Keterangan SP13 sepertimana dibentangkan di atas juga menunjukkan penglibatan OKT1 dan OKT2 dengan cukup jelas dan teratur. Bagi peringkat-peringkat tertentu OKT1 dan OKT2 dilihat telah mempergunakan orang-orang tertentu untuk melaksanakan perancangan mereka. Terdapat juga pengakuan kepada tentang perbuatan penculikan ini.” [40] Dapatan fakta melalui keterangan-keterangan yang telah diperincikan oleh YA HMT tersebut di atas adalah satu dapatan yang cukup jelas terutama sekali mengenai pengecaman dan identiti OKT-OKT. Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan fakta YA HMT tersebut di atas. Mahkamah Rayuan dalam kes Suhaimi bin Alias v Public Prosecutor [2023] 6 MLJ 436 yang merupakan satu kes culik telah memutuskan mengenai ‘dock identification’ seperti berikut: “[21] We would agree that dock identification by an eyewitness is strengthened by a previous successful identification during an identification parade that is held soon after the incident in question. We would also agree that a S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw conviction that is based on the dock identification for the first time by a solitary witness without any other evidence to support it is not safe. [22] However, it has been held by eminent authorities that dock identification does not lose its probative value completely merely because of the absence of successful identification in a prior identification parade. Dock identification can be corroborated and rendered credible by other evidence to support it. It all depends on the overall evidence tendered by the prosecution. [23] In Ong Poh Cheng v Public Prosecutor [1998] 4 MLJ 8; [1998] 4 CLJ 1, the Court of Appeal accepted the dock identification of a witness and said as follows: Generally speaking, an identification at an identification parade, held usually a short time after the incident, would tend to strengthen the prosecution’s case but it does not follow that the lack of it would be fatal, or would destroy a court or dock identification. It must necessarily depend on the facts and circumstances of each particular case. Unlike in the case of Arumugam s/o Muthusamy v Public Prosecutor [1998] 3 MLJ 73 where the court relied solely on the dock identification, the present case there are other cogent evidence to put the appellant at the scene of the robbery. The court’s identification was merely to confirm this. On the facts and circumstances of this case, the court or dock identification of the appellant was rightly accepted. (Emphasis added.) [24] In the instant case, the prosecution did not solely rely on the dock identification of the appellant by Arinawati and S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw Mahadi Hassan alone. The prosecution also relied on the crucial evidence of one of the victims and the raiding officer to prove the involvement of the appellant in the kidnapping. Gholam testified that the appellant was one of the three accused persons who abducted him and the other two victims from the minimarket in question. He successfully identified him at the identification parade and during the trial. His identification evidence must be considered to be of high quality as it was not based on a fleeting glimpse of the appellant. The appellant had conversed with him in the minimarket for a while before taking him away to be confined in a hotel room. Gholam also said that the appellant had placed a blindfold on him in the car. When the blindfold was removed after being rescued by the police, Gholam saw the appellant in the hotel room. [25] The raiding officer (‘SP6’) gave evidence that he found the appellant in the hotel room in question where the kidnap victims were confined. The appellant was by the door when it was forced open. Although, the appellant said in his evidence that he was brought to the room by the police, the trial judge accepted the evidence of the raiding officer. In the premises, this is not a case where the identification of an accused person is based solely on the dock identification of a solitary witness. The dock identification of Arinawati and Mahadi Hassan is clearly supported by the evidence of Gholam and the raiding officer. In the premises, the learned High Court judge was not wrong