a
(a) Sandagran Solomon a/l Joseph Pitchay, perwakilan daripada Responden Pertama (R1), telah bertanding bagi jawatan Setiausaha Agung;
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2019/e914890c-bdbe-4b74-89fc-cae6ee8647c1
Court of Appeal of Malaysia9 Jan 2019W-02(NCVC)(W)-1292-06/2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“e submissions of the parties, I found the decision to hold fresh elections for the positions of VP Private Sector and Secretary General of MTUC on 16.7.2017 is ultra vires and in contravention of the MTUC Constitution. These are my reasons.”
“37. There is no express provision in the Constitution empowering the GC to call for fresh elections. The evidence led in fact showed that in the past, vacancies were filled by the GC without calling for fresh elections.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO. W-02(NCvC)(W)-1292-06/2018 ANTARA ABDUL HALIM BIN MANSOR (NO. K.P: 600508-71-5621) (dalam kapasiti beliau sebagai Presiden KONGRES KESATUAN SEKERJA MALAYSIA) ... PERAYU
section
1. DAN
section
2. NATIONAL UNION OF BANK EMPLOYEES SANDAGRAN SOLOMON A/L JOSEPH PITCHAY ... RESPONDEN-RESPONDEN [Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur Di Negeri Wilayah Persekutuan, Malaysia Guaman Sivil WA-22NCVC-654-11/2017
section
1. Antara
section
2. National Union Of Bank Employees Sandagran Solomon A/L Joseph Pitchay... Plaintif-plaintif Dan Abdul Halim Bin Mansor (No. K.P.: 600508-71-5621) (dalam kapasiti beliau sebagai Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) ... Defendan ] 2 KUORUM: AHMADI BIN HAJI ASNAWI, HMR ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL, HMR SURAYA BINTI OTHMAN, HMR PENGHAKIMAN [1] Rayuan ini ditujukan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang bersidang di Kuala Lumpur yang telah membenarkan tuntutan responden-responden (plaintif-plaintif di senun) untuk beberapa perintah deklarasi terhadap perayu (defendan di senun) yang terasnya antara lain mengisytiharkan bahawa keputusan untuk mengadakan pemilihan (election) baru terhadap jawatan Naib Presiden (Sektor Swasta) dan Setiausaha Agung MTUC oleh Majlis Am (General Council) Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada 16.7.2017 sebagai tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan MTUC. [2] Setelah mendengar penghujahan kedua-dua pihak yang dibentangkan dengan panjang lebar, kami telah menangguhkan keputusan untuk kajian dan pertimbangan yang sewajarnya. Berikut ialah keputusan dan alasan kami memutuskan sedemikian. 3 Fakta Ringkas Kes [3] National Union of Bank Empoyees, responden pertama, ialah sebuah kesatuan sekerja yang berdaftar menurut Akta Kesatuan Sekerja
section
1959. Manakala Sandagran Solomon A/L Joseph Pitchay, responden kedua, pula ialah Setiausaha Agung responden pertama dan juga MTUC. [4] Perayu ialah MTUC dan Abdul Halim bin Mansor dinamakan atas kapasitinya sebagai Presiden MTUC selaras dengan peruntukan seksyen 9 (c), Akta Pertubuhan 1966. Abdul Halim ialah presiden bagi penggal 2016-2019. [5] Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan MTUC (TDC) telah diadakan pada 29.11.2016 dan 30.11.2016. Salah satu agenda terpenting dalam persidangan itu ialah pemilihan pegawai-pegawai utama (office bearers) perayu untuk penggal 2016-2019. Seramai 15 orang telah bertanding bagi jawatan Naib Presiden (Sektor Swasta), dan 3 orang pula bagi jawatan Setiausaha Agung. Untuk memudahkan rujukan, butiran calon yang telah bertanding untuk pemilihan tersebut dan menjadi pihak-pihak dalam prosiding ini adalah seperti yang berikut:
a
(a) Sandagran Solomon a/l Joseph Pitchay, perwakilan daripada Responden Pertama (R1), telah bertanding bagi jawatan Setiausaha Agung;
b
(b) Kamarul Bahrain bin Mansor (Kamarul), kakitangan dan perwakilan daripada Kesatuan Pekerja Southern Waste 4 Management Sdn Bhd (Southern Waste), telah bertanding bagi jawatan Naib Presiden (Sektor Swasta); dan
c
