Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA GUAMAN NO: BI - A53KJ-60-11 TAHUN 2022 ANTARA ABDUL GHANI MOHD NOR PLAINTIF
BI-A53KJ-60-11/2022
Sessions Court of Malaysia7 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA GUAMAN NO: BI - A53KJ-60-11 TAHUN 2022 ANTARA ABDUL GHANI MOHD NOR PLAINTIF
3
3.PACIFIC & ORIENT INSURANCE C0.BERHAD PENGHAKIMAN Mahkamah dalam tindakan telah memberi keputusan selepas selesai perbicaraan penuh . Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan terhadap Defendan dengan imbangan keberangkalian. Mahkamah memutuskan bahawa Defendan Pertama bertanggungan 100% liabiliti atas kemalangan tersebut dan kuantum ganti rugi telah diberi kepada Plaintif. Mahkamah juga memutuskan bahawa Defendan Kedua telah gagal untuk membuktikan bahawa terdapatnya penipuan/fraud dalam tuntutan Plaintif. Defendan-Defendan kemudian tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah diberi oleh Mahkamah pada 7 Mac 2025 dan telah merayu terhadap keputusan berkaitan liabiliti dan kuantum ( hanya isu pendapatan) sahaja.
1
Pada 10.1.2020 , pada jam lebih kurang 3.40 pagi, Plaintif sedang memandu motokar no VDE 7813 melalui KM 36, jalan Kuala Lumpur-Seremban. Plaintif memandu di lorong kanan dan dengan tiba-tiba motosikal no DS 3331 yang ditunggang oleh Defendan Pertama di lorang kiri telah mengubah laluan masuk ke ke laluan Plaintif. Plaintif kemudian telah mengelak ke kanan jalan menyebabkan motokar Plaintif terbabas dan melanggar pembahagi jalan di kanan jalan. Plaintif telah mengalami kecederaan akibat daripada kemalangan tersebut.
2
SP1 ialah pegawai yang menyiasat kemalangan yang berlaku pada 10.1.2020 di KM 36, jalan KL – Seremban.SP 1 telah pergi ke tempat kejadian dan telah menyediakan rajah kasar tempat kejadian (rujuk P1). SP 1 juga telah mengambil tempat kejadian (rujuk P5a-e).
3
SP1 juga menyatakan telah bertemu dengan Defendan Pertama dan Defendan pertama telah membuat laporan polis berkaitan kemalangan tersebut (rujuk ID 4). SP 1 telah mengambil percakapan Defendan pertama. Defendan Pertama dalam percakapan telah mengesahkan menunggang motosikal no DS 3331 ,
4
Semasa melalui KM 36 jalan KL-Seremban telah merasa tayar motosikal pancit dan beliau telah mengubah haluan ke kiri yang ketika itu berada di tengah antara lorong kanan dan kiri. Ketika mengubah haluan, Defendan pertama dengar bunyi dentuman dari arah belakang .Beliau menoleh ke belakang dan melihat sebuah motokar terbabas dan melanggar pembahagi tengah jalan.
5
SP1 juga telah menyatakan bahawa beliau telah memanggil Defendan pertama untuk datang ke tempat kemalangan dan menunjukkan tempat kemalangan tersebut berlaku. SP1 juga menyatakan bahawa beliau tidak tahu dan mempunyai pengetahuan jika motosikal Defendan pertama ada terlibat dalam dua kemalangan lain .
6
SP 2 iaitu Plaintif menyatakan bahawa beliau memandu motokar no VDE 7813 dan semasa melalui KM 36 jalan KL-Seremban telah terlibat dengan satu kemalangan dengan sebuah motosikal no DS 3331.SP 2 kemudian telah membuat laporan polis tentang kemalangan tersebut (rujuk P6)
7
SP2 menyatakan bahawa bahawa beliau pemandu grab dan dalam perjalanan pulang ke rumah. Nampak motosikal Defendan pertama dalam jarak 20 meter berada di laluan kiri dan tiba-tiba telah ubah laluan ke lorong kanan dan SP2 terus mengelak ke kanan . SP2 dapat melihat dengan jelas no motosikal Defendan pertama kerana tempat tersebut terang.
8
SP2 juga menyatakan bahawa beliau tidak ada melanggar motosikal Deendan pertama, beliau mengelak dan melanggar divider di tengah jalan. SP2 tidak bersetujuj bahawa motosikal Defendan pertama tidak terlibat dalam kemalangan tersebut kerana beliau kemalangan sebab mengelak motosikal Defendan.
