(iii) sentuhan tersebut adalah bagi maksud seksual; DAPATAN MAHKAMAH [24] Mahkamah telah membuat penilaian secara maksimum ke atas setiap satu keterangan yang telah dikemukakan sepanjang perbicaraan ini dan membuat dapatan seperti berikut: Sama ada mangsa adalah seorang saksi yang kredibel. [25] Pihak pendakwaan di dalam kes ini hanya bersandarkan kepada keterangan mangsa semata-mata apabila membuat dakwaan bahawa tertuduh telah memasukkan jari ke dalam dubur mangsa. [26] Ketika kejadian berlaku, mangsa berusia 9 tahun, semasa mangsa memberikan keterangan di mahkamah mangsa berusia 12 tahun. Hakim Sesyen terdahulu telah membuat ujian kompetensi terhadap mangsa dan mendapati mangsa adalah seorang yang kompeten dan mangsa memberikan keterangan secara bersumpah. [27] Mangsa di dalam keterangannya mengatakan bahawa tertuduh telah menyuruh mangsa meniarap di atas katil di dalam bilik tertuduh semasa mangsa ingin mengecas bateri telefon bimbitnya. Mangsa telah menuruti arahan tertuduh dengan menutup matanya dengan bantal peluk. Tertuduh kemudiannya telah menarik seluar mangsa dan memasukkan sesuatu ke dalam dubur mangsa sehingga menyebabkan lendir keluar. [28] Keterangan mangsa semasa pemeriksaan awal adalah seperti berikut: Pemeriksaan awal Kamu tadi kata Mohd Alim memasukkan sesuatu ke dalam jubur kamu. Boleh beritahu jubur itu apa? Punggung Boleh kamu ceritakan macam mana Mohd Alim memasukkan sesuatu ke dalam jubur kamu? Masa itu, saya minta izin dia, nak caj telefon. Lepas itu, saya teruslah caj phone. Lepas itu, dia suruh saya meniarap atas tilam dan suruh tutup mata. Lepas itu, dia buka seluar saya sampai bawah jubur saya. Lepas itu, dia masukkan sesuatu dalam jubur. ………………… Caj telefon itu dekat mana? Dekat dalam bilik bapa saudara saya. Tadi kamu kata dia buka seluar saya sampai bawah jubur kamu, lepas itu dia masukkan sesuatu ke dalam jubur. Jubur siapa yang dia masukkan? Jubur saya. …………………. Tadi kamu kata dia suruh saya meniarap atas tilam dan suruh tutup mata. Lepas tu dia buka seluar saya sampai bawah jubur saya lepas tu dia masukkan sesuatu dalam jubur. Boleh beritahu dia ni siapa? Bapa saudara. Nama? Mohd Alim Boleh beritahu macam mana mata kamu ini ditutup? Dia bagi bantal buat tutup mata. ………………. Siapa yang menutup mata kamu guna bantal ni? Saya tutup sendiri tapi dia yang suruh. ……………… Tadi masa saya tanya kamu sama ada tutup mata dulu atau buka seluar dulu, kamu kata tutup mata dulu. Macam mana kamu tahu seluar kamu ditanggalkan kalau mata kamu ditutup? Saya dapat rasa. Dapat rasa apa? Seluar terbuka. Lepas itu apa berlaku? Lepas tu saya bangun dan lari ke toilet dan basuh jubur. ……………….. Kenapa kamu basuh jubur kamu? Sebab ada sesuatu lendir yang ada yang saya rasa. Lendir dekat mana? Jubur Bila kamu rasa ada lendir dekat jubur? Masa Ayah Ngah buat benda tu ………………… Kamu nampak tak apa yang dimasukkan ke dalam jubur kamu itu? Tak nampak Kalau tak nampak macam mana kamu tahu ada sesuatu masuk ke dalam jubur kamu? Saya dapat rasa. Rasa apa? Rasa sesuatu masuk ke dalam jubur saya. Masa kamu rasa ada sesuatu masuk ke dalam jubur kamu tu apa perasaan kamu masa itu? Sakit. [29] Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada awal bulan Disember 2019 sewaktu cuti persekolahan. Setelah persekolahan bermula pada awal bulan Januari 2020, mangsa telah menceritakan kejadian tersebut kepada 5 orang rakan baiknya. Seterusnya, pada bulan September 2020, cerita tersebut telah dimaklumkan oleh seorang rakan lelaki bernama Iskandar kepada guru bahasa Inggeris yang kemudiannya memaklumkan kepada guru kaunseling. Guru kaunseling telah memaklumkan kepada guru PKHEM. Setelah itu, barulah cerita tersebut sampai ke pengetahuan ibu mangsa. [30] Walau bagaimanapun, mangsa semasa disoal balas oleh peguambela tertuduh, mengatakan tertuduh telah memasukkan jarinya ke dalam dubur mangsa. [31] Keterangan mangsa semasa disoal balas oleh peguambela tertuduh adalah seperti berikut: Pemeriksaan balas Lepas itu, kejadian berlaku dalam bilik, kenapa XXX masuk dalam bilik? Sebab masa itu bateri handphone saya dah nak habis, saya minta izin Ayah Ngah nak charge handphone saya di bilik Ayah Ngah. Ayah Ngah izinkan saya so saya masuklah bilik Ayah Ngah nak caj handphone. Masa itu, saya nak charge handphone dalam bilik dan Ayah Ngah tiada dalam bilik. Tapi masa saya nak charge handphone itu, Ayah Ngah masuk bilik suruh saya meniarap di atas tilam yang diaorang tidur. Lepas itu, Ayah Ngah bagi bantal peluk dekat saya dan suruh saya tutup mata dengan bantal peluk. Lepas itu, saya tutuplah mata saya pakai bantal tu. Lepas itu, saya dapat rasakan seluar saya ditarik. Lepas itu, dia masukkan jari dia dalam saya punya dubur. Lepas itu, saya dapat rasakan lendir di sekitar dubur saya…” [32] Mangsa semasa pemeriksaan awal mengatakan bahawa tertuduh telah memasukkan sesuatu ke dalam dubur mangsa tetapi semasa mangsa disoal balas oleh peguam bela tertuduh, mangsa mengatakan tertuduh telah memasukkan jari ke dalam dubur mangsa. Adakah benar, tertuduh memasukkan jari ke dalam dubur mangsa sedangkan semasa pemeriksaan awal mangsa tidak nampak dan tidak tahu apa yang dimasukkan ke dalam dubur mangsa? Mangsa juga di dalam keterangannya mengatakan bahawa beliau di dalam keadaan meniarap di atas katil dengan mata tertutup dengan bantal peluk. [33] Mangsa juga di dalam keterangannya mengatakan sebelum beliau menutup mata, pintu bilik tersebut dalam keadaan terbuka dan masih lagi dalam keadaan terbuka semasa mangsa bangun dan berlari ke bilik air. Mangsa juga mengatakan bahawa keadaan di dalam bilik adalah gelap. Mangsa mengatakan anak-anak tertuduh bernama Adam dan Naila berada di luar bilik dekat ruang tamu. Pemeriksaan awal Bilik tu ada pintu tak bilik yang kamu cakap ini? Ada. Sebelum kamu tutup mata, pintu tu dalam keadaan buka ke tutup? Buka. Lepas kamu bangun lari ke bilik air, pintu itu dalam keadaan apa? Pintu tu masih dalam keadaan terbuka. ……………….. Boleh beritahu masa kejadian tu, Adam dan Naila dekat mana? Dekat luar bilik dekat ruang tamu. [34] Kehadiran anak-anak tertuduh iaitu Adam dan Naila di tempat kejadian, sememangnya diakui oleh mangsa sendiri. Dalam keadaan pintu bilik yang terbuka, sesiapa sahaja boleh masuk ke dalam bilik tersebut namun demikian saksi kanak-kanak ini tidak dipanggil untuk memberikan keterangan dan percakapan