Content
1 MALAYSIA DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN DI MAHKAMAH SESYEN AMPANG KES TANGKAP NO. BC-62JSK-2-01/2026 & PENDAKWA RAYA LAWAN ABDUL HOFUR
BC-62JSK-3-01/2026
Sessions Court of Malaysia5 Feb 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 MALAYSIA DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN DI MAHKAMAH SESYEN AMPANG KES TANGKAP NO. BC-62JSK-2-01/2026 & PENDAKWA RAYA LAWAN ABDUL HOFUR
1
Ini adalah rayuan tertuduh (selepas ini dirujuk sebagai OKT) yang tidak berpuas hati terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah pada 5 Februari 2026.
2
2 kes adalah didengar bersama iaitu BC-62JSK-2-01/2026 dan BC-
2
OKT telah dituduh dengan Pertuduhan dalam kes BC-62JSK-2- 01/2026 seperti berikut: Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 07/12/2025, jam lebih kurang 3.30 petang di alamat no. P-4-12 Pangsapuri Baiduri, Beranang 43700, di dalam Daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah 17/03/2026 09:57:54 Kand. 13 merogol seorang kanak-kanak bernama xxx (No Kp: 120923-xx-xxxx) yang berumur 13 tahun 3 bulan semasa kejadian. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 375(g) kanun keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376(1) kanun yang sama. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 08/12/2025, jam lebih kurang 6.00 petang di alamat no. P-4-12 Pangsapuri Baiduri, Beranang 43700, di dalam Daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah merogol seorang kanak-kanak bernama xxx (No Kp: 120923-xx-xxxx) yang berumur 13 tahun 3 bulan semasa kejadian. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 375(g) kanun keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376(1) kanun yang sama. Pertuduhan Ketiga: Bahawa kamu pada 08/12/2025, jam lebih kurang 9.00 malam di alamat no. P-4-12 Pangsapuri Baiduri, Beranang 43700, di dalam Daerah Hulu Langat, Di Dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah merogol seorang kanak-kanak bernama xxx (No Kp: 120923-xx-xxxx) yang berumur 13 tahun 3 bulan semasa kejadian. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 375(g) kanun keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376(1) kanun yang sama. Pertuduhan Keempat: Bahawa Kamu Pada 09/12/2025, Jam Lebih Kurang 10.00 Pagi Di Alamat No. P-4-12 Pangsapuri Baiduri, Beranang 43700 Di Dalam Daerah Hulu Langat, Di Dalam Negeri Selangor Darul Ehsan Telah Merogol Seorang kanak-kanak bernama xxxx (No Kp: 120923-xx-xxxx) Yang Berumur 13 Tahun 3 Bulan Semasa Kejadian. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun yang sama.
3
Pertuduhan-pertuduhan tersebut telah dibacakan kepada OKT di dalam Bahasa Malaysia. OKT telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan-pertuduhan tersebut. Hukuman juga telah diterangkan kepada OKT dan OKT faham sifat dan akibat daripada pengakuannya dan berhasrat untuk mengaku salah, tanpa syarat terhadap pertuduhan.
4
Berikut adalah fakta kes dan ekshibit-ekshibit yang telah dikemukakan: Fakta kes – Mangsa berusia 13 tahun 3 bulan dan masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sagu Kuantan, Pahang. Mangsa telah berkenalan dengan OKT lebih kurang 1 bulan. Mangsa mengatakan OKT adalah merupakan teman lelakinya dan pada 7/12/2025 jam lebih kurang 0600hrs, mangsa telah keluar bersama OKT (1) lelaki Indonesia yang dikenali dengan panggilan Kiki dengan menaiki motosikal jenis dan nombor pendaftaran tidak diketahui. Pada 7/12/2025 jam lebih kurang 330 petang semasa berada di rumah di alamat P-4-12 Pangsapuri Baiduri, Beranang, OKT telah mengunci bilik dan meraba badan mangsa. Mangsa telah melarangnya tetapi tidak diendahkan oleh OKT. OKT telah menyuruh mangsa berbogel dan tiba-tiba OKT telah memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa. Setelah beberapa ketika OKT telah memancutkan air maninya ke badan mangsa dan selepas itu tertidur. Pada 8/12/2025 jam lebih kurang 6 petang dan 9 malam OKT telah melakukan perbuatan yang sama dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa dan OKT telah memancutkan air maninya ke perut mangsa. Pada 9/12/2025 jam lebih kurang 10 pagi, OKT telah sekali lagi memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa. Pada 9/12/2025 mangsa dihantar oleh grab ke rumah makcik mangsa di Blok H-G-09 Desa Mutiara Apartment, Damansara PJ. Pada 10/12/2025 lebih kurang jam 1600hrs, mangsa telah diambil oleh ibunya dan dibawa pulang ke Kuantan, Pahang. Fakta kes telah dibacakan dalam Bahasa Malaysia dan diakui oleh OKT. Ekshibit-ekshibit:- P1 – Fakta kes P2 – Report Pengadu P3 – Report Tangkapan P4 – Rajah Kasar P5 – Kad Pengenalan mangsa P6 – Sijil lahir mangsa P7 A-h – Gambar tempat kejadian P8 – Laporan Kawad Cam P9 – Gambar OKT P10 – Gambar mangsa P11 – Borang CIC Ulasan P12 – Borang Pengambilan Sampel dari mangsa P13 – Borang Permohonan Toksikologi Mangsa P14 – Borang Permohonan Pengambilan Spesimen OKT P15 – Laporan Pemeriksaan Awal Hospital Kuantan Kesemua eksibit-eksibit ini ditunjukkan kepada OKT dan telah diakui oleh OKT.