9
Keterangan kes Defendan SD1 adalah Ketua Jabatan Rekod Perubatan Hospital Kajang. SD1 menyatakan bahawa SP2 telah mendapat rawatan pertama kali di Jabatan Kecemasan sebelum dirujuk ke Jabatan Othopedik dan Jabatan pembedahan am surgical.
10
SD1 menyatakan bahawa berdasar kepada rekod jabatan kecemasan (rujuk D8) di bahagian sejarah yang dicatitkan oleh Doktor ialah alleged skidded around 3am today, claim fall asleep then car skidded hit. Patient LOC unsure duration regain concession in seconds. Rekod di jabatan surgical (rujuk D9) pula tercatit malay 49 years old male and KDA. Working as grab driver underlying DM and hypertensin under follow up KK Bangi alleged MBA car skidded date 10.1.2020 time 3 am place rinching. Patient claim fall asleep, unsure the speed unsure where the car hit airbag was diploid patient unsure if he wearing seat belt patient was alone driving.
11
SD1 menyatakan bahawa doktor yang menulis di D8 sudah tidak lagi bekerja di Hospital Kajang. SD1 setuju bahawa apa yang ditulis oleh jabatan kecemasan akan diberi pada surgical dan othopedik. SD1 juga setuju bahawa jab surgical dan othopedik akan ikut apa sahaja yang tertulis di bahagian history.
12
Mahkamah berpandangan bahawa Mahkamah perlu meneliti berkaitan isu iaitu sama ada benar Plaintif dan Defendan pertama terlibat dalam kemalangan tersebut dan apakah terdapatnya unsur penipuan / fraud berkaitan kemalangan tersebut oleh Plaintif. a) Adakah Plaintif dan Defendan pertama memang terlibat dalam kemalangan tersebut atau motosikal Plaintif yang terbabas .
13
Mahkamah menentukan isu ini perlu meneliti kepada keterangan saksi dan dokumen yang telah dikemukakan oleh kedua belah pihak.
14
Berdasar kepada keterangan oleh saksi dan juga merujuk kepada P5 dan ID 4, maka Mahkamah telah berpandangan bahawa memang telah berlaku kemalangan di antara motokar yang dipandu oleh SP2 dengan motosikal yang ditunggang oleh Defendan pertama .
15
Alasan Mahkamah ialah jelas daripada keterangan SP1 bahawa beliau yang menyiasat kemalangan tersebut dan beliau sendiri telah bertemu dengan SP2 dan Defendan pertama. SP2 sendiri dalam keterangan beliau telah mengesahkan bahawa motokar yang dipandu oleh beliau telah mengelak motosikal yang ditunggang oleh Defendan pertama semasa Defendan pertama secara tiba-tiba mengubah haluan.
16
Defendan pertama sendiri juga telah membuat laporan polis berkaitan dengan kemalangan tersebut rujuk ID 4 dan telah berjumpa dengan SP1 dan mengesahkan bahawa beliau memang ada di tempat kemalangan pada tarikh tersebut.
17
Mahkamah juga berpandangan bahawa di dalam isu ini, pihak yang paling penting ialah penunggang motosikal iaitu Defendan pertama. Jika memang tiada kemalangan antara motokar SP2 dengan motosikal ditunggang oleh Defendan pertama, mengapa beliau tidak membuat laporan polis untuk menafikan bahawa beliau tidak terlibat dalam kelangan tersebut. Sebaliknya Defendan pertama telah membuat laporan polis sejurus selepas kemalangan.
18
Mahkamah berpandangan peguam sepatutnya mengemukakan Defendan pertama yang telah menunggang motosikal tersebut untuk mengesahkan sama ada motosikal beliau terlibat dengan kemalangan tersebut. Kegagalan peguam untuk memanggil penunggang motosikal memberi keterangan telah menyebabkan s.114(g) Akta Keterangan terpakai dalam hal ini. b) Sama ada terdapat unsur fraud/penipuan di dalam tuntutan Plaintif terhadap Defendan.
19
Mahkamah dalam isu ini perlu meneliti adakah SP2 semasa memandu motokar beliau telah sendiri terbabas dan menyebabkan berlaku kemalangan.
