1
Pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana kapasiti mereka di Mahkamah Majistret, iaitu perayu sebagai defendan dan responden sebagai plaintif.
WA-11BNCC-12-07/2023
High Court of Malaysia21 Mar 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ada RM50,000 tersebut adalah jumlah yang munasabah yang boleh dikuatkuasakan oleh plaintif. [26] Dalam hal ini, Mahkamah Persekutuan dalam Cubic Electronics Sdn Bhd v Mars Telecommunications Sdn Bhd [2018] MLJU 1935, telah menjelaskan tentang beban membuktikan bahawa jumlah penalti yang ditetapkan di bawah suatu perjan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana kapasiti mereka di Mahkamah Majistret, iaitu perayu sebagai defendan dan responden sebagai plaintif.
2
Defendan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret, yang membenarkan tuntutan plaintif sebanyak RM50,000 terhadap defendan.
3
Setelah meneliti dokumen-dokumen di hadapan mahkamah dan mendengar hujahan peguam-peguam terpelajar kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan rayuan defendan. Mahkamah mendapati jumlah sebanyak RM50,000 yang ditetapkan oleh plaintif untuk kemungkiran kontrak adalah jumlah penalti tidak berpatutan dan tidak boleh dikuatkuasakan.
4
Pada 27 Januari 2022, plaintif dan defendan memasuki suatu perjanjian pelaburan (“Perjanjian Terdahulu”), yang mengandungi terma-terma berikut: a. Plaintif akan memberikan wang pelaburan sebanyak RM15,000 (“Wang Pelaburan”) kepada defendan bagi perniagaan yang akan dibangunkan oleh defendan; 3 b. Defendan akan memulangkan Wang Pelaburan tersebut kepada plaintif dalam masa seawal-awalnya 3 bulan dan selewat-lewatnya 18 bulan, dari tarikh penerimaaan Wang Pelaburan tersebut; dan c. Sebagai balasan kepada Wang Pelaburan tersebut, defendan akan: i. mewujudkan lama web korporat, profil digital korporat dan sistem pengurusan klien untuk firma guaman plaintif; dan ii. memperuntukkan nilai saham syarikat sebanyak 30% dan nilai saham syarikat utama sebanyak 5% kepada plaintif, bagi perniagaan yang akan dibangunkan oleh defendan.
5
Oleh kerana tidak terdapat perkembangan dalam pelaksanaan Perjanjian Terdahulu tersebut oleh defendan, pihak-pihak berjumpa pada 1 Julai 2022 untuk membincangkan Perjanjian Terdahulu tersebut (“Mesyuarat”).
6
Semasa Mesyuarat tersebut, plaintif menyatakan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh defendan berkenaan dengan pelaksanaan Perjanjian Terdahulu tersebut, berhubung dengan antara lain, pembangunan laman web firma guaman plaintif, perniagaan yang dirancangkan oleh defendan dan penggunaan Wang Pelaburan tersebut. Plaintif meminta defendan memulangkan Wang Pelaburan tersebut dan ingin menarik diri daripada Perjanjian Terdahulu tersebut.
7
Oleh itu, suatu perjanjian baru telah ditandatangani oleh plaintif dan defendan semasa Mesyuarat tersebut, iaitu pada 1 Julai 2022 (“Perjanjian Baru”). Terma-terma Perjanjian Baru tersebut adalah seperti berikut: a. Perjanjian Terdahulu tersebut terbatal dan digantikan dengan Perjanjian Baru tersebut; b. Defendan akan memulangkan Wang Pelaburan tersebut melalui pembayaran secara tunai atau pindahan dalam talian ke akaun plaintif dalam masa 24 jam, dan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari pada 2 Julai 2022; dan c. Jika defendan gagal memulangkan Wang Pelaburan tersebut dalam masa yang ditetapkan, defendan perlu membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepada plaintif.
8
Pada 2 Julai 2022, defendan membuat bayaran pertama sebanyak RM5,000 kepada plaintif, sebelum jam 12.00 tengah hari. Defendan meminta lanjutan masa untuk membayar baki Wang Pelaburan tersebut, dan plaintif bersetuju membenarkan lanjutan masa sehingga jam 1.00 tengah hari. Defendan turut menyatakan ganti rugi RM50,000 akan dikenakan jika bayaran dibuat selepas pukul 1.00 tengah hari.
