Content
1 Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Seremban Dalam Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia Rayuan Sivil No. NA-12BNCvC-22-07-2023 ANTARA ABDUL AZIB AZIZI BIN ABD HAMID (NO. KP : 980505-01-5459) …PERAYU
NA-12BNCvC-22-07/2023
High Court of Malaysia5 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Seremban Dalam Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia Rayuan Sivil No. NA-12BNCvC-22-07-2023 ANTARA ABDUL AZIB AZIZI BIN ABD HAMID (NO. KP : 980505-01-5459) …PERAYU
1
DAN MUAMMAR BIN MOHD IKTIBAHARI [NO K/P : 920318-04-5359] …RESPONDEN PERTAMA
2
DULAMIT BIN SULAIMAN [NO K/P : 730710-12-5989] …RESPONDEN KEDUA
3
AXA AFFIN GENERAL INSURANCE BERHAD …RESPONDEN KETIGA ALASAN PENGHAKIMAN
1
Rayuan ini bertitik tolak daripada ketidakpuasan pihak Perayu/Plaintif terhadap keputusan Mahkamah ini yang telah 11/08/2025 08:51:49 NA-12BNCvC-22-07/2023 Kand. 33 memutuskan atas imbangan kebarangkalian bahawa notis rayuan yang dikemukakan oleh pihak Perayu/Plaintif terhadap keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Terpelajar (HMS) bertarikh 27 Jun 2023 ditolak dengan kos.
2
Bagi tujuan penyediaan Alasan Penghakiman ini, pihak-pihak akan dirujuk dalam kapasiti asal mereka di Mahkamah Sesyen iaitu sebagai Plaintif dan Defendan.
3
Tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah untuk gantirugi am, gantirugi khas, termasuk faedah dan kos. Menurut Plaintif, kemalangan berlaku antara motorsikal no. JTC 8325 yang ditunggangi oleh Plaintif dan motorkar no. WGN 9686 yang dikatakan dipandu oleh Defendan Pertama dan dimiliki oleh Defendan Kedua.
4
4.
Preamble
Mengikut versi Plaintif, kemalangan tersebut berlaku semasa dia sedang menunggang motorsikalnya di lorong kecemasan diLebuhraya PLUS arah Selatan di Ayer Keroh-Senawang dengan kelajuan 80km/jam. Dia kemudiannya dihimpit oleh sebuah motorkar proton wira bewarna putih yang didakwanya telah menggesel sebelah kanan motorsikalnya. Ini menyebabkan motorsikalnya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan. Mengikut keterangan Plaintif juga, semasa perlanggaran berlaku, dia hanya sempat melihat kereta wira putih tersebut berhenti jauh di hadapan di lorong kecemasan sebelum dia pengsan. Plaintif hanya sedar apabila berada di Hospital Melaka.
5
Untuk menyokong keterangannya, Plaintif telah mengemukakan 5 orang saksi iaitu Pegawai Penyiasat Ganti(SP1), ibu Plaintif(SP2), Pegawai Perubatan(SP3), Plaintif sendiri (SP4), dan Pegawai Perubatan(SP5). Manakalan pihak Defendan telah mengemukakan 3 orang saksi iaitu Pegawai Tadbir Rekod Hospital Melaka (SD1), Pesuruhjaya Sumpah (SD2) dan Pekerja PLUS Ronda (SD3).
6
Dalam pembelaannya, Defendan-Defendan menafikan bahawa perlanggaran yang telah berlaku ke atas motorsikal Plaintif telah diakibatkan oleh motokar WGN 9686 yang dipandu oleh Defendan pertama. Secara alternatifnya, Defendan-Defendan menyatakan bahawa tuntutan Plaintif merupakan satu penipuan untuk memperolehi suatu gantirugi yang tidak sah daripada Defendan-Defendan.
7
HMS memutuskan bahawa Plaintif gagal mengemukakan keterangan-keterangan yang mencukupi untuk menyokong versi kemalangannya. Pada masa yang sama, HMS memutuskan bahawa berdasarkan keterangan-keterangan yang ada, Defendan telah membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa wujudnya frod dalam tuntutan Plaintif.