(c) Mohamad Dauzkaply Nor bin Ghazali (Dauz), pewakilan daripada Kesatuan Pekerja Amanah Ikhtiar Malaysia (KEPAIM), turut bertanding bagi jawatan Setiausaha Agung. [6] Pemilihan tersebut telah menghasilkan keputusan yang berikut (pemenang digariskan dan dihitamkan): NAIB PRESIDEN (Sektor Swasta): Mohd Roszeli - 289 Undi Sivananthan - 173 Undi Jey Kumar - 243 Undi Kamarul - 314 Undi Somahsundram - 262 Undi Awang - 185 Undi Mohd Jaafar - 82 Undi Bruno Pereira - 176 Undi Nor Azlan - 363 Undi Mohd Khir - 227 Undi Badruzaman - 204 Undi Kunasegaran - 226 Undi Shatiri - 202 Undi Matkar - 381 Undi Ng Choo Seng - 171 Undi 5 SETIAUSAHA AGUNG: Dauz - 165 Undi Gopal - 169 Undi Solomon - 189 Undi [7] Selang beberapa bulan selepas pemilihan tersebut, kedudukan sebenar Kamarul dan Dauz telah terbongkar. Pada setiap masa berkenaan, Kamarul mendakwa dia merupakan seorang pekerja atau pegawai Southern Waste manakala Dauz pula mendakwa bahawa dia ialah seorang pekerja atau pegawai KEPAIM bagi tujuan pencalonan pemilihan TDC berkenaan. Namun, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Melaka dan Negeri Sembilan (DTUA) kemudian, melalui surat bertarikh 30.5.2017 setelah ditanya oleh responden kedua melalui suratnya bertarikh 12.4.2017, mengesahkan bahawa kedua-dua mereka bukan pegawai atau pun pekerja kesatuan-kesatuan berkenaan. [8] Maklum balas DTUA itu telah dibangkitkan oleh responden kedua semasa berlangsungnya Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja MTUC pada 1.6.2017. Perayu dan ahli mesyuarat Jawatankuasa Kerja MTUC tidak mempunyai pengetahuan berkenaan surat bertarikh 12.4.2017 itu mahupun apa-apa respons daripada DTUA sebelum mesyuarat. Setelah dimaklumkan tentang isu tersebut, mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja MTUC ingin membawa isu hilang kelayakan Kamarul dan Dauz ke perhatian Majlis Am untuk dipertimbangkan dan perayu, di samping itu, ingin meneruskan dengan mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang telah dijadualkan pada hari itu. 6 [9] Namun, responden kedua mendesak agar Kamarul tidak dibenarkan atau disingkirkan daripada menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MTUC berkenaan. Perayu sebaliknya menjelaskan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MTUC tidak mempunyai kuasa atau kewibawaan untuk menyingkirkan Kamarul kerana kuasa tersebut terletak hak pada Majlis Am. [10] Responden kedua kemudian membangkitkan bantahan bahawa sekiranya Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MTUC diteruskan juga dengan kehadiran Kamarul, responden kedua akan membuat laporan kepada pihak berkuasa. Disebabkan bantahan tersebut, perayu kemudiannya membuat keputusan membatalkan dan tidak meneruskan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MTUC itu. [11] Seterusnya, isu berkenaan Kamarul dan Dauz itu telah dilaporkan dalam mesyuarat Majlis Am pada 16.7.2017. Setelah membuat pertimbangan, Majlis Am kemudiannya membuat rumusan bahawa Kamarul dan Dauz tidak layak untuk mewakili kesatuan-kesatuan sekerja mereka bagi tahun 2016 selaras dengan peruntukan Kaedah 6 (6) Perlembagaan MTUC. Susulan itu, mereka telah disingkirkan daripada keahlian dalam Majlis Am. [12] Majlis Am selanjutnya telah mencapai keputusan (berdasarkan undi majoriti) bahawa MTUC akan mengadakan pemilihan baru bagi jawatan Naib Presiden (Sektor Swasta) dan Setiausaha Agung disebabkan isu 7 ketidaklayakan Kamarul dan Dauz tersebut. Perayu tidak mengundi dan kekal berkecuali berbanding responden kedua yang mengambil bahagian secara aktif dalam perdebatan dan undian berkenaan pelbagai cadangan (menentang cadangan untuk mengadakan pemilihan baru berkenaan). [13] Susulan keputusan Majlis Am tersebut, perayu telah memohon bantuan dan kerjasama ahli-ahli Jawatankuasa MTUC (Timbalan Presiden, Timbalan Setiausaha Agung, Bendahari, dan Timbalan Bendahari MTUC dan Responden Kedua) untuk mengambil langkah sewajarnya untuk memanggil mesyuarat Persidangan Perwakilan Khas untuk mengadakan pemilihan baru bagi jawatan Naib Presiden dan Setiausaha Agung