Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCVC-32-06/2016 ANTARA ABDUL FATAH BIN HARON … PLAINTIF
DA-22NCVC-32-06/2016
High Court of Malaysia31 Dec 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“an Plaintif yang mendakwa satu perjanjian lisan telah wujud kerana ia bercanggah dengan pembuktian dokumen yang ada. la juga telah gagal memenuhi syarat pengecualian yang terdapat di dalam Seksyen 92 Evidence Act 1950. [66] Lihat juga kes SAMAWORLD ASIA SDN BHD & ANOR V RHB BANK BERHAD [2008] MLJU 1089 dimana Mahkamah”
“e alleged breach of contract, and/or breach of trust on which the right of action accrued. Therefore, the Plaintiff's claim is barred by the doctrine of laches, and/or s.6(1)(a) and/or s.22(2) of the Limitation Act 1953.” [43] Plaintif dalam kes di hadapan mahkamah tidak berbuat apa-apa semenjak daripada pindahmilik sa”
“pembuktian dokumen yang ada. la juga telah gagal memenuhi syarat pengecualian yang terdapat di dalam Seksyen 92 Evidence Act 1950. [66] Lihat juga kes SAMAWORLD ASIA SDN BHD & ANOR V RHB BANK BERHAD [2008] MLJU 1089 dimana Mahkamah Rayuan Putrajaya menegaskan dan menolak keterangan lisan yang diberikan oleh perayu kera”
“naknya, iaitu 10 tahun yang lalu. Ini juga telah berlaku laches. [44] Terdapat banyak otoriti berkenaan laches yang relevan untuk kes sekarang. Di dalam kes HO MIN HAO & ANOR V HO YEE CHIN ANOR 13 [2016] MLJ 60, Mahkamah Tinggi Ipoh mengatakan bahawa, “Asasnya, pembelaan laches terbentuk daripada tamatnya masa yang lam”
“mengambil kesempatan ke atas peruntukan-peruntukannya walau apa pun beberapa peruntukan bertujuan untuk memberi manfaat kepadanya.” [49] Di dalam kes YOONG KHONG FAH & ORS V NFC f`- CLOTHIER SDN BHD [2017] MLJU 187 Mahkamah telah menolak tuntutan Plaintif atas banyak alasan, antaranya tiada locus standi. Dalam kes ini”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCVC-32-06/2016 ANTARA ABDUL FATAH BIN HARON … PLAINTIF
2
MOHD IZANI BIN CHE HASSAN (sebagai wakil diri kepada WAN OTHMAN
3
3.
4
4.
5
5.
6
6.
7
WAN MARINA BINTI WAN OTHMAN MOHD IZANI BIN CHE HASSAN (sebagai wakil diri kepada WAN MAHANI
8
8.
9
WAN MAHEZAN BINTI WAN OTHMAN GALERI TANI SDN BHD … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN 2 A. LATAR BELAKANG [1] Plaintif telah menfailkan satu Writ Saman terhadap Defendan pada 9.6.2016 untuk memohon kepada mahkamah bagi mendapatkan beberapa deklarasi di Mahkamah antaranya ialah Defendan kedua yang menggantikan Plaintif sebagai pengarah Defendan Ke-9 telah memegang saham Defendan Ke-9 sebagai amanah Plaintif, deklarasi bahawa pindah milik saham Defendan Ke-9 adalah tidak sah dan terbatal, borang pindahmilik saham dibatalkan dan Defendan Ke-2 sehingga Ke-8 memindahkan semula saham tersebut kepada Plaintif. Selain itu Plaintif juga memohon untuk gantirugi am dan khas. [2] Pihak Plaintif telah memanggil 2 orang saksi manakala Pihak Defendan memanggil 3 orang saksi. Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini telah memutuskan untuk menolak permohonan Plaintif dengan kos sebanyak RM8,000.00. [3] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut Plaintif telah memfailkan rayuan ini kepada Mahkamah Rayuan. Ini merupakan alasan-alasan Mahkamah terhadap keputusan tersebut. B. FAKTA KES [4] Plaintif pada masa yang material adalah seorang individu warganegara Malaysia yang beralamat di Lot 984, Hadapan Sek.Keb. Mekasar, 17000, Pasir Mas, Kelantan. 