[52] Responden pula menegaskan bahawa siasatan oleh SP6 adalah memadai untuk membuktikan pertuduhan. Responden merujuk kepada kes Konradt Prosch v Public Prosecutor [2021] 2 MLJ 451, di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kegagalan siasatan tertentu tidak menjejaskan kes jika bukti lain mencukupi. [29] Next, it was the appellant’s contention that the investigation in the present case was incomplete and flawed on the following grounds……….: [16] In relation to this issue, we find that the evidence against the appellant is overwhelming and there is no gap in the prosecution’s case. The prosecution had established all the elements to prove the charge of trafficking in dangerous drugs against the appellant. Therefore, the failure to investigate the contents of the appellant’s handphone is not fatal to the prosecution’s case. Further, the applicant did not furnish any detailed particulars of the person named Mike to enable the police to commence an investigation on Mike. [31] Next, the DNA evidence is only corroborative evidence and its absence does not affect the prosecution’s case if there are other evidence to prove the charge against the accused as in the present case. This court in Francis Abichi Odike v Public Prosecutor [2015] MLJU 816 had decided as follows: Having said that, the DNA evidence or fingerprint lifting are only corroborative in nature when all other important ingredients of the offence, i.e. custody and control, actual possession and knowledge are proven. When the evidence are overwhelming, the DNA evidence or the contamination thereof becomes irrelevant. [32] Hence, the complaint about the incomplete and flawed investigation in the present case is untenable. [53] Dalam kes MOHAMMAD HAFIZUL RASHID BIN EMMY JEFRI V PP [2023] MLJU 518 telah diputuskan bahawa apabila kes pendakwaan adalah berdasarkan keterangan langsung dan bukannya keterangan sokongan, Tertuduh tidak boleh mendakwa bahawa Tertuduh telah diprejudiskan dan siasatan yang dijalankan adalah tidak lengkap atau tidak adil. “[33] We agree with the Prosecution that there is no evidence to show that the police had failed to conduct complete and exclusive investigation. In any event the same issue had been brought to the High Court judge’s attention during the trial. The High Court judge has made a finding that the police had conducted a fair and complete investigation. We reproduce the observation made at paragraphs 81 to 85 of the grounds of judgment as follows - “Unfair and incomplete investigation [81] Learned defence counsel further submitted that the investigation in the case was unfair and incomplete. [82] This was based on several factors which included the IO failing to check as to the ownership of the bag (P5) by paying a visit to the Social Institute of Malaysia to investigate whether the Accused was indeed employed there, failure to explain why there was no search list in connection with the seizure of the clothing’s and cash, failure to take photographs of the damage to the main door, failure to test whether P5 could fit through the kitchen grill, failure to do fingerprint dusting or DNA testing and failure to draw up a sketch plan. [83] Most of these allegations advanced by the defence concern matters which are merely corroborative of the narrative of facts advanced by the prosecution. The prosecution case, however, is based upon direct evidence. While in cases in which the evidence is of a circumstantial nature, these matters may assume cardinal importance, this is less so where the evidence is direct. [84] The main plank of the prosecution case rests upon what the witnesses saw which clearly linked the impugned drugs to the Accused person and no one else. No one else besides the Accused was also in the premises during the raid. [85] Under these circumstances, it cannot be said that the said allegations made by the defence prejudiced