Kos pengubahsuaian rumah. SP1 mencadangkan bahawa Plaintif memerlukan pemasangan palang pegangan di bilik mandi dan bilik mandi sedia ada perlu diubah suai dengan merobohkan tandas, meletakkan jubin lantai yang baharu dan S/N yeVxTgfk20SfM6whkOtWoQ memasang tandas duduk dan sinki. Cadangan SP1 ini adalah berdasarkan kepada maklumat daripada pihak ketiga dan mengikut pengalamannya. Hakim Mahkamah Sesyen telah menolak tuntutan tersebut atas alasan ia adalah satu spekulasi semata-mata. Hujahan Perayu [2] Perayu berhujah bahawa alasan Hakim Mahkamah Sesyen menolak kos fisioterapi adalah bercanggah dengan syor oleh doktor-doktor pakar. Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf apabila bersandarkan kepada rawatan yang diterima di Hospital Kerajaan adalah lebih murah. Hakim Mahkamah Sesyen juga telah terkhilaf dalam mentafsirkan fakta berkenaan dengan rawatan fisioterapi tersebut. Kini Perayu memohon supaya kos fisioterapi diberikan sebanyak RM7,200.00. [3] Peguam Perayu juga berhujah bahawa Hakim Mahkamah Sesyen adalah terkhilaf apabila menolak kos ubat-ubatan. Ini adalah disebabkan Perayu telahpun menunjukkan semasa perbicaraan bahawa ubat-ubat tersebut diperlukan untuk mengurangkan kekejangan kaki dan buku lali dan mencadangkan bahawa tuntutan tersebut dibenarkan sebanyak RM1,890.00 bagi ubat Ultrasound KUB, Baclofen sebanyak RM148,176.00 dan Botulinum Toxin sebanyak RM12,800.00. S/N yeVxTgfk20SfM6whkOtWoQ [4] Seterusnya bagi kos rawatan susulan pada masa hadapan Perayu menyatakan bahawa laporan-laporan perubatan yang dikemukakan telah menunjukkan keperluan kepada rawatan susulan tersebut dan ia telah tidak dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh Hakim Mahkamah Sesyen sehingga menyebabkan berlakunya kekhilafan oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Ia berdasarkan kepada keterangan-keterangan saksi sendiri menurut Perayu menyokong tuntutan Perayu tersebut. [5] Perayu juga berhujah bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah gagal mempertimbangkan syor-syor doktor pakar yang menunjukkan bahawa Perayu memerlukan pengawasan dan pembantu akibat kecederaan yang dialaminya dan ia sepatutnya dijadikan asas kepada amaun yang boleh diberikan kepada pihak Perayu di bawah item pengawasan dan bantuan yang diperlukan akibat daripada kecederaan yang dialami oleh Perayu. [6] Sementara itu berkenaan dengan kos pembedahan masa hadapan Perayu menyatakan bahawa keterangan yang dikemukakan telah menunjukkan keperluan pembedahan tersebut yang gagal diambil kira oleh Hakim Mahkamah Sesyen dan Perayu mencadangkan bahawa kos pembedahan tersebut dibenarkan RM10,000.00 hingga RM11,660.00. Perayu juga menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf apabila menyatakan bahawa khidmat konsultansi boleh diperolehi oleh Perayu daripada Hospital Temerloh. Sebenarnya ia hanya boleh diperolehi daripada doktor pakar menurut hujah Perayu. Begitu juga berkenaan dengan kos Imbasan MRI yang mana Hakim S/N yeVxTgfk20SfM6whkOtWoQ Mahkamah Sesyen telah terkhilaf apabila gagal mengambil kira bahawa ianya perlu dilakukan dan sebut harga telah diberikan oleh saksi-saksi Perayu. Oleh itu Perayu mencadangkan kos Imbasan MRI itu diberikan sebanyak RM500.00 hingga RM666.00. Hujah Responden [7] Selanjutnya pihak Responden pula berhujah bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah mempertimbangkan secara betul tuntutan-tuntutan Perayu dan telah menolak tuntutan tersebut setelah tidak berpuas hati bahawa Plaintif telah membuktikan tuntutan tersebut. Responden juga menyatakan Hakim Mahkamah Sesyen tidak terikat dengan laporan-laporan pakar yang dikemukakan oleh Perayu bagi memutuskan kuantum gantirugi dalam kes ini. Analisa [8] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas adalah bahawa mahkamah yang mendengar rayuan tidak sewajarnya membuat gangguan terhadap dapatan kuantum gantirugi melainkan sekiranya ia tersasar daripada prinsip undang-undang dan keterangan serta bercanggah dengan keterangan yang dikemukakan. Ini adalah disebabkan Hakim Mahkamah Sesyen yang mendengar perbicaraan tersebut dapat melihat saksi-saksi yang memberikan keterangan dan meneliti laporan perubatan yang disediakan