mereka juga tidak dirakam oleh pegawai penyiasat. [35] Tambahan pula, mangsa semasa disoal balas oleh peguambela tertuduh mengatakan 2 hari sebelum kejadian, mangsa mengecas telefon bimbitnya di atas televisyen di ruang tamu tetapi pada hari kejadian (pada hari ketiga mangsa di rumah tertuduh), mangsa mengatakan beliau mengecas bateri telefon bimbitnya di dalam bilik tertuduh. [36] Mangsa juga di dalam keterangannya mengakui bahawa penceritaan mangsa tentang kejadian tersebut kepada rakan-rakannya, guru bahasa Inggeris, guru kaunseling dan guru PKHEM, versinya adalah berbeza-beza. [37] Keterangan mangsa semasa disoal balas oleh peguambela tertuduh adalah seperti berikut: Pemeriksaan balas XXX ada ceritakan dekat mahkamah tadi, XXX cerita dekat 5 orang kawan antaranya Sabrina dan Alia. Ini pada bulan berapa? Bulan 1 tahun 2020 ……………… Selepas itu yang XXX kata, kawan XXX cerita dekat budak lelaki itu, itu bulan berapa itu? Bulan 9 tahun 2020 Budak lelaki itu siapa kawan XXX sebenarnya? Saya ingat seorang je, nama dia Iskandar Jadi, Iskandar yang cerita dekat cikgu Bahasa Inggeris itu ke? ………………. Jadi, masa XXX bercerita dengan kawan-kawan adakah XXX cerita detail macam XXX cerita dekat mahkamah hari ini? Tidak sebab saya singkatkan cerita. Maksudnya XXX singkatkan cerita dan cerita itu tidak sama dengan apa yang XXX ceritakan di mahkamah hari ini? Setuju Itu tadi kejadian bercerita dengan kawan-kawan pada bulan 1, tahun 2020. Lepas itu XXX kata bulan 9 tahun 2020 baru cikgu panggil. Uncle cadangkan masa cikgu kaunseling panggil dekat bilik kaunseling dan XXX ada tuliskan macamana XXX kena dengan Ayah Ngah, uncle cadangkan cerita yang XXX tuliskan tidak sama dengan report. Setuju ………………… Uncle cadangkan disebabkan XXX tidak ingat kejadian sebenar-benarnya, sebab itu cerita-cerita waktu dengan kawan yang berlima, waktu dengan cikgu kaunseling dan waktu buat report polis ceritanya berbeza-beza. setuju sebab waktu itu memang saya dah lupa tetapi sekarang saya dah ingat. [38] Malah, mangsa semasa diperiksa semula oleh pihak pendakwaan mengakui bahawa versi penceritaan kejadian tersebut kepada rakan-rakannya, guru bahasa Inggeris, guru kaunseling dan guru PKHEM adalah berlainan di antara satu sama lain. [39] Keterangan mangsa semasa diperiksa semula oleh pihak pendakwaan adalah seperti berikut: Pemeriksaan semula Semasa di cadangkan di sebabkan XXX tak ingat sebenar-benar kejadiannya sebab itu, cerita waktu dengan kawan yang berlima dan cerita waktu dengan cikgu kaunseling dan waktu buat report polis ceritanya berbeza-beza dan XXX setuju sebab memang waktu itu memang XXX agak lupa tetapi sekarang XXX sudah ingat. Boleh terangkan apa yang berbeza antara cerita waktu dengan kawan, cerita dengan cikgu kauseling dan waktu buat report polis. Yang dekat kawan itu, saya terus cerita yang Ayah Ngah masukkan jari ke dalam jubur saya itu, yang dengan cikgu kaunseling, saya cerita dari nak caj handphone hingga saya lari ke dalam bilik air, yang dalam report polis itu, yang bahagian awal salah sedikit tetapi selebihnya betul. Betul dari part masukkan jari sehingga lari ke dalam bilik. Bahagian awal yang part tutup mata itu betul