the prosecution case in any manner nor does it necessarily lead to the case being classified as one being subject to an unfair or incomplete investigation.” [34] Based on the above finding, we find this issue raised by the Appellant also has no merit. [54] Mahkamah ini berpendapat bahawa dalam kes yang melibatkan amang seksual, keterangan yang paling penting adalah keterangan serta kredibiliti mangsa. Keterangan yang lain adalah bersifat koroboratif. [55] Keterangan dari kaunselor dan pengetua hanya akan mengulangi apa yang SP3 telah ceritakan kepada mereka. Manakala keterangan bekas teman lelaki SP3 akan berkisar pada insiden khalwat beliau dengan SP3, suatu fakta yang telah diakui sendiri oleh OKT. Ianya tidak akan memberikan sebarang nilai tambah terhadap kes pendakwaan mahupun pembelaan Tertuduh. [56] Walaupun kandungan telefon bimbit SP3 boleh sedikit sebanyak memberikan pencerahan berkenaan alegasi SP3, namun SP3 dalam keterangan mengatakan bahawa beliau telahpun memadamkan pesanan ringkas yang telah dihantar oleh Tertuduh kepada beliau. Justeru sebarang siasatan forensik telefon bimbit model lama tersebut tidak akan membantu. [57] Analisa DNA dalam kereta tidak akan membantu memandangkan laporan polis SP3 dibuat selepas satu bulan dari masa kejadian dan berpandukan dari keterangan bapa mertua Tertuduh, iaitu SP4, kereta tersebut digunakan juga oleh ahli keluarga lain isteri Tertuduh dan sudah pasti sebarang DNA yang ada akan tercemar. [58] Berkenaan rakaman CCTV, SP6 mengatakan bahawa terdapatnya looping pada rakaman tersebut dan rakaman tidak dapat diperolehi. Tujuan rakaman CCTV adalah untuk membuktikan samada sememangnya SP3 berada dalam kereta Myvi Tertuduh sedangkan Tertuduh dan isteri beliau iaitu SP2 mengatakan Tertuduh berada di rumah pada masa kejadian didakwa. [59] Berkenaan perkara ini keterangan SP3 disokong oleh SP5 pegawal keselamatan yang mengatakan beliau nampak Tertuduh telah keluar dari MRSM pada malam tersebut dan menurunkan cermin kereta semasa melintasi SP5. SP5 adalah saksi bebas yang tiada kepentingan dalam kes ini. Dalam keadaan tersebut adalah boleh dirumuskan bahawa Tertuduh dan isteri beliau berbohong semasa mengatakan bahawa Tertuduh tidak keluar kemana-mana pada malam kejadian tersebut. Tambahan pula tiada keterangan dikemukakan tentang keberadaan kereta Myvi tersebut pada malam kejadian. [60] Malah SP1 Ustaz Faizal juga semasa pemeriksaan semula mengesahkan perkara berkenaan pergerakan kereta Myvi kuning pada hari kejadian yang merupakan pengesahan yang paling awal dari SP5: Saya setuju. Selepas keterangan Aqlima kepada saya, keesokkan hari saya berjumpa pengawal keselamatan bernama Ramli dan dia menyatakan ada kereta Myvi kuning yang di pandu oleh En Basit 25 keluar dan masuk semula [61] Tertuduh dan isteri beliau SD2 tidak membuat sebarang laporan polis mengenai keberadaan Tertuduh pada malam tersebut sebagai satu notis alibi. Sekiranya laporan polis dibuat, pihak polis dapat membuat penyiasatan dan sekiranya benar Tertuduh tidak melakukan apa-apa kesalahan, sudah tentu hasil siasatan pihak polis tersebut akan membantu pembelaan Tertuduh. [62] Mahkamah ini bersetuju dengan Hakim bcara bahawa pembelaan Tertuduh adalah suatu yang merupakan alibi. Mahkamah ini berpendapat bahawa Tertuduh bergantung kepada pembelaan alibi untuk membebaskan dirinya daripada semua tuduhan. Tidak dapat disangkal bahawa tiada notis alibi diberikan oleh Tertuduh di bawah seksyen 402A(2) KTJ. Oleh demikian Hakim Bicara secara tepat telah mengecualikan pembelaan alibi. Rujukan dibuat kepada kes Mahkamah Persekutuan Benjamin William Hawkes lwn Pendakwa Raya [2020] 8 CLJ 267; [2020] 5 MLJ 417, di mana dinyatakan bahawa: ""Under S. 402A of the CPC, the word used is "shall have given notice..." failure in which, renders the evidence in support of the defence of alibi inadmissible," " C) Kredibiliti Keterangan SP3 [63] Tertuduh