berkenaan. [14] Bagaimana pun, responden kedua tidak mahu bekerjasama dengan ahli Jawatankuasa MTUC dan atas keengganan responden kedua untuk mengeluarkan notis Persidangan Perwakilan Khas, perayu pada 22.7.2017 telah mengeluarkan notis Persidangan Perwakilan Khas kepada semua kesatuan MTUC untuk mengadakan Persidangan Perwakilan Khas bagi tujuan mengadakan pemilihan baru bagi jawatan Naib Presiden dan Setiausaha Agung (selaras dengan keputusan Majlis Am pada 16.7.2017). [15] Tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Am itu, responden-responden telah memulakan tindakan terhadap perayu di Mahkamah 8 Tinggi Kuala Lumpur pada 17.11.2017 menuntut perintah deklarasi yang berikut:
i
(i) Suatu deklarasi bahawa keputusan yang dibuat oleh Majlis Am perayu untuk mengadakan pilihan raya baru untuk jawatan Naib Presiden (sektor swasta) dan Setiausaha Agung pada 16.7.2017 telah dibuat dengan tujuan utama untuk menyingkirkan responden kedua sebagai Setiausaha Agung responden pertama dan oleh itu telah dilakukan dengan mala fide;
subparagraph
(ii) Suatu deklarasi bahawa keputusan yang dibuat oleh Majlis Am perayu untuk mengadakan pilihan raya yang baru bagi jawatan Naib presiden (Sektor Swasta) dan Setiausaha Agung perayu yang dibuat pada 16.7.2017 adalah ultra vires Perlembagaan perayu dan/atau menyalahi undang-undang dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah;
subparagraph
(iii) Suatu deklarasi bahawa pilihan raya yang baru tidak perlu diadakan untuk jawatan Setiausaha Agung perayu yang diakibatkan oleh pembatalan kelayakan pencalon yang kalah, Mohamad Dauzkaply Nor bin Ghazali sebagai wakil kepada Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan yang diadakan pada 29.11.2016 sehingga 30.11.2016.
subparagraph
(iv) Suatu deklarasi bahawa pilihan raya yang baru tidak perlu diadakan untuk jawatan Naib Presiden (Sektor Swasta) defendan yang diakibatkan oleh pembatalan kelayakan Kamarul Bahrin Mansor sebagai wakil kepada 9 Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan yang diadakan pada 29.11.2016 sehingga 30.11.2016.
v
(v) Suatu deklarasi bahawa pembatalan kelayakan Mohamad Dauzkaply Nor bin Ghazali sebagai calon untuk pilihan raya yang diadakan di Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan pada 29.11.2016, tidak menjejaskan kedudukan plaintif ke-2 sebagai Setiausaha Agung perayu;
subparagraph
(vi) Suatu deklarasi bahawa notis Persidangan Perwakilan Khas yang dikeluarkan oleh Presiden/Perayu (Abdul Halim bin Mansor) pada 22.7.2017, adalah melanggar Perlembagaan MTUC dan adalah terbatal dan tidak sah;
subparagraph
(vii) Suatu deklarasi bahawa pengeluaran Notis Persidangan Perwakilan Khas oleh defendan pada 22.7.2017 adalah sama seperti perampasan kuasa Setiausaha Agung perayu dan adalah melanggar Perlembagaan MTUC;
subparagraph
(viii) Perintah atau relif lanjut yang Mahkamah yang Mulia ini dianggap sebagai patut dan wajar untuk diberikan; dan
subparagraph
(ix) Kos. Prosiding di Mahkamah Tinggi [16] Responden-responden mengambil pendirian, antara yang utamanya, bahawa keputusan untuk mengadakan pemilihan jawatan Naib Presiden (sektor swasta) dan Setiausaha Agong MTUC pada 16.7.2017 itu adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan MTUC. Responden selanjutnya menegaskan bahawa Perlembagaan MTUC 10 sebaliknya membenarkan Majlis Am untuk mengisi kekosongan berkenaan tanpa mengadakan pemilihan baru. [17] Pihak perayu pula mengambil pendirian yang sebaliknya dan menegaskan bahawa Majlis Am mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan MTUC untuk membuat keputusan tersebut. [18] YA Hakim bicara bersetuju dengan hujahan responden-responden dan memutuskan, antara lainnya: “32. Having considered the evidence adduced at trial and the submissions of the parties, I found the decision to hold fresh elections for the positions of VP Private Sector and Secretary General of MTUC on 16.7.2017 is ultra vires and in contravention of the MTUC Constitution. These are my reasons.
