Lampiran
LAMPIRAN A 1. Projek Jalan Air Kuning ke Kampung Gajah, Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan; 2. Projek Jalan Air Kuning ke Kampung Gajah, Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan (Fasa II); 3. Projek Membina Jalan Air Kuning ke Kampung Gajah, Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan (Fasa III); dan 4. Projek Membina Jalan Kampung Merbau Kudung/Felda Teloi Timur, Sik, Kedah (Reka & Bina). Pertuduhan Kedua Bahawa kamu, pada 13 Jun 2017, di Affin Bank Berhad, J-03-G, Blok J, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah secara rasuah menerima bagi diri kamu suatu suapan, iaitu, wang tunai sejumlah RM2,000,000.00 daripada Mohammad Redzuan Mohanan bin Abdullah yang merupakan Pengarah Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, sebagai upah bagi diri kamu kerana telah melakukan suatu perkara yang sebenar, iaitu, membantu Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd mendapatkan Projek Membina Lebuhraya Persisiran Pantai Baru: Kerja-Kerja menaiktaraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak Darul Ridzuan) secara tender terhad daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia yang bernilai RM644,480,000.00 dan oleh yang demikian S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama. Pertuduhan Ketiga Bahawa kamu, pada 10 April 2018, di Affin Bank Berhad, J-03-G, Blok J, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, di dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah secara rasuah menerima bagi diri kamu suatu suapan, iaitu, wang tunai sejumlah RM2,000,000.00 daripada Mohammad Redzuan Mohanan bin Abdullah yang merupakan Pengarah Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, sebagai upah bagi diri kamu kerana telah melakukan suatu perkara yang sebenar, iaitu, membantu Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd mendapatkan Projek Membina Lebuhraya Persisiran Pantai Baru: Kerja-Kerja menaiktaraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak Darul Ridzuan) secara tender terhad daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia yang bernilai RM644,480,000.00 dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama. Pertuduhan-pertuduhan di bawah AMLATFPUAA Pertuduhan Pindaan Pertama Bahawa kamu, pada 6/9/2010 hingga 30/12/2010, di Maybank Islamic Berhad, 66, 68 & 70, Jalan Maarof Bangsar Baru, 59100 S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw dalam Daerah Kuala Lumpur, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah melakukan kesalahan pengubahan wang haram, iaitu, kamu telah menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM50,000.00 daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama. Pertuduhan Pindaan Kedua Bahawa kamu, pada 2/2/2011 hingga 30/12/2011 di Maybank Islamic Berhad, 66, 68 & 70, Jalan Maarof Bangsar Baru, 59100 dalam Daerah Kuala Lumpur, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melakukan kesalahan pengubahan wang haram, iaitu, kamu telah menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM120,000.00 daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama. Pertuduhan Pindaan Ketiga Bahawa kamu, pada 2/2/2012 hingga 28/12/2012, di sekitar Lembah Klang telah melakukan kesalahan pengubahan wang haram iaitu, kamu telah menerima hasil daripada aktiviti haram S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw berjumlah RM820,000.00 daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama. Pertuduhan Pindaan Keempat Bahawa kamu, di antara 2/2/2013 hingga 25/12/2013, di Affin Islamic Bank Berhad, Affin Bank Cawangan Central, Ground & Mezzanine Floor, 80, Menara Affin, Jalan Raja Chulan, 50788, dalam Daerah Kuala Lumpur, di dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah melakukan kesalahan pengubahan wang haram, iaitu, kamu telah menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM120,000.00 daripada Syarikat menuju Asas Sdn Bhd, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama. Pertuduhan Pindaan Kelima Bahawa kamu, pada 30/1/2014 hingga 31/12/2014, di Affin Islamic Bank Berhad, Affin Bank Cawangan Central, Ground & Mezzanine Floor, 80, Menara Affin, Jalan Raja Chulan, 50788, dalam Daerah Kuala Lumpur, di dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah melakukan kesalahan pengubahan wang haram, iaitu S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw kamu telah menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM120,000.00 daripada Syarikat menuju Asas Sdn Bhd, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama. Pertuduhan Pindaan Keenam Bahawa kamu, pada antara 31/1/2015 hingga 31/12/2015, di Affin Islamic Bank Berhad, Affin Bank Cawangan Central, Ground & Mezzanine Floor, 80, Menara Affin, Jalan Raja Chulan, 60788, dalam Daerah Kuala Lumpur, di dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah melakukan kesalahan pengubahan wang haram, iaitu, kamu telah menerima hasil daripada aktiviti haram yang kesemuanya berjumlah RM120,000.00 daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama. Pertuduhan Pindaan Ketujuh Bahawa kamu, pada 3/2/2016 hingga 30/12/2016, di sekitar Lembah Klang, telah melakukan kesalahan pengubahan wang haram, iaitu, kamu telah menerima hasil daripada aktiviti haram yang kesemuanya berjumlah RM4,199,985.25 daripada Syarikat S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw Menuju Asas Sdn Bhd, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama. Pertuduhan Pindaan Kelapan Bahawa kamu, pada 31/1/2017 hingga 19/12/2017, di sekitar Lembah Klang, telah melakukan kesalahan pengubahan wang haram, iaitu, kamu telah menerima hasil daripada aktiviti haram yang kesemuanya berjumlah RM7,042,000.00 daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama. Pertuduhan Pindaan Kesembilan Bahawa kamu, pada 4/1/2018 hingga 30/8/2018, di sekitar Lembah Klang, telah melakukan kesalahan pengubahan wang haram, iaitu, kamu telah menerima hasil daripada aktiviti haram yang kesemuanya berjumlah RM842,000.00 daripada Syarikat menuju Asas Sdn Bhd, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama. S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw Pertuduhan di bawah AMLATFA Pertuduhan Kesepuluh Bahawa kamu, pada 7 Mac 2012, bertempat di No. 66A Jalan Kampung Attap, 50460 dalam Daerah Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram, dengan memiliki hasil daripada aktiviti haram iaitu sebuah kenderaan Toyota Vellfire, Nombor Pendaftaran Kenderaan QBA6 bernilai RM442,414.60 yang diperoleh daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) Akta yang sama. Keputusan Mahkamah Tinggi [6] Mahkamah Tinggi menyatakan ia mempunyai kuasa sedia ada (inherent power) untuk mengetepikan dan membatalkan pertuduhan atau menggantung pertuduhan secara kekal. Walau bagaimanapun, kuasa sedia ada Mahkamah mestilah dilaksanakan dalam hal keadaan luar biasa (exceptional circumstances) bagi mengelakkan penindasan dan penyalahgunaan proses Mahkamah. Mahkamah hanya akan melaksanakan kuasa sedia ada apabila terdapat salah laksana keadilan (miscarriage of justice). [7] Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi (HMT) yang bijaksana telah menyatakan Mahkamah tidak boleh melaksanakan kuasa sedia ada S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw berhubung mana-mana perkara yang diliputi oleh peruntukan khusus undang-undang atau pelaksanaannya akan melanggar mana-mana peruntukan khusus undang-undang. [8] Mengenai alasan pertama Perayu bahawa pertuduhan-pertuduhan adalah defektif, HMT mendapati pertuduhan pertama di bawah Akta SPRM adalah tidak defektif. Menurut HMT, memang benar lampiran kepada pertuduhan menyenaraikan empat projek berasingan dan berlainan antara satu sama lain. Walaupun digabungkan dalam satu pertuduhan tetapi suapan diterima adalah untuk empat projek tersebut menurut HMT. Begitu juga tarikh kesalahan, hanya satu iaitu pada 8 Disember 2010. Ini jelas