berhujah bahawa keterangan SP3 adalah tidak konsisten dan tidak boleh dianggap “unusually convincing”. [64] Responden menegaskan bahawa keterangan SP3 adalah konsisten dan kredibel. Responden merujuk kepada kes Public Prosecutor v Mohammed Liton Mohammed Syed Malik [2008] 1 SLR(R) 601, Herchun Singh & Ors v Public Prosecutor [1969] 1 LNS 52, serta kes PP lwn Mohamad Malek Ridhzuan Che Hassan [2013] 8 CLJ 359. [65] Dari pengamatan Hakim Bicara semasa perbicaraan, beliau telah merumuskan berikut mengenai SP3: [45] Keterangan mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak yang berusia 15 tahun 5 bulan dan 30 hari sewaktu kejadian dan berusia 19 tahun 5 bulan dan 16 hari semasa memberikan keterangan di Mahkamah adalah diterima. Mangsa memberikan keterangan secara bersumpah. Mahkamah mendapati keterangan mangsa adalah sangat terperinci dan konsisten. Mangsa dapat menjelaskan kronologi kejadian amang seksual tersebut secara terperinci, lokasi kejadian, bagaimana posisi mangsa dan Tertuduh, mangsa dapat mengingati pakaian yang dipakai oleh mangsa dan dapat menjelaskan setiap perbuatan yang dilakukan oleh Tertuduh terhadap diri mangsa. Mangsa juga dapat menunjukkan bagaimana kejadian amang seksual tersebut berlaku dengan menggunakan patung anatomi. [46] Walaupun mangsa telah diasak dengan pemeriksaan balas yang panjang lebar dan sukar oleh pihak pembelaan, mangsa masih kekal konsisten dengan penceritaannya dari awal sehingga ke akhir perBicaraan. Mangsa tidak mungkin dapat menceritakan fakta-fakta serta perlakuan-perlakuan seksual tersebut dengan terperinci sekiranya kejadian tersebut tidak berlaku. Tidak terdapat sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa mangsa mereka-reka cerita ataupun memberikan keterangan palsu mengenai perbuatan seksual Tertuduh. [48] Selain itu, Mahkamah juga mendapati mangsa tidak mengelak daripada menjawab soalan-soalan dari pihak pembelaan termasuklah tindakan disiplin yang pernah dijatuhkan kepada mangsa oleh pihak sekolah walaupun perkara tersebut boleh dianggap sebagai perkara yang sensitif kepada mangsa (lihat eksibit IDD1). [50] Mahkamah mendapati keterangan mangsa adalah sangat terperinci dan juga konsisten. Mangsa dapat menjelaskan kronologi kejadian cabul tersebut secara terperinci di mana perkara tersebut tidak mampu dilakukan oleh mangsa sekiranya mangsa tidak mengalami kejadian itu sendiri. Penceritaan mangsa kekal konsisten walaupun mangsa telah berulang kali diasak mengenai kejadian yang berlaku pada malam tersebut oleh pihak pembelaan. Mangsa juga tidak mengelak daripada menjawab soalan-soalan berkaitan dengan tindakan disiplin yang pernah dijatuhkan kepadanya oleh pihak sekolah di mana perkara tersebut merupakan perkara peribadi kepada mangsa. Walaupun, mangsa telah diasak dengan pelbagai soalan oleh pihak pembelaan, mangsa tetap konsisten dengan penceritaan mangsa dari awal sehingga ke akhir perBicaraan. Mahkamah mendapati mangsa adalah seorang yang kompeten dan kredibel dan keterangan mangsa adalah sangat menyakinkan “unusually convincing”. Keterangan mangsa adalah kukuh dan tidak memerlukan keterangan sokongan. (rujuk kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP & Another Appeal [2015] 2 CLJ 145; Public Prosecutor v Mardai [1950] 16 MLJ 33; Public Prosecutor v Mohammed Liton Mohammed Syeed Malik [2008] 1 SLR 601). (Jilid 1ms. 62-67) [125] Mahkamah mendapati pembelaan Tertuduh yang mengatakan mangsa mempunyai perasaan tidak puas hati, marah dan dendam serta mempunyai motif jahat terhadap Tertuduh kerana ditamatkan keahlian daripada pasukan silat elit pelapis telah tidak dibuktikan oleh pihak pembelaan di Mahkamah dan dakwaan-dakwaan tersebut adalah merupakan suatu pemikiran terkemudian. [66] Di dalam kes Amri Ibrahim & Anor v. PP [2017] 1 CLJ 617, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “[51] It is trite law that the view of the trial judge as to the