Pertuduhan terhadap Tertuduh ialah seperti berikut: “Bahawa kamu di antara bulan Julai dan Ogos 2022, di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya, telah secara rasuah menawarkan kepada Datuk Tan Ser Lay (No. KP: 630710-04-5323) suatu suapan iaitu wang sejumlah RM5000,000.00 setahun selama 15 tahun bagi faedah Tan Sri Annuar Haji Musa yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebagai dorongan untuk Tan Sri Annuar Haji Musa melakukan suatu perkara yang dicadangkan iaitu mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan Pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd yang mana kamu adalah seorang pengarah di dalam syarikat tersebut oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 16(b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama”. S/N /p9lLuukjESGNqwlWmg1eQ B. Alasan Hakim Mahkamah Sesyen menolak permohonan 6. Syarat jaminan ini telah dimaklumkan kepada Tertuduh semasa jaminan ditawarkan setelah pertuduhan dibacakan pada 5.4.2023 dan syarat ini dipersetujui oleh Tertuduh. Oleh itu, pada dapatan Hakim Bicara tiada apa-apa sebab untuk mengubah syarat yang pada awalnya telah dipersetujui. C.