to give weight to the dock identification. Only after considering the evidence of Gholam and that of the raiding officer (‘SP6’), the learned High Court judge accepted S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw the dock identification by Arinawati and Mahadi Hassan of the appellant. In the premises, we find no merit in the ground of appeal raised in the petition of appeal that the prosecution witnesses failed to identify the appellant as one of the three kidnappers.” [41] Dalam kes ini, fakta bahawa SP17 berada bersama OKT2 dan OKT3 selama lebih kurang 17 jam dan telah berinteraksi dengan kedua-dua OKT2 dan OKT3 mengukuhkan pengecaman OKT2 dan OKT3 oleh SP17 sepertimana dapatan YA HMT. Pengecaman SP17 terhadap OKT2 dan OKT3 semasa kawad cam bukan merupakan pengecaman identiti dan paras rupa yang mutlak kerana SP17 dapat membuat pengecaman positif ke atas mereka yang berada di kandang tertuduh semasa perbicaraan. OKT1 pula memang dikenali oleh SP17 dan SP14 yang tinggal sekampung dengan mereka. Pengecaman ke atas OKT1 telah diperkukuhkan lagi dengan keterangan SP13 yang bekerja dengan OKT1 di mana SP13 telah melalui OKT1 menerima upah berbentuk wang RM60,000.00 hasil dari wang tebusan yang diperolehi melalui penculikan SP17. SP13 dan OKT1 telah melarikan diri dan tinggal di beberapa tempat sebelum ditangkap di sebuah masjid. [42] Mahkamah ini berpuas hati bahawa tidak terdapat sebarang keraguan yang munasabah mengenai pengecaman OKT-OKT sebagai orang-orang yang telah terlibat secara bersama melakukan kesalahan menculik SP17. Isu Kelima [43] Isu yang seterusnya ialah mengenai wujudnya percanggahan fakta yang dikatakan material dalam keterangan SP17 mengenai kecederaan S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw yang dialami olehnya. Dalam Laporan Perubatannya (Eksibit P116) SP17 telah memaklumkan kepada doktor yang merawatnya bahawa kecederaan yang dialaminya adalah diakibatkan bergaduh dengan teman lelakinya. Manakala dalam keterangannya di Mahkamah, SP17 menyatakan bahawa dia telah mengalami kecederaan semasa dia dibawa lari dalam kereta yang dipandu oleh salah seorang OKT. [44] Mahkamah ini mendapati percanggahan fakta yang dikatakan tersebut bukanlah satu percanggahan yang mencalar kredibiliti SP17. SP17 telah menerangkan bahawa dia tidak mahu menghebohkan kes culik ke atasnya untuk menjaga maruahnya dan oleh itu telah menyatakan kecederaan yang dialaminya adalah akibat bergaduh dengan teman lelakinya kepada doktor semasa dia dibawa untuk pemeriksaan di hospital. [45] Atas isu ini juga seorang lagi saksi SP14 iaitu ibu kepada SP17 juga dikatakan memberikan keterangan yang meragukan bilamana SP14 dalam keterangannya menyatakan bahawa OKT1 telah menelefonnya pada hari kejadian dan telah meminta agar SP14 tidak membuat laporan polis. Semasa membuat laporan polis SP14 tidak ada menyatakan mengenai OKT1 yang telah menelefonnya semasa dia dalam perjalanan ke balai polis. Namun demikian, SP14 telah menjelaskan dalam keterangan semasa disoal semula bahawa dia tidak berbuat demikian kerana pada ketika itu dia tidak pasti mengenai penglibatan OKT1 dalam kejadian culik anaknya SP17 semasa membuat dia laporan polis. [46] Adalah tidak dapat dinafikan percanggahan dan/atau ketidakselarasan (discrepancies and/or inconsistencies) dalam keterangan saksi-saksi di mahkamah sememangnya berlaku. S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw Walaubagaimanapun, Mahkamah ini berpendapat bahawa telah menjadi prinsip undang-undang yang lunas iaitu apabila seorang hakim bicara telah membuat satu dapatan atau kesimpulan mengenai kebolehterimaan atau kebolehpercayaan saksi-saksi di mana hakim bicara tersebut mempunyai kelebihan audio visual dalam meneliti ‘demeanour’ saksi-saksi tersebut Mahkamah yang mendengar rayuan tidak boleh mengusik dapatan hakim kecuali Mahkamah yang mendengar rayuan benar-benar yakin dapatan hakim bicara itu adalah salah. [47] Prinsip undang-undang mengenai penilaian mengenai keterangan saksi boleh diperolehi dalam penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Lee Kwai Heong & Anor v PP [2006] 1 CLJ 1043 di mana dinyatakan: “[16] In respect of the contention that the learned trial judge erred in his assessment of the evidence of