Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA KES JENAYAH NO. CA – 62RS – 6 – 08 / 2023 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA
CA-62RS-6-08/2023
Sessions Court of Malaysia8 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“un Keseksaan. ‘Theft’ dan ‘extortion’ yang dinyatakan dalam seksyen tersebut pula masing-masing diberikan takrifan oleh seksyen 378 dan seksyen 383 Kanun yang sama. Dalam komentari kepada section 390 Indian Penal Code 1860 (yang pari materia dengan seksyen 390 Kanun Keseksaan) buku Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes”
“se the possession of the property when taken for the purpose of obtaining satisfaction of a debt due to him, and only for that purpose, had no bearing on the question of dishonest intention under the Penal Code. To hold that such a purpose could render innocent what would be otherwise a wrongful gain within the meaning”
“CLJU 635 dalam mana hukuman penjara selama 9 tahun bersama 2 sebatan rotan bagi kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan telah dikekalkan. [17] Dalam kes PP v Lee Tak Keong [1988] CLJU 217, Zakaria Yatim J ada menyatakan: “In cases of robbery the court must take into consideration the element o”
“da OKT. TPR telah merujuk kepada **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Muhammad Afandi Mukhtar v PP [2018] CLJU 635 dalam mana hukuman penjara selama 9 tahun bersama 2 sebatan rotan bagi kesalahan yang boleh dihukum di baw”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA KES JENAYAH NO. CA – 62RS – 6 – 08 / 2023 ANTARA PENDAKWA RAYA … PENDAKWA RAYA
1
Orang Kena Tuduh (OKT) telah dituduh melakukan 2 kesalahan jenayah. Pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya masing-masing berbunyi seperti berikut: Pertuduhan pertama ‘Bahawa kamu pada 05.08.2023 jam lebih kurang 3.00 petang di rumah No. 36, Lorong 6, Taman Rompin Permai, di dalam daerah Rompin, di dalam negeri Pahang, telah melakukan rompakan dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa Tengku Nur Aina Syahirah binti Tengku Hussain (No. KP mangsa : 940517-03-5178) dengan merompak harta sebuah kereta Honda Jazz no pendaftaran ALQ 9556 milik Tengku Nur Liyana Zahirah binti Tengku Hussain (No. KP : 961111-03-5760). Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan.’ Pertuduhan kedua Bahawa kamu pada 08.08.2023, jam lebih kurang 1.53 tengahari, di rumah No. 36, Lorong 6, Taman Rompin Permai, di dalam daerah Rompin, di dalam negeri Pahang, telah menakutkan secara jenayah terhadap Tengku Nur Aina Syahirah binti Tengku Hussain, No KP : 940517-03-5178, dengan hendak menyebabkan kematian dengan mengeluarkan kata-kata Aku Akan Gi Rompin Dalam Masa Terdekat Follow Pergerakan Mu Rapat-Rapat, Mu Ingat Baik-Baik Aku Akan Buat Mu Cacat. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan.’
2
OKT telah mengaku salah terhadap pertuduhan kedua tetapi telah memohon untuk dibicarakan bagi pertuduhan pertama.
3
Keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan di peringkat kes pendakwaan menunjukkan rumah tempat kejadian merupakan rumah yang didiami secara sendirian oleh mangsa. Harta yang terlibat iaitu sebuah kereta jenis Honda Jazz bernombor pendaftaran ALQ 9556 adalah kepunyaan adik kepada mangsa yang bernama Tengku Nur Liyana Zahirah binti Tengku Hussain (SP3). Pada masa kejadian, kereta tersebut berada di rumah mangsa kerana SP3 telah menyerahkannya kepada mangsa untuk digunakan bersama seorang lagi kakak beliau yang bernama Tengku Nur Athirah binti Tengku Hussain.