5
OKT tidak diwakili peguam dan telah merayu untuk diringankan hukumannya dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.
6
Berikut adalah hujahan pemberatan oleh Timbalan Pendakwa Raya berkaitan hukuman bagi kesemua pertuduhan: Pohon hukuman setimpal bagi keempat-empat pertuduhan ini dengan mengambil kira mangsa adalah kanak-kanak berumur 13 tahun dan ini merupakan kesalahan serius di mana kanak-kanak boleh mengalami trauma di masa hadapan.
7
Mahkamah telah menerima pengakuan salah OKT setelah Mahkamah berpuashati dengan pengakuan salah OKT kerana setelah dibacakan pertuduhan dan diterangkan hukuman oleh jurubahasa dalam Bahasa Malaysia, OKT faham dan mengaku bersalah. OKT juga faham dan mengakui fakta kes yang telah dibacakan dalam Bahasa Malaysia serta mengakui ekshibit-ekshibit yang telah ditunjukkan kepadanya.
8
Mahkamah dengan ini mensabitkan OKT dengan kesalahan sebagaimana yang telah dituduh dan menjatuhkan hukuman berikut: BC-62JSK-2-01/2026 1) Pertuduhan Pertama: 9 tahun penjara dari Tarikh tangkap (18.12.2025) dan 1 sebatan. 2) Pertuduhan Kedua: 9 tahun penjara dari Tarikh tangkap (18.12.2025) dan 1 sebatan. 3) Pertuduhan Ketiga: 9 tahun penjara dari Tarikh tangkap (18.12.2025) dan 1 sebatan. 4) Pertuduhan Keempat: 9 tahun penjara dari Tarikh tangkap (18.12.2025) dan 1 sebatan. Hukuman penjara berjalan serentak dengan BC-62JSK-2-01/2026 DAN OKT diperintah menjalani kaunseling di bawah seksyen 26 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 selama tempoh pemenjaraan. DAN Tertuduh juga diletakkan di bawah pengawasan polis selama 2 tahun selepas menjalani hukuman pemenjaraan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 27 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
9
Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman pemenjaraan yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah dihukum dengan hukuman sebat.
10
Di bawah seksyen 26 dan 27 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang di baca bersama Jadual memperuntukkan perintah kaunseling dan pengawasan polis diberikan untuk semua kesalahan AKSTK (Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak) bagi seksyen 376, 377C, 377CA dan 377E Kanun Keseksaan.
11
Sebelum menjatuhkan hukuman, Mahkamah telah mengambil kira fakta kes yang diakui oleh OKT sendiri, rayuan peringanan hukuman OKT dan juga hujahan pemberatan hukuman dari pihak pendakwaan.
12
Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman telah mendahulukan kepentingan awam berbanding dengan kepentingan peribadi tertuduh serta merujuk kepada prinsip-prinsip yang digariskan di dalam kes Rex v Kenneth John Ball [1951] 35 Cr. App.R.164 yang memutuskan bahawa: ‘In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is appropriate sentence in the particular circumstances of each case.
