan mental penama.
section
3. Penama juga didapati mempunyai ciri-ciri “Antisocial personality” iaitu satu masalah tingkah laku yang menyimpang dari norma sosial masyarakat yang dialami oleh seseorang. Seseorang yang mempunyai personality antisosial mengalami kegagalan mengikuti norma-norma sosial, selalu melakukan hal-hal yang melanggar undang-undang, suka menipu, memutarbelitkan fakta dan berbohong untuk kepentingan diri sendiri, melakukan hal-hal yang tidak dirancang sebelumnya, suka marah, agresif dan seringkali bergaduh, tidak mementingkan keselamatan orang lain, dan tidak bertanggungjawab dan tiada perasaan menyesal.
section
4. Pada pendapat saya, ketika kejadian seperti yang didakwa, penama adalah dalam keadaan fikiran yang siuman dan berupaya untuk Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 17 mengetahui keadaan perbuatan atau bahawa apa yang dilakukannya adalah bersalahan di sisi undang-undang.
section
5. Keadaan mental penama adalah stabil dan penama adalah layak untuk dibicarakan dan layak untuk memberi pengakuan di mahkamah bagi tujuan pembelaan diri pada tarikh laporan ini ditulis.” [16] Seterusnya, berdasarkan kepada rekod rayuan, Perayu telah dikemukakan semula ke hadapan Mahkamah pada 4.12.2017 untuk sebutan semula kes dan tarikh perbicaraan telah ditetapkan pada 13.2.2018. Apa yang berlaku pada tarikh itu adalah bahawa Perayu menyatakan hasratnya untuk mengaku bersalah terhadap pertuduhan. Hasrat Perayu untuk mengaku bersalah juga telah dinyatakannya sebelum itu semasa pengurusan kes di hadapan hakim bicara pada 18.1.2018. [17] Pada 13.2.2018, pertuduhan telah dibacakan dan diterangkan semula kepada Perayu. Perayu menyatakan bahawa dia faham akan pertuduhan dan dengan tanpa teragak-agak terus mengaku bersalah terhadap pertuduhan. Fakta kes (P6 – muka surat 21 - 26 Rekod Rayuan Jilid 3) telah dikemukakan dan telah dibaca dan diterangkan kepada Perayu. Perayu memahaminya dan mengakui terhadap fakta kes P6 tersebut. Barang-barang kes yang terlibat (P7 – P71) turut dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan telah ditunjukkan kepada Perayu. Perayu telah mengakui kesemua barang-barang kes tersebut. Senarai barang-barang kes tersebut seperti di muka surat 8 – 13 Rekod Rayuan Jilid 2 dan juga di muka surat 27 – 147 Rekod Rayuan Jilid 3. [18] Sebelum menerima pengakuan bersalah Perayu, hakim bicara telah menjalankan inkuiri seperti berikut untuk menentukan bahawa Perayu Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 18 faham akan sifat dan akibat dari pengakuannya dan pengakuannya telah dibuat dengan tanpa sebarang syarat. Kami temui catatan inkuiri hakim bicara dan dapatan beliau seperti berikut di muka surat 13 – 15 Rekod Rayuan Jilid 2: “Mahkamah: Adakah awak faham pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang telah dibacakan kepada awak? Tertuduh: Saya faham. Mahkamah: Adakah awak faham bahawa awak dituduh membunuh Rohani binti Hashim? Tertuduh: Saya faham. Mahkamah: Adakah awak faham bahawa jika awak mengaku salah terhadap pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan ini hanya satu sahaja hukuman yang boleh dijatuhkan kepada awak. Mahkamah ini tidak boleh menjatuhkan hukuman lain. Tertuduh : Saya faham. Mahkamah: Adakah awak faham bahawa hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dipertuduh ke atas awak ialah hukuman mati. Tertuduh: Saya faham. Mahkamah: Adakah awak telah dinasihati oleh peguam bela awak mengenai pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan ini? Tertuduh: Ada. Mahkamah: Adakah awak telah dinasihati oleh peguambela awak bahawa jika awak mengaku salah terhadap pertuduhan di Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 19 bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan ini hanya satu sahaja hukuman yang boleh dijatuhkan kepada awak. Mahkamah ini tidak boleh menjatuhkan hukuman lain. Tertuduh: Ada. Mahkamah: Adakah awak faham apa yang telah dinasihatkan oleh peguambela awak dari segi undang-undang mengenai kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan? Tertuduh: Saya faham. Mahkamah: Apakah pengakuan awak? Tertuduh: Saya mengaku salah. P3 dan P5 ditunjukkan kepada tertuduh. Tertuduh mengakui kedua-dua laporan P3 dan P5. Mahkamah: Mahkamah telah mengambil kira Laporan Perubatan bertarikh 23.03.2016 yang telah dikemukakan pada 16.08.2017 sebagai eksibit P3 dan Laporan Perubatan yang telah dikemukakan pada 04.12.2017 sebagai eksibit P5. Kedua-dua laporan perubatan P3 dan P5 mengesahkan bahawa tertuduh adalah layak untuk dibicarakan. Mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh faham pertuduhan yang telah dibacakan terhadapnya. Mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh faham sebab dan akibat pengakuan salahnya terhadap pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh telah mengaku salah tanpa bersyarat. Mahkamah menerima pengakuan salah tertuduh bagi pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Tertuduh disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan atas pengakuan salahnya.” Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 20 [19] Meneliti penghakiman hakim bicara dalam kes rayuan ini, kami mendapati bahawa hakim bicara telah mengambil pendekatan yang betul dengan berpandukan kepada peruntukan s. 178 (2) KTJ serta pandangan Mahkamah Agong dalam kes Tang Hee Hing v. PP [supra] dan juga kes Lee Weng Tuck & Anor v. PP [supra]. [20] Kami turut sebulat suara berpuas hati bahawa hakim bicara telah melakukan apa yang diperlukan oleh undang-undang dan nas-nas sebelum menerima pengakuan bersalah dan menghukum Perayu atas pertuduhan. Kami petik penghakiman hakim bicara berkaitan penerimaan pengakuan bersalah Perayu di para 28 – 33 penghakimannya seperti berikut: “[28] In order to ascertain and satisfy myself that the accused actually knew the nature of his plea of guilty and understand the nature of the punishment which will be imposed on him as a consequence of his plea of guilty, I had asked the accused certain questions which meant to test his understanding of the charge, the nature of the charge, the plea he had made and the consequences of his plea. I have also asked the accused if (sic) has had the opportunity of legal advise (sic) from his counsel and whether he understood what the defence counsel had advised him with regard to his plea of guilty. The accused confirmed that he understood the charge, he understood the nature of the offence he is being charged with, he understood he has the right to claim trial to the charge proffered against him, he understood his plea of guilty, he understood the mandatory nature of the sentence to be passed in consequence of his plea of guilty and he understood that there is only one sentence which the Court could pass, namely the death sentence. [29] When the case was called up during case management pending completion of the 2nd psychiatric report, I have also asked the learned Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 21 defence counsel whether he has properly advised the accused since the learned counsel had intimated to this court that there is likelihood that the accused would still maintain his guilty plea as he did when the case was first heard before the initial High Court Judge. The learned defence counsel confirms that he had properly and repeatedly advised the accused each time he visited the accused at the prison and that during each occasion, he confirms that the accused understood his legal advise (sic). [30] Based on these, I am satisfied that the accused understood the charge which had been read and explained to him. I am also satisfied that the accused understood the nature and consequences of his plea of guilty to the charge under section 302 of the Penal Code. I am satisfied that the accused’s plea of guilty is unequivocal. [31] I have examined the post-mortem report of the deceased conducted on 01.10.2014 by Dato’ Dr. Zahari bin Noor which was tendered as exhibit P17. According to the post-mortem report (exhibit P17), external examination of the body of the deceased revealed 2 holes in the skull, measuring 5cm x 8cm and 4cm x 3cm, respectively on the left parietal and temporal region due to heat fracturing. There were also cracks on the skull from the anterior towards the left parietal and temporal region. The front part of the neck, chest and abdomen were not present. Back of the body was half burnt and the internal organs were completely burnt. The cause of death was injury to the skull caused by blunt trauma. I am satisfied that the injury sustained by the deceased is consistent with the facts as narrated in exhibit P6. [32] I have also examined the facts of the case (exhibit P6) and all other exhibits produced by the prosecution. I am satisfied that the facts of the case (exhibit P6) and all other exhibits (exhibits P7 to P71(1) – P71(9)) disclosed the ingredients of the offence with which the accused is charged Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 22 and supports the narration of the prosecution’s case pursuant to exhibit P6 in respect of the charge proffered against the accused. [33] The accused agreed with and admitted the narration of the prosecution’s case as per exhibit P6 and admitted all the other exhibits. I am satisfied that the facts of the case (exhibit P6) and all other exhibits produced by the prosecution disclosed the offence under section 302 of the Penal Code and established that it was the accused who had murdered the victim, Rohani binti Hashim. Having satisfied myself that the accused’s plea of guilty is unequivocal, I therefore accepted his plea of guilty and convicted the accused accordingly under section 302 of the Penal Code.” [21] Kami bersetuju dengan dapatan yang dibuat oleh hakim bicara tersebut dan dapatan itu adalah betul. Kami mendapati tidak ada sebarang kekhilafan yang boleh dirayu (appealable error) telah dilakukan oleh hakim bicara. Kesimpulan [22] Atas alasan-alasan yang telah kami nyatakan di atas, dengan sebulan suara kami mendapati tiada sebarang merit dalam rayuan Perayu. Sabitan adalah selamat. Rayuan Perayu ditolak. Sabitan dan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi disahkan dan dikekalkan. Bertarikh: 17 Jun 2019 t.t. (KAMARDIN BIN HASHIM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Rayuan Jenayah No: P-05(M)-134-02/2018 23 Bagi Pihak Perayu: P.G. Cyril (Aqeeb Lizalman Nordin bin Zamery, bersamanya) Tetuan Aqeeb & Co No. 08-26-10, The Wharf Jalan Tasik Prima 6/2 Taman Tasik Prima 47150 Puchong Selangor Bagi Pihak Responden: Samihah binti Rhazali Timbalan Pendakwa Raya Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara Putrajaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.