3 [5] Defendan Pertama merupakan Pengarah Defendan Ke-9 yang dlantik pada 06.03.2007 yang terdahulu daripada itu dilantik menjadi Pengurus Syarikat Defendan Ke-9 sejak 01.01.2005 dan mempunyai alamat penyampaian di Lotn919, Kg Tendong, 17030, Pasir Mas Kelantan. [6] Defendan Ke-2 sehingga Ke-8 adalah individu-individu warganegara Malaysia yang mempunyai alamat penyampaian di Lot 919, Kg Tendong, 17030, Pasir Mas, Kelantan dan merupakan pemegang-pemegang 50% saham Defendan Ke-9. [7] Defendan Ke-2 memegang sebanyak 50,000 jumlah saham manakala Defendan Ke-3 sehingga Ke-8 masing-masing memegang sejumlah 75,000 saham Defendan Ke-9. [8] Fakta kes di pihak Plaintif ialah pada 18.9.1995, Plaintif dan seorang rakan kongsinya, Mustafa @ Hassan bin Ali, telah membeli Defendan Ke-9 dan masing-masing memegang sebanyak 49,999 saham seorang. [9] Pada sekitar tahun 1996, Defendan Ke-9 telah berjaya memperolehi sebidang tanah yang dipegang di bawah Hakmilik H.S.(D) 24/87, PT 1763, Mukim Apam, Jajahan Pasir Mas, Negeri Kelantan atas usaha dan sumbangan kewangan Plaintif. Hartanah tersebut merupakan satu-satunya asset milik Defendan Ke-9 dan Plaintif dan rakan kongsi berhasrat untuk membangunkan hartanah tersebut bersesuaian mengikut jenis perniagaan Defendan Ke-9. 4 [10] Namun apabila Plaintif dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Tanah Jajahan Pasir Mas (JHET), Plaintif merasakan kemungkinan besar akan ada pertindihan kepentingan antara jawatannya selaku ahli JHET dan juga selaku pengarah Defendan Ke-9 kerana Defendan Ke-9 merupakan syarikat pemaju dan pelaburan hartanah. [11] Setelah berbincang dengan rakan kongsinya, Plaintif bersetuju untuk meletakkan jawatan selaku Pengarah Defendan Ke-9 dan jawatan tersebut telah diserahkan kepada rakannya iaitu Defendan Ke-2 tanpa sebarang bayaran terhadap saham yang dimiliki Plaintif atas. Penyerahan tersebut dibuat kepada Defendan Ke-2 iaitu Arwah Wan Othman atas amanah dan kepercayaan Plaintif terhadapnya. [12] Setelah jawatan Pengarah Defendan Ke-9 diserahkan kepada Defendan Ke-2 (Arwah Wan Othman), Plaintif tidak pernah dimaklumkan dengan sebarang perkembangan terhadap hartanah tersebut dan Plaintif sendiri tidak pernah bertanya kepada Defendan Ke-2 berkenaan dengan hal itu kerana Defendan Ke-2 sentiasa memberi jaminan terhadap kepentingan Plaintif di dalam syarikat tersebut. [13] Walaubagaimanapun pada Mac 2014, Plaintif telah mendapat tahu bahawa hartanah tersebut telah dipecahkan kepada 270 lot-lot individu dan sebahagiannya telahpun dijual tanpa pengetahuan dan kebenaran Plaintif. [14] Plaintif seterusnya telah membuat semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan mendapati bahawa namanya tiada lagi dalam pemegang saham syarikat. Dia juga mendapati Defendan Pertama telah 5 dilantik menjadi Pengurus Defendan Ke-9 bermula 01.01.2005 dan seterusnya dilantik menjadi Pengarah bermula 6.3.2009 serta sejumlah sahamnya yang dipegang secara amanah oleh Defendan Ke-2 (Arwah Wan Othman) telah dipindahmilik kepada Defendan Ke-2 sehingga Defendan Ke-8. [15] Plaintif merasakan Defendan Ke-2 telah memungkiri amanah yang diberikan oleh Plaintif dengan melakukan perkara-perkara tersebut. Plaintif seterusnya telah memasukkan kaveat persendirian ke atas 164 lot individu yang masih berbaki bagi menjamin haknya. Namun kaveat tersebut telah ditarik balik apabila Defendan Pertama yang mewakili Defendan Ke-9 bersetuju menyelesaikan pertikaian tersebut dengan memasuki satu Perjanjian Penyelesaian. [16] Defendan Pertama walaubagaimanapun gagal untuk menunaikan dan menyempurnakan Perjanjian