20
Apa bila isu berkaitan penipuan/fraud berkaitan kemalangan, beban bukti lebih berat kepada Defendan ketiga bahawa SP 2 telah melakukan penipuan berkaitan kemalangan tersebut bagi tujuan untuk membuat tuntutan insuran. Merujuk kepada s.101(2) Akta Keterangan ,
21
Defendan ketiga telah menghujahkan bahawa motokar SP2 tidak ada terlibat dalam kemalangan dengan motosikal Defendan pertama tetapi sebaliknya motokar SP2 telah terbabas sendiri disebabkan SP2 telah terlelap semasa memandu. Mereka berpegang kepada laporan perubatan D8 dan D9 serta kepada keterangan SD 1.
22
Defendan kedua dalam membuktikan bahawa terdapat unsur penipuan dalam tuntutan SP 2 telah membawa SD 1 untuk memberi keterangan di Mahkamah iaitu D8 dan D9.
23
Mahkamah dalam membincangkan isu ini perlu meneliti beberapa laporan perubatan yang melibatkan SP2 iaitu D8 dan D9 . Mahkamah juga perlu melihat kepada keterangan SP2 dan SD 1.
24
Mahkamah telah meneliti keterangan SP2. Mahkamah berpandangan bahawa apakah keperluan untuk SP2 mereka cerita berkaitan kemalangan beliau dengan motosikal yang ditunggang oleh Defendan pertama. SP2 sendiri terlibat dan dalam keterangan balas tetap menyatakan bahawa beliau terlibat kemalangan dengan motosikal yang ditunggang oleh Defendan Pertama. Mahkamah tidak boleh mengenepikan keterangan SP2 disebabkan oleh D8 dan D9 yang dikemukakan oleh peguam Defendan ketiga.
25
Defendan ketiga telah menghujahkan bahawa isteri SP 2 di dalam laporan polis beliau tidak ada mencatatkan no motosikal Defendan perrtama dan semasa sampai di tempat kejadian tidak ada melihat motosikal defendan pertama di tempat kejadian.
26
Mahkamah telah meneliti kepada keterangan oleh SP1 yang telah merakam percakapan Defendan pertama dan tiada apa-apa dalam keterangan SP1 yang menyatakan bahawa Defendan pertama ada berhenti motosikal dan membantu SP2 dan juga tiada dalam keterangan SP2 yang menyatakan bahawa penunggang motosikal iaitu Defendan pertama ada berhenti motosikal selepas kemalangan.
27
SP1 menyatakan bahawa isteri SP2 telah pergi ke tempat kemalangan dan mengambil gambar kenderaan dan memberi kepada SP1. Perlu di ingat bahawa isteri SP2 datang selepas kemalangan berlaku dan beliau bukan menyaksikan kemalangan tersebut. Beliau hanya melihat motokar SP2 di situ kerana motosikal tiada di situ kerana tiada keterangan saksi yang menyatakan motosikal defendan pertama telah berhenti di tempat kemalangan.
28
Mahkamah berpandangan bahawa laporan polis oleh isteri SP2 dibuat adalah bertujuan untuk memaklumkan bahawa SP2 telah mengalami kemalangan dan atas laporan pertama tersebut maka SP1 telah mulakan siasatan. Laporan polis tersebut tidak semesti perlu mencatat secara perinci tentang kemalangan terutama berkaitan motosikal defendan pertama kerana SP2 dalam P6 telah mencatat no motosikal Defendan pertama kerana beliau yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
29
Berkaitan D 8 dan D9 iaitu di bahagian sejarah, Mahkamah dapati terdapat dua penyataan yang berbeza tentang bagaimana kemalangan berlaku. Rujuk D8 di bahagian sejarah yang dicatitkan oleh Doktor ialah alleged skidded around 3am today, claim fall asleep then car skidded hit. Patient LOC unsure duration regain concession in seconds. Rujuk D9 pula tercatit malay 49 years old male and KDA. Working as grab driver underlying DM and hypertensin under follow up KK Bangi alleged MBA car skidded date 10.1.2020 time 3 am place rinching. Patient claim fall asleep, unsure the speed unsure where the car hit airbag was diploid patient unsure if he wearing seat belt patient was alone driving.
30
Mahkamah perlu berhati-hati dalam meneliti kepada kandungan D8 dan D9 . SD1 adalah pegawai yang menjaga rekod di Hospital Kajang. SD1 adalah bukan yang merawat SP2 semasa beliau berada di jabatan kecemasan. SD1 hadir dan hanya membaca sahaja clinical note dan laporan perubatan berdasarkan kepada rekod yang berada di dalam kawalannya.
