Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN NO.:D-02(NCVC)(W)-198-01/2018 ANTARA ABDUL FATAH BIN HARON (NO. K/P: 481128-03-5377) …PERAYU
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2018/7d3d8536-2757-4c05-8b84-73c002152021
Court of Appeal of Malaysia21 Sept 2018D-02(NCVC)(W)-198-01/2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“au perjanjian berkenaan itu berlaku. Tarikh sebenar sesuatu kausa tindakan mula terakru adalah pada tarikh yang terawal tuntutan tersebut boleh dibuat. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Nasri v Mesah [1971] MLJ 32, memutuskan bahawa: “Time begins to run for the purposes of limitation from the date of any infringement o”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN NO.:D-02(NCVC)(W)-198-01/2018 ANTARA ABDUL FATAH BIN HARON (NO. K/P: 481128-03-5377) …PERAYU
1
1.
2
[sebagai Wakil Diri kepada WAN OTHMAN BIN WAN YUSOFF (NO. K/P: 341129-03-5171), si mati]
3
3.
4
4.
5
5.
6
6.
7
[sebagai Wakil Diri kepada WAN MAHANI BINTI WAN OTHMAN (NO. K/P: 561003-03-5162), si mati]
8
8.
9
GALERI TANI SDN BHD (NO. SYARIKAT: 356554-U) …RESPONDEN-RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: DA-22NCVC-32-06/2016] Antara Abdul Fatah Bin Haron (No. K/P: 481128-03-5377) …Plaintif Dan 2
1
Mohd Izani Bin Che Hassan (No. K/P: 601220-03-5605)
2
Mohd Izani Bin Che Hassan (No. K/P: 601220-03-5605) [Sebagai Wakil Diri Kepada Wan Othman Bin Wan Yusoff (No. K/P: 341129-03-5171), Si Mati]
3
Wan Mahidah Binti Wan Othman (No. K/P: 630527-03-5530)
4
Wan Mastura Binti Wan Othman (No. K/P: 730504-03-5228)
5
Wan Maheran Binti Wan Othman (No. K/P: 610321-03-5334)
6
Wan Marina Binti Wan Othman (No. K/P: 650714-03-5016)
7
Mohd Izani Bin Che Hassan (No. K/P: 601220-03-5605) [Sebagai Wakil Diri Kepada Wan Mahani Binti Wan Othman (No. K/P: 561003-03-5162), Si Mati]
8
Wan Mahezan Binti Wan Othman (No. K/P: 590212-03-5786)
9
Galeri Tani Sdn Bhd (No. Syarikat: 356554-U) …Defendan-Defendan Dan PR1MA Corporation Malaysia …Pencelah [Diputuskan oleh YA Pesuruhjaya Kehakiman – Tuan Ahmad bin Bache di Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu pada 31 Disember 2017] KORAM: IDRUS BIN HARUN, HMR SURAYA BINTI OTHMAN, HMR STEPHEN CHUNG HIAN GUAN, HMR PENGHAKIMAN MAHKAMAH 3 PENGENALAN [1] Ini adalah rayuan Perayu terhadap keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 31.12.2017 yang telah menolak tuntutan Perayu dengan kos sebanyak RM8,000.00. [2] Pada 22.1.2018, Perayu telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. [3] Setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, kami sebulat suara telah menolak rayuan Perayu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 31.12.2017 tersebut. [4] Bagi tujuan penghakiman ini, pihak-pihak akan dirujuk sepertimana mereka di Mahkamah Tinggi. Oleh itu, Perayu akan dirujuk sebagai Plaintif dan Responden-responden akan dirujuk sebagai Defendan-defendan. FAKTA KES SECARA RINGKAS [5] Plaintif, Defendan Pertama (D1) hingga Defendan Kelapan (D8) merupakan individu-individu persendirian. Defendan Kesembilan (D9) adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. (selepas daripada ini disebut sebagai “Syarikat tersebut”). [6] Plaintif adalah bekas Pengarah Syarikat tersebut. D1 adalah Pengarah Syarikat tersebut sejak 6.3.2009 manakala Defendan Kedua (D2) sehingga D8 adalah pemegang-pemegang saham Syarikat tersebut. 4 [7] Pada 18.9.1995, Plaintif dan seorang Mustafa @ Hassan bin Ali telah membeli Syarikat tersebut. Plaintif mendakwa beliau dan Mustafa @ Hassan bin Ali masing-masing telah memegang sebanyak 49,999 saham seorang. [8] Pada tahun 1996, Syarikat tersebut telah memperolehi sebidang tanah Hakmilik H.S.