bersekali dengan saksi-saksi yang memberikan keterangan tersebut bagi mengesahkan sama ada laporan-laporan yang dikemukakan tersebut boleh digunakan S/N yeVxTgfk20SfM6whkOtWoQ sebagai asas kepada tuntutan yang dilakukan oleh Plaintif. Ini bermakna laporan tersebut boleh dibandingkan dengan keadaan fizikal Plaintif bagi hakim bicara menilai laporan-laporan perubatan tersebut adalah suatu yang boleh digunakan atau sebaliknya. [9] Dalam erti kata lain laporan perubatan semata-mata tidak boleh dijadikan asas dalam penentuan amaun tuntutan Plaintif dengan menafikan kedudukan Plaintif yang hanya boleh diteliti oleh hakim bicara yang melihat keadaan fizikal Plaintif bagi memberikan gambaran yang lebih menyeluruh berkenaan dengan keadaan fizikal. [10] Dalam hal ini Mahkamah merujuk kepada prinsip yang telah digariskan oleh Mahkamah Persekutuan berkenaan keadaan di mana hakim rayuan boleh mengganggu dapatan hakim bicara berkenaan dengan kuantum gantirugi. Ia dinyatakan dalam kes Topaiwah v Salleh [1968] 1 MLJ 284 seperti berikut: Or another way of putting it – that it is a matter of assessment but not of calculation. So far as this court is concerned we should, to paraphrase Greer L.J. in Flint Levell [1935] 1 KB 354 360 be disinclined to reverse the finding of a trial judge as to the amount of damages merely because we think that if we had tried the case in the first instance we would have given a lesser sum. To justify reversing him, we should be convinced that he acted upon some wrong principle of law, or that the amount awarded was so extremely high or so very small as to make it an entirely erroneous estimate of the damage. The S/N yeVxTgfk20SfM6whkOtWoQ assessments which the courts have made over the years form some guide to the kind of figure which is proper and which the appellate court will follow in the light of the special facts of each particular case.” [11] Ia juga turut dinyatakan dalam kes Tan Kuan Yau v Suhindrimani [1985] 2 MLJ 22 seperti berikut: “The principle that could guide this court in determining whether it should interfere with the quantum of damages is crystal clear. What is also clear is that much depends on the circumstances of each case, in particular the amount of the award. In a particular case therefore it is for the appeal court to consider whether in the light of the circumstances of that case there is an erroneous estimate of the amount of the damage in that, either there was an omission on the part of the Judge to consider some relevant materials, or he had admitted for purposes of assessment some irrelevant considerations. If the court is satisfied or convinced that the Judge has acted upon wrong principles of law then it is justified in reversing; indeed, it is its duty to reverse the finding of the trial Judge.” [12] Dalam erti kata lain, Mahkamah yang mendengar rayuan harus tidak sewenang-wenangnya mengubah dapatan hakim bicara berkenaan kuantum semata-mata disebabkan berpendapat bahawa kuantum itu terlalu rendah atau terlalu tinggi. Mahkamah yang S/N yeVxTgfk20SfM6whkOtWoQ mendengar rayuan tidak boleh menggantikan dapatan kuantum semata-mata berpendapat bahawa sekiranya beliau mendengar perbicaraan tersebut kuantum yang akan diberikan adalah berbeza dengan kuantum yang diberikan oleh Mahkamah bicara. Mahkamah Rayuan harus meneliti sama ada dapatan berkenaan kuantum itu telah diasaskan kepada keterangan yang dikemukakan atau berdasarkan fakta yang telah dikemukakan di hadapan Mahkamah. Sekiranya hakim bicara telah tergelincir daripada penelitian keterangan dan fakta dalam menentukan kuantum maka Mahkamah Rayuan berkewajiban untuk menggantikan dapatan kuantum tersebut. Ia juga perlu dilakukan sekiranya hakim bicara telah terkhilaf dengan tidak mematuhi prinsip undang-undang yang mantap berkenaan dengan penentuan kuantum gantirugi. Mahkamah ini berpendapat melainkan dalam keadaan tersebut Mahkamah ini sewajarnya tidak mengganggu dapatan hakim bicara berkenaan dengan kuantum gantirugi. [13] Penelitian kepada alasan penghakiman menunjukkan bahawa asas kepada penolakan jumlah gantirugi yang dipohon oleh Plaintif adalah disebabkan kegagalan Plaintif untuk mengemukakan keterangan-keterangan