Penyelesaian tersebut. Lantaran dari itu, Plaintif sekali lagi memasukan kaveat persendirian ke atas 3 lot individu iaitu PN 4925, Lot 10543; PN 4927, Lot 10545 dan PN 4930, Lot 10548. [17] Plaintif juga melalui peguamnya telah menghantar notis tuntutan kepada Pengerusi Defendan Ke-9 dan menawarkan tawaran penyelesaian, Namun Defendan-Defendan telah gagal untuk mematuhi notis tersebut menyebabkan Plaintif terpaksa meneruskan dengan tindakan ini. Di dalam tindakan ini, Plaintif memohon sebagaimana berikut: 6 I. Satu deklarasi bahawa Defendan Ke-2 semasa mengantikan perletakan jawatan Plaintif sebagai Pengarah Defendan Ke-9 telah memegang saham syarikat secara amanah bagi pihak Plaintif; II. Satu deklarasi bahawa pindah milik saham yang dibuat secara salah dan/atau tidak jujur daripada Defendan Ke-3 kepada Defendan-Defendan Ke-2 hingga Ke-8 adalah tidak sah dan batal; III. Bahawa borang 32A Akta Syarikat 1965 berkaitan pindah milik dibatalkan; IV. Defendan ke 2 sehingga Ke-8 memindahmilik semula saham-saham syarikat kepada Plaintif; V. Gantirugi am dan khas. VI. Kos dan Faedah. [18] Defendan di dalam pembelaannya menafikan tuntutan Plaintif dan menyatakan bahawa hartanah tersebut diperolehi hasil daripada sumbangan dan Defendan Ke-2 (Arwah Wan Othman) dan seorang lagi rakan kongsi iaitu Mustafa @ Hassan bin Ali dan bukanlah diperolehi hasil dari sumbangan Plaintif. Defendan mengesahkan bahawa hartanah tersebut telah dibeli melalui satu private treaty dengan Bank Pertanian Malaysia dengan nilai RM 840,000. [19] Defendan mengakui bahawa Plaintif telah meletakkan jawatan namun tidak bersetuju bahawa perletakan jawatan tersebut hanyalah bersifat sementara kerana ia telah pun berlaku selama 20 tahun. [20] Defendan seterusnya menyatakan bahawa pada 11.12.1995, Plaintif dengan rela hati dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak telah 7 memindahkan saham miliknya kepada Defendan Ke-2 dengan balasan sebanyak RM 50, 000 di mana Borang 32A di bawah Akta Syarikat telah disempurnakan. [21] Oleh kerana Plaintif telah melepaskan jawatannya maka Plaintif tidak lagi mempunyai kaitan dengan Defendan Ke-9. Oleh itu Defendan-Defendan tidak lagi terikat dengan apa-apa perjanjian dengan Plaintif selepas dari tarikh saham tersebut dipindahkan. [22] Defendan juga menafikan bahawa Defendan Ke-2 (Arwah Wan Othman) ada membuat apa-apa representasi kepada Plaintif seperti yang dikatakan oleh Plaintif serta ada memegang apa-apa amanah dan kepercayaan kepada Plaintif seperti yang didakwa. [23] Berkenaan dengan Perjanjian Penyelesaian, Defendan menyatakan bahawa oleh kerana Defendan tidak arif tentang proses pemotongan kaveat dan terdesak untuk menjualkan hartanah tersebut kepada pihak PRIMA maka Defendan telah membuat rundingan dengan pihak Plaintif dengan harapan kaveat tersebut akan ditarik balik. [24] Defendan seterusnya menyatakan walaupun terdapat Perjanjian Persendirian tersebut, namun oleh kerana tiada resolusi syarikat untuk perjanjian persendirian tersebut, maka perjanjian tersebut bukanlah perjanjian yang boleh dikuatkuasakan. 