Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-62-11/2022 PENDAKWA RAYA
KA-45A-62-11/2022
High Court of Malaysia1 Oct 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“t an accused person who has pleaded guilty be given certain credit and discount, but we are of the view that there are exceptions to this rule. In our opinion, one of these are the offences under the Dangerous Drugs Act 1952… … As can be seen from the above, the Government and the legislature have taken various steps t”
“or v Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256 at p. 257: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal "In respect of offences under the Dangerous Drugs Ordinance, 1952, there has been a gradual change in the attitude of the legislature during the last few ye”
“y of this document via eFILING portal "In respect of offences under the Dangerous Drugs Ordinance, 1952, there has been a gradual change in the attitude of the legislature during the last few years. The Ordinance has been amended by Parliament a number of times in 1971 (by Act Al12 of 1972) then in 1973 (by Act A194 of”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-62-11/2022 PENDAKWA RAYA
1
Orang Kena Tuduh (“OKT”) telah dihadapkan di Mahkamah ini dengan satu pertuduhan di bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952”) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama. Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 18 Mei 2022, jam lebih kurang 08.40 malam, di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 55.52 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”.
2
Pada 1.10.2023, susulan daripada permohonan representasi yang telah dibuat oleh OKT, pihak Pendakwa Raya telah mengemukakan pertuduhan pilihan di bawah subseksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39A(2) Akta yang sama. Pertuduhan pilihan tersebut adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 18 Mei 2022, jam lebih kurang 08.40 malam, di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah ada dalam milikan kamu dadah jenis Methamphetamine seberat 55.52 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama.”.
3
Ekoran daripada tawaran pertuduhan pilihan tersebut, OKT telah membuat pengakuan salah bagi pertuduhan pilihan tersebut dan setelah proses pengakuan salah OKT selesai, Pendakwa Raya telah menarik balik pertuduhan asal di bawah perenggan 39B(1)(a) ADB 1952 terhadap OKT.
4
Setelah Mahkamah ini berpuashati bahawa pengakuan salah OKT dibuat tanpa bersyarat dan OKT faham kesan dan akibat pengakuan salahnya, serta setelah mendengar hujahan mitigasi oleh Peguambela OKT dan hujahan pemberatan hukuman oleh pihak Pendakwa Raya, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun bermula daripada tarikh tangkap (18.5.2022) dan 10 sebatan.
5
OKT tidak berpuashati dengan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah ini dan telah mengemukakan Notis Rayuan yang difailkan pada 11.10.2023 melalui pihak penjara. Rayuan OKT adalah terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah ini.
6
Bertindak atas maklumat, pada 18.5.2022, jam lebih kurang 8.40 malam, semasa dalam tugasan Ops Tapis, Pengadu (Insp Mohd Muzamir Ghazali) bersama sepasukan anggota polis dari BSJND Kota Setar telah menahan seorang lelaki Melayu (OKT) yang kelihatan mencurigakan di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah.
7
Pengadu telah memperkenalkan diri sebagai Polis dan seterusnya menjalankan pemeriksaan tubuh badan OKT dan mendapati satu beg silang berwarna hitam yang disilangkan di badan OKT. Dengan disaksikan OKT dan saksi polis, Pengadu telah mengambil beg tersebut dan memeriksa beg berwarna hitam jenama Calvin Klein Jeans. Hasil pemeriksaan tersebut, Pengadu telah menemui empat
4
paket plastic lutsinar pelbagai saiz masing-masing berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu. [8] Pengadu kemudiannya telah merampas barang-barang kes tersebut dan menangkap OKT untuk tindakan dan siasatan lanjut. Pengadu juga telah membuat laporan polis sepertimana Alor Setar/10543/22. SABITAN DAN HUKUMAN Pengakuan Salah [9] Sebelum Mahkamah ini menerima pengakuan salah OKT, Mahkamah ini perlu memastikan bahawa OKT faham kesan dan akibat pengakuan salahnya berdasarkan kepada kehendak subseksyen 178(2) KTJ. Di samping itu juga, OKT turut diwakili oleh Peguambela pada sepanjang prosiding berjalan di hadapan Mahkamah ini. [10] Mahkamah ini telah menjelaskan bahawa sekiranya OKT mengaku salah, OKT boleh dijatuhi hukuman penjara antara 5 hingga 30 tahun (seumur hidup) dan tidak kurang 10 sebatan, tiada perbicaraan akan dijalankan dan OKT tidak boleh merayu atas hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini kecuali terhadap takat dan kesahan (extent and legality) hukuman