8
Mahkamah ini mengesahkan keputusan HMS dan memutuskan bahawa HMS telah membuat satu rumusan yang betul apabila memutuskan bahawa kemalangan tersebut diakibatkan sepenuhnya oleh kecuaian Plaintif.
9
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa mahkamah diperingkat rayuan tidak akan campur tangan atau mengganggu keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah bicara melainkan sekiranya keputusan tersebut telah dibuat secara salah tanpa mengambil kira prinsip undang-undang yang terpakai.
10
Mahkamah merujuk kepada satu keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Gan Yook Chin & Anor v. Lee Ing Chin & Ors [2004] 2 MLRA 1 yang memutuskan :- "[14] In our view, the Court of Appeal in citing these cases had clearly borne in mind the central feature of appellate intervention, ie to determine whether or not the trial court had arrived at its decision or finding correctly on the basis of the relevant law and/or the established evidence. In so doing, the Court of Appeal was perfectly entitled to examine the process of evaluation of the evidence by the trial court. Clearly, the phrase 'insufficient judicial appreciation of evidence' merely related to such a process. This is reflected in the Court of Appeal's restatement that a judge who was required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on an issue of fact by assessing, weighing and, for good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. The Court of Appeal further reiterated the principle central to appellate intervention, ie that a decision arrived at by a trial court without judicial appreciation of the evidence might be set aside on appeal. This is consistent with the established plainly wrong test."
11
Mahkamah juga kepada kes of Kerajaan Malaysia v. Global Upline Sdn Bhd & Another Appeal [2017] 1 MLRA 16, dimana Mahkamah Rayuan menyatakan :- “An appellate court will not intervene unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its conclusion and where there has been insufficient judicial appreciation of the evidence”. (Rujuk juga kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng & Ors [2020] 6 MLRA 193).
12
Meneliti keterangan-keterangan yang ada di hadapan Mahkamah ini, adalah menjadi pandangan dan dapatan Mahkamah ini bahawa tiada sebarang sebab atau alasan untuk Mahkamah ini mengganggu atau mengubah keputusan yang telah dibuat oleh HMS terpelajar. Keputusan tersebut dicapai setelah HMS tersebut telah membuat penilaian yang mencukupi ke atas keterangan- keterangan yang dikemukakan menggunapakai prinsip-prinsip undang-undang yang sedia ada.
13
Prinsip undang-undang jelas menyatakan diakhir kes Plaintif, beban pembuktian terletak pada Plaintif untuk membuktikan bahawa perlanggaran tersebut berlaku akibat kecuaian Defendan. Rujuk seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan.
14
Seksyen 101 Akta Keterangan menyatakan bahawa beban pembuktian untuk membuktikan sesuatu isu terletak dibahu pihak yang membuat penegasan ke atas kewujudan isu tersebut, manakala Seksyen 102 pula meletakkan beban ke atas pihak tersebut untuk mengemukakan keterangan untuk menyokong tuntutannya.
15
Mahkamah merujuk kepada kes Neo Chan Eng v Koh Yong Hoe [1960] 26 MLJ 291, di mana Lordship Neal J telah mengungkapkan :- “The onus of proving negligence on the part of the Defendant was on the Plaintiff, and the Plaintiff failed to discharge the onus either by her own evidence or by cross examination of the Defendant or by admission made by the Defendant. I am therefore forced with regret to dismiss her claim..”
16
Adalah menjadi pandangan Mahkamah bahawa berdasarkan penilaian yang dibuat oleh Mahkamah ke atas keterangan-keterangan yang dibawa, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif gagal melepaskan beban pembuktian tersebut atas dasar imbangan kebarangkalian untuk membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan. Alasan-alasan terhadap dapatan ini adalah sebagaimana di bawah. Keterangan pegawai penyiasat
17
Mahkamah bersetuju dengan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen bahawa keterangan SP1 adalah tidak jelas. Sebagai penyiasat gantian, SP1 merupakan Pegawai Penyiasat yang menggantikan Pegawai Penyiasat (SI Othman) yang menjalankan siasatan ke atas kemalangan ini yang sudah bersara pada 01.10.2021. Ini bermakna SP1 bukan merupakan pihak yang melakukan siasatan dan pengetahuannya mengenai fakta-fakta berkenaan kemalangan tersebut hanya bersandarkan apa yang dinyatakan oleh SI Othman di dalam Kertas Siasatannya.