menunjukkan satu kesalahan menerima suapan dilakukan yang mana suapan diterima adalah untuk empat projek tersebut. Ia bukan empat kesalahan menerima suapan dilakukan untuk empat projek tersebut. Maka menurut HMT, tidak timbul isu kepelbagaian/perduaan (“duplicity atau multiplicity”) mengenai pertuduhan ini. Ia bukan kesalahan menerima suapan yang berasingan dan berlainan bagi setiap satu projek tersebut. [9] Menurut pandangan HMT juga tiada kekaburan mengenai pertuduhan pindaan pertama hingga pertuduhan pindaan kesembilan di bawah AMLATFPUAA. Pertuduhan-pertuduhan tersebut telah mematuhi kaedah-kaedah untuk merangka suatu pertuduhan. Pertuduhan-pertuduhan mengandungi butiran iaitu kesalahan yang mana Perayu dipertuduhkan iaitu kesalahan pengubahan wang haram dengan menerima hasil daripada aktiviti haram dan peruntukan undang-undang berkenaan kesalahan tersebut iaitu di bawah s. 4(1)(b) AMLATFPUAA. Waktu dan tempat kesalahan dilakukan juga telah dinyatakan. HMT menyatakan pertuduhan-pertuduhan telah memberi Perayu notis S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw mencukupi mengenai perkara yang dia dipertuduhkan dan Perayu berupaya untuk menyediakan pembelaannya. Pertuduhan bukan dirangka dengan cara yang boleh mengelirukan atau memprejudiskan Perayu, hingga ke tahap dia tidak boleh mengemukakan pembelaan sewajarnya. HMT berpendapat Perayu tidak menunjukkan bagaimana dia terkeliru atau diprejudiskan. [10] Menurut HMT, pertuduhan pindaan pertama hingga pertuduhan pindaan kesembilan di bawah AMLATFPUAA tidak defektif. Kekurangan butiran sebagaimana dihujahkan Perayu, iaitu tidak menyatakan berkenaan dalam bentuk apa dan bagaimana wang diterima Perayu, tidak menyatakan tarikh tepat dan menyatakan tempat kesalahan dilakukan secara am sahaja iaitu di sekitar Lembah Klang (bagi pertuduhan pindaan ketiga, ketujuh, kelapan dan kesembilan) hanya lebih kepada kesilapan dan ketinggalan bukan menjadikan pertuduhan defektif. Bagaimanapun, apa yang penting bukan kesilapan dan ketinggalan dalam pertuduhan tetapi sama ada kesilapan dan ketinggalan tersebut menyebabkan Perayu terkeliru. [11] Menurut HMT, Perayu tidak menunjukkan bagaimana dia terkeliru atau diprejudiskan oleh kesilapan dan ketinggalan dalam butiran pertuduhan menyebabkan dia tidak boleh mengemukakan pembelaan sewajarnya. [12] HMT juga mendapati kesilapan dan ketinggalan itu tidak menyebabkan kegagalan keadilan (failure of justice). Seterusnya semasa perbicaraan, pihak pendakwaan boleh membuat pindaan pada pertuduhan. Dengan kebenaran Mahkamah, pihak pendakwaan berhak untuk meminda pertuduhan pada mana-mana peringkat perbicaraan. S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw Menurut HMT pihak pendakwaan jika berhasrat, boleh meminda pertuduhan pindaan pertama hingga pertuduhan pindaan kesembilan di bawah AMLATFPUAA untuk memasukkan butiran yang difikirkan perlu dan wajar. [13] Menurut HMT, pertuduhan pindaan pertama hingga pertuduhan pindaan kesembilan di bawah AMLATFPUAA menyatakan Perayu telah menerima hasil daripada aktiviti haram sejumlah wang. Pada pendapat HMT ini telah memberi Perayu notis mencukupi mengenai perkara yang dipertuduhkan. Oleh itu tiada lagi keperluan untuk menyatakan dalam bentuk apa dan bagaimana wang tersebut diterima. Sebagai contoh wang tunai atau cek dan sama ada diserahkan kepada Perayu secara tangan atau didepositkan ke dalam mana-mana akaun bank milik Perayu atau orang lain. Dalam bentuk apa dan bagaimana wang tersebut diterima Perayu boleh dikemukakan melalui keterangan saksi-saksi semasa perbicaraan. Menurut HMT adalah bagi pihak pendakwaan untuk mengemukakan keterangan sewajarnya dalam bentuk apa dan bagaimana wang tersebut diterima Perayu. [14] Berhubung dengan hujahan Perayu bahawa tarikh tepat setiap kesalahan tidak dinyatakan, hanya tempoh antara tiga bulan hingga satu tahun, HMT juga merujuk kepada s. 91A AMLATFPUAA yang berkuatkuasa pada 8 Ogos 2014 yang memperuntukan seperti berikut: When a person is charged with an offence under this Act, it shall be sufficient to specify the gross sum in respect of which the offence is alleged to have been committed and the dates between which the offence is alleged to have been committed, without specifying particular items or exact dates, and the charge so framed shall be deemed to be a charge of one offence within the meaning S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw of section 164 of the Criminal Procedure Code provided that the time concluded between the first and last of such dates shall not exceed twelve months. [15] HMT merujuk kepada s. 2(1) AMLATFPUAA. Akta ini terpakai bagi mana-mana kesalahan dinyatakan sama ada dilakukan sebelum atau selepas tarikh kuatkuasa. S. 91A membenarkan pertuduhan dibuat dengan menyatakan jumlah kasar berkenaan kesalahan itu tanpa menyatakan butiran terperinci atau tarikh tepat dengan syarat waktu yang dinyatakan ialah tarikh pertama dan terakhir itu tidak melebihi duabelas bulan. Ini sekaligus menjawab hujahan peguambela Perayu berkenaan pertuduhan pindaan pertama hingga pertuduhan pindaan kesembilan di bawah AMLATFPUAA yang tidak menyatakan tarikh tepat, hanya tempoh antara tiga bulan hingga satu tahun. [16] Mengenai hujahan Perayu bahawa pertuduhan kesepuluh (di bawah AMLATFA) ialah defektif atas alasan ia menggabungkan dua kesalahan berlainan “melibatkan diri dalam pengubahan wang haram” kesalahan di bawah seksyen 4(1)(a) AMLATFPUAA dan “memiliki hasil daripada aktiviti haram” kesalahan di bawah s. 4(1)(b) AMLATFPUAA dan gagal menyatakan sama ada Perayu telah melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam transaksi membabitkan hasil daripada aktiviti haram, HMT berpendapat hujahan ini adalah tersasar. HMT berpendapat hujahan Perayu mungkin mempunyai merit jika pertuduhan terhadap Perayu adalah di bawah s. 4(1)(a) AMLATFPUAA. Tetapi pertuduhan kesepuluh terhadap Perayu adalah di bawah s. 4(1)(a) AMLATFA dan bukan di bawah s. 4(1)(a) AMLATFPUAA. S. 4(1) AMLATFA memperuntukan dua kategori kesalahan pengubahan wang haram sebagaimana perenggan (a) atau (b). Sementara s. 4(1) AMLATFPUAA pula memperuntukan empat kategori kesalahan S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw pengubahan wang haram sebagaimana perenggan (a), (b), (c) atau (d). S. 4(1) AMLATFA memperuntukan kesalahan pengubahan wang haram. Perayu dituduh “telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan memiliki hasil daripada aktiviti haram iaitu …” suatu kesalahan di bawah s. 4(1)(a) AMLATFA. Ia adalah suatu kesalahan dan bukan dua kesalahan berlainan. HMT berpendapat dengan itu tiada asas untuk menyatakan bahawa pertuduhan kesepuluh menggabungkan dua kesalahan berlainan. Seterusnya s. 4(1)(a) AMLATFA tidakpun menggunakan perkataan secara langsung atau tidak langsung. Maka tiada keperluan untuk menyatakan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pertuduhan kesepuluh. Justeru itu, HMT mendapati tidak timbul isu pertuduhan kesepuluh menjadi defektif. [17] Bagi pertuduhan pindaan pertama hingga pertuduhan pindaan kesembilan di bawah AMLATFPUAA, HMT menyatakan Perayu dituduh dengan kesalahan pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram di bawah s. 4(1)(b). Bagi pertuduhan kesepuluh di bawah AMLATFA Perayu dituduh melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan memiliki hasil daripada aktiviti haram di bawah s. 4(1)(a). Perayu dituduh dengan kesalahan pengubahan wang haram dan bukan kesalahan serius (kesalahan predikat). Kesalahan pengubahan wang haram merupakan suatu kesalahan yang boleh berdiri dengan sendiri. HMT berpendapat teras kesalahan pengubahan wang haram adalah berkenaan hasil daripada aktiviti haram dan bukan kesalahan serius itu sendiri. Ini boleh dilihat daripada takrif kesalahan pengubahan wang haram dalam s. 4(1), takrif aktiviti haram dan takrif hasil daripada aktiviti haram di bawah seksyen 3(1) AMLATFPUAA (bagi