bagi menyokong tuntutan tersebut. Di samping itu Mahkamah juga mendapati hakim bicara telah tidak menerima beberapa syor yang dikemukakan oleh laporan pakar berkenaan keperluan untuk mendapatkan rawatan pada masa hadapan. Di samping itu Hakim Mahkamah Sesyen juga menyatakan bahawa sebahagian daripada rawatan yang dinyatakan tersebut boleh diperolehi di Hospital Kerajaan. S/N yeVxTgfk20SfM6whkOtWoQ [14] Semasa perbicaraan rayuan ini Peguam Perayu yang bijaksana telah merujuk kes Akmal Haziq Suhaimi lwn. Shahrul Idzwan Zulkifli & Satu Lagi [2023] 1 LNS 632 yang diputuskan oleh Mahkamah ini. Peguam Perayu juga menyatakan bahawa rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan tersebut telah ditarik balik pada 06.06.2023 dan berhujah bahawa Mahkamah ini wajar membenarkan rayuan ini disebabkan isu-isu yang dibangkitkan adalah sama dengan kes tersebut. [15] Penelitian kepada kes tersebut mendapati bahawa salah satu isu yang dibangkitkan ialah berkenaan kegagalan Plaintif menunjukkan keterangan berkenaan gantirugi, segala rawatan dan kemudahan perubatan yang dituntut boleh diperolehi dari Hospital Kerajaan. Walau bagaimanapun Mahkamah perlu meneliti alasan penghakiman dalam kes tersebut dan membandingkannya dengan alasan penghakiman dalam kes ini oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Alasan penghakiman dalam kes ini mencerminkan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah menjelaskan alasan beliau menolak tuntutan Plaintif adalah disebabkan penelitian beliau kepada keterangan-keterangan dan pemerhatian beliau kepada Perayu yang memberikan keterangan semasa perbicaraan di mahkamah terbuka. Dalam erti kata lain Hakim Mahkamah Sesyen telah meneliti laporan perubatan yang disediakan bersama-sama dengan keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah serta penampilan fizikal Perayu sehingga menyebabkan Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat dapatan berkenaan dengan tuntutan kuantum gantirugi oleh pihak Perayu. Oleh itu Mahkamah berpendapat bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah menggunakan S/N yeVxTgfk20SfM6whkOtWoQ kedudukannya dan keistimewaanya yang dapat melihat saksi-saksi semasa memberikan keterangan khususnya pihak Perayu dalam dapatan beliau berkenaan dengan gantirugi yang dipohon oleh Plaintif. Ia tidak wajar diganggu oleh mahkamah ini dan tiada alasan untuk mahkamah ini berbuat sedemikian. [16] Begitu juga mengenai rawatan ubat-ubatan juga telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Walau bagaimanapun Mahkamah perlu mengambil perhatian bahawa Hakim Mahkamah Sesyen mempunyai budi bicara untuk mempertimbangkan laporan-laporan tersebut dan menjadikan asas kepada tuntutan gantirugi atau menolak laporan pakar tersebut. Dalam erti kata lain laporan pakar ia tidak merupakan satu-satunya pertimbangan dalam menentukan jumlah gantirugi yang perlu diberikan kepada Perayu. Keterangan lain dan penelitian serta penilaian Hakim Mahkamah Sesyen terhadap laporan-laporan berkaitan juga wajar dipertimbangkan bersekali dengan keterangan saksi-saksi. [17] Dalam kes ini mahkamah berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen telah mempertimbangkan semua laporan-laporan yang berkaitan dan memberi penilaian yang sewajarnya dan akhirnya memutuskan untuk menerima laporan dan menolak laporan yang dinilai sebagai tidak boleh dijadikan sandaran kepada dapatan hakim tersebut. Pada hemat mahkamah ini ia adalah dalam ruang lingkup bidang kuasa dan budi bicara hakim yang mendengar kes ini dan tiada sebarang asas untuk mahkamah ini campur tangan di dalam penggunaan budi bicara kehakiman tersebut oleh hakim bicara dalam kes ini. S/N yeVxTgfk20SfM6whkOtWoQ Perintah Akhir [18] Rayuan ini ditolak dengan kos. Bertarikh: 24hb. Julai 2023 (ROSLAN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Perayu M Ramachelvam dan Rozilawati binti Md Ali Tetuan Rama-Rozi & Associates No. 33 Tingkat 1, Jalan Datuk Bahaman 3 28000 Temerloh Pahang Darul Makmur Bagi Pihak Responden Law Mond Kum dan Kum Zhen Kit Tetuan Zaid Ibrahim Suflan T H Liew & Partners Unit 2.01, Level 2, Plaza Damansara Block 4 Bukit Damansara 50490 Kuala Lumpur S/N yeVxTgfk20SfM6whkOtWoQ