(D) 24/87, PT 1763, Mukim Apam, Jajahan Pasir Mas, Negeri Kelantan. (selepas daripada ini disebut sebagai “Hartanah tersebut”). Hartanah tersebut adalah satu-satunya aset milik Syarikat tersebut. Plaintif dan En. Mustafa @ Hassan bin Ali telah bercadang untuk membangunkan Hartanah tersebut. [9] Kemudiannya, pada 11.12.1996, Plaintif telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tanah Jajahan Pasir Mas (JHET). [10] Disebabkan kemungkinan berlakunya pertindihan kepentingan, Plaintif mendakwa beliau telah meletak jawatan sebagai Pengarah Syarikat tersebut dan jawatan itu diserahkan kepada rakannya iaitu D2, Wan Othman bin Wan Yusoff (“arwah Wan Othman”), di atas amanah dan kepercayaan Plaintif kepada D2. [11] Pada Bulan Mac 2014, Plaintif telah mendapat tahu bahawa Hartanah tersebut telah dipecahkan kepada 270 lot individu dan sebahagiannya telah dijual tanpa kebenaran dan pengetahuan Plaintif. [12] Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 5.3.2014 mendapati bahawa nama Plaintif telah tiada di dalam senarai pemegang 5 saham Syarikat tersebut. Manakala D1 pula telah dilantik sebagai Pengurus Syarikat tersebut pada tahun 2005 yang kemudiannya dilantik sebagai Pengarah pada 6.3.2009. Hasil semakan juga mendapati saham yang dipegang secara amanah oleh arwah Wan Othman telah pun dipindahmilik kepada D3 sehingga D8 yang juga merupakan anak-anak kepada arwah Wan Othman. [13] Plaintif kemudiannya telah memasukkan kaveat persendirian ke atas 164 lot individu yang masih berbaki. Walaubagaimanapun, kaveat tersebut telah ditarikbalik apabila pihak-pihak bersetuju untuk memasuki Perjanjian Penyelesaian bertarikh 15.10.2014. [14] D1 kemudiannya telah gagal memenuhi Perjanjian Penyelesaian itu menyebabkan Plaintif sekali lagi telah memasukkan kaveat ke atas 3 lot individu Hartanah tersebut. Plaintif juga telah menghantar notis tuntutan bertarikh 8.10.2015 kepada Pengerusi Syarikat tersebut menawarkan jumlah penyelesaian sebanyak RM1.6 juta. [15] Akibat kegagalan Defendan-defendan untuk menerima cadangan penyelesaian yang ditawarkan oleh Plaintif, maka Plaintif pada 9.6.2016 telah memfailkan tuntutan ini terhadap D1 hingga D9 untuk mendapatkan perintah seperti berikut:
a
(a) Deklarasi bahawa D2 semasa menggantikan Plaintif sebagai Pengarah Syarikat Itu telah memegang saham syarikat secara amanah bagi pihak Plaintif; 6
b
(b) Deklarasi bahawa pindahmilik salah yang dibuat secara salah dan/atau tidak jujur daripada D2 kepada D2-D8 adalah tidak sah dan batal;
c
(c) Borang 32A Akta Syarikat berkaitan pindahmilik saham dibatalkan;
d
(d) D2 hingga D8 memindahmilik semula saham-saham Syarikat tersebut kepada Plaintif;
e
(e) Gantirugi am dan khas; dan
f
(f) Kos. [16] Pada 31.12.2017, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah menolak tuntutan Plaintif dengan kos sebanyak RM8,000.00. [17] Pada 22.1.2018, Plaintif telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. [18] Pada 21.9.2018, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa rayuan Plaintif ditolak dengan kos sebanyak RM15,000.00 dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 31.12.2017. KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI [19] Setelah mendengar hujahan dari kedua-dua belah pihak, Mahkamah Tinggi telah menolak tuntutan Plaintif dengan kos sebanyak RM8,000.00. 