8 C. HUJAHAN PLAINTIF [26] Plaintif menghujahkan bahawa perletakan jawatan Plaintif adalah secara sementara kerana dia dilantik ahli JHET sememangnya diketahui oleh Pengarah lain pada masa tersebut termasuklah SP2. Oleh kerana bidang tugas JHET melibatkan urusan kelulusan dan pembangunan tanah maka, Plaintif telah meletakkan jawatannya untuk mengelakkan timbulnya konflik kepentingan. [27] Plaintif juga mengatakan bahawa walaupun tiada perjanjian bertulis termeterai antaranya dan Defendan Ke-2 berkenaan dengan lantikan Defendan Ke-2 sebagai penjaga amanah Plaintif, namun persetujuan tersebut sememangnya diketahui ramai termasuk SP2. [28] Plaintif seterusnya menghujahkan bahawa konsep pegangan amanah ini telah menjadi amalan syarikat Defendan Ke-9 di mana Defendan Ke-2 turut memegang amanah atas saham berbentuk wang tunai untuk beberapa pihak seperti bagi Pihak PAS Pusat dan PAS Kelantan. Plaintif telah merujuk kepada ekshibit P43 untuk menyokong hujahannya. Tambahan dari itu SD3 sendiri ada mengakui bahawa Defendan Ke-2 ada memegang amanah bagi pihak Dato Ab. Halim yang pada masa itu memegang jawatan exco kerajaan negeri. [29] Selanjutnya berkenaan dengan isu amanah, Plaintif menghujahkan bahawa penyediaan 2 borang 32A yang kosong antara Plaintif dan Defendan Ke-2 juga menunjukkan bahawa adanya persetujuan untuk 9 Plaintif memindah milik saham kepada Defendan Ke-2 dan untuk Defendan Ke-2 memindahkan kepada Plaintif apabila sampai masanya. [30] Plaintif juga menghujahkan bahawa saksi Plaintif adalah lebih dipercayai kerana dia merupakan saksi bebas dan sememangnya terlibat dari awal berkenaan dengan pemilikan hartanah tersebut dan mengetahui representasi yang dibuat oleh Defendan Ke-2 berbanding dengan saksi-saksi Defendan yang merupakan saksi berkepentingan. [31] Berkenaan dengan pindahmilik saham oleh Defendan Ke-2, Plaintif menghujahkan bahawa ianya adalah tidak sah dan terbatal kerana ianya bertentangan dengan Seksyen 103 (1) Akta Syarikat 1965. [32] Berkenaan dengan Perjanjian Penyelesaian yang dipersetujui antara pihak-pihak, Plaintif hujahkan bahawa Defendan Pertama menandatangani Perjanjian tersebut dengan kebenaran dan mandat dari Defendan Ke-3 sehingga Defendan Ke-8. Ini seperti yang dipersetujui oleh SD2. [33] Plaintif seterusnya menghujahkan bahawa Plaintif mempunyai locus standi di dalam kes ini kerana dia menfailkan tuntutan ini atas kapasitinya selaku benefiasiari bagi saham yang dipegang secara amanah oleh Defendan Ke-2. Plaintif juga menegaskan bahawa dia tidak dihalang oleh had masa di dalam permohonan ini berdasarkan fakta bahawa dia telah mengambil beberapa tindakan seperti memasukkan kaveat dan memasuki perjanjian penyelesaian dengan Defendan setelah kausa tindakan terakru iaitu pada Mac 2014. Oleh itu Plaintif menghujahkan beliau masih belum dihalang dengan had masa. 10 D. HUJAHAN DEFENDAN [33] Defendan menghujahkan bahawa tuntutan Plaintif adalah terhalang oleh had masa kerana dia tidak melakukan apa-apa tindakan sejak pindahmilik saham berlaku pada 1995. [34] Seterusnya Defendan menghujahkan bahawa Plaintif tidak mempunyai locus standi kerana dia tidak ada kena mengena dengan syarikat Defendan Ke-9 lagi setelah dia melepaskan jawatan. Malahan perjanjian penyelesaian juga bukanlah satu pengakuan dari Defendan terhadap hak Plaintif terhadap saham-saham syarikat. [35] Defendan juga menghujahkan bahawa Plaintif gagal membuktikan kes dan tuntutannya. Malahan kegagalan Plaintif untuk memanggil rakan kongsinya iaitu Dato’ Mustafa @ Hassan bin Ali sebagai saksi menimbulkan anggapan bertentangan terhadap tuntuan Plaintif sedangkan Plaintif ada menyatakan bahawa Pengarah syarikat yang lain tahu tentang penyerahan saham secara amanah tersebut. [36] Defendan juga menghujahkan bahawa tiada bukti bertulis yang mengesahkan wujudnya amanah antara Plaintif dan Defendan Ke-2. Malahan di dalam Borang 32A (D33) menunjukkan bahawa Plaintif telah melepaskan pindah milik sahamnya dengan balasan sebanyak RM50,000 dan ianya tidak dibantah oleh Plaintif pada masa tersebut. [37] Tambahan dari itu, tidak pernah ada apa-apa dokumen di dalam simpanan Defendan Ke-9 yang menunjukkan bahawa wujudnya ikatan 11 amanah antara Plaintif dan Defendan Ke-2 berkaitan dengan penyerahan saham-saham tersebut. E. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH INI [38] Undang-undang di dalam kes sivil adalah jelas. Pihak-pihak di dalam tuntutan sivil adalah tertakluk kepada pliding yang telah difailkan dan perlu membuktikan apa yang diplidkan melalui keterangan utama dan keterangan sokongan semasa perbicaraan. [39] Mahkamah mendapati bahawa tindakan Plaintif ini adalah dihalang oleh had masa kerana Plaintif membuat tuntutan berkaitan dengan amanah ini hanya pada tahun 2016. [40] Jika merujuk kepada had masa ianya terakru apabila berlakunya perlanggaran kontrak amanah yang dipegang oleh si mati, SD2 (arwah Wan Othman). Apabila SD2 memindah milik saham yang didakwa dipegang SD2 bagi pihak Plaintif kepada anak-anak beliau maka telah berlaku perlanggaran kepada perjanjian lisan yang didakwa. Memandangkan pemindahan ini berlaku pada 21/9/2006, maka Plaintif telah lewat 10 tahun untuk menfailkan tindakan ini iaitu 4 tahun lewat. [41] Ini bermakna juga doktrin laches terpakai. Di dalam satu kes Mahkamah berkata: “The doctrine of laches rests on the consideration that it is unjust to give a Plaintiff a remedy where he has by his conduct done that 12 which might fairly be regarded as equivalent to a waiver of it or where by his conduct and neglect he has though not waiving the remedy, put the other party in a position in which it would not be reasonable to place him if the remedy were afterwards to be asserted: 14 Halsbury's Laws of England (3rd Ed) paras 1181-1182. Laches has been succinctly described as 'inaction with one eye's open.” [42] Seterusnya dalam kes EARNING CENTURY SDN BHD V AW KHOON HWEE DENNIS & ORS 12017] MLJU 39, Mahkamah juga menolak tuntutan amanah kerana dihalang oleh had masa 6 tahun, Mahkamah berkata: “The present Suit was filed in March 2016, more than 5 years from the date of the alleged breach of contract, and/or breach of trust on which the right of action accrued. Therefore, the Plaintiff's claim is barred by the doctrine of laches, and/or s.6(1)(a) and/or s.22(2) of the Limitation Act 1953.” [43] Plaintif dalam kes di hadapan mahkamah tidak berbuat apa-apa semenjak daripada pindahmilik saham beliau dari tahun 1995 sehinggalah tuntutan ini pada 2016. Tempoh yang panjang tersebut dianggap sebagai halangan untuk membuat tuntutan ini atas alasan laches. Kausa tindakan bermula apabila pindahmilik saham dibuat ole arwah Wan Othman kepada anak-anaknya, iaitu 10 tahun yang lalu. Ini juga telah berlaku laches. [44] Terdapat banyak otoriti berkenaan laches yang relevan untuk kes sekarang. Di dalam kes HO MIN HAO & ANOR V HO YEE CHIN ANOR 13 [2016] MLJ 60, Mahkamah Tinggi Ipoh mengatakan bahawa, “Asasnya, pembelaan laches terbentuk daripada tamatnya masa yang lama berserta dengan kewujudan hal keadaan yang menjadikannya tidak berekuiti untuk menguatkuasakan tuntutan.” [45] Di dalam kes INTERNATIONAL BHD & ORS V MULA HOLDINGS SDN BHD & ORS AND OTHER APPEALS [2017 MLJU 445, Mahkamah Rayuan Putrajaya telah memutuskan tuntutan ditolak atas sebab laches. Mahkamah menggunakan kes Yong Nyee Fan & Son Sdn Bhd v Kim Guan & Co Sdn Bhd [1978] 1 LNS 244;; [1979] 1 MLJ 182 the Federal Court yang