31
Mahkamah agar keberatan untuk menerima catatan di bahagian sejarah di dalam D8 dan D9 kerana Doktor yang membuat rawatan pada SP2 tidak ada dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan catatan sejarah di D8 dan D9, adakah doktor mengambil sejarah tersebut daripada SP2 sediri atau daripada maklumat pemandu ambulan atau daripada orang awam.
32
Tiada dalam semasa peringkat soal balas defendan ketiga bertanya kepada SP2 siapakah doktor yang merawat beliau semasa pertama kali berada di jabatan kecemasan dan di jabatan surgical. Defendan ketiga sendiri telah gagal untuk mengemukakan D8 dan D9 kepada Mahkamah walau pun telah mengaku janji untuk berbuat demikian, menyebabkan Mahkamah tidak dapat meneliti dengan lebih mendalam kandungan D8 dan D9 tersebut
33
Apa bila terdapat keterangan daripada SD1 dan juga selepas merujuk kepada D8 dan D9 iaitu berkaitan dengan isu bagaimana kemalangan berlaku maka Mahkamah memutuskan bahawa untuk lebih menerima keterangan yang diberitahu oleh SP2 bagaimana kemalangan tersebut berlaku. Ini adalah kerana SP2 sendiri yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan beliau lebih mengetahui.
34
Mahkamah berpandangan bahawa individu yang utama untuk menerangkan bagaimana kemalangan tersebut berlaku adalah penunggang motosikal tersebut. Beliau tidak lansung dipanggil untuk memberi keterangan dan menceritakan berkaitan bagaimana kemalangan tersebut berlaku. Kegagalan Defendan untuk memanggil penunggang motosikal menyebabkan terpakainya s.114(g) Akta keterangan .
35
Berdasar kepada kuantum untuk kehilangan pendapatan Plaintif telah memohon sebanyak RM132,000.00 . Alasan Plaintif ialah beliau bekerja sebagai pemandu grab dengan pendapatan sehari RM100 dan bekerja selama 22 hari setiap bulan yang membawa kepada jumlah pendapatan sebulan SP2 ialah RM2,200. SP2 berusia 50 tahun ketika kemalangan, maka multipler adalah (60tahun – 50 tahun dibahagi 2) mendapat 5 tahun. Oleh kerana itu tuntutan pendapatan Plaintif adalah RM2,200 x 12 bulan x 5 tahun bersamaan RM132,000.00
36
Mahkamah dalam menentukan berkaitan kehilangan pendapatan SP2 telah meneliti kepada keterangan SP2 sendiri dan juga merujuk kepada dokumen iaitu laporan pakar berkaitan kecederaan tulang belakang SP2. Mahkamah dapati tiada dalam mana-mana laporan pakar yang menyatakan bahawa SP2 tidak lagi boleh bekerja untuk sepanjang hayat selepas kemalangan.
37
Mahkamah juga mendapati bahawa dalam keterangan oleh SP2 yang menyatakan bahawa implant berharga RM12,075 telah dibiayai oleh SOCSO. Seperti yang kita ketahui SOCSO adalah agensi yang akan membantu individu yang mengalami kemalangan yang ada membuat caruman dalam SOSCO.
38
Tindakan SOSCO yang membiayai pembelian implant RM12,075 menunjukkan bahawa SP2 memang mempunyai pekerjaan semasa kemalangan tersebut iaitu sebagai pemandu grab.
39
Alasan Mahkamah hanya memberi kuantum kehilangan pendapatan kepada SP2 hanya untuk empat bulan kerana SP2 hanya diberi cuti sakit selama 55 hari sahaja dan baki untuk proses penyembuhan di rumah dan menjalani fisioterapi. Mahkamah juga menerima keterangan SP2 bahawa semasa kemalangan beliau bekerja sebagai pemandu grab dan pembiayaan implant oleh SOCSO mengesahkan bahawa SP2 ada mempunyai pekerjaan masa kemalangan.
40
Berdasar kepada alasan seperti di atas, maka Mahkamah berpandangan bahawa Defendan ketiga telah gagal untuk membuktikan bahawa terdapatnya unsur penipuan/fraud oleh SP 2 dalam membuat tuntutan insuran berkaitan kemalangan tersebut dan Mahkamah berpandangan award untuk kehilangan pendapatan kepada SP2 adalah berpatutan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.