section
33. It is in evidence that both Kamarul and Dauz were removed pursuant to Rule 7(14) of the MTUC Constitution. This fact was admitted by DW1, Gopal Krishnan the outgoing Secretary General who also confirmed that the 2 were removed from the GC on 16.7.2017. Rule 7(14) reads – Cessation of Membership. 7(14) A member shall however cease to be in the General Council or any of its Committee if:
a
(a) He resigns or is expelled from his union.
b
(b) The General Council feels that his continued presence as a member is prejudicial to the interest of MTUC, provided opportunity is given first to him to show cause as to why he should not be removed from the General Council.
c
(c) His union ceases to be an affiliate of MTUC for whatever reason. 11
d
(d) He fails to attend 3 meetings consecutively without proper reason.
section
34. This created a vacancy for Kamarul’s elected position as VP (Private Sector) and Dauz’s position as a representative of his union. No vacancy however arose for the Secretary General’s position as the 2nd Plaintiff’s elected position as Secretary General of MTUC remained unaffected by the vacancies created by the removal.
section
35. I concur with the Plaintiffs that a vacancy was created in respect of Dauz’s position as a representative of his union KEPAIM which falls under the category of “Representatives of Affiliated Union”.
section
36. Rule 7(15) read with Rule 10(8) empowers the GC to fill such vacancy. These Rules provide – Death or resignation 7(15) In the event a vacancy occurs as a result of removal, death or resignation of any member, the General Council shall have the authority to fill the vacant seat in such manner as it may consider necessary. Vacancy 10(8) Should a vacancy occur between the meetings of Triennial Delegates Conference, the General Council shall have power to fill such a vacancy temporarily.
section
37. There is no express provision in the Constitution empowering the GC to call for fresh elections. The evidence led in fact showed that in the past, vacancies were filled by the GC without calling for fresh elections.
section
38. There is no reason why the GC did not proceed to fill the vacancies created by Kamarul and Dauz as was done previously in the case of the Finance Secretary.
section
39. The Defendant argues that Rule 8(11) read together with Rule 7(1) empowered the GC to interpret and give effect to the Constitution and its operations, which in this case, resulted in the members’ decision to call for fresh elections. 12
section
40. Rule 8(11) provides – Interpretations of rules. 8(11) Between meetings of the Triennial Delegates Conference, the General Council shall interpret the rules when necessary and determine any point on which the rules are silent.
section
41. Rule 7(1) reads – Rule 7 – General Council Sole responsibility and authority 7(1) The sole responsibility and authority for conducting the business of MTUC between the intervening periods of its two Triennial Delegates Conference shall rest entirely with the General Council.
section
42. Further, Rule 10(8) supra clothed the GC with the power to fill the vacancy temporarily.
section
43. With the greatest of respect, it bears reiteration that no vacancy was created in respect of the Secretary General’s position as the 2nd Plaintiff was successfully elected at the TDC and he was not at any point thereafter disqualified.