4
Keterangan seterusnya menunjukkan OKT dan mangsa mengenali antara satu sama lain. Pada hari kejadian, OKT telah datang ke rumah mangsa secara mengejut dan berlaku pertengkaran antara OKT dengan mangsa di kawasan pintu rumah. Mangsa telah seterusnya meminta OKT beredar dari rumah itu dan telah masuk ke dalam rumah untuk solat. Mangsa telah membiarkan pintu rumah tersebut berada dalam keadaan terbuka bagi memudahkan beliau melarikan diri memandangkan beliau berasa tidak selamat pada waktu itu. Semasa mangsa berada di dalam rumah, beliau terdengar engin kereta yang diletakkan di perkarangan rumah beliau dihidupkan dan beliau terus berlari keluar dan berlaku pergelutan antara mangsa dengan OKT apabila mangsa cuba menghalang OKT daripada melarikan kereta tersebut. Semasa pergelutan itu, mangsa telah ditumbuk oleh OKT di bahagian muka. OKT kemudian menolak mangsa masuk ke dalam kereta sebelum OKT memandu kereta tersebut menuju ke arah Kuala Pontian. Semasa dalam perjalanan, OKT tersedar yang telefon bimbit beliau tiada bersama beliau lalu OKT telah berpatah balik ke rumah mangsa. Apabila sampai di hadapan rumah mangsa, OKT telah menolak mangsa keluar dari kereta dan menyuruh mangsa mencari telefon bimbit OKT. Mangsa telah sebaliknya berlari ke arah abang ipar beliau yang tinggal berdekatan untuk meminta pertolongan. Melihat keadaan ini, OKT telah memandu kereta tersebut meninggalkan kawasan itu.
5
Pada malam hari yang sama, mangsa telah membuat laporan polis tentang kejadian di Balai Polis Kuala Rompin. Setelah selesai memberi keterangan kepada pegawai penyiasat, mangsa telah pergi 4 ke Hospital Rompin untuk mendapatkan rawatan ke atas kecederaan yang beliau alami akibat ditumbuk oleh OKT. Pegawai perubatan yang merawat mangsa iaitu Dr Chong Tet Xun (SP4) mengesahkan terdapat lebam pada kedua-dua pipi mangsa. Menurut SP4, kesan lebam boleh timbul 2 atau 3 jam selepas seseorang ditumbuk dengan kuat.
6
OKT telah ditangkap oleh pasukan polis yang diketuai oleh Inspektor Azmi bin Salleh (SP2) di sebuah rumah di Taman Melati, Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2023. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh OKT, SP2 bersama pasukan beliau telah pergi ke sebuah tempat parkir kereta di Johor Bahru pada jam 10.00 malam hari yang sama di mana kereta yang menjadi perkara subjek dalam kes ini telah ditemui dalam keadaan diselubung dengan penutup kereta.
7
Kesalahan merompak ada ditakrifkan oleh seksyen 390 Kanun Keseksaan. ‘Theft’ dan ‘extortion’ yang dinyatakan dalam seksyen tersebut pula masing-masing diberikan takrifan oleh seksyen 378 dan seksyen 383 Kanun yang sama. Dalam komentari kepada section 390 Indian Penal Code 1860 (yang pari materia dengan seksyen 390 Kanun Keseksaan) buku Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes 27th ed. ada menyatakan di muka surat 2477: “Robbery is a special and aggravated form of either theft or extortion. ‘Robbery’ means a felonious taking from the person of another or in his presence against his will, by violence or putting him in fear.”
8
Di akhir kes pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) menghujahkan kes prima facie telah berjaya diwujudkan memandangkan keterangan menunjukkan OKT telah mengalihkan kereta tersebut dari milikan mangsa tanpa kerelaan mangsa dan OKT telah menyebabkan kecederaan kepada mangsa dengan menumbuk mangsa apabila mangsa cuba menghalang kereta tersebut dilarikan oleh OKT. Peguambela OKT pula menghujahkan OKT tidak mempunyai niat untuk mengambil kereta tersebut dari milikan mangsa secara curang, dan sebaliknya hanya mengambil kereta tersebut sebagai cagaran ke atas hutang mangsa kepada OKT.
9
Saya telah membuat penilaian maksima terhadap keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pihak pendakwa dan saya berpuashati pihak pendakwa telah berjaya mengemukakan keterangan kredibel yang membuktikan setiap intipati pertuduhan. Tuan punya kereta (SP3) mengesahkan beliau telah menyerahkan kereta tersebut kepada mangsa untuk digunakan. Pada masa kejadian, kereta tersebut berada di perkarangan rumah mangsa. Adalah jelas kereta tersebut berada dalam milikan mangsa pada masa tersebut. Fakta bahawa mangsa telah bergelut dengan OKT untuk menghalang OKT dari memandu kereta tersebut keluar dari perkarangan rumah beliau jelas menunjukkan mangsa tidak mengizinkan OKT mengambil kereta tersebut dari milikan beliau. Fakta bahawa OKT telah mengambil kereta tersebut dari milikan mangsa tanpa keizinan mangsa jelas menunjukkan niat curang OKT untuk menafikan hak mangsa untuk menggunakan kereta tersebut. Keterangan SP4 bahawa terdapat kesan lebam pada kedua-dua pipi 6 mangsa boleh menyokong keterangan mangsa bahawa OKT telah menumbuk muka beliau pada masa beliau cuba menghalang OKT daripada melarikan kereta tersebut. Daripada perkara-perkara yang dinyatakan di atas, saya berpuashati suatu kes prima facie mengikut standard yang digariskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 telah berjaya diwujudkan terhadap OKT. Atas sebab itu saya telah memanggil OKT untuk membela diri terhadap pertuduhan pertama.