pertuduhan pindaan pertama hingga pertuduhan pindaan kesembilan), takrif S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw pengubahan wang haram, takrif aktiviti haram dan takrif hasil daripada aktiviti haram di bawah s. 3(1) AMLATFA (bagi pertuduhan kesepuluh). [18] HMT mendapati aktiviti haram di bawah AMLATFPUAA bermaksud sebarang aktiviti yang mana menjadi apa-apa kesalahan serius atau apa-apa kesalahan serius asing atau yang mengakibatkan atau membawa kepada pelakuan apa-apa kesalahan serius atau apa-apa kesalahan serius asing dan hasil daripada aktiviti haram bermaksud apa-apa harta atau apa-apa kelebihan ekonomi atau keuntungan ekonomi daripada harta itu yang berada di dalam atau di luar Malaysia yang mana keseluruhan atau sebahagian diperoleh atau didapati secara langsung atau tidak langsung oleh mana-mana orang daripada sebarang aktiviti haram atau daripada pelupusan atau urusan lain dengan harta itu. Aktiviti haram di bawah AMLATFA bermaksud sebarang aktiviti yang mana berhubung secara langsung atau tidak langsung dengan apa-apa kesalahan serius atau apa-apa kesalahan serius asing dan hasil daripada aktiviti haram bermaksud apa-apa harta berasal atau diperoleh secara langsung atau tidak langsung oleh mana-mana orang akibat daripada sebarang aktiviti haram. Kes PP v Kuala Dimensi Sdn Bhd & Ors [2018] 6 MLJ 37 yang dirujuk Perayu adalah berkenaan prosiding pelucuthakan di bawah seksyen 56 AMLATFA di mana Mahkamah Rayuan menyatakan keperluan untuk membuktikan kesalahan predikat (kesalahan serius) dan hubungan antara hasil yang berasal daripada kesalahan predikat dan harta yang ingin dilucuthak. Dalam apa jua keadaan adalah bagi pihak pendakwaan untuk kemukakan keterangan sewajarnya semasa perbicaraan berkenaan kesalahan serius (kesalahan predikat). HMT mendapati tiada keperluan untuk menyatakan kesalahan serius (kesalahan predikat) dalam pertuduhan. Tidak timbul isu Perayu S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw diprejudiskan atau terkeliru berkenaan aktiviti haram yang dirujuk pihak pendakwaan dalam pertuduhan. [19] Dengan itu, HMT mendapati, pertuduhan pertama di bawah Akta SPRM, pertuduhan pindaan pertama hingga pertuduhan pindaan kesembilan di bawah AMLATFPUAA dan pertuduhan kesepuluh di bawah AMLATFA adalah tidak defektif. Hujahan Perayu bahawa pertuduhan-pertuduhan tersebut defektif, dibuat tanpa asas menurut dapatan HMT. [20] Mengenai alasan kedua Perayu bahawa pertuduhan-pertuduhan adalah tidak berasas, HMT telah mendapati Perayu menghujahkan bahawa pertuduhan pertama, pertuduhan kedua dan pertuduhan ketiga di bawah Akta SPRM adalah tidak berasas. Hujahan Perayu ialah pertuduhan tidak mendedahkan sebarang kesalahan rasuah oleh Perayu. Dihujahkan bahawa bukan suatu kesalahan untuk mendapatkan projek-projek kerajaan. Perayu dikatakan tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan dan pertuduhan tidak menunjukkan Perayu telah menggunakan kedudukannya. Dihujahkan selanjutnya dakwaan bahawa Perayu “telah membantu Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd mendapatkan projek …” dengan sendirinya tidak terjumlah kepada sebarang perbuatan menyalahi undang-undang atau terlarang. [21] Mengenai hujahan Perayu tersebut, HMT mendapati bahawa pertuduhan pertama, pertuduhan kedua dan pertuduhan ketiga di bawah Akta SPRM mendedahkan bahawa Perayu dituduh melakukan kesalahan rasuah di bawah s. 16(a)(A) iaitu menerima suapan. Pertuduhan menyatakan bahawa Perayu telah menerima suapan bagi dirinya sebagai upah bagi dirinya kerana telah melakukan suatu perkara yang sebenar iaitu membantu Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd mendapatkan projek S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw secara rundingan terus dan tender terhad / secara tender terhad daripada Kerajaan Malaysia / Kementerian Kerja Raya Malaysia. [22] HMT mendapati seterusnya tidak boleh dikatakan bahawa wang dan Toyota Vellfire yang menjadi hal perkara pertuduhan pindaan pertama hingga pertuduhan pindaan kesembilan di bawah AMLATFPUAA dan pertuduhan kesepuluh di bawah AMLATFA adalah berasal daripada sumber sah dengan hanya berdasarkan kepada dokumen semata-mata yang telah dibekalkan oleh pihak pendakwaan. Keterangan dokumentar harus dilihat berdasarkan kes secara keseluruhan dan adalah salah untuk Mahkamah menimbang dokumen tersebut secara satu-satunya (in isolation). HMT mendapati terpulang kepada pihak pendakwaan sama ada mereka ingin mengemukakan atau tidak dokumen tersebut sebagai keterangan dan dokumen tersebut bukan satu keterangan sahaja tetapi berasaskan kepada semua keterangan. HMT mendapati pihak pendakwaan tidak seharusnya dihalang daripada mengemukakan keterangan relevan dan boleh diterima semasa perbicaraan melalui saksi-saksi untuk membuktikan kesnya. [23] HMT juga berpendapat adalah pramatang di peringkat ini untuk Mahkamah memutuskan bahawa pertuduhan pertama, pertuduhan kedua dan pertuduhan ketiga di bawah Akta SPRM, pertuduhan pindaan pertama hingga pertuduhan pindaan kesembilan di bawah AMLATFPUAA dan pertuduhan kesepuluh di bawah AMLATFA tidak berasas. [24] HMT seterusnya menerangkan Perayu tidak mengaku salah kepada semua pertuduhan tersebut dan minta dibicarakan. Oleh itu adalah bagi pihak pendakwaan untuk membuktikan kesnya terhadap Perayu. Beban terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikan S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw kesalahan sebagaimana pertuduhan yang dikemukakan terhadap Perayu. Adalah bagi pihak pendakwaan untuk mengemukakan keterangan yang difikirkan perlu dan wajar bagi membuktikan kesalahan sebagaimana pertuduhan yang dikemukakan terhadap Perayu. [25] HMT menerangkan, oleh kerana Perayu tidak mengaku salah kepada pertuduhan, pihak pendakwaan berhak membawa keterangan di Mahkamah. Keterangan boleh dikemukakan untuk membuktikan kes pihak pendakwaan atas dasar prima facie dan kemudian melampaui keraguan munasabah. Mahkamah Sesyen sebagai Mahkamah perbicaraan mempunyai kewajiban untuk menimbang semua keterangan yang dikemukakan di hadapannya. HMT seterusnya mendapati adalah bagi Mahkamah Sesyen untuk membuat dapatan fakta setelah menimbang semua keterangan sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap Perayu dan kemudian jika pembelaan dipanggil sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya terhadap Perayu melampaui keraguan munasabah. [26] Berkenaan alasan ketiga Perayu bahawa pendakwaan dibuat secara mala fide, HMT mendapati Perayu tidak menunjukkan bahawa pendakwaan terhadapnya adalah bersifat mala fide dan penyalahgunaan proses Mahkamah. Perayu gagal mengemukakan sebarang keterangan yang boleh menyokong dakwaannya. HMT berpendapat Perayu gagal menunjukkan bagaimana pendakwaan terhadapnya yang dibuat menurut undang-undang iaitu di bawah Akta SPRM, AMLATFPUAA dan AMLATFA adalah bersifat mala fide dan penyalahgunaan proses Mahkamah. Tidak terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa Pendakwa Raya telah menyalahguna kuasa budibicaranya dan pendakwaan terhadap Perayu dibuat secara mala fide dan S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw penyalahgunaan proses Mahkamah. Tidak terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa pendakwaan terhadap Perayu adalah merupakan suatu penganiayaan politik dan penindasan. [27] Mengenai hujahan Perayu bahawa siasatan SPRM terhadap Perayu adalah berkaitan dengan Tabung Haji dan pertuduhan terhadap Perayu bukan berkaitan dengan Tabung Haji tetapi sebaliknya berkaitan dengan Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, HMT berpandangan bahawa tidak boleh dikatakan bahawa pihak pendakwaan melakukan satu ‘witch hunt’ untuk mengaitkan Perayu dengan sesuatu kesalahan supaya reputasinya terjejas. HMT menyatakan Pendakwa Raya mempunyai kuasa di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, menurut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan apa-apa prosiding bagi suatu kesalahan. Adalah bagi Pendakwa Raya dalam melaksanakan kuasa budibicaranya untuk memulakan pendakwaan terhadap Perayu di bawah peruntukan undang-undang yang dia fikirkan wajar. [28] HMT juga menyatakan pihak pendakwaan membuat pindaan sewajarnya terhadap pertuduhan pertama hingga pertuduhan kesembilan di bawah AMLATFPUAA dengan kebenaran Mahkamah dan tanpa sebarang bantahan daripada peguambela yang mewakili Perayu dalam perbicaraan di Mahkamah Sesyen. Oleh itu HMT mendapati Perayu sekarang tidak boleh mengatakan bahawa tindakan pihak pendakwaan meminda sembilan pertuduhan tersebut adalah menyalahi undang-undang dan merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. Dalam apa jua keadaan, dengan kebenaran Mahkamah pihak pendakwaan berhak untuk meminda pertuduhan pada mana-mana peringkat perbicaraan. S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw [29] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, HMT telah menolak Notis Usul yang difailkan oleh Perayu. Hujahan Perayu [30] Di hadapan kami, Perayu menghujahkan Mahkamah mempunyai kuasa sedia ada untuk membatalkan pertuduhan atau memberikan penangguhan kekal (permanent stay) pendakwaan terhadap seseorang tertuduh. Mahkamah disarankan menggunakan kuasa ini untuk Perayu atas sebab-sebab berikut; (i) Pertuduhan-pertuduhan terhadap perayu adalah cacat sehingga menyebabkan ia menjadi satu yang tidak sah; (ii) Pertuduhan-pertuduhan tersebut tidak berasas; (iii) Pendakwaan terhadap Perayu berniat jahat (mala fide). [31] Kuasa membatalkan pertuduhan-pertuduhan boleh dilakukan di semua peringkat perbicaraan. Adalah sesuai untuk kuasa sedia ada digunakan sekarang kerana sebab-sebab berikut; (i) Kuasa sedia ada hanya boleh dilaksanakan oleh Mahkamah-Mahkamah Atasan (superior courts) dan bukannya Mahkamah Rendah (dalam kes ini, Mahkamah Sesyen); (ii) Sekiranya Makamah Tinggi sebelum ini atau Mahkamah Rayuan sekarang memutuskan perkara ini memihak kepada Perayu, maka perbicaraan seterusnya di Mahkamah Sesyen akan menjadi sia-sia; S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw (iii) Isu mengenai kecacatan pertuduhan-pertuduhan seharusnya diputuskan terlebih dahulu sebelum perbicaraan di Mahkamah Sesyen diteruskan; (iv) Untuk mengelakkan akibat dan kesan mendalam yang tidak perlu terhadap kehidupan dan kerjaya Perayu akibat pendakwaan salah terhadap Perayu. [32] Berkenaan pertuduhan pertama di bawah Akta SPRM, ianya adalah cacat kerana pelbagaian/perduaan (multiplicity/duplicity). Ini kerana: (i) Pertuduhan penerimaan suapan melibatkan empat projek berbeza yang terletak di tempat berbeza dan melibatkan fasa berbeza; (ii) Perkataan-perkataan “secara rundingan terus dan tender terhad” menunjukkan projek-projek diberikan pada masa yang berbeza dan cara yang berbeza; [33] Pertuduhan-pertuduhan berkenaan pindaan AMLATFPUAA dan AMLATFA pula adalah cacat kerana: (i) Berkenaan pertuduhan pindaan pertama hingga ke sembilan, pertuduhan-pertuduhan ini gagal menyatakan di dalam bentuk apa dan bagaimana wang tersebut diterima oleh Perayu, misalnya tunai, banker’s cheque atau jongkong emas (berbanding dengan pertuduhan-pertuduhan di bawah Akta SPRM yang menyatakan bentuk dan bagaimana suapan diterima dengan jelas dinyatakan – “…wang tunai…melalui S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw CIMB Bank Berhad Nombor Akaun 14140037378050 milik kamu”; (ii) Berkenaan pertuduhan pindaan pertama hingga kelima, pertuduhan-pertuduhan ini cacat kerana menyatakan perbuatan kesalahan yang dalam masa yang lama. Walaupun s. 91A AMLATFPUAA membenarkan pertuduhan dibuat tidak melebihi 12 bulan, ianya tidak terpakai untuk pertuduhan pindaan pertama hingga kelima ini kerana seksyen ini hanya terpakai pada 8.8. 2014; (iii) Berkenaan pertuduhan pindaan ketiga, ketujuh, kelapan, dan kesembilan, tempat dinyatakan di dalam pertuduhan-pertuduhan adalah terlalu umum iaitu “di sekitar Lembah Kelang”. Ini bukan sahaja kabur tetapi mungkin menimbulkan isu undang-undang sama ada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mempunyai bidangkuasa untuk mendengar kes ini; (iv) Undang-undang menyatakan keperluan penting menentukan tarikh dan masa kesalahan dan juga di dalam merangka sesuatu pertuduhan; (v) Di samping itu, berkenaan semua pertuduhan-pertuduhan di bawah AMALATFPUAA dan AMALATFA, ianya adalah cacat kerana gagal menyebut kesalahan predikat. Walaupun kesalahan pengubahan wang haram boleh berdiri sendiri tanpa kesalahan predikat itu dituduh bersekali, kesalahan predikat itu adalah ciri penting pengubahan wang haram yang perlu dibuktikan di Mahkamah. Oleh itu ianya perlu dinyatakan S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw di dalam mana-mana pertuduhan pengubahan wang haram. Ianya tidak boleh diketepikan begitu sahaja dengan menyatakan ianya akan dibuktikan melalui keterangan ketika perbicaraan. [34] Undang-undang memerlukan untuk apa-apa pendakwaan di bawah AMLATFPUAA menjadi betul dan sah, pihak pendakwaan perlu memberikan maklumat atau menyatakan kesalahan predikat. Ini sangat diperlukan apabila seseorang dituduh di bawah s. 4(1) AMLA. Hanya apabila kesalahan predikat itu telah dikenal pasti, isu membuktikan perkara tersebut akan timbul sama ada di dalam pendakwaan jenayah atau tindakan perlucutan harta. Memandang ini tidak dilakukan di dalam kes ini, ini membuatkan pertuduhan-pertuduhan di bawah AMLA ini menjadi cacat, tidak tepat dan kabur. [35] Kesan keseluruhan adalah ini telah memprejudis hak Perayu. Ujian nya ialah sama ada apa-apa tindakan yang dilakukan secara langsung memberi kesan kepada hak asasi Perayu. Oleh itu ia melibatkan prejudis langsung dan termasuk prejudis yang dijangkakan akan berlaku. [36] Pertuduhan yang cacat akan memprejudiskan Perayu kerana ia menjejaskan hak beliau kepada perbicaraan adil di bawah perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan. Hujahan Responden [37] Di hadapan kami, Responden menghujahkan walaupun Mahkamah mempunyai kuasa sedia ada untuk mengetepikan dan membatalkan pertuduhan atau menggantung pertuduhan secara kekal, kuasa sedia ada S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw Mahkamah mestilah dilaksanakan dalam hal keadaan luar biasa (exceptional circumstances). Ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. [38] Responden menghujahkan Mahkamah tidak boleh melaksanakan kuasa sedia ada berhubung mana-mana perkara yang diliputi oleh peruntukan khusus undang-undang atau pelaksanaannya akan melanggar mana-mana peruntukan khusus undang-undang. [39] Menjadi kuasa mutlak Pendakwa Raya sama ada mahu meneruskan pendakwaan sesuatu kes selaras dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan s. 376 Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”). [40] Semua pertuduhan terhadap Perayu telah membutirkan perkara-perkara perlu di dalamnya. Memandangkan ini telah dinyatakan secukupnya, maka tidak boleh dikatakan pertuduhan-pertuduhan ini adalah defektif. [41] Tiada kecacatan terhadap pertuduhan-pertuduhan ini dan Perayu tidak pernah terkeliru atau ‘misled’ dengan butir-butir yang dinyatakan di dalam semua pertuduhan. Juga tidak boleh dikatakan pertuduhan-pertuduhan ini memprejudiskan Perayu. Perayu berupaya mencabar keterangan pihak pendakwaan di dalam perbicaraan. Oleh itu tidak boleh dikatakan terdapat kecacatan terhadap semua pertuduhan. [42] Sekiranya terdapat apa-apa peninggalan di dalam pertuduhan-pertuduhan itu, undang-undang membenarkan pihak pendakwaan memohon kepada Mahkamah untuk meminda pertuduhan-pertuduhan S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw tersebut. Dengan kebenaran Mahkamah, pihak pendakwaan berhak meminda pertuduhan pada mana-mana peringkat perbicaraan. [43] Malahan pada 6 September 2020, pihak pendakwaan dengan kebenaran Mahkamah telah meminda pertuduhan pertama hingga kesembilan di bawah AMLATFPUAA tanpa bantahan peguam perayu. Pindaan tidak