menyatakan bahawa: “To set out the general principles first, it is an established rule of equity that a plaintiff in equity is bound to prosecute his claim without undue delay. A Court of equity would refuse its aid to stale demands, i.e. where the plaintiff has slept upon his right and acquiesced for a great length of time. For “laches” literally means negligent inactivity. He is then said to be barred by his laches (Halsbury's 3rd Ed. Vol 14, p. 641). In determining whether there has been such delay as to amount to laches the main points to be considered are acquiescence on the part of the plaintiff and secondly whether any change of position has occurred on the defendant's part. Of course acquiescence depends on “knowledge, capacity and freedom”. It is not necessary however that the plaintiff should have known the exact relief to which he was entitled. As regards the change in the defendant's position regard must he had whether the defendant has lost the evidence necessary for meeting the claim, for a Court of 14 equity will not allow a dormant claim to be set up when the means of resisting it have perished.” “Under section 32 of the Limitation Act, the court of equity is allowed to refuse relief on the ground of acquiescence or laches. The section reads as follows: Nothing in this Act shall affect any equitable jurisdiction to refuse relief on the ground of acquiescence, laches or otherwise.” [46] Mahkamah berpendapat dengan dua isu ini sahaja iaitu Akta Had Masa dan isu laches, tuntutan Plaintif ini gugur dan perlu ditolak. [47] Defendan juga berhujah bahawa Plaintif tiada locus standi di dalam membuat tuntutan ini kerana beliau sudah tidak kena mengena dengan syarikat. Beliau telah melupuskan haknya semenjak 21 tahun yang lalu. Plaintif kini dianggap orang asing. [48] Di dalam kes Tan Poh Yee juga mahkamah menyifatkan Responden sebagai volunteer dan tidak ada locus standi. Mahkamah mengatakan: “Pliding dan relif yang di pohon jelas menunjukkan bahawa tuntutan oleh responden adalah tindakan-tindakan yang dimulakan oleh kedua-dua Tan dan harta pusakan mendiang Madam Chang dan bukan responden. Justeru, responden tidak mempunyai locus standi untuk menguatkuasakan perjanjian 2004, dan oleh itu tidak mepunyai kausa tindakan munasabah, yang menjadikan tuntutannya yang berpremiskan perjanjian 2004 jelas dan nyata tidak boleh dikekalkan 15 dan guamanya pasti gagal, Responden adalah orang asing kepada perjanjian 2004 dan dari segi undang-undang tidak boleh mengambil kesempatan ke atas peruntukan-peruntukannya walau apa pun beberapa peruntukan bertujuan untuk memberi manfaat kepadanya.” [49] Di dalam kes YOONG KHONG FAH & ORS V NFC f`- CLOTHIER SDN BHD [2017] MLJU 187 Mahkamah telah menolak tuntutan Plaintif atas banyak alasan, antaranya tiada locus standi. Dalam kes ini Plaintif menuntut amanah yang didakwa dilakukan secara lisan. Kekurangan bukti, kelewatan yang melampau dan tiada locus standi menyebabkan tuntutan plaintif ditolak di bawah Aturan 18 Kaedah 19 kerana penyalahgunaan proses mahkamah. [50] Dalam kes di hadpaan mahkamah apabila Plaintif membuat tuntutan dari syarikat sedangkan beliau bukanlah pemegang saham, maka beliau tiada locus standi. Plaintif telah melepaskan hak miliknya secara mutlak, maka sudah tentulah beliau tiada mempunyai locus standi. [51] Dalam kes ini pihak Plaintif yang mendakwa amanah wujud maka beban pembuktian adalah terletak di atas Plaintif. Kalau sekiranya pihak Defendan tidak memasukkan pembelaan