section
44. The Rules i.e. Rule 7(15) and Rule 10(8) relied on by the Defendant refer to a “vacancy”. There is no vacancy here in respect of the Sec Gen’s post. Dauz was merely disqualified as a representative of KEPAIM – he had not been elected as Sec Gen which would have then created a vacancy.” Tuntasnya, YA Hakim bicara telah membenarkan tuntutan responden terhadap perayu sepertimana yang diisytiharkan dalam perenggan 47 alasan penghakimannya. 13 [19] Terkilan dengan keputusan tersebut, perayu telah mengemukakan rayuan ini. Rayuan ini: Hujahan Pihak-pihak [20] Di hadapan kami, peguam perayu terpelajar menegaskan bahawa isu untuk penentuan mahkamah ini adalah jelas iaitu sama ada Perlembagaan MTUC memperuntukkan apa-apa pendekatan yang harus diikuti atau diambil oleh Majlis Am setelah mendapat tahu/menemukan fakta (discovered) tentang ketidaklayakan perwakilan selepas TDC diadakan. Dalam fakta khusus (peculiar) kes ini, akibat daripada penemuan ketidaklayakan tersebut: Kamarul dan Dauz telah disingkirkan (removed) daripada terus menjadi ahli Majlis Am (dari sudut perwakilan kesatuan mereka); dan, Kamarul telah juga disingkirkan daripada terus memegang jawatan Naib Presiden (Sektor Swasta). Namun, peguam perayu yang terpelajar memberikan tekanan bahawa isu sebenarnya bukan berkenaan dengan kekosongan yang berlaku itu (yang merupakan kesan turutan (consequential effect) iaitu kekosongan keahlian kesatuan yang diwakili ataupun jawatan yang dimenangi semasa pemilihan) tetapi lebih kepada penemuan ketidaklayakan perwakilan tersebut yang mempunyai implikasi kritikal tentang integriti proses pemilihan dan seterusnya jenis tindakan yang seharusnya diambil selaras dengan skema perlembagaan MTUC. [21] Menurut peguam perayu itu lagi, adalah salah dan tidak tepat untuk menyingkirkan isu ketidaklayakan calon-calon berkenaan, yang telah pun 14 bertanding dalam pemilihan TDC, dengan isu kekosongan dalam Majlis Am. Kedua-dua isu tersebut tidak boleh diasingkan sebagai dua isu yang berlainan kerana kedua-duanya adalah saling berkait. Susulan itu, ditegaskan bahawa Kamarul dan Dauz tidak seharusnya pada awalnya lagi masuk bertanding bagi jawatan TDC berkenaan dan jika itu dilakukan (iaitu tidak bertanding) keputusan pemilihan sudah semestinya secara signifikan akan berlainan. Dihujahkan dengan penemuan ketidaklayakan berkenaan selepas TDC tersebut diadakan telah mencipta satu kesan rama-rama (butterfly effect) terutamanya berlakunya beberapa kejadian seperti penyingkiran dan selainnya yang tidak dijangka dalam kes ini apabila isu tersebut telah diperkecil atau diremehkan. [22] Secara tuntasnya, peguam perayu menghujahkan bahawa skema Perlembagaan MTUC tidak memperuntukkan secara khusus tentang pendekatan yang harus diambil dalam kemelut sebegini. Ditegaskan peruntukan yang dirujuk oleh peguam responden dan yang diguna pakai oleh Hakim bicara untuk menyokong dapatan bahawa Majlis Am mempunyai kuasa untuk mengisi kekosongan berkenaan, di sini jawatan Kamarul sahaja, adalah tidak tepat dalam keadaan istimewa kes ini. Dihujahkan bahawa pendekatan yang diambil oleh peguam responden dan Hakim bicara telah membezakan secara berasingan isu penemuan ketidaklayakan Kamarul dan Dauz dengan penyingkiran mereka yang kemudiannya menyebabkan kekosongan dalam keahlian Majlis Am. Dihujahkan dalam situasi kemelut ini, pergantungan oleh Majlis Am pada peruntukan peraturan 8(11) adalah tepat apabila memutuskan untuk mengadakan pemilihan baru terhadap kedua-dua jawatan berkenaan. 15 [23] Peguam responden yang terpelajar menyokong keputusan Hakim bicara dan menghujahkan tiada kekhilafan fakta atau perundangan dalam penghakiman tersebut. Lantaran itu, rayuan ini harus ditolak dan penghakiman Hakim bicara dikekalkan. Keputusan Kami [24] Isu utama untuk pertimbangan dan penentuan kami adalah sama ada keputusan Majlis Am untuk mengadakan pemilihan baru (fresh election) adalah betul dan diwajarkan dalam keadaan kes ini iaitu dengan penemuan ketidaklayakan Kamarul dan Dauz selepas pemilihan dalam TDC telah menjejaskan integriti pemilihan pegawai-pegawai utama MTUC berkenaan, atau sama ada Majlis Am mempunyai kuasa untuk mengisi