10
OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. OKT adalah satu-satunya saksi yang memberi keterangan untuk pihak pembelaan.
11
OKT tidak menafikan beliau telah mengambil kereta tersebut tanpa keizinan daripada mangsa. Namun, OKT menyatakan beliau berbuat demikian kerana mangsa ada berhutang wang sebanyak RM3,870.00 dengan beliau. Menurut OKT, duit berkenaan dipegang oleh mangsa untuk persiapan perkahwinan mereka dan OKT ingin menggunakan kereta tersebut sebagai cagaran sehingga duit tersebut dikembalikan oleh mangsa.
12
Di akhir kes pembelaan, peguambela OKT sekali lagi menghujahkan OKT tiada niat untuk melakukan rompakan terhadap mangsa dan sebaliknya hanya mengambil kereta tersebut dari milikan mangsa sebagai cagaran ke atas hutang mangsa kepada OKT.
13
Saya telah mempertimbangkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan dalam kes ini dan saya berpuashati pembelaan yang dikemukakan oleh OKT telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwa. Dakwaan OKT bahawa mangsa berhutang wang sebanyak RM3,870.00 kepada beliau merupakan dakwaan kosong semata-mata kerana ia tidak disokong oleh apa-apa keterangan yang menunjukkan OKT pernah menyerahkan wang sebanyak itu kepada mangsa. Mangsa sendiri menafikan beliau pernah menerima wang tersebut daripada OKT. Sekiranyapun mangsa ada berhutang dengan OKT, OKT tetap tiada hak untuk mengambil kereta Honda Jazz tersebut daripada milikan mangsa jika mangsa tidak mengizinkannya.
14
Dalam komentari kepada section 378 Indian Penal Code 1860 (yang juga pari materia dengan seksyen 378 Kanun Keseksaan) buku Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes 27th ed. ada menyatakan di muka surat 2421 hingga 2422: “A creditor who took moveable property out of his debtor’s possession, without his consent, with the intention of coercing him to pay his debt, committed the offence of theft. The Court said: “We think that an intention on the part of the accused to use the possession of the property when taken for the purpose of obtaining satisfaction of a debt due to him, and only for that purpose, had no bearing on the question of dishonest intention under the Penal Code. To hold that such a purpose could render innocent what would be otherwise a wrongful gain within the meaning of section 23 would amount to the recognition of a right on the part of every individual to recover an alleged debt by the seizure of property of his alleged debtor, and would tend 8 to a state of things in which every man might, if strong enough, take the law into his own hands”. The former Nagpur High Court held that when a person takes away an article in possession of another, not because he bona fide believed that he had a right to take it away, but with the intention of coercing the person in possession to pay him his debt, even though he does not intend to deprive the person of the article permanently, he is guilty of an offence of theft.” Section 23 Indian Penal Code yang disebut dalam petikan di atas adalah turut pari materia dengan seksyen 23 Kanun Kekseksaan. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan, adalah jelas dakwaan OKT bahawa beliau hanya mengambil kereta tersebut kerana mahu menggunakannya sebagai cagaran terhadap wang yang dikatakan dihutang oleh mangsa kepada beliau bukan suatu pembelaan yang diiktiraf oleh undang-undang bagi kesalahan merompak.
15
Atas kejayaan pihak pendakwa membuktikan pertuduhan terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah sehingga ke akhir kes pembelaan, saya tiada pilihan selain mendapati OKT bersalah terhadap pertuduhan pertama dalam kes ini dan saya mensabitkan OKT dengan kesalahan.
16
Seksyen 394 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan pesalahnya boleh juga dikenakan denda atau sebatan. Dalam rayuan mitigasi, peguambela OKT memohon hukuman yang bersesuaian dengan mengambil kira OKT menanggung ibu beliau dan kecederaan yang dialami oleh mangsa hanya kecederaan yang ringan. TPR pula memohon hukuman yang memberi pengajaran kepada OKT. TPR telah merujuk kepada 9 keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Muhammad Afandi Mukhtar v PP [2018] CLJU 635 dalam mana hukuman penjara selama 9 tahun bersama 2 sebatan rotan bagi kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan telah dikekalkan.