7 [20] Di dalam penghakimannya, YA Pesuruhjaya Kehakiman telah memutuskan bahawa, kausa tindakan Plaintif bermula daripada tarikh perlanggaran kontrak amanah yang didakwa dipegang oleh arwah Wan Othman. Perlanggaran kontrak amanah ini berlaku apabila arwah Wan Othman telah memindahmilik Hartanah tersebut kepada anak-anaknya, D3 hingga D8 pada 21.9.2006. Plaintif telah pada 9.6.2016 memfaikan tindakan ini terhadap Defendan-defendan. Justeru, YA Pesuruhjaya Kehakiman telah memutuskan bahawa Plaintif telah 10 tahun lewat sewaktu memfailkan tindakan ini, seterusnya telah melanggar batas had masa yang dibenarkan oleh undang-undang. [21] Selain itu, YA Pesuruhjaya Kehakiman juga berpendapat bahawa “doctrine of laches” adalah terpakai di dalam kes ini. Plaintif tidak berbuat apa-apa tindakan semenjak beliau memindahmilik saham beliau dari tahun 1995 sehinggalah tuntutan ini dibuat pada tahun 2016. Tempoh masa yang panjang ini merupakan suatu halangan kepada Plaintif untuk membuat tuntutan ini. YA Pesuruhjaya Kehakiman turut berpandangan bahawa di atas isu had masa dan “laches” ini sahaja, tuntutan Plaintif adalah wajar ditolak. [22] YA Pesuruhjaya Kehakiman selanjutnya memutuskan bahawa Plaintif juga tidak mempunyai “locus standi” untuk membawa tuntutan ini terhadap Defendan-defendan. Plaintif bukan lagi merupakan pemegang saham Syarikat tersebut dan telah melepaskan haknya secara mutlak. [23] YA Pesuruhjaya Kehakiman seterusnya menyatakan bahawa beban pembuktian bahawa wujudnya amanah yang dipegang oleh arwah Wan 8 Othman adalah terletak di atas Plaintif dan Plaintif hendaklah membuktikan kesnya “beyond reasonable doubt”. Kewujudan amanah tersebut hendaklah dibuktikan secara jelas dan “unequivocal”. Walaubagaimanapun Plaintif didapati telah gagal membuktikan wujudnya amanah yang dipegang ini. [24] Mahkamah Tinggi juga berpandangan bahawa Plaintif telah gagal memanggil saksi penting Encik Mustafa @ Hassan bin Ali. Ini kerana menurut Plaintif, beliau merupakan orang yang bersama-sama dengan Plaintif di peringkat awal penubuhan Syarikat tersebut. Di atas kegagalan tersebut, Mahkamah Tinggi telah mengenakan anggapan bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 ke atas Plaintif. [25] Selain itu, YA Hakim Pesuruhjaya Kehakiman juga telah menerima keterangan dokumen Borang 32A (ekshibit D33), yang telah disempurnakan yang mana telah membuktikan dengan jelas bahawa Plaintif telah melepaskan pegangan saham milik beliau pada 11.12.1995 lagi iaitu 22 tahun yang lalu. D33 telah membuktikan bahawa Plaintif sendiri telah memindahmilik saham tersebut dengan balasan sebanyak RM50,000.00. HUJAHAN PERAYU/PLAINTIF [26] Plaintif berhujah bahawa perletakkan jawatan Plaintif sebagai Pengarah Syarikat tersebut adalah bersifat sementara kerana Plaintif telah dilantik sebagai ahli JHET dan khuwatir jika berlakunya konflik kepentingan di antara jawatan Plaintif di dalam syarikat dengan jawatan beliau sebagai Ahli JHET. Plaintif juga berhujah bahawa tindakan Plaintif selaku 9 benefisiari untuk mendapatkan semula harta amanah, iaitu saham yang dipindahkan sementara kepada arwah Wan Othman boleh dibuat pada bila-bila masa tanpa tertakluk kepada had masa sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 6 Akta Had Masa 1953, kerana kes Plaintif ini adalah tertakluk di bawah seksyen 22(1)(b) Akta Had Masa
1953