18
Mahkamah mendapati terdapat beberapa kelompangan dalam keterangan SP1 yang gagal untuk dijelaskan. Pertamanya adalah gambar-gambar kerosakan pada kenderaan-kenderaan terlibat.
Preamble
Mengikut keterangan SP1, gambar-gambar kerosakan pada motokar D1 diambil pada atau sebelum 4.12.2019. Kenyataan ini jelas bertentangan dengan fakta bahawa D1 hanya membuat laporan polis pertamanya pada 11.12.2019. Berdasarkan kepada tarikh laporan polis yang dibuat oleh D1, pada atau sebelum 4.12.2019, pegawai penyiasat masih belum mempunyai maklumat mengenai penglibatan motokar D1 dalam kemalangan ini. Mahkamah mendapati tiada sebarang penjelasan yang munasabah telah diberikan terhadap percanggahan ini.
20
Yang keduanya adalah, mengikut keterangan SP1, berdasarkan keterangan yang ada, kerosakan-kerosakan pada motokar No. WGN 9686 yang dipandu oleh D1 adalah seperti berikut :- i. Cermin sisi kiri motokar; ii. Kerosakan pada bahagian bawah pintu penumpang; iii. Bahagian hadapan kiri bumper hadapan; iv. Bahagian pintu pemandu sebelah kanan; v. Terdapat gap pada fender depan sebelah kanan; vi. Spotlight sebelah kanan. Manakala kerosakan pada motorsikal Plaintif adalah: i. Kerosakan pada bahagian mudguard hadapan ii. Ekzos kanan kemek.
21
Berdasarkan versi Plaintif, kemalangan berlaku apabila cermin sisi kiri motorkar D1 menggesel handle motorsikalnya yang menyebabkan Plaintif motorsikal Plaintif hilang kawalan dan terjatuh. Jika diambil kira keterangan Plaintif, kerosakan pada motokar D1 sepatutnya hanya tertumpu di sebelah kiri motokar tersebut sahaja. Bagaimanapun, siasatan SP1 menunjukkan kerosakan-kerosakan pada motokar WGN 9686 adalah menyeluruh termasuk kerosakan yang terdapat pada bahagian kanan motokar proton wira tersebut.
22
Tiada sebarang penjelasan yang telah diberikan oleh SP1 mengenai kehadiran kerosakan-kerosakan berkenaan. Malah, semasa memberi keterangan, SP1 tidak boleh memastikan dengan jelas sama ada kerosakan-kerosakan pada motokar tersebut adalah disebabkan oleh kemalangan ini atau kerosakan yang telah sedia wujud sebelum kemalangan. Sekiranya kerosakan yang ditemui pada motokar adalah sebagaimana yang disenaraikan, maka jelas bahawa kerosakan-kerosakan tersebut tidak konsisten dengan versi kemalangan yang telah dikemukakan oleh Plaintif.
23
Prinsip undang-undang adalah jelas bahawa kerosakan-kerosakan pada kenderaan adalah antara keterangan senyap yang boleh diambilkira dalam penentuan liabiliti dalam sesuatu kes kemalangan jalan raya. Memandangkan kerosakan-kerosakan yang terdapat pada motokar tidak konsisten dengan versi kemalangan Plaintif, maka dapatan Mahkamah adalah kerosakan-kerosakan ini tidak boleh digunakan untuk menyokong tuntutan Plaintif.
24
Yang ketiganya, SI Othman juga menyatakan bahawa hasil siasatannya mendapati, semasa kemalangan berlaku, D1 sedang dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan susulan untuk sakit lutut yang sedang dialaminya di Hospital Melaka.