sekalipun, Plaintif tetap perlu membuktikan kesnya kerana beban pembuktian kes amanah ialah “beyond reasonable doubt” dan bukan atas imbangan kebarangkalian. [52] Ke arah itu, dari segi pembuktian, beban adalah terletak kepada Plaintif untuk membuktikan amanah tersebut. Untuk pembuktian kes sekarang Plaintif telah gagal memberikan bukti kukuh atas pegangan 16 amanah yang didakwa dipegang oleh simati. Tiada tarikh, tiada sebutan yang jelas malahan saksi SP2 gagal memberi keterangan yang jujur. Sedangkan amanah hendaklah jelas dan “unequivocal”, mempunyai tarikh dan masa ia berlaku, selain tiga elemen yang harus dipatuhi. [53] Di dalam kes SYARIKAT KEMAJUAN TIMBERMINE SDN BHD V KERAJAAN NEGERI KELANTAN DARUL NAIM [2015] 3 MLJ 609 Mahkamah Rayuan Putrajaya tetap menolak rayuan Perayu/Plaintif walaupun Responden/Defendan gagal memanggil sebarang saksi semasa perbicaraan. Perayu/Plaintif berhujah bahawa semua keterangan gagal dicabar oleh Responden. Mahkamah memutuskan beban pembuktian tidak pernah berpindah kepada Responden walaupun tiada keterangan yang dimajukan oleh Responden. [54] Ini yang berlaku di hadapan mahkamah. Adalah menjadi beban Plaintif untuk meyakinkan dan membuktikan kes di hadapan mahkamah dan Defendan hanya perlu mencabar sahaja. Namun mahkamah dapati Defendan telah berusaha mengemukakan pembuktian berdokumen untuk mencabar kes Plaintif. Contohnya, untuk mencabar keesahan Borang 32A (D33), Plaintif yang wajib membawa borang 32A yang didakwa beliau ditandatangani pada tahun 1995 dan bukan 1996. Bukan tugas Defendan untuk membuktikannya. [55] Pihak Plaintif juga gagal memanggil saksi penting Dato Mustafa @ Hassan bin Ali. Ini adalah kerana bliau adalah orang yang bersama-sama dengan Plaintif di peringkat awal penubuhan syarikat Galeri Tani dengan masing-masing ada memegang saham 50%. Plaintif mendakwa bahawa 17 beliau, Dato Mustafa dan arwah Wan Othman (D2) telah berbincang perihal perletakan jawatan sementara atas sebab adanya konflik kepentingan ini. [56] Malangnya beliau tidak dipanggil oleh Plaintif untuk mengesahkan dakwaan ini. Oleh yang demikian, mahkamah mengenakan anggapan bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan terhadap Plaintif. [57] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa saksi Mustafa Ali ini adalah saksi penting kepada Plaintif kerana beliaulah yang tahu sejarah pegangan saham ini kerana beliaulah satu-satunya saksi yang masih hidup yang boleh mengesahkannya, namun beliau tidak dikemukakan. YB Rasul bukanlah saksi yang material kepada Plaintif. [58] Sekarang mahkamah akan menyentuh mengenai samada wujudnya amanah yang dimaksudkan dipegang oleh D2/Arwah Wan Othman. [59] Defendan menegaskan bahawa tidak wujud amanah yang didakwa dipegang oleh arwah Wan Othman (D2) bagi pihak Plaintif. [60] Dalam kes ini apa yang dituntut oleh Plaintif adalah bercanggah dengan keterangan dokumen yang ada di hadapan Mahkamah. Pembuktian dokumen terutama Borang 32A (D33) yang telah disempurnakan telah membuktikan dengan jelas bahawa Plaintif telah melepaskan pegangan saham milik beliau pada 11/12/1995 lagi iaitu 22 tahun yang lalu. Plaintif sendiri telah mengakui bahawa beliau telah 18 memindahmilik saham tersebut. D33 tersebut menunjukkan bahawa pindahmilik saham tersebut dibuat dengan balasan sebanyak RM50,000. [61] lni berbeza dengan pindahmilik saham yang dibuat antara arwah Wan Othman dengan anak-anak beliau yang tidak mencatatkan apa-apa balasan kerana ia diberi oleh bapa kepada anaknya. Untuk