credibility of a witness must be given proper weight and consideration. An appellate court should be slow in disturbing such finding of fact arrived at by the trial judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there were substantial and compelling reasons for disagreeing.” [67] Hakim Bicara juga telah merekodkan dalam nota keterangan pengamatan beliau bahawa SP3 menangis semasa pengecaman Tertuduh yang berada dalam kandang Tertuduh. [68] Tertuduh telah menimbulkan isu bahawa laporan polis SP3 adalah tidak lengkap. Semasa memberi keterangan SP3 juga telah menerangkan tentang ketinggalan pada laporan polis beliau semasa pemeriksaan semula: Rujuk P7, baris ke 6-7 "...cikgu Basit mengarahkan saya berbaring dan kemudian telah memasukkan tangannya ke dalam baju saya" Kenapa dalam report kamu tidak nyatakan perihal cikgu Basit meramas, mencium dan menghisap payu dara kamu? Disebabkan pada ketika itu saya merasa gementar kerana baru pertama kali membuat laporan polis dan masih terkejut dengan kejadian yang telah berlaku. Namun setelah berasa tenang sedikit barulah saya memaklumkan tindakan En basit yang meramas, mencium dan menghisap payu dara saya kepada pegawai penyiasat, Inspektor Amira. [69] Semasa hujahan Peguam Tertuduh menimbulkan isu bahawa semasa memberi keterangan SP3 telah mengatakan beliau telah disentuh di ‘dubur’. Untuk mendapatkan kepastian rakaman RVT telah dimainkan di Mahkamah dan pihak-pihak kemudiannya bersetuju perkataan yang digunakan sebenarnya adalah ‘tubuh’. [70] Dalam kes Chiu Nang Hong v. PP [1964] CLJU 24; [1964] 1 LNS 24; [1965] 1 MLJ 40, Privy Council telah mengatakan berikut: ... where the learned Judge had in mind the risk of convicting without corroboration, but nevertheless decided to do so because he was convinced of the truth of the complainant's evidence.... a judge sitting alone, should.... make it clear that he has the risk in question in his mind, but nevertheless is convinced that the evidence, even though uncorroborated, that the case against the accused is established beyond reasonable doubt. No particular form of words is necessary for this purpose: what is necessary is that the judge's mind upon the matter should be clearly revealed. [71] Dari pengamatan nota keterangan ada kedapatan beberapa percanggahan dalam keterangan SP3, namun percanggahan kecil tidak menjejaskan kredibiliti mangsa dalam dalam sesuatu kes seksual, dan keterangan mangsa boleh berdiri sendiri tanpa sokongan. Lebih-lebih dalam kes ini pengadu SP3 adalah seorang kanak-kanak berusia 15 tahun semasa kejadian dan keterangan di Mahkamah diberikan 3 tahun selepas kejadian. Rujukan dibuat kepada prinsip dalam kes India State of Punjab v Gurmit Singh & Ors AIR 1996 SC 1393. [72] Dalam kes Teo Keng Pong v. Public Prosecutor [1996] 3 SLR 329 di mana istilah luar biasa meyakinkan telah dinyatakan oleh YAA Yong Pung How CJ seperti yang berikut: "I would add that there is nothing magical about the words 'unusually convincing.' They are but another way of saying that the witness's testimony was so convincing that the prosecution's case was proven beyond reasonable doubt, solely on the basis of that evidence." D) Kesilapan Hakim Bicara [73] Tertuduh juga menghujahkan Hakim Bicara telah melakukan kesilapan dalam membuat keputusan pada peringkat Bicara memandangkan telah gagal menilai percanggahan keterangan SP3 dan kelompongan siasatan SP6 yang menyebabkan sabitan tidak selamat. Mahkamah ini berpendapat hujahan sedemikian adalah tidak tepat memandang Hakim Bicara tidak tersalah arah. Mahkamah ini berpendapat versi pembelaan yang timbul pada peringkat semasa kes pembelaan adalah sesuatu “afterthought”. [74] Di dalam kes Hari Bahadur Ghale v. PP [2012] 2 CLJ 1006, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Abdul Malik Ishak HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: [83] And where a party fails to cross-examine a