PW7 and accepting him as a witness of truth, with respect, we are of the view that it is a settled principle of law that 'where the judge at the trial has come to a conclusion upon the question which of the witnesses, whom he has seen and heard, are trustworthy and which are not, he is normally in a better position to judge of this matter than the appellate tribunal can be; and the appellate tribunal will generally defer to the conclusion which the trial Judge has formed' and if an appeal is 'from the decision of a trial Judge based on his opinion of the trustworthiness of witnesses whom he has seen,' an appellate court 'must, in order to reverse, not merely entertain doubts whether the decision below is right, but be convinced that it is wrong'. (See: Powell and Wife v. Streatham Manor Nursing Home [1935] AC 243; AD Caldeira v. FA Gray [1934] CLJU 5; [1934] 1 LNS 5; [1936] MLJ 137 PC; Loh Shak Mow S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw v. Public Prosecutor [1986] CLJU 47; [1986] 1 LNS 47; [1987] 1 MLJ 362 (also [1986] SLR 358)” [48] Mahkamah ini telah meneliti keterangan-keterangan yang telah dikemukakan semasa perbicaraan dan mendapati YA HMT telah membuat dapatannya berlandaskan keterangan saksi-saksi secara keseluruhannya dan telah menilai keterangan saksi-saksi tersebut selaras dengan kehendak dan sepertimana ditakrifkan oleh undang-undang. Isu Keenam [49] Peguambela-peguambela seterusnya menimbulkan isu bahawa YA HMT telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila tersalah arah dalam meneliti pembelaan OKT-OKT. [50] YA HMT juga telah dihujahkan telah terkhilaf dalam mengaplikasikan ujian maksima di peringkat pembelaan sedangkan di peringkat pembelaan ujiannya ialah sama ada OKT-OKT telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. [51] Di peringkat pembelaan, YA HMT jelas menyatakan bahawa dalam membuat penilaian terhadap kes pembelaan, Mahkamah tidak boleh mensabitkan OKT-OKT atas pertuduhan sungguhpun versi pembelaan tidak boleh dipercayai dan tidak boleh diterima. OKT-OKT hanya boleh disabitkan sekiranya versi pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kebenaran kes pendakwaan. Di peringkat ini juga, tidak menjadi kesalahan untuk YA HMT menilai semula keterangan prima facie yang telah dibuktikan terhadap OKT-OKT dengan mengambil kira keterangan saksi-saksi pembelaan sebelum memutuskan S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap OKT-OKT di luar keraguan yang munasabah kerana beban pembuktian kebersalahan OKT-OKT sepanjang masa terletak di atas bahu pihak pendakwaan (lihat kes Mohammad Radhi bin Yaakob v PP [1991] 1 CLJ 311; Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85; PP v Mohd Amin bin Mohd Razali & Ors [2002] 5 CLJ 281) Mahkamah ini mendapati ujian yang betul telah diaplikasikan oleh YA HMT dalam membuat penilaian dan dapatannya di peringkat pembelaan. [52] Mahkamah ini juga bersetuju dengan dapatan YA HMT bahawa setelah menilai pembelaan dan keterangan OKT-OKT, pembelaan mereka kesemuanya adalah pembelaan alibi di mana OKT-OKT mengatakan bahawa mereka tidak terlibat dalam penculikan ke atas SP17 kerana mereka sedang melakukan kerja-kerja di tempat lain atau berada di tempat lain. [53] Secara ringkasnya, pembelaan OKT1 ialah dia ada membuat rondaan bersama OKT2 dan SP13 di sekitar Tepoh untuk melihat projek dan menafikan rondaan dibuat bertujuan untuk membuat perancangan menculik SP17. Menurut OKT1, OKT2 dibawa meronda bersamanya dan SP13 kerana OKT2 merupakan pemandu lori yang selalu membekalkan pasir, batu kasar, kayu dan lain-lain. OKT1 juga menafikan bahawa pembelian mesin menggaul simen, kon membuat pagar dan membaiki kedai adalah menggunakan wang tebusan dan menafikan wang yang diberikan kepada SP13 adalah hasil wang tebusan. Menurut OKT1, dia telah menang wang loteri ekor haram sebanyak RM420,000.00 dan telah membahagikan kepada SP13 dan OKT2 kerana mereka banyak membantunya. S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw [54] OKT2 juga dalam pembelaannya menafikan penglibatannya dalam penculikan SP17 dan menyatakan dia tidak mengenali SP17. Menurut OKT2 dia tidak ingat di mana dia berada pada tarikh kejadian kerana kejadian telah lama berlaku dari tarikh dia ditangkap. OKT2 juga