Hujahan ini disokong oleh keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Khairil Anuar bin Muda & Ors v Sulong bin Muda & Anor [2017] 6 MLJ 192. Berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes ini, Plaintif menghujahkan bahawa tindakan Plaintif tidak tertakluk kepada seksyen 6 Akta Had Masa 1953 tetapi seksyen 22(1)(b) Akta yang sama. Plaintif juga menghujahkan bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu juga terkhilaf apabila membuat dapatan bahawa tuntutan Plaintif terhalang oleh faktor “laches” sedangkan isu “laches” adalah tidak terpakai di dalam kes ini kerana Plaintif hanya boleh mengambil tindakan terhadap Defendan Ke-9 sebaik sahaja tidak lagi menjadi Ahli JHET, iaitu merupakan alasan utama mengapa Plaintif telah membuat pindahan saham dan perletakan jawatannya pada 11.12.1996. Plaintif juga berhujah bahawa beliau mempunyai locus standi sebagai benefisiari bagi saham yang dipegang oleh arwah Wan Othman secara amanah. Plaintif selanjutnya berhujah bahawa amanah yang dipegang oleh arwah Wan Othman adalah suatu amanah berbangkit (resulting trust) berdasarkan sumbangan Plaintif dalam pemerolehan saham di dalam syarikat Defendan Ke-9 tetapi hanya dipindahkan sementara sahaja kepada arwah Wan Othman tanpa sebarang bayaran bagi mengelakkan pertindihan/konflik kepentingan Plaintif. Plaintif selanjutnya berhujah bahawa niat kedua-dua pihak Plaintif dan arwah Wan Othman adalah jelas difahami dengan penyediaan 2 Borang 32A Akta Syarikat 1965 yang 10 kosong yang mana telah disediakan oleh arwah Wan Othman pada masa tersebut. Borang yang pertama adalah bagi tujuan Plaintif memindahkan saham miliknya dan satu lagi borang adalah bagi maksud jaminan arwah Wan Othman yang akan memindahmilik semula saham kepada Plaintif. Plaintif berhujah bahawa Borang 32A tersebut tidak disempurnakan sewajarnya mengikut keperluan dan amalan biasa kerana arwah Wan Othman sedar bahawa beliau memegang saham di atas amanah Plaintif. Butiran di dalamnya hanya disempurnakan serta dibayar duti penuh oleh SD3 pada September 2015 iaitu selepas Defendan-defendan menerima notis tuntutan bertarikh 19.5.2015 daripada Plaintif. Oleh yang demikian, Plaintif berhujah bahawa pemindahan saham oleh D2 kepada anak-anaknya adalah tidak sah dan batal kerana bertentangan dengan kehendak seksyen 103(1) Akta Syarikat 1965. HUJAHAN RESPONDEN-RESPONDEN/DEFENDAN-DEFENDAN [27] Defendan-defendan berhujah bahawa tuntutan Plaintif adalah terhalang dengan had masa di bawah Seksyen 6 (1) Akta Had Masa 1953 kerana tiada apa-apa tindakan yang dilakukan oleh Plaintif sejak pindahmilik saham yang berlaku pada tahun 1995. Plaintif hanya membuat tuntutan berkenaan dengan amanah yang didakwa ini pada 9.6.2016. Defendan-defendan berhujah bahawa kausa tindakan di dalam kes ini bermula daripada tarikh perlanggaran amanah yang didakwa dipegang tersebut dan bukan dari tarikh yang didakwa beliau mengetahuinya. Tarikh perlanggaran dalam kes ini ialah apabila arwah Wan Othman memindahmilik saham kepada anak-anaknya iaitu Defendan ke-3 hingga ke 8. Pindahan saham ini berlaku pada 21.9.2006 dan ini bermakna Plaintif 11 telah memfailkan tuntutan ini setelah 10 tahun telah berlalu. Berkaitan dengan isu “laches”, Defendan-defendan berhujah bahawa Plaintif telah gagal untuk membuktikan kepada Mahkamah mengapa beliau berdiam diri sebegitu lama selepas pindahmilik saham beliau pada tahun 1995 dan tidak mengambil tahu perihal syarikat sehinggalah pada tahun 2014. Manakala tuntutan ini hanyalah difailkan pada tahun 2016. Tempoh yang begitu panjang ini dianggap sebagai halangan untuk Plaintif membuat tuntutan ini di atas faktor “laches”. Defendan-defendan juga berhujah bahawa Plaintif tidak mempunyai “locus standi” sejak perletakkan jawatannya sebagai pengarah syarikat. Defendan-defendan turut menghujahkan bahawa tiada sebarang dokumen yang dapat menunjukkan ikatan amanah berkaitan