witness on his evidence or any particular part of it, like the present appeal, such failure amounts to implied acceptance of the evidence and that party is not allowed to challenge it later (Walter Berkley Hart [1932] 23 Cr. App R 202; R. v. Bircham [1972] Crim. LR 430; Kevin Fenlon, Raymond Frank Neal, Gary Steven Neal [1980] 71 Cr App R 307; and R. v. Wood Green Crown Court, ex. P. Taylor [1995] Crim LR 879). The reason for this simple rule is this. That the rule exists to ensure fairness to the witness and to the court in that it gives an opportunity to the witness to put his case in the face of any contradiction which he plans to make to his testimony (per Lord Halsbury in Browne v. Dunn [1893] 6 R. 67, at p. 76). [84] Witnesses should be challenged when they are in the witness box and the failure to do so should be held against the accused (Re Pichi Muthu [1970] CLJU 138; ; [1970] 1 LNS 138; PP v. Abang Abdul Rahman [1981] CLJU 169; ; [1981] 1 LNS 169; Chua Beow Huat v. PP [1968] CLJU 24; ; [1968] 1 LNS 24; A.E.G. Carapiet v. A.Y. Derderian [1961] AIR Cal 359; Browne v. Dunn (supra); Rosita Baharom & Anor v. Sabedin Salleh [1992] 1 CLJ 180; ; [1992] 3 CLJ (Rep) 497; Rex v. Velayuthan [1935] CLJU 81; ; [1935] 1 LNS 81; Aik Ming (M) Sdn Bhd & Ors v. Chang Ching Chuen & Ors and Another Case [1995] 3 CLJ 639 CA; PP v. Mohd Fahmi Hamzah [2002] CLJU 59; ; [2002] 1 LNS 59; Ayoromi Helen v. PP [2005] 1 CLJ 1, CA; and PP v. Ee Boon Keat [2006] 5 CLJ 436). [75] Malah, apa yang ketara adalah kegagalan untuk menyoal SP3 semasa pemeriksaan balas berkenaan fakta-fakta yang penting. Yang lebih ketara adalah kegagalan mengemukakan versi kes pembelaan semasa pemeriksaan balas tersebut yang mana jika dikemukakan, akan membolehkan Hakim Bicara menilai jawapan SP3 berkenaan versi pembelaan tersebut. [76] Dalam kes Mahkamah Persekutuan Siew Yoke Keong [2013] 3 MLJ 630 telah diputuskan seperti berikut:- [47] Although failure on the part of the defence to put its case to the material prosecution's witness, can never by itself relieve the prosecution of its duty to prove the charge against the accused beyond reasonable doubt (Alcontara v Public Prosecutor), such failure by the defence did have serious implication on the accused's credibility and the weight to be attached to his evidence. The necessity of putting the essence of his case to the material prosecution's witness is not a mere technical rule of evidence. It is a rule of essential justice. In Public Prosecutor v Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (No 3) [1999] 2 MLJ 1 at pp 193–194 Augustine Paul J (as he then was) said: The nature of the defence is to be ascertained not only from the evidence of the accused himself but also from the trend of the cross-examination of the prosecution witnesses and from the arguments of the accused's counsel at the close of the trial (see Kuli E Ors v Emperor AIR 1930 Call 442). It is therefore important for the accused to put his essential and material case to the prosecution witnesses in cross-examination. This is a principle of essential justice and was neatly stated by Mukhrji Jin AEG Carapiet v AY Derderian AIR 1961 Cal 359 in the following terms: The law is clear on the subject. Wherever the opponent has declined to avail himself of the opportunity to put his essential and material case in cross-examination, it must follow that he believed that the testimony given could not be disputed at all. It is wrong to think that is merely a technical rule of evidence. It is a rule of essential justice. It serves to prevent surprise at trial and miscarriage of justice, because it gives notice to the other side of the actual case that is going to be made when the turn of the party on whose behalf the cross-examination is being made comes to give and lead evidence by producing witnesses. It has been stated on high authority of the House of Lords that this