menghalang saksi-saksi dipanggil semula supaya keadilan tercapai. [44] Pindaan yang dilakukan adalah dibuat pada peringkat awal perbicaraan di dalam kes ini kerana baru tiga saksi ‘formal’ pendakwaan dipanggil ketika itu. Tiada prejudis boleh berlaku kepada Perayu kerana pindaan pertuduhan-pertuduhan ini. Pihak Perayu sememangnya boleh membuat permohonan memanggil semula saksi-saksi ini. [45] Pihak Responden juga menghujahkan tidak berlaku kegagalan keadilan (failure of justice) berkenaan pertuduhan-pertuduhan yang dikemukakan terhadap Perayu. Asalkan keterangan adalah mencukupi di akhir perbicaraan nanti untuk mensabitkan Perayu, tidak boleh dikatakan kegagalan keadilan telah berlaku. [46] Terdapat berbagai peruntukan undang-undang mengenai rangka yang diperlukan untuk sesuatu pertuduhan. Peruntukan undang-undang ini juga menjamin agar seseorang tertuduh dapat membela diri dengan secukupnya dan tidak terkeliru dengan pertuduhan yang dibuat. Undang-undang juga menyatakan kecacatan di dalam sesuatu pertuduhan tidak boleh menjadikan sesuatu dapatan atau perintah diketepikan begitu sahaja. S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw [47] Responden juga menghujahkan adalah amat jelas s. AMLATFPUAA membenarkan seseorang tertuduh yang didakwa atas beberapa kesalahan boleh dituduh dan dibicarakan sekali atas apa-apa bilangan kesalahan yang dilakukan dalam apa-apa jangka masa. Sementara s. 91A AMLATFPUAA pula membenarkan pertuduhan menyatakan jumlah kasar dan tanpa butiran terperinci atau tarikh yang tepat asalkan taikh pertama dan tarikh terakhir adalah dalam masa 12 bulan. Keputusan Kami [48] Pertamanya, walaupun Mahkamah mempunyai kuasa sedia ada untuk mengetepikan dan membatalkan pertuduhan atau menggantung pertuduhan secara kekal, kuasa ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Hanya di dalam kes-kes tertentu sahaja kuasa ini boleh dilaksanakan. Kuasa sedia ada Mahkamah mestilah dilaksanakan dalam hal keadaan luar biasa (exceptional circumstances) sahaja bagi mengelakkan penindasan dan penyalahgunaan proses Mahkamah. Ini sangat jelas apabila merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan iaitu Ahmad Zubair Hj Murshid v. PP [2014] 9 CLJ 289 yang menyatakan seperti berikut: However, the inherent powers of the court must be exercised in exceptional circumstances to prevent undue oppression and abuse of the process of the court. [49] Mahkamah Persekutuan juga di dalam kes di atas telah dengan jelas menyatakan bahawa Mahkamah tidak boleh melaksanakan kuasa sedia ada berhubung mana-mana perkara yang diliputi oleh peruntukan S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw khusus undang-undang atau pelaksanaannya akan melanggar mana-mana peruntukan khusus undang-undang. Ini dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes di atas seperti berikut: As such we may hasten to add that the inherent jurisdiction of the court is therefore not as wide as it seems to be. Much depends on the facts and circumstances and clearly the court cannot exercise its inherent jurisdiction in respect of any matter covered by specific provisions of the law or if its exercise would infringe any specific provisions of the law. [50] Di samping itu juga, Mahkamah hanya akan melaksanakan kuasa sedia ada apabila terdapat salah laksana keadilan (miscarriage of justice) seperti yang dinyatakan di dalam kes Mahkamah Agung iaitu Karpal Singh & Anor v. PP [1991] 2 MLJ 544 seperti berikut: In matters like criminal law of a purely domestic nature, our view is that the court will only exercise its inherent powers when there is miscarriage of justice. [51] Fakta di dalam kes di hadapan kami sekarang tidak menzahirkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas. Pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi Perayu tidak menjejaskan prinsip undang-undang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Agung di atas. [52] Mengenai pertuduhan pertama Akta SPRM seperti yang telah dinyatakan di atas, walaupun terdapat empat projek berasingan, suapan yang dipertuduhkan adalah untuk keempat-empat projek tersebut. Begitu juga tarikh pada pertuduhan hanya satu, iaitu 8.12.2010. Ini menunjukkan satu suapan untuk empat projek tersebut. Ia bukan empat kesalahan menerima suapan dilakukan untuk empat projek tersebut. Oleh itu tiada S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw isu duplicity atau multiplicity mengenai pertuduhan ini. Ia bukan kesalahan menerima suapan yang berasingan dan berlainan bagi setiap satu projek tersebut. Melihat secara keseluruhan pertuduhan ini, tidak boleh dikatakan ianya defektif berdasarkan alasan-alasan di atas. [53] Di dalam kes di hadapan kami juga, pertuduhan pertama ini memberikan butiran secara khusus kesalahan yang mana tertuduh dipertuduhkan iaitu kesalahan menerima suapan dan peruntukan undang-undang berkenaan kesalahan tersebut iaitu di bawah s.16(a)(A) Akta SPRM. Ini berbeza dengan kes Goh Keat Peng v. PP [2001] 2 CLJ 498 yang gagal menyatakan dengan jelas dan secara khusus kesalahan yang mana di bawah s. 27(5) Akta Polis yang tertuduh dipertuduhkan. [54] Di samping itu, berdasarkan alasan-alasan di atas, tidak timbul isu pelanggaran s. 163 KTJ yang memperuntukan bahawa bagi setiap kesalahan yang berlainan, maka pertuduhan berasingan perlu dibuat. [55] Mengenai pertuduhan-pertuduhan di bawah AMLATFPUAA pula iaitu pertuduhan pindaan pertama hingga pertuduhan pindaan kesembilan, adalah tidak benar bahawa pertuduhan-pertuduhan ini adalah kabur. Ianya tidak boleh dikatakan kekurangan butiran sehingga menjadikan pertuduhan-pertuduhan ini kabur hingga telah mengelirukan Perayu. Butiran yang diberikan seperti yang terdapat di dalam pertuduhan-pertuduhan tersebut amat jelas. Ia sudah mempunyai butiran yang mencukupi seperti yang dikehendaki dan tidak kabur. Dalam hal ini, ianya telah mematuhi s. 152 dan 153 KTJ. Pertuduhan-pertuduhan telah pun mempunyai butiran yang perlu di bawah s. 152 dan 153 KTJ iaitu kesalahan pengubahan wang haram, menerima hasil daripada aktiviti haram dan peruntukan undang-undang berkenaan kesalahan tersebut S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw iaitu di bawah s. 4(1)(b) AMLATFPUAA. Tempat dan waktu kesalahan juga telah dinyatakan. Butir-butir yang mencukupi telah diberikan dan tiada kekeliruan boleh timbul untuk Perayu membela diri. Butir-butir ini mencukupi untuk tidak memprejudiskan Perayu. [56] Ketinggalan butiran jika ada sekalipun, seperti bagaimana wang diterima dan tempat secara am sahaja disebut iaitu sekitar Lembah Klang, tidak boleh dikatakan menjadi pertuduhan-pertuduhan ini defektif. Butiran lain yang ada telah mencukupi. Oleh itu ianya tidak menjadikannya pertuduhan defektif. Apa yang penting ialah Perayu tidak terkeliru dengan pertuduhan-pertuduhan tersebut. Mengenai perkara ini, s. 156 KTJ dengan jelas menyatakan seperti berikut: No error in stating either the offence or the particulars required to be stated in the charge, and no omission to state the offence or those particulars shall be regarded, at any stage of the case, as material unless the accused was in fact misled by that error or omission. [57] Selain itu Mahkamah Rayuan dalam kes Mohd Haikal Mohd Khatib Saddaly & Ors v. PP [2017] 5 CLJ 369 telah menerangkan kesilapan dan ketinggalan dalam pertuduhan hanya satu ketidakaturan yang tidak boleh menjejaskan apa-apa keputusan kecuali ianya meyebabkan kegagalan keadilan seperti yang dinyatakan di dalam s. KTJ yang memperuntukan seperti berikut: Subject to the provisions contained in this Chapter no finding sentence or order passed or made by a Court of competent jurisdiction shall be reversed or altered on account of – S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw (a) any error, omission or irregularity in the complaint, sanction, consent, summons, warrant, charge, judgment or other proceedings before or during trial, or in any