kekosongan, yang berlaku, itu tanpa mengadakan pemilihan baru selaras dengan Peraturan 6 (6), 7(9), 7(14), 7(15), 8(11) dan 10(8) Perlembagaan MTUC? [25] Kami telah mendengar dan mempertimbangkan penghujahan bernas kedua-dua pihak serta telah juga menghayati rekod rayuan yang difailkan. Dalam fakta khusus (peculiar) kes ini, kami cenderung untuk bersetuju dengan pendekatan yang telah diambil oleh peguam perayu yang memberikan tekanan utama kepada penemuan ketidaklayakan Kamarul dan Dauz dalam menangani isu yang berbangkit daripada kemelut ini. Pada kami, skema perlembagaan MTUC tidak secara khusus memperuntukkan mengenai jenis tindakan yang boleh diambil dalam situasi penemuan kemelut ketidaklayakan Kamarul dan Dauz itu setelah 16 pemilihan pegawai utama dalam TDC dilakukan. Kami bersetuju bahawa hakikat penemuan ketidaklayakan tersebut tidak boleh dipandang enteng (belittled) dan tidak seharusnya dilihat secara berasingan dengan kesan akhir (consequential) penemuan itu iaitu penyingkiran Kamarul dan Dauz daripada keahlian dalam Majlis Am. Dalam situasi ini, ketidaklayakan berkenaan, yang merupakan titik tolak pertimbangan, telah menjejaskan proses pemilihan itu sendiri dan mewajarkan keputusan yang dibuat oleh Majlis Am untuk mengadakan satu pemilihan yang baru- (Lihat amnya: Union of Beverage Industry Workers, Federation of Malaya & Satu Lagi v. Syed Shahir Syed Mohamud & Yang Lain dan Kes-kes lain
subsection
(2005) 4 CLJ 148; Khoo Kay Por v. Ooi Ean Kwong & Anor (1978) 1LNS 79; N.E.Renton dalam Guide for Voluntary Association: A Handy Reference Manual for Members of Clubs and Societies and a Useful Primer on Election Systems 5th Ed.) [26] Kami berpendapat pendekatan dan saranan di atas adalah munasabah dan tidak bertentangan dengan skema perlembagaan MTUC itu sendiri. Peraturan 6(6) jelas tidak terpakai dalam kes ini memandangkan peraturan tersebut hanya menyentuh tentang kesan dan jenis tindakan yang boleh diambil apabila ketidaklayakan perwakilan yang dilantik oleh kesatuan berkaitan diketahui semasa pemilihan itu diadakan. Pada pandangan kami peraturan ini tidak menyentuh dan tidak terpakai dalam situasi ketidaklayakan ab initio perwakilan itu yang kemudiannya bertanding bagi jawatan pegawai utama dalam Majlis Am diketahui dan ditemukan selepas TDC diadakan- (Lihat kes Kesatuan Pekerja-pekerja Kelab Semenanjung Malaysia & Anor v. G. Rajasekaran [2010] 1 LNS 17 1581). Dalam hal ini, kami sedar tentang perbezaan kedudukan perwakilan yang dilantik untuk mewakili kesatuan (yang boleh diganti oleh kesatuan yang melantik apabila diketahui ketidaklayakan perwakilan itu semasa TDC) dalam Majlis Am dengan perwakilan tersebut (yang kemudiannya diketahui tidak layak ab initio) yang bertanding dalam TDC bagi jawatan pegawai utama Majlis Am. Dengan terserlahnya rasional peruntukan peraturan 6 (6) di atas, hujahan peguam responden bahawa bukan sahaja peraturan tersebut terpakai malahan dikatakan juga telah memulihkan kecacatan itu, melindungi keabsahan (validity) prosiding TDC, dan tidak mewajarkan pemilihan baru diadakan, jelas tidak tepat dan tidak bermerit. [27] Dalam menyokong lanjut keputusan Hakim bicara, peguam responden menegaskan bahawa keputusan Majlis Am itu ultra vires Perlembagaan MTUC memandangkan peruntukan peraturan 7 (14), 7(15) yang dibaca bersama peraturan 10(8) dengan jelas memberikan kuasa kepada Majlis Am untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut tanpa mengadakan pemilihan yang baru. Ini pun, menurut peguam, terpakai kepada jawatan yang dipegang oleh Kamarul sahaja dan bukan responden kedua memandangkan tiada kekosongan dalam jawatan tersebut dalam kemelut yang tercipta. [28] Dalam menimbang hujahan di atas, elok diperturunkan peruntukan tersebut secara penuh di sini. Peraturan 7 (13) memperuntukkan: 18 “Rule 7: General Council Cessation of Membership 7(13) Period of office Members of the General Council shall normally remain in office until the election of new members at the next Triennial Delegates Conference. 7(14) A member shall however cease to be in the General Council or any of its Committee if:
a
(a) He resigns or is expelled from his union.