much a counsel is bound to do when cross-examining that he must put to each of his opponent's witnesses in turn, so much of his own case as concerns that particular witness or in which that witness had any share. If he asks no guestion with regard to this, then he must be taken to accept the plaintiff's account in its entirety. Such failure leads to miscarriage of justice, first by springing surprise upon the party when he has finished the evidence of his witnesses and when he has no further chance to meet the new case made which was never put and secondly, because such subseguent testimony has no chance of being tested and corroborated. [77] Justeru itu, Mahkamah ini berpendapat tidak terdapat sebarang kekhilafan mahupun salah arah oleh Hakim Bicara dalam menilai keseluruhan keterangan sebelum membuat keputusan. DAPATAN MAHKAMAH INI [78] Dalam kes PP v Mohamad Malek Ridhzuan bin Che Hassan [2013] MLJU 762, Dato Haji Mohd Zawawi bin Salleh JCA (pada semasa itu) mengatakan seperti berikut: “[20] Walaupun tidak terdapat peruntukan undang-undang di Malaysia yang mengkehendaki bahawa keterangan pengadu dalam kes-kes seksual memerlukan terangan sokongan, namun adalah menjadi amalan Mahkamah untuk melihat keterangan demikian. Amalan ini telah dijelaskan dalam kes Din v P.P [1964] MLJ 30 seperti berikut: "But the desirability for corroboration of the evidence of the prosecutrix in a rape case (which in any event has not yet crystallized into something approaching a rule of law and which is still a rule of practice and of prudence) springs not from the nature of the witness but from the nature of the offence. Never has it been suggested that the evidence of a woman as such invariably calls for corroboration. If a woman says her handbag has been snatched and if she is believed there can be no question of a conviction on such evidence being open to attack for want of corroboration. If, however, she complains of having been raped then both prudence and practice demand that evidence should be corroborated." [22] Walau apa pun jua, pada pandangan kami, sekiranya keterangan pengadu adalah "unusually convincing", sabitan dalam kes-kes seksual boleh dibuat tanpa keterangan sokongan. Kami bersetuju dengan proposisi undang yang dinyatakan di dalam kes Kwan Peng Hong v P.P [2000] 4 SLR 96 (Mahkamah Tinggi), apabila Yong Pung How CJ berkata di muka surat 104: "But I also took great care to make clear that it is dangerous to convict on the words of the complainant alone unless her evidence is unusually compelling or convincing (Tang Kin Seng v PP [197] 1 SLR 46 at 58, Teo Keng Pong v PP [1996] 3 SLR 32( at 340 and Soh Yang Tick v PP [1998] 2 SLR 42 at 50). In short, the court is to be extremely cautious is relying on the sole evidence of the complainant for a conviction. The phrase 'unusually compelling or convincing' simply means that the complainant's evidence was so convincing that the prosecution's case was proven beyond reasonable doubt, solely on the basis of that evidence.", [23] Nampaknya Mahkamah-Mahkamah di India juga telah mengambil pendekatan yang sama, iaitu sekiranya keterangan pengadu dalam kes-kes seksual adalah kredible, dan meyakinkan, ia adalah mencukupi untuk mensabitkan Tertuduh tanpa keterangan sokongan.” [79] Setelah menilai semua bukti dan hujah daripada kedua-dua pihak, Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan SP3 adalah luarbiasa meyakinkan ('unusually convincing’) dengan sendirinya dan oleh itu sabitan tersebut adalah selamat dan wajar. Mahkamah ini mendapati Hakim Bicara tidak tersalah arah dalam membuat keputusan. Sabitan terhadap Tertuduh adalah selamat dan dikekalkan. [80] Dalam kes Cantona Lim Xiang Kim v. Public Prosecutor [2020] 1 CLJ 63; [2020] 1 MLJ 544, Tengku Maimun JCA (pada ketika itu) mengatakan: "[19] As a matter of principle, an appellate court will not intervene with a decision of a trial court