dengan penyerahan saham-saham tersebut di antara Plaintif dan D2. Defendan-defendan bergantung kepada Borang 32A dimana ternyata termaktub balasan sebanyak RM50,000 telah pun disempurnakan. KEPUTUSAN [28] Setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, kami secara sebulat suara memutuskan bahawa rayuan Perayu/Plaintif adalah ditolak. Kami seterusnya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 31.12.2017. [29] Pada asasnya kami bersetuju dengan penghakiman Pesuruhjaya Kehakiman yang terdapat di perenggan [38] hingga [70] Alasan Penghakimannya. Kami berpendapat YA Pesuruhjaya Kehakiman telah menilai dengan secukupnya keterangan yang ada dan telah mengarahkan 12 dirinya dengan betul dari segi fakta dan undang-undang dan tiada sebarang sebab yang mewajarkan kami untuk menganggu dapatan ini. Kami merujuk kepada kes Samar binte Mansor v Mustafa Kamal Ariffin [1974] 2 MLJ 71, Yang Arif Raja Azlan Shah (di m.s. 72): “…………For an appellant to succeed in an appeal against a finding of fact made by a single judge, he must convince the appellate court that the learned judge was wrong in his conclusion. That the appeal may be by way of re-hearing does not alter the situation. A hearing is not, however, a retrial of the issues. The question is not whether an appellate court can substitute its view of the facts which of course it is empowered to do so, but whether it should do so. However much an appellate court may be in an equal position with the trial judge as to the drawing of inferences, it ought not to reverse the finding of fact unless it is convinced that it is wrong. It is not whether the inferences are right but whether an appellate court is convinced that they are wrong. If that finding is a view reasonably open on the evidence, it is not enough to warrant its reversal just because an appellate court would have come to a different view. Merely differing views do not establish that either view is wrong, but in balancing these two views an appellate court should give due weight to the nature of the fact as found by the trial judge”. HAD MASA [30] Kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan-defendan adalah berdasarkan kepada suatu perjanjian amanah yang telah dbuat secara lisan (“oral”) di antara Plaintif dan Defendan Kedua. Berdasarkan itu, had masa untuk memfailkan tindakan di dalam kes Plaintif adalah sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 6(1)(a) Akta Had Masa 1953 (Akta 13 254), iaitu dalam tempoh enam tahun daripada bermulanya kausa tindakan terakru. Seksyen 6(1)(a) Akta Had Masa 1953 memperuntukkan sebagaimana berikut: “Save as hereinafter provided the following actions shall not be brought after the expiration of six years from the date on which the cause of action accrued, that is to say:
a
(a) actions founded on a contract or on tort;
b
(b) ………………………” [penekanan ditambah] [31] Sesuatu kausa tindakan bermula dari tarikh mana-mana pelanggaran (“infringement”) atau ugutan pelanggaran (“threat of infringement”) terhadap hak seseorang di bawah kontrak atau perjanjian berkenaan itu berlaku. Tarikh sebenar sesuatu kausa tindakan mula terakru adalah pada tarikh yang terawal tuntutan tersebut boleh dibuat. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Nasri v Mesah [1971] MLJ 32, memutuskan bahawa: “Time begins to run for the purposes of limitation from the date of any infringement or threat of infringement of the appellant's right under the agreement. A cause of action on a contract accrues on the date of breach and in the case of actions founded on contract, therefore, the time runs from the breach.” [penekanan ditambah] Dalam kes Peng Bee Sdn Bhd v Teoh Liang Teh & Ors [2001] 1 MLJ 1, Mahkamah Rayuan menjelaskan mengenai had masa sebagaimana berikut: 14 “………. masa mulai diambilkira dari tarikh mana-mana pelanggaran atau ugutan pelanggaran hak perayu di bawah perjanjian jualbeli……….” [32] Dalam kes semasa, kami memutuskan bahawa tarikh terakrunya kausa tindakan Plaintif adalah pada 21.9.2006 iaitu apabila Defendan Kedua memindahkan saham Syarikat tersebut kepada anak-anaknya. Tarikh inilah merupakan suatu tarikh perlanggaran terhadap hak Plaintif di bawah perjanjian amanah berkenaan oleh Defendan-defendan. Tempoh enam tahun seperti yang termaktub di bawah seksyan 6(1)(a) Akta Had Masa 1953 mula dikira dari tarikh 21.9.2006. Walaubagaimanapun, Plaintif hanya memfailkan tuntutannya terhadap Defendan-defendan pada 9.6.2016, iaitu hampir sepuluh tahun dari tarikh 21.9.2006, justeru itu, tuntutan Plaintif jelas telah terhalang oleh tempoh had masa yang diperuntukkan di sisi undang-undang. LACHES [33] Berhubung dengan isu “laches”, Defendan-defendan berhujah bahawa tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh Plaintif bermula dari tahun 1996 sehinggalah ke tarikh tuntutan ini difailkan pada tahun 2016. Hasil daripada penelitian kami terhadap latarbelakang fakta kes ini, Plaintif jelas tidak langsung mengambil tahu mengenai urusan Syarikat tersebut semenjak beliau meletak jawatannya pada tahun 1996. Plaintif hanya mula memberi perhatian kepada saham Syarikat tersebut pada Mac 2014, iaitu apabila beliau membuat suatu carian melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Perbuatan Plaintif yang berlengah serta mengambil masa terlalu 15 panjang untuk bertindak telah menunjukkan bahawa beliau dengan sengaja telah melepaskan haknya. Plaintif juga di dalam hujahan mereka tidak menyatakan sebarang alasan berhubung dengan tempoh masa yang dilengahkan ini malah mereka telah berhujah bahawa isu “laches” adalah tidak terpakai di dalam kes mereka. [34] Pengertian “laches” boleh dirujuk kepada pernyataan yang dibuat oleh “Judicial Committee of the Privy Council” di dalam kes Lindsay Petroleum Company v Hurd [1874] L.R. 5 PC m.s. 221 yang menyatakan bahawa: “Now the doctrine of Laches in Courts of Equity is not an arbitrary or a technical doctrine. Where it would be practically unjust to give a remedy, either because the party has, by his conduct, done that which might fairly be regarded as equivalent to a waiver of it, or where by his conduct and neglect he has, though perhaps not waiving that remedy, yet put the other party in a situation in which it would not be reasonable to place him if the remedy were afterwards to be asserted, in either of these cases lapse of time and delay are most material. But in every case, if an argument against relief, which otherwise would be just, is founded upon mere delay, that delay of course not amounting to a bar by any statute of limitations, the validity of that defence must be tried upon principles substantially equitable. Two circumstances, always important in such cases, are, the length of the delay and the nature of the acts done during the interval which might affect either party and cause a balance of justice or injustice in taking the one course or the other, so far as relates to the remedy”. [penekanan ditambah] 16 [35] Kes Alfred Templeton & Ors v Low Yat Holdings Sdn Bhd & Anor [1989] 2 MLJ 202 juga menjelaskan mengenai “laches” sepertimana berikut: “Laches is an equitable defence implying