25
Untuk mengesahkan perkara ini, Mahkamah merujuk kepada keterangan SD1 iaitu Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan), Hospital Melaka yang mendedahkan, berdasarkan kepada rekod hospital, D1 telah mendapat rawatan di Hospital Melaka pada 18/11/2019 dan didiscaj pada 20.11.2019. Menurut SD1 lagi, rawatan susulan D1 di Hospital Melaka adalah pada 20.11.2019. Berdasarkan keterangan ini, tiada sebarang maklumat yang menunjukkan bahawa D1 mempunyai keperluan untuk pergi ke hospital Melaka pada tarikh kemalangan berlaku iaitu 24.11.2019. Oleh itu, kenyataan SP1 bahawa siasatan SI Othman mendapati kemalangan berlaku semasa D1 dalam perjalanannya ke hospital untuk rawatan susulan juga tidak berlandaskan kepada sebarang keterangan yang jelas.
26
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati hasil siasatan SI Othman terhadap kemalangan ini adalah tidak lengkap dan ini menunjukkan ketidaktelusan pegawai penyiasat tersebut dalam melakukan siasatannya. Mahkamah berpandangan ini telah menimbulkan kecelaruan dan percanggahan terhadap kes Plaintif.
27
Mahkamah juga mendapati bahawa percanggahan yang terdapat dalam siasatan SI Othman adalah terhadap isu-isu yang material. Ini menyebabkan terdapat kelompangan dalam rangkaian keterangan yang dibawa oleh SI Othman dan tiada sebarang penjelasan yang munasabah yang diberikan terhadap kelompangan dalam keterangan ini. Atas alasan tersebut, Mahkamah ini memutuskan untuk menolak keterangan SP1 dan sekaligus menyokong dapatan dan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen terhadap isu ini.
28
Mahkamah juga mengambil maklum berdasarkan keterangan SP1, penyiasat terdahulu iaitu S1 Othman telah mengeluarkan saman terhadap D1 berdasarkan siasatannya, Bagaimanapun, berdasarkan keterangan-keterangan yang ada, Mahkamah ini mendapati bahawa tiada asas dan keterangan yang jelas untuk SI Othman mengeluarkan saman tersebut terhadap D1.3
29
Seterusnya, Mahkamah meneliti keterangan SP2 yang merupakan ibu kepada Plaintif. Mahkamah juga mendapati bahawa keterangan SP2 tidak konsisten dan berubah-ubah. Semasa pemeriksaan balas, SP2 menyatakan bahawa dia secara kebetulan bertemu dengan D1 di wad ortopedik Hospital Melaka. Pada masa itu, D1 turut menerima rawatan di hospital tersebut. SP2 menyatakan bahawa dia ada memberitahu SD1 mengenai kemalangan anaknya dan dimana kemalangan tersebut berlaku. Selepas itu, mereka bertukar-tukar nombor telefon masing-masing dan seterusnya bertukar mesej melalui telefon.
30
Namun, diperingkat pemeriksaan semula, apabila ditanya oleh peguamnya, SP2 memberikan jawapan yang berlainan dan menyatakan bahawa D1 yang menelefonnya dan memaklumkan kepada SP2 yang dia telah melanggar Plaintif. SP2 menerima panggilan ini semasa anaknya masih di wad hospital.
31
Sekali lagi, keterangan SP2 jelas bercanggah dengan keterangan SD1 (Pegawai Tadbir Hospital Melaka). Berdasarkan kepada tarikh-tarikh rawatan D1 di Hospital Melaka yang diberikan oleh SD1, D1 tidak dirawat dimana-mana wad semasa Plaintif dirawat dihospital tersebut. Berdasarkan kepada tarikh-tarikh tersebut, Mahkamah mendapati tiada sebab untuk D1 hadir ke hospital dan berjumpa SP2 walaupun secara kebetulan. Oleh itu, keterangan SP2 bahawa dia berjumpa dengan D1 yang dirawat di hospital yang sama dengan anaknya adalah jelas bertentangan dengan rekod pihak Hospital Melaka.