inquiry or other proceedings under this Code; (b) the want of any sanction; or (c) the improper admission or rejection of any evidence, unless such error, omission, irregularity, want, or improper admission or rejection of evidence has occasioned a failure of justice. [58] Juga adalah penting untuk diingat bahawa semasa perbicaraan, pihak pendakwaan boleh membuat pindaan pada pertuduhan. Dengan kebenaran mahkamah, pihak pendakwaan berhak untuk meminda pertuduhan pada mana-mana peringkat perbicaraan. (Lihat PP v. Yeoh Tech Chye and Lim Hong Pung & Anor v. PP [1981] 2 MLJ 176). Pertuduhan pindaan pertama hingga pertuduhan pindaan kesembilan di bawah AMLATFPUAA boleh dipinda pada masa perbicaraan oleh pihak pendakwaan untuk memasukkan butiran yang difikirkan perlu dan wajar. Di samping itu butiran yang seperti ditujukkan di dalam s. 152 dan 153 KTJ telah memberi Perayu perkara-perkara yang mencukupi untuk Perayu membela diri terhadap pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi. Butiran berkenaan cara kesalahan dilakukan yang disebutkan dalam s. 154 KTJ hanya perlu dinyatakan dalam pertuduhan apabila butiran yang disebutkan dalam s. 152 dan 153 KTJ tidak memberi Perayu notis mencukupi perkara yang beliau dipertuduhkan. S. 154 KTJ memperuntukan seperti berikut: When the nature of the case is such that the particulars mentioned in sections 152 and 153 do not give the accused sufficient notice of the matter with which he is charged, the charge shall also contain such particulars of the manner in which the alleged offence was committed as will be sufficient for that purpose. S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw [59] Pertuduhan pindaan pertama hingga pertuduhan pindaan kesembilan di bawah AMLATFPUAA telah menyatakan Perayu telah menerima hasil daripada aktiviti haram sejumlah wang. Ini adalah maklumat yang mencukupi bagi Perayu tahu tentang perkara yang dipertuduhkan. Tidak perlu untuk dinyatakan bagaimana wang tersebut diterima dan sama ada wang tunai atau cek telah digunakan. Ini adalah perkara-perkara keterangan yang seharusnya timbul masa perbicaraan. Menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan membuktikan pertuduhan-pertuduhan ini dan sudah tentu Perayu berhak menyoal balas saksi-saksi pendakwaan untuk mengetahui lebih lanjut butir-butir keterangan ini. Butir-butir terperinci boleh diperolehi semasa perbicaraan dan jika semua perkara mesti dinyatakan di dalam sesuatu pertuduhan, maka tiada lagi keperluan memanggil saksi-saksi dalam perbicaraan penuh di mahkamah terbuka. [60] Mengenai ketiadaan tarikh tepat dinyatakan dalam pertuduhan-pertuduhan pula, hakikatnya terdapat tarikh yang dinyatakan antara satu tarikh ke satu tarikh lain yang tertera dalam semua pertuduhan. Ini adalah mencukupi dan tidak mengelirukan Perayu. Di samping itu, ini jelas dibenarkan apabila dilihat kepada s. 91A AMLATFPUAA yang berkuatkuasa pada 8 Ogos 2014 yang menyatakan: When a person is charged with an offence under this Act, it shall be sufficient to specify the gross sum in respect of which the offence is alleged to have been committed and the dates between which the offence is alleged to have been committed, without specifying particular items or exact dates, and the charge so framed shall be deemed to be a charge of one offence within the meaning of section 164 of the Criminal Procedure Code provided that the time S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw concluded between the first and last of such dates shall not exceed twelve months. [Penekanan Dibuat] [61] Di samping itu mengikut s. 2(1) AMLATFPUAA, Akta ini terpakai bagi mana-mana kesalahan dinyatakan sama ada dilakukan sebelum atau selepas tarikh kuatkuasa. S. 91A membenarkan pertuduhan dibuat dengan menyatakan jumlah kasar berkenaan kesalahan itu tanpa menyatakan butiran terperinci atau tarikh tepat dengan syarat waktu yang dinyatakan antara tarikh pertama dan terakhir itu tidak melebihi dua belas bulan. Oleh itu dengan jelas tidak semestinya hanya satu tarikh dinyatakan dalam pertuduhan pindaan pertama hingga pertuduhan pindaan kesembilan di bawah AMLATFPUAA. Asalkan satu tarikh di antara tempoh antara tiga bulan hingga satu tahun dinyatakan, ini sudah mencukupi dan ini sememangnya ada di dalam pertuduhan-pertuduhan tersebut. [62] Mengenai pertuduhan kesepuluh pula di bawah AMLATFA adalah jelas pertuduhan kesepuluh ini terhadap Perayu adalah di bawah s. 4(1)(a) AMLATFA dan bukan di bawah s. 4(1)(a) AMLATFPUAA. S. 4(1) AMLATFA memperuntukan dua kategori kesalahan pengubahan wang haram sebagaimana perenggan (a) atau (b). Seksyen ini menyatakan: 4(1) Any person who – (a) engages in, or attempts to engage in; or (b) Abets the commission of, Money laundering, commits an offence and …. S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw [63] Pertuduhan kesepuluh ini menyebut “telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan memiliki hasil daripada aktiviti haram iaitu sebuah kenderaan Toyota Vellfire…” Ini merupakan suatu kesalahan di bawah s. 4(1)(a) AMLATFA. Ini jelas adalah satu kesalahan dan bukan dua kesalahan berlainan. Tidak ada dua kesalahan yang digabungkan. Maka pertuduhan ini tidak defektif seperti yang dihujahkan Perayu yang menyatakan bahawa pertuduhan kesepuluh menggabungkan dua kesalahan berlainan. Di samping itu, s. 4(1)(a) AMLATFA juga tidak menggunakan perkataan secara langsung atau tidak langsung. Maka sama ada Perayu telah melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam transaksi membabitkan hasil daripada aktiviti haram, tidak perlu dinyatakan di dalam pertuduhan. Ini bermakna pertuduhan juga tidak defektif. [64] Di samping itu, berkenaan pertuduhan kesepuluh di bawah AMLATFA Perayu dituduh melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan memiliki hasil daripada aktiviti haram di bawah s. 4(1)(a). Kami bersetuju dengan HMT bahawa Perayu dituduh dengan kesalahan pengubahan wang haram dan bukan kesalahan predikat. Kesalahan pengubahan wang haram boleh berdiri dengan sendiri dan tidak terikat dengan kesalahan predikat. Kami juga bersetuju dengan HMT yang mendapati tiada keperluan untuk menyatakan kesalahan predikat dalam pertuduhan. Oleh itu tidak benar bahawa Perayu diprejudiskan atau terkeliru berkenaan aktiviti haram yang dirujuk pihak pendakwaan dalam pertuduhan. [65] Asas kesalahan pengubahan wang haram adalah berkenaan hasil daripada aktiviti haram dan bukan kesalahan predikat itu sendiri. Ini boleh dilihat daripada takrif kesalahan pengubahan wang haram dalam s. 4(1), S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw takrif aktiviti haram dan takrif hasil daripada aktiviti haram di bawah s. 3(1) AMLATFPUAA (bagi pertuduhan pindaan pertama hingga pertuduhan pindaan kesembilan), takrif pengubahan wang haram, takrif aktiviti haram dan takrif hasil daripada aktiviti haram di bawah s. 3(1) AMLATFA (bagi pertuduhan kesepuluh). [66] Berdasarkan semua alasan-alasan di atas, kami juga berpendapat bahawa adalah tidak benar untuk Perayu menghujahkan pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi beliau adalah tidak berasas dan tidak sah. Pertuduhan-pertuduhan telah dibuat dengan mengemukakan butir-butir yang mencukupi. Sama ada ianya dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaan, masih terlalu awal untuk ditentukan. Namun ini tidak bermakna pertuduhan-pertuduhan ini adalah tidak berasas. [67] Mengenai hujahan Perayu bahawa pendakwaan terhadap beliau ialah berniat jahat (mala fide), kami dapati hujahan ini tidak berasas. Pendakwa Raya mempunyai kuasa untuk mendakwa dan tidak ditunjukkan bahawa Pendakwa Raya telah menyalahguna kuasa budibicaranya dan pendakwaan terhadap Perayu dibuat secara mala fide dan penyalahgunaan proses Mahkamah. Tidak berlaku suatu penganiayaan politik dan penindasan terhadap Perayu. [68] Hakikatnya, Pendakwa Raya mempunyai kuasa