tersebut. [11] Setelah Mahkamah ini berpuashati bahawa OKT memahami kesan dan akibat pengakuan salahnya terhadap pertuduhan pilihan tersebut, Mahkamah ini telah mensabitkan OKT dan telah menjatuhkan hukuman sebagaimana dinyatakan di dalam perenggan 4 di atas. Hujahan Mitigasi dan Hujahan Pemberatan Hukuman [12] Dalam hujahan mitigasinya Peguambela OKT telah menghujahkan perkara-perkara berikut: a) OKT kini berumur 46 tahun, telah bercerai dengan isteri lebih kurang 5 tahun lalu dan mempunyai 2 orang anak berumur 12 dan 11 tahun. OKT juga merupakan seorang penganggur. Semasa ditangkap, anak-anak OKT tinggal dengan OKT. Setelah ditangkap anak-anak dan ibu OKT yang mengidap sakit tua dan kerap kali ke hospital untuk rawatan, ada di bawah jagaan adik OKT; b) OKT mengakui bahawa dia adalah seorang penagih dadah selama lebih kurang 22 tahun sebelum ditangkap, dan kawan-kawannya yang telah menyumbang wang kepadanya untuk mendapatkan bekalan dadah demi kepentingan menghisap dadah antara mereka. Semasa ditangkap OKT baru sahaja mendapatkan bekalan dadah daripada seorang bernama Mie; c) OKT telah insaf dan berjanji tidak akan melibatkan diri dengan sebarang aktiviti yang berunsur jenayah. [13] Dalam hujahan pemberatan hukuman, pihak Pendakwa Raya secara umumnya telah menghujahkan faktor-faktor kepentingan awam terutamanya dalam kes melibatkan dadah, peningkatan kes-kes dadah dari hari ke hari dan masih berleluasa, tempoh hukuman penjara seumur hidup yang telah dipinda daripada 20 tahun kepada 30 tahun, pertuduhan terhadap OKT adalah kesalahan berat dan serius serta menyumbang kepada berlakunya jenayah sekunder. [14] Pihak Pendakwa Raya seterusnya memohon supaya hukuman berat dan setimpal dikenakan terhadap OKT sebagai faktor deteren. Pihak Pendakwa Raya turut menyenaraikan trend hukuman bagi kesalahan sama sebagaimana dipertuduhkan terhadap OKT dalam hujahan bertulis pemberatan hukuman. Pihak Pendakwa Raya turut mengesahkan bahawa OKT tiada kesalahan lampau. Hukuman [15] Budibicara menentukan hukuman adalah terletak kepada Mahkamah yang membicarakan. Sebagaimana diperuntukkan di dalam seksyen 183 KTJ, apabila seseorang OKT itu disabitkan dengan kesalahan, Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang (sentence according to law). Di dalam kes Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315 telah diputuskan bahawa: “A "sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles.” [16] Berpandukan kepada kes Jafa bin Daud (supra), budibicara tersebut hendaklah berpandukan kepada prinsip undang-undang yang telah ditetapkan. [17] Dalam mempertimbangkan hukuman yang sesuai dan munasabah terhadap OKT bagi pertuduhan terhadapnya, Mahkamah ini telah turut mempertimbangkan kesemua faktor-faktor peringanan hukuman yang dihujahkan oleh Peguambela OKT. [18] Faktor bahawa OKT telah mengaku salah sebaik sahaja ditawarkan dengan pertuduhan pilihan dan bahawa OKT kesal dan insaf atas perbuatannya telah dipertimbangkan oleh Mahkamah ini. Pengakuan salah OKT telah menjimatkan kos dan masa Mahkamah serta semua pihak-pihak yang terlibat dengan kes terhadap OKT ini. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 134: “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.” [19] Namun begitu, di dalam kes Tia Ah Leng v Public Prosecutor [2004] 4 MLJ 249 telah diputuskan seperti berikut: “It is true that the general rule is, when imposing a sentence, the court should take into consideration the fact that an accused person who has pleaded guilty be given certain credit and discount, but we are of the view that there are exceptions to this rule. In our opinion, one of these are the offences under the Dangerous Drugs Act 1952… … As can be seen from the above, the Government and the legislature have taken various steps to curb drug activities and we believe that the courts should also help to curb these activities by imposing stringent punishments provided by the law.” [penekanan ditambah] [20] Seterusnya Mahkamah juga telah mempertimbangkan faktor bahawa OKT adalah seorang pesalah kali pertama dalam menentukan hukuman yang wajar dan sesuai terhadap OKT, sebagaimana yang telah diputuskan di dalam kes Tukiran Bin Taib v Public Prosecutor [1955] 1 MLJ 24 dan Abdul Karim v Regina [1954] 1 MLJ 86. [21] Dalam mempertimbangkan hukuman yang sesuai dan munasabah terhadap OKT juga, Mahkamah ini telah mempertimbangkan dan memutuskan bahawa faktor kepentingan awam hendaklah diutamakan dan mengatasi kepentingan-kepentingan peribadi OKT. Ini kerana kesalahan terhadap OKT melibatkan kesalahan dadah yang merupakan kesalahan yang berat dan serius. OKT adalah dianggap bertuah kerana pertuduhan asal pengedaran dadah berbahaya terhadapnya telah dipinda kepada kesalahan pemilikan dadah di bawah subseksyen 12(2) ADB 1952 