32
Semasa disoal semula oleh peguamnya, SP2 menyatakan bahawa D1 yang menghubunginya melalui telefon. Bagaimanapun, Mahkamah meragui keterangan ini memandangkan tiada sebarang keterangan jelas yang dikemukakan yang menunjukkan bagaimana SP2 mengenali D1. Apa yang jelas, keterangan SP2 adalah berubah-ubah dan tidak konsisten.
33
Atas alasan ini, Mahkamah berpendapat bahawa SP2 bukan merupakan saksi yang kredibal dan boleh dipercayai. Terdapat kesamaran dan percanggahan yang ketara dalam keterangan-keterangannya yang boleh membuatkan Mahkamah ini membuat satu dapatan bahawa SP2 mereka-reka keterangannya. Tiada sebarang penjelasan yang kredibal yang telah diberikan terhadap percanggahan-percanggahan ini. Ini menjejaskan keberatan keterangan (weight of evidence) terhadap keterangan yang dikemukakan oleh SP2. Atas alasan ini, Mahkamah memutuskan bahawa keterangan SP2 harus ditolak dan diabaikan kerana ianya bukan sahaja saling bercanggah, tetapi tidak bersandarkan kepada sebarang bukti yang kukuh.
34
Seterusnya, Mahkamah meneliti keterangan Plaintif (SP4).
Preamble
Mengikut laporan polisnya, dia bertolak dari Cameron Highland menaiki motorsikalnya pada pukul 5 pagi untuk balik kerumahnya ke Tampoi, Johor. Pada 6.15 – 6.30 pagi, motorsikalnya telah mengalami kemalangan apabila dihimpit dan digesel oleh motokar Proton Wira warna putih di lebuh raya Air Keroh – Senawang. Kemalangan tersebut menyebabkan motorsikalnya hilang kawalan dan terbabas melanggar penghadang jalan. Dalam laporan polisnya juga, Plaintif menyatakan telah pengsan dan tidak sedarkan diri sejurus kemalangan berlaku. Plaintif hanya sedar apabila dia telah berada di Hospital Melaka.
35
Bagaimanapun, semasa memberi keterangan di Mahkamah, Plaintif telah mengubah keterangannya dan menyatakan bahawa dia bertolak daripada Cameron Highland pada pukul 11 malam dan bukan pukul 5 pagi sebagaimana dalam laporannya. Plaintif juga menambah dalam keterangannya bahawa motokar yang menggesel motorsikalnya adalah proton wira berwarna putih, mempunyai cermin gelap dan rim gelap danmenggesel motorsikalnya dengan cermin sisi kiri motokar tersebut.
36
Terdapat tiga (3) perbezaan ketara dalam keterangan Plaintif berbanding laporan polisnya; i). mengenai masa dia bertolak dari Cameron Highland dan ii) ciri-ciri proton wira putih yang mempunyai cermin gelap dan rim gelap, dan iii) digesel oleh cermin sisi kiri motokar tersebut. Tiga (3) perkara ini tidak tercatat dalam laporan polisnya. Dalam laporan polisnya, Plaintif hanya menyatakan bahawa dia telah dihimpit disebelah kanan motorsikalnya oleh motokar proton wira berwarna putih.
37
Dalam hal ini, terdapat percanggahan antara laporan polis dan keterangan oral Plaintif di Mahkamah dan perbezaan-perbezaan tersebut, terutamanya mengenai ciri-ciri proton wira tersebut adalah merupakan perbezaan yang material. Prinsip undang-undang menetapkan bahawa sungguhpun laporan polis bukan merupakan keterangan substantif, tetapi sekiranya keterangan suatu pihak di Mahkamah adalah berbeza dengan laporan polisnya, maka ianya akan menimbulkan keraguan terhadap keredibiliti saksi dan kebenaran keterangan saksi tersebut, melainkan terdapat satu penjelasan yang memuaskan mengenai perbezaan tersebut. (rujuk kes Lim Ah Loke v Sukatno bin Kasimin & Anor [1983] 2 MLJ 162). Dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif gagal memberikan sebarang penjelasan yang munasabah mengenai perbezaan tersebut.
