“Serious offence” The words “serious offence” denote an offence punishable with imprisonment for a term of ten years or more.” [46] Selain jenayah yang dilakukan OKT ini melibatkan senjata api secara haram hukuman berat dan keras adalah wajar bagi memberi impak kepada OKT dan masyarakat luar agar tidak sewenang-wenangnya bertindak melibatkan diri dengan kegiatan jenayah di luar batasan undang-undang sehingga menjadi ancaman keselamatan dan ketenteraman orang awam yang lain yang sudah semestinya mahukan kehidupan yang selamat, aman dan tenteram daripada sebarang perbuatan jenayah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, instrument undang-undang sewajarnya menjadi pelindung kepada kehendak, kepentingan dan hak masyarakat awam bagi melindungi kehidupan awam daripada kegiatan jenayah yang merbahaya. [47] Jika hukuman terlalu ringan diberikan, dikhuatiri ianya tidak akan memberikan kesan atau impak pengajaran kepada pesalah S/N zVvpoyMJdkqCCMfIzcSWg malah ianya akan menjadi sindiran dan kritikan sahaja tidak setimpal dengan kesalahan sekaligus gagal mencapai hasrat dan matlamat Parlimen untuk mencegah dan membendung aktiviti jenayah bersenjata api yang semakin meningkat dan membimbangkan. [48] Mahkamah juga menyatakan bahawa adalah menjadi hasrat Parlimen dalam menggubal Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 adalah untuk membendung penyalahgunaan senjata api di kalangan masyarakat. Ini adalah berdasarkan kes rujukan Mahkamah Rayuan iaitu kes Wan Muhammad Azrami bin Wan Zullkifli v Public Prosecutor and other appeals [2024] 3 MLJ 714, Mahkamah rayuan di dalam membenarkan rayuan hukuman dan mengekalkan sabitan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 telah menyentuh mengenai kehendak Parlimen dalam menggubal Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 tersebut dan telah memutuskan :- “[45] With regard to the appeals against sentence, it is trite law that when the punishment to any offence is amended to a heavier punishment, it is the intention of the Parliament to perceive such offence as serious. Therefore, in arriving to our decision for appeal against sentence in these appeals, we are guided by the decision Abdul Malik Ishak JCA in the case of Yong Kar Mun v Public Prosecutor [2012] 6 MLJ 209 as follows: S/N zVvpoyMJdkqCCMfIzcSWg [82] We will now refer to the Hansard in order to understand the true purpose and intention of the Act. At the third Parliamentary sitting of the ‘Dewan Ra’ayat’ (House of Representatives) on 27 July 1971, the Honourable Attorney General Tan Sri Abdul Kadir bin Yusof (‘AG’) said at p 3850 of the Hansard: What we are bringing here is an amendment for an enhanced, a higher, penalty for committing robbery and kidnapping and other offences as stated there, four types, if they used firearms; if they used penukul, paku, or parang or any other weapon it is just like ordinary crime. But what we are going to kill is the use of firearms, bomb and grenade, when committing crimes because this is on the increase now.” [49] Mahkamah ini juga telah membuat rujukan terhadap trend hukuman kes-kes otoriti hukuman wajar dan setimpal terhadap OKT berdasarkan kes PP v. Chung Kwong Huah [1981] 1 MLRH 667; [1981] 1 MLJ 316, sebagai rujukan dan panduan hukuman. Di dalam kes tersebut, OKT telah mengaku salah terhadap dua (2) pertuduhan di bawah Seksyen 9 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 3 Akta Senjata Api 1960. HMT Chan J di dalam kes ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan 6 sebatan bagi kesalahan di bawah Seksyen 9 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan 3 tahun penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api 1960 yang mana ianya berjalan serentak. S/N zVvpoyMJdkqCCMfIzcSWg [50] Berdasarkan kes-kes di atas, adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman perlulah memberi signifikasi mengenai keseriusan sesuatu kesalahan tersebut kepada masyarakat awam. Oleh yang demikian, hukuman pemenjaraan selama 10 tahun dari tarikh OKT ditangkap dan 6 sebatan adalah wajar dan munasabah. PESALAH PERTAMA [51] Selain faktor-faktor penghukuman di atas, faktor lain yang telah diambil kira oleh Mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT adalah faktor