di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, menurut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan apa-apa prosiding bagi suatu kesalahan. Ramai orang awam tidak menghargai kuasa ini yang diberikan kepada Pendakwa Raya tetapi kuasa ini sememangnya wujud dan diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu tidak boleh S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw dikatakan kuasa ini telah dilaksanakan dengan niat jahat seperti dihujahkan oleh Perayu. [69] Berdasarkan fakta kes ini dan semua undang-undang yang diterangkan di atas, Perayu tidak boleh dibebaskan dan dilepaskan begitu sahaja di peringkat ini berdasarkan hujahan-hujahan beliau. Perayu mesti menghadapi pertuduhan-pertuduhan terhadap beliau di Mahkamah. Sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan-pertuduhan terhadap Perayu hanya ditentukan setelah selesai perbicaraan di Mahkamah Sesyen nanti. [70] Di samping itu, meneliti secara keseluruhan alasan bertulis penghakiman HMT, kami juga tidak mendapati ada kekhilafan yang dilakukan oleh HMT yang bijaksana. Beliau telah memberikan alasan-alasan kukuh dan mantap untuk menolak Notis Usul yang difailkan Perayu dan kami bersetuju sepenuhnya dengan alasan-alasan beliau. Kami juga telah membutirkan dengan panjang lebar alasan-alasan beliau seperti di atas untuk menunjukkan asas kukuh alasan-alasan beliau ini. Dua Perkara Penting [71] Walaupun begitu, ada dua perkara penting yang kami perlu jelaskan di sini yang berbangkit dari hujahan Perayu. Pertamanya, Perayu berhujah bahawa adalah salah untuk dinyatakan tempat kesalahan secara am sahaja, iaitu sekitar Lembah Klang untuk pertuduhan-pertuduhan pindaan ketiga, ketujuh, kelapan dan kesembilan di bawah AMLATFPUAA. Perayu berhujah satu tempat secara khusus perlu dinyatakan seperti yang terlihat untuk pertuduhan-pertuduhan lain. Ini kerana Lembah Klang bukan saja termasuk Kuala Lumpur tetapi S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw termasuk beberapa kawasan di Selangor. Oleh itu persoalan timbul adakah Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mempunyai bidang kuasa tempatan (local jurisdiction) untuk mendengar kes bagi pertuduhan-pertuduhan ini. Hanya menyatakan kesalahan dilakukan di sekitar Lembah Klang, melibatkan soal bidang kuasa tempatan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur itu sendiri mendengar pertuduhan-pertuduhan ini. [72] Mengenai hujahan Perayu di atas, pertuduhan-pertuduhan pindaan ketiga, ketujuh, kelapan dan kesembilan di bawah AMLATFPUAA tersebut, masih tidak terjejas. Ini adalah kerana pihak pendakwaan masih boleh bergantung kepada s. 156 KTJ mengenai isu ini. Walaupun seksyen ini telah disebutkan sebelum ini, untuk penerangan lebih jelas, kami nyatakan sekali lagi seksyen ini menyebut seperti berikut: No error in stating either the offence or the particulars required to be stated in the charge, and no omission to state the offence or those particulars shall be regarded, at any stage of the case, as material unless the accused was in fact misled by that error or omission. [Penekanan Dibuat] [73] Lebih-lebih lagi, mengenai peruntukan di atas, Mahkamah Rayuan di dalam kes Ahmad Zubair Hj Murshid v PP [2014] 1 CLJ 697 telah dengan jelasnya menyatakan sama ada tertuduh terkeliru apabila terdapat kesilapan atau kegagalan memberikan butiran pada pertuduhan, hanya ditentukan setelah selesai perbicaraan. Azahar Mohamed (HBM) mengenai perkara ini menyatakan seperti berikut: [8] Furthermore, s. 156 of the CPC provides that no error in stating either the offence or the particulars to be stated in the charge and no omission to state the offence or those particulars shall be regarded at any stage of the case as S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw material, unless the appellant was in fact misled by that error or omission. … In our view, whether the appellant was misled by any error or omission in the charges or whether such error or omission has occasioned a failure of justice can only be determined at the conclusion of the trial having regard to the entire evidence being placed before the trial judge. [Penekanan Dibuat] [74] Oleh yang demikian, berpandukan kes di atas dan s. 156 KTJ, adalah jelas, untuk pertuduhan-pertuduhan pindaan ketiga, ketujuh, kelapan dan kesembilan di bawah AMLATFPUAA, walaupun dinyatakan tempat kesalahan secara am sahaja, iaitu sekitar Lembah Klang, ini masih tidak dianggap material jika ia tidak mengelirukan tertuduh. Lebih-lebih lagi, kes Mahkamah Rayuan di atas dengan jelas menyatakan sama ada tertuduh terkeliru kerana kesilapan atau kegagalan memberikan butiran pada pertuduhan, hanya ditentukan setelah selesai perbicaraan. [75] Justeru itu, pertuduhan-pertuduhan pindaan ketiga, ketujuh, kelapan dan kesembilan di bawah AMLATFPUAA perlu dibicarakan dahulu sebelum diputuskan sama ada Perayu terkeliru kerana kesilapan atau kegagalan memberikan butiran tentang tempat khusus kesalahan dilakukan dalam pertuduhan-pertuduhan tersebut. [76] Namun demikian bila pertuduhan-pertuduhan ini merujuk kepada sekitar Lembah Klang, ini termasuk Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Jadi adakah Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur di mana semua pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi oleh Perayu dibicarakan, mempunyai bidangkuasa tempatan untuk membicarakan kes jika kesalahan dilakukan di Petaling Jaya misalnya? Harus diingat sama ada ianya Kuala Lumpur atau Petaling Jaya adalah tidak jelas kerana apa yang dirujuk hanyalah Lembah Klang. S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw [77] Ini lebih-lebih lagi apabila diambil kira bahawa pada 9 Mac 2021 telah dikeluarkan Perintah Mahkamah Rendah (Penubuhan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan) 2021. Dinyatakan di dalam Jadual Pertama Perintah ini tentang penubuhan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan tarikh penubuhannya ialah pada 1 Februari 1974. Perintah ini adalah seperti berikut: P.U.(A) 116 AKTA MAHKAMAH RENDAH 1948 PERINTAH MAHKAMAH RENDAH (PENUBUHAN MAHKAMAH SESYEN DAN MAHKAMAH MAJISTRET BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN LABUAN) 2021 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subjeksyen 59(1) dan 76(1) Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92], Yang di-Pertuan Agong membuat perintah yang berikut: Nama 1. Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Mahkamah Rendah (Penubuhan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret bagi Wialayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan) 2021. Penubuhan Mahkamah Sesyen 2. Mahkamah Sesyen sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual pertama ditubuhkan berkuat kuasa mulai tarikh penubuhan sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (2). Penubuhan mahkamah Majistret 3. Mahkamah Majistret sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Kedua ditubuhkan berkuat kuasa mulai tarikh penubuhan sebagaimana yang S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw dinyatakan dalam ruang (2) dan had bidang kuasa tempatan sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (3). JADUAL PERTAMA Mahkamah Sesyen (1) Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Mahkamah Sesyen Labuan Tarikh Penubuhan (2) 1 Februari 1974 16 April 1984 P.U.