38
Apatah lagi, mengikut kenyataan Plaintif, dia terus pengsan dan tidak sedarkan diri selepas kemalangan berlaku. Ini bermakna Plaintif tidak mempunyai sebarang ruang dan peluang untuk mendapatkan maklumat, i.e nombor pendaftaran dan ciri-ciri pada motokar D1. Berdasarkan keterangan saksi-saksi Plaintif, Mahkamah mendapati tiada sebarang keterangan jelas yang menunjukkan bagaimana Plaintif mendapat maklumat mengenai motokar D1 atau penglibatan D1 dalam kemalangan ini.
39
Perlu diingatkan bahawa maklumat pertama kemalangan ini adalah satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai polis bernama Abdul Aziz bin Shamsudin yang melaporkan satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal JTC 8325 yang terbabas sendiri KM 233.9 Arah Selatan Lebuhraya Plus. Berdasarkan maklumat awal ini, tiada sebarang kenyataan mengenai penglibatan motokar D1 dalam kemalangan ini.
40
Mahkamah seterusnya akan membincangkan penglibatan D1 dalam kemalangan ini sebagaimana yang didakwa oleh Plaintif.
Preamble
Mengikut rekod, Plaintif dirawat di Hospital Melaka daripada 24.11.2019 sehingga 10.12.2019. Keterangan menunjukkan bahawa pada 11.12.2019, iaitu sehari selepas Plaintif keluar hospital, D1 telah membuat satu laporan polis bahawa motokarnya telah melanggar motorsikal Plaintif.
41
Untuk kemalangan ini, D1 telah membuat dua (2) laporan polis. Laporan polis pertama D1 dibuat pada 11.12.2019 iaitu sehari selepas Plaintif didiscaj daripada hospital. Laporan tersebut berbunyi :- “Pada 24/11/2019 semasa saya memandu motokar No. WGN 9686 jenis Proton Wira di jalan Leboh Raya Pedas Linggi, saya ada terlibat kemalangan jalan raya iaitu semasa itu saya mendapati sebuah motosikal No. JTC 8325 telah menggesel motokar saya dan motorsikal itu terbabas ditepi jalan dan telah dibawa ke Hospital Melaka. Pada 2/12/2019 saya telah berjumpa keluarga mangsa di hospital Melaka dan bagitahu akan buat laporan polis, inilah repot saya.”
42
Laporan kedua yang merupakan laporan pembetulan telah dibuat sehari kemudiannya pada 12.12.2019 yang menyatakan :- “Pada 12/12/2019 jam lebih kurang 1800HRS saya datang ke balai polis buat pembetulan repot bersangkut trafik Rembau:2720/19 berkenaan alamat tempat tinggal: Lot 1231 No.2 Batu 7 Kampung Gangsa Durian Tunggal, Melaka. Pembetulan kedua adalah berkenaan kejadian kemalangan tersebut motokar saya telah bergesel dengan motosikal no pendaftaran: JTC 8325. Saya datang balai untuk buat laporan. Sekian laporan saya.”
43
Jika diperhatikan, terdapat perbezaan dalam kedua-dua laporan tersebut. Laporan pertama adalah lebih terperinci dimana D1 menyatakan bahawa dia telah bertemu dengan keluarga mangsa, i.e keluarga Plaintif di Hospital Melaka pada 2.12.2019 dan telah memberitahu mereka bahawa dia akan membuat satu laporan mengenai kemalangan yang berlaku. Bagaimanapun, sehari selepas itu, D1 telah pergi membuat laporan pembetulan terhadap laporannya dengan memasukkan alamatnya dan membuang kenyataannya sebelum ini berkenaan perjumpaannya dengan keluarga Plaintif diHospital Melaka.