b
(b) The General Council feels that his continued presence as a member is prejudicial to the interest of MTUC, provided opportunity is given first to him to show cause as to why he should not be removed from the General Council.
c
(c) His union ceases to be an affiliate of MTUC for whatever reason.
d
(d) He fails to attend 3 meetings consecutively without proper reason. Death or resignation 7(15) In the event a vacancy occurs as a result of removal, death or resignation of any member, the General Council shall have the authority to fill the vacant seat in such manner as it may consider necessary. Duties of Principal Offcials Secretary General 10(4) .......... Vacancy 10(8) Should a vacancy occur between the meetings of Triennial Delegates Conference, the General Council shall have power to fill such a vacancy temporarily. Deputy Secretary General 10(9).....” 19 Harus dicatatkan bahawa peraturan 7 antara lain secara khusus memperincikan tentang komposisi keahlian Majlis Am (Peraturan 7(2)). Ini harus dibezakan dengan perwakilan bagi tujuan persidangan TDC sepertimana digariskan khususnya dalam peruntukan 6
subsection
(6), Perlembagaan MTUC. [29] Setelah menilai dan mempertimbangkan peraturan di atas dalam skema Perlembagaan MTUC itu, peruntukan tersebut dengan jelas menyentuh tentang terhentinya (cease) keahlian seseorang ahli Majlis Am dalam keadaan yang digariskan dalam peraturan 7 (15). Kami mengambil pendirian bahawa titik tolak pertimbangan mestilah bermula dengan seseorang ahli itu hendaklah merupakan seorang ahli yang sah. Hanya ahli, antara lainnya, yang boleh berhenti (resign), dibuang (expelled) daripada persatuan, memudaratkan kepentingan Majlis Am atau gagal selama 3 bulan berturut-turut untuk hadir mesyuarat tanpa alasan yang baik. Ini diperkukuhkan lagi dengan ayat yang digunakan dalam peraturan 7 (15) iaitu “...vacancy occurs as a result of removal, death or resignation of any member....” (tekanan oleh kami). Kami berpendapat peraturan 7(15) hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan sebelumnya iaitu peraturan 7 secara keseluruhan. Dalam hal ini juga kami bersetuju dengan hujahan peguam perayu bahawa peraturan 7 ini harus juga dibaca bersama dengan peraturan 10 (8) walaupun peraturan 10(8) lebih khusus pemakaian ke atas jawatan Setiausaha Agung. 20 [30] Susulan itu, kami bersetuju dengan hujahan peguam perayu bahawa peraturan 7 (14), 7 (15) dan peraturan 10(8) tidak terpakai dalam penentuan kemelut dalam kes ini. Fokus utama seharusnya ditumpukan pada ketidaklayakan Kamarul dan Dauz pada asalnya lagi (ab initio), satu hakikat yang tidak dicabar malahan ditentu sahkan oleh responden kedua sendiri. Ketidaklayakan tersebut telah menidakkan kedudukan Kamarul dan Dauz bukan sahaja untuk menjadi wakil kesatuan mereka malahan tidak langsung melayakkan mereka untuk bertanding bagi jawatan pegawai utama dan seterusnya menjadi ahli Majlis Am. Mereka bukan ahli sejak awal lagi sama ada sebagai perwakilan kesatuan mereka mahupun sebagai pegawai utama MTUC. Kami perhatikan Hakim bicara telah terkhilaf dari sudut undang-undang dengan memberikan tumpuan utama pada kesan turutan (consequential effect) iaitu kekosongan akibat penyingkiran Kamarul dan Dauz. Hakim bicara seharusnya mengambil pendekatan yang bertitik tolak penemuan ketidaklayakan ab initio Kamarul dan Dauz yang merupakan isu kritikal dan mempunyai implikasi yang serius ke atas integriti proses pemilihan itu sendiri. Kami berpendapat pendekatan yang diambil oleh Hakim bicara tidak selaras dengan skema Perlembagaan MTUC sepertimana yang dibentangkan di atas. Kami berpendapat ketidaklayakan ab initio Kamarul dan Dauz itu merupakan satu kecacatan proses yang telah menjejaskan integriti proses pemilihan itu sendiri dan mewajarkan Majlis Am memutuskan, selaras dengan peraturan 8 (11), untuk mengadakan pemilihan baru bagi kedua-dua jawatan iaitu Naib Presiden (Sektor Swasta) dan juga jawatan Setiausaha Agong. Sebagai tambahan, kami bersetuju dengan saranan N.E. Renton dalam “Guide for Voluntary Associations: A Handy Reference Manual 21 for Members of Clubs and Societies and a Useful Primer on Election Systems” [5th Edition], supra, yang menyatakan: “11.89 Sometimes election irregularities are discovered, and the question then arises as to the best way to cure them. There is no simple solution to this problem, but it is important that any remedy proposed should be practicable having regard to the realities of the situation and to the fact that an unincorporated body will not normally wish to go to court. It is also clearly desirable that justice should be both done and be seen to be done.