tetapi saya tak cakap yang dia bagi bantal untuk tutup mata. [40] Selain itu, mahkamah mendapati terdapat tempoh masa yang lama lebih kurang 1 tahun lebih sebelum mangsa disoal balas oleh peguam bela tertuduh. Kali pertama mangsa memberikan keterangan di mahkamah pada 13 Februari 2022 dan kemudiannya bersambung pada 30 Mac 2022 manakala pemeriksaan balas oleh peguam bela tertuduh hanya dijalankan pada 22 Januari 2024. Mahkamah berpendapat tempoh masa yang lama lebih kurang setahun lebih sebelum mangsa disoal balas oleh peguambela tertuduh membolehkan mangsa berbincang dan mereka cerita untuk mengaitkan tertuduh dengan perbuatan seksual memasukkan jari ke dalam dubur mangsa. [41] Selanjutnya, kejadian tersebut berlaku pada bulan Disember 2019 manakala laporan polis mangsa Masai/3647/20 di eksibit P1 dibuat pada 28 September 2020 seperti berikut: “Pada bulan 12 tahun 2019 jam l/kurang 1030 hours semasa di rumah bapa saudara saya penama Alim berumur 31 tahun, alamat no. 1 Jalan Gelam 9 Taman Rinting 81750 Masai Johor. Semasa itu, saya tengah baring di atas katil secara tiba-tiba bapa saudara saya telah mengarahkan saya menutup mata tanpa sebab. Setelah itu, beliau telah memasuk jari ke dalam lubang punggong, saya yang terkejut terus melarikan diri ke dalam bilik air. Tujuan laporan dibuat adalah untuk tindakan selanjutnya. Sekian laporan saya”. [42] Sekiranya diteliti kepada keterangan mangsa di mahkamah dan laporan polis mangsa di eksibit P1, mahkamah mendapati terdapat percanggahan yang ketara di antara keterangan mangsa di mahkamah dan di eksibit P1. [43] Keterangan mangsa di mahkamah mengatakan bahawa: i. tertuduh menyuruh mangsa meniarap di atas katil; ii. tertuduh memberikan mangsa bantal peluk untuk mangsa menutup matanya; iii. tertuduh memasukkan sesuatu ke dalam dubur mangsa. Manakala laporan polis mangsa di eksbit P1, mangsa memberikan keterangan seperti berikut: i. mangsa sedang baring di atas katil; ii. secara tiba-tiba tertuduh telah mengarahkan mangsa untuk menutup mata; iii. tertuduh memasukkan jari ke dalam lubang punggung mangsa. [44] Mangsa semasa disoal balas oleh peguam bela tertuduh mengakui bahawa maklumat yang diberikan oleh mangsa di dalam laporan polisnya adalah tidak tepat tetapi mangsa tidak membuat apa-apa laporan pembetulan untuk membetulkan maklumat tersebut. [45] Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguambela tertuduh bahawa mangsa di dalam eksibit P1 sedang baring di atas katil, seolah-olah mangsa secara santai sedang baring di atas katil dan bukannya diarahkan oleh tertuduh untuk meniarap. Perbuatan baring dan meniarap adalah 2 jenis perlakuan yang berbeza. [46] Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada bulan Disember 2019 manakala eksibit P1 hanya dibuat pada 28 September 2020. Terdapat kelewatan selama lebih kurang 9 bulan. Kelewatan mangsa membuat eksibit P1 memberikan peluang kepada mangsa untuk berbincang dan mereka cerita kejadian tersebut di dalam eksibit P1. [47] Selain itu, ibu mangsa (SP1) memberikan keterangan bahawa hubungan mangsa dengan tertuduh adalah baik sebelum SP1 dimaklumkan dengan kejadian tersebut oleh mangsa pada 28 September