lapse of time and delay in prosecuting a claim. A court of equity refuses its aid to a stale demand where the plaintiff has slept upon his rights and acquiesced for a great length of time. He is then said to be barred by laches. In determining whether there has been such a delay as to amount to laches the court considers whether there has been acquiescence on the plaintiff’s part and any change of position that has occurred on the part of the defendant. The doctrine of laches rests on the consideration that is unjust to give a plaintiff a remedy where he has by his conduct done that which might fairly be regarded as equivalent to a waiver of it or where by his conduct and neglect he has, though not waiving the remedy, put the other party in a position in which it would not be reasonable to place him if the remedy were afterwards to be asserted.” [penekanan ditambah] [36] Dalam kes Yong Nyee Fan & Sons Sdn Bhd v Kim Guan & Co Sdn Bhd [1979] 1 MLJ 182, Hashim Yeop Sani (di Mahkamah Tinggi) telah menjelaskan prinsip “laches” sebagaimana berikut: “To set out the general principles first, it is an established rule of equity that a plaintiff in equity is bound to prosecute his claim without undue delay. A court of equity would refuse its aid to stale demands, ie where the plaintiff has slept upon his right and acquiesced for a great length of time. For ‘laches’ literally means negligent inactivity. 17 He is then said to be barred by his laches. (Halsbury’s 3rd Ed, Vol 14, p 641). In determining whether there has been such delay as to amount to laches the main points to be considered are acquiescence on the part of the plaintiff and secondly whether any change of position has occurred on the defendant’s part.” [penekanan ditambah] [37] Berdasarkan kepada dua alasan ini sahaja, kami memutuskan bahawa Perayu/Plaintif telah gagal di dalam membuktikan rayuannya. Oleh yang demikian, kami dengan sebulat suara memutuskan untuk menolak rayuan Perayu/Plaintif dan mengekalkan perintah yang dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman bertarikh 31.12.2017. Kos sebanyak RM15,000.00 kepada Responden-responden/Defendan-defendan tertakluk kepada pembayaran alokatur. Deposit, jika ada dikembalikan. T.T Bertarikh : 30 April 2020 (SURAYA OTHMAN) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia 18 NAS UNDANG-UNDANG YANG DI RUJUK:
1
Khairil Anuar bin Muda & Ors v Sulong bin Muda & Anor [2017] 6 MLJ 192;
2
Samar binte Mansor v Mustafa Kamal Ariffin [1974] 2 MLJ 71;
3
Nasri v Mesah [1971] MLJ 32;
4
Peng Bee Sdn Bhd v Teoh Liang Teh & Ors [2001] 1 MLJ 1;
5
Lindsay Petroleum Company v Hurd [1874] L.R. 5 PC;
6
Alfred Templeton & Ors v Low Yat Holdings Sdn Bhd & Anor [1989] 2 MLJ 202; dan 7. Yong Nyee Fan & Sons Sdn Bhd v Kim Guan & Co Sdn Bhd [1979] 1 MLJ
182
182.
1
Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 (Akta 50);
2
Seksyen 6, Seksyen 6(1), Seksyen 6(1)(a), 22(1)(b), Akta Had Masa 1953 (Akta 254); dan 3. Seksyen 103(1) Akta Syarikat 1965 (Akta 125).
1
Perayu/Plaintif : Noor Hamiza Binti Ab Hamid (bersamanya Nini Shirma Binti Rahmat) Tetuan Abdul Razak Muhidin & Associates Peguambela dan Peguamcara Lot 235, Tingkat 2, Kompleks Yakin Jalan Gajah Mati 15000 Kota Bharu, Kelantan
2
Responden-Responden/ : Azwani Binti Abdul Rahman (bersamanya Defendan-Defendan Mohd Rohaimi Syafiq) Tetuan Amir Azwani & Jailani Norfaruqi Peguambela dan Peguamcara Lot 2731A, Wisma Haminah Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian 16150 Kota Bharu, Kelantan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.