dan dihukum di bawah subseksyen 39A(2) Akta yang sama. [22] Tambahan pula, di dalam hujahan mitigasi OKT sendiri, OKT mengakui bahawa beliau merupakan seorang penagih dadah sejak lebih kurang 22 tahun yang lalu. Mahkamah ini berpendapat bahawa OKT adalah antara penagih dadah yang bertuah kerana tidak pernah ditangkap sebelum ini. Di samping itu juga, fakta ini menunjukkan OKT sebenarnya tidak insaf dan telah berterusan mendapatkan bekalan dadah dan menggunakan dadah selama suatu tempoh yang sangat lama. [23] Sebagaimana diputuskan di dalam kes Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256: “One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote apassage from the judgment of Hilbery J. in Rex v Kenneth John Ball 35 CrAppR 164 as follows:– "In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.".” [penekanan ditambah] [24] Juga di dalam kes PP v. Mohd Fazelan Md Khuzeh [2015] 9 CLJ 221, Mahkamah Rayuan telah menegaskan bahawa bagi kesalahan melibatkan dadah berbahaya, kepentingan awam menjadi pertimbangan utama: “We were of the view that offences involving dangerous drugs ought not to be treated lightly so as not to trivialise the gravity of such offences. Public interest is a paramount consideration. The fact that the respondent is a first offender or that he had pleaded guilty ought to be weighed against the facts of the case, the circumstances in the commission of the offence, the type of drugs involved and the weight of the drugs.” [penekanan ditambah] [25] Di samping itu juga, Mahkamah ini juga telah mempertimbangkan faktor bahawa peruntukan undang-undang yang menetapkan hukuman bagi kesalahan terhadap OKT iaitu hukuman di bawah subseksyen 39A(2) ADB 1952 ini menetapkan hukuman penjara untuk suatu tempoh antara 5 hingga 30 tahun (seumur hidup). Dalam menentukan tempoh hukuman penjara yang bersesuaian, Mahkamah ini mengambil maklum bahawa kesalahan berkaitan dadah adalah satu kesalahan yang serius yang boleh dilihat apabila pindaan tempoh hukuman penjara seumur hidup dipinda oleh Parlimen sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 3 Akta Keadilan Jenayah 1953 [Akta 345] daripada tempoh penjara 20 tahun kepada 30 tahun. [26] Mahkamah Rayuan di dalam kes Tia Ah Leng v. PP supra juga telah memutuskan seperti berikut: “The effort of the legislature to curb and deter drugs related offences is well described by Hashim Yeop A. Sani (as he then was) in Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256 at p. 257: "In respect of offences under the Dangerous Drugs Ordinance, 1952, there has been a gradual change in the attitude of the legislature during the last few years. The Ordinance has been amended by Parliament a number of times in 1971 (by Act Al12 of 1972) then in 1973 (by Act A194 of 1973) and then in 1975 (by Act A293 of 1975). At the moment there is yet another amendment which is awaiting the Royal Assent. In the legislative exercise in the1973 penalties attached to the various offences under the law were enhanced. For the offence of possession of any dangerous drugs under section 12(2) of the Ordinance, for example, the penalty was increased from a. maximum of $10,000 fine to a maximum of $20,000 fine and the maximum imprisonment was increased from three years to five years. In the legislative exercise in 1975, among other things, a new provision (new section 39A) was inserted whereby it is provided that whoever is convicted of an offence under the Ordinance and the subject matter of which is heroin or morphine of five grammes or more in weight shall be liable to imprisonment (with no option of a fine) for a term not exceeding fourteen years and not less than three years and he shall also be liable to whipping of not less than six strokes. According to the Bill which is at the moment awaiting the Royal Assent another new provision is inserted creating a new offence of planting or cultivating any plant from which raw opium, coca leaves, poppy-straw or cannabis may be obtained. The punishment for the new offence is life imprisonment and whipping. It is common sense to say that behind these legislative exercises was the government's realization albeit gradual, of the problem of drug abuse in this country, the degenerating effect of the misuse of dangerous drugs and the attendant dangers it has posed to society itself. The amendments passed by Parliament therefore reflect the public policy. It must be presumed that behind the public policy is the consideration of public interest. The change in the attitude of the legislature itself during the last three years reflects the seriousness of the problem. In my view the courts will not be performing their functions honestly if the seriousness of the situation is not reflected in the sentence imposed or if the sentence appears to defeat the object of the statute. This is not saying that the courts in the treatment of drug offences should at all times be severe. Each case has to be determined on its own merits. But in every case the courts must be realistic and rational.”