section
11.90. Irregularities can range from minor ones – such as admitting as a voter an odd person who ineligible to vote or giving one day too little notice of nominations – to major ones such as electing a candidate who was not qualified to stand or declaring elected more candidates that there were vacancies.
section
11.92. The question “Was anybody prejudiced by the irregularity?” is of some importance. So is the fact that it would be demonstrably unjust to penalize candidates for mistake caused, for example, by the organization itself. …
section
11.95. It is obvious that the irregularity should be rectified as soon as possible after discovery. It is most undesirable in such circumstances for an invalidly-elected committee to continue in office as though nothing had happened, as it would clearly have no authority to act…
section
11.96. in some cases, it may constitutionally be possible for a parent body to intervene and to take steps to rectify the irregularity. In other cases, it may be practicable to restore status quo and recall the retiring committee, on the basis that it never ceased to exist despite an election which purported to have that effect. In other cases again, and in particular where organisation’s office-bearers retire by a system of rotation (for example, one-third each year, all being elected for three years term), it may be possible to gather together a quorum from amongst committee members the validity of whose appointment is not in dispute. 22
section
11.97. The most satisfactory remedy will usually be to declare vacant all offices which purportedly filled by the irregular election, and hold a fresh election. A decision in this regard could in practice be taken even by a defectively-elected committee, as the substantial matter is to be decided by the members. It should, however, be noted that such a course of action can still be unfair to candidates who were properly elected in the defective poll but who might get defeated on a second occasion. To minimize any risk of injustice on this score it may be possible to limit the candidates to those who had previously nominated; this device is, of course, not appropriate if the irregularity was one involving the nomination process itself. “ Di samping itu, kuasa yang diperuntukkan dalam peraturan 8 (11), Perlembagaan MTUC bertujuan untuk memberikan Majlis Am kuasa tambahan ini inter alia dalam menghadapi dan menangani apa-apa strategi yang tidak jujur atau salah oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menggelakkan, mengetepikan, menjejaskan atau yang mengaturkan secara mala fide sesuatu keputusan pemilihan dalam TDC. Dalam konteks yang dibincangkan, kami berpendapat itulah falsafah yang mendasari pemberian kuasa tersebut. [31] Berdasarkan huraian di atas, kami sebulat suara mendapati bahawa keputusan yang dibuat pada 16.7.2017 oleh Majlis Am untuk mengadakan satu pemilihan baru bagi jawatan-jawatan berkenaan adalah sah dan intra vires Perlembagaan MTUC. Secara keseluruhannya, kami juga bersetuju dengan penghujahan peguam perayu mengenai isu yang ditimbulkan dan mendapati adanya merit dalam rayuan ini. Oleh itu, kami membenarkan 23 rayuan ini dan mengetepikan keputusan Hakim bicara dengan kos RM 80,000.00 (tertakluk kepada allocator), di sini dan di Mahkamah Tinggi. t.t (ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL) Hakim Mahkamah Rayuan Tarikh : 22 Januari 2020 Bagi pihak Perayu: Sandosh Anandan (bersama Chen Joey) Tetuan Sandosh Anandan Bagi pihak Responden-Responden: Alex De Silva (bersama Vinisha Kaur Gill) Tetuan Bodipalar Ponnudurai De Silva
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.