9
Defendan seterusnya membayar baki Wang Pelaburan tersebut kepada plaintif, sebanyak RM5,000 pada jam 1.26 tengah hari dan sebanyak RM5,000 lagi pada jam 11.52 malam.
10
Plaintif memfailkan tututan terhadap defendan untuk menuntut jumlah sebanyak RM50,000 yang dinyatakan dalam Perjanjian Baru tersebut. Plaintif juga menuntut gantirugi am, gantirugi teruk dan gantirugi teladan, untuk ditaksirkan.
11
Dalam pembelaan beliau, defendan menyatakan bahawa Perjanjian Baru tersebut telah ditandatangani oleh defendan secara paksaan dan di bawah tekanan oleh plaintif. Oleh itu Perjanjian Baru tersebut adalah tidak sah. Defendan juga menyatakan bahawa beliau telah memulangkan Wang Pelaburan tersebut, dan plaintif tidak mempunyai asas untuk menetapkan jumlah sebanyak RM50,000 sebagai penalti akibat kelewatan pembayaran atau kemungkiran kontrak.
12
Mahkamah Majistret membenarkan tuntutan plaintif, dan defendan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut. C. Penilaian dan Dapatan Mahkamah
13
Bedasarkan alasan penghakiman Majistret terpelajar, Majistret terpelajar telah memutuskan bahawa defendan tidak memasuki Perjanjian Baru tersebut dalam keadaan dipaksa atau diugut. Majistret terpelajar menyatakan: “16. Mahkamah juga telah melihat rakaman CCTV semasa perbincangan dilakukan di firma Plaintif, Mahkamah tidak 6 mendapati terdapat unsur-unsur atau suasana yang boleh menyebabkan Defendan berasa takut atau di bawah tekanan atau dipaksa untuk menandatangai Perjanjian Baru. Malahan berdasarkan transkrip perbualan, Defendan sempat membincangkan terma lain untuk dimasukkan ke dalam Perjanjian Baru bagi memperuntukkan dengan jelas bahawa ia tiada kaitan dengan kerja antara Defendan dengan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (klausa 5 Perjanjian Baru). Oleh itu, adalah dapatan Mahkamah bahawa Defendan tidak menandatangani Perjanjian baru di bawah paksaan/duress. Perjanjian tersebut sah dan berkuat kuasa.” (penekanan ditambah)
14
Dapatan fakta ini telah dibuat oleh Majistret terpelajar setelah beliau meneliti rakaman CCTV dan memerhatikan tingkahlaku pihak-pihak semasa perjalanan Mesyuarat tersebut.
15
Dapatan fakta yang dibuat oleh mahkamah bawahan tidak sepatutnya diganggu dengan mudah oleh mahkamah atasan. Ini kerana hakim mahkamah bawahan yang terlibat dengan perbicaraan telah meneliti dan memerhatikan tingkahlaku pihak-pihak yang terlibat seperti saksi-saksi serta perjalanan perbicaraan secara langsung. Oleh itu, hakim mahkamah bawahan yang menjalankan perbicaraan merupakan pihak terbaik untuk menilai keterangan-keterangan fakta serta saksi-saksi.
16
Hal ini dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan dalam Shak Yong @ Hew Chong v Hew Sak Yong [2014] 1 MLJ 562: “[10] To begin with, we are mindful of the principle of law that in respect of an appeal which turns upon a question of fact, an appellate court is generally very reluctant to disturb a finding of fact by the trial judge for the reason that as trier of fact the trial judge has audio-visual advantage which we do not have. Nonetheless, it would be opened to us to interfere with the finding made by a trial judge if such a finding is not supported by evidence or the decision is against the weight of the evidence or there is no proper judicial evaluation of the evidence or there is misdirection in law or the trial court has fundamentally misdirected itself.” (penekanan ditambah)
17
Seperti yang dinyatakan dalam kes di atas, mahkamah atasan berkeberatan untuk mengganggu keputusan hakim yang menjalankan perbicaraan, dan akan hanya mengganggu keputusan jika, antara lain, keputusan hakim tersebut tidak disokong oleh keterangan, atau jika terdapat penilaian kehakiman yang salah terhadap keterangan, atau jika terdapat salah arahan dari segi undang-undang.
18
Dalam kes ini, Majistret terpelajar jelas menyatakan bahawa beliau tidak dapat melihat unsur-unsur atau suasana yang boleh menyebabkan defendan berasa takut atau di bawah tekanan atau dipaksa untuk menandatangani Perjanjian Baru tersebut. Tambahan pula, Majistret terpelajar telah memerhatikan bahawa defendan sempat membincangkan terma-terma untuk dimasukkan ke dalam Perjanjian Baru tersebut.