bahawa OKT adalah pesalah pertama. Tiada rekod lampau bagi kesalahan yang sama telah dikemukakan oleh Timbalan Pendakwaraya. Oleh itu, ini melayakkan OKT untuk tidak dijatuhkan dengan hukuman pemenjaraan mandatori dan diskaun patut diberikan. [52] Namun, Mahkamah telah merujuk kepada kes PP v Teh Ah Cheng [1976] 2 MLJ 186 yang mana walaupun tertuduh adalah pesalah muda, pesalah pertama dan mengaku salah, kepentingan awam masih menjadi keutamaan. Oleh yang demikian, hukuman penjara selama 10 tahun dari tarikh tangkap dan 6 sebatan adalah wajar dan munasabah. PENGAKUAN SALAH [53] Mahkamah ini juga bertanggungjawab bagi mengimbangi di antara keperluan memberi kepentingan awam dan S/N zVvpoyMJdkqCCMfIzcSWg kepentingan OKT pada masa yang sama dalam menjatuhkan hukuman yang setimpal. Pengakuan salah OKT pada sebutan kali ke-9 dan setelah tarikh perbicaraan telah ditetapkan, dan setelah pertuduhan dibacakan semula telah menjimatkan masa Mahkamah yang Mulia ini. Mahkamah telah merujuk kepada kes Tan Ley Chen v. PP [2000] 4 CLJ 492, sebagaimana berikut: “In the imposing a right sentence in accordance with judicial principles clearly contemplates, inter alia, a consideration of the mitigating circumstances in favour of the person to be sentenced. It is generally accepted that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty. (see Sau Soo Kim v. PP [1975] 1 LNS 158; [1975] 2 MLJ 134; PP v. Sulaiman Ahmad [1992] 3 CLJ 447 (Rep); [1993] 1 MLJ 74; PP v. Ravindran & Ors [1992] 1 LNS 47; ;[1993] 1 MLJ 45).” [54] Kesulitan bagi pihak Pendakwaraya bagi memanggil saksi-saksi serta menjalankan perbicaraan dalam usaha OKT mencari peluang melepaskan diri sekiranya pihak Pendakwaraya gagal membuktikan kes, dapat dielakkan dengan pengakuan salah OKT. Walaupun diskaun telah diberikan, Mahkamah ini menegaskan bahawa kepentingan awam mengatasi kesemua faktor lain dalam menjatuhkan hukuman. S/N zVvpoyMJdkqCCMfIzcSWg LATAR BELAKANG RESPONDEN, UMUR & KESIHATAN [55] Mahkamah juga telah menimbangkan umur OKT adalah 43 tahun semasa pertuduhan di bacakan. OKT juga menurut mitigasi peguam menanggung isterinya dan dua (2) orang anak tirinya. Selain itu, OKT juga masih mempunyai ibu bapa yang tua dan menurut peguambela bekerja kampung di Johor Bahru. OKT kerja berniaga sendiri dan mempunyai pendapatan dan semasa di tahan di Bazar Ramadhan Kuala Selangor OKT masih dalam tempoh berbulan madu. OKT masih mempunyai kesihatan yang baik bagi menjalani hukuman penjara. [56] Mahkamah ini merujuk kepada kes Tang Ka Wak v PP [2017] MLJU 2036, di mana Anselm Charles JC memutuskan seperti berikut :- “[30] ….It is this court’s view that a jail sentence to a person of the of the appellant’s age and condition is much more severe than it would be to a younger person and to a person in better health. Further, taking into consideration the appellant’s age and health the objectives of punishment such as reform and rehabilitation as well as deterrence from committing an offence of similar nature by the appellant are not factors that would feature highly as would a younger person. [31] … [32] In the same vein, in the English case of R v Clarke , R v Cooper – [2017] All ER (D) 67 (Apr), the Court of Appeal stated : S/N zVvpoyMJdkqCCMfIzcSWg “Whilst we consider that an offender’s diminished life expectancy, his age, health and the prospect of dying in prison are factors legitimately to be taken into account in passing sentence, they have to be balanced against the gravity of the offending, (including the harm done to victims), and the public interest in setting appropriate punishment for very serious crimes.” [Emphasis added] KESIMPULAN [57] Faktor kepentingan awam telah menjadi pertimbangan yang utama dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT bagi kes ini. Walaupun Mahkamah telah mempertimbangkan faktor lain termasuk kepentingan OKT namun kepentingan awam dan keseriusan kesalahan ini telah mendahului faktor lain. [58] Atas alasan-alasan di atas, Mahkamah yang Mulia ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dari tarikh tangkap dan 6 sebatan terhadap OKT. Disediakan oleh: (NURUL MARDHIAH BINTI MOHAMMED REDZA) Hakim Mahkamah Sesyen & Majistret Kuala Selangor Selangor S/N zVvpoyMJdkqCCMfIzcSWg