44
Mahkamah mendapati bahawa tiada sebarang penjelasan yang telah diberikan oleh D1 mengenai keperluannya untuk membuat pindaan terhadap laporan polis pertamanya. Apa yang pasti, pindaan yang dibuat terhadap laporan polis kedua bermakna terdapat perbezaan yang gagal dijelaskan oleh D1 diantara kedua-dua laporan tersebut. Dalam kes ini, D1 langsung tidak hadir untuk memberi keterangan. Sebagaimana yang dinyatakan di atas, sebarang perbezaan atau percanggahan dalam keterangan saksi akan menggugat keberatan keterangan tersebut (weight of the evidence). Perkara ini menimbulkan keraguan ke atas kebenaran terhadap kandungan dalam laporan-laporan polis D1. Atas alasan ini, Mahkamah turut memutuskan bahawa laporan polis D1 tidak boleh dijadikan sandaran atau sokongan untuk Plaintif mengemukakan tuntutan ini terhadap defendan-defendan.
45
Mahkamah juga mengambil maklum berdasarkan keterangan SP1, penyiasat terdahulu iaitu S1 Othman telah mengeluarkan saman terhadap D1 berdasarkan siasatannya, dan D1 telah membayar saman tersebut. Bagaimanapun, berdasarkan keterangan-keterangan yang ada, Mahkamah ini mendapati bahawa tiada asas dan keterangan yang yang boleh menyokong tindakan SI Othman mengeluarkan saman tersebut terhadap D1 kerana tiada sebarang keterangan yang boleh diterima yang ada dihadapan Mahkamah yang menunjukkan bahawa D1 turut terlibat dalam kemalangan ini.
46
Sebaliknya, berdasarkan keterangan-keterangan yang ada, Plaintif gagal membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa motorsikalnya telah dilanggar oleh motokar D1. Inferens yang boleh dibuat berdasarkan keterangan-keterangan yang ada juga mendapati bahawa motorsikal Plaintif telah terbabas sendiri tanpa dilanggar atau melanggar mana-mana kenderaan lain. Untuk mengaut keuntungan daripada tuntutan insurance, Plaintif telah membuat satu pakatan atau komplot penipuan dengan D1 dimana kedua-duanya berpakat supaya D1 membuat satu laporan polis yang akan menunjukkan bahawa motorsikal Plaintif telah dilanggar atau digesel oleh motokar D1.
47
Atas alasan-alasan tersebut, Mahkamah memutuskan atas imbangan kebarangkalian bahawa Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan dan pada masa yang sama turut memutuskan bahawa bahawa tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah merupakan satu tuntutan yang berasaskan frod atau penipuan antara Plaintif dan D1.
48
Untuk kuantum, pada bahagian Gantirugi Am, HMS yang bijaksana telah mengawadkan :- i. Traumatic Brain Injury sebanyak RM50,000. ii. Fracture Left Acetabulum sebanyak RM30,000.
49
HMS tidak memberikan sebarang awad terhadap gantirugi khas yang dituntut oleh Plaintif.
50
Dalam penghujahannya, Plaintif/Perayu hanya mempertikaikan keputusan HMS yang mengawadkan sejumlah RM50,000 kepada kecederaan “ Traumatic Brain Injury” dengan alasan jumlah tersebut adalah terlalu rendah untuk kecederaan tersebut dengan (Glasgow Coma Score 3/15).
51
Bagaimanapun, Mahkamah mendapati tiada sebarang keterangan yang dikemukakan oleh Plaintif yang menunjukkan bahawa kecederaan ‘Traumatic Brain Injury” yang dialami oleh Plaintif telah meninggalkan kesan atau residual yang berlarutan yang menyebabkan Plaintif masih mengalami kesan-kesan berpanjangan daripada kecederaan tersebut. Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa jumlah RM50,000 yang telah diberikan oleh HMS adalah satu jumlah yang munasabah dan mengikut kadar semasa.
52
Dengan ini, Mahkamah memutuskan bahawa rayuan pihak Plaintif/Perayu terhadap kedua-dua isu liability dan kuantum ditolak dengan kos. Bertarikh : 7 Ogos 2025 t.t (WAN FADHILAH NOR WAN IDRIS) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN Peguam pihak Perayu : En. Varinder Singh Gill Tetuan Raghbir Singh, Norizan & Co. Peguam pihak Responden Pertama & Kedua : En. Mahadevan Ramadas Tetuan R M Das & Partner Peguam pihak Responden Ketiga : En. Kunalan a/l Seevalingam
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.