with whom the law entrusts the primary task of evaluating the evidence. The appellate court would only intervene if it is convinced that there was no judicial appreciation by the trier of fact of the evidence adduced at the trial and that the trial court was shown to be plainly wrong in arriving at its decision, (see UEM Group Bhd (previously known as United Engineers (M) Bhd v. Genisys Integrated System Pte Ltd & Anor [2010] 9 CLJ 785; [2018] Supp MLJ 363; Hamit bin Matusin & Ors v. Penguasa Tanah dan Survei & Anor and another appeal [2006] 2 CLJ 251; [2006] 3 MLJ 289; Public Prosecutor v. Ahmad Firdaus bin Zulkifli [2017] CLJU 113; [2017] 3 MLJ 492)." HUKUMAN [81] Dalam rayuan silang Pendakwaan, mereka mengatakan bahawa Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila hukuman yang dijatuhkan tidak mencerminkan bahawa kepentingan awam telah diambil kira. Juga bahawa Hakim Bicara tidak mengambil kira bahawa hukuman yang dijatuhkan adalah tidak memadai, dalam keadaan dimana perbicaraan penuh telah dilaksanakan. [82] Begitu juga dengan pihak Tertuduh yang juga telah merayu terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada beliau. [83] Berkenaan hukuman yang dijatuhkan, Mahkamah ini telah membuat perbandingan dengan hukuman yang dijatuhkan bagi kes-kes lain yang melibatkan amang seksual. Trend Hukuman (Seksyen 14 Akta 792) Kes Fakta Utama Umur Mangsa Hukuman Penjara Sebatan Maliki bin Suratman v PP [2019] CLJ 656 Sentuh payudara & kemaluan 15 10 tahun Tiada Ismail bin Jali v PP [2019] MLJU 390 Sentuh payudara 14 10 tahun 3 Sulaiman bin Aswari v PP 1291 Sentuh, jilat, jari dimasukkan 8 14 tahun 5 Mukhtar bin Ismail v PP Sentuh payudara & kemaluan 15 11 tahun Tiada PP v Ahmad Hafizal bin Darusalam [2019] MLJU 830 Masukkan jari 8 12 tahun 4 Md Jahangir v PP [2020] 10 MLJ 210 Pelbagai kes rujukan 11 4–10 tahun 1–2 Azman bin Mahedin v PP 1960 Sentuh punggung 12 6 tahun 2 Muhammad Shahrani v PP [2021] MLJU 2 pertuduhan (sentuhan & persetubuhan 16 8 tahun 1 Kes Fakta Utama Umur Mangsa Hukuman Penjara Sebatan 894 luar tabii) Suresh a/l Karpaya v PP [2022] MLJU 2023 Sentuhan 8 6 tahun 2 Fadzil Sulaiman v PP [2020] CLJU 1551 Pelbagai pertuduhan Semua mangsa bermur 12 tahun 4 tahun (+2 tambahan) 2 Safri Abdul Ghani v PP [2020] CLJU 1363 Rogol + amang seksual 13 15 tahun (s376) 5 tahun (s14) 4+2 Ruslan bin Bacika v PP 206 Masukkan jari 12 10 tahun 2 Mohd Sukri bin Hassan v PP [2022] MLJU 2009 Sentuhan 13 10 tahun (+3 tambahan) 2 + 4 Azman bin Arifin v PP [2023] MLJU 2799 Kes Serius 17 7 + 3 tahun 2 + 2 [84] Berdasarkan trend hukuman yang sedia ada, Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman terhadap Tertuduh perlu dipinda selaras dengan seksyen 316(b)(ii) Kanun Tatacara Jenayah dimana hukuman penjara selama 6 tahun ditambah kepada 7 tahun manakala hukuman rotan sebanyak 3 sebatan adalah dikekalkan. Mahkamah juga mengekalkan perintah Mahkamah Sesyen yang mengarahkan Tertuduh menjalani kaunseling pemulihan semasa berada di dalam tempoh tahanan di bawah s.26 Akta 792 dan selanjutnya menjalani pengawasan polis selama 2 tahun setelah tamat menjalani hukuman di bawah s.27 Akta yang sama. PERINTAH [85] Mahkamah ini memerintahkan seperti berikut:- a) Rayuan Perayu terhadap sabitan dan hukuman dalam rayuan no. JA-42JSKH-9-03/2025 adalah ditolak; b) Rayuan Perayu terhadap hukuman dalam rayuan no. JA-42JSKH-7-03/2025 dibenarkan sebahagian dimana hukuman penjara selama 6 tahun ditambah kepada 7 tahun. Bertarikh : 27-04-2026 t.t. (ABDUL FAREED BIN ABDUL GAFOOR) Pesuruhjaya KeHakiman Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru KAUNSEL : PERAYU Azlan Bin Abdul Razak Peguambela & Peguamcara Block D4-U3-13 Solaris Dutamas No. 1 Jalan Dutamas 1 50480 Kuala Lumpur RESPONDEN Nur Farah Wahida Bt. Shahudin Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Aras 2, Bangunan Dato’ Ja’afar Muhammad, Kota Iskandar 79100 Nusajaya, Johor