. [penekanan ditambah] [27] Merujuk kepada keputusan di dalam kes Tia Ah Leng (supra) di atas, walaupun pindaan kepada ADB 1952 yang dinyatakan merujuk kepada pindaan terdahulu, namun begitu asas yang dipertimbangkan oleh Mahkamah Rayuan ketika itu adalah bahawa dengan berlakunya pindaan kepada ADB 1952 yang mana hukuman bagi beberapa kesalahan telah dinaikkan maka Mahkamah wajar mengambilkira faktor ini dalam menentukan hukuman yang bersesuaian. Prinsip yang sama turut terpakai kepada kes OKT ini, di mana berdasarkan pindaan undang-undang terkini, hukuman bagi kesalahan di bawah subseksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39A(2) Akta yang sama iaitu hukuman penjara seumur hidup telah dinaikkan daripada maksima 20 tahun kepada maksima 30 tahun, melalui pindaan kepada seksyen 3 Akta Keadilan Jenayah 1953 [Akta 345]. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa fakta pindaan undang-undang terkini yang melibatkan kesalahan dadah wajar dipertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman yang sesuai terhadap OKT. [28] Dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT ini, Mahkamah ini telah turut mempertimbangkan faktor deteren terhadap OKT dan juga terhadap masyarakat umum supaya dapat memberi mesej bahawa kesalahan memiliki dadah adalah satu kesalahan yang serius dan tidak boleh diambil mudah oleh masyarakat. Sebagaimana yang telah diputuskan di dalam kes Leken @ Delem ak Gerik (M) v Public Prosecutor [2007] 3 MLJ 730 seperti berikut: “(d) Deterrence sentence is aimed not only to deter the accused from committing the offence in future but also to deter other people from committing the offence. The first is referred to as specific deterrence and the latter as general deterrence.”. [29] Merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. Saifulzainizam Mat Nasir [2021] 1 LNS 1074 yang telah memutuskan seperti berikut: “[29] The Respondent also sought to rely on several High Court decisions where sentences ranging from 7-8 years' imprisonment were imposed for the same type of offence punishable under S. 39(A)
2
of the DDA for bigger quantities of dangerous drugs. [30] On these purportedly crucial points, suffice for us to say that the comparative sentences were from cases that were decided about 8 - 15 years ago. In our view, those cases do not reflect the current trend of sentencing for the offence of drug possession punishable under S. 39A (2), DDA. We agree with the Learned DPP that considering the maximum sentence prescribed under the provision, any sentence of less than 10 years' imprisonment would not be appropriate and sufficiently reflect the public interest element and the deterrent factor. It would, on the contrary, send a wrong message to would be offenders and the public at large that the Court would, in some instances, deal leniently with drug offenders charged with serious offences such as that punishable under S. 39A (2), DDA. As regards the Respondent's plea pertaining to the difficulties that he would face as a husband and father of 2 children, it is trite principle that a plea of this nature does not carry much weight as an accused person ought to have been aware of his responsibilities and the consequences of his actions before turning to a life of crime.” [penekanan ditambah] [30] Merujuk kepada alasan-alasan dinyatakan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa hukuman penjara 12 tahun (bermula daripada tarikh tangkap) dan 10 sebatan bagi pertuduhan terhadap OKT adalah sesuai dan munasabah. Hukuman-hukuman yang telah dijatuhkan terhadap OKT juga adalah bersandarkan kepada trend keputusan-keputusan terkini bagi kes-kes pemilikan dadah dan tidaklah manifestly excessive. KESIMPULAN [31] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas juga, Mahkamah ini percaya bahawa hukuman penjara 12 tahun (bermula daripada tarikh tangkap) dan 10 sebatan yang telah dijatuhkan terhadap OKT adalah sesuai dan munasabah serta tidaklah manifestly excessive, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkenaan iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan Akta Keadilan Jenayah 1953 [Akta 345] serta berlandaskan kepada prinsip undang-undang berkaitan hukuman yang telah ditetapkan. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Bertarikh 14 November 2023. Timbalan Pendakwa Raya: Tohirah binti Mohd Fauzi Timbalan Pendakwa Raya Peguambela OKT: Murthy a/l Botharajoo Tetuan B. Murthy & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.