(A)116 JADUAL KEDUA Mahkamah Majistret (1) Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Mahkamah Majistret Labuan Tarikh Penubuhan (2) 1 Februari 1974 16 April 1984 Had Bidang Kuasa Tempatan (3) Sempadan wilayah bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sempadan wilayah bagi Wilayah Persekutuan Labuan Bertarikh 9 Mac 2021 [PKPMP.BD/600-2/2/20; PN(PU2)128/XV] Dengan Titah Perintah TAN SRI MOHD ZUKI BIN ALI Setiausaha Jemaah Menteri S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw [78] Sudah tentunya Petaling Jaya bukan di dalam Kuala Lumpur walaupun tidak dapat dinafikan Petaling Jaya adalah sebahagian dari Lembah Klang. Memandangkan Petaling Jaya bukan di dalam Kuala Lumpur, maka Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tidak mempunyai bidangkuasa tempatan untuk membicarakan kesalahan yang dilakukan di Petaling Jaya. [79] Oleh kerana tempat kesalahan dinyatakan dengan tidak jelas, sudah tentunya ini mengelirukan Perayu dan membuatkan Perayu tidak dapat membuat persediaan yang mencukupi bagi pembelaan dirinya. Di samping itu mengapa pihak pendakwaan tidak dapat menyatakan dengan jelas tempat kesalahan ini dilakukan juga menimbulkan tanda tanya yang serius. Lebih-lebih lagi pihak pendakwaan boleh dan telah pun menyatakan secara jelas tempat kesalahan dilakukan untuk pertuduhan-pertuduhan lain. [80] Oleh itu kami membuat perintah agar Perayu dibebaskan dan dilepaskan hanya bagi pertuduhan-pertuduhan pindaan ketiga, ketujuh, kelapan dan kesembilan di bawah AMLATFPUAA. Dalam konteks kes ini, sememangnya kami mempunyai kuasa sedia ada untuk membuat perintah ini seperti dijelaskan dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu Ahmad Zubair Hj Murshid (supra) dan kes Mahkamah Agong iaitu Karpal Singh & Anor (supra). [81] Perkara kedua yang penting di jelaskan di sini ialah hujahan Perayu berkenaan “Laporan Analisa Kewangan, Perbandingan Pendapatan & Perbelanjaan” bertarikh 1.4.2019 yang dibekalkan kepada Perayu oleh pihak pendakwaan di bawah s. 51A KTJ. Menurut laporan ini, pendapatan yang diperolehi oleh Perayu adalah sah dari pekerjaan beliau, isteri dan S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw anak-anak beliau. Laporan ini disokong oleh rekod-rekod dari Lembaga Hasil Dalam Negeri yang menunjukkan Perayu ialah pekerja yang dibayar gaji oleh Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, iaitu syarikat yang disebutkan dalam pertuduhan-pertuduhan. [82] Berdasarkan laporan ini yang dibuat oleh SPRM sendiri, maka Perayu berhujah bahawa beliau tidak boleh dituduh memperolehi hasil dari kegiatan haram. Perayu juga berhujah jika perbicaraan berjalan, maka pihak pendakwaan akan terperangkap dengan dua situasi yang bertentangan. Pertamanya, menuduh Perayu menerima rasuah dan mendapat hasil dari aktiviti haram dan keduanya menyatakan Perayu memperolehi pendapatan sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang berdasarkan laporan itu sendiri. [83] Oleh kerana perkara yang dihujahkan oleh Perayu di atas, Perayu selanjutnya menyatakan bahawa Mahkamah sepatutnya menghentikan pendakwaan terhadap Perayu kerana pihak pendakwaan tidak seharusnya mengambil kedudukan yang berbeza semasa perbicaraan kerana laporan ini yang dikeluarkan sendiri oleh SPRM. [84] Kami tidak dapat menerima hujahan Perayu ini, kerana hakikatnya pihak pendakwaan masih berhak dibenarkan memanggil saksi-saksi untuk menjelaskan maksud sebenar laporan ini. Sama ada laporan ini betul-betul memihak kepada Perayu atau menunjukkan Perayu tidak bersalah, masih perlu ditentukan hanya apabila saksi-saksi dipanggil dan disoal berkenaan laporan ini. Pihak pendakwaan sememangnya berhak memanggil saksi-saksi untuk menerangkan kesan menyeluruh laporan ini. Masih terlalu awal pada peringkat ini untuk diputuskan bahawa S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw laporan ini membuktikan Perayu tidak boleh disabitkan dengan pertuduhan yang dikemukakan terhadap beliau. [85] Perkara yang sama diterangkan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Ahmad Zubair Hj Murshid v PP (supra) seperti berikut: [10] In our view, based purely on the documents that have been supplied by the prosecution to the appellant pursuant to s. 51A of the CPC, it is premature at this early stage of the proceedings for the court to decide on the three issues raised by learned counsel. Documentary evidence must be viewed in the light of the case as a whole and it would be wrong for the court to consider these documents in isolation. The prosecution is entitled to produce these documents during the trial through its relevant witnesses in order to unravel the case for the prosecution in its proper context. The prosecution is entitled to explain through its relevant witnesses, within the limits of the relevant provisions of the Evidence Act 1950, how these documents came into existence and how these documents fit into the prosecution's case. When the case for the prosecution is concluded, after the prosecution has examined its witnesses, who may in turn be cross-examined and if necessary re-examined, only then the court shall consider based on the entire evidence whether the prosecution has made out a prima facie case against the appellant. For the proper determination of the issues raised by learned counsel, it must be pointed out that the trial against the appellant in the Sessions Court is regulated by s. of the CPC. Evidence could be led to establish the case of the prosecution on a prima facie basis and subsequently beyond reasonable doubt. Since the appellant had pleaded not guilty to the charges, in accordance with s. 173(c) of the CPC, the Sessions Court shall proceed to take all such evidence as may be produced in support of the prosecution. [86] Di samping itu juga kes PP v Lee Eng Kooi [1993] 2 CLJ 534 yang dirujuk Perayu mengenai hujahan berkenaan perkara ini juga tidak dapat membantu Perayu. Di dalam kes ini dinyatakan seperti berikut: S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw [5] If in a case the prosecution leads two sets of evidence, each one of which contradicts and strikes at the other and shows it to be unreliable, the result would necessarily be that the Court would be left with no reliable and trustworthy evidence upon which the conviction of the accused might be based. Inevitably, the accused would have the benefit of such a situation. [87] Walaupun kes ini menyatakan seperti di atas, hakikatnya kenyataan di atas dibuat oleh hakim perbicaraan hanya setelah perbicaraan dijalankan sehingga akhir kes pendakwaan. Yang Arif Persuruhjaya Kehakiman Vincent Ng (ketika itu) di dalam kes ini tidak membatalkan dan mengetepikan pertuduhan begitu sahaja tetapi telah mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaan terlebih dahulu. Oleh itu jelas kes ini tidak dapat membantu hujahan Perayu. Kes ini sebaliknya menunjukkan perbicaraan harus dijalankan dahulu sebelum apa-apa dapatan dibuat berkenaan laoporan SPRM tersebut. Kesimpulan [88] Berdasarkan semua alasan-alasan kami berikan di atas, kami tidak bersetuju dengan hujahan Perayu untuk membenarkan rayuan ini kecuali mengenai pertuduhan-pertuduhan pindaan ketiga, ketujuh, kelapan dan kesembilan di bawah AMLATFPUAA. Berdasarkan semua alasan-alasan yang kami berikan di atas juga, kami mendapati adalah tidak benar bahawa semua pertuduhan-pertuduhan terhadap perayu adalah cacat sehingga menyebabkan ia menjadi satu yang tidak sah. Juga tidak boleh dikatakan pertuduhan-pertuduhan tersebut tidak berasas. Hujahan bahawa pendakwaan terhadap Perayu berniat jahat juga seperti yang diterangkan sama sekali tidak berasas. Berdasarkan alasan-alasan yang telah kami berikan juga, kami berpendapat adalah tidak sesuai S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw pertuduhan-pertuduhan terhadap Perayu diketepikan pada peringkat ini kecuali mengenai pertuduhan-pertuduhan pindaan ketiga, ketujuh, kelapan dan kesembilan di bawah AMLATFPUAA. [89] Oleh itu kami sebulat suara bersetuju bahawa rayuan Perayu ini ditolak kecuali apa yang kami telah nyatakan diatas. Bertarikh: 5 September 2022 - Sgd - (ABU BAKAR JAIS) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Putrajaya Peguam Perayu: Amer Hamzah Arshad Joshua Tay H’ng Foong Marina bt Mohamed Siti Suraya Abu Hassan Sri Shazliza Sharmie bt. Mohd Sohaimi Jabir Abdullah Ainur Syuhada Jefri (Tetuan AmerBON) Peguam Responden: Aslinda bt. Ahad Nik Haslinie bt Hashim Hafizatul Ifa bt Ab. Razak (Jabatan Peguam Negara) S/N IsX3MsXz80qFt3FjLdlpkw