13
Pengakuan salah OKT telah menjimatkan masa dan kos Mahkamah serta pihak-pihak terlibat di mana saksi-saksi tidak perlu hadir untuk memberi keterangan. Tindakan OKT mengaku bersalah menunjukkan kejujuran dan keikhlasan OKT untuk mengaku bersalah. Pengakuan salah ini telah mempercepatkan proses pendengaran dan pelupusan kes. Dalam hal ini Mahkamah mengambil kira juga kes Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] 1 LNS 158 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa – Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses. Mahkamah juga telah merujuk kepada kes PP v Jessica Lim Lu Ping and Anor [2004] 2 CLJ 763 di mana ianya telah diputuskan bahawa – A plea of guilt achieves the disposal of a criminal case with lightning speed. Every contest and trial leads to backlog of undisposed criminal cases clogging the courts and the prisons with remand prisoners. It is in the public interest that pending criminal cases be disposed of as expeditiously as possible and the accused persons who plead guilty be imposed with a reduced sentence. Honesty is a universal obligation and a reduced sentence encourages honesty when an accused pleads guilty, the end result being that more accused persons would willingly admit guilt without a trial, thus, reducing the workload of the prosecution’s office and the clearance of the backlog of cases.
14
Walaupun OKT telah mengaku salah, dengan juga mengambil kira umur mangsa pada ketika itu adalah 13 tahun 3 bulan, iaitu umur yang sangat ‘vulnerable’. Maka, hukuman yang telah dijatuhkan terhadap OKT dalam kes ini adalah wajar dan berpatutan dengan kesalahan yang telah dilakukan.
15
Mangsa tergolong dalam kategori kanak-kanak yang memerlukan perlindungan penuh undang-undang. Mahkamah mendapati bahawa OKT telah mengambil kesempatan atas usia dan ketidakmatangan mangsa untuk melakukan perbuatan tersebut. Tindakan sedemikian adalah serius dan wajar diberikan pertimbangan berat dalam menjatuhkan hukuman.
16
Mahkamah juga mendapati bahawa OKT merupakan seorang warga asing yang berada di negara ini. Mahkamah menegaskan bahawa mana-mana individu yang berada di Malaysia adalah tertakluk kepada undang-undang negara ini. Perbuatan melakukan persetubuhan dengan seorang kanak-kanak yang berusia 13 tahun 3 bulan, walaupun mangsa mengenali OKT sebagai teman lelaki, adalah suatu kesalahan yang serius di sisi undang-undang. Faktor ini wajar diberikan pertimbangan berat dalam penentuan hukuman.
17
Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa hukuman penjara selama 9 tahun dan 1 sebatan bagi setiap pertuduhan adalah setimpal serta mampu menjadi pengajaran kepada OKT dan masyarakat sekeliling mengenai keseriusan kesalahan seumpama ini. Ini adalah kerana jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak didapati meningkat sebanyak 43.20 peratus, iaitu daripada 2,541 kes pada tahun 2020 kepada 3,892 kes pada tahun 2024 (sumber: Mesyuarat Majlis Sosial Negara Bil. 2 Tahun 2025 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 29 Julai 2025). Dan adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman yang tegas dan berimpak bagi memberikan mesej jelas kepada masyarakat bahawa kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak tidak akan dikompromi dan akan dihukum dengan sewajarnya.
18
Budibicara diberikan kepada Mahkamah untuk menentukan tempoh penjara yang tidak melebihi tempoh maksima yang diperuntukkan dalam kedua-dua seksyen tersebut.
19
OKT juga diperintahkan menjalani kaunseling di bawah seksyen 26 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 selama tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama 2 tahun selepas menjalani hukuman pemenjaraan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 27(1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Perintah kaunseling dan pengawasan polis ini adalah wajar demi kepentingan keselamatan, keamanan dan ketenteraman awam serta dapat mengawal OKT agar tidak terjebak lagi dalam kesalahan seumpama ini.
20
Berdasarkan alasan-alasan yang telah dikemukakan di atas dan setelah Mahkamah mengambil kira kesemua aspek seperti yang telah dinyatakan, maka hukuman yang telah dikenakan terhadap tertuduh adalah wajar dan setimpal dan berpatutan dengan jenayah yang telah dilakukan. Yang paling utama adalah ianya menurut landasan undang-undang dan tidak menyalahi mana-mana prinsip undang-undang. DISEDIAKAN OLEH: Nurul Dr Nurulizwan binti Ahmad Zubir Hakim Mahkamah Sesyen 3 Mahkamah Sesyen Ampang Selangor Darul Ehsan. 17 MAC 2026 PENDAKWA RAYA: Muhammad Hairuliqram bin Hairuddin Timbalan Pendakwa Raya Mahkamah Sesyen Ampang Selangor Darul Ehsan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.