17
Dalam kes PP v Lee Tak Keong [1988] CLJU 217, Zakaria Yatim J ada menyatakan: “In cases of robbery the court must take into consideration the element of public interest. This means that the court must impose a deterrent sentence not only to deter the respondent from committing the same offence again but to deter others from committing the same type of crime.” Maksud ‘deterrent’ telah diberikan oleh Roberts CJ dalam kes Yau Kong Kui v Public Prosecutor [1989] 2 MLJ 139 sebagaimana berikut: “As I understand the word 'deterrent', it means that a sentence, which is higher than that which would normally be proper for the offence concerned, is to be imposed on the defendant, not necessarily because of the facts of his case but in order that others should be dissuaded in the future from committing offences of a similar kind.”
18
Sama seperti perayu dalam kes Muhammad Afandi Mukhtar, OKT dalam kes ini telah merompak mangsa di rumah mangsa sendiri. Berbeza dengan mangsa dalam kes Muhammad Afandi Mukhtar, mangsa dalam kes ini adalah seorang wanita yang tinggal bersendirian di rumah tersebut. Dalam kes Reg v Smith [1978] 67 Cr. App. R. 211, Lawton LJ ada menyatakan: “This Court knows that when there is a burglary in a house great distress is caused. Not only is there a loss of property but there is induced a feeling of insecurity. This Court knows that when the householders are women they 10 sometimes worry a great deal about what has happened to them. It has been said, and rightly said, that when a house has been burgled it never seems the same again.”
19
Mahkamah perlu memainkan peranan dalam memastikan anggota masyarakat, terutamanya wanita yang tinggal bersendirian, boleh berasa selamat apabila berada dalam rumah mereka sendiri dengan menjatuhkan hukuman yang sewajarnya ke atas orang yang didapati bersalah melakukan rompakan di rumah orang lain. Hukuman yang sedemikian bukan sahaja boleh menjadi pengajaran kepada pesalah tersebut tetapi juga boleh dijadikan peringatan kepada orang lain dan seterusnya mencegah kesalahan yang sedemikian daripada berleluasa. Abdul Wahab J dalam kes Public Prosecutor v Soh Soo Yang & Anor [2001] 5 MLJ 356 ada menyatakan: “The public interest is served by balancing the interest of the accused with the interest of the public to see not only that serious offences are punished appropriately and with a view to deterrence not only of the guilty person but also others from committing a similar offence, but also that the punishment is fair and just according to the crime. Ultimately, the interests of the accused person is best served if submissions on their behalf deal not only with the personal concerns of the accused, but also show that it is balanced with the legitimate concerns of public interest, including the recognition that justice is done, not simply from a vague reference to public interest, but also by bringing it into focus by dealing with the just concerns of a victim and his dependants. If the public, including the victims and their dependants do not feel justice is done according to the crime, respect for and reliance upon the law will be eroded.”
20
Mahkamah Tinggi dalam kes Muhammad Afandi Mukhtar berpandangan hukuman 9 tahun penjara dan 2 sebatan rotan yang dijatuhkan adalah wajar walaupun perayu telah mengaku bersalah. OKT dalam kes ini telah dibicarakan sepenuhnya. Walaupun mangsa tidak mengalami kecacatan kekal akibat dicederakan oleh OKT pada masa kejadian, dan kereta yang dirompak juga telah dikembalikan kepada pemiliknya, kepentingan awam menuntut supaya hukuman yang setimpal dijatuhkan bagi kesalahan merompak yang dilakukan oleh OKT dan selepas mempertimbangkan perkara-perkara yang telah dinyatakan, saya memutuskan hukuman penjara selama 10 tahun bersama 3 sebatan rotan adalah wajar untuk dijatuhkan ke atas OKT. Bertarikh 30 November 2025 ………………………………. [AZMAN BIN MUSTAPHA] Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan Pahang Bagi pihak Pendakwa Raya : Fathin Nadhirah binti Kasim & Wan Nurul Izzati binti Wan Mohamad Zahari (Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang) Bagi pihak Orang Kena Tuduh : Dato’ Zaharman bin Zainal Abidin & Ahmad Syamsul Akmar bin Yusof (Tetuan Fatin & Zaharman)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.