menyatakan lagi bahawa wang RM50,000.00 yang diserahkan kepada SP12 untuk disimpan adalah wang hasil jualan tanah oleh bapanya iaitu SD3. OKT2 telah mengemukakan borang pindah milik tanah dan menurut OKT2, OKT1 tidak ada memberikannya wang tebusan sebagaimana yang dikatakan oleh SP13. OKT2 juga menafikan dia ada menunjukkan tempat-tempat yang dinyatakan dalam laporan polis P63 hingga P73 dan sebaliknya, dia telah dibawa dan ditunjukkan oleh polis tempat-tempat tersebut. OKT2 juga menyatakan bahawa kawad cam tidak pernah dibuat ke atasnya. [55] Keterangan OKT3 menzahirkan penafiannya dalam kejadian penculikan SP17. Menurut OKT3, dia berada di Kampung Tajin pada hari kejadian. OKT3 mendakwa bahawa kawad cam tidak pernah dilakukan ke atasnya dan telah menafikan segala versi SP17 mengenai peranannya semasa kejadian penculikan. [56] Mahkamah ini berpandangan bahawa YA HMT tidak terkhilaf apabila mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh OKT2 adalah penafian semata-mata dan pembelaan alibi. Pembelaan alibi yang benar memerlukan satu “affirmative proof” mengenai kehadiran OKT-OKT di tempat lain selain dari tempat kejadian. Ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ku Lip See v PP [1981] 1 LNS 209 di mana Mahkamah menyatakan: S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw ‘a true alibi defence consists of an affirmative proof of the defendant’s presence somewhere other than at the time and place alleged.” [57] YA HMT telah menilai dan mempertimbangkan pembelaan alibi OKT-OKT dan tidak terkhilaf dalam memutuskan: “71. Memandangkan tiada notis bertulis tersebut yang diberikan kepada pihak pendakwaan, maka berpandu kepada nas yang disebut, saya berpendapat bahawa keterangan mereka berkenaan pembelaan alibi itu tidak boleh diterima.” [58] Namun demikian, YA HMT tidak berhenti di situ sahaja, YA HMT telah meneliti lagi keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh OKT-OKT dan mendapati adanya keterangan secara langsung dan keterangan ikut keadaan yang begitu kukuh, menyakinkan dan ‘compelling’ terhadap OKT-OKT. YA HMT berhak untuk mempercayai keterangan-keterangan saksi-saksi pendakwaan bilamana keterangan mereka menyokong antara satu sama lain dan mengekalkan penemuannya di peringkat pendakwaan khususnya mengenai kredibiliti saksi-saksi pendakwaan. Tiada sebab untuk Mahkamah ini mencampuri dan menganggu dapatan YA HMT apabila beliau mempercayai SP17 dan SP14 dan mengekalkan penemuannya berkenaan SP13 dan berpuas hati dengan kredibiliti SP13. [59] Mengenai pembelaan OKT1 berkenaan wang kemenangan loteri haram yang dikatakan diperolehinya, YA HMT tidak terlepas pandang dalam membuat penilaian ke atas pembelaan ini. YA HMT telah menyatakan: S/N Ir8LmV/qzEqIV06apsD5lw “76. Seterusnya, saya mendapati naratif penceritaan OKT1 mengenai beliau membeli nombor loteri haram daripada seseorang bernama Ah Heng dan menerima wang kemenangan berjumlah RM420,000.00 daripadanya lalu membahagikan wang tersebut kepada SP13 dan OKT2 merupakan satu penceritaan yang bersifat penceritaan terkemudian (afterthought) dan direka-reka. Jika diperhatikan semasa kawan atau pekerja OKT1 iaitu SP13 dan pegawai penyiasat disoal balas, OKT1 tidak pernah menimbulkan perkara mengenai penama Ah Heng ini dan wang sejumlah RM420,000.00 itu. Ini menunjukkan OKT1 tidak pernah memberitahu berkenaan kewujudan penama Ah Heng ini kepada sesiapa termasuk SP18 sedangkan banyak keterangan ke atas OKT1 adalah melibatkan pembahagian wang yang banyak kepada SP13 dan OKT2, pembelian barangan dan perbelanjaan untuk pembinaan beberapa tempat yang dikaitkan dengan hasil wang tebusan. Jika benar pembahagian wang dan perbelanjaan yang banyak itu adalah daripada sumber wang kemenangan loteri haram, mengapa satu-satunya orang yang boleh mengesahkan perkara tersebut iaitu Ah Heng tidak pernah ditimbulkan sedari awal lagi di peringkat kes pendakwaan oleh OKT1. Apa yang lebih memeranjatkan, semua peguambela terpelajaar langsung tidak menyoal balas atau ‘put’ apa-apa soalan kepada SP13 atau SP18 bahawa wang yang dibahagikan oleh OKT1 dan OKT2 dan wang yang dibelanjakan oleh OKT1 terhadap barangan dan binaan yang ditunjukkan oleh OKT1 kepada SP18 adalah daripada wang yang diperolehi daripada penama Ah Heng.