pindahmilik dengan Plaintif, arwah Wan Othman telah mencatatkan balasan sejumlah RM50,000 dan ini tidak dibantah oleh Plaintif pada masa tersebut untuk saham sebanyak 50,000 unit. Dokumen ini sah kerana ia dokumen rasmi. [62] Seperkara lagi, melihat D45 iaitu Sijil Saham Plaintif No. 003 dan 005 yang telah dibatalkan, ianya mengesahkan bahawa Plaintif tidak lagi memegang apa-apa saham syarikat lagi malahan pindahmilik tersebut telah dibuat dengan teratur, diluluskan melalui resolusi syarikat sebagaimana keterangan SD3 iaitu Setiausaha Syarikat. [63] Plaintif juga dalam keterangannya mendakwa bahawa beliau menandatangani dua borang kosong, iaitu salah satunya pindahmilik kepada beliau semula. Dakwaan ini Iangsung tidak dibuktikan melalui dokumen di mahkamah. [64] Selain itu juga, tiada langsung dokumen yang ada dalam milikan arwah Wan Othman yang merupakan fail-fail syarikat Galeri Tani yang kini dipegang oleh SD1 yang membuktikan bahawa simati ada mencatat apa-apa berkenaan dengan amanah yang dipegang oleh si mati bagi pihak Plaintif. 19 [65] Di dalam kes MACRONET SDN BHD v RHB BANK SDN BHD [2002] 3 MLJ 11, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga telah menolak tuntutan Plaintif yang mendakwa satu perjanjian lisan telah wujud kerana ia bercanggah dengan pembuktian dokumen yang ada. la juga telah gagal memenuhi syarat pengecualian yang terdapat di dalam Seksyen 92 Evidence Act 1950. [66] Lihat juga kes SAMAWORLD ASIA SDN BHD & ANOR V RHB BANK BERHAD [2008] MLJU 1089 dimana Mahkamah Rayuan Putrajaya menegaskan dan menolak keterangan lisan yang diberikan oleh perayu kerana bercanggah dengan pembuktian dokumen yang ada. [67] Mengenai kredibiliti saksi, mahkamah mendapati saksi utama Plaintif iaitu SP2 adalah seorang saksi yang kredibelitinya diragui. SP2 mengatakan bahawa beliau telah menyaksikan Plaintif telah menandatangani dua borang kosong 32A pada tahun 1996, sedangkan beliau tidak berada di Kelantan dalam tempoh waktu tersebut. [68] Borang 32A (D33) bertarikh 11/12/95 menunjukkan dan disahkan oleh SD3 (Setiausaha Syarikat) sebagai tahun transaksi pindah milik saham tersebut berlaku. Namun dari keterangan-keterangannya ketika disoal balas, SP2 tidak berada di Kelantan daripada 1995 hingga 1999. Namun semasa peringkat soal semula, SP2 mengaku beliau melihat Plaintif menandatangan 2 borang kosong Borang 32A yang berlaku pada tahun 1996. 20 [69] Memadangkan SP2 hanya berada di Kelantan pada tahun 1999 ke atas, apa-apa keterangan yang berkaitan dengan pemindahan milik saham antara Plaintif kepada arwah Wan Othman yang berlaku pada tahun 1996 adalah diragui. [70] Mahkamah bersetuju apabila melibatkan tuntutan amanah terhadap orang yang sudah meninggal dunia, Mahkamah harus lebih berhati-hati dalam menilai segala keterangan dan bukti yang ada. F. KESIMPULAN [71] Di atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, mahkamah memutuskan bahawa di atas imbangan kebarangkalian, Plaintif gagal membuktikan tuntutan/tindakannya dan dengan itu ditolak dengan kos sebanyak RM8,000.00. Tarikh: 30 Mac 2018 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu 21 Peguamcara Plaintif/Perayu Pn. Noor Hamiza bt Ab. Hamid, Tetuan Abdul Razak Muhidin & Associates, Lot 235, Tingkat 2, Kompleks Yakin, Jalan Gajah Mati, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Peguamcara Defendan/Responden Pn. Azwani bt Abdul Rahman Tetuan Amir Azwani & Jailani Norfaruqi, Lot 2731A, Wisma Haminah, Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.