Perayu dan seorang lagi tertuduh, Siti Nurasia, pada asalnya telah dipertuduhkan dengan satu kesalahan memperedarkan dadah berbahaya dan empat lagi pertuduhan bagi kesalahan memiliki dadah-dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘Akta’). Lima (5) pertuduhan asal terhadap Perayu adalah seperti berikut: Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu pada 11 Ogos 2017 jam lebih kurang 7.10 pagi bertempat di alamat No. 350A, Felda Bukit Aping Timur dalam Daerah Kota Tinggi, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah memperedarkan dadah berbahaya iaitu sejumlah berat bersih 24.01 gram Heroin, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu pada 11 Ogos 2017 jam lebih kurang 7.10 pagi bertempat di alamat No. 350A, Felda Bukit Aping Timur dalam Daerah Kota Tinggi, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu sejumlah berat bersih 5.18 gram Monoacetylmorphines, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama.” Pertuduhan Ketiga “Bahawa kamu pada 11 Ogos 2017 jam lebih kurang 7.10 pagi bertempat di alamat No. 350A, Felda Bukit Aping Timur dalam Daerah Kota Tinggi, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu sejumlah berat bersih 4.21 gram Methamphetamine, dan Rayuan Jenayah No: J-05(H)-455-09/2018 3 dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama.” Pertuduhan Keempat “Bahawa kamu pada 11 Ogos 2017 jam lebih kurang 7.10 pagi bertempat di alamat No. 350A, Felda Bukit Aping Timur dalam Daerah Kota Tinggi, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu sejumlah berat bersih 0.94 gram Nimetazepam, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama.” Pertuduhan Kelima “Bahawa kamu pada 11 Ogos 2017 jam lebih kurang 7.10 pagi bertempat di alamat No. 350A, Felda Bukit Aping Timur dalam Daerah Kota Tinggi, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu sejumlah berat bersih 0.22 gram Methamphetamine, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama.”