19
Mahkamah berpendapat bahawa Majistret terpelajar tidak terkhilaf dalam dapatan beliau bahawa defendan tidak memasuki Perjanjian Baru tersebut secara paksaan, kerana dapatan ini adalah selaras dengan keterangan yang dikemukakan.
20
Dengan dapatan ini, mahkamah seterusnya mendapati Perjanjian Baru tersebut adalah perjanjian yang dibuat dengan persetujuan bebas oleh pihak-pihak seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 10 Akta Kontrak 1950. Perjanjian Baru tersebut adalah perjanjian yang sah yang mengikat kedua-dua pihak.
21
Oleh kerana mahkamah bersetuju dengan dapatan Majistret terpelajar bahawa Perjanjian Baru tersebut adalah sah, isu selanjutnya adalah sama ada jumlah RM50,000 yang ditetapkan dalam Perjanjian Baru tersebut merupakan satu klausa penalti.
22
Seksyen 75 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan: “When a contract has been broken, if a sum is named in the contract as the amount to be paid in case of such breach, or if the contract contains any other stipulation by way of penalty, the party complaining of the breach is entitled, whether or not actual damage or loss is proved to have been caused thereby, to receive from the party who has broken the contract reasonable compensation not exceeding the amount so named or, as the case may be, the penalty stipulated for.” (penekanan ditambah)
23
Kes di hadapan mahkamah ini adalah serupa dengan ilustrasi (a) di bawah seksyen 75, yang menyatakan: “(a) A contracts with B to pay B RM1,000, if he fails to pay B RM500 on a given day. A fails to pay B RM500 on that day, B is entitled to recover from A such compensation, not exceeding RM1,000, as the court considers reasonable.” (penekanan ditambah)
24
Dalam kes ini, adalah tidak dinafikan oleh pihak-pihak bahawa Perjanjian Baru tersebut mengandungi kluasa penalti yang menyatakan bahawa jika defendan gagal mematuhi terma-terma perjanjian (termasuk membuat bayaran balik Wang Pelaburan tersebut dalam masa 24 jam dari tarikh perjanjian), defendan bersedia membayar RM50,000 kepada plaintif.
25
Isu yang menjadi pertikaian adalah sama ada RM50,000 tersebut adalah jumlah yang munasabah yang boleh dikuatkuasakan oleh plaintif.
26
Dalam hal ini, Mahkamah Persekutuan dalam Cubic Electronics Sdn Bhd v Mars Telecommunications Sdn Bhd [2018] MLJU 1935, telah menjelaskan tentang beban membuktikan bahawa jumlah penalti yang ditetapkan di bawah suatu perjanjian adalah munasabah. Mahkamah Persekutuan menyatakan: “[74] In summary and for convenience, the principles that may be distilled from hereinabove are these: 10 i. If there is a breach of contract, any money paid in advance of performance and as part-payment of the contract price is generally recoverable by the payer. But a deposit paid which is not merely part payment but also as a guarantee of performance is generally not recoverable. ii. Whether a payment is part-payment of the price or a deposit is a question of interpretation that turns on the facts of a case, and the usual principles of interpretation apply. Once it has been ascertained that a payment possesses the dual characteristics of earnest money and part payment, it is a deposit. iii. A deposit is subject to section 75 of the Act. iv. In determining what amounts to “reasonable compensation” under section 75 of the Act, the concepts of “legitimate interest” and “proportionality” as enunciated in Cavendish (supra) are relevant. v. A sum payable on breach of contract will be held to be unreasonable compensation if it is extravagant and unconscionable in amount in comparison with the highest conceivable loss which could possibly flow from the breach. In the absence of proper justification, there 11 should not be a significant difference between the level of damages spelt out in the contract and the level of loss or damage which is likely to be suffered by the innocent party. vi. Section 75 of the Act allows reasonable compensation to be awarded by the court irrespective of whether actual loss or damage is proven. Thus, proof of actual loss is not the sole conclusive determinant of reasonable compensation although evidence of that may be a useful starting point. vii. The initial onus lies on the party seeking to enforce a damages clause under section 75 of the Act to adduce evidence that firstly, there was a breach of contract and that secondly, the contract contains a clause specifying a sum to be paid upon breach. Once these two elements have been established, the innocent party is entitled to receive a sum not exceeding the amount stipulated in the contract irrespective of whether actual damage or loss is proven subject always to the defaulting party proving the unreasonableness of the damages clause including the sum stated therein, if any. 12 viii. If there is a dispute as to what constitutes reasonable compensation, the burden of proof falls on the defaulting party to show that the damages clause including the sum stated therein is unreasonable.” (penekanan ditambah) [27]
Preamble
Menurut Cubic Electronics: a. Beban pembuktian kewujudan klausa penalti di bawah seksyen 75 Akta Kontrak 1950 adalah terletak kepada pihak yang ingin menguatkuasakan klausa tersebut. Pihak tersebut perlu membuktikan bahawa terdapat kemungkiran kontrak, dan bahawa kontrak tersebut mengandungi klausa yang menyatakan jumlah untuk dibayar atas kemungkiran yang berlaku; b. Setelah unsur-unsur ini dibuktikan, pihak yang tidak bersalah berhak untuk menerima jumlah yang tidak lebih daripada jumlah yang dinyatakan dalam kontrak, dan jumlah ini perlu dibayar walaupun tiada kerugian dibuktikan, tertakluk kepada pihak yang mengingkari kontrak membuktikan bahawa jumlah yang perlu dibayar adalah tidak berpatutan; dan c. Jika pihak-pihak tidak boleh bersetuju tentang sama ada jumlah yang perlu dibayar adalah berpatutan, pihak yang memungkiri kontrak perlu membuktikan bahawa jumlah yang perlu dibayar adalah tidak berpatutan. [28] Mahkamah Persekutuan dalam Cubic Electronics turut menyatakan bahawa dalam menentukan sama ada jumlah yang dinyatakan dalam kontrak adalah berpatutan, mahkamah perlu berpandukan konsep “legitimate commercial interest” dan “proportionality” yang dijelaskan dalam Cavendish Square Holding BV v El Makdessi; ParkingEye Ltd v Beavis [2016] 2 All ER 519. Berpandukan Cavendish Square, Mahkamah Persekutan menyatakan seperti berikut dalam menenentukan sama ada suatu klausa merupakan klausa penalti: “[57] Thus, under English law, the current approach is that in determining whether a damages clause in a contract amounts to a penalty, courts must first consider whether any “legitimate commercial interest” in performance extending beyond the prospect of pecuniary compensation flowing from the breach is served or protected by a damages clause and then evaluate whether the provision made for the interest is proportionate to the interest identified. And the overall common denominators that must be further identified by the courts are whether the damages clause:
i
is a secondary obligation and not a primary obligation which would be enforceable per se;
II
(ii) which imposes a detriment on the contract-breaker; and
III
(iii) which is out of all proportion to any legitimate interest of the innocent party in the enforcement of the primary obligation. [58] The restatement of the principles of law on damages clause represents a clear shift in judicial attitude where courts are reluctant to interfere with parties’ freedom of contract, especially if the contracting parties have comparable bargaining power and are properly advised. Hence, in a sense, the reformulation in Cavendish (supra) gives more legal certainty to the operation of a damages clause as a permissible risk allocation tool. It also signifies judicial recognition of the notion of broader commercial justifiability. Loss or damage is no longer confined to pecuniary compensation. Applying the new approach or test it is therefore, as alluded to earlier, only in situations when the sum stipulated in a damages clause is unconscionably high and exorbitant by reference to the innocent party’s legitimate interest in the performance of the contract that such a clause is struck down.” (penekanan ditambah) [29] Berdasarkan penyataan di atas, penentuan yang perlu dibuat oleh mahkamah dalam memutuskan sama ada jumlah penalti yang dinyatakan dalam sesuatu kontrak adalah munasabah adalah: a. Sama ada terdapat “legitimate commercial interest” dalam penetapan jumlah tersebut melebihi jumah pampasan yang mungkin timbul daripada kemungkiran yang dilakukan; dan b. Sama ada jumlah penalti tersebut adalah seimbang dengan “legitimate commercial interest” tersebut. [30] Dalam kes ini, berpandukan Cubic Electronics, mahkamah mendapati bahawa plaintif telah membuktikan: a. Terdapat kemungkiran Perjanjian Baru tersebut oleh defendan, kerana defendan tidak membuat pembayaran balik kesemua Wang Pelaburan tersebut kepada defendan sebelum jam 12.00 tengah hari pada 2 Julai 2022; dan b. Terdapat klausa penalti dalam Perjanjian Baru tersebut, dengan perenggan 4 Perjanjian Baru tersebut memperuntukkan bahawa defendan akan membayar tambahan gantirugi sebanyak RM50,000 jika beliau gagal mematuhi terma-terma Perjanjian Baru tersebut. [31] Oleh kerana plaintif telah membuktikan perkara-perkara di atas, plaintif sebagai pihak yang tidak bersalah berhak menerima jumlah RM50,000 yang dinyatakan dalam Perjanjian Baru tersebut, melainkan jika defendan dapat membuktikan bahawa jumlah tersebut adalah tidak berpatutan. [32] Dalam hal ini, defendan telah menyatakan bahawa bayaran balik Wang Pelaburan tersebut sebanyak RM15,000 telah dibuat tidak jauh dari tempoh masa yang ditetapkan dalam Perjanjian Baru tersebut. Bayaran sebanyak RM5,000 telah dibuat sebelum jam 12.00 tengah hari pada 2 Julai 2022, dan ini mematuhi terma Perjanjian Baru tersebut. Seterusnya, RM5,000 dibayar pada jam 1.26 tengah hari dan baki sebanyak RM5,000 lagi dibayar pada jam 11.52 malam, pada hari yang sama. [33] Defendan turut menyatakan bahawa jika dibandingkan dengan jumlah Wang Pelaburan tersebut yang perlu dibayar balik oleh defendan kepada plaintif, iaitu sebanyak RM15,000, jumlah penalti sebanyak RM50,000 adalah keterlaluan. [34] Berdasarkan penyataan-penyataan defendan, mahkamah mendapati bahawa defendan telah melepaskan beban untuk membuktikan bahawa jumlah RM50,000 yang ditetapkan dalam Perjanjian Baru tersebut adalah tidak berpatutan. Penetapan jumlah sebanyak RM50,000 sebagai penalti adalah keterlaluan, jika dibandingkan dengan jumlah Wang Pelaburan tersebut yang hanya berjumlah RM15,000. [35] Dapatan di atas dibuat oleh mahkamah berpandukan penyataan tersebut oleh Mahkamah Persekutuan dalam Cubic Electronics: “[68] Consequently, regardless of whether the damage is quantifiable or otherwise, it is incumbent upon the court to adopt a common sense approach by taking into account the legitimate interest which an innocent party may have and the proportionality of a damages clause in determining reasonable compensation. This means that in a straightforward case, reasonable compensation can be deduced by comparing the amount that would be payable on breach with the loss that might be sustained if indeed the breach occurred (emphasis added). Thus, to derive reasonable compensation there must not be a significant difference between the level of damages spelt out in the contract and the level of loss or damage which is likely to be suffered by the innocent party.” (penekanan ditambah) [36] Mahkamah mendapati, dengan fakta-fakta yang ditimbulkan, dan dengan mengikuti Cubic Electronics, bahawa Majistret terpelajar telah terkhilaf dalam mendapati defendan gagal melepaskan beban untuk membuktikan bahawa jumlah sebanyak RM50,000 yang ditetapkan dalam Perjajian Baru tersebut adalah tidak berpatutan. Dapatan undang-undang ini adalah suatu salah arahan dari segi undang-undang, yang memerlukan pembetulan oleh mahkamah ini. [37] Mahkamah mempertimbangkan penyataan defendan bahawa jumlah penalti sebanyak RM50,000 adalah keterlaluan jika dibandingkan dengan Wang Pelaburan tersebut sebanyak RM15,000 yang diberikan oleh plaintif kepada defendan. Jumlah penalti yang ditetapkan melebihi tiga kali ganda Wang Pelaburan tersebut. Fakta ini mencukupi untuk defendan melepaskan beban bukti bahawa jumlah penalti sebanyak RM50,000 adalah keterlaluan. [38] Dalam keadaan ini, mahkamah mendapati bahawa jumlah RM50,000 adalah penalti yang berlebihan, keterlaluan dan tidak boleh dikuatkuasakan. D. Keputusan [39] Rayuan perayu dibenarkan, dengan kos. Bertarikh 21 Oktober 2025 ADLIN ABDUL MAJID Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur Peguam: Perayu : Vigneswaran Raju of The Chambers